• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kerja Kursus Sijil Tinggi Pelajaran Mala

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kerja Kursus Sijil Tinggi Pelajaran Mala"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

DATO’ JAHUBAR SATHIK BIN ABDUL RAZAK: LATAR BELAKANG TOKOH DAN SUMBANGAN TERHADAP PEMBANGUNAN NEGERI KEDAH DARI TAHUN

1984 HINGGA TAHUN 2000.

1.0 PENGENALAN

Penulis telah menjalankan suatu kajian tentang seorang tokoh yang telah lama terlibat dengan dunia korporat di Malaysia amnya, dan di negeri Kedah khususnya. Beliau ialah Dato’ Jahubar Sathik Bin Abdul Razak (Dato’ Sathik) iaitu seorang bekas ahli korporat yang telah terlibat dengan banyak syarikat besar dalam negara terutamanya yang melibatkan sektor pembinaan dan hartanah. Dato’ Sathik bukanlah seorang muka baru dalam dunia korporat di negeri Kedah.

Kajian ini telah difokuskan kepada sejarah penglibatan Dato’ Sathik dalam bidang korporat dengan melihat kepada kepentingan beliau dari sudut peranan dan

sumbangannya dalam dunia korporat dan pembangunan di negeri Kedah dari tahun 1984 hingga tahun 2000. Penglibatan awal dan peranan beliau sebagai ahli korporat juga turut dikaji. Sumbangan dan pencapaian beliau yang baik sepanjang tempoh masa tersebut telah menjadikan beliau begitu dikenali dan disegani ramai pihak.

(2)

menjalankan kajian ini bagi mengenal pasti sumbangan (idea-idea) beliau dalam proses pembangunan negeri dan mengetahui pencapaian beliau sepanjang tempoh tersebut.

Foto : Dato’ Jahubar Sathik Bin Abdul Razak

2.0 LATAR BELAKANG DAN PENGLIBATAN AWAL TOKOH

(3)

Sejarah juga telah didefinisikan oleh R. G. Collingwood, iaitu sejarah ialah sebuah bentuk penyelidikan tentang hal-hal yang telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau.

Dalam aspek penyelidikan ini, penulis telah memilih untuk mengkaji sejarah tokoh yang merupakan seorang ahli korporat ternama. Tokoh korporat ialah seseorang yang

melibatkan diri dalam bidang keusahawanan dan dunia berkenaan syarikat. Seterusnya, perkataan korporat dapat didefiniskan sebagai sesuatu perkara yang berkaitan dengan syarikat atau perbadanan tertentu pada umumnya. Korporat juga merujuk kepada

syarikat-syarikat besar dan firma-firma terkenal seperti Lembaga Tabung Haji (TH) dan kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB). Korporat juga bermaksud sesuatu yang berkaitan dengan bahagian pengurusan utama sesebuah syarikat.1

2.1 Latar Belakang dan Penglibatan Awal Tokoh

Dato’ Sathik telah dilahirkan di negeri Kedah pada tanggal 23 Oktober 1955. Beliau telah mendapat pendidikan peringkat menengahnya di Kolej Sultan Abdul Hamid di Alor Setar sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Beliau

mempunyai minat yang amat mendalam terhadap bidang pengurusan perniagaan dan bidang perakaunan. Oleh yang demikian, beliau telah berjaya melanjutkan pelajaran beliau di peringkat Master di Ohio University dan memperoleh Master of Business Administration (MBA).

(4)

ingin mengenal pasti sejarah penglibatan awal Dato’ Jahubar Sathik dalam bidang korporat dan mengkaji peranan serta sumbangan beliau dalam proses ke arah kemajuan negeri Kedah sama ada secara langsung atau tidak langsung. Penulis juga ingin

mengetahui kejayaan atau pencapaian yang telah dikecapi oleh beliau sepanjang tempoh tersebut.

