• Tidak ada hasil yang ditemukan

LAPORAN 5 PROFIL NGO-NGO DAN INDIVIDU-INDIVIDU YANG BERKECENDERUNGAN MENYOKONG GERAKAN ATEISME

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "LAPORAN 5 PROFIL NGO-NGO DAN INDIVIDU-INDIVIDU YANG BERKECENDERUNGAN MENYOKONG GERAKAN ATEISME"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

1

LAPORAN

5

PROFIL

NGO-NGO

DAN

INDIVIDU-INDIVIDU

YANG

BERKECENDERUNGAN

MENYOKONG

GERAKAN

ATEISME

1. Islamic Renaissance Front (IRF)

Individu yang perlu dipantau: Dr. Farouk Musa

Status: Aktif

Aktiviti:

Banyak menganjurkan program yang mempromosikan ideologi liberal dan membawa masuk pelbagai individu yang mempunyai ideologi sesat untuk dibawa kepada masyarakat Malaysia.

Kaitan dengan gerakan ateisme:

Menyatakan jikalau golongan ateis menikmati dan mempercayai kebebasan beragama tanpa mempengaruhi orang lain untuk menganut agama mereka, sepatutnya tidak timbul masalah untuk isu itu. Selain itu, IRF juga menerima dana daripada National Endowment for Democracy (NED), iaitu sebuah badan NGO overt yang giat mempromosikan proses demokrasi di dunia dan menguasai empat agensi yang mendukung prinsip demokrasi yang sama iaitu American Center for International Labour Solidarity (ACILS), Center for International Private Enterprise (CIPE), National Democratic Institute for International Affairs (NDI) dan International Republican Institute (IRI).

Bukan itu sahaja, IRF seolah-olah menggalakkan pembawaan sekularisme dan bekerjasama dengan pelbagai entiti anti Islam. Sudah tentu kebebasan beragama adalah sesuatu yang disokong IRF dan mereka juga mempunyai objektif agar umat Islam di Malaysia mampu membuka minda ke arah ideologi IRF.

Sumber:

• http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/08/17/muslims-with-atheistic-views-violate-shariah-laws-says-igp/

(2)

2

2. Lawyers for Liberty

Individu yang perlu dipantau: Eric Paulsen

Status: Aktif

Aktiviti:

Disertai oleh golongan liberal berpengalaman dalam bidang undang-undang serta bersikap anti Islam dan anti Melayu. Menerima dana yang kerap daripada National Endowment for Democracy (NED), iaitu sebuah NGO yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang giat mempromosikan proses demokrasi di dunia.

Kaitan dengan gerakan ateisme:

Bersetuju bahawa golongan ateis tidak patut diganggu kerana mereka mempunyai hak untuk mempercayai apa sahaja kerana mendakwa Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan kebebasan agama, sama ada untuk mempercayai Tuhan atau sebaliknya. Beliau juga adalah seorang individu yang aktif dan lantang dalam mengusulkan hak kebebasan beragama termasuk kepada yang beragama Islam. Bukan itu sahaja, beliau juga menyatakan, “Undang-undang atau konstitusi Malaysia tidak memerlukan seseorang untuk mempunyai agama untuk menjadi seorang rakyat di negara ini.”. Katanya lagi, “Golongan ateis hanya ingin menjalankan kehidupan seperti biasa tanpa diikat dan

diganggu oleh institusi agama. Lagipun, tiada paksaan dalam agama.”

Sumber:

• http://www.thesundaily.my/news/2017/08/09/being-atheist-msia-not-against-federal-constitution-say-lawyers

(3)

3

3. Atheist Republic

Individu yang perlu dipantau: Armin Navabi

Status: Aktif

Aktiviti:

Mempromosi ideologi ateisme dan menentang pengajaran agama yang mempromosi penindasan dan kekejaman. Mereka juga membantu golongan ateis di serata dunia untuk berkumpul dan berkongsi pengalaman masing-masing dengan mewujudkan konsulat-konsulat di serata dunia untuk memudahkan proses komunikasi di antara ahli-ahli.

Kaitan dengan gerakan ateisme:

Pada bulan Ogos 2017, Atheist Republic, sebuah

NGO yang mempunyai konsulat di merata dunia, selain memberi peluang kepada golongan ateis di seluruh dunia untuk berkumpul dan berkongsi pandangan serta menyediakan talian untuk menghubungi ahli-ahli yang lain. Ia mempunyai lebih daripada 1.7 juta pengikut di seluruh dunia.

