• Tidak ada hasil yang ditemukan

panduan pengajaran PJ tahun 4.pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "panduan pengajaran PJ tahun 4.pdf"

Copied!
216
0
0

Teks penuh

(1)
(2)
(3)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

PANDUAN PENGAJARAN

PENDIDIKAN JASMANI

TAHUN EMPAT

Terbitan

Bahagian Pembangunan Kurikulum

(4)

Diusahakan oleh

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

Cetakan Pertama 2013

@Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Panduan pengajaran pendidikan jasmani. Tahun 4

ISBN 978-967-420-014-5

Physical education and training—Study and teaching (Primary). I. Malaysia. Kementerian Pelajaran. Bahagian Pembangunan Kurikulum. 372.86043

(5)

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :-

• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

• KELUHURAN PERLEMBAGAAN

• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

 KESOPANAN DAN KESUSILAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini bertujuan melahirkan warganegara Malaysia yang

berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

(6)
(7)

Penasihat

Dr. Masnah bt. Ali Muda Pengarah

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Penasihat Editor

Pn. Zaidah bt. Mohd Yusoff Ketua Sektor Kesenian dan Kesihatan Bahagian Pembangunan Kurikulum

Tn. Hj. Zamrus bin A. Rahman Ketua Unit Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Editor

Cik Kamariah binti Mohd Yassin Bahagian Pembangunan Kurikulum En. Nawi bin Razali Bahagian Pembangunan Kurikulum

Penasihat Kandungan Kurikulum Pendidikan Jasmani

Prof. Madya Dr. Mohd Khairi bin Zawi Universiti Kebangsaan Malaysia Dr. Kok Lian Yee Universiti Putra Malaysia

Dr. Nelfianty bt. Mohd Rashid Universiti Pendidikan Sultan Idris

Gimnastik Asas

Tn. Syed Muhd Kamal bin. S.A Bakar IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor En. Poniran bin Salamon IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor En. Ramli bin Ismail SK Peteri Jaya, Kota Tinggi, Johor

En. Narsri bin Omar Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Johor

Pergerakan Berirama

Pn. Kok Mong Lin IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur En. Mohd Fakri bin Mohd Nor SK Bangsar, Kuala Lumpur

Pn. Siti Fatimah binti Chin SK Bukit Jalil, Kuala Lumpur Pn. Rohayati bin Ab. Rahman SK Morib, Selangor

Kemahiran Kategori Serangan

En. Azhar bin Ariffin IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang En. Kamaluddin bin Mokri IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor En. Ooi Eng Hooi SKJC Pa Yai, Kluang, Johor

,

Kemahiran Kategori Jaring

En. Ahmad Rodzli bin Hashim IPG Kampus Batu Lintang, Sarawak Dr. Ang Kean Koo SK Kajang Utama, Kajang, Selangor En. Mohd Zaid bin Mohd Yussof SK Merlimau 1, Melaka

(8)

Kemahiran Kategori Memadang

En. Chia Chiow Ming IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur En. Zairi bin Hussain IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor En. Shamsul Bahri bin Ismail IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur En. Rohaizat bin Abd Gani SK Seri Timbul, Batu Pahat, Johor

Renang

En. Nawi bin Razali Bahagian Pembangunan Kurikulum Pn. Lim Yit Bin Sekolah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang

En. Masran bin Mohamed SMK Padang Temu, Melaka

Rekreasi dan Kesenggangan

Pn. Faradilla binti Mohamed @ Mohd. SK Tasek Utara, Johor Bahru, Johor Badri

Pn. Saodah binti Samad SK Peserai, Batu Pahat, Johor En. Muhamad Saufe bin Abu Samah SK Seri Kota Puteri 4, masai, Johor

Olahraga Asas

En. Gopal a/l Rahman SMK Bandar Puchong Permai, Selangor En. Chia Chiow Ming IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur En. Shamsul Bahri bin Ismail IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur

