• Tidak ada hasil yang ditemukan

ADAT DAN BUDAYA KAUM MURUT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "ADAT DAN BUDAYA KAUM MURUT"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

ADAT DAN BUDAYA

KAUM MURUT

PENGENALAN

Perkataan “Murut” di Sabah merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di pedalaman yang mempunyai hubungan rapat dengan suku Dusun. Kaum Murut juga,merupakan suku kaum yang tertua di Sabah yang datang dari Annam,Indo-China dan kepulauan Filipina. Mengikut Porllard,istilah Murut beasal dari akar kata “purut” iaitu “berian” atau “hantaran mas kahwin.” Kebiasaannya, kaum Murut terdapat di Sabah serta di wilayah perbatasan Kalimantan dan Sarawak. Kaum murut ini merupakan suku etnik ketiga terbesar di sabah. Di Sarawak pula,terdapat juga kaum Murut, akan tetapi suku kaum ini amat sedikit kerana kaum ini terletak di bawah kaum Orang Ulu iaitu mewakili peribumi kecil sahaja. Kaum Murut di Sabah menetap di Tenom, Kemabong, Pensiangan, dan Keningau. Kaum Murut terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagal, Tidung, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan,dan Murut Serundung. Selain itu, kaum Murut juga mendiami di rumah panjang yang berhampiran di tepi sungai. Kaum Murut menganut agama Islam dan sebahagian lagi menganut agama Kristian.

PERKAHWINAN

(2)

pengantin perempuan akan dibawa keluar dari bilik dan akan diberi air tapai yang disukainya. Oleh yang demikian, dalam tempoh tiga hari tersebut, tetamu akan bersukaria sambil makan dan meminum air tuak di rumah pengantin perempuan. Pertandingan meminum tuak secara persahabatan juga diadakan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan. Setelah tamat tempoh tiga hari tersebut, mereka akan bergerak ke rumah pengantin lelaki dan pukulan “egal” iaitu pukulan gong akan didendangkan bagi menandakan selamat jalan kepada keluarga pengantin perempuan. Setelah berada seminggu di rumah pengantin lelaki, pengantin perempuan boleh menziarahi ibu bapa dengan kebenaran suami dan mertuanya. Setelah sebulan perkahwinan,kedua- dua pengantin akan pergi ke rumah pengantin perempuan selama empat hari dan kehadiran mereka akan diraikan serta disajikan air tapai. Setelah tamat tempoh empat hari tersebut, mereka berdua akan balik ke rumah pengantin lelaki semula untuk menetap di sana buat selama-lamanya.

KELAHIRAN

Bagi adat kelahiran kaum Murut pula, mereka tidak mempunyai adat resam dan pantang

larang yang khusus semasa mengandung dan bersalin. Mereka akan mempunyai beberapa

pantang larang apabila selepas bayi itu dilahirkan, iaitu dari segi pemberian nama . Bagi

masyarakat Murut, bayi yang dilahirkan tidak akan diberi nama dengan serta merta. Hal ini

bertujuan untuk mengelakkan sebarang perkara buruk menimpa bayi tersebut. Oleh yang

demikian, pemilihan nama amat dititikberatkan oleh masyarakat Murut. Oleh

itu, kebanyakan nama yang diberi adalah berdasarkan nama alam semulajadi atau melalui

sesuatu peristiwa tertentu. Selain itu, nama orang Murut juga berkemungkinan

bertukar untuk beberapa kali. Situasi ini bergantung kepada keadaan yang berlaku di

sekeliling mereka. Sebagai contoh, jika seseorang itu kerap sakit atau ada orang yang

meninggal dunia dan secara kebetulan nama mereka adalah sama, kaum murut yang

mempunyai nama itu tadi perlu menukar nama tersebut dengan serta merta bagi

mengelakkan perkara yang sama berlaku kepada dirinya.

