• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penyakit Ulser Peptik Masih Berlaku Deng

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Penyakit Ulser Peptik Masih Berlaku Deng"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Search

saya nak baca ..

Berita Terkini Utama Nasional Wilayah Luar Negara Politik

Parlimen Jenayah Mahkamah Komuniti Video

Terkini Isu Semasa Bisnes Pemotoran Gaya Hidup Hiburan Agama Politik Rencana

Utama Bisik-bisik Cuit

Selak Kolumnis Forum Agama Blog Editor Sukan Hiburan

Berita Selebriti Muzik

Filem & Drama Rancangan TV Seni & Budaya Bisnes

Ekonomi Korporat Usahawan Automotif Hartanah Teknologi Saham & Wang Pendidikan

Umum Sekolah Kampus Sastera Agama

Sains & Teknologi Sains

Teknologi Inovasi Gajet Pertanian Alam Sekitar Gaya Hidup

Rekreasi Permotoran Pelancongan Keluarga Kesihatan Fesyen Sukan

Bola Sepak Badminton Kereta Motorsikal Basikal Golf Hoki lain-lain

Rencana Sukan Lain-lain

Galeri Foto Versi Mobile Arkib

Iklan

(2)

kesihatan

ARKIB : 03/12/2006

Ulser peptik risiko pendarahan dalaman

Ulser peptik risiko pendarahan dalaman

Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

ULSER peptik luka terbuka yang terdapat di bahagian dalam lapisan perut, bahagian atas usus kecil atau esofagus, merupakan satu penyakit yang biasa dialami oleh kebanyakan orang.

Tidak lama dahulu, tanggapan popular mengaitkan ulser peptik dengan cara seseorang itu menjalani kehidupannya. Terlalu banyak tekanan dan terlalu banyak makanan pedas-pedas mungkin menyebabkan seseorang mendapat ulser.

Tetapi kini, penemuan baru membuktikan bahawa punca kebanyakan ulser di perut dan bahagian atas usus kecil (duodenum) adalah jangkitan kuman atau ubat-ubatan dan

bukannya stres atau diet,​​ kata Dr. Abd. Hamid Mat Sain.

Menurut Pakar Perunding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, ulser esofageal juga boleh terjadi dan lazimnya dikaitkan dengan refluks asid perut.

Ulser mempunyai nama yang berbeza-beza bergantung kepada lokasinya. Jika terjadi di dalam perut, ia dikenali sebagai ulser gastrik manakala ulser duodenal terletak di dalam bahagian pertama usus kecil atau duodenum.

Sementara itu ulser esofageal mengambil bahagian bawah esofagus dan sering dikaitkan dengan penyakit refluks gastroesofageal (GERD).

Simptom-simptom

Rasa sakit seakan terbakar merupakan simptom biasa bagi ulser peptik. Rasa sakit ini disebabkan oleh ulser dan ia bertambah sakit apabila asid perut terkena kawasan ulser. Rasa sakit ini mungkin:

* Dirasai di mana-mana kawasan dari pusat ke tulang dada

* Mengambil masa daripada beberapa minit ke beberapa jam

* Menjadi lebih teruk apabila perut kosong

* Bertambah pada waktu malam

* Boleh dikurangkan sementara dengan memakan pelbagai makanan yang akan menampan asid perut atau dengan mengambil ubat yang mengurangkan asid

* Datang dan pergi untuk beberapa hari atau minggu

Adakalanya, ulser akan menunjukkan tanda-tanda seperti muntah darah (seakan

kemerahan atau kehitaman), darah pekat di dalam najis atau najis yang kehitaman atau seakan tar, rasa mual atau muntah-muntah, hilang berat badan yang tidak diketahui puncanya dan, sakit dada.

Punca-punca

Dr. Abd. Hamid berkata, kebanyakan ulser berpunca daripada bakteria yang berbentuk

cockscrew Helicobacter pylori (H.pylori).