(5)

Foto: Sijil MBA Dato’ Sathik dari Ohio University, USA

(6)

Fokus kajian penulis dalam menjalankan kerja kursus ini ialah Dato’ Sathik yang dilihat berjaya sebagai bekas pengarah urusan kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) dan bagaimana beliau menggunakan jawatan yang tinggi dan dihornati itu bagi sentiasa memajukan negeri Kedah. Memulakan kerjayanya sebagai seorang juruaudit di firma akauntan, Arthur Young & Co. pada tahun 1976, beliau kemudiannya menjadi ketua akauntan(head office accountant) di Pahang Consolidated Co. Ltd di mana syarikat perlombongan bijih timah tersebut telah disenaraikan dalam ‘the London and Malaysian Stock Exchanges’.

Beliau juga pernah bertugas di Bank Bumiputera Malaysia Berhad sebagai pembantu akauntan selama dua tahun iaitu dari tahun 1980 hingga 1982 sebelum dilantik sebagai pengarah urusan di Peremba Group of Companies sehingga tahun 1994. Seterusnya beliau dijemput bertugas di Darulaman Realty Sdn. Bhd. sebagai pengarah eksekutif. Beliau kemudiannya dilantik menjadi pengarah urusan kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) yang pertama setelah syarikat induk itu ditubuhkan.

(7)

3.0 PERANAN TOKOH

3.1. Pengasas Syarikat Induk Bina Darulaman Berhad (BDB)

Dato’ Sathik yang merupakan seorang yang terkenal dengan sifat yang sangat komited dalam menjalankan tugas yang diberi telah diberi kepercayaan oleh pihak kerajaan negeri Kedah apabila beliau diminta untuk mewujudkan suatu medium atau platform untuk syarikat disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada tahun 1994. Beliau yang pada ketika itu merupakan seorang pengarah eksekutif Darulaman Realty Sdn. Bhd. (sebuah anak syarikat PKNK) telah menyahut arahan PKNK ketika itu dan mengambil peranan sebagai seorang pemikir korporat. Maka, beliau telah menggunakan suatu kaedah yang dilihat sangat berkesan untuk mencapai tahap yang diingini kerajaan negeri pada ketika itu.

Dato’ Sathik telah membuat suatu pembaharuan yang positif apabila beliau bertindak menggabungkan beberapa buah anak syarikat utama yang berada di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah atau lebih dikenali sebagai PKNK. Beliau telah menggabungkan syarikat pemaju hartanah iaitu Darulaman Realty Sdn. Bhd. (DRSB); syarikat pembinaan iaitu Kedah Sato Sdn. Bhd (KSSB); syarikat operasi kuari iaitu Bina & Kuari (K) Sdn. Bhd. (BINAK) dan Darulaman Golf Resort Berhad (DGRB) menjadi anak syarikat kepada sebuah syarikat induk yang diberi nama Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB). BDB ditubuhkan secara rasminya pada 7 Februari 1995.2

(8)

saham. Dengan terhasilnya sebuah syarikat induk yang besar dan kukuh ini melalui buah fikiran Dato’ Sathik, Kedah dilihat semakin maju pada ketika itu dan dikatakan berada pada landasan yang betul dalam mencapai kemajuan yang lebih baik pada masa akan datang.

Menurut beliau, semasa dalam proses penggabungan anak-anak syarikat tersebut, beliau juga tidak terlepas daripada terpaksa menghadapi pelbagai halangan dan tentangan daripada sesetengah pihak. Terdapat juga pihak yang berpendapat beliau tidak akan mampu menguruskan syarikat-syarikat tersebut dengan baik dan cekap kerana usianya yang masih muda ketika itu dan dilihat sebagai masih baru dalam dunia korporat. Namun, halangan-halangan dan cabaran sedemikian tidak sedikit pun berjaya

menghentikan beliau daripada terus bergerak ke hadapan. Beliau merupakan seorang yang berpandangan jauh. Hal ini dapat dibuktikan melalui kata-kata beliau semasa ditemu bual pada tahun 1996 oleh seorang wartawan daripada majalah Dewan Ekonomi iaitu;

