• Tidak ada hasil yang ditemukan

MANIFESTO PRU14 BN KELANTAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MANIFESTO PRU14 BN KELANTAN"

Copied!
32
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Perutusan Pengerusi Barisan Nasional Malaysia Dato’ Sri Najib Razak

Perutusan Pengerusi Barisan Nasional Kelantan Dato’ Pa

7 Jaminan Untuk Rakyat Kelantan 100 Hari Pertama

Memartabatkan Syariat Dan Syiar Islam Membangunkan Ekonomi Mapan

Mengutamakan Kebajikan Rakyat Memperkasakan Belia

Menambahbaik Infrastruktur Melestarikan Alam Sekitar Membela Kaum Minoriti

5 6 7 9 11 13 17 21 25 27 29

(3)

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah

dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan

kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau

melupakan bahagianmu (keperluan dan

bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah

(kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah

berbuat baik kepadamu (dengan pemberian

nikmatNya yang melimpah-limpah); dan

(4)

4

BARISAN NASIONAL

berazam untuk mengubah landskap

negeri Kelantan menerusi pendekatan berteraskan

Maqasid Syariah.

KELANTAN

akan dibangunkan secara menyeluruh

dan seimbang dari segi pemerkasaan syariat dan

syiar Islam menerusi

pendekatan wasatiyyah, pembangunan ekonomi,

pembinaan infrastruktur, penyediaan peluang

pekerjaan, kelestarian alam sekitar, tadbir urus baik

dan berintegriti tinggi, dasar pemilikan tanah

mesra rakyat serta pembentukan modal insan

kamil bagi menjamin masa depan yang lebih cerah

untuk anak-anak muda.

(5)

PERUTUSAN

DATO’ SRI NAJIB RAZAK

PENGERUSI BARISAN NASIONAL MALAYSIA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Rakyat Kelantan yang dikasihi,

Kini telah genap lima tahun sejak pertama kali saya memohon mandat untuk Barisan Nasional. Dari rakyat Kerajaan ini dibentuk, kepada rakyat juga Kerajaan ini harus dikembalikan untuk penilaian. Selama berdekad terdapat tanggapan bahawa kawasan-kawasan tertentu diabaikan oleh Kerajaan Persekutuan.

Kami telah berusaha, menyusun dan mengagihkan pembangunan yang lebih adil dan menyeluruh dari Perlis sehinggalah ke Sabah. Kini selepas lima tahun, kami percaya perubahan yang dibuat mula menampakkan hasil. Mandat akan datang adalah untuk masa depan kita.

Barisan Nasional bukanlah sebuah Kerajaan yang sempurna tanpa cacat cela. Namun kami telah melaksanakan banyak pembaharuan dan perubahan sesuai dengan kehendak rakyat. Atas kesedaran itu, saya memohon kepada rakan warganegara yang dikasihi agar menilai prestasi Kerajaan Barisan Nasional secara adil dan menyeluruh.

Percayalah, undi anda untuk Barisan Nasional adalah mandat untuk kelangsungan kemakmuran, kesejahteraan dan keamanan sebuah negara kecil ini. Semoga Tuhan memberkati kita semua.

BERSAMA BARISAN NASIONAL, HEBATKAN NEGARAKU

(6)

6

03

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Rakyat Kelantan yang dikasihi sekalian,

Kita berada di satu persimpangan sejarah. Pilihan kita hari ini akan menentukan jatuh bangun Kelantan menghadapi liku-liku cabaran mendatang. Kita perlu bersama untuk terus menegakkan syariat dan syiar Islam di negeri ini dan merangka pelan pembangunan ekonomi yang mapan untuk Kelantan.

Kelantan memerlukan satu perubahan radikal untuk memberi nafas baharu kepada negeri ini.

Manifesto PRU14 ini bukan janji bulan dan bintang, tetapi ia adalah aku janji Barisan Nasional yang bertujuan untuk membawa satu pembangunan yang komprehensif serta seimbang dari aspek duniawi dan ukhrawi.

Satu agenda perubahan bagi memastikan Kelantan dapat menangani cabaran-cabaran bukan sahaja hari ini, tetapi juga di masa akan datang. Bersandarkan kepada iltizam dan kepercayaan inilah, saya dengan rendah diri memohon kepada seluruh rakyat Kelantan untuk memberi peluang kepada Barisan Nasional dalam PRU14 ini.

InsyaAllah amanah ini nanti akan kami galas dan laksanakan sebaiknya kerana Kelantan ini adalah satu-satunya rumah untuk kita semua, tanpa mengira perbezaan warna kulit atau agama, apatah lagi fahaman politik. Rumah untuk anak-anak cucu kita, zaman berzaman. Kepada Allah SWT jua kita berserah.

DEMI KELANTAN

PERUTUSAN

DATO’ PA

PENGERUSI BARISAN NASIONAL KELANTAN

(7)

7

JAMINAN

UNTUK

RAKYAT KELANTAN

Memartabatkan syariat dan syiar Islam.

Membangunkan ekonomi mapan.