H.pylori tinggal dan bercambah di dalam lapisan mukus yang menyelaputi dan

melindungi tisu-tisu di dalam perut dan usus kecil. Ia jarang mendatangkan sebarang masalah.

Tetapi, adakalanya H.pylori akan mengganggu lapisan mukus, menyebabkan radang serta menghakis tisu-tisu pencernaan yang akan menghasilkan ulser,​​ katanya.

Waktu Solat Kuala LumpurWaktu Solat Kuala Lumpur

Subuh 6:10 Zohor 1:30 Asar 4:49 Maghrib 7:29 Isyak 8:40

Klik untuk waktu solat kawasan lainKlik untuk waktu solat kawasan lain

Dengar SuriaFM

Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu

Riuh Rio Brazil 2014

Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014

Tragedi Pesawat MH370

Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370

KE7B Greenland 2014

Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014

(3)

Satu sebab hal ini terjadi adalah kerana mereka yang mempunyai ulser peptik telahpun merosakkan lapisan di dalam perut atau usus kecil, menyebabkan bakteria mudah

menceroboh dan menyerang tisu-tisu tersebut.

H.pylori merupakan satu jangkitan gastrousus yang biasa. Di Amerika Syarikat, satu dalam lima orang di bawah 40 tahun dan separuh daripada mereka yang berumur lebih 60 tahun dijangkiti bakteria ini,​​ kata Dr. Abd. Hamid.

Walaupun caranya merebak tidak begitu dikenalpasti, ia mungkin disebarkan melalui sentuhan intim seperti ciuman, makanan dan minuman.

Walaupun jangkitan H.pylori merupakan punca yang paling biasa bagi ulser peptik, namun ia bukanlah satu-satunya punca ulser. Lain-lain faktor yang memburukkan keadaan:

* Ubat-ubatan mengurangkan sakit. Ubat antiradang bukan steroid (NSAIDs) boleh menyebabkan rengsa pada lapisan di dalam perut dan usus kecil.

* Merokok. Nikotin yang terkandung di dalam tembakau meningkatkan tahap kepekatan asid di dalam perut dan meningkatkan risiko menghidap ulser. Merokok juga boleh

memperlahankan pemulihan sewaktu rawatan ulser.

* Pengambilan alkohol secara berlebihan boleh merengsa dan menghakis lapisan mukus di dalam perut serta meningkatkan jumlah asid perut yang dihasilkan.

* Stres. Walaupun stres sahaja bukanlah satu-satunya punca ulser peptik tetapi ia merupakan faktor yang menyumbang kepada penyakit ulser. Ia memburukkan lagi simptom-simptom ulser peptik dan dalam beberapa kes, mampu melengahkan proses perawatan.

Diagnosis

Pada mulanya, doktor mungkin melakukan sinar X di bahagian atas gastrousus yang menunjukkan esofagus, perut dan duodenum.

Sewaktu sinar X dilakukan, anda akan menelan cecair metalik berwarna putih (barium) yang akan melapisi trek pencernaan anda dan menunjukkan lokasi ulser yang dialami dengan lebih jelas.

Sinar X di bahagian atas gastrousus ini mampu mengesan beberapa ulser sahaja, bukannya semua,​​ ujar Dr. Abd. Hamid.

Menurutnya, endoskopi mungkin perlu dilakukan jika keputusan sinar X itu

menunjukkan kemungkinan terdapatnya ulser itu, atau jika doktor telah pun melakukan endoskopi terlebih dahulu.

Dalam prosedur yang lebih sensitif ini, satu tiub panjang dan berongga dengan kamera di hujungnya dimasukkan secara perlahan-lahan ke dalam tekak dan esofagus, terus ke

dalam perut dan duodenum anda.

Dengan instrumen ini, ujar beliau, doktor boleh melihat bahagian atas trek pencernaan dan mengenal pasti ulser. Jika ada, doktor anda akan mengambil sampel tisu kecil

(biopsi) berhampiran lokasi ulser.