(9)

Foto: Bangunan BDB, Alor Setar

4.0 SUMBANGAN TOKOH

4.1 Idea Pembinaan Bandar Darulaman

Penulis telah menetapkan bahawa aspek yang dikaji dan dikupas di dalam esei ilmiah ini adalah dari segi sumbangan beliau kepada syarikat yang sekali gus akan menghasilkan pulangan yang lumayan kepada negeri Kedah. Hal ini demikian kerana syarikat BDB merupakan sebuah anak syarikat atau turut dikenali sebagai subsidiari kepada PKNK. Peningkatan dalam hasil PKNK semestinya akan membawa negeri Kedah ke suatu tahap yang lebih tinggi dan ke arah kemajuan.

(10)

syarikat seperti BDB yang berada di bawah pengurusan Dato’ Sathik, pastinya memudahkan lagi proses mencapai kemajuan tersebut.

Oleh itu penulis ingin mengkaji apakah sumbangan seorang tokoh korporat hebat seperti Dato’ Sathik dalam membawa kepada kemajuan negeri Kedah. Antara sumbangan yang dapat dikenal pasti oleh penulis ialah melalui idea pemikiran beliau yang sangat bernas dan berpandangan jauh. Contohnya, beliau sebagai pengarah urusan telah mencadangkan suatu usaha pembangunan sebuah bandar baharu di negeri Kedah melalui Darulaman Realty Sdn. Bhd. di bawah BDB pada tahun 1996. Cadangan ini dikemukakan oleh beliau dan proses pembinaan kawasan bandar baharu itu telah bermula sebelum tahun 2000 lagi. Menurut jangkaan beliau pembangunan itu dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2003. Apabila ditanya berkenaan fungsi dan peranan bandar baharu itu beliau berkata;

Sebagai sebuah kawasan petempatan yang baharu, bandar yang diberi nama sebagai Bandar Darulaman itu mempunyai keluasan lebih kurang 2200 ekar.Bagi memudahkan pemahaman pembaca, penulis telah menyediakan sebuah pelan induk yang lengkap yang menunjukkan pembinaan Bandar Darulaman. Pelan ini telah diperoleh daripada Dato’ Sathik sendiri oleh penulis semasa sesi temu bual. Projek pembinaan bandar ini di bawah pengawasan Dato’ Sathik sendiri telah menjadi salah satu daripada projek-projek utama Darulaman Realty Sdn. Bhd.4 Pembinaan bandar-bandar yang lain juga telah dijalankan dengan giat antaranya Kulim, Kuala Ketil dan Langkawi.

(11)

Foto: Tasik Darulaman, Bandar Darulaman, Jitra

Pada hari ini, Bandar Darulaman sememangnya dilihat telah berjaya mencapai suatu tahap yang amat membanggakan dengan terbinanya banyak kawasan perumahan elit dan sederhana serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang selesa. Bandar Darulaman juga telah menjadi bandar pertama di negeri Kedah yang mempunyai sebuah bangunan kondominium mewah sebagai kediaman penduduk. Kondominium tersebut dikenali sebagai Condo 900 dan mempunyai banyak kemudahan untuk penghuninya.

Semua yang telah dinyatakan sememangnya merupakan hasil daripada idea bernas Dato’ Sathik lebih kurang 20 tahun yang lalu. Oleh yang demikian, beliau yang telah banyak memberi sumbangan terhadap pembangunan negeri Kedah ini khususnya di Bandar Darulaman selayaknya dipuji dan dihargai.

(12)

seperti di negeri yang lebih terkehadapan seperti Pulau Pinang atau di kawasan seperti Lembah Klang yang sektor hartanah mengalami pertumbuhan yang begitu pesat. Beliau berpendapat masih banyak kawasan yang boleh dimajukan di negeri Kedah.