Atheist Republic secara tiba-tiba telah berkongsikan satu foto perjumpaan ahli-ahli yang disyaki adalah Melayu murtad dan juga bangsa lain yang mendukung ateisme. Ia telah mencetuskan kerisauan di kalangan pemimpin-pemimpin negara dan juga masyarakat Islam di Malaysia. Selain daripada itu, pengasas Atheist Republic ini pernah mengadakan sebuah temu bual bersama seorang penolong pengarang di Malay Mail, Zurairi AR yang mendukung dan mengetengahkan pemahaman ateisme yang telah menular di laman media sosial baru-baru ini.

Susulan daripada temu bual bersama beliau tersebut, wujud campur tangan daripada media Barat dan mereka memberikan gambaran yang buruk terhadap sistem pemerintahan yang berlandaskan konsep Islam. Bukan itu sahaja, pengasas Atheist Republic telahpun mengugut Kerajaan Malaysia supaya berhenti mengganggu golongan ateis di Malaysia atau bakal dimalukan di peringkat antarabangsa. Akhir sekali, terdapat beberapa bahan bacaan yang mengaitkan negara Malaysia di laman sesawang mereka dan kebanyakannya berunsur menghasut untuk membenci dan memburukkan nama Islam dan Malaysia.

(4)

4

• http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/targeting-atheists-will-ruin-moderate-image-malaysia-told) • http://www.atheistrepublic.com/news/malaysia-world-watching • https://www.facebook.com/AtheistRepublic/photos/a.199993620087505.50762.13 0148817071986/1500361930050661/?type=3&fref=mentions • http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/08/08/malaysia-probes-atheist-group-after-uproar-over-muslim-apostates/ 4. Projek Dialog

Individu yang perlu dipantau: Individu-individu atau kumpulan yang terlibat dengan Projek Dialog

Status: Aktif

Aktiviti:

Mengadakan projek wacana sosial yang diwujudkan untuk mempromosikan kebebasan bersuara, selain daripada memupuk sifat untuk menghargai ideologi liberalisme, kelompok lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), hak asasi manusia termasuk menerima fahaman Syiah di Malaysia. Mereka sering menganjurkan perbahasan, pertukaran pendapat bersama pihak-pihak yang mendukung ideologi sesat. Contohnya, bekerjasama dengan Kerajaan Kanada untuk melatih golongan LGBT dan mengadakan sesi dialog dan ceramah bersama tokoh-tokoh liberal di Malaysia.

Kaitan dengan gerakan ateisme:

Mengadakan projek dialog dengan kerjasama Kerajaan Kanada dan pihak gereja yang disertai oleh golongan ateis, Muslim dan penganut agama lain untuk memupuk sikap menghargai ideologi dan penerimaan agama yang berbeza. Projek Dialog juga pernah menganjurkan dan menggalakkan beberapa siri tentang ateisme. Selain itu, mereka, pernah melibatkan seorang individu dan melantik beliau sebagai seorang editor iaitu Benz Ali. Benz Ali adalah individu yang banyak mencetuskan kontroversi pada satu ketika dahulu dan terkenal dengan pembawaan hujah-hujah yang menyesatkan serta mendakwa Tuhan itu tidak wujud. Beliau sangat mendukung fahaman ateisme dan menggunakan platform Projek Dialog sebagai landasan dakyah beliau.

Mungkin kerana tindak tanduknya terlalu menarik perhatian, maka mereka telah menggunakan cara lain untuk menarik sokongan terhadap mereka. Adakah wujud kemungkinan bahawa gerakan ateisme salah satu jentera serangan daripada musuh yang dilantik sebagai untuk mengganggu ketenteraman secara sekali sekala? Liberal dan ateis boleh bercampur kerana mereka yang liberal ini boleh berkembang sebagai

(5)

5

seorang ateis dan yang liberal mempercayai hak seseorang itu untuk mempercayai kewujudan Tuhan kerana mereka mempercayai kebebasan beragama bermaksud untuk memilih tidak mempunyai agama.

