• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur"

Copied!
103
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Bab 1

( Halaman 1 hingga 9 )

A. Latar tempat : Pejabat Encik Muhammad

B. Latar masa : Pagi ( waktu pejabat )

C. Watak dan

perwatakan : 1. Encik Muhammad

 Anak Orangkaya Indera Datuk Idris bin Muhammad Saman

 Pengarah Urusan Firma Dagang Internasional, salah sebuah anak syarikat Tan Enterprise

 Bijak mengurus, mentadbir, merancang, dan berkomunikasi dalam urusan pentadbiran.

 Mempunyai mata yang cerah bersinar dengan biji mata hitam yang agak besar

2. Datuk Tan

 Pengerusi Syarikat Tan Enterprise  Bertolak ansur dan merendah diri

3. Mahani

 Setiausaha Encik Muhammad

 Berperwatakan menarik, sopan, dan bersederhana.  Manis dengan senyuman.

(3)

panggilan telefon daripada Encik Muhammad. Encik Muhammad ingin menemuinya untuk membincangkan kontrak pembekalan lada hitam ke Jerman. Oleh itu, keesokan paginya Datuk Tan pergi ke pejabat Encik Muhammad. Pada ketika itu Encik Muhammad masih belum sampai di pejabatnya. Mahani telah mempersilakan Datuk Tan masuk dan mempelawa Datuk Tan minum kopi tetapi ditolaknya pelawaan itu dengan baik kerana Datuk Tan telah bersarapan di rumahnya. Datuk Tan menunggu Encik Muhammad di dalam bilik Encik Muhammad. Sambil menunggu ketibaan Encik Muhammad Datuk Tan memerhatikan keadaan sekeliling bilik Encik Muhammad. Setelah Encik Muhammad sampai, mereka mula berbincang dan keputusan telah Berjaya dicapai. Datuk Tan kemudian meninggalkan pejabat Encik Muhammad.

Peristiwa 2

Setelah Datuk Tan beredar, Encik Muhammad memanggil Mahani ke biliknya. Mahani muncul dengan senyum simpul sambil membawa buku nota trengkas dan pensel. Mahani mencatat segala arahan yang diberikan oleh Encik Muhammad. Antaranya beliau meminta Mahani menghubungkan beliau dangan Pengerusi Syarikat Frankfurt Import-eksport di Frankfurt melalui telek hari ini juga. Arahan kedua ialah beliau meminta Mahani memberitahu semua pegawai dan kakitangan bahawa mereka semua dijemput hadir ke jamuan makan tengah hari di Paddock. Kemudian dia menyuruh Mahani menghubungkan beliau dengan Tuan Von Braun iaitu ejen Syarikat Jerman itu.

Peristiwa 3

Sebelum meninggalkan pejabat Encik Muhammad, Mahani ditegur oleh Encik Muhammad kerana memanggil beliau dengan panggilan ‘tuan’ sedangkan beliau meminta Mahani memanggilnya dengan panggilan ‘pak cik’. Mahani akur dengan permintaan Encik

(4)

Muhammad itu demi menjaga perhubungannya dengan Encik Muhammad, iaitu orang yang menganggapnya seperti anaknya sendiri.

(5)

A. Latar tempat : Rumah Datuk Tan

B. Latar masa : Pada waktu malam, subuh, dan tengah hari

C. Watak dan

Perwatakan : 1. Datuk Tan

 Gemar membaca

 Beragama Kristian tetapi tidak taat pada agama

2. Datin Tan

 Isteri Datuk Tan

 Seorang yang mengambil berat dan prihatin

D. Plot : Peristiwa 1

Datuk Tan tidak sabar menunggu saat kejayaannya yang terbaru bersama Encik Muhammad. Beliau yakin dengan kebolehan Encik Muhammad kerana beliau mewarisi kebolehan Orangkaya Indera Datuk Idris bin Muhammad Saman, anak Orangkaya Indera Datuk Muhammad Saman bin Bendahara Muda iaitu orang besar wilayah yang pertama berkongsi dengan tauke Cina melombong bijih. Begitu juga dengan Datuk Idris yang dilantik menggantikan ayahnya menjadi orangkaya wilayah tersebut dan mewarisi perniagaan lombong. Kini, Datuk Tan pula berkongsi dengan pewaris keluarga tersebut iaitu Encik Muhammad yang menubuhkan Syarikat

(6)

dagangnya sendiri sebagai anak syarikat kepada Syarikat Tan Enterprise.

Peristiwa 2

Pada 23 November kelak Datuk Tan bercadang mengadap sultan pada hari puja umur baginda dan ingin mencadangkan supaya Encik Muhammad dilantik menyandang gelaran Orangkaya Wilayah Sungai Tualang yang masih kosong itu. Beliau turut berfikir dan mencuba memohon perkenan Baginda untuk melantik Encik Muhammad menyandang gelaran tersebut. Beliau juga ingin mencari jalan yang sesuai bagi menyingkirkan Penghulu Mahmud. Lamunan Datuk Tan diganggu oleh Datin Tan dan mereka kemudian berbincang tentang hasrat untuk bercuti dan memancing di Jeram Medang

Peristiwa 3

Datin Tan bangun pada tengah hari. Datuk Tan pula telah pergi ke pejabat pada awal pagi. Datin Tan berasa keseorangan dan terkenangkan anak-anaknya iaitu Lily yang tinggal di asrama Universiti Malaya dan Robert yang sedang menuntut di London dalam Jurusan Kejuruteraan Lombong. Datin Tan kemudiannya berfikir-fikir hendak membawa anak gadisnya itu bercuti ke Pekan Tualang namun dirasakannya mustahil kerana Datuk Tan sudah tentu tidak akan membenarkan. Datin Tan juga hairan memikirkan Robert yang tidak tertarik kepada agama kristian walaupun setelah tinggal selama tiga tahun di Barat.

(7)

A. Latar tempat : Rumah Cik Puan Tipah ( kebun orkid )

B. Latar masa : Pada waktu pagi dan tengah hari

C. Watak dan

Perwatakan : 1. Cik Puan Tipah

 Isteri Encik Muhammad

 Seorang wanita yang jelita, bergaya, dan berwibawa  Pembersih

2. Ali

 Pembantu di kebun orkid milik Cik Puan Tipah  Rajin dan jujur

3. Minah

 Isteri Ali

 Pembantu di rumah Cik Puan Tipah

4. Jahid

 Anak lelaki Penghulu Mahmud  Berpengalaman dan berhemah tinggi

5. Rohana (Ana)

(8)

 Lincah dan periang

D. Plot : Peristiwa 1

Sewaktu Cik Puan Tipah sibuk menguruskan orkid di kebunnya, Ali telah memberikannya sepucuk surat yang diambil dari peti surat di rumahnya itu. Surat itu adalah daripada Jahid iaitu anak lelaki Penghulu Mahmud. Jahid menjadi pengganti ayahnya dalam mengambil tahu hal ehwal keluarga di kampung. Isi kandungan surat tersebut menyatakan tentang pendapat pegawai pertanian daerah bahawa tanah mereka di Jeram Medang sesuai untuk tanaman orkid namun memerlukan belanja yang besar kerana ditumbuhi lalang. Cik Puan Tipah bercadang menanam orkid jenis-jenis ‘vanda’ yang bunganya boleh dijual di pasaran dengan mudah. Cik Puan Tipah turut bercadang melantik Jahid sebagai pengurus berdasakan pengalamannya menjadi pengelola ladang getah Datuk Tan.

Peristiwa 2

Cik Puan Tipah kemudiannya terkenangkan anaknya Rahim kerana kerap menulis surat dari London tentang kemerosotan moral di seluruh dunia oleh manusia pada zaman kini yang telah menurunkan darjat mereka, menjadi hamba kepada kekayaan, hawa nafsu, dan kemewahan termasuklah ayahnya sendiri iaitu Encik Muhammad. Suaminya turut tidak memahami cara anaknya itu berfikir. Cik Puan Tipah dapat merasakan perubahan dalam diri Rahim setelah lama belajar di London. Lamunan Cik Tipah terganggu oleh suara Rohana iaitu anaknya yang baru pulang dari sekolah. Selepas beberapa ketika, Mahani datang dengan tujuan membincangkan tentang percutian mereka ke Jeram Madang di Pekan Tualang.

(9)

A. Latar tempat : Rumah Tan Sri Syed Aris

B. Latar masa : Pada waktu malam hingga subuh

C. Watak dan

Perwatakan : 1. Syarifah Mahani ( Mahani )

 Dilahirkan pada 5 Oktober 1959 ( berusia 21 tahun )  Seorang yang ceria

 Taat pada agama dan ibu bapa

2. Syarifah Mu’inah

 Isteri muda Encik Muhammad  Penyayang dan bertanggungjawab

3. Tan Sri Syed Aris

 Penyabar dan tabah menghadapi dugaan  Mudah menerima hakikat

D. Plot : Peristiwa 1

Bab ini menceritakan tentang kelahiran Syarifah Mahani iaitu pada 5 Oktober 1959. Pada masa yang sama ibu kandungannya, Syarifah Naimah meninggal dunia. Tan Sri Syed Aris kemudian telah berkahwin dengan Syarifah Mu’inah iaitu adik kepada Syarifah Naimah atas nasihat walidnya, Tuan Syeikh Syed Salim Al-Makky. Pada hari tersebut, 5 Oktober 1980, Mahani telah menyambut hari

(10)

jadinya yang ke-21 di samping merayakan ulang tahun perkahwinan yang ke-20 antara Syed Aris dengan Syarifah Mu’inah. Tan Sri Syed Aris bersyukur kerana perkahwinan mereka diberkati Allah s.w.t dan mendapat restu daripada walidnya.

