• Tidak ada hasil yang ditemukan

DPPI 2017 PENGUKURAN & PENILAIAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "DPPI 2017 PENGUKURAN & PENILAIAN"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

DPPI 2017

PENGUKURAN & PENILAIAN

Teknik-teknik Membentuk Item & Skema Pemarkahan untuk Item-item Subjektif - Jawapan Pendek, “Cloze”, Item Berstruktur, Item Essei, Ujian Lisan dan Ujian Amali.

1. Sifat subjektifnya terletak pada jawapan yang calon beri. Jawapannya “terbuka” iaitu, beberapa jawapan boleh diterima.

2. Membentuk item subjektif tampaknya tidak serumit membentuk item objektif. Namun, sifat keterbukaan jawapan-jawapannya memerlukan pembentuk item supaya memastikan yang item-itemnya jelas maksud dan tujuannya. 3. Menyiapkan skema permarkahan item subjektif memakan masa yang agak panjang dan perlu penelitian yang

lebih. Ini kerana sifat keterbukaan item-item subjektif memberi peluang lebih luas bagi calon memberi tafsiran dan jawapan-jawapan yang berbeza-beza, yang mungkin diluar jangkaan pembentuk item dan juga diluar lingkungan pelajaran di kelas yang diikutinya.

4. Kurangnya perhatian yang diberi di peringkat pembentukan item dan skema pemarkahan akan mengakibatkan satu keadaan di mana terlampau banyak jawapan yang betul harus diterima sewaktu pemarkahan. Ini akan menjejas matlamat ujian itu diadakan – misalannya, item yang dijangkakan mencabar akhirnya menjadi mudah. 5. Pemarkah-pemarkah mestilah yang berkelayakkan, sebab mereka mesti boleh menilai jawapan yang diberi yang

berbeza-beza dari satu calon ke satu calon yang lain.

6. Skema pemarkahan bagi item subjektif mesti disiapkan secara serentak dengan pembentukan item tetapi besar kemungkinan disemak balik dan terus dihalusi meskipun sesudah calon-calon menduduki ujian itu.

7. Skema pemarkahannya pula merangkumi lebih dari 1 markah, dan ada pula berperingkat-peringkat. Pemarkah-pemarkah mesti memahami apakah bentuk jawapan yang harus diberi markah penuh, 5 misalannya, yang bagaimana diberi markah 4 dan seterusnya, hingga ke markah 0. Keterangan-keterangan umum dan khusus (generic & specific marking schemes) begini baik diberi sebagai panduan untuk pemarkah. Jikalau skema pemarkahan bagi item sabjektif jelas dan tidak mengakibatkan kekeliruan, tahap kebolehpercayaan sesuatu ujian itu tinggi, dan mutu ujian itu pun tinngi.

(2)

8. Cara membentuk item-item subjektif juga ada teknik-teknik tertentu dan ini akan dihuraikan dengan lebih terperinci. Perhatian juga akan diberi pada cara menyiapkan skema pemarkahan khusus untuk item subjektif. Contoh-contoh item dan skema pemarkahan yang baik dan yang lemah akan diberi, diikuti dengan latihan praktikalnya.

Panduan Am

1. Elakkan daripada menguji perkara yang remeh, tidak penting dan hanya memerlukan calon menunjukkan keupayaan menghafal fakta-fakta semata-mata, malah harus menguji kemahiran kognitif yang lebih tinggi 2. Biar jelas apakah cabang pengetahuan (topik) yang hendak diuji

3. Gunakan peringkat bahasa dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi kebanyakkan calon di peringkat umur itu 4. Item biarlah ringkas tetapi cukup panduan untuk calon memberi jawapan yang diminta

5. Elakkan daripada menggunakan perkataan/ungkapan yang samar-samar seperti, “agak-agak”, “biasa”, “lebih kurang” dsbnya.

Beberapa Bentuk Item Subjektif

1) Jawapan Pendek

1. Maksud item itu mesti jelas, misalannya meminta calon memberi erti perkataan, contoh, sebab, dsbnya.

2. Sertakan markah yang akan diberi sebagai panduan kepada calon tentang banyaknya butiran yang harus ada dalam jawapan itu.