Sumber: • http://olfkb.blogspot.my/2016/01/projek-dialog-with-fr-francis-andrew.html • http://www.projekdialog.com/featured/ateis-agnostik-melayu-dan-lain-lain-kita-tidak-keseorangan/ • http://www.heraldmalaysia.com/news/projek-dialogs-visit-to-the-kota-bharu-parish/27862/5 5. Dr. Patricia Anne Martinez

Kaitan dengan gerakan ateisme:

Beliau merupakan seorang Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Kristian di Malaysia yang telah menyatakan sokongannya terhadap golongan ateis di Malaysia yang begitu berani menonjolkan diri di media sosial. Selain daripada itu, beliau juga mendakwa Melayu murtad berhak untuk meninggalkan agama Islam.

Antara kenyataan beliau di media sosial adalah, “Love their courage” dan “Freedom of

religion in our Constitution and in fundamental Human Rights is also the freedom not to

have a religion.” Selain daripada itu, Persekutuan Kristian Malaysia dilaporkan mewakili 90 peratus gereja di Malaysia dengan jutaan pengikut daripada kalangan penganut beragama Kristian.

Bukan itu sahaja, beliau juga pernah menghina Mufti Perak dengan menyamakan Mufti Perak dengan seekor keldai pada bulan April 2017 ketika menyokong kenyataan Siti Kasim.

Sumber:

• http://bersihotai.blogspot.com/2017/04/kerana-tegur-siti-kasim-mufti-perak.html

• https://www.menara.my/kebebasan-beragama-juga-bermaksud-kebebasan-untuk-tidak-beragama-patricia-martinez/

(6)

6

6. Clement Chin

Kaitan dengan gerakan ateisme:

Dilaporkan daripada Menara.my, aktivis Perhimpunan Bersih tersebut mengkritik semua negara Islam yang menurutnya menyekat kebebasan bersuara dan beragama, namun bebas berdakwah kepada masyarakat bukan Islam. Beliau berkata, “Berdasarkan pembacaan-pembacaan saya, tidak ada satu pun negara Muslim yang ada

demokrasi yang bagus dan efektif yang

memisahkan antara agama daripada

pemerintahan.” Tambahnya lagi, “Mereka akan

menghukum mereka yang dituduh murtad, berdakyah kepada umat dan kufur kepada Islam semata-mata. Pada masa yang sama, tidak mengendahkan dakwah yang dilakukan kepada orang-orang kafir.”.

Tuduhnya lagi, “Secara mutlaknya semua negara

Muslim tidak membenarkan kebebasan bersuara dan beragama. Inilah sebabnya Islam yang radikal tidak boleh wujud bersama dengan demokrasi.”. Bukan itu sahaja, beliau juga rajin menghina

pemimpin Islam di Malaysia dan pernah menyatakan, “Kebanyakan mufti terlebih makan dedak. Setiap kali mereka membuka mulut, cacing akan keluar dari mulut mereka.”. Clement Chin juga terlibat dalam gerakan Bersih, sebuah kempen demonstrasi jalanan yang ingin menjatuhkan Kerajaan Malaysia.

Sumber:

• https://www.menara.my/kebebasan-beragama-juga-bermaksud-kebebasan-untuk-tidak-beragama-patricia-martinez/

(7)

7

7. Farouk A Peru

Kaitan dengan gerakan ateisme:

Beliau adalah seorang penulis kolum di

Malay Mail dan memang terkenal dengan

membawa ideologi liberal dan sering menyatakan ketidakpuasan hati dengan kerajaan dan agama Islam di Malaysia. Baru-baru ini, beliau telah menyatakan bahawa,

“Saya lebih suka/cenderung untuk menyertai

golongan ateis daripada menyokong

sekumpulan penindas dan fasis Islam.” Kata-kata tersebut dikeluarkan kerana beliau menyelar kenyataan Ketua Polis Negara terhadap golongan ateis. Selain daripada itu, beliau juga ada menyatakan, “Rakan-rakan, sebab inilah kita perlu mengeluarkan agama daripada pentadbiran kerajaan.”.

“Pihak polis dan Majlis Agama mengugut untuk mengganggu seorang individu hanya kerana dia mempunyai pandangan yang berbeza daripada orang Islam. Kita tidak boleh membiarkan penindasan ini terus berlaku.”. Beliau menyelar tindakan pihak bertanggungjawab yang mengganggu hak golongan ateis untuk tidak beragama. Akhir sekali, beliau mengeluarkan kenyataan,

“Mereka yang tidak senang dengan

kewujudan Atheist Republic adalah yang lemah imannya. Mengapa golongan ateis yang

perlu bertanggungjawab ke atas kegusaran mereka?”