KEMATIAN

Adat kematian dalam masyarakat Murut, mereka akan mengebumikan mayat. Mereka akan

(3)

Sesuatu kes kematian perlu diuruskan dengan tertib dan baik dengan mengikuti adat-adat

tertentu. Hal ini bertujuan bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang bencana atau

musibah. Terdapat tiga proses dalam pengebumian mayat dalam kaum Murut iaitu semasa

kematian, pengebumian, dan selepas pengebumian. Semasa kematian, ahli keluarga si mati

akan memukul gong dan ketika gong dipukul, semua penduduk perlu berhenti daripada

melakukan aktiviti masing-masing. Jika terdapat penduduk tidak berhenti daripada

melakukan pekerjaan semasa gong dipukulkan,seluruh penduduk akan didenda iaitu

member seekor babi kepada ahli keluarga si mati. Selepas itu, mayat akan dimandikan dan

setelah itu mayat akan dipakaikan dengan pakaian yang cantik serta bersih. Mayat akan

berada di rumah selama dua hari sebelum dimasukkan ke dalam bajau iaitu bangkalan

kaum Murut. Tajau akan ditutup dengan kayu dan di atasnya diletakkan lampu kecil bagi

menakutkan hantu syaitan. Pada hari kedua tajau akan dibawa keluar dari bilik tepat pukul

12.00 tengah malam dan ketika ini ahli keluarga akan bertangis-tangisan sambil

mengelilingi tajau tersebut. Pada hari ketiga, kaum lelaki akan pergi ke tanah perkuburan

untuk membaiki rumah perkuburan sekiranya terdapat kerosakkan. Pada malam ke

empat mereka akan bersuka ria sebagai menghormati malam terakhir si mati berada

dirumah. Keasokkan harinya, tajau mayat akan diusung dengan menggunakan

usungan kayu ke tanah perkuburan. Ketika ini, ahli keluarga perempuan si mati akan

menangis kerana mereka percaya akan roh si mati akan selamat ke syurga dan bertujuan

mengucap selamt jalan. Proses yang kedua iaitu semasa pengebumian gong akan

dibunyikan sepanjang jalan tajau dihantar ke tapak pengebumian dan tajau tersebut akan

dihias dengan manik-manik beraneka warna dan dipaku dengan kayu yang berukir. Ketika

ini mereka akan meraikan majlis makan-makan. Seterusnya proses yang terakhir iaitu

selepas pengebumian, ahli keluarga akan meletakkan tiga potongan bara setelah empat

hari tajau di tanah perkuburan. Bara-bara tersebut akan dikawal apinya oleh keluarga si

mati, supaya roh si mati tidak dapat meniup api tersebut kerana mereka percaya sekiranya

si mati dapat meniup api sehingga menyala kemungkinan rumah tersebut ditimpa bencana.

Adat tolak bala akan diadakan bagi menandakan pantang larang adat kematian sudah

selesai.

TARIAN

(4)

Tarian lansaran merupakan tarian yang amat terkenal dalam suku kaum Murut.

Kebiasaannya, tarian ini hanya dilakukan di lantai khas yang berukuran kira-kira 81 kaki

persegi. Lokasi lantai khas terletak di tengah-tengah rumah panjang yang diperbuat

menggunakan kayu bulat. Kayu bulat dipasang berlapis-lapis secara khusus supaya boleh

melantun seperti "spring". Dalam tarian ini terdapat sekumpulan penari lelaki dan

perempuan. Kaum perempuan akan memakai pakaian tradisional warna hitam dan hiasan

manik-manik yang berwarna-warni. Bagi kaum lelaki mereka akan memakai topi berbulu

burung serta pakaian diperbuat daripada kulit kayu bercampur kain berwarna. Dalam

tarian ini, penari akan membuat satu bulatan sambil melonjak-lonjak di atas lantai lansaran

dengan diringi oleh bunyi hentakan susunan kayu bulat di bahagian bawah lantai lansaran.

Selain itu, penari lelaki akan melonjak ke atas untuk mencapai "kinkilat" yang digantung di

bahagian atas sambil bersorak tanda gagah. Pengakhiran tarian Lansaran ini ialah

berbalas-balas pantun tanda mengeratkan lagi tali silaturahim antara mereka. Pada masa

dahulu, tarian ini diadakan bagi menyambut kepulangan para pahlawan yang telah

mencapai kemenangan setelah bertarung di medan pertempuran.

2)

Mansayau

Tarian Mansayau ini dilakukan oleh suku kaum Murut di Limbawan.

Kebiasannya tarian ritual ini dipersembahkan di majlis-majlis perkahwinan,

hari-hari kelepasan am suku kaum Murut seperti hari-hari Pesta Menuai Padi. Tarian ini akan diiringi

dengan pukulan sembilan biji gong, sebuah gendang dan satu set bakakung atau

kulintangan.Alat-alat yang terdapat dalam tarian ini akan dipalu mengikut rentak-rentak

tertentu dan yang lazim dimainkan ialah pukulan benama magadang. Melalui tarian

ini,ragam-ragam tarian tidak terhad kepada satu bentuk sahaja dan boleh ditarikan oleh

sepasang penari (lelaki dan wanita). Bagi konteks pakian pula, penari lelaki aka memakai

pakian yang dipanggil bangkad dan abagsementara pakaian wanita pula

dipanggil linambongan dan pinangkit.