Selain itu, Dato’ Sathik merasakan bahawa negeri ini masih memerlukan banyak kawasan peumahan, khasnya untuk rumah-rumah jenis kos sederhana. Permintaan untuk rumah kos sederhana amat memuaskan. Sekiranya harga berpatutan, maka sudah tentu permintaannya akan lebih bertambah dari sehari ke sehari. Beliau juga yakin terhadap potensi sektor hartanah di bawah BDB di Kedah semasa beliau memberi idea kepada kerajaan negeri untuk membangunkan juga bandar-bandar lain seperti Darulaman Perdana di Sungai Petani, Kedah.5

4.2 Pembinaan Darulaman Golf & Country Club

Sebagai pengasas BDB dan juga selaku pengarah urusan dan pengarah eksekutif anak syarikatnya iaitu Darulaman Golf Resort Bhd. dan Darulaman Realty Sdn. Bhd., Dato’ Sathik juga telah mengutarakan cadangan pembinaan sebuah pusat rekreasi

ekopelancongan yang pada pandangan beliau berupaya menjadi sebuah faktor tarikan pelancong ke negeri Kedah. Beliau telah mencadangkan pembinaan Darulaman Golf & Country Club di Bandar Darulaman, Jitra pada tahun 1996.

(13)

Hal ini demikian kerana pada masa tersebut Kedah masih lagi merupakan sebuah negeri yang berada di dalam proses membangun. Maka, Dato’ Sathik telah menggunakan peluang ini bagi mambantu negeri Kedah untuk lebih mudah mencapai kemajuan itu. Maka, dengan wujudnya sebuah pusat rekreasi berstatus tinggi seperti Darulaman Golf & Country Club ini, Kedah dilihat sangat pesat dalam proses pembangunan tersebut.

Menurut Dato’ Sathik, beliau mendapat ilham untuk mencadangkan pembinaan pusat golf ini disebabkan sektor pelancongan yang begitu pesat di Kedah pada ketika itu, sebagai contoh kejayaan pameran LIMA yang telah meletakkan Pulau Langkawi sebagai suatu tempat yang terkenal dan signifikan di peta dunia. Maka bagi beliau, langkah awal yang perlu diambil oleh BDB sebagai satu syarikat pembinaan utama di negeri ini adalah dengan mewujudkan Darulaman Golf & Country Club.

Apabila ditanya berkenaan fungsi pusat rekreasi ini diadakan di Kedah, Dato’ Sathik menyatakan bahawa Darulaman Golf & Country Club (DGCC) ini akan menjadi pusat transit kepada golongan elit dan atasan yang berkunjung ke Kedah. Beliau juga

merasakan bahawa melalui pembinaan pusat ini, maka akan wujud banyak peluang pekerjaan bagi penduduk negeri Kedah.

(14)

Penulis telah menyediakan beberapa dokumen syarikat yang diperoleh daripada Dato’ Sathik sendiri yang menunjukkan proses pembelian atau pemilikan semula tanah-tanah di kawasan Jitra untuk tujuan pembinaan ini. Hal ini dilihat mampu menjadi bukti akan keberhasilan idea Dato’ Sathik dalam menjadi seorang tokoh yang mempunyai daya pemikiran yang optimis.

Maka dapatlah penulis menyimpulkan bahawa dengan wujudnya DGCC ini, negeri Kedah telah berjaya melonjakkan namanya selangkah ke hadapan dalam menuju kemajuan yang diingini. Semestinya semua ini perlu dikreditkan kepada Dato’ Sathik sebagai pengarah urusan BDB yang telah mencadangkan idea penubuhan DGCC pada 1996.

(15)
(16)

Foto: Dokumen Syarikat DRSB

5.0 KEJAYAAN TOKOH

5.1 Menyenaraikan BDB dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL)

Semasa awal penubuhan syarikat BDB oleh Dato’ Sathik pada 1995, beliau berpendapat syarikat sektor pembinaan tersebut mampu menjadi sebuah syarikat yang utama di Malaysia. Oleh itu, projek demi projek dijalankan oleh BDB di bawah pengurusan cemerlang beliau sehinggalah pada tahun 1994 pihak kerajaan negeri Kedah melalui PKNK telah meminta beliau untuk berusaha menjadikan BDB sebagai sebuah syarikat yang mampu tersenarai di dalam BSKL.