Sumber:

(8)

8

8. Chandra Muzaffar

Kaitan dengan gerakan ateisme:

Beliau memegang jawatan sebagai pengerusi Yayasan 1Malaysia dan merupakan seorang penyumbang kepada buku bertajuk, Breaking the Silence-Voices of Moderation:

Islam in a Constitutional

Democracy. Beliau menentang

tindakan kerajaan

mengharamkan buku tersebut berikutan mempunyai unsur untuk memudaratkan ketenteraman awam dan membawa kefahaman sesat terhadap Islam. Lebih menganehkan, beliaulah yang mengetengahkan prinsip-prinsip Rukun Negara untuk menjadi asas kepada Perlembagaan Persekutuan. Kenyataan bertentangan yang dibuat oleh beliau baru-baru ini ialah, "Hak untuk mempercayai Tuhan juga bermaksud hak untuk tidak mempercayai Tuhan," katanya. "Jika Tuhan tidak memaksa sesiapa pun untuk mempercayai Tuhan, maka kenapa kita perlu memaksa seseorang untuk mempercayai Tuhan?”. Sumber: • http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/08/17/igp-gets-flak-over-warning-to-atheists/ • http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/07/27/g25-hits-out-at-government-ban-on-its-book/

(9)

9

9. Zurairi AR

Kaitan dengan gerakan ateisme: Beliau merupakan seorang Penolong Pengarang Berita di Malay

Mail Online. Beliau banyak

memperjuangkan ideologi liberalisme dan sering menulis tentang isu-isu yang tidak menjaga sensitiviti agama Islam seperti penulisan artikel, “Homoseksual itu

fitrah, binatang pun buat”. Selain itu, beliau juga pernah menemu ramah pengasas Atheist Republic, yang telah menimbulkan kontroversi dan mencetuskan kerisauan di kalangan masyarakat Islam baru-baru ini dan berpendapat menentang golongan ateis hanya akan menjatuhkan imej Malaysia.

Bukan itu sahaja, beliau berpendapat kalimah Allah boleh digunakan oleh agama lain kerana pengunaan nama Allah itu sudah lama digunakan di negeri Sabah dan Sarawak. Penulisannya juga didukungi oleh sebuah akaun

Facebook yang bernama South-East Asian Atheists (SEA-Atheists.org) di mana di dalam artikel beliau, beliau menyentuh tentang hak seseorang untuk mempunyai agama atau tidak dan ia tidak sepatutnya dipengaruhi oleh pentadbiran agama. Selain daripada itu, beliau juga pernah menyatakan bahawa Nabi Muhammad adalah punca kejadian ekstremisme yang berlaku di dunia ini.

(10)

10

Sumber: • http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=380744.html • https://www.facebook.com/SEA.Atheists/posts/658511854180229 • https://www.menara.my/homoseksual-itu-fitrah-binatang-pun-buat-zurairi-a-r/ • http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=380744.html • http://www.ismaweb.net/2016/07/what-does-zurairi-expect-to-get-by-demonising-the-prophet/

(11)

11

10. Fuad Rahmat

Kaitan dengan gerakan ateisme:

Beliau juga perlu dipantau kerana beliau adalah pengarah dan salah seorang pengasas Projek Dialog selain daripada menerima latihan di sebuah institusi Jesuit di Universiti Marquette, Amerika Syarikat. Semasa sesi temu bual diadakan bersama seorang pegawai di sebuah institusi agama, beliau mendakwa terdapat sebuah akaun di Facebook yang pernah menyenaraikan Fuad Rahmat sebagai seorang ahli Atheist Republic tetapi ia sudah tidak lagi wujud. Walaupun tidak begitu kerap penglibatan beliau yang dapat dilihat secara umum, beliau tetap boleh disyaki kerana meluluskan, merekrut dan

menggalakkan pelbagai bahan bacaan dan individu yang mampu membawa ideologi yang boleh menyesatkan tanpa menghiraukan sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia.

