• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bab 3 Kemasan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Bab 3 Kemasan"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 3: KEMASAN

3.1 Pengenalan

Di dalam proses pembinaan bangunan, kemasan merupakan kerja penghabisan

yang menentukan kecantikan sesebuah bangunan. Beberapa jenis kemasan

yang boleh dilakukan pada sesebuah bangunan berdasarkan kepada

bahan-bahan yang digunakan, keadaan persekitaran dan juga pertimbangan kosnya.

3.2 Kemasan Lantai

Berdasarkan kepada ciri-ciri yang dikehendaki, banyak jenis kemasan lantai

yang boleh digunakan dalam pembinaan tempatan, antaranya ialah:

3.2.1 Jejalur Kayu

Kemasan ini terdiri daripada papan jalur sama ada dipakukan pada beloti

kayu yang ditanam pada lapisan konkrit ataupun pada gelegar lantai

kayu. Papan jalur yang digunakan mestilah bertanggam lidah dan lurah

ataupun bertanggam lekap. Sebaik-baiknya lebar papan jalur mestilah

(2)

tidak melebihi 100mm kerana papan yang terlalu lebar akan mengecut

berlebihan ketika proses pengeringannya. Papan jalur selebar 75mm

biasanya boleh didapati dalam pasaran tempatan. Lantai jalur kayu boleh

dikemaskan dengan sampang atau lekar. Kebiasaannya jenis kayu keras

seperti kayu jati, cengal dan kempas menghasilkan lantai kayu yang

bermutu tinggi. Rajah 6.1 menunjukkan pembinaan lantai jalur kayu.

Rajah 6.1: Jejalur kayu dan kaedah pemasangan

(3)

3.2.2 Parket

Kemasan ini dibuat dengan menggunakan kepingan kayu beroti

yang disusunkan seperti dalam Rajah 6.2. Kayu ini dilekarkan

pada kertas selebar 300mm X 300mm supaya senang dilekatkan

kepada dasar konkrit dengan menggunakan sejenis glu. Terlebih

dahulu permukaan parket perlulah diasahkan dengan

menggunakan mesin canai sehingga rata dan licin. Apabila

permukaan parket yang siap diasah dan bersih, ianya boleh

dikemaskan dengan sampang, lekar atau lilin. Jenis kayu yang

biasa digunakan untuk membuat lantai parket ialah kayu jati dan

kempas. Kemasan parket boleh dibahagikan kepada lima jenis

utama;

a. Jenis A – Ketebalanya ialah 10mm yang diperbuatan daripada

kayu kempas, keranji atau meranti. Kayu-kayu ini diawetkan

sebelum digunakan. Pembinaannya hendaklah menggunakan cara

tanggam temu.

b. Jenis B – Ketebalannya ialah 10mm, diperbuat daripada kayu jati

dan dibina secara tanggam temu.

c. Jenis C – Ketebalannya ialah 25mm dan diperbuat daripada kayu

kempas, keranji dan meranti dan dibuat setelah ianya diawet.

Ianya dibina dengan sambungan tanggam lidah dan lurah.

d. Jenis D – Ketebalannya ialah 30mm diperbuat daripada kayu

kempas, keranji dan dibuat setelah ianya diawet. Ianya dibina

dengan sambungan tanggam lidah dan lurah.

e. Jenis E – Ketebalannya ialah 30mm, diperbuat daripada kayu jati

dan dibina dengan meggunakan sambungan tanggam lidah dan

lurah.

(4)

Kemasan parket biasanya dibina pada kawasan-kawasan yang

mementingkan corak seperti di dewan perhimpunan, ruang tamu

dan bilik tidur. Perhatian yang teliti perlu dilakukan bagi

menentukan kemasan tersebut tidak terdedah kepada air dan

kelembapan.

(5)

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan (Tan Boon Tong), DBP.Thn 1994

3.2.3 Mozek

Mozek diperbuat daripada tanah liat dan bahan-bahan tambahan

seperti campuran seramik, kaca dan mamar memalui proses

pembakaran. Ia merupakan kepingan jubin kecil disusun dengan

pelbagai rekabentuk. Mozek biasanya dilekatkan pada kertas

dengan saiz sebesar 300mm X 300mm. Bentuknya adalah segi

empat sama, segi empat tepat dan juga segi enam.

Pembinaannya dilakukan dengan menggunakan adunan simen

pasir 1:3 untuk meletakkan mozek di dasar konkrit. Dicelah-celah

sambungan antara mozek-mozek ini diisikan dengan bancuhan

simen dan pasir halus (Rajah 6.3 dan Rajah 6.4). Jubin mozek

digunakan pada ruang-ruang dapur, tangga dan tandas.