Peristiwa 2

Tan Sri Syed Aris dan Syarifah Mu’inah kemudiannya terkenangkan peristiwa pada awal perkahwinan mereka. Syarifah Mu’inah berasa janggal kerana berkahwin dengan suami kakaknya sendiri tetapi kemudian perasaan itu luput dengan sendiri. Beliau juga bertanggungjawab memelihara anak saudaranya, Mahani sebagai anaknya sendiri. Situasi yang sama turut dirasai Tan Sri Syed Aris pada ketika itu, beliau juga pada mulanya tidak bersetuju dengan perintah orang tuanya itu. Hal ini demikan kerana beliau tidak dapat merasa lain daripada perasaan adik beradik terhadap Syarifah Mu’inah. Namun, akhirnya beliau bersetuju dan hidup bahagia dengan Syarifah Mu’inah dan perkahwinan mereka kekal hingga dua puluh tahun lamanya.

Peristiwa 3

Syarifah Mu’inah menceritakan hubungan Mahani dan Jahid serta mencadangkan keduanya dijodohkan. Tambahan pula ibu Jahid sangat berkenan dengan Mahani. Tan Sri Syed Aris pula lebih mementingkan pangkat dan darjat. Hal ini dapat dilihat apabila Tan Sri Syed Aris lebih berkenan menjalinkan hubungan dengan keluarga Encik Muhammad. Begitu juga Mahani yang menjadi serba salah kerana dia telah bekawan dengan Rahim sejak di bangku sekolah lagi. Namun begitu, hubungan mereka mula renggang semenjak Rahim melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada masa yang sama Jahid telah muncul dalam hidupnya.

(11)

A. Latar tempat : Rumah Tan Sri Syed Aris

B. Latar masa : Pada waktu malam hingga subuh

C. Watak dan

Perwatakan : 1. Penghulu Mahmud

 Bertanggungjawab

 Mempunyai kesedaran diri  Tidak tajam berbalas fikiran

2. Jahid

 Bersikap tegas dan prihatin

3. Yang Berhormat Muhd. Yusuf

 Wakil rakyat di Pekan Tualang  Tamak

 Tidak tetap pendirian

4. Encik Muhammad

 Adik Penghulu Mahmud  Sangat menghormati abangnya

5. Jamilah

(12)

 Bersopan santun

D. Plot : Peristiwa 1

Pekan Tualang telah bersedia menerima dan menyambut kedatangan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan yang akan berangkat untuk mengadakan lawatan selama 2 hari. Pada setiap tahun, Baginda Sultan berangkat menemui rakyat jelata dari daerah ke daerah iaitu sebulan dua sebelum perayaan puja umur Baginda dijalankan.

Peristiwa 2

Penghulu Mahmud bercadang untuk menjual tanah pusaka dan hasilnya akan dibahagi mengikut pembahagian faraid. Namun, belum tanah itu dijual, anaknya sendiri, Jahid dan kakak Jahid telah membantah kerana bimbang keturunan mereka tidak akan dibenarkan oleh Tuanku memegang teraju wilayah itu, terutama gelaran Orangkaya Indera. Kata-kata anaknya, Jahid, membuatkannya berasa serba salah untuk menjual tanah tersebut. Dia juga kecewa dengan kepimpinan Yang Berhormat Encik Muhd. Yusuf yang hanya mementingkan diri.

Peristiwa 3

Encik Muhammad pulang ke kampung untuk memberitahu cadangan isterinya, Cik Puan Tipah untuk membuka kebun orkid di Jeram Medang dan mengingatkan abangnya, Penghulu Mahmud supaya mengadap Sultan untuk mengisi gelaran Datuk Indera. Encik Muhammad menghabiskan masa di kampung dengan menziarahi kawan-kawan dan ke masjid di samping mencungkil masalah asas dan belia-belia yang telah berhijrah ke bandar mencari pekerjaan.

(13)

A. Latar tempat : Jeram Medang

B. Latar masa : Pagi hingga petang

C. Watak dan

Perwatakan : 1. Ali

 Kelihatan seperti orang bodoh  Peramah

 Melucukan

2. Sarip

 Pemantu Sudin

 Seorang yang cermat dan berhati-hati

3. Sudin

 Wakil Yang Berhormat Muhd. Yusuf

 Berfikiran negatif dan mempunyai agenda tersendiri  Seorang ‘broker’

 Hitam manis, tegap, berambut krinting, dan tinggi

4. Penghulu Mahmud

 Pemurah dan baik hati

(14)

 Seorang yang teliti dan sentiasa berwaspada

D. Plot : Peristiwa 1

Sudin dan Sarip ke Jeram Medang untuk meninjau tanah milik Keluarga Penghulu Mahmud. Sewaktu meninjau mereka bertemu dengan Ali yang sedang menebas dan menebang di kawasan tersebut. Sudin meminta Ali supaya hadir ke ‘rest house’ membincangkan suatu perkara penting. Pada waktu petang, Sudin dan Sarip kemudian ke kebun kelapa dan mendapat tahu bahawa semua kebun tersebut milik Penghulu Mahmud dan orang yang mendirikan rumah dan pondok di situ hanya menumpang. Begitu juga dengan tanah lapang, gerai-gerai dan tanah seberang sungai. Sudin dan Sarip bertekad untuk membantu Yang Berhormat Muhd. Yusuf mendapatkan tanah-tanah tersebut.

Peristiwa 2

Pada waktu tengah hari, Ali telah terus pergi ke rumah Penghulu Mahmud. Namun sebelum itu, dia singgah di masjid kerana dia tahu Jahid belum pulang sambil menunggu waktu Zuhur. Ali disuruh bertemu dengan wakil Yang Berhormat seperti yang dirancangkan petang nanti. Jahid menasihati Ali supaya tegas dan menyatakan bahawa dia hanya bekerja untuk menebas kerana Cik Puan Tipah ingin menanam orkid di situ dan hanya diarahkan oleh Encik Muhammad.

(15)

A. Latar tempat : Rest house ( Rumah rehat )

B. Latar masa : Pagi hingga tengah hari

C. Watak dan

Perwatakan : 1. Sudin

 Mempunyai pelbagai tipu helah  Banyak berhutang

 Bijak mencungkil rahsia

2. Sarip

 Pandai menilai

3. Yang Berhormat Muhd. Yusuf  Mudah marah

 Mahu menguatkan kuasa politiknya  Mempunyai motif tersendiri

D. Plot : Peristiwa 1

Sewaktu di rumah rehat Sudin menerangkan kepada Yang Berhormat Muhd. Yusuf tentang rancangan Encik Muhammad membersihkan tanah di Jeram Medang untuk tanaman orkid yang diuruskan oleh Jahid. Kebun orkid yang ingin diusahakan itu berkeluasan empat hingga lima ekar. Yang Berhormat Muhd. Yusuf berminat untuk mendapatkan tanah tersebut dengan motifnya untuk menambah kekuatan politiknya. Rakan kongsinya pula, Tauke Chan ingin meluaskan perniagaannya. Sudin berusaha mencari helah supaya

(16)

dapat mempengaruhi Penghulu Mahmud. Yang Berhormat Muhd. Yusuf terus memikirkan rancangan perumahan untuk orang-orang Melayu yang tidak mempunyai tanah. Beliau sangat berharap rancangan tersebut berjaya supaya cita-citanya tercapai dan kedudukan politiknya terjamin.

Peristwa 2

Yang Berhormat Muhd. Yusuf bimbang rancangannya akan digagalkan oleh Encik Muhammad. Hal ini demikian kerana rancangan itu penting terutamanya selepas beliau bersara daripada kegiatan politik kelak. Beliau turut percaya usahanya untuk memperbesarkan kilang papannya di Pekan Kuala akan berjaya. Sudin mencadangkan kepada Yang Berhormat Muhd. Yusuf untuk menghasut penghuni-penghuni tanah Penghulu Mahmud agar mereka menuntut hak milik mereka tanpa melibatkan nama Yang Berhormat.

(17)

A. Latar tempat : Pejabat Encik Muhammad dan hotel

B. Latar masa : Pagi ( waktu pejabat ) hingga tengah hari

C. Watak dan

Perwatakan : 1. Encik Muhammad

 Menepati masa

 Bersemangat dan gemar berfalsafah

2. Tan Sri Syed Aris

 Pengarah Eksekutif Serba Dagang Internasional  Tajam penglihatan tentang kepentingan orang

Melayu dalam dunia dagang

3. Yang Berhormat Muhd. Yusuf  Berbadan gempal

 Seorang yang sibuk dengan dengan pelbagai tugas  Kurang jujur

D. Plot : Peristiwa 1

Encik Muhammad telah mengadakan mesyuarat Pengarah Firma Serba Dagang Internasional, Kuala Lumpur, termasuklah Tan Sri Syed Aris iaitu Pengarah Eksekutif Serba Dagang Internasional. Mereka berbincang tentang kepentingan orang Melayu dalam dunia dagang. Encik Muhammad cuba meyakinkan Tan Sri Syed Aris

(18)

bahawa sokongan Datuk Tan terhadap projek lada hitam itu akan menguntungkan syarikat. Tan Sri Syed Aris pula berpendapat menyokong pekebun-pekebun kecil di Johor lebih baik daripada menanam modal yang banyak membuka ladang sendiri, lebih-lebih lagi melibatkan modal dengan orang Cina. Dia juga mengingatkan Encik Muhammad tentang cita-cita politik kerajaan untuk mengisi matlamat tiga puluh peratus penglibatan orang Melayu dalam dunia dagang dan perusahaan. Walau bagaimanapun, Encik Muhammad mengingatkan Tan Sri Syed Aris bahawa politik kerajaan itu bukannya politik perkauman dan percaya terhadap rakan kongsinya iaitu Datuk Tan itu seorang yang jujur.