Sumber:

• https://aidcnews.wordpress.com/2016/10/17/berjayakah-dap-bawa-ideologi-islam-demokrasi-indonesia-ke-malaysia/

(12)

12

11. Adlin Abd Jalil, Ali Abd Jalil dan Julie Jalaludin

Kaitan dengan gerakan ateisme:

Individu-individu ini tidak asing lagi di kalangan aktivis Islam. Mereka dikatakan berkawan baik dan telah melaksanakan serta menyatakan betapa bencinya mereka kepada Allah dan kebodohan masyarakat Islam yang mempercayai Islam dan Institusi Raja. Mereka juga merupakan Melayu murtad yang telah banyak menggerakkan dan menyampaikan ideologi ateisme selama bertahun-tahun. Adlin didakwa oleh beberapa pihak telah menjadi ejen misionari Kristian di Sweden dan telah memurtadkan ramai masyarakat Islam. Beliau juga pernah memuat naik sebuah video yang mencetuskan kemarahan di kalangan umat Islam dengan membakar al-Qur’an untuk ditonton oleh masyarakat dunia serta bertujuan untuk menghasut orang ramai.

Sehubungan itu, Julie pula dikenali sebagai pengasas akaun Facebook Murtad Singapore Malaysia dan juga

Murtad Pantai Timur yang telah

menarik minat golongan ateis dan juga orang Islam yang ingin murtad tetapi tiada kenalan untuk berkongsi pengalaman.

Ali pula pernah membantah dan menghina pentadbiran Kerajaan Malaysia, selain daripada menghina Sultan Johor dan bersekongkol bersama Juli dan Adlin dalam misi untuk memburukkan Islam dan Malaysia. Mereka dikhabarkan masih aktif menyebarkan hate speech di media sosial dan masih berhubung antara satu sama lain.

(13)

13

Sumber: • http://www.mynewshub.cc/hangat/ali-abd-jalil-bersekongkol-dengan-melayu-murtad-di-sweden/ • http://tengoktvonline.blogspot.my/2013/09/lagi-penghinaan-terbaru-kepada-islam.html • http://apple-bru.blogspot.my/2014/12/rupanya-sekutu-ali-abd-jalil-adalah.html • https://twitter.com/makcikhajjah?lang=en • https://www.facebook.com/ali.abdjalil?fref=ts • http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/12/14/ali-adlin-juli-lejen-paling-dikehendaki-malaysia/

(14)

14

12. Bella Swensen

Kaitan dengan gerakan ateisme - Beliau merupakan pentadbir dan pengasas akaun Warung Ateis di

Facebook, yang mengumpul

golongan ateis untuk berkongsi pengalaman serta mempromosi dan mempengaruhi umat Islam untuk menghargai ateisme. Beliau juga adalah penggerak dan pengasas bagi

Singapore Ex-Muslim Confession dan memulakan projek Murtad

Appreciation Week. Beliau tidak

bersetuju cara Islam mengendalikan kes murtad dan kerap mempromosi ateisme kepada masyarakat Islam di serata dunia. Zurairi AR adalah antara penyolong tegar beliau.

(15)

15

Sumber: • https://www.facebook.com/groups/warong.atheist/admins/ • https://www.facebook.com/SGExMuslimConfessions/posts/137944549873812 • https://www.facebook.com/bellapelach?fref=ts 13. Hishamuddin Rais

Kaitan dengan gerakan ateisme:

Beliau boleh dikatakan antara pencetus dan pendukung awal gerakan ateis di Malaysia. Selain daripada itu, beliau pernah mewujudkan sebuah universiti khayalan yang dipanggil Universiti Bangsar Utama, di mana mereka akan melontarkan pendapat dan berbahas antara satu sama lain. Beliau juga berhujah untuk membuktikan Tuhan itu tidak wujud pada ketika itu. Walaupun beliau tidak aktif dalam pergerakan ateisme pada zaman ini, tetapi kecenderungan bermulanya keberanian golongan ateisme di Malaysia mungkin dibangkitkan oleh semangat Hishamuddin Rais. Sehubungan itu, Hishamuddin Rais dikenali sebagai seorang individu liberal, anti kerajaan dan anti IMRDM (Islam, Melayu, Raja, Daulah dan Maslahah).