Mengutamakan kebajikan rakyat.

Memperkasa belia.

(8)

8 8

(9)

Menurunkan kadar premium dan cukai tanah. Menyediakan perkhidmatan kerajaan yang lebih cekap dan berkesan.

Mewujudkan jawatankuasa Hisbah untuk memantau tadbir urus dan mengenal pasti penambahbaikan untuk dilaksanakan.

Memberi diskaun bagi tunggakan cukai pintu, menghapuskan tunggakan bayaran sewa tapak dan mengkaji semula cukai PBT lain.

Menghapuskan kutipan cukai kepala bakul.

Memudahkan prosedur permohonan lesen bagi penjaja dan peniaga kecil.

Mengkaji semula kadar bayaran parking bermeter. Mewujudkan taskforce bagi memerangi gejala dadah dengan lebih berkesan.

100

HARI

(10)

10 10

(11)

Menubuhkan Universiti Al Quran bagi melahirkan generasi hufaz profesional yang menguasai

pelbagai disiplin Islam, duniawi dan ukhrawi.

Mewujudkan lebih banyak sekolah-sekolah tahfiz model Ulul-Albab.

Memperkasakan Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan mempertingkatkan kebajikan guru-guru YIK. Mentransformasikan peranan masjid sebagai pusat dakwah, perkembangan komuniti dan ekonomi.

MEMARTABATKAN

(12)

12

Mengembalikan kegemilangan Kelantan sebagai

Pusat Keilmuan Tradisi Islam dengan memperkasakan Sekolah Pondok, Sekolah Agama Rakyat (SAR)

dan Sekolah Agama Negeri (SAN). Menaiktaraf masjid-masjid jajahan.

Menambah elaun Imam, Bilal, Guru Takmir dan Siak. Melaksana program dakwah yang berkesan untuk mengukuhkan perpaduan sesama Islam.

MEMARTABATKAN

SYARIAT DAN SYIAR ISLAM

(13)

MEMBANGUNKAN

EKONOMI MAPAN

Merancakkan sumbangan sektor swasta kepada ekonomi negeri khususnya sektor pembuatan dan industri.

Mempergiatkan promosi Kelantan sebagai destinasi pelaburan.

Menaiktaraf kawasan perindustrian sedia ada dan mewujudkan kawasan perindustrian baharu.

Memperkasakan peranan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

(14)

14

MEMBANGUNKAN

EKONOMI MAPAN

Mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan dan keusahawanan khususnya untuk golongan belia. Mengukuhkan peranan wanita dalam bidang keusahawanan dan melahirkan lebih ramai usahawan wanita berjaya.

Meningkatkan penguasaan ekonomi digital dalam kalangan usahawan dan belia Kelantan.

Membimbing dan membangunkan kemampuan berdikari golongan ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU).

Menjadikan Kelantan sebagai pengeluar makanan utama negara.

(15)

MEMBANGUNKAN

EKONOMI MAPAN

Menaiktaraf destinasi pelancongan Kelantan seperti Pantai Irama, Pantai Melawi, Pantai Sri Tujoh dan membangunkan produk-produk pelancongan baharu.

Mewujudkan Lembaga Kemajuan Kelantan Utara dan merancakkan kegiatan ekonomi di kawasan sempadan.

Membuka kawasan rancangan Pembangunan Tanah baharu di Kelantan Selatan.

Merancakkan pertumbuhan ekonomi kawasan setempat di sepanjang laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL).

(16)

16

MEMBANGUNKAN

EKONOMI MAPAN

PUSAT KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

Menjadikan Kelantan sebagai pusat kesenian dan kebudayaan yang diharmonikan dengan

prinsip-prinsip Islam.

(17)

Menguruskan hal ehwal tanah dengan lebih cekap dan menguntungkan rakyat.

Menghapuskan cukai tanah pertanian bagi pemilik tanah dua ekar ke bawah.

Meningkatkan kecekapan prosedur permohonan tanah.

Mengkaji semula perjanjian Ladang Rakyat bagi membolehkan sebahagian tanah kembali kepada rakyat.

Mengkaji semula model pembangunan tanah YIK supaya cekap dan menjana keuntungan.

MENGUTAMAKAN

KEBAJIKAN RAKYAT

(18)

18

Membina 20,000 unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan rumah baharu bagi generasi kedua FELDA dan KESEDAR di seluruh negeri. Membina lebih banyak unit rumah baharu untuk rakyat miskin.

Meningkatkan peruntukan bagi tujuan baikpulih rumah penduduk miskin.

MENGUTAMAKAN

KEBAJIKAN RAKYAT

PERUMAHAN

(19)

Membina sebuah hospital khusus bagi wanita dan kanak-kanak untuk meningkatkan taraf kesihatan dan kebajikan mereka.

MENGUTAMAKAN

KEBAJIKAN RAKYAT

HOSPITAL WANITA

DAN KANAK-KANAK

(20)

20

Mewartakan Tanah Adat Orang Asli.

Menaiktaraf sosioekonomi Orang Asli menerusi penyediaan pendidikan berkualiti dan latihan kemahiran.