Contoh-contoh item

Selesaikan setiap ungkapan di bawah ini dengan betul. (a) Ulul-Azmi ertinya ______________________________. (2 markah) [() Ulul-Azmi _________________________________.] (b) Al-Quran adalah satu contoh mukjizat yang diturunkan dengan terutusnya Nabi Muhammad s.a.w. Satu lagi contoh mukjizat yang diberi kepada seorang lagi Rasul ialah

_______________________________________________. (2 markah)

(3)

2)“Cloze”

1. Item bentuk ini adalah satu variasi “cloze” tetapi sudah diubah suai. Ia mengandungi tempat-tempat kosong di dalam konteks satu petikan.

2. Calon-calon mengisi tempat-tempat kosong ini dengan jawapan yang mereka fikirkan sendiri.

3. Tidak ada tempat kosong dalam ayat-ayat pertama dan terakhir

4. Dalam bentuk asalnya, perkataan yang dikosongkan adalah mengikut bilangan yang tetap, misalannya, tiap-tiap perkataan yang kedelapan akan dikosongkan. Ini digunakan dalam ujian bahasa, iaitu, dalam menguji kefahaman global, di mana apa sahaja jenis perkataan boleh dikosongkan, asalkan ia adalah perkataan yang kedelapan.

5. Bentuk item ini boleh diubahsuai supaya hanya perkataan-perkataan tertentu sahaja yang dikosongkan, misalannya, hanya katanama sahaja, kalau aspek itu yang hendak diuji. 6. Untuk pelajaran agama, ia boleh diubahsuaikan untuk

menguji pengetahuan dalam sesuatu topik, terutama sekali dalam penilaian “fomatif” atau pembentukan.

(c) Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Isikan tempat-tempat kosong dengan perkataan-perkataan yang sesuai. Isikan satu tempat kosong dengan satu perkataan sahaja.

( 6 markah)

Salah satu sembahyang sunat ialah sembahyang sunat Tarawih. Ia adalah sembahyang malam yang dikerjakan pada bulan (1)___________. Sembahyang ini hukumnya Sunat (2)___________. Ia boleh dikerjakan secara sendiri atau (3)___________.

Sembahyang Tawarih ini dilakukan sesudah sembahyang fardhu (4)___________ hingga waktu fajar. Bilangan rakaatnya ialah (5)___________ rakaat. Umar bin Khattab mengerjakan sampai dua (6)___________ rakaat. Amalan Umar bin Khattab ini disepakati oleh Ijmak.

(4)

3) Item Berstruktur

1. Item bentuk ini ialah item yang terbahagi kepada beberapa bahagian, yang ada kaitan yang longgar antara satu dengan yang lain.

2. Bahagian-bahagian itu seharusnya boleh berdiri dengan sendiri. Ertinya, calon tidak harus mendapat jawab satu bahagian dengan betul untuk mendapat jawapan yang betul bagi bahagian yang lain.

(d)

(i)Apakah erti hukum makruh? (2 markah)

( )(ii)Sebutkan 3 perkara yang makruh dalam wudhu. (3 markah)

(✓) (ii) Terangkan faedahnya kalau kita tahu hukum tiap- tiap perbuatan dalam wudhu. (3 markah)

4) Item Esei

1. Sesuai untuk menguji kemahiran kognitif yang lebih tinggi daripada kemahiran mengingat kembali dan kefahaman sahaja 2. Mesti jelas apakah skop jawapan yang dimaksudkan

3. Sebaik-baiknya, gunakan untuk menguji kemahiran kognitif seperti aplikasi dan penilaian.

4. Calon di peringkat sekolah rendah mungkin belum mampu menjawab item esei (untuk “content subjects”) yang memerlukan kemahiran pemilihan fakta relevan dan kemahiran analisis serta sintesis dalam menulis jawapan panjang.

5. Kalau calon diberi pilihan, pastikan yang item-item itu sama taraf dari segi cabarannya.

6. Soalan boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian untuk memberi calon panduan tentang struktur esei dan jawapan yang dimaksudkan. Namun jawapan tetap dalam bentuk satu esei.

(e) (?) Terangkan dengan ringkas mengenai kandungan Al- Quran.