PERAYAAN

PERAYAAN MANSISIA

(5)

Beras akan dimasak samada dibuat tapai atau untuk nasi. Selain itu,mereka juga akan menyumbangkan wang untuk membeli lauk-pauk semasa perayaan. Setelah hari Mansisia menjelang, semua penduduk kampung akan menghadiri jamuan makan/minum di Tulus ( Rumah Panjang ) atau di Rumah Ketua Masyarakat jika kampung berkenaan tidak mempunyai " Tulus". Salah satu acara rasmi yang akan berlangsung dalam perayaan tersebut adalah meminum tapai yang dipanggil " Pansisiaan". Semua penduduk kampung dikehendaki meminum tapai tersebut sebagai satu tradisi ( adat ). Pada masa yang sama, perayaan Mansisia ini akan membuat semua penduduk kampung dapat menikmati hasil tuaian setiap keluarga memandangkan beras yang disumbangkan sebelumnya dicampur-gaulkan sebelum dimasak. Antara tujuan perayaan Mansisia ini dilakukan adalah sebagai hari kesyukuran dan bersukaria. Hari tersebut juga dianggap sebagai hari Kelepasan Am bagi para petani. Kebiasanya perayaan tersebut dilengkapi dengan beberapa acara yang menarik seperti persembahan kebudayaan, minum tapai dan bermacam-macam lagi sesuai dengan suasana sambutan " Mansisia ".

PAKAIAN

Bagi pakaian Adat suku kaum Murut, lelaki memakai jaket barbaru dan cawat dari kulit kayu puputul yang dilukis dengan motif dari manik atau warna. Perhiasan kepalanya tupi

sinulatan juga dari kulit kayu. Wanita menggayakan pakaian pinongkolo dari kain kapas

berhiaskan motif sarat dari manik-manik berwarna-warni. Perhiasan diri juga dari manik

seperti rantai rarangkol dan hiasan kepala salupai.

PERMAINAN

LANSARAN

Permainam Lansaran ini merupakan permainan tradisional kaum Murut. Cara–cara bermain permainan ini adalah dengan melompat di atas lantai yang dibina khas seperti spring dan mencapai 'kinkilat'.

http://bmpengurusan2010.blogspot.my/2010/09/kaum-murut.html

TAJUK : ADAT TRADISI KAUM MURUT, DI KENINGAU ,SABAH

TAJUK KHUSUS : Sejarah Adat Tradisi Kaum Murut

(6)

Kaum Murut menetap di pedalaman dan kawasan tenggara Sabah dan merupakan kaum yang ketiga terbesar di Sabah. Salah satu etnik yang ada di negeri Sabah adalah suku kaum Murut yang kaya dengan budayanya. Mereka biasanya tinggal di daerah Tenom, Pensiangan dan Keningau. Kaum Murut juga terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagol, Tidung, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan, dan Murut Serundung. Dimana Kaum Murut mewakili sebanyak 2.9% daripada penduduk di Sabah iaitu lebih kurang 50,000 orang. Suku kaum Murut juga terdapat di Brunei, Sarawak dan sempadan Kalimantan. Kaum Murut mempunyai bahasa tersendiri yang berbeza dengan suku kaum Murut yang lain. Secara uniknya, kaum Murut tinggal di rumah tradisi mereka iaitu rumah panjang dan hidup harmoni dalam keluarga yang besar yang berhampiran dengan kawasan sungai. Mereka tinggal di dalam rumah panjang yang menempatkan 10 hingga 20 keluarga. Suku kaum Murut juga dikenali melalui budaya dan kesenian yang telah mereka warisi turun-temurun. Misalnya, suku kaum Murut amat terkenal dengan motif dan pakaian tradisinya. Selain itu, kaum Murut pakar dalam berburu dan masih mengamalkan tradisi bertatu seperti kaum Iban di Sarawak tetapi tradisi ini semakin kurang di lakukan oleh generasi muda suku kaum ini. Kebanyakan kaum Murut ialah petani, pemburu, dan penangkap ikan di sungai. Selain itu , mereka juga menjalankan pemungutan hasil hutan seperti rotan, damar dan madu lebah . Adat upacara perkahwinan bagi kaum Murut juga sangat unik dan menjadi adat turun-temurun dalam perkahwinan iaitu adat ‘barian sampai mati’. Selain daripada itu, dahulu mereka mempercayai amalan anismisme iaitu setiap pokok, batu, sungai dan bukit mempunyai roh sendiri. Kini, kebanyakan suku kaum Murut majoritinya beragama kristian. Kaum Murut meraihkan Perayaan Pesta Kalimaran. Pesta Kalimaran ialah pesta sama seperti kaum KadazanDusun yang menyambut Pesta Kaamatan. Ia disambut selepas mereka menuai padi. Sehubungan itu, suku kaum Murut juga terkenal dengan tarian tradisional iaitu Tarian Lansaran dan Tarian Mangunatip.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Tujuan utama penulisan dibentuk ialah untuk mengetahui asal usul adat tradisi kaum Murut di Keningau, Sabah. Asal usul ini dikaji kerana ingin mendedahkan kepada masyarakat bahawa adat tradisi ini amat penting untuk dipelihara.