(6)

Rajah 6.3 : Cara pemasangan jubin mozek

Sumber : Kerja Binaan Banguinan ( Hideo Izumida) DBP 1984

Jubin mozek

(7)
(8)

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan (Tan Boon Tong), DBP.Thn 1994

3.2.4 Ubin Tanah Liat (Clat Tiles)

Diperbuat daripada tanah liat semulajadi yang halus, iaitu dalam

bentuk kepingan segi empat sama berukuran 75mm, 100mm,

115mm atau 150mm, tebalnya ialah 12.5mm. Jubin-jubin ini di atur

atas lapisan setebal 20mm dan diturapkan betul-betul dengan

cairan simen dan air. Kemasan ini mempunyai kualiti haus yang

bagus dan tidak dirosakkan oleh minyak atau lemak. Ia juga tahan

terhadap kebanyakkan asid perdagangan dan alkali. Lantainya

tidak mudah tercakar dan mudah dibersihkan, tetapi bising dan

sejuk.

3.2.5 Jubin Konkrit (Concrete Tiles)

Dibentuk daripada campuran simen warna dan batu baur bahan

haus, dibekukan atas pelapik konkrit biasa dalam acuan keluli dan

ditekankan. Jubin ini dihasilkan mengikut saiz daripada 100mm

hingga 305mm segi empat sama setebal 16mm hingga 39mm.

Jubin konkrit biasanya mempunyai bahagian bawah berlidah,

diletak dan diikat betul-betul dengan mortar simen atas lantai

konkrit bersih dan menonjolkan kemasan yang begitu menarik.

Lantai seperti ini senang dibersihkan jika membasuhnya. Kemasan

ini banyak digunakan di sekolah, kedai, dewan pameran, kantin

dan kilang di mana permukaan lantai yang tahan haus dan

menarik diperlukan.

(9)

3.2.6 Jubin PVC

Jubin ini biasanya tidak mempunyai lapisan guni dan di kilangkan

daripada damar polivinil klorida sebagai bahan utama bersama

dengan pelikat dan pewarna. Ia dipotong menjadi jubin segi empat

sama berukuran 225mm, 305mm dan 455mm, tebalnya ialah

1.2mm hingga 3.2mm Ia dihasilkan dengan rupa siap berkilat dan

usam, berwarna daripada warna biasa sehingga kepada warna

seperti marmar. Ia agak hangat, tahan dan telap kepada air,

minyak, gris, petrol, alcohol, kebanyakkan bahan kimia dan tidak

mudah terbakar, tetapi api rokok memberi kesan buruk yang kekal

kepada jubin ini. PVC juga mudah tergaris dan tercalar. Ia sesuai

dilekatkan dengan simen kepada semua bentuk lantai dengan

syarat lantai itu kering, aras dan tidak tertakluk pada

pengembangan dan pengecutan. Selain itu jubin ini juga sesuai

untuk tangga, dinding, pintu, hiasan atas permukaan meja dan

perabot.

3.3 Tugas setiap unit Bahagian Jalan

3.3.1 Unit Projek Jalan

a) Menaikkan taraf jalan sedia ada ke taraf yang lebih baik kemudahan orang terutama dari segi lebar,lurus dan struktur.

b) Membina jambatan,jalan dan system pembentungan yang baru c) Menyemak dan mengulas pelan-pelan pembangunan sector swasta yang melibatkan jalan.

(10)

3.3.2

Unit Pembangunan Tepi Jalan

a) Memproses permohonan dan memberi jawapan kepada Pengarah Tanah dan Galian,pentadbiran Tanah Daerah,Badan-Badan

Berkuasa Tempatan,Agensi-agensi yang terlibat seperti

LAP,TNB,STM dan orang-orang persendirian yang melihat segala aktiviti di Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri.

b) Unit ini diguna pakai untuk memberi kelulusan jalan keluar / masuk dan papan tanda dan / atau khidmat nasihat pembangunan tepi jalan dalam memproses permohonan pembangunan tepi jalan Negeri dan Persekutuan yang diterima daripada pemohon.

c) Jenis-jenis permohonan yang berbentuk kelulusan seperti

permohonan mendirikan papan tanda dan permohonan kelulusan persimpangan jalan keluar / masuk ke industri,skim perumahan dan juga stesen minyak.

d) Jenis-jenis permohonan yang berbentuk khidmat nasihat adalah seperti tukar syarat tanah milik kepada industri,skim perumahan dan juga stesen minyak.

e) Permohonan tanah kerjaan / pecah sempadan bagi industri,skim perumahan,stesen minyak,pertanian / ternakan,bangunan / bengkel dan kauri.

f) Permohonan lombong pasi / tanah merah / kauri. g) Permohonan membangun tanah persendirian.