(10 markah) (f) Terangkan pentingnya setiap orang Islam mempelajari Al-Quran dalam aspek-aspek berikut:

a) mengenal huruf dan bacaan tajwidnya

b) memahami maksud isi yang terkandung

(10 markah) (g) Jelaskan ciri-ciri akhlak orang Mukmin yang dapat dibentuk menerusi ibadat-ibadat rukun Islam.

(5)

5) Ujian Lisan Item

1. Boleh dijalankan sebagai ujian tambahan untuk mengambil kira calon yang mungkin lebih selesa bercakap dari menulis

2. Boleh dijalankan untuk meyakinkan guru tentang prestasi calon-calon tertentu yang berada di sempadan antara 2 grade

3. Mestilah jelas kemahiran apakah yang hendak diuji dan samaada ia sejajar dengan tujuan pembelajaran

4. Kalau 2 set item digunakan, pastikan yang kedua-duanya setaraf dalam memberi cabaran yang sama

5. Ayat-ayat yang digunakan dalam item mestilah tidak terlalu panjang atau kompleks

6. Boleh berbentuk soal-jawab atau perbualan Pentadbiran Ujian Lisan

1. Sebaik-baiknya ada dua orang pemeriksa untuk menjalankan ujian dan menilai kelakonan seorang calon, tetapi seorang sahaja yang menyoal

2. Kalau item dipecahkan kepada beberapa bahagian, tanya satu item dan beri calon peluang untuk menjawabnya sebelum menanyakan bahagian seterusnya. Ini ialah kerana calon hanya bergantung pada apa yang diperdengarkan sahaja.

(h)

(i) Nyatakan siapakah yang wajib bersolat Jumaat. (1 markah)

(ii) Beri syarat-syarat wajibnya. (2 markah) (iii) Keadaan bagaimankah yang

menggugurkan kewajipan ini? (2 markah)

(i) Seorang hamba Allah berkata, “Dengan berusaha, kita pasti berjaya.”

Apakah pandangan Islam terhadap pendapat ini?

(6)

3. Pemeriksa mestilah bersedia untuk mengubahsuaikan item supaya calon boleh faham – tidak semestinya membaca sahaja apa yang sudah tersedia. Namun, pemeriksa mesti berlaku adil dengan semua calon dengan tidak memberi lebih atau kurang maklumat dari sepatutnya.

4. Calon mesti diberitahu bahawa tidak salah kalau dia ingin item diulang.

5. Kalau calon akan diberi gambar atau sepotong karangan untuk dibaca, beri masa untuk calon memerhatikannya sebagai persediaan sebelum disoal.

6) Ujian Amali Item

1. Ujian bentuk ini mencerminkan, seberapa boleh, kemahiran dalam bentuk amalan, yang berkaitan dengan sesuatu pelajaran, bukan hanya semata-mata untuk tujuan ujian.

2. Ujian pelajaran agama yang dikatogerikan sebagai ujian lisan, seperti membaca doa dan Al-Quran, samaada dihafal atau tidak, mengucap syahadah, memberi syarahan (untuk melatih pendakwah) boleh dianggap ujian amali juga.

3. Perkara-perkara rukun yang boleh dilihat dalam bentuk perbuatan dan bacaan, seperti solat, boleh diuji dalam bentuk ini.

4. Pastikan yang tugas yang calon harus lakukan itu jelas.

(j) Bacakan doa Iftitah dengan jelas. Kamu akan dinilai dari segi sebutan huruf dan tajwid.

(7)

Pentadbiran Ujian Amali

1. Penilaian dibuat oleh pemeriksa yang tidak mengenali calon, kalau dapat. (untuk ujian “high stakes”)

2. Adakan 2 orang atau lebih pemeriksa untuk menilai satu calon

(k) Kamu dikehendakki menunjukkan cara mendirikan solat Maghrib. Lakukan semua yang patut dilakukan, termasuk kesemua bacaannya sekali.