Peristiwa 2

Encik Muhammad telah bertemu Yang Berhormat Muhd. Yusuf di sebuah hotel. Mereka berbincang soal perniagaan terutamanya nasib kontraktor Melayu yang sering dipermainkan oleh rakan kongsi saudagar Cina. Encik Muhammad tidak bersetuju dengan pendapat tersebut kerana sama ada berkongsi dengan Cina, India atau Melayu mereka tetap perlu menghadapi risiko. Encik Muhammad telah menyatakan rancanganya hendak membuka perusahaan lombong di daerah Tualang. Yang Berhormat Muhd. Yusuf pula menyatakan rancangannya bersama Tauke Chan hendak membuka rancangan perumahan di kawasan tersebut. Namun, rancangan tersebut akan menyentuh kepentingan keluaraga Encik Muhammad. Encik Muhammad kesal kerana Tauke Chan telah merasuah abangnya dengan wang ringgit dan sebuah kereta Mercedes. Encik Muhammad kemudian berjaya memujuk Yang Berhormat Muhd. Yusuf menyertai rancangan itu dan berjanji akan menangani masalah Tauke Chan dan abangnya, Penghulu Mahmud.

(19)

A. Latar tempat : Pejabat Encik Muhammad

B. Latar masa : Pagi ( waktu pejabat )

C. Watak dan

Perwatakan : 1. Mahani

 Seorang yang tegas  Kurang jujur

2. Encik Muhammad

 Teliti dan cekap  Seorang yang tenang

D. Plot : Peristiwa 1

Encik Muhammad memanggil setiausaha pejabatnya iaitu Mahani berjumpa dengannya. Dia telah menyerahkan surat daripada Rahim iaitu anaknya kepada Mahani dan menanyakan mengapa surat itu dimasukkan ke dalam failnya. Mahani menjelaskan bahawa surat itu dialamatkan kepada Encik Muhammad. Encik Muhammad kemudian meminta Mahani membaca surat itu dan memberi pendapatnya pada keesokan hari walaupaun surat itu adalah surat peribadi seorang anak kepada ayahnya. Mahani berasa bersalah kerana dalam diam dia telah membaca surat itu sebelum ini.

Peristiwa 2

Encik Muhammad sangat mengharapkan pendapat Mahani tentang keseluruhan isi tersebut kerana Mahani dan Rahim merupakan kawan lama. Isterinya juga mendesak supaya Rahim dijodohkan

(20)

dengan Mahani. Sebelum ini dia pernah menulis surat yang panjang lebar kepada anaknya itu supaya menumpukan pelajaran dan jangan terlalu memikirkan hal-hal lain terutamanya tentang pandangan baru terhadap hidup ini yang mungkin bersifat negatif.

(21)

A. Latar tempat : Rumah Mahani

B. Latar masa : Malam hingga pagi

C. Watak dan

Perwatakan : 1. Mahani

 Banyak Berfikir  Berbudi pekerti mulia

2. Syarifah Mu’inah  Penyayang

 Memahami anaknya

D. Plot : Peristiwa 1

Di rumah, Mahani gelisah dan tidak dapat tidur dengan lena pada malam itu. Fikirannya merayau-rayau terus ke London dan Kampung Tualang. Esok dia terpaksa menyatakan pendapatnya tentang surat Rahim kepada Encik Muhammad, iaitu orang yang telah banyak berjasa dalam hidupnya. Encik Muhammad yang menyuruhnya belajar ilmu kesetiausahaan dan diambil bekerja di syarikatnya itu. Dia sedar perkara yang disebut dalam surat itu tentang dirinya bertujuan menyindir ayahnya sendiri dan bukan untuk membayangkan perasaanya terhadap Encik Muhammad.

Peristiwa 2

Mahani telah menyerahkan surat Rahim kepada orang tuanya untuk mendapatkan pandangan. Pada keesokan hari, dia menunggu untuk mendapatkan jawapan tetapi ayahnya telah keluar pada awal

(22)

pagi lagi. Puan Sri Syarifah Mu’inah iaitu ibunya menenangkan Mahani dan tidak menyangka bahawa Rahim boleh berfikir yang bukan-bukan terhadap ayahnya.

Peristiwa 3

Tan Sri Syed Aris telah pergi ke rumah Encik Muhammad untuk membincangkan masalah yang timbul berhubung dengan surat tersebut. Terdapat dua persoalan yang ditimbulkan oleh Rahim dalam surat itu, yang pertama adakah Mahani masih menaruh hati kepada Rahim dan kedua adakah Encik Muhammad ada menaruh perasaan terhadap Mahani. Mahani mengagumi Encik Muhammad kerana majikannya itu seorang yang ‘gentleman’ dan bijaksana

Peristiwa 4

Pada pagi itu fikiran Mahani berkecamuk memikirkan jawapan yang perlu diberikannya kepada Encik Muhammad sehinggakan dia menerima panggilan telefon daripada Encik Muhammad kerana lambat ke pejabat. Encik Muhammad memberitahu Mahani bahawa ayanhnya sedang menunggu di pejabat.

(23)

A. Latar tempat : Warung Pak Salim dan rumah Imam Saad

B. Latar masa : Tengah hari

C. Watak dan

Perwatakan : 1. Sudin

 Lincah dan lepas laku

 Pernah berjudi dan kaki botol

 Broker yang telah banyak menjual tanah orang kampung

2. Pak Salim

 Peniaga warung

 Janggut dan misai jarang-jarang dan tidak bercukur  Rajin dan cekal

 Telah agak tua

3. Tuk Empat Dahlan

 Seorang jurucakap  Bersikap sedikit kasar

4. Imam Saad

 Seorang yang dihormati di kampung Pulai  Ayah Sudin

(24)

 Menepati janji

D. Plot : Peristiwa 1

Sudin singgah ke warung Pak Salim. Kehadirannya itu tidak disukai oleh pemuda-pemuda di situ. Sudin berbual dengan Pak Salim tentang masalah yang dihadapinya dengan bapanya iaitu Imam Saad. Pak Salim menyatakan bahawa bapanya itu susah hati memikirkan masalah orang kampung terutamanya pemuda-pemuda yang berpecah-belah kerana berbeza fahaman politik. Pak Salim menasihati Sudin supaya balik berjumpa dengan ayahnya kerana ayahnya marah bukan disebabkan soal politik tetapi kerana sebab lain. Sudin pula tidak suka tinggal di kampung kerana kecewa gadis pilihannya iaitu Gayah berkahwin dengan orang lain. Perkara tersebut berlaku kerana ayah dan ibunya tidak berani meminang Gayah.

Peristiwa 2

Sudin bercadang akan terus berhijrah ke Kuala Lumpur tetapi Pak Salim tidak bersetuju dan menasihatinya supaya terus tinggal di kampung memandangkan keadaan ibu dan bapanya sudah tua. Selain itu, dia diharap dapat mengantikan Imam Saad untuk mengembalikan keimanan dan kesejahteraan masyarakat kampung di situ. Sudin kemudiannya pulang ke rumah untuk menemui ibunya. Dia juga berasa ragu tentang sikap ayahnya itu terhadap kepulangannya nanti.

(25)

A. Latar tempat : Rumah Imam Saad

B. Latar masa : Tengah hari

C. Watak dan

Perwatakan : 1. Mak Minah

 Ibu Sudin  Penyayang

2. Sudin

 Jujur terhadap ibu bapanya  Suka meningkah cakap orang

3. Imam Saad  Warak

 Berwajah jernih dan selalu bersih  Mudah dibawa berbincang

D. Plot : Peristiwa 1

Sewaktu Sudin pulang ke rumah, ibunya Mak Minah sedang memasak dan menyiapkan makanan tengah hari. Bapa Sudin iaitu Imam Saad masih tidak pulang dari surau. Semasa pulang, Mak Minah menceritakan tentang khabar angin yang mengatakan bahawa Sudin telah melarikan Gayah ke bandar. Cerita itu membuatkan ayahnya berasa sangat marah terhadapnya. Sudin amat terkejut kerana dia tidak

(26)

mengetahui perkara itu lantas ibunya segera menyuruh budak yang bermain di bawah rumah memanggil suaminya pulang dari surau bagi membincangkan perkara tersebut.

Peristiwa 2

Imam Saad selama ini tidak pernah mempercayai bahawa Sudin ada kena mengena dengan soal Gayah yang lari dari kampung. Sudin menjelaskan perkara sebenar kepada ayahnya dan kesal kerana ibu dan ayahnya tidak berani masuk meminang Gayah. Imam Saad menerangkan bahawa mereka bukan tidak berkenan dengan Gayah tetapi sejarah keturunan mereka yang menghalang perkahwinan tersebut.Hal ini demikian kerana keluarganya dan keluarga Penghulu Mahmud masih menyimpan perasaan dendam antara satu sama lain. Imam Saad juga tidak tahu siapakah yang menyebarkan khabar angin itu dan berharap Sudin dapat menyiasat sendiri.

(27)

A. Latar tempat : Hospital

B. Latar masa : Petang

C. Watak dan

Perwatakan : 1. Sudin

 Berkeyakinan

 Mempunyai kesedaran diri  Sentiasa ingat pesan bapanya

2. Mat Akil

 Samseng

 Menaruh hati pada Gayah

3. Yang Berhormat Muhd. Yusuf

 Mementingkan keuntungan  Talam dua muka

4. Jahid

 Prihatin

(28)

Yang Berhormat Muhd. Yusuf dan Jahid melawat Sudin yang terlantar di hospital kerana kemalangan motosikal. Selepas mereka beredar Sudin teringat peristiwa sebelum dia mendapat kemalangan. Sudin mengesyaki Mat Akil yang telah mencederakannya kerana ketika dia ditimpa kemalangan kedengaran suara Mat Akil menyumpahinya. Dia juga percaya bahawa kemalangan itu dirancang dan ada hubung kait dengan Gayah kerana ramai yang menyangka bahawa dia telah melarikan Gayah termasuklah Mat Akil. Dia tahu bahawa Mat Akil sebenarnya turut menaruh hati pada Gayah.