(7)

2.3 Kajian ini dibuat bagi menyedarkan masyarakat pada zaman sekarang tentang pentingnya memelihara adat tradisi yang telah lama diamalkan sejak turun-temurun lagi. Ini bertujuan supaya semua lapisan masyarakat dan generasi akan datang kaum Murut mengamalkan adat tradisi walaupun kebanyakan kaum Murut masa kini telah menganut agama kristian.

3.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Penulis berminat untuk mengetahui pengamalan adat tradisi kaum Murut di Keningau tetapi pengamalan adat tradisi ini kurang diamalkan oleh kaum muda Murut sekarang. Hanya terdapat segelintir daripada masyarakat Murut yang masih menerapkan adat tradisi dalam keluarga mereka. Selain itu, maklumat mengenai adat tradisi kaum Murut sukar diperolehi untuk dijadikan rujukan.

Permasalahan kajian adalah berkisar mengenai pengutipan, pemilihan, penyusunan, sumber dan penganalisaan bahan-bahan. Dari aspek pengumpulan sumber melalui laman sesawang, bahan-bahan maklumat mengenai adat tradisi kaum Murut di Keningau amat terhad.

Kerja-kerja penyusunan dan penganalisaan dalam penulisan esei ini juga menimbulkan masalah. Ini adalah disebabkan setiap perkara ini berkait rapat antara satu sama lain. Penulis berharap esei ini dapat meenyumbangkan kepada kajian sejarah Malaysia.

4.0 SKOP KAJIAN

Kajian ini akan difokuskan kepada adat tradisi kaum Murut di Keningau, Sabah. Amalan dan kehidupan yang diamalkan ini banyak memberi kesan kepada masyarakat muda kaum Murut pada saat ini. Seterusnya, kita akan mendalami tentang perayaan yang disambut oleh kaum Murut di Keningau. Selain itu, mengetahui cara pengendalian adat perkahwinan tradisional sehingga moden oleh kaum Murut di Keningau. Kajian ini juga dijalankan untuk mengetahui perbezaan antara pakaian tradisional lelaki dan perempuan kaum Murut serta tarian tradisional kaum Murut. Bahkan, kajian terakhir akan menyatakan berkenaan agama dan kepercayaan yang dianuti oleh kaum Murut di Keningau dari dulu hingga sekarang.

5.0 SOROTAN KAJIAN LEPAS

(8)

Williams dalam Mat Zin Mat Kib (2005: 2) berpendapat kira-kira 15,000 hingga 20,000 tahun dahulu telah berlaku penghijrahan penduduk dari bahagian selatan Negara China ke Asia Tenggara dan kawasan-kawasan pesisirnya, termasuklah ke Pulau Borneo. Antara mereka yang berpindah dari benua Asia ini (sejak tahun-tahun 1500 hingga 1000 S. M lagi) terdiri daripada kumpulan etnik yang pada hari ini disebut “Dusun” dan “Murut”. Berdasarkan fakta inilah kelompok Dusun dan Murut dikatakan dua kelompok yang paling awal berada di Sabah. Collins dalam Mat Zin Mat Kib (2005: 2) mengatakan bahawa kelompok ini secara umumnya disebut Melayu-Proto yang mengamalkan bahasa rumpun Austronesia. Mereka terdapat di kawasan pedalaman kerana pada tahun 1880-an dikatakan penduduk di bandar Sandakan, Lahat Datu, Semporna dan Tawau tidak lagi terdiri daripada penduduk peribumi Sabah.