3.3.3 Unit Penyelenggaraan Jalan

a) Merangkumi kerja penyelenggaraan jalan raya dan jambatan kerajaan yang sedia ada ke taraf yang lebih memuaskan dan selamat pada pengguna

(11)

c) Menyelenggara bahu jalan dan memotong rumput d) Membaiki dan mengukuhkan tebing jalan.

e) Membersih,membaiki dan membina semua jika diperlukan ke atas pembentung,jambatan dan longkang tepi jalan.

f) Membersih,membaiki dan menggantikan kelengkapan perabot jalan seperti papan tanda,delinetors post,road gard,dan

sebangainya.

g) Mengecat garisan jalan.

h) Menyediakan pengangkutan apabila orang ramai memerlukan khidmat kecemasan misalnya semasa musim banjir dan kejadian tanah runtuh.

i) Menyediakan data dan laporan bagi pembangunan tepi jalan untuk memastikan kemudahan awam yang diperlukan sesuai digunakan oleh orang ramai.

3.4 Bahan Premix

Premix adalah bahan yang digunakan untuk proses seterusnya dalam pembinaan jalan selepas selesainya subgred,subbase dan roadbase.Premix disediakan di logi bancuhan di mana ianya dicampur dan digaul dalam keadaan yang telah ditentukan.

3.4.1 Premix Bitumen Macadam

Premix bitumen macadam ini adalah terdiri daripada batu baur yang telah digred.Ianya digred mengikut spesifikasi yang telah

ditetapkan.Batu baur ini dikeringkan dan dipanaskan kepada suatu suhuyang ditetapkan sebelum dicapur dan digaul dengan unit bancuhan selama 40 hingga 60 saat.Hasil adunan yang diperolehi adadlah

panas.Oleh itu proses pengangkutan,penurapan dan penggelekan mestilah dilakukan sebelum suhu berkurangan.

(12)

 Penurapan Dense Bitumen Macadam (DBM)

a) Sebelum kerja penurapan Dense Bitumen Macadam (DBM)

dijalankan,hendaklah dipastikan terlebih dahulu bahawa semburan prime coat telat pun dijalankan di atas lapisan roadbase.Prime coat hendaklah disembur sekurang-kurangnya 50-100 ela ke hadapan daripada jentera penurapan bagi mempunyai masa untuk selangan. b) Kerja-kerja penurapan DBM ini hanya akan dilakukan setelah

semburan prime coat ini kering sepenuhnya.

c) DBM akan dihantar ke tapak dengan menggunakan lori pengangkut.Adunan DBM ini dicampur dengan tarpaulin bagi mengekalkan suhu semasa proses penghantaran.

d) Kemudian DBM akan dihamparkan dengan menggunakan

paver.Biasanya ia dihamparkan bermula satu bahagian dahulu.Para pekerja akan mengemaskan penghamparan sekiranya berlaku sebarang ketidak sempurnaan dalam proses penghamparan. e) Setelah DBM dihamparkan,kerja mampatan dijalankan dengan

penggelek tandem – 4 kali ulang alik dan penggelek pneumatic tayar – 6 kali ulang alik.

f) Ianya dijalankan dari kawasan rendah ke kawasan tinggi setiap laluan.Suhunya mestilah tidak kurang 110c.

g) Sedikit sample DBM akan diambil untuk dijalankan ujikaji makmal h) Proses mampatan akan berakhir setelah mengikut kamber dalam

spesifikasi

3.4.2 Premix konkrit asphalt

Premix konkrit adalah premix yang adunanya menggunakan batu baur gred berterusan.Bagi mendapatkan bahan permukaan yang padat kawalan mutu diloji bancuhan mestilah tinggi dang red bahan mestilah betul.

(13)

Kawalan suhu adalah penting untuk memastikan bitumen dan batu baur tidak hilang pengikatnya serta tidak mudah merekah.Bagi membantu pengikatan yang kuat antara batu baur dengan

bitumen,kebanyakkan konkrit asphalt mengandungi 2-3% filler simen dalam adunanya.

Batu baur kapur tidak digalakkan untuk digunakan kerana mudah dihauskan oleh kenderaan.Jenis adunan premix konkrit asphalt di Malaysia biasanya berlandaskan ujian marshall.Premix konkrit asphalt digunakan dengan meluas bagi jalan-jalan utama di Malaysia kerana kekuatan dan ketahanannya menanggung beban trafik.