Peristiwa 2

Sudin meminta Yang Berhormat Muhd. Yusuf dan Jahid supaya tidak melaporkan kemalangan itu kepada polis kerana motosikalnya tidak rosak dan di samping ketiadaan bukti untuk mendakwa Mat Akil. Sudin kemudiaanya teringatkan pesan ayahnya, sekiranya dia ingin mengahwini Gayah janganlah perkahwinan itu menjadi pemecah keluarga yang sudah renggang antara keluarganya dengan keluarga Tuk Penghulu Mahmud.

Peristiwa 3

Sudin tertanya-tanya mengapa Tauke Chan tidak melawatnya. Mungkinkah Tauke Chan marah kepadanya kerana kerja yang diarahkan olehnya itu belum mendatangkan hasil. Sudin juga berfikir sama ada Yang Berhormat Muhd. Yusuf telah berjaya dipujuk oleh Encik Muhammad melalui Jahid untuk membatalkan rancangan yang ditaja oleh Tauke Chan dan menyertai rancangan yang lebih baik. Sudin juga berharap hanya Yang Berhormat Muhd. Yusuf yang datang melawatnya pada petang itu kerana dia ingin menanyakan pelbagai soalan. Dia juga runsing memikirkan kedudukan Gayah dan tidak mahu Gayah datang melawatnya.

(29)

A. Latar tempat : Rumah dan pejabat Encik Muhammad

B. Latar masa : Subuh hingga pagi

C. Watak dan

Perwatakan : 1. Encik Muhammad

 Orang paling berkuasa menjayakan perusahaan lombong di Lembah Tualang

 Bertanggungjawab

2. Datuk Tan

 Pangarah Urusan Syarikat Lombong Lembah Tualang ( anak syarikat Tan Enterprise )

3. Yang Berhormat Muhd. Yusuf

 Mahu mengubah nasib rakyat yang miskin  Selalu sibuk dengan urusan kerja

4. Tan Sri Syed Aris

 Berpengalaman dalam urusan perniagaan

5. Mahani

(30)

D. Plot : Peristiwa 1

Syarikat Lombong Lembah Tualang telah berjaya ditubuhkan. Encik Muhammad dilantik sebagai pengerusi syarikat dan datuk Tan hanya menjadi Pengarah Urusan. Hal ini demikian kerana Datuk Tan tahu tentang pelbagai masalah dan kesukaran yang dihadapi dalam usaha membuka lombong tersebut. Datuk Tan telah memilih Encik Muhammad sebagai pengerusi syarikat kerana pada pandangannya Encik Muhammad lebih sesuai untuk menjayakan perusahaan lombong itu.

Peristiwa 2

Encik Muhammad terkenangkan memang dari dahulu dia bercita-cita untuk meneruskan usaha yang dijalankan oleh arwah ayah dan datuknya itu. Selain itu, Encik Muhammad berhajat untuk membela nasib orang-orang di Kampung Pulai supaya diberi kemudahan agar kehidupan mereka bertambah baik. Dia juga akan cuba memujuk orang-orang muda supaya bekerja di lombong itu dan tidak lagi meninggalkan Kampung Pulai. Yang Berhormat Muhd. Yusuf pula cuba menempatkan masyarakat kampung itu dalam rancangan FELDA.

Peristiwa 3

Pada perayaan puja umur Tuanku Sultan beberapa bulan lalu, Datuk Tan dan Yang Berhormat Muhd. Yusuf telah mengadap sultan dan berjaya memujuk Baginda memberikan gelaran Datuk Indera yang telah lama kosong kepada Tuk Penghulu Mahmud.

Peristiwa 4

Encik Muhammad membayangkan perasaan emosi dan sentiment yang timbul dalam hatinya terhadap penduduk Kampung Pulai. Dia sentiasa mencari jalan untuk menggunakannya. Dia tahu bahawa Tuanku Sultan akan berangkat menangkap ikan sambil berehat di Jeram Medang. Dia akan menggunakan peluang itu untuk mengumumkan pelantikan abangnya menyandang gelaran Orangkaya Indera. Perkara tersebut dilakukan bagi memberi penghormatan dan kebanggaan kepada penduduk Kampung Pulai serta menambat hati mereka.

Peristiwa 5

Encik Muhammad merancang akan mengadakan satu perayaan besar di Kampung Pulai. Penduduk kampung akan dihibur, dijamu, dihormati, dan dimuliakan sebaik-baiknya. Duli Yang Maha Mulia

(31)
(32)

Bab 15

( Halaman 122 hingga 130 )

A. Latar tempat : Kuala Lumpur

B. Latar masa : Tengah hari, malam dan pagi

C. Watak dan

Perwatakan : 1. Mat Akil

 Gemar berangan-angan  Bekas banduan

 Pendengki dan iri hati

2. Ali

 Atenden pemungut sewa letak kereta  Baik hati dan peramah

3. Kasim

 Pemandu baru Encik Muhammad  Anak saudara Encik Muhammad

D. Plot : Peristiwa 1

Mat Akil pergi ke Kuala Lumpur dengan harapan dapat bertemu dengan Gayah di samping mencari Kasim. Sebelum ini dia pernah ke Kuala Lumpur dan sama-sama berkeliaran dengan Kasim menjadi jaga Kereta. Dia kemudiannya ditangkap polis bersama beberapa jaga kereta yang lain termasuk Kasim dan terpaksa

(33)

Peristiwa 2

Sewaktu mencari Kasim, Mat Akil terjumpa dengan Ali iaitu kawan kepada Kasim. Ali memberitahu Mat Akil yang Kasim telah lebih sebulan berhenti kerja. Dia membawa Mat Akil bertemu dengan abang iparnya, Atan yang tahu di mana Kasim bekerja. Mat Akil bermalam di rumah Ali dan pada keesokan harinya, ketika berada di kaki lima Wisma Yakin, Mat Akil terserempak dengan Kasim yang kini telah bekerja sebagai pemandu Encik Muhammad. Akhirnya Mat Akil mengikut Kasim ke pejabat pak ciknya di Bangunan Maju Jaya.

(34)

Bab 16

( Halaman 131 hingga 139 )

A. Latar tempat : Kedai Pak Salim

B. Latar masa : Petang

C. Watak dan

Perwatakan : 1. Mat Akil

 Pemarah

 Berdendam terhadap Sudin  Anak yatim piatu

2. Tuk Empat Dahlan

 Bapa saudara Mat Akil

 Mengambil berat hal ehwal masyarakat

3. Drebar bas

 Memahami sikap kanak-kanak  Penyabar

4. Kawan-kawan Mat Akil  Pemalas

 Sihat dan cergas

(35)

pulih daripada kecederaan dan telah bekerja dengan Encik Muhammad. Mat Akil telah mengupah budak untuk menoreh tayar bas yang akan membawa rombongan pengantin ke Kuala Lumpur untuk menghantar Sudin. Namun, budak upahannya tidak menorah tayar bas itu dan hanya mengempiskannya. Mat Akil juga sakit hati kerana Sudin berjaya mengahwini Gayah.

Peristiwa 2

Mat Akil terkenang zamannya sewaktu kecil dan menganggap Sudin sebagai punca nasib malangnya sejak kecil hinggalah sekarang. Ketika dia masih kecil, dia menjadi anak yatim dan menumpang di rumah Ketua Kampung iaitu bapa saudaranya, Tuk Empat Dahlan. Setelah ibunya meninggal, dia telah berhenti sekolah. Semasa di sekolah, Sudin merupakan ketua murid yang sering membuat laporan menganai dirinya yang selalu bergaduh. Kini, dia bertambah geram apabila Pak Alangnya iaitu Tuk Empat Dahlan pula menasihatinya supaya berubah menjadi baik.

Peristiwa 3

Namun, Mat Akil masih tidak berubah. Dia telah mencuri wang daripada tabung buluh Mak Alangnya dan kemudian ke rumah Imam Saad lalu membuang najis di atas cadar pengantin Sudin dan Gayah. Mat akil kemudiannya ke kedai Pak Salim dan minum bersama rakan-rakanya. Kemudian dia mengajak kawan-kawanya ke pekan untuk menonton wayang. Semasa dalam perjalanan peristiwa dia membuang najis di cadar itu menjadi bahan ketawa mereka.

(36)

Bab 17

( Halaman 140 hingga 148 )

A. Latar tempat : Rumah Encik Muhammad

B. Latar masa : Malam

C. Watak dan

Perwatakan : 1. Cik Puan Tipah

 Bertimbang rasa namun sedikit tegas

2. Rohana ( Ana )  Periang

3. Encik Muhammad

 Cekap mengurus

 Peramah dan mudah mesra  Baik budi pekerti

4. Tan Sri Syed Aris

 Tidak menepati masa

5. Imam Saad  Jujur

6. Kak Sa’emah

(37)

berlangsung majlis akad nikah antara Sudin dan Gayah. Cik Puan Tipah pada mulanya tidak bersetuju majlis tersebut diadakan di rumahnya kerana lebih suka sekiranya dilangsungkan di Pekan Tualang sahaja. bagi Cik Puan Tipah biarlah pelamin pertama di rumahnya adalah untuk anak-anaknya sendiri. Tetapi akhirnya dia bersetuju kerana yang akan dilangsungkan hanyalah akad nikah.