Sampel-sampel ini kemudiannya akan diperiksa di bawah mikroskop untuk memastikan ia bukan kanser. Biopsi juga boleh mengesan H.pylori dalam lapisan perut anda.

Selain biopsi, tiga ujian lain yang boleh memastikan ulser yang dialami berpunca

daripada jangkitan H.pylori adalah ujian darah, ujian pernafasan dan ujian antigen najis. Komplikasi

Jika tidak dirawat, kata Dr. Abd. Hamid, ulser peptik mungkin menyebabkan berlakunya pendarahan dalaman dan boleh mengakibatkan lubang di dinding perut atau usus kecil.

Ini meletakkan anda dalam risiko jangkitan serius di kaviti abdomen (peritonitis).

Ulser peptik juga akan menghasilkan tisu parut yang boleh menyekat laluan makanan melalui trek pencernaan; anda mudah terasa kenyang atau mengalami muntah-muntah dan hilang berat badan.

Rawatan

Ulser bukanlah suatu penyakit yang boleh dirawat sendirian tanpa pertolongan doktor. Antasid atau ubat penghalang asid hanya memberikan kelegaan sementara.

Jika anda mempunyai simptom-simptom ulser, berjumpalah doktor. Dengan bantuan pakar, anda boleh mendapatkan kelegaan daripada sakit ulser dengan serta-merta dan pulih sepenuhnya.

Disebabkan kebanyakan ulser berpunca daripada bakteria H.pylori, doktor

menggunakan kaedah membunuh bakteria dan mengurangkan tahap keasidan dalam sistem pencernaan untuk melegakan rasa sakit dan mempercepatkan penyembuhan.

ePlayer Sukan

MENARIK

Ruang iklan percuma hartanah, produk

Promosikan perniagaan anda kepada dunia.

Jom langgan akhbar Utusan Malaysia

Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.

Aduan sukar dapat naskhah akhbar

Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.

Gambar kahwin Album Raja Sehari

Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.

Mari baca Utusan Melayu Mingguan

Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.

SMS News Alert Utusan Malaysia

(4)

Untuk melakukan kedua-dua langkah tersebut, ia memerlukan sekurang-kurangnya dua atau kadangkala tiga hingga empat daripada ubat-ubatan berikut iaitu antiobiotik,

penghalang asid, antasid, pam perencat proton atau agen cytoprotective.

Jika H.pylori tidak dikesan di dalam sistem anda, kebarangkalian ulser anda berpunca daripada NSAIDs yang mana anda patut berhenti mengambilnya jika boleh; atau asid refluks (ulser esofageal).

Dalam kedua-dua kes, doktor anda akan mengurangkan tahap keasidan dengan

menggunakan penghalang, antasid atau pam perencat proton. Kemungkinan besar anda juga dikehendaki mengambil ubat cycloprotection,​​ kata Dr. Abd. Hamid.

Ulser yang gagal disembuhkan

Peptik ulser yang tidak dapat disembuhkan setelah dirawat dikenali sebagai ulser refraktori.

Ini mungkin berpunca daripada pesakit ulser tidak mengambil ubat mengikut arahan doktor atau terdapat beberapa jenis H.pylori yang kebal kepada antibiotik.

Faktor-faktor lain yang boleh mengganggu proses pemulihan termasuklah penggunaan tembakau, alkohol atau NSAIDs.

Ada ketikanya punca masalah ini adalah secara tidak disedari di mana ramai yang tidak menyedari ubat yang mereka ambil mengandungi NSAIDs.

Dalam beberapa kes, ulser refraktori mungkin terjadi akibat penghasilan asid perut

secara berlebihan seperti yang terjadi di dalam sindrom Zollinger- Ellison, jangkitan lain selain daripada H.pylori dan, penyakit pencernaan yang lain termasuk Crohn's atau

kanser.

Rawatan untuk ulser refraktori termasuklah menyingkirkan faktor yang akan mengganggu proses penyembuhan, bersama sukatan ubat ulser yang lebih kuat. Kadangkala, ubat tambahan diperlukan.