Kecergasan

En. Mohamad Yunus Bin Ibrahim IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Terengganu En. Gopal a/l Rahman SMK Bandar Puchong Permai, Selangor En. Dzul Azri bin Md Yunos SK Taman Permata, Kuala Lumpur En. Mohd Fakri bin Mohd Nor SK Bangsar, Kuala Lumpur

En. Abd. Razak bin Sulaiman SMK Seri Indah, Serdang, Selangor Ilustrator

En. Ahmad Shaker bin Abd. Majeed SMK Ayer Hangat, Langkawi, Kedah En. Umar Radzi bin Bahari SMK Bandar Sungai Petani, Kedah En. Mohd Asri bin Mohd Zain SMK Dato’ Syed Ahmad, Kedah En. Samani bin Mashudi SMK Sungai Kerang, Pontian, Johor En. Mohd Yusof bin Aziz SMK Sik, Kedah

Pn. Nur Shuzaliza Ahmad Shupli Bahagian Pembangunan Kurikulum

Panel Muzik yang menyediakan CD Dunia Muzik KSSR

En. Bakhtiar bin Mohd Salleh Unit Pendidikan Muzik

Bahagian Pembangunan Kurikulum Cik Faridah binti Ramly Unit Pendidikan Muzik

(9)

Bahagian Pembangunan Kurikulum juga merakamkan ribuan terima kasih kepada semua panel yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyediakan Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun Empat.

 Panel Pemurnian Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 4.

 Guru-guru Pendidikan Jasmani Tahun Empat di sekolah Rintis KSSR Pendidikan Jasmani Tahun Empat pada tahun 2012.

(10)

Muka Surat

Pendahuluan xiii

MODUL KEMAHIRAN 1

GIMNASTIK ASAS 3

Unit 1 Siapa Lagi Kukuh 5

Unit 2 Dirian Tangan 8

Unit 3 Mari Hambur 12

Unit 4 Gayut dan Ayun 16

Unit 5 Putara Roda 20

PERGERAKAN BERIRAMA 25

Unit 6 Aksi Kreatif Saya 27

Unit 7 Jom Ke Sawah 32

Unit 8 Kembara Hutan 35

Unit 9 Robot Rabat 38

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN 43

KATEGORI SERANGAN 45

Unit 10 Hantar dan Terima Bola 47

Unit 11 Kelecek Ku Hebat 51

Unit 12 Cuba Hadang 54

Unit 13 Memintas 57

(11)

Muka Surat KATEGORI JARING 65

Unit 15 Servisku Mengena 67

Unit 16 Terima Servis 71

Unit 17 Gerak Kaki Ke Pelbagai Arah 74

Unit 18 Pukulan Pepat 77

Unit 19 Pukulan Kilas 80

Unit 20 Mengumpan Bola 84

KATEGORI MEMADANG 87 Unit 21 Membaling dengan Tangan Lurus 89

Unit 22 Pukul dan Lari 92

Unit 23 Menahan Bola 96

Unit 24 Baling dan Tangkap Bola Sisi 100

OLAHRAGA ASAS 105

Unit 25 Ke Sana dan Ke Sini 107

Unit 26 Berlari Berganti-ganti 111

Unit 27 Mari Melompat 114

Unit 28 Cabaran Melompat 118

Unit 29 Melontar 121

(12)

Muka Surat

AKUATIK ASAS 129

Unit 31 Reaching Rescue 131

Unit 32 Pergerakan Tangan Kuak Rangkak 134

Unit 33 Pergerakan Kaki Kuak Rangkak 138

Unit 34 Pernafasan Kuak Rangkak 141

REKREASI DAN KESENGGANGAN 145

Unit 35 Khemah Pasang Siap 147

Unit 36 Pandu Arah 151

Unit 37 Ting Ting Gula Batu 156

Unit 38 Laga Ayam 160

KECERGASAN 163

Unit 39 Nadi Saya 165

Unit 40 Tingkatkan Kecergasanku 169

Unit 41 Pelbagai Gaya Aerobik 173

Unit 42 Bergerak Untuk Jantung 176

Unit 43 Saya Boleh Melentur 180

Unit 44 Regang Supaya Lentur 184

Unit 45 Kuat dan Tahan 188

Unit 46 Kad Daya Tahan dan Kekuatan Otot 192

(13)

Buku Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun Empat ini dihasilkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Penghasilan buku ini melibatkan pensyarah-pensyarah universiti, Institut Pendidikan Guru Malaysia dan guru-guru yang telah menyumbang idea dan kepakaran dalam bidang masing-masing.