5.2 Manakala Headly dalam Ismail Yusoff (1997: 28), mengatakan bahawa perkataan ‘Murut’ di Sabah merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di pedalaman yang mempunyai hubungan rapat dengan suku kaum Dusun. Seperti orang Dusun, nama orang Murut bukan diperoleh sendiri oleh masyarakat tersebut, tetapi diberikan oleh pendatang dari luar. Berbanding dengan orang Dusun, keadaan fizikal orang Murut adalah lebih kecil dan pendek. Barangkali kerana inilah ramai pengkaji beranggapan bahawa mereka ini berasal dari Annam, Ulu Burma atau Formosa. Namun, bukti ini tidak kukuh disebabkan hanya andaian dari pengkaji sahaja berdasarkan kepada bentuk fizikal orang Murut dan orang Dusun yang menyerupai bentuk fizikal Anam, Ulu Burma atau Formosa.

5.3 Mengikut Pollard dalam Ismail Yusoff (1997: 28) istilah ‘Murut’ berasal dari akar kata ‘purut’ iaitu ‘berian’ atau ‘hantaran mas kahwin’. Ada juga pengkaji berpendapat istilah ini diperoleh dari ‘burut’ iaitu sejenis tumbuh-tumbuhan berubi yang digemari oleh orang Murut. Sebelum nama ini menjadi popular kaum Murut dikenali dengan berbagai nama yang dikaitkan dengan alam sekeliling di mana mereka berorentasi. Prentice dalam Ismail Yusoff (1997: 28) misalnya menamakan mereka ini ‘hill people’ kerana mereka tinggal di bukit-bukau. Sementara Whelan dalam Ismail Yusoff (1997: 28) pula menamakan mereka ‘man of wood’ kerana lokasi perkampungan mereka di hutan rimba.

(9)

Paluan tinggal di kawasan tanah tinggi berhampiran Sungai Padas di Tenom, berkembang ke Sungai Dalit di sempadan Sook dan berkembang ke barat berhampiran Sipitang. Kedua, Murut Dalit yang juga dipanggil “orang bukit” menduduki kawasan Dalit dan Sook dan berkembang di sepanjang Sungai Penawan. Ketiga, Murut Rundum yang menduduki kawasan persekitaran Sungai Tagul dan berkembang ke utara Rundum. Keempat, Murut Tahol yang berpindah dari persekitaran Sungai Tagul dan menduduki kawasan Bole, Kemabong, Tenom dan Tomani. Kelima, Murut Kolod di kawasan Bole. Keenam, Murut Sapulut menduduki kawasan tanah tinggi selatan Sook hingga ke Sungai Sepulut dan Murut Pensiangan (Lagungan) yang menduduki kawasan Sapulut, berkembang hingga ke sempadan dan tenggara Serudong dan Sungai Kalabakan. Sebenarnya Murut Sapulut adalah dikenali sebagai Murut Tagal.

5.5 Selain itu, menurut Cliff Akid Kamijan dalam majalah Dewan Bahasa (2006: 30) Malaysia sangat beruntung kerana mempunyai rakyat pelbagai bangsa, budaya, agama dan kepercayaan. Menurut Owen Rutter dalam Mat Zin Mat Kib (2005: 2) menjelaskan bahawa pengkategorian etnik yang utama di Sabah ialah tertumpu kepada kaum Dusun, Murut, Bajau, Iranun, Suluk, Bisaya dan Melayu Brunei. Setiap kumpulan etnik ini mempunyai adat resam, kebudayaan dan amalan kepercayaan yang berbeza-beza. Mereka terdiri daripada penduduk peribumi bukan Islam dan peribumi Islam. Kumpulan etnik Dusun, Murut dan Rungus kebanyakannya bukan beragama Islam. Setiap kumpulan etnik, khususnya Dusun dan Murut mempunyai subkumpulan etnik masing-masing. Manakala, kumpulan etnik Idahan, Bajau, Iranun, Sulu, Bisaya, Melayu-Brunei, Orang Sungai dan Tidong pada keseluruhannya beragama Islam. Walaubagaimanapun, terdapat penulis lain yang mengklasifikasikan masyarakat Murut kepada beberapa subetnik. Misalnya, Lita Lasimbung dan Stella Moo-Tan (1997: 45) telah membahagikan Murut kepada subkumpulan iaitu Baukan, Gana, Kalabakan, Okolod, Paluan, Selungai, Serudung, Tagal, Timugon, Murut Beaufort dan Murut Keningau. Mereka juga mengatakan bahawa pada tahun 1977, jumlah masyarakat Murut di Sabah dianggarkan sebanyak 40,000 orang.