Kamu akan dinilai dari segi: a) rukun fi’li dan tertib (7 markah)

b) bacaan kuat Surah AlFatihah (6 markah)

c) bacaan kuat dua lagi Surah pilihan kamu dalam solat itu. (12 markah)

(8)

Skema Pemarkahan Untuk Bentuk Item-Item Subjektif (Item Jawapan Pendek, Cloze, Item Berstruktur dan Esei) Panduan Umum

a) Skema pemarkahan item-item subjektif beranika bentuk. Tiap-tiap jenis bentuk item memerlukan bentuk skema pemarkahan yang berbeza dari satu dengan yang lain.

b) Ada 2 jenis skema pemarkahan bagi tiap-tiap bentuk item subjektif. Pertama ialah yang bercorak umum (“generic”). Yang kedua ialah yang berbentuk khusus (“specific”).

c) Skema pemarkahan yang bercorak umum boleh dibuat panduan bagi guru untuk kegunaan dalam bilik darjah atau untuk melatih murid sebelum menduduki ujian sebab ia tidak berubah-ubah. Ia tentu juga boleh digunakan sebagai panduan bagi guru-guru yang diberi tugas membentuk kertas item ujian.

d) Skema pemarkahan yang bercorak khusus hanya untuk kegunaan satu-satu ujian sahaja. Skema ini disiapkan seiring dengan pembentukan item-item untuk ujian dan mungkin perlu dihalusi lagi setelah melihat jawapan-jawapan yang calon beri sebelum ianya digunakan untuk memeriksa kertas jawapan.

e) Dalam pengetahuan agama, ilmu yang ditimba oleh calon-calon tidak terbatas kepada pelajaran yang diterima di dalam kelas sahaja, malah menrangkumi pengajaran informal yang diterima di rumah dan tempat lain. Oleh kerana itu, dalam menyiapkan skema pemarkahan bagi pelajaran agama, faktor ini mesti diambil kira.

f) Harus juga membuat keputusan dari awal tentang tindakan yang sepatutnya diambil atas kesilapan-kesilapan bahasa seperti ejaan, nahu dan sebagainya. Ini untuk matapelajaran selain bahasa, iaitu matapelajaran “content” seperti agama, sejarah, sains dll.

(9)

g) Contoh Skema Pemarkahan Untuk Item Jawapan Pendek

Skema Pemarkahan Umum Markah

2 Jawapan penuh yang menyebutkan 2 perkara 1 Jawapan yang menyebutkan 1 perkara

0 Jawapan salah

Kesilapan ejaan dan struktur bahasa tidak diambil kira

Item Skema Pemarkahan Khusus Untuk Item-item Contoh (a) dan (b)

2 markah 1 markah ‘0’

(a) Mempunyai keazaman yang kuat serta kesabaran

Mempunyai keazaman yang kuat atau

Mempunyai kesabaran

Mempunyai mukjizat

(b)

Tongkat yang boleh menjadi ular yang diberi kepada Nabi Musa a.s.

(Terima jawapan yang menyebut nama Nabi - 1 markah - dan mukjizat yang kena mengena dengannya – 1 markah)

Nabi Musa a.s. Atau

Tongkat boleh menjadi ular

(10)

f) Contoh Skema Pemarkahan Untuk Cloze

Markah Skema Pemarkahan Umum 1 Jawapan betul

0 Jawapan salah

Kesilapan ringan dalam ejaan tidak diambil kira

Markah

Skema Pemarkahan Khusus Untuk Contoh Item (c)

1 markah ‘0’

Jawapan

(1) Ramadhan, Puasa September (2) Muakkad mesti (3) (ber)jemaah ramai

(4) Isya’ Witir

(5) lapan sebelas

(11)

(g) Contoh Skema Pemarkahan Untuk Item Berstruktur

Skema Pemarkahan Umum Markah

5 Jawapan penuh - menyebutkan 5 perkara 4 Menyebutkan 4 perkara

3 Menyebutkan 3 perkara 2 Menyebutkan 2 perkara 1 Menyebutkan 1 perkara 0 Jawapan salah

Kesilapan ejaan dan struktur bahasa tidak diambil kira

Item Skema Pemarkahan Khusus Untuk Item Contoh (f)

3 markah 2 markah 1 markah ‘0’

(i) ____ Melakukan tidak berdosa dan meninggalkan dapat pahala (1 dari 2 perkara yang digaris disebutkan) (Lain-lain jawapan) Berdosa kalau melakukannya (ii)

Kita tahu yang mana wajib dan yang mana boleh ditinggalkan(1) dalam waktu kekurangan air(1), kesuntukan masa(1) (2 dari 3 perkara yang digaris disebutkan) (1 dari 3 perkara yang digaris disebutkan) (Lain-lain jawapan misalannya,) Boleh buat cepat-cepat

(12)

(h) Contoh Skema Pemarkahan Untuk Item Esei

(i) Dalam ujian bahasa, tumpuan skema pemarkahan dan pemeriksa adalah pada kemahiran menulis dan isi. Pemarkahan akan dibahagi dua – satu untuk Bahasa dan satu lagi untuk Isi.