Meningkatkan taraf kesihatan Orang Asli.

Meningkatkan keberkesanan program dakwah.

MENGUTAMAKAN

KEBAJIKAN RAKYAT

MASYARAKAT ORANG ASLI

(21)

MEMPERKASAKAN BELIA

BOLA SEPAK

Memberi geran tahunan kepada

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA)

(22)

22

Membina stadium dan kompleks sukan negeri di Machang.

Mewujudkan kompleks sukan mini di setiap jajahan. Membina litar lumba untuk manfaat golongan

muda.

Memerangi gejala dadah dan meningkatkan keberkesanan program pemulihan.

MEMPERKASAKAN BELIA

(23)

MEMPERKASAKAN BELIA

Menyediakan bantuan khas kepada anak Kelantan yang berjaya memasuki IPTA.

Menubuhkan pusat kecemerlangan Bahasa Inggeris dan Arab secara percuma di setiap jajahan.

Menambah jumlah sekolah asrama penuh dan vokasional.

Menyediakan bantuan khas kepada pasangan yang berkahwin kali pertama.

(24)

24 24

(25)

Mempercepatkan pembinaan Lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai bagi menghubungkan Kota Bharu ke Gua Musang.

Menghubungkan Kelantan dengan Lebuhraya Pantai Timur.

Menaiktaraf Lebuhraya Timur Barat dari Gerik ke Jertih.

Menaiktaraf jalan antara bandar seluruh Kelantan.

MENAMBAHBAIK

INFRASTRUKTUR

(26)

26

Menyediakan jaringan sistem pengangkutan awam bersepadu dan efisyen di Kota Bharu.

Mewujudkan terminal bas bersepadu di Kota Bharu. Membina hab pengangkutan awam di setiap

jajahan.

Membantu membangunkan Pelabuhan Tok Bali untuk kegiatan import eksport dan pusat industri. Mengkaji penubuhan pusat pentadbiran negeri baharu di Machang.

MENAMBAHBAIK

INFRASTRUKTUR

(27)

Menghentikan aktiviti pembalakan buat sementara waktu dan mengkaji semula pemberian lesen

pembalakan.

Meningkatkan keberkesanan perkhidmatan Air

Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) dan meningkatkan kadar liputan air terawat kepada 80%.

Membina dan membaikpulih sistem saliran dan perparitan secara sistematik di Kota Bharu dan bandar-bandar utama.

Mendalamkan sungai untuk menangani masalah banjir.

MELESTARIKAN

ALAM SEKITAR

(28)

28 28

(29)

MEMBELA KAUM MINORITI

Menyediakan kuota bagi kaum minoriti dalam Program Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan tertentu.

Menyediakan peruntukan tahunan kepada SRJK (Cina dan Tamil), SMJK Cina dan sekolah

menengah persendirian.

Memperuntukkan geran tahunan untuk kelas Bahasa Siam dan Dhamma.

Menyediakan tabung kebajikan untuk membantu golongan minoriti.

(30)

30

Barisan Nasional akan menggembleng

tenaga dan buah fikiran seluruh rakyat

Kelantan di dalam dan di luar bagi

membangunkan negeri ini.

Satu Majlis Perundingan yang

menghimpunkan golongan profesional,

cendekiawan dan agamawan akan

ditubuhkan untuk menjadikan Kelantan

sebuah negeri yang terbilang.

(31)
(32)

32

Dicetak dan diterbitkan oleh Barisan Nasional Negeri Kelantan Bangunan UMNO Kelantan, Jalan Tengku Chik, 15000

Kota Bharu, Kelantan

Referensi

Dokumen terkait

yang hidup pada elevasi cukup lebar adalah spesialis penghuni serasah, kedua jenis ini tidak endemik Pegunungan Mekongga karena dijumpai juga di Taman Nasional Lore Lindu,

Selain itu dalam penelitian ini juga dilakukan pengujian untuk memeriksa pengaruh investor asing dan keterbukaan ekonomi suatu negara terhadap pertumbuhan ekonomi

Dari hasil penelitian ini telah menunjukkan bahwa di perairan Teluk Kendari khususnya pada kedua lokasi pengambilan kerang telah tercemar logam Timbal (Pb) dan Seng (Zn),

Pada simulasi III yang dimaksudkan untuk megetahui kemampuan kontroler terhadap kondisi uncertainty, terlihat bahwa perubahan terhadap kecepatan engine dan tekanan

Rumah tangga menurut akses sanitasi layak di Sulawesi Selatan sebesar 64,1% dan masih dibawah target renstra tahun 2012 sebesar 69,0%. Tingginya angka kejadian

Menurut Undang-Undang Nomor 20 Tahun 2003 tentang Sistem Pendidikan Nasional pada pasal 1 butir 14 menyatakan bahwa “ Pendidikan anak usia dini adalah suatu upaya yang

Dari semuanya itu, konsep tentang pengalaman termasuk di dalamnya. Sifat pengalaman adalah personal dan individu, jadi hanya akan valid jika diyakinkan dan diulangi oleh