6.0 KAEDAH KAJIAN

(10)

Pendekatan yang digunakan ialah membuat penerangan mengenai perkembangan yang berlaku dalam pengamalan adat tradisi dalam kalangan generasi awal dan generasi muda kaum Murut sekarang.

7.0 PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

7.1 Pengenalan

7.2 Sejarah Adat Tradisi Kaum Murut di Keningau, Sabah

7.3 Objektif pengamalan Adat Tradisi Kaum Murut di Keningau, Sabah

7.4 Kepentingan pengamalan adat tradisi Kaum Murut sejak turun-temurun.

7.5 Penutup

8.0 BIBILIOGRAFI

9.0 LAMPIRAN

http://sumandakdusunmurut.blogspot.my/

Kaum Murut menetap di pedalaman dan kawasan tenggara Sabah dan 

merupakan kaum yang ketiga terbesar di Sabah. Salah satu etnik yang ada di  negeri Sabah adalah suku kaum Murut yang kaya dengan budayanya. Mereka  biasanya tinggal di daerah Tenom, Pensiangan dan Keningau. Kaum Murut juga  terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagol, Tidung, Timugon, Sembakung, 

Paluan, Bookan, Kalabakan, dan Murut Serundung. Dimana Kaum Murut 

(11)

penangkap ikan di sungai. Selain itu , mereka juga menjalankan pemungutan  hasil hutan seperti rotan, damar dan madu lebah . Adat upacara perkahwinan  bagi kaum Murut juga sangat unik dan menjadi adat turun­temurun dalam 

perkahwinan iaitu adat ‘barian sampai mati’. Selain daripada itu, dahulu mereka  mempercayai amalan anismisme iaitu setiap pokok, batu, sungai dan bukit  mempunyai roh sendiri. Kini, kebanyakan suku kaum Murut majoritinya 

beragama kristian. Kaum Murut meraihkan Perayaan Pesta Kalimaran. Pesta  Kalimaran ialah pesta sama seperti kaum KadazanDusun yang menyambut  Pesta Kaamatan. Ia disambut selepas mereka menuai padi. Sehubungan itu,  suku kaum Murut juga terkenal dengan tarian tradisional iaitu Tarian Lansaran  dan Tarian Mangunatip.

Share on Facebook

 

Twitter

 

Email

Adat Kematian Kaum Murut

o

 Image via blogspot.com

(12)

daripada berlakunya sebarang bencana atau musibah. Terdapat tiga proses  dalam pengebumian mayat dalam kaum Murut iaitu semasa kematian,  pengebumian, dan selepas pengebumian. Semasa kematian, ahli keluarga si  mati akan memukul gong dan ketika gong dipukul, semua penduduk perlu  berhenti daripada melakukan aktiviti masing­masing. Jika terdapat penduduk  tidak berhenti daripada melakukan pekerjaan semasa gong dipukulkan, seluruh  penduduk akan didenda iaitu memberi seekor khinzir kepada ahli keluarga si  mati. Selepas itu, mayat akan dimandikan dan setelah itu mayat akan dipakaikan dengan pakaian yang cantik serta bersih. Mayat akan berada di rumah selama  dua hari sebelum dimasukkan ke dalam tajau iaitu bangkalan kaum Murut. Tajau  akan ditutup dengan kayu dan di atasnya diletakkan lampu kecil bagi 

menakutkan hantu syaitan. Pada hari kedua, tajau akan dibawa keluar dari bilik  tepat pukul 12.00 tengah malam dan ketika ini ahli keluarga akan bertangis­ tangisan sambil mengelilingi tajau tersebut. Pada hari ketiga, kaum lelaki akan  pergi ke tanah perkuburan untuk membaiki rumah perkuburan sekiranya terdapat kerosakkan. Pada malam keempat, mereka akan bersuka ria sebagai 