Peristiwa 2

Encik Muhammad memikirkan hubungannya dengan orang-orang kampung yang semakin bertambah erat. Perkahwinan Sudin dan Gayah pula memudahkan taktiknya menabat hati orang Kampung Pulai. Bagi Imam Saad pula perkahwinan itu akan memadamkan terus persengketaan lama yang berlaku antara keluarganya dengan keluarga Penghulu Mahmud.

Peristiwa 3

Rombongan pengantin yang diketuai oleh Tuk Empat Dahlan, Imam Saad dan Pak Salim telah tiba. Namun, Mat Akil tidak hadir. Encik Muhammad dan Cik Puan Tipah menyambut kedatangan mereka dengan mesra. Pada masa yang sama Encik Muhammad memainkan peranan untuk menambat hati dan perasaan Imam Saad dan Tuk Empat Dahlan kerana dengan cara ini akan dapat memenangi hati penduduk kampung pula.

(38)

Bab 18

( Halaman 149 hingga 155 )

A. Latar tempat : Pejabat Sudin

B. Latar masa : Pagi hingga petang

C. Watak dan

Perwatakan : 1. Sudin

 Pegawai Perhubungan Raya Syarikat Lombong Lembah Tualang

 Pengerusi Jawatankuasa Perayaan  Cergas dan cekap

2. Jahid

 Setiausaha Jawatankuasa Perayaan

3. Pak Salim

 Bendahari Jawatankuasa Perayaaan

 Bendahari Jawatankuasa Kemajuan Kampung

4. Tuk Empat Dahlan dan Imam Saad

 Penasihat Jawatankuasa Perayaan

5. Jamaludin

 Anak Pak Salim

(39)

Bertimbang rasa

D. Plot : Peristiwa 1

Sudin telah menerima jawatan penting dalam Syarikat Lombong Lembah Tualang. Tugasnya bermula dengan pengurusan dan penyelenggaraan perayaan menyambut lawatan Duli Yang Maha Mulia Sultan ke Kampung Pulai untuk mengisytiharkan pelantikan Penghulu Mahmud menyandang gelaran Datuk orangkaya Indera. Pengerusi Jawatankuasa Perayaaan yang dipilih dan dilantik oleh mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Kampung dipengerusikan oleh Tuk Empat Dahlan. Perbelanjaan perayaan itu ditanggung oleh Keluarga Penghulu Mahmud. Sudin menjadi Pengerusi, Jahid sebagai Setiausaha, Pak Salim sebagai Bendahari dan Tuk Empat Dahlan bersama Imam Saad dilantik sebagai Penasihat manakala Tuan Pegawai Daerah menjadi Penaung.

Peristiwa 2

Encik Muhammad menasihati Sudin supaya memikat hati semua orang dan berusaha maenarik Mat Akil dan kawan-kawannya ke dalam Jawatankuasa Kecil Perayaan walaupun dia dan keluarganya masih tidak dapat memaafkan Mat Akil kerana menajisi cadar pengantinnya dulu. Dia ingin membalas dendam secara diam-diam terhadap Mat Akil dan kawan-kawannya. Di samping mempunyai tugas memikat hati seluruh Penduduk Kampung pulai.

Peristiwa 3

Sudin dan Jahid mengambil keputusan bertemu dengan Tuk Empat Dahlan untuk meminta nasihat berhubung cadangannya mengajak Mat Akil menjadi salah seorang ahli atau Ketua Jawatankuasa Kecil. Sudin berpendapat Tun Empat Dahlan mesti didampingi kerana dia adalah seorang yang berpengaruh di Kampung Pulai. Sudin juga bercadang menghebohkan jawatan Penghulu yang dikosongkan oleh Tuk Penghulu Mahmud akan disandang oleh Tuk Empat Dahlan.

(40)

Bab 19

( Halaman 156 hingga 162 )

A. Latar tempat : Rumah Mahani

B. Latar masa : Malam

C. Watak dan Perwatakan : 1. Mahani  Kekasih Rahim  Romantik 2. Rahim  Berterus terang

 Gemar berbahas dan berani

3. Robert

 Gemar membaca buku keagamaan  Kaki mengalah

 Ingin hidup bebas daripada kemaksiatan

D. Plot : Peristiwa 1

Mahani menerima surat daripada Rahim menyatakan tentangannya terhadap penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang. Rahim mendapat tahu penubuhan syarikat itu melalui Robert. Perkara itu menyebabkan Mahani berasa risau, di samping setiap kali menerima surat daripada Rahim, mesti ada bayangan daripada ayahnya. Walau bagaimanapun, Mahani tetap berasa gembira dengan

(41)

Peristiwa 2

Robert akan pulang dan tinggal di Pekan Tualang serta menjadi jurutera di Lembah Tualang. Rahim pula akan pulang menentang ayahnya kerana dia mendapat tahu hal ayahnya dengan wang dan kekayaan. Mahani tidak dapat membayangkan sejauh mana akan terjadi penentangan antara anak dan ayah itu. Dia juga tidak mengerti bagaimana Rahim dapat membuat kesimpulan bahawa ayahnya akan menganiaya orang di Kampung Pulai sedangkan dia di luar Negara.

Peristiwa 3

Mahani berpendapat bahawa Rahim tidak mengetahui situasi sebenar di Kampung Pulai. Dia menganggap Rahim hanya membuat kesimpulan sendiri. Pada keesokan hari, Mahani berhajat hendak bertemu dengan Jahid untuk berbincang agar dapat memberi beberapa petunjuk untuk menjawab soalan Rahim dalam surat-suratnya.

(42)

Bab 20

( Halaman 163 hingga 170 )

A. Latar tempat : Kedai Pak Salim

B. Latar masa : Petang

C. Watak dan

Perwatakan : 1. Mat Akil

 Suka bergaduh

 Tidak menghormati orang tua  Suka menghina orang lain

 Telah mula berubah menjadi sedikit baik

2. Kemat Jerangkung

 Lekas marah dan cepat terasa  Pantang dihina

3. Sudin

 Tenang dan bijak berkata-kata  Pandai mengawal keadaan  Baik hati

4. Pak Salim

(43)

Kampung Pulai. Mat Akil mewakili orang yang mempunyai tanah manakala kemat Jerangkung mewakili orang yang menumpang pada tanah orang lain. Sudin yang kebetulan lalu di situ cuba menyelesaikan pergaduhan tersebut.

Peristiwa 2

Sudin membawa risalah daripada Yang Berhormat Muhd. Yusuf ke seluruh kampung. Risalah itu menerangkan berkenaan perpindahan penduduk ke tanah rancangan baru FELDA. Semua orang kampung diminta datang ke surau pada hari Jumaat pukul sebelas pagi untuk mendengar taklimat daripada Yang Berhormat Muhd. Yusuf dan selepas solat Jumaat diadakan sedikit jamuan nasi minyak.

Peristiwa 3

Sudin amat khuatir jika ada penduduk Kampung Pulai yang tidak mahu berpindah ke rancangan baru yang diusahakan oleh Yang Berhormat Muhd. Yusuf dan apabila Encik Muhammad meminta kerjasama berhubung dengan soal itu maka Yang Berhormat Muhd. Yusuf sedia memberikan khidmatnya membantu penduduk Kampung Pulai meningkatkan taraf hidup mereka. Beliau telah berunding dengan pihak FELDA untuk menerima penduduk Kampung Pulai dan ditempatkan pada satu kawasan khas yang menjadikan mereka sebagai peneroka baru.

Peristiwa 4

Tidak ada siapa yang tahu tentang rancangan Syarikat lombong Lembah Tualang kerana itu merupakan muslihat dan taktik dalam usaha Encik Muhammad membuat dan memenangi hati penduduk Kampung Pulai. Semenjak perayaan menyambut Tuanku Sultan dan pelantikan Penghulu Mahmud menyandang gelaran Datuk Indera keadaan Kampung Pulai semakin aman. Mat Akil dan kawan-kawanya mula memberi kerjasama. Namun begitu, Sudin merasai Mat Akil dan kawan-kawannya masih belum betul-betul berubah. Oleh itu, Sudin akan menggunakan peluang tersebut sebaik-baiknya untuk membalas segala perbuatan Mat Akil dan kawan-kawannya.

(44)

Bab 21

( Halaman 171 hingga 178 )

A. Latar tempat : Surau Kampung Pulai

B. Latar masa : Pagi hingga tengah hari

C. Watak dan

Perwatakan : 1. Sudin

 Teliti dan cekap

2. Yang Berhormat Muhd. Yusuf  Tidak menepati masa  Berani

3. Encik Muhammad

 Dipandang tinggi oleh masyarakat

4. Mat Akil

 Keras kepala

 Musang berbulu ayam

D. Plot : Peristiwa 1

Suasana hari Jumaat di Kampung Pulai pada hujung minggu itu berbeza dari hari Jumaat sebelumnya, sebelum Zuhur kaum lelaki ke surau mendengar ucapan Yang Berhormat Muhd. Yusuf dan selepas itu akan diadakan sedikit jamuan nasi minyak. Yang Berhormat Muhd. Yusuf akan memberi ucapan dan menerangkan segala perkara yang

(45)

menggalakkan. Peristiwa 2

Yang Berhormat Muhd. Yusuf juga telah mengeluarkan risalah-risalah yang menerangkan tentang kedudukan tanah milik orang kampung yang akan berpindah ke rancagan FELDA. Beliau juga memberi jaminan bahawa setiap orang Kampung Pulai tidak akan mengalami kerugian.