(ii) Sebaliknya, ujian yang menguji matapelajaran yang mengandungi “content” /isian seperti pengetahuan agama, sejarah dsbnya, tumpuan adalah pada ketepatan isi dan kurang pada kemahiran menulis dengan struktur yang betul.

(iii) Walau bagaimanapun, ujian berbentuk esei memerlukan calon untuk menggunakan kemahiran menulis untuk menyampaikan isi. Dengan sendirinya, jawapan seseorang calon itu jadi tidak lengkap bersebabkan penguasaan bahasa yang lemah. Jadi tidak perlulah diadakan pemarkahan yang memisahkan antara Isi dan Bahasa atau Penyampaian.

Skema Pemarkahan Umum Bagi Subjek Content/Isian

Markah Ciri – Ciri Jawapan

9 – 10 Lengkap, walaupun mengandungi sedikit kesamaran dan yang tidak menjejas jawapan pada keseluruhannya; Persembahan teratur dan memudahkan membaca, seperti berperenggan dsbnya 7 – 8 Hampir lengkap, dan mengandungi sedikit kesamaran dan yang tidak menjejas jawapan pada

keseluruhannya; Persembahan pada keseluruhannya teratur

5 – 6 Relevan tetapi kurang lengkap, dan mengandungi kesamaran yang menjejas jawapan pada keseluruhannya; Persembahan kurang teratur tetapi masih dapat diikuti

3 – 4 Relevan tetapi mengandungi fakta yang kurang tepat dan kesamaran yang menjejas jawapan pada keseluruhannya; Persembahan tidak teratur, susah untuk mengikutinya

0 – 2

Sedikit atau tiada fakta yang relevan atau mengandungi banyak fakta yang tidak tepat. Unsur kesamaran menjejas jawapan keseluruhannya; Jawapan mungkin terlalu pendek dan persembahan kucar-kacir

(13)

Skema Pemarkahan Khusus Untuk Item Contoh (g)

Item Isi yang Dijangkakan

(g) Terangkan ciri-ciri keperibadian orang Mukmin yang dapat dibentuk menerusi ibadat-ibadat rukun Islam.

(20 markah)

Jawapan harus memberi senarai rukun Islam yang lima.

Tiap-tiap rukun mesti dikaitkan dengan keperibadian yang relevan:

Syahadah – rasa pengabdian pada Allah, taat pada rasul, ikrar sebagai dorongan mengikut perintah agama dan meninggalkan yang dicegah

Solat – mengukuhkan iman, sifat syukur, wuduk – sifat pembersih, 5 waktu – menjaga, mengatur waktu, bacaan Surah/doa sifat

mengharapkan pertolongan Allah

Zakat – rajin berusaha, tidak tamak pada harta, sifat simpati, menolong orang susah, menyumbang pada masyarakat,

Puasa – kesabaran, mendisiplin hawa nafsu, merasa penderitaan orang kelaparan, kehausan, menolong orang susah, menyumbang pada masyarakat

Haji - kesabaran, pengabdian pada Allah, menyingkap sejarah Nabi-nabi Ibrahim, Ismail – rasa penyatuan sejagat dari masa silam hingga ke hari ini dan dengan manusia Muslim seluruh dunia

(14)

(i) Contoh Skema Pemarkahan untuk Ujian Lisan

(i) Dalam ujian bahasa, tumpuan skema pemarkahan dan pemeriksa adalah lebih pada kefasihan bercakap (“fluency”) dan kurang kepada ketepatan isi (“accuracy”).