Buku ini bertujuan membantu guru Pendidikan Jasmani mengajar mata pelajaran ini. Panduan pengajaran ini menterjemah dan memperincikan kandungan dokumen standard Pendidikan Jasmani dalam pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Bagi standard-standard pembelajaran yang tidak dicakup dalam buku ini, guru-guru hendaklah merancang sendiri pengajaran dan pembelajaran untuk murid.

Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun Empat ini mengandungi 46 unit bagi membantu guru dalam pengajaran Modul Kemahiran dan Modul Kecergasan seperti yang terkandung dalam dokumen standard Pendidikan Jasmani Tahun Empat. Terdapat unit-unit pengajaran yang menggunakan CD lagu Dunia Muzik KSSR Tahun 1 hingga Tahun 3 untuk melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.

Aktiviti yang terdapat dalam setiap unit pengajaran menjurus kepada

pencapaian standard pembelajaran. Aktiviti dalam setiap unit disusun secara ansur maju mengikut turutan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Cadangan aktiviti dalam panduan pengajaran juga menerapkan elemen merentas kurikulum dan pendekatan Teaching Game for Understanding (TGfU). Guru-guru perlu

merangsang murid dengan mengemukakan pertanyaan yang membolehkan murid berfikir pada aras tinggi, menaakul, dan membuat keputusan semasa mempelajari sesuatu

kemahiran. Terdapat juga unit-unit yang menjurus kepada pendekatan strategi pembelajaran masteri.

Guru digalakkan menggunakan kreativiti dan inovasi dalam mengubah suai serta menambah baik aktiviti panduan pengajaran mengikut kesesuaian situasi, tempat dan kebolehan murid. Pengajaran dan pembelajaran yang terancang dapat membina murid menjadi individu yang cergas, sihat, berkemahiran, berpengetahuan dan

mengamalkan nilai murni dalam melakukan aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup.

Adalah diharapkan Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun Empat ini dapat dimanfaatkan oleh guru-guru yang terlibat secara maksimum untuk

(14)

Berkebolehan melakukan kemahiran hambur dan pendaratan dengan lakuan yang betul.

1.1.1 Melakukan hambur tangan dari tempat tinggi dan mendarat ke tempat rendah.

2.1.1 Mengenal pasti penyerapan daya semasa mendarat dengan kedua-dua belah kaki.

5.1.4 Mematuhi peraturan keselamatan di tempat aktiviti.

1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Berdiri di atas bangku.

3. Melakukan balak tumbang dengan sokongan guru.

4. Ulang aktiviti beberapa kali.

۞ Memanaskan badan. ۞ Penyampaian Standard Pembelajaran ۞ Permainan kecil ۞ Menyejukkan badan ۞ Penilaian pengajaran dan pembelajaran Peti lombol, tilam mendarat

Melakukan Balak Tumbang

1. Rendahkan badan ke hadapan dan kedua-dua belah tangan mencecah bangku dan bahu menolak dengan kuat untuk membantu menghambur badan.

2. Badan ditegakkan dan mendarat (baring) di atas tilam. 3. Pastikan penyokong berada di sisi dan menangkap

bahagian hamstring. 1.Pastikan bangku dilapik dengan tilam. 2.Sentiasa luruskan tangan semasa melakukan balak tumbang untuk mengelakkan kepala terkena bucu bangku.

Fokus pada kemahiran khusus yang hendak dicapai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Standard kandungan dan standard pembelajaran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Turutan langkah-langkah pengajaran dan

pembelajaran PJ yang mesti diikuti.

Cadangan alatan yang digunakan dalam pdp.