Peristiwa 3

Sewaktu Yang Berhormat Muhd. Yusuf berucap, beliau telah memuji kebijaksanaan Datuk Indera dan kemurahan hati Encik Muhammad. Encik Muhammad telah menerangkan rancangan syarikatnya untuk membeli tanah orang Kampung Pulai serta membayar sagu hati kepada mereka yang tidak mempunyai tanah dan Sudin sebagai orang perantaraannya. Walau bagaimanapun, Encik Muhammad belum lagi menerangkan tentang rancangan Syarikat Lombong Lembah Tualang.

Peristiwa 4

Encik Muhammad telah berjaya memikat hati golongan tua dan muda di Kampung Pulai. Sebelum beredar dia berjumpa dan berbual-bual dengan kumpulan Mat Akil yang sedang membersihkan paralatan memasak. Kemudian Encik Muhammad pergi mendapatkan Sudin dan berpesan supaya menggalakkan Imam Saad menjadi imam di Pekan Tualang dan mendorong Tuk Empat Dahlan memohon jawatan penghulu.

(46)

Bab 22

( Halaman 179 hingga 185 )

A. Latar tempat : Pejabat dan rumah Encik Muhammad

B. Latar masa : Petang dan malam

C. Watak dan

Perwatakan : 1. Datuk Tan

 Sentiasa berwaspada

2. Kasim

 Pemandu Encik Muhammad  Sedikit pelupa

3. Rohana ( Ana )

 Banyak bertanya tentang abangnya, Rahim

4. Encik Muhammad

 Gemar menikmati pandangan  Bijak mengawal keadaan

5. Cik Puan Tipah

 Memahami dan taat pada suami

(47)

pengarah. Bagi Encik Muhammad langkah itu dapat memastikan perlombongan dapat dijalankan dengan lebih baik, cepat dan menghasilkan pengeluaran yang terjamin.

Peristiwa 2

Encik Muhammad yakin dia telah memenangi hati penduduk Kampung Pulai. Namun, dia risau dengan golongan tua kerana terdapat peraturan bahawa golongan yang diterima mengikuti rancangan FELDA ialah mereka yang berumur tidak lebih daripda empat puluh tahun. Imam Saad, Tuk Empat Dahlan dan Pak Salim mungkin menimbulkan kesulitan yang besar tehadapnya. Kesulitan akan bertambah besar apabila anak buah mereka nanti tidak mahu meninggalkan mereka. Oleh itu, Encik Muhammad berfikir untuk menempatkan Imam Saad menjadi Imam di Pekan Tualang dan Tuk Empat Dahlan menjadi penghulu. Baginya pemindahan penduduk Kampung Pulai dan perlombongan yang akan dijalankan di situ merupakan satu proses pembangunan yang tidak boleh disekat. Jika ada sesiapa yang menerima kesusahan atau menanggung kerugian, maka itu adalah perkara biasa dalam pelaksanaan pembangunan.

Peristiwa 3

Pada malam itu, ketika Encik Muhammad dan isterinya, Cik Puan Tipah menemani Ana dan Kasim menonton televisyen, dia telah menerima sepucuk surat daripada Rahim yang diberikan oleh Mak Enon. Encik Muhammad merahsiakan surat itu daripada Ana dan menyatakan surat itu daripada Robert kerana khuatir Ana ingin mengetahui isi kandungan surat tersebut.

(48)

Bab 23

( Halaman 186 hingga 192 )

A. Latar tempat : Bangunan Maju Jaya

B. Latar masa : Pada waktu pagi

C. Watak dan

Perwatakan : 1. Sudin

 Mempunyai ramai kenalan  Bekas ‘broker’

 Berterus terang

2. Sani

 Suka menunjuk-nunjuk  Anak Tuk Imam  Seorang broker

D. Plot : Peristiwa 1

Sudin telah bertemu dengan kawan lamanya, Sani yang menjadi ‘broker’ dan meminta pertolongannya untuk dikenalkan kepada ‘manager’ syarikat ‘finance’. Sani memerlukan sekurang-kurangnya sembilan ribu ringgit dan ingin mendapatkan wang dengan menggadai kereta di ‘finance’ itu. Wang itu diperlukan untuk berurusan dengan rakan dagangnya dari seberang. Sudin tidak mahu membantu Sani kerana menganggap perniagaan gali lubang timbun lubang yang diamalkan Sani akan merugikannya. Sudin juga menasihati Sani supaya berhenti melakukan pekerjaan itu.

Peristiwa 2

Sudin telah terfikir untuk menggunakan kesempatan daripada masalah Sani bagi memudahkan proses mempersarakan Imam Pekan

(49)

iaitu Imam Saad. Peristiwa 3

Keadaan Sani itu membawa kesempatan besar untuk dipergunakan. Bapa Sani memang sudah lama memujuk anaknya supaya bekerja tetap dan tinggal di Pekan Kuala kerana dia sudah tua. Encik Muhammad bersetuju memberi wang kepada Sani dengan menandatangani perjanjian hutang dengan cagaran tanah ayahnya di Pekan Kuala itu. Selain itu, Sani akan diberi kerja yang sesuai supaya dia boleh menyelesaikan hutangnya itu kelak.

(50)

Bab 24

( Halaman 193 hingga 199 )

A. Latar tempat : Coffee-house ( Bangunan Maju Jaya )

B. Latar masa : Pada waktu pagi

C. Watak dan Perwatakan : 1. Jahid  Mengambil berat 2. Mahani  Pandai berpura-pura  Banyak bertanya 3. Encik Muhammad  Selalu sibuk 4. Kasim

 Pemandu Encik Muhammad

D. Plot : Peristiwa 1

Sewaktu di ‘coffee-house’ Jahid memberitahu Mahani tentang kepulangan Rahim dalam bulan Julai dan dia akan bekerja dalam Bahagian Pengurusan, Syarikat Lombong Lembah Tualang. Encik Muhammad tentu berbangga kerana Rahim berkelulusan daripada university terkenal di London dengan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Dagang dan tepat pada waktu Syarikat Lombong Lembah Tualang selesai ditubuhkan, fikir Mahani. Walau bagaimanapun, Mahani tidak yakin Rahim akan bekerja dengan syarikat lombong itu kerana dia

(51)

Peristiwa 2

Mahani berhasrat untuk memberi maklumat yang lengkap kepada Rahim tentang ayahnya itu. Dia tahu bahawa Rahim suka berbahas kerana hendak membuktikan kebenarannya. Dia percaya mesti ada sebab yang betul dan benar untuk Rahim menentang ayahnya itu walaupun dirinya sendiri percaya bahawa Encik Muhammad tidak mungkin bermaksud jahat terhadap orang Kampung Pulai.

Peristiwa 3

Encik Muhammad yang baru pulang dari biliknya di tingkat 5 memberitahu Mahani bahawa dia akan mendapat seorang pembantu di pejabat kerana urusan serta fail-fail pengerusi Syarikat Lombong Lembah Tualang akan dipindahkan dari pejabat Tan Enterprise ke pejabatnya. Mereka kemudiannya pulang ke pejabat di Bangunan Maju Jaya menaiki kereta yang dipandu oleh Kasim

(52)

Bab 25

( Halaman 200 hingga 207 )

A. Latar tempat : Rumah Mahani

B. Latar masa : Petang, malam dan tengah hari

C. Watak dan

Perwatakan : 1. Syarifah Mu’inah

 Penyayang dan memahami anaknya Mahani

2. Mahani

 Seorang yang inginkan kepastian dan kebenaran  Sabar

3. Tan Sri Syed Aris

 Bertimbang rasa  Peka

 Gemar bermain golf

D. Plot : Peristiwa 1

Mahani berasa gugup apabila diberitahu oleh ibunya bahawa Datuk Indera Mahmud datang merisik untuk meminangnya. Dia tidak pasti sama ada wakil itu datang meminangnya bagi pihak Rahim ataupun Jahid. Rahim dikenalinya sejak dari sekolah lagi manakala Jahid, perkenalan mereka baru sahaja. Mahani juga tertarik dengan sikap Jahid kerana dia seorang yang sopan dan mempunyai sifat sebagai pelindung kaum wanita. Mahani juga keliru sama ada Rahim atau Jahid yang mencintainya.

(53)

ibunya, Syarifah Mu’inah. Semenjak Mahani dan Rahim kecil lagi dia dan Cik Puan Tipah telah bercadang hendak berbesan. Dia berharap sekarang telah tiba masanya hajat itu dilaksanakan dan diizinkan Tuhan.

Peristiwa 3

Pada malam itu, Mahani meminta diberi tempoh dua puluh empat jam untuk memberikan jawapannya. Mahani telah menghantar telegram ke London tanpa pengetahuan ibu bapanya untuk mendapatkan kepastian daripada Rahim. Pada petang keesokan harinya telegram daripada Rahim telah diterima Mahani. Sewaktu mangambil telegram tersebut dia berasa amat cemas. Gelagatnya itu menjadi tanda tanya pada Syarifah Mu’inah.

(54)

Bab 26

( Halaman 208 hingga 215 )

A. Latar tempat : Rumah Tan Sri Syed Aris

B. Latar masa : Malam dan pagi

C. Watak dan

Perwatakan : 1. Puan Syarifah Mu’inah  Bertolak ansur  Bertimbang rasa

2. Tan Sri Syed Aris

 Sentiasa mengamalkan sikap dan cara hidup yang sederhana walaupun seorang yang kaya-raya

3. Mahani

 Berpendirian tegas  Berpandangan jauh

D. Plot : Peristiwa 1

Suasana rumah Tan Sri Syed Aris pada malam itu terang-benderang bermandikan cahaya kerana selepas waktu Isyak nanti akan diadakan kenduri menerima pinangan daripada keluarga Encik Muhammad. Pertunangan antara Rahim dan Mahani akan diisytiharkan. Mahani tidak mahu majlis pertungannya diadakan secara besar-besaran. Begitu juga dengan majlis perkahwinan mereka kelak. Dia membantah cadangan ibunya hendak mengadakan majlis secara besar-besaran kerana menganggapnya sebagai suatu pembaziran dan

(55)

Mahani bersetuju dangan pinangan tersebut setelah mendapat jawapan telegram daripada Rahim dengan tiga patah perkataan saja iaitu ‘I love you’. Empat hari selepas telegram itu, Mahani telah menerima sepucuk surat ‘express’ daripada Rahim menyatakan perjuangannya menentang Tauke Besar Muhammad bin Datuk Indera Idris iaitu bapanya dan konco-konconya. Perkara tersebut menyebabkan Mahani terseret sama unutk merealisasikan perjuangan bakal suaminya itu namun dia tidak akan menjadi penderhaka kepada orang tuanya itu.