(16)

16

Sumber: • https://twitter.com/IshamRais?lang=en • http://truthvaccine.blogspot.my/2013/11/umisone-kisah-pro-m-um-hishamuddin-rais.html • https://www.malaysiakini.com/columns/104212 • http://tukartiub.blogspot.my/2008/ 14. Faisal Tehrani

Kaitan dengan gerakan ateisme:

Beliau seorang penulis liberal dan didakwa seorang penganut Syiah yang mendapat gelaran “Tehrani” kerana banyak membaca buku rujukan dari Iran. Beliau telah mengeluarkan artikel yang mempunyai kecenderungan menyokong ateisme bertajuk, “Syahdan dia pun

menjadi ateis, antara ateis dan wahabi, orang beragama dan tak beragama, siapa lebih banyak bawa kehancuran?”. Analogi beliau yang melabel Sang Megalomaniak (mungkin merujuk kepada pejuang agama Islam atau pemimpin Islam) tidak menjalankan prinsip dengan penuh tanggungjawab dan mengabaikan tanggungjawab untuk menjaga hak manusia. Kata-kata beliau yang cenderung menunjukkan sokongan kepada ateisme dipetik daripada laman sesawang Free

(17)

17

Malaysia Today “Ateisme, wahai

Sang Megalomaniak, mungkin saja menakutkan; tetapi tidak mematikan. Wahhabisme dan ekstremisme agama, wahai Sang

Megalomaniak ternyata sah

menakutkan, dan sudah terbukti

mematikan.”.

“Islam, wahai Sang Megalomaniak

menjamin: a. Kebebasan memilih keyakinan; b. Kebebasan memiliki

keyakinan; c. Kebebasan

mengungkapkan keyakinan; d.

Kebebasan menyampaikan,

menyebarluaskan dan membela keyakinan. Islam, mengajarkan tiada paksaan dalam beragama (Surah al-Baqarah; 2 : 256). Islam,

mengajar jika Allah berkehendak, sudah tentu semua umat manusia diberikan iman. (Surah Yunus; 10 : 99).”

“Islam, mengajarkan kewajipan Rasul itu hanyalah menyampaikan dan tidak lebih

daripada itu (al-Maa’idah; 5 : 99); dan Islam, mengajarkan agamawan tidak berkuasa ke

atas manusia lainnya (al-Ghasyiyah; 88 : 21-22). Jadi, Islam manakah yang Sang Megalomaniak pegangi jika Islam sebenar tulen itu melindungi kemerdekaaan beragama,

dan yang tidak beragama?” Sang Megalomaniak melihat mereka yang tidak beragama adalah ancaman. Sementara yang beragama itu kedamaian. Salah. Senarai panjang kaum ateis menunjukkan sebahagian besar merekalah yang paling ke hadapan membela

keadilan, dan menyanggah kezaliman terhadap manusia tanpa memilih bulu.”

Sumber: • http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0103&pub=Utusan_Malay sia&sec=Sastera&pg=sa_01.htm • http://www.thestar.com.my/news/nation/2015/05/05/faisal-tehrani-books-banned/ • http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2017/08/10/syahdan-dia-pun-menjadi-ateis/ • https://ustazmoden.wordpress.com/2011/01/09/utusan-malaysia-tidak-sedar-siapa-faisal-tehrani/

(18)

18

15. Marina Mahathir

Kaitan dengan gerakan ateisme:

Tokoh liberal yang namanya tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia ini adalah individu yang sangat aktif mempromosikan ideologi liberalisme, feminisme, hak sama rata jantina dan mendukung kempen LGBT selain daripada mengetuai dan menjadi penasihat untuk beberapa NGO anti kerajaan dan anti Islam yang berada di Malaysia. Dalam kaitan beliau dengan gerakan ateisme, beliau telah mengalu-alukan sebuah badan peguam untuk mempertahankan golongan ateis apabila mereka menentang Rukun Negara menjadi asas kepada Perlembagaan Persekutuan. Kenyataan beliau yang dipetik daripada laman sesawang Malay Mail Online adalah seperti berikut :

“This is coming from the Muslim lawyer? Well I'm glad he's standing up for atheists. Congratulations! I'm glad he believes in freedom of belief," Marina said, referring to Muslim Lawyers Association Malaysia President, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

"But again, I would like to congratulate Datuk Zainul Rijal for considering those who do not believe in God.".