Turutan aktiviti mengikut ansur maju.

Langkah keselamatan untuk elakkan kecederaan.

Butir mengajar, teknik atau info.

Mengapakah kamu fleksikan lutut semasa mendarat?

Soalan yang menjurus kepada kemahiran menaakul.

(15)
(16)
(17)
(18)
(19)

Berkebolehan melakukan imbangan dengan pelbagai tapak sokongan dalam kumpulan kecil di atas bangku gimnastik.

1.2.1 Melakukan imbangan dengan pelbagai tapak sokongan dalam kumpulan kecil di atas bangku gimnastik.

2.2.1 Menyatakan perkaitan antara luas tapak sokongan dengan kestabilan.

5.1.5 Mengenal pasti ruang selamat untuk melakukan aktiviti. 5.2.3 Membandingkan tindakan yang selamat dan tindakan yang berisiko semasa melakukan aktiviti yang mencabar.

1. Murid dalam kumpulan kecil.

2. Berdiri sebaris di atas bangku gimnastik.

3. Apabila isyarat diberi, lakukan imbangan pelbagai tapak sokongan dalam kumpulan.

4. Ulang beberapa kali dengan variasi imbangan yang berbeza.

۞ Memanaskan badan. ۞ Penyampaian Standard Pembelajaran ۞ Persembahan ۞ Menyejukkan badan ۞ Penilaian pengajaran dan pembelajaran Bangku gimnastik

Kawal imbangan dan utamakan keselamatan semasa melakukan aktiviti.

1. Mengimbang dengan variasi yang melibatkan pelbagai anggota badan dan dalam pelbagai aras.

2. Anggota badan rakan bersentuhan semasa melakukan imbangan berkumpulan.

(20)

Bagaimanakah kumpulan kamu boleh mengimbang lebih stabil dan lama? 1. Murid dalam kumpulan kecil.

2. Mereka cipta formasi imbangan dalam kumpulan di atas bangku gimnastik. 3. Kumpulan yang berjaya melakukan formasi imbangan yang paling stabil dalam

masa yang ditetapkan dikira sebagai pemenang.

1. Tapak sokongan yang luas dan pusat graviti yang lebih rendah akan meningkatkan kestabilan.

2. Anggota badan rakan bersentuhan semasa melakukan imbangan berkumpulan.

3. Lakukan aktiviti dengan dua aras berbeza dan menggunakan pelbagai anggota badan sebagai tapak sokongan.

4. Kawal dan kekalkan imbangan selama 10 saat.

Kawal imbangan dan utamakan keselamatan semasa melakukan aktiviti.

(21)

Nama : ……… Kelas : ………

Tarikh : ………

1. Tanda (√) pada gambar yang menunjukkan aksi imbangan berkumpulan

yang paling stabil.

2. Jelaskan mengapa gambar aksi imbangan yang kamu pilih itu paling

stabil.

—————————————————————————————————

—————————————————————————————————

B

A

(22)

Berkebolehan melakukan pergerakan yang memerlukan kawalan badan dan sokongan.

1.2.2 Melakukan dirian tangan dengan sokongan.

2.2.1 Menyatakan perkaitan antara luas tapak sokongan dengan kestabilan.

5.1.5 Mengenal pasti ruang selamat untuk melakukan aktiviti. 5.4.1 Melakukan aktiviti secara berpasangan.

1. Secara berpasangan.

2. Murid X melakukan dirian tangan dengan murid Y.

3. Setiap pasangan perlu berjalan dari skital A dengan dirian tangan ke skital B dan tukar peranan.

4. Pasangan pertama yang berjaya kembali semula ke skital A dikira sebagai pemenang.

۞ Memanaskan badan. ۞ Penyampaian Standard Pembelajaran ۞ Persembahan ۞ Menyejukkan badan ۞ Penilaian pengajaran dan pembelajaran Tilam gimnastik dan skital B A Mula / Tamat X Y

(23)

1. Murid secara berpasangan.

2. Berdiri menghadap dinding dengan dirian sebelah kaki di depan.

3. Letak tapak tangan ke lantai dan tendang kaki satu persatu ke dinding.

4. Murid melakukan dirian tangan dengan menyandarkan anggota belakang badan ke dinding selama 5 hingga 10 saat.

Kedua-dua belah tangan dibuka seluas bahu untuk meluaskan tapak sokongan untuk mendapatkan lebih kestabilan.