(ii) Sebaliknya, dalam ujian yang menguji matapelajaran yang mengandungi “content” /isi seperti pengetahuan agama, tumpuan adalah pada ketepatan isi dan bukan pada kefasihan bercakap (kecuali ujian bersyarah). (iii) Walau bagaimanapun, ujian lisan memerlukan calon untuk menggunakan kemahiran bertutur untuk dapat

difaham oleh pemeriksa. Jika pertuturan calon tidak dapat difaham, isi yang hendak disampaikan tidak berjaya disampaikan. Jadi tidak perlulah diadakan pemarkahan yang memisahkan antara Isi dan Bahasa atau Penyampaian.

(iv) Skema pemarkahan hendaklah memberi cukup panduan bagi pemeriksa-pemeriksa, memandangkan bahawa ujian lisan adalah sangat subjektif dan berlaku secara “live” dan tidak boleh diulangi.

Skema Pemarkahan Umum Bagi Subjek Content/Isian Skema Pemarkahan Khusus Untuk Contoh Item (i)

Markah Ciri – Ciri Jawapan

Jawapan Yang Lengkap:

Calon mesti menerangkan konsep menyebut “insyaAllah” apabila membuat rancangan, konsep sunatullah dan takdir ;

Tidak boleh mengharapkan kejayaan tanpa usaha, tetapi tidak semestinya berjaya setelah berusaha, sebab ini bergantung kepada takdir Allah.

9 – 10 Jawapan yang lengkap, walaupun mengandungi sedikit kesamaran dan yang tidak menjejas jawapan pada keseluruhannya

7 – 8 Jawapan yang hampir lengkap, dan mengandungi sedikit kesamaran dan yang tidak menjejas jawapan pada keseluruhannya

5 – 6 Jawapan yang kurang lengkap, dan/ataupun mengandungi kesamaran yang menjejas jawapan pada keseluruhannya

3 – 4 Jawapan yang kurang lengkap, dan mengandungi kesamaran dan kesalahan fakta yang menjejas jawapan pada keseluruhannya

0 – 2

Jawapan yang mengandungi sedikit atau tiada fakta yang relevan atau mengandungi banyak kesalahan fakta dan kesamaran sehingga menjejas jawapan keseluruhannya

(15)

(j) Contoh Skema Pemarkahan untuk Ujian Amali

a) Ujian ini dianggap oleh pengkaji penilaian sebagai yang paling tulen. Tetapi, ia memerlukan perancangan terperinci, masa pentadbiran yang lama dan tenaga pemeriksa yang ramai. Dalam rancangan untuk membentuk ujian amali, penting sekali untuk melakar skema pemarkahan dengan terperinci. Skema khusus ini baik kalau dilakar dalam bentuk “checklist”/senarai semak seperti di bawah, untuk menjimatkan masa waktu pemeriksa menjalankan pemerhatian dan sekaligus memberi markah.

b) Contoh dua bentuk Skema Pemarkahan diberi di bawah ini, iaitu yang berbentuk “checklist” dan yang berbentuk “rating scale”/skala pangkat. Kedua-dua bentuk skema ini boleh dianggap sebagai umum, hanya diubah butiran-butirannya.

Skema Pemarkahan “Checklist” Untuk Ujian Amali (k) a) di atas Rukun Fi’li (7 markah) Letakkan tanda jika

perbuatan itu dibuat dengan sempurna

Catatan Pemeriksa

Berdiri

Rukuk serta tuma’ninah Iktidal serta tuma’ninah

Sujud dua kali serta tuma’ninah

Duduk antara dua sujud serta tuma’ninah Duduk tasyahud akhir

Tertib

(16)

Contoh Skema Pemarkahan “Rating Scale” Untuk Ujian Amali (k) b) &c) di atas

Arahan Untuk Pemeriksa: Bulatkan markah yang diberi di dalam kotak yang disediakan serta jumlahkan.

Mengandungi terlalu banyak kesalahan Mengandungi kesalahan yang sederhana banyaknya atau baik sebutannya tetapi kurang lancar

Bacaan yang baik sebutannya, lancar dan tiada kesalahan

Catatan Pemeriksa

Bacaan Surah Al-Faatihah 0 1 2 3 4 5 6

Bacaan Surah l 0 1 2 3 4 5 6

Bacaan Surah ll 0 1 2 3 4 5 6

(17)

Penggunaan Item-item Bentuk Subjektif Dalam Penilaian “Sumatif” dan “Fomatif”