Peristiwa 3

Uapacara pertunangan tersebut berjalan dengan lancar dan teratur. Encik Muhammad telah memberi cuti selama seminggu kepada Mahani. Pada keesokan harinya selepas makan, Mahani berhasrat ingin ke rumah Datuk Tan, kerana ada satu perkara yang hendak diketahuinya daripada Datin Tan. Datin Tan merupakan salah seorang Pengarah Syarikat Lombong Lembah Tualang dan sudah tentu banyak maklumat yang akan diketahuinya dalam syarikat itu. Mahani juga berasa ada maklumat yang berguna untuk diselitkan dalam surat yang akan ditulisnya kepada Rahim pada malam nanti.

(56)

Bab 27

( Halaman 216 hingga 222 )

A. Latar tempat : Rumah dan pejabat Encik Muhammad

B. Latar masa : Pada waktu pagi

C. Watak dan

Perwatakan : 1. Encik Muhammad

 Sentiasa bersyukur

2. Cik Puan Tipah

 Sentiasa menyokong suaminya  Sependapat dengan suaminya  Mudah menerima teguran

D. Plot : Peristiwa 1

Encik Muhammad bersyukur kerana usahanya menyatukan Rahim dengan Mahani telah Berjaya. Dia juga terkejut dengan kandungan surat terakhir yang diterima daripada Rahim yang agak ganjil. Dia sedar bahawa Rahim tidak tahu hakikat hidup dan harus belajar banyak lagi tentang teori-teori pembangunan ekonomi. Oleh itu, Encik Muhammad tidak hairan punca Rahim yang masih belum menjawab surat rasmi daripada Datuk Tan yang menawarkan jawatan sebagai Pegawai Pengurus Dagang Syarikat Lombong Lembah Tualang.

Peristiwa 2

Sudin menghubungi Encik Muhammad dan dia diminta oleh Encik Muhammad menunggunya di sebuah restoran dan membawa Jahid bersama. Pada masa yang sama Yang Berhormat Muhd. Yusuf juga ingin berjumpa dengan Encik Muhammad. Encik Muhammad menjangkakan mereka tentu berhadapan dengan masalah orang

(57)

memerlukan tindakan yang berlainan. Dua masalah memerlukan dua tindakan. Semakin banyak tindakan akan menyebabkan semakin rumit dan semakin sukar untuk diselesaikan kelak.

(58)

Bab 28

( Halaman 223 hingga 230 )

A. Latar tempat : Pejabat Encik Muhammad

B. Latar masa : Pada waktu pagi

C. Watak dan

Perwatakan : 1. Encik Muhammad

 Bijak mengatur strategi dalam perniagaan  Gemar menghisap paip

 Penyabar

2. Cik Puan Tipah

 Bersikap sedikit teburu-buru

3. Mahani

 Cekap dan berkeyakinan  Jelita dan sopan

D. Plot : Peristiwa 1

Perkahwinan Rahim dan Mahani telah disepakati oleh kedua-dua belah pihak dan akan dilangsungkan pada akhir bulan September. Kebetulan pula Rahim terpaksa menunda kepulangannya hingga bulan September. Encik Muhammad berasa lega kerana tempoh tersebut memberi kesempatan kepadanya untuk menyelesaikan perkara atau masalah yang baru berbangkit di Lembah Tualang sebelum Rahim pulang.

(59)

Kedua-dua kejadian itu berlaku serentak dan melibatkan Ali. Kejadian itu dikaitkan dengan beberapa sebab. Pertama, Pendekar Omar yang berkelahi dengan Ali menjadi penyokong sebuah parti manakala Ali menjadi orang kuat pemuda parti di Pekan Tualang. Kedua, ada hubungannya dengan kegiatan kempen untuk bersarakan imam tua di Pekan Kuala dan menaikkan Imam Saad menjadi imam di Pekan Tualang.

Peristiwa 2

Encik Muhammad meminta peguam syarikatnya, Shahril supaya membela Ali dalam kedua-dua kes tersebut. Dia meminta peguamnya menyaman pihak yang membinasakan kebun orkid itu dan mengelakkan perkara itu dikaitkan dengan soal-soal politik. Selain itu, shahril juga diminta menjalankan penyiasatan yang menyeluruh terhadap punca kes itu. Dia juga telah meminta Yang Berhormat Muhd. Yusuf memberikan kerjasama kepada peguamnya itu.

Peristiwa 3

Encik Muhammad telah memanggil Mahani untuk mengajaknya ke Pekan Tualang bersama isterinya dan Ana pada pagi hari Sabtu. Namun begitu, Encik Muhammad masih memberi cuti selama seminggu kepada Mahani. Dia juga gembira melihat Mahani berasa bahagia bersama dengan anaknya, Rahim. Dia juga bedoa agar Mahani dan Rahim hidup berbahagia selama-lamanya. Mahani pula berjanji dalam hatinya akan melahirkan kedamaian antara Encik Muhammad dan Rahim.

(60)

Bab 29

( Halaman 231 hingga 237 )

A. Latar tempat : Pejabat Encik Muhammad

B. Latar masa : Pada waktu pagi

C. Watak dan

Perwatakan : 1. Mahani

 Penyayang  Mudah mesra

2. Cik Puan Tipah

 Gemar bertanya

3. Encik Muhammad

 Tegas dan baik hati

D. Plot : Peristiwa 1

Mahani masuk ke pejabat dengan fikiran dan perasaan yang agak letih kerana semalaman dia tidak dapat tidur lena. Dia juga memikirkan sikap Rahim yang masih berkeras kepala dengan ayahnya dan dia tahu harapan Encik Muhammad dan Cik Puan Tipah agar dia dapat melembutkan hati Rahim. Kesedaran Mahani terhadap nasib penduduk Kampung Pulai semakin terasa apabila dia sendiri berkunjung ke kampung itu Sabtu lalu. Dia berpendapat bahawa penduduk Kampung Pulai memang perlu dibantu dan diberi pertolongan untuk memajukan kehidupan mereka.

Peristiwa 2

Encik Muhammad telah menjalankan temu duga untuk memilih pekerja baru bagi menampung urusannya yang semakin bertambah

(61)

Peristiwa 3

Cik Puan Tipah dan peguamnya diminta datang ke pejabat bertemu Encik Muhammad untuk berbincang berhubung dengan masalah ladang orkid di Jeram Medang. Orang lain tidak dibenarkan menganggu perbincangan mereka. Situasi itu menimbulkan tanda tanya kepada Mahani, siapakah yang mengkhianati kebun orkid Cik Puan Tipah. Pada fikirannya sebab itu tentu bukan datang daripada Encik Muhammad atau Cik Puan Tipah kerana orang Kampung Pekan Tualang sangat menghormati keluarga Datuk Indera. Setelah perbincangan itu selasai dan peguam itu balik, Encik Muhammad mengajak Mahani makan di luar bersama dia dan isterinya.

(62)

Bab 30

( Halaman 238 hingga 245 )

A. Latar tempat : Restoran

B. Latar masa : Petang

C. Watak dan

Perwatakan : 1. Mahani

 Bijak membaca fikiran orang lain  Berketurunan Arab

 Mengambil berat

2. Cik Puan Tipah

 Tidak biasa makan di restoran  Berterus terang

3. Encik Muhammad

 Gemar makan makanan barat

D. Plot : Peristiwa 1

Encik Muhammad, isterinya dan Mahani telah singgah makan di restoran. Encik Muhammad selalu membawa tetamunya makan tengah hari di situ dan dia juga ada syer dua puluh peratus dalam restoran itu. Mereka telah memesan steak dan air limau. Semasa makan Encik Muhammad mengambil kesempatan bercakap tentang Rahim dan berharap Mahani dapat menjinakkan sifat pembangkang yang ada dalam jiwa anaknya. Encik Muhammad juga menganggap Rahim dan Mahani merupakan anak Melayu yang dibesarkan dalam kalangan orang Melayu tetapi dia bukan orang kampung yang tulen kemelayuannya. Hal ini demikian kerana Rahim dan Mahani

(63)

Peristiwa 2

Cik Puan Tipah ingin mengetahui perkara yang selalu ditulis dalam surat-surat Mahani dan Rahim. Mahani menceritakan antara perkara yang dibincangkan dengan Rahim dalam surat-surat mereka ialah tentang anak. Rahim juga belum mahu menerima tawaran Syarikat Lombong Lembah Tualang untuk menjadi Pegawai Pengurusan Dagang dan Perusahaan kerana menganggap Syarikat itu kelak akan menganiaya orang Kampung Pulai. Syarikat Lombong Lembah Tualang pula tidak bergantung kepada Rahim dan kegiatan itu perlu untuk pembangunan ekonomi orang Melayu. Syarikat itu akan tetap membeli tanah orang Kampung Pulai dan jika Rahim berkeras menentang, kemungkinan Rahim akan diketepikan begitu sahaja.