(17)

‘government-kerana prestasi syarikat semasa di bawah pengurusan Dato’ Sathik amat

memberangsangkan. Syarikat pada ketika itu juga berjaya dalam pelbagai projek yang dikendalikan oleh Dato’ Sathik dengan penuh dedikasi. Dalam sebuah keratan akhbar New Straits Times tahun 1996 beliau berkata;

Kejayaan Dato’ Sathik yang banyak memberi idea bagi kemajuan syarikat telah

membawa kepada kemajuan negeri Kedah dan akhirnya mencapai sebuah kejayaan yang hebat dan layak dipuji dengan tersenarainya BDB di dalam BSKL.

Foto: Keratan Akhbar NST Februari 1996 semasa penyeneraian BDB di dalam BSKL

“We’re mindful of the fact that the company will still be substantially owned by the State Government after the listing (in BSKL). This will work to the company’s

(18)

Setelah menjalankan kajian ini, penulis boleh membuat satu kesimpulan bahawa kajian ini mampu menjadi suatu medium yang wajar digunakan bagi memperkenalkan tokoh sejarah iaitu Dato’ Jahubar Sathik Bin Abdul Razak dengan mengkaji dan mengenal pasti peranan, sejarah penglibatan awal, sumbangan serta kejayaan yang dikecapi beliau sepanjang tempoh yang telah ditetapkan. Selain itu, melalui kajian ini juga penulis dapat mengetahui sejarah hidup tokoh dan menjadikannya sebagai suatu inspirasi bagi penulis serta pembaca untuk mencapai kejayaan sendiri pada masa hadapan. Penulis juga ingin mengemukakan cadangan iaitu kajian sebegini harus dijalankan dengan lebih kemas dan mantap pada masa akan datang oleh pengkaji-pengkaji lain bagi mendapatkan keputusan yang lebih baik dan jitu.

(19)

1. David L. Scott, Wall Street Words: An A to Z Guide to Investment Terms for Today’s Investor (New York : Houghton Mifflin Harcourt Publishing Co., 2010).

2. Jahubar Sathik Abdul Razak, “Bina Darulaman Berhad (BDBS.KL).”

http://in.reuters.com/finance/stocks/officerProfile?symbol=BDBS.KL&officerId=1146 073 (diakses pada 1 Mac 2014).

3. Afiq Nuradli, “Personaliti: Yakin Menghadapi Rintangan,” Dewan Ekonomi, bil.2 (1996) : 60-61.

4. Surat Rasmi Jahubar Sathik B. Abdul Razak kepada Tuan Yang DiPertua Majlis Daerah Kubang Pasu, 18 April 1994, dlm. Fail Darulaman Realty/3/AD.2/MDKP/(31), Majlis Daerah Kubang Pasu 441/8-516 Jilid 2.

5. Dato’ Jahubar Sathik Abdul Razak, bekas Pengarah Urusan Bina Darulaman Berhad, Kedah. Wawancara, 15 Februari 2014.

6. Baidura Ahmad, “Business: Spearheading Kedah’s Development,” New Straits Times (Kuala Lumpur), 8 Januari 1996. 21

(20)

Afiq Nuradli, “Personaliti: Yakin Menghadapi Rintangan,” Dewan Ekonomi, bil.2 (1996) : 60-61.

Baidura Ahmad, “Business: Spearheading Kedah’s Development,” New Straits

Times (Kuala Lumpur), 8 Januari 1996.

Dato’ Jahubar Sathik Abdul Razak, bekas ahli korporat dan bekas pengarah urusan BDB, Alor Setar. Wawancara 15 Februari 2014.