Tamatkan dirian tangan dengan

menurunkan kaki satu persatu ke lantai.

Bagaimanakah kamu kekalkan keseimbangan semasa melakukan dirian tangan?

(24)

1. Murid secara berpasangan.

2. Letak tapak tangan ke lantai dan kaki satu persatu diletakkan ke atas bahu rakan. 3. Pasangan murid akan membantu menyokong rakan yang sedang melakukan dirian tangan dengan berdiri dan memegang kaki rakan.

4. Lakukan selama 5 hingga 10 saat, kemudian tukar peranan.

1. Murid dalam kumpulan kecil

2. Membuat persembahan dirian tangan dengan sokongan rakan secara berkumpulan.

Borang Pemarkahan

Penyokong hendaklah

menurunkan pelaku sekiranya pelaku tidak berdaya.

Bil. Nama ahli kumpulan Lakukan dirian tangan dengan sokongan [5 markah] Lakukan dirian tangan tanpa sokongan [10 markah] Boleh melakukan dirian tangan lebih 5 saat [5 markah] Jumlah Markah Nama Penilai :……….

(25)

Nama : ……….

Tarikh : ………

Kelas : ………

Tandakan (√) jika kamu boleh melakukan aktiviti berikut:

1. Saya boleh melakukan aktiviti kereta sorong.

2. Saya boleh memegang kaki rakan saya semasa melakukan

aktiviti kereta sorong.

3. Saya boleh melakukan dirian tangan dengan sokongan ke

dinding.

4. Saya boleh melakukan dirian tangan dengan sokongan

rakan.

(26)

Berkebolehan melakukan kemahiran hambur dan pendaratan dengan lakuan yang betul.

1.1.1 Melakukan hambur tangan dari tempat tinggi dan mendarat ke tempat rendah.

2.1.1 Mengenal pasti penyerapan daya semasa mendarat dengan kedua-dua belah kaki.

5.1.4 Mematuhi peraturan keselamatan di tempat aktiviti. 5.2.2 Berkeyakinan untuk melakukan pelbagai pergerakan

berkemahiran.

1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Berdiri di atas bangku.

3. Melakukan balak tumbang dengan sokongan guru. 4. Ulang aktiviti beberapa kali.

۞ Memanaskan badan. ۞ Penyampaian Standard Pembelajaran ۞ Persembahan ۞ Menyejukkan badan ۞ Penilaian pengajaran dan pembelajaran

Peti lombol, tilam mendarat dan bangku gimnastik

Melakukan Balak Tumbang

1. Rendahkan badan ke hadapan dan kedua-dua belah tangan mencecah bangku dan bahu menolak dengan kuat untuk membantu menghambur badan.

2. Badan ditegakkan dan mendarat (baring) di atas tilam. 3. Pastikan penyokong berada di sisi dan menangkap

bahagian hamstring.

4. Lakukan secara ansur maju dengan mula dari tempat rendah.  Pastikan bangku dilapik dengan tilam.  Sentiasa luruskan tangan semasa melakukan balak tumbang untuk mengelakkan kepala terkena bucu bangku.  Pastikan mendarat dengan bahagian badan dan elakkan dari mendarat dengan tengkuk.

(27)

1. Berdiri di atas peti lombol.

2. Melakukan hambur tangan di atas peti lombol dan mendarat di atas tilam. 3. Lakukan bergilir-gilir.

4. Ulang beberapa kali.

1. Rendahkan badan ke hadapan dan apabila kedua-dua belah tangan mencecah peti lombol, ayunkan kaki belakang ke atas dengan kuat (kaki kiri menyusul pergerakan kaki kanan).