1. Berbanding dengan item-item berbentuk objektif, item-item subjektif dianggap lebih mencabar. Item-item jenis ini berupaya menguji taraf pengetahuan dalam satu-satu matapelajaran dan sekaligus proses pemikiran calon itu. Dalam memberi jawapan, calon dikehendaki memberi jawapan sendiri disamping menunjukkan keupayaan menggunakan kemahiran-kemahiran berfikir seperti aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Ini salah satu sebab mengapa item-item subjektif berpotensi untuk memberi taraf kesahan yang tinggi bagi satu-satu ujian. Untuk penilaian sumatif, ini adalah faktor positif sebab kelakonan calon memberi gambaran yang sebenar tentang tahap ilmunya.

2. Sebaliknya pula, item-item subjektif mungkin lebih berkemungkinan mempunyai taraf kebolehpercayaan yang rendah, sekiranya item-itemnya tidak dibentuk dengan baik yang mana terlalu banyak jawapan yang boleh diterima. Item-item subjektif juga terdedah kepada sistem pemarkahan yang lemah, terutama sekali bersebab daripada pemarkah yang tidak menggunakan ukurtara yang sama akibat intepretasi yang berbeza-beza atau atas sebab keletihan. Faktor-faktor ini juga menjejas taraf kebolehpercayaan sesuatu ujian sumatif.

3. Satu lagi kelemahan dalam penggunaan item-item subjektif juga ialah bilangan topik-topik yang boleh diuji dalam satu jangkamasa agak terbatas, tidak seperti item-item objektif.

4. Walaubagaimanapun, untuk penilaian fomatif, jawapan-jawapan kepada item-item subjektif dapat memberi

gambaran yang baik tentang tahap yang sudah dicapai murid. Ini dapat memberi maklumbalas kepada guru dalam melakar langkah-langkah pemulihan.

5. Dalam penggunaannya dalam penilaian fomatif, item subjektif hendaklah dilakar menggunakan rujukan kriteria supaya kelemahan/kekuatan murid dapat dikenal pasti.

6. Jawapan-jawapan yang murid-murid beri mempunyai banyak skop untuk dijadikan bahan perbincangan dalam darjah.

(18)

Untuk difikirkan

Huraikan kebaikan-kebaikan dan kelemahan-kelemahan yang berkaitan dengan penggunaan item-item subjektif di dalam satu-satu ujian. Beri pertimbangan dari segi kesahan, kebolehpercayaan, kesan pada pembelajaran dan pengajaran, dan sebagainya.

Bahan Rujukan

Mok Soon Sang Penilaian, Pemulihan dan Pengayaan dalam Pendidikan Kumpulan Budiman Sdn Bhd Selangor Darul Ihsan, 1994.

Referensi

Dokumen terkait

Pelaksanaan rekapitulasi penghitungan suara Pemilihan Gubernur dan Wakil Gubernur/Bupati dan Wakil Bupati/Wali Kota dan Wakil wali Kota*).. disaksikan oleh Saksi

Pada penelitian ini terdapat batasan berdasarkan sumber daya yang dibutuhkan oleh perusahaan untuk memproduksi Produk A dan B, yaitu terletak pada bahan baku,  jam kerja

Agar hasil deteksi radar dapat digunakan untuk proses analisis lebih lanjut, maka diperlukan sebuah metode untuk mengkonversi data plot- plot tersebut menjadi track ,

Kulit Bisa menyebabkan iritasi kulit pada orang yang rentan. Penghirupan Bisa menyebabkan sensitisasi

Adapun untuk meningkatkan mutu pelayanan, maka Instalasi Pemeliharaan Sarana Rumah Sakit (IPSRS) sebagai salah satu bagian penunjang pelayanan yang mempunyai bidang

Hal ini disebabkan oleh bahan baku yang digunakan dimana kertas seni dari serat Abaca menggunakan bahan yang sudah berbentuk serat, sedangkan kertas seni dari batang pisang

Hasil penelitian tidak didapatkan perbedaan yang bermakna antara IMT sebelum dan sesudah mendapatkan terapi neoadjuvant yang dapat diartikan bahwa terapi

Gambar 6 di kedalaman (75-100 m), obyek yang relatif paling banyak muncul berada di bagian tengah Teluk Bone yang obyek berukuran kecil relatif lebih bayak