menghormati malam terakhir si mati berada dirumah. Keesokan harinya, tajau  mayat akan diusung dengan menggunakan usungan kayu ke tanah perkuburan.  Ketika ini, ahli keluarga perempuan si mati akan menangis kerana mereka  percaya akan roh si mati akan selamat ke syurga dan bertujuan mengucap  selamat jalan. Proses yang kedua iaitu semasa pengebumian gong akan  dibunyikan sepanjang jalan tajau dihantar ke tapak pengebumian dan tajau  tersebut akan dihias dengan manik­manik beraneka warna dan dipaku dengan  kayu yang berukir. Ketika ini mereka akan meraikan majlis makan­makan.  Seterusnya proses yang terakhir iaitu selepas pengebumian, ahli keluarga akan  meletakkan tiga potongan bara setelah empat hari tajau di tanah perkuburan.  Bara­bara tersebut akan dikawal apinya oleh keluarga si mati, supaya roh si mati tidak dapat meniup api tersebut kerana mereka percaya sekiranya si mati dapat  meniup api sehingga menyala kemungkinan rumah tersebut ditimpa bencana.  Adat tolak bala akan diadakan bagi menandakan pantang larang adat kematian  sudah selesai

Tarian Tradisional Kaum Murut

Tarian Tradisional Kaum Murut

(13)

 Image via blogspot.com

Masyarakat kaum Murut juga terkenal dengan “Tarian Lansaran” dan “Tarian  Mangunatip” yang penuh tenaga. Kebanyakan upacara keramaian, tarian­tarian  ini lazim ditarikan kerana muziknya rancak serta bersimbolik. Semasa pesta  menuai diadakan, penari­penari kaum Murut ini akan membuat persembahan di  Bandar­bandar sehingga menjadi suatu daya tarikan kepada para pelancong  dalam dan luar Negara. Walaupun terdapat sedikit sebanyak unsur tarian ini  telah diubah namun makna serta gaya tariannya masih tidak terjejas. Tarian  Mangunatip misalnya mempamerkan unsur kegagahan yang ada dalam kaum  Murut serta bertujuan untuk memujuk roh­roh nenek moyang mereka agar dapat  menjaga mereka. Penari­penari tarian ini menyelitkan gugusan padi yang sudah  dituai dan juga kepala mangsa pada pinggang mereka. Gaya tarian Mangunatip  ini amat unik serta mempesonakan dimana lelaki yang memegang parang akan  melompat ke atas bambu yang disusun selang­seli oleh penari­penari lelaki lain.  Selepas itu, penari yang berada di atas itu akan dianggap sebagai seorang  pemburu yang menggunakan penyumpit iaitu buluh yang dimasukkan sejenis  sumpit untuk memecahkan belon yang disediakan. Alunan muzik daripada  gendang kulit serta somputon akan mengawal rentak tarian ini

Pakaian Tradisional Kaum Murut

(14)

 Image via blogspot.com

Pakaian tradisional kaum Murut bagi perempuan

Pakaian Tradisional Kaum Murut

o

 Image via blogspot.com

Penggunaan pakaian tradisional kaum Murut boleh dilihat dari dua sudut zaman  iaitu zaman klasik dan zaman moden. Di zaman klasik, pakaian­pakaian 

tradisional ini dipakai semasa upacara­upacara ritual, hari perkahwinan dan  sebagai pakaian seharian. Di zaman moden pula, pakaian­pakaian tradisional ini  hanya dipakai untuk tujuan yang tertentu seperti di hari perkahwinan serta untuk  acara­acara kebudayaan. Selain daripada itu, kadangkala juga pakaian 

(15)

pula, pakaiannya lebih kepada kulit kayu. Pakaian tradisional kaum Murut bagi  lelaki ialah dikenali dengan pakaian puputul yang diperbuat daripada kulit kayu.  Babaru puputul dipotong mengikut kepanjangan fesyen jaket. Aba puputul pula,  cawat sepanjang dua meter diperbuat daripada isi kayu. Tupi sinulatan ialah  perhiasan kepala yang diperbuat daripada kulit kayu