(64)

Bab 31

( Halaman 246 hingga 252 )

A. Latar tempat : Rumah Sani ( Pekan Kuala )

B. Latar masa : Pada waktu pagi

C. Watak dan

Perwatakan : 1. Sani

 Tahu maengenang jasa

 Masih mempunyai sikap ragu-ragu  Mempunyai kesedaran diri

2. Sudin

 Banyak memberi nasihat

 Berkeyakinan dan mempunyai matlamat hidup

3. Yang Berhormat Muhd. Yusuf

 Pandai bermain dengan kata-kata  Baik hati

D. Plot : Peristiwa 1

Sani telah pulang dan tinggal tetap di tempat kelahirannya, Pekan Kuala. Ayahnya telah berhenti dari menjadi imam kerana dia telah bersetuju untuk menetap di situ. Sani juga telah ditawarkan oleh Yang Berhormat Muhd. Yusuf untuk menjadi wakilnya di beberapa buah kampung hingga ke wilayah Pekan Tualang menggantikan Sudin yang akan menumpukan pekerjaan sebagai pegawai perhubungan dalam syarikat Encik Muhammad. Pada awalnya dia ragu-ragu untuk

(65)

Sani ingin membalas budi baik Yang Berhormat Muhd. Yusuf kerana telah membatalkan aduan orang ramai terhadap ayahnya dan berjaya memujuk ayahnya supaya berhenti dengan sukarela. Yang Berhormat Muhd. Yusuf juga telah menjamin pinjaman wangnya dengan Encik Muhammad tanpa dikenakan bunga.

Peristiwa 3

Sewaktu dalam perjalanan ke Pekan Tualang Sani mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Muhd. Yusuf bahawa ayahnya itu selalu sakit dan telah dinasihati oleh doktor supaya memohon untuk bersara. Kesihatan ayahnya itu menganggu tugasnya sebagai imam dan sering menimbulkan masalah kepada orang kampung. Oleh itu, Imam Saad akan dilantik menjadi imam dan ditempatkan di Pekan Tualang manakala penduduknya akan dipindahkan ke sebuah rancangan FELDA.

(66)

Bab 32

( Halaman 253 hingga 259 )

A. Latar tempat : Kedai Pak Salim dan rumah Datuk Indera Mahmud

B. Latar masa : Pada waktu pagi

C. Watak dan

Perwatakan : 1. Pak Salim

 Tidak tetap pendirian  Mudah berubah

2. Sudin

 Penyabar dan tenang

3. Mat Akil

 Sentiasa gembira

4. Yang Berhormat Muhd. Yusuf

 Bijak, ikhlas dan berpengalaman  Kadangkala bersikap tegas

D. Plot : Peristiwa 1

Sewaktu di kadai Pak Salim, Sudin terpaksa berhadapan dengan sikap Pak Salim yang membantah rancangan perpindahannya ke rancangan FELDA. Sudin cuba memujuk Pak Salim supaya kembali pada persetujuan yang diberikannya seminggu lalu tetapi gagal. Sudin kemudian beredar dari kedai Pak Salim dan meminta supaya memberitahu perubahan tempat perjumpaan bersama Penolong

(67)

Semasa dalam perjalanan ke Pekan Tualang, Sudin telah menumpangkan Mat Akil dan rakan-rakannya. Sudin mendapat tahu punca yang menyebabkan Pak Salim meradang. Hal ini demikian disebabkan Pak Salim kecewa kerana Tuk Empat Dahlan dapat menjadi Penghulu dan memperoleh rumah di Pekan Tualang tanpa perlu mengikut ke rancangan FELDA manakala Imam Saad pula dilantik menjadi imam kerajaan dan memperoleh tanah ganti kepada tanah wakaf surau itu di Pekan Tualang. Tinggal dia seorang sahaja orang tua yang terpaksa mengikut anaknya ke rancangan FELDA.

Perisriwa 3

Sudin ke rumah Datuk Indera Mahmud untuk berjumpa dengan Yang Berhormat Muhd. Yusuf dan Encik Muhammad. Mereka sedang rancak berbincang tentang rancangan memindahkan penduduk Kampung Pulai ke FELDA. Sudin pula melaporkan tentang masalah yang dihadapinya dengan Pak Salim. Masalah tersebut akan diselasaikan oleh Yang Berhormat Muhd. Yusuf dengan bantuan Sani. Yang Berhormat Muhd. Yusuf akan bertemu dengan Pak Salim dan berjanji untuk mendapatkannya sebuah tapak kedai sebagai jalan penyelesaian.

(68)

Bab 33

( Halaman 260 hingga 267 )

A. Latar tempat : Surau ( Kampung Pulai )

B. Latar masa : Tengah hari, petang, malam, dan pagi

C. Watak dan

Perwatakan : 1. Encik Muhammad  Bermotivasi

2. Jamaludin

 Anak Pak Salim

3. Mahani

 Berpendirian tinggi  Bijak mengawal diri

D. Plot : Peristiwa 1

Pengumuman kewujudan Syarikat Lombong Lembah Tualang untuk membeli tanah orang-orang kampung oleh Encik Muahammad telah mendapat tentangan daripada Jamaludin dan pemuda berjubah ( Lebai Maarup ). Mereka beranggapan tujuannya itu semata-mata untuk mengusir penduduk Kampung Pulai. Di samping itu, mereka juga menyangka bahawa Encik Muhammad akan mendirikan sebuah hotel di situ. Pada pendapat mereka pembinaan hotel peranginan di Jeram Medang akan membawa kepada masalah sosial seperti berjudi, minum arak, dan berzina ke daerah itu. Peristiwa tersebut merupakan tamparan yang hebat kepada Encik Muhammad.

(69)

anaknya, Jamaludin tidak akan membantah rancangan itu lagi. Yang Berhormat Muhd. Yusuf telah mencadangkan supaya kunjungan Penolong Pegawai Daerah ditangguhkan tetapi tidak dipersetujui oleh Encik Muhammad.

Peristiwa 3

Encik Muhammad terkenangkan peristiwa beberapa tahun yang lalu ketika Mary menjadi setiausahanya. Encik Muhammad sering keluar makan dengan setiausahanya itu. Mary telah mengajarkannya semacam cara hidup yang amat manis. Encik Muhammad sering menghabiskan masa dengan Mary. Dia juga sering melupakan Cik Puan Tipah. Tetapi era itu telah lama ditingalkannya sejak kehadiran Mahani yang banyak memberinya kesedaran.

Peristiwa 4

Encik Muhammad telah mendapat laporan daripada peguamnya berhubung dengan kes pergaduhan di Pekan Kuala dan pengkhianatan di kebun orkid Jeram Medang. Dia kemudian keluar untuk bertemu dengan Datuk Tan berbincang berhubung dengan perkara tersebut. Dalam hatinya, Encik Muhammad tetap bertekad bahawa operasi perlombongan di Kampung Pulai seta operasi pemindahan penduduk Kampung Pulai ke rancangan FELDA tidak boleh dihalang oleh anasir-anasir fanatik.

(70)

Bab 34

( Halaman 268 hingga 274 )

A. Latar tempat : Pejabat Tan Enterprise

B. Latar masa : Pada waktu pagi

C. Watak dan

Perwatakan : 1. Encik Muhammad

 Sayangkan kerjayanya  Pandai membahagi masa  Professional sewaktu bekerja

2. Datuk Tan

 Suka bergurau

 Berkeyakinan dan tegas

D. Plot : Peristiwa 1

Semasa pertemuan Encik Muhammad dan Datuk Tan timbul cerita tentang Mary iaitu bekas setiausaha Encik Muhammad yang datang berjumpa dengan Datuk Tan untuk mencari pekerjaan. Encik Muhammad tidak lagi berminat untuk mengambil tahu tentang Mary kerana menganggap perkara dahulu telah berlalu dan yang perlu dihadapi sekarang ialah urusan Syarikat Lombong Lembah Tualang.

Peristiwa 2

Encik Muhammad menunjukkan laporan peguamnya kepada Datuk Tan dan membuat kesimpulan bahawa anak-anak muda yang menjahanamkan kebun orkid Cik Puan Tipah di Jeram Medang sebenarnya diupah untuk berbuat demikian oleh seseorang dan dia sedang mencari motif sebenar orang tersebut berbuat demikian. Encik Muhammad mengesyaki Tauke Chan terlibat kerana ingin membalas

(71)

mencadangkan supaya peguam itu meneruskan siasatan. Peristiwa 3

Datuk Tan percaya sekiranya Kampung Pulai tidak dapat dibeli operasi perlombongan tetap dapat diteruskan manakala Encik Muhammad pula memikirkan nasib dan masa depan Kampung Pulai yang akan dikelilingi tasik dan timbunan pasir bekas lombong. Oleh sebab itulah, dia mahu membela nasib penduduk Kampung Pulai.

(72)

Bab 35

( Halaman 275 hingga 282 )

A. Latar tempat : Kedai Pak Salim dan pondok mesin getah

B. Latar masa : Petang jumaat dan malam

C. Watak dan

Perwatakan : 1. Mat Akil

 Sentiasa gembira  Tamak dan tidak jujur

2. Sudin  Prihatin  Bertanggungjawab  Penyabar 3. Mak Minah  Pendendam D. Plot : Peristiwa 1

Mat Akil telah menerima upah daripada Sudin dan diingatkan supaya sentiasa memerhatikan gelagat Jamaludin dan Lebai Maarup. Mat Akil ke kedai Pak Salim mencari Lebai Maarup kerana berani menuduh rancangan Encik Muahammad mendirikan hotel peranginan di Jeram Medang sebagai satu usaha membawa maksiat. Mat Akil kemudian mengajak rakan-rakanya itu balik ke pondok. Di pertengahan jalan, mereka terserempak dengan Mak Ngah dan Milah.

Referensi

Dokumen terkait