3.4.3 Asphaltic Concrete Binder Course (ACBC)

1. Lapisan ini disediakan setelah lapisan DBM dibersihkan sepenuhnya dan disiram oleh tack coat

2. ACBC ini di hantar dengan lari pengangkut ke kawasan tapak.Bagi mengekalkan suhu semasa proses penghantaran ianya dicampur dengan terpaulin

3. ACBC di hantarkan dengan menggunakan paver

4. Setelah dihampatkan dengan dempurna,kerja mampatan dan pengelekan dijalankan seperti berikut:

a) Penggelek tandem – 4 kali ulang alik b) Pengelek pneumatic – 6 kali ulang alik

5. Aktiviti ini dijalankan dari kawasan rendah ke kawasan tinggi dengan suhunya mestilah tidak kurang 110c

6. Sedikit sample ACBC diambil untuk dijalankan ujukaji di makmal 7. Aktiviti untuk lapisan ini selesai setelah mengikut spesifikasi yang

(14)

3.4.4 Asphatic Concrete Wearing Course (ACWC)

1. Lapisan ini dimulakan setelah lapisan ACWC dibersihkan dan disemburkan dengan tack coat sehingga kering

2. ACWC dihantar ke kawasan tapak dengan menggunakan lori pengangkut.Bagi mengekalkan suhu semasa proses

penghantaran,adunan dicampur dengan tarpaulin 3. ACWC dihampar dengan menggunakan paver

4. Setelah penghamparan dijalankan dengan sempurna,kerja-kerja mampatan dan penggelekan dijalankan seperti berikut:

a) Penggelek tandem – 4 kali ulang alik b) Penggelek pneumatic – 8 kali ulang alik c) Penggelek tandem – 2 kali ulang balik

5. Aktiviti ini dijalankan dari kawasan rendah ke kawasan tinggi dengan suhu tidak kurang daripada 110c

6. Aktiviti untuk lapisan ini selesai setelah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan

7. Laluan dibuka untuk trafik

3.5 Prime Coat

1. Semburan prime coat dijalankan pada lapisan atas roadbase yang telah dibersihkan

2. Disiram dengan menggunkan penyiram emulsi atau pam siram pada tapak jalan

3. Bitumen emulsi yang digunakan ialah SS – 1K

4. Prime coat dibiarkan selama 24 jam untuk kering sebelum aktiviti seterusnya dijalankan

(15)

3.6 Tack Coat

1. Dijalankan siraman setelah permukaan yang ingin disembur dibersihkan dan bebas daripada bahan asing

2. Kerja akan dijalankan setelah persediaan aras formasi ACBC siap

3. Tack coat disiram dengan menggunakan penyiram emulsi atau pam siraman pada ACBC

4. Bitumen emulsi yang digunakan ialah RS – 1 K

(16)

Referensi

Dokumen terkait

3.1.2 Ruang Metrik Quasi Parsial Definisi 3.1.2.1 Metrik quasi parsial pada himpunan tak kosong X adalah fungsi , yang memenuhi sifat-sifat:... Ruang metrik quasi parsial

septima monofag dan disekitar lapangan tidak ada tanaman paria maka kurangnya jumlah makanan (daun paria) dengan populasi yang cukup padat, mengakibatkan larva dan imago E.

DESKRIPSI UNIT : Unit ini berhubungan dengan keterampilan dan pengetahuan yang dibutuhkan untuk prosedur kebersihan utama yang diterapkan di banyak sektor industri

Berdasarkan beberapa pengertian di atas, penulis menarik kesimpulan bahwa stres kerja adalah perasaan tertekan yang disebabkan oleh transaksi antara individu dan lingkungan

Berdasarkan hasil penelitian terhadap Nilai-Nilai Budaya Melayu pada Teater Mak Yong dalam carita Mentimun Mude terdapat 4 nilai sopan santun, 4 nilai adat istiadat, 1

Proses keenam adalah membuat laporan perubahan modal, dimana proses ini membutuhkan input berupa laba bersih dari tabel hasil generate laba rugi dan data transaksi dari tabel

 Suatu TOS terjadi akibat pleksus Brakhialis, arteri dan vena subklavia merupakan subjek yang rentan terkena kompresi, karena melalui daerah berupa celah sempit dari

B. Berikut ini adalah beberapa kecenderungan yang jika timbul dapat mengurangi efektifitas calon mahasiswa dalam bekerja dan bersaksi. Mohon beri tanda centang yang