http://says.com/my/news/adat-tradisi-kaum-murut-di-keningau-sabah

Tradisi kaum Murut merupakan antara yang teristimewa di Sabah

dan amat terkenal. Kebanyakkan daripada orang-orang suku kaum

ini telah meninggalkan tradisi atau adat mereka kecuali segelintir

daripada warga tua sahaja. Beberapa dekad dahulu, kaum Murut

mengamalkan tradisi pemburuan kepala yang menjadikan kaum ini

digeruni kaum lain. Kesemua kaum etnik pulau Borneo mempunyai

amalan pemburuan kepala kecuali kaum penan di Sarawak,

persoalan mengapa amalan ini dipraktikkan masih belum diketahui

sepenuhnya lagi. Namun suatu kemungkinan yang hampir ialah

kerana adat ini merupakan suatu cara mendapatkan penghormatan

daripada bangsa sendiri. Selain itu, amalan pemburuan kepala di

kalangan kaum Murut ini berkait rapat dengan tradisi

(16)

klik utk besarkan imej

Warga tua kaum ini masih percaya kepada perkara-perkara mistik

serta kewujudan roh. Kaum-kaum asli di pulau Borneo ini

mengamalkan kepercayaan animisme dan kaum Murut juga tidak

terkecuali . Kini, dengan adanya kemasukan agama Kristian atau

Islam dalam hidup mereka, persepsi kematian serta kehidupan telah

banyak berubah malah sesetengah amalan telah ditinggalkan. Kaum

Murut secara tradisionalnya menyimpan mayat si mati dalam tajau

besar. Setelah sekian lama, amalan itu juga telah ditinggalkan dan

biasanya kini, mayat dimasukkan dalam keranda. Suatu tugu bereka

bentuk seperti tugu kaum Cina didirikan di atas keranda tersebut

yang telah ditanam.

(17)

keranda

Kawasan penempatan mayat kebanyakkan keluarga kaum

Murut selalunya menjadi sempit akibat terlalu banyak keranda

disimpan. Mayat yang ditempatkan dalam tajau akan dikeluarkan

kemudian dan tulang-tulang mayat pula akan dibersihkan. Setelah

itu, tulang-tulang mayat akan ditempatkan dalam tajau baru untuk

diletakkan dalam pondok penempatan mayat suatu keluarga.

Tempayan lama itu pula akan digunakan semula untuk

menempatkan mayat lain yang baru.

Pondok kubur biasanya dihiasi dengan cantik oleh ahli keluarga,

walaupun begitu kaum Murut tidak mendirikan apa-apa monumen

peringatan yang indah berlainan dengan kaum-kaum yang lain.

Malah rumah panjang milik kaum ini juga tidak memiliki sebarang

ukiran menarik atau perhiasan tetapi hanya sedikit kerja menghias

sahaja yang diaplikasikan. Namun demikian, pondok kubur kaum ini

tetap dihiasi dengan baik, indah dan terdapat ukiran berunsurkan

keunikan pulau Borneo serta corak burung enggang. Orang yang

telah meninggal akan dikebumikan bersama - sama barang

kepunyaan mereka seperti sarung, pakaian, pinggan, sudu serta

berus gigi.

http://www.sabah.edu.my/kds/tradisi_&_kepercayaan.htm

Referensi

Dokumen terkait

Pemaknaan pohon pisang sitabar memiliki kebaikan yang lebih banyak dari pada jenis pisang lain, diharapkan menjadi contoh bagi keluarga yang baru menikah.. Jadilah keluarga

Walaupun dalam Pasal 4 ayat 2 Keputusan Gubernur Kepala Daerah Tingkat I Bali Nomor 217 Tahun 1986 Tentang Wajib Pemakaian Topi Pengaman (Helm) Bagi Pengemudi Sepeda Motor Dan

Usia reproduksi optimal bagi seorang wanita adalah antara umur 20-35 tahun, di bawah dan di atas usia tersebut akan meningkatkan resiko kehamilan maupun persalinan,

Untuk mengetahui pengaruh umur terhadap insidens kanker, lazimnya dihihmg pula "e specific ratevengaan menggunakan interval 5 tahun, bagi tiap lokaliiasi kanker, tiap

Dinas Pendidikan bekejasama dengan PGSD FlP dan FIS U N P untuk mengadakan penataradpelatihan bagi guru-guru dalam menerapkan model-model pengajaran yang

bahwa upaya untuk meningkatkan kesejahteraan bagi lanjut usia selama ini masih terbatas pada upaya pemberian sebagaimana dimaksud dalam Undang-undang Nomor 4 Tahun 1965 tentang

KISI-KISI UJIAN PRAKTIK SEKOLAH DASAR TAHUN PELAJARAN 2022/2023 Mata Pelajaran : Seni Budaya dan Keterampilan Aspek : Seni Rupa Jumlah : 2 Soal No.. Urut Standar Komptensi