David L. Scott, Wall Street Words: An A to Z Guide to Investment Terms for Today’s

Investor, New York : Houghton Mifflin Harcourt Publishing Co., 2010.

Jahubar Sathik Abdul Razak, “Bina Darulaman Berhad (BDBS.KL).”

http://in.reuters.com/finance/stocks/officerProfile?symbol=BDBS.KL&officer Id=1146073

Surat Rasmi Jahubar Sathik B. Abdul Razak kepada Tuan Yang DiPertua Majlis Daerah Kubang Pasu, 18 April 1994, dlm. Fail Darulaman Realty/3/AD.2/MDKP/ (31), Majlis Daerah Kubang Pasu 441/8-516 Jilid 2.

LAMPIRAN Skrip Temu Bual/ Wawancara Orang Sumber

(21)

Alamat: No. 33, Jalan 9/21D, Taman PKNK,

05350 Alor Setar, Kedah.

Pada 15 Februari 2014, penulis telah menemu bual tokoh sejarah iaitu Dato’ Jahubar Sathik di kediaman beliau di Taman PKNK, Alor Setar, Kedah bagi mendapatkan maklumat secara tepat tentang beliau.

Berikut merupakan temu bual tersebut:

Penulis :Assalamualaikum, Dato’. Apa khabar? Tokoh :Waalaikumusalam, Alhamdulillah baik.

Penulis :Jika tidak keberatan, saya ingin menemu bual Dato’ untuk mendapatkan

Maklumat bagi menyiapkan kerja kursus saya. Boleh ?

Tokoh :Apa salahnya. Saya akan membantu apa yang termampu, inshaAllah. Penulis:Baiklah saya mulakan. Boleh Dato’ beritahu saya mengenai latar belakang Dato’ ?

Tokoh : Baiklah. Saya lahir di Kedah pada tahun 1955 dan mendapat pendidikan awal di Kolej Sultan Abdul Hamid, di Alor Setar. Saya juga telah melanjutkan pelajaran di peringkat Master di Ohio University dan

(22)

utama baik dalam negara mahupun di luar negara seperti

Malaysian Institute of Accountants, Malaysian Institute

of Certified Public Accountants dan juga

merupakan ahli Association of Chartered Certified Accountants (UK).

Penulis: Boleh saya tahu kejayaan-kejayaan yang Dato’ telah kecapi sepanjang bergelar ahli korporat dan sumbangan Dato’ terhadap pembangunan Kedah?

Tokoh : Saya di bawah mandat PKNK telah menyatukan anak-anak syarikat seperti Darulaman Realty Sdn. Bhd. dan Kedah SATO Sdn. Bhd. menjadi satu syarikat yang sama iaitu

Bina Darulaman Berhad (BDB). Saya juga telah

mencadangkan pembinaan sebuah bandar satelit di Kedah iaitu

Bandar Darulaman yang terletak di daerah Kubang Pasu. Selain itu,

sewaktu saya menjadi pengarah urusan syarikat BDB, saya telah berjaya menyenaraikan syarikat itu di Bursa Malaysia atau Kuala Lumpur

Stock Exchange (KLSE).

Penulis :Sungguh besar sumbangan Dato’ dalam pembangunan negeri ini. Selain itu, jika tidak keberatan bolehkah saya mendapatkan salinan sijil-sijil Dato’ dan dokumen-dokumen syarikat yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus saya ini?

(23)

dan keratan majalah untuk kegunaan kamu. Kamu

bolehlah mendapatkan salinannya.

Penulis :Terima kasih atas segala jasa baik Dato’ yang sudi menyediakan dokumen tersebut dan sudi ditemu bual.

Tokoh :Sama-sama. Jika ada apa-apa yang tidak lengkap, hubungilah saya. Penulis :Baiklah, terima kasih. Selamat tinggal.

Setelah selesai menemu bual, penulis telah menyusun maklumat-maklumat yang diperoleh daripada Dato’ Sathik.

(24)

Referensi

Dokumen terkait