Surgeri untuk membantu menyembuhkan ulser hanya diperlukan apabila ulser tidak menunjukkan sebarang tindakbalas terhadap rawatan dadah yang agresif.

Tip penjagaan diri

Sementara ulser sedang dalam proses penyembuhan, anda dinasihatkan mengambil berat tentang pemakanan dan mengawal stres.

Stres mungkin menambahkan asid dan melambatkan pencernaan. Ini menyebabkan makanan dan asid pencernaan kekal di dalam perut dan usus bagi jangkamasa yang lebih lama. Jika stres agak serius, ia akan melambatkan penyembuhan ulser.

Selain itu, pesakit disarankan agar berhenti merokok, tidak mengambil alkohol, elakkan ubat NSAIDs dan mengawal refluks asid dengan cara mengelakkan makanan pedas dan berlemak, elakkan berbaring selepas makan untuk sekurang-kurangnya tiga jam,

meninggikan bahagian kepala katil dan mengurangkan berat badan.

Kongsi Konten di :Kongsi Konten di :

(5)

Terkini Laporan Khas

Luar Negara

Sabah & Sarawak Suara Rakyat Polis & Tentera

Sukan

Sains & Teknologi Megabait

Hubungi Kami |Jom Iklan | Facebook | Twitter | Kesihatan RSS Feed |Polisi Privasi |Privacy Policy |

Kumpulan Utusan | Kosmo! | Tutor | ADaP | e-Lab | Mangga Online | Saji Online | disini.my | MyBooks | Job House | Utusan Karya

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

• Sawan demam bukan epilepsi

• Sopak sejenis penyakit kulit

• Lambatkan penuaan

• Sakit permulaan haid

• Vitamin C, kolagen untuk kulit

• Rawat sebelum terlambat

• Jangan abai tanda awal diabetes

• Elak penyakit akibat jerebu

• Elak payudara membengkak

• Peria bersihkan darah

• Implan dwi-stent untuk jantung

• Hidup selesa tanpa GERD

• Teknik baharupembedahan saraf

• Flos gigi, kumur mulut anda

• Risiko Obesiti semasa hamil

• Kulit baru harapan baru

• Botak di usia muda

• Fibroid semasa hamil

• Risiko kanta lekap

• Keputihan tidak halang keintiman

Mengenai Kami | | Terma & Syarat

Gambar

Gambar kahwin Album Raja Sehari

Referensi

Dokumen terkait

Titik berat bidang gabungan Mempersiapka n tugas dan mendiskusikan nya dalam kelompok Menyelesai kan permasalah an titik berat dan mendiskusi kannya Kemampuan dalam

Begitu pula dengan hasil observasi siswa menunjukkan adanya peningkatan pada tanggung jawab, kerjasama dan kedisiplinan saat pembelajaran dengan memperoleh nilai

Ketentuan Pajak Progresif Kendaraan Bermotor disisi lain menjadi beban baru bagi pemilik kendaraan yang terlanjur lebih dari satu, kita lihat Peraturan Daerah Provinsi Jawa

Tujuan penelitian ini adalah untuk mendeskripsikan pembelajaran musik menggunakan gelas berbahan kaca pada mahasiswa jurusan PAUD FIP UNY tahun angkatan 2016/2017. Metode penelitian

Perbandingan antara cakupan program yang dicapai di provinsi Bali berdasarkan laporan program dengan target Standar Pelayanan Minimal (SPM), target MDG’s tahun 2015, Rencana

Posisi jaring pada sudut antara 45-90° dan 0-45° memiliki peluang menangkap organisme non demersal lebih besar dari 90°, karena organisme non demersal juga dapat

Model numeris yang dikembangkan dengan persamaan momentum tersebut dapat mensimulasikan wave set down pada perairan dalam, wave setup pada perairan dangkal, dispersi dan

Dengan masuknya cairan ke dalam rongga interstisial/ alveoli akan berakibat timbulnya gangguan difusi dan ventilasi oleh karena terjadi perubahan sifat membran alveoli