“Believing in God is about spiritual foundation. It is not just one God. It's about spirituality. No way are we trying to impose one religion or one's belief upon society. It's not about imposition.". Sumber: • http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/marina-glad-muslim-lawyers-standing-up-for-atheists#1HDHlcJ6u2xsYIYm.97 • http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/483592-apa-salah-saya-marina-mahathir.html

(19)

19

16. Profesor Zachary Abuza

Kaitan dengan gerakan ateisme:

Beliau merupakan seorang ahli akademik Amerika Syarikat yang berpangkalan di Washington. Antara kenyataan-kenyataan beliau yang menunjukkan beliau tidak berpuas hati dengan tindakan pemimpin Kerajaan Malaysia berkaitan dengan insiden Atheist Republicadalah:

Sumber pertama kenyataan Profesor Zachary Abuza:

Bercakap kepada Channel News Asia (CNA), pakar dalam bidang politik dan keselamatan Asia Tenggara di Kolej Perang Kebangsaan Washington itu merupakan respons kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan

Kassim bahawa ateis di Malaysia harus “diburu”.

“Malangnya komen menteri mencerminkan sikap tidak bertoleransi dalam

kalangan masyarakat Melayu mengenai hal-hal agama. Ini merupakan gambaran yang ramai melihat minoriti etnik dan agama minoriti Malaysia sebagai penghalang jalan untuk melaksanakan sepenuhnya undang-undang syariah (di negara ini).”, kata beliau.

Beliau menambah, kumpulan minoriti nampaknya sangat mengambil berat tentang perubahan kemasyarakatan menyeluruh yang berlaku sebagaimana katanya,

“Malaysia bukanlah sederhana seperti dulu.”

Sumber kedua kenyataan Profesor Zachary Abuza:

KUALA LUMPUR: An American expert on terrorism said he was baffled by Malaysia’s

decision to work closely with Saudi Arabia in promoting moderation and countering terrorism through the establishment of a new centre in Putrajaya.

Zachary Abuza, a professor at the National War College in Washington and an expert on Southeast Asian conflicts, said he failed to understand why Prime Minister Najib Razak is partnering with Riyadh, which is known for its spread of Wahhabism which he described

as an “intolerant version of Islam”.

“Saudis have been spreading Wahhabism throughout the world, especially Southeast Asia, from a more tolerant brand of Shafi’ite Islam to a more austere version,” said Abuza in an

interview with FMT. “To reach out to Saudis to form a centre of moderate Islam is a joke. Nothing moderate about Saudi Arabia.”, said the professor, who has done extensive research on terror-related activities as well as the conflicts in southern Thailand and southern Philippines.

Najib recently announced that the government had approved 16ha of land in the

(20)

20

present Saudi King. The King Salman Centre for International Peace (KSCIP) followed a

highly publicised visit by the Saudi ruler to Malaysia last March, as well as Najib’s

participation in a summit in Riyadh attended by US President Donald Trump.

It has emerged that the Muslim World League (MWL), an organisation heavily funded by the Saudi government to prop up the kingdom’s Islamic image worldwide, is also involved

in the new centre. MWL has for decades acted as Riyadh’s chief mouthpiece through the

publication of Islamic materials and the financing of mosques and Islamic centres from Asia to Europe.

But a recent report by a British think tank linked MWL to extremist ideologies behind militant groups such as Al-Qaeda, Taliban and Islamic State (IS), adding that MWL’s

Associate World Assembly of Muslim Youth (WAMY), “has had a long history of

involvement with the promotion of violent Islamist extremism and the distribution of hateful literature.”. “Equally, MWL has had officials and member of organisations linked with both Al-Qaeda and the Taliban.”, said the London-based Henry Jackson Society in its

report, “Foreign Funded Extremism in the UK”, released early this month.

Formed by Saudi intelligence

Abuza said he was not surprised by the report, saying MWL was a creation of the Saudi intelligence when the kingdom was financing the Mujahidin fighters in Afghanistan who

fought the invading Soviet Union, the US’s main rival in the 1980s. He said the group had

channelled “money and extreme elements”, but acknowledged that Saudi-sponsored

groups including MWL had carried out many humanitarian projects in far-away Muslim heartlands such as the Philippines and Indonesia.

However, he said many of the charities “have been misdirected or misused by militant groups”. He said in recent times, Saudi-linked organisations have been actively promoting Wahhabism, the controversial strand of Islam which has inspired the Saudi ban on women from driving, among other restrictions.

Abuza did not dismiss the possibility that KSCIP was also geared towards promoting

Wahhabism. “The Saudis want to spread Wahhabism, because that’s their soft power over

the Muslim world.”, he said. He said IS has gained a proportionately large following among Malaysians when compared to neighbouring countries, citing the Khatibah Nusantara, the IS-linked group consisting of Southeast Asian militants.

Najib does not need Saudis

Abuza said Malaysian authorities had so far done well in countering IS, and that this was in contrast to their denials in the past over Jemaah Islamiah, a regional organisation linked to Al-Qaeda. But he still could not understand the need for the Saudi connection in countering terrorism, adding that it could have to do with 1MDB.

(21)

21

“Saudi Arabia has always been important to Najib, politically and financially, like 1MDB,

investments. In terms of foreign policy, that’s a harder question. Clearly Najib is following the Saudi line. Whether he’s doing it out of principle or investments, that’s hard to say.

Najib doesn’t have to go to the Saudis.”, said Abuza, adding that there was no ideological difference between the Saudis’ interpretation of Islam and that of IS.

“The Saudis are not challenging IS ideology.” Abuza said KSCIP was “counter-productive”

in fighting IS and terrorism .“If you want to set up an ideological challenge to IS, it has to be more pluralistic, tolerant rather than mimicking less barbaric practices.”.

Sumber ketiga kenyataan Profesor Zachary Abuza:

“Malaysia has become steadily more intolerant, and this has been a top down government

policy.”, said Dr. Zachary Abuza, a professor at the National War College who focuses on Southeast Asian politics and security issues. Abuza described the clergy as state-sponsored with vetted sermons. “The people most at risk are clearly the ethnic minorities, atheists,

and Christian Malays, which is actually unconstitutional. I was just in Malaysia, and the

intolerance displayed by Malays is growing. I don’t know one Chinese Malays or Indian that is not alarmed at where this is headed.”.

Kenyataan beliau lebih banyak mengkritik dan alternatif beliau sangat cenderung kepada ideologi liberalisme. Apakah kepentingan beliau untuk melindungi hak golongan ateis? Mengapa beliau tidak senang hati dengan Undang-Undang Syariah di Malaysia? Apakah kepentingan Amerika Syarikat terhadap negara ini?

Sumber: • http://thediplomat.com/2017/08/intolerance-rising-atheists-at-risk-in-malaysia/ • http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/malaysia-s-atheists-fearful-following-calls-by-a-minister-to-9116338 • http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/07/14/its-a-joke-us-terror-expert-baffled-by-saudi-led-putrajaya-centre/

Referensi

Dokumen terkait

Sistem distribusi klasik adalah melalui transaksi langsung antara produsen dengan konsumen, atau melalui transaksi yang dilakukan di pasar.. Pada tingkatan

7.2.1.1 Perawat diharapkan melakukan pengkajian lebih dalam mengenai faktor– faktor risiko infeksi saluran kemih pada pasien diabetes melitus perempuan yang berkunjung ke

diberikan kepada pelanggan yang lebih baik dari Perusahaan Otobus lainnya, sehingga jika pelayanan yang diberikan PO Maju Lancar dirasakan baik dan memuaskan

Dalam upaya peningkatan mutu Madrasah Aliyah, Direktorat Jendral Pembinaan Kelembagaan Agama Islam dalam Sknya Nomor E,IV/PP.00.6/KEP/17.A/98 tanggal 20 Februari

Sehingga penurunan atau kenaikan jumlah pembiayaan yang disalurkan dengan akad jual beli, bagi hasil dan tingkat pembiayaan bermasalah tidak berpengaruh terhadap

Oleh kerana pengarang ini seorang cendekiawan yang menjawat jawatan sebagai Bendahara di negeri Johor, sememangnya banyak unsur- unsur pengajaran telah dimasukkan

memperulukan masalah yang menentang norma seperti noma agama, kesusilaan, kesopanan dan juga norma hukum. Upaya yang dilakukan untuk mengatasi hambatan dalam penegakan

Berkaitan dengan hasil wawancara dengan kepala sekolah bahwa dalam melakukan pelayanan terhadap siswa dilakukan sesuai dengan tugas pokok dan fungsi, kemudian dalam