2. Lentikkan badan sedikit semasa melakukan hambur tangan untuk memudahkan menghambur.

3. Mendarat dengan lutut fleksi untuk merendahkan pusat graviti bagi mendapatkan kestabilan dan menyerap daya hentakan.

Elakkan murid yang ada kecederaan pada tangan, bahu, pinggang dan tulang belakang melakukan aktiviti ini

Mengapakah kamu fleksikan lutut semasa mendarat?

(28)

1. Murid dalam kumpulan kecil.

2. Murid melakukan hambur tangan di atas peti lombol dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki di atas tilam.

3. Setiap kali kaki bergerak semasa pendaratan akan ditolak 1 markah. 4. Jika gagal mendarat, akan ditolak 5 markah.

5. Kumpulan yang menerima potongan markah yang paling sedikit dikira sebagai pemenang.

Borang Pemarkahan

Nama Kumpulan: ………..

Bil. Nama Ahli Kumpulan Potongan Markah

(29)

Nama : ……… Kelas : ………

Tarikh : ……….

1.

Tanda ( √ ) pada gambar cara pendaratan yang dapat mengelakkan

kecederaan.

2.

Jelaskan mengapa cara yang kamu pilih itu dapat mengelakkan

kecederaan?

—————————————————————————————————————— ——————————————————————————————————————

(30)

Berkebolehan melakukan kemahiran gayut dan ayun dengan lakuan yang betul.

1.3.1 Bergayut dan mengayun pada palang dengan kedua-dua belah tangan menggunakan genggaman atas, bawah, dan campur.

2.3.1 Mengenal pasti genggaman yang sesuai mengikut arah ayunan.

5.1.5 Mengenal pasti ruang selamat untuk melakukan aktiviti.

1. Murid dalam kumpulan kecil.

2. Dua orang murid meletakkan kayu di atas bahu.

3. Murid ketiga akan bergayut menggunakan genggaman bawah. 4. Tukar peranan dan ulang aktiviti beberapa kali.

۞ Memanaskan badan. ۞ Penyampaian Standard Pembelajaran ۞ Persembahan ۞ Menyejukkan badan ۞ Penilaian pengajaran dan pembelajaran Tilam mendarat, kayu atau batang rotan dan palang gayut.

1. Letakkan pelapik atas bahu murid yang mengandar.

2. Saiz murid yang mengandar hendaklah sama besar dan sama tinggi.

(31)

1. 1Genggam palang dengan menggunakan genggaman atas. 2. Gayut dan ayun dengan fleksi lutut, mendarat di atas tilam. 3. Lakukan aktiviti bergilir-gilir.

1. Guru berada di sisi murid. 2. Pastikan tilam gimnastik

diletakkan di bawah palang.

3. Lakukan aktiviti mengikut arahan guru.

1. Lompat dan genggam palang menggunakan genggaman bawah dan mendarat di atas tilam.

2. Ulang aktiviti dengan genggaman atas dan campur.

3. Ulang aktiviti dengan genggaman bawah, atas, dan campur sambil membuat ayunan dan mendarat di atas tilam.

Genggaman yang manakah sesuai untuk kamu mengayun ke depan dan ke belakang. Mengapa?

(32)

1. Murid dalam kumpulan kecil.

2. Setiap murid dalam kumpulan akan melompat dan bergayut menggunakan genggaman bawah, atas, dan campur.

3. Setiap genggaman yang berjaya dilakukan akan diberi satu markah.

4. Kumpulan yang berjaya mendapat mata terbanyak dikira sebagai pemenang.

Genggaman atas

Genggaman campuran

Genggaman bawah

Genggam kemas sebelum membuat ayunan.

1. Mulakan ayunan dengan ekstensikan pinggul.

2. Pastikan murid bergerak beberapa langkah ke palang, melonjak, menggenggam palang dan mengayun.

Nama Ahli Kumpulan Melompat dan bergayut (5 markah) Melakukan genggaman atas, bawah atau campuran (5 markah) Bergayut dan mengayun (5 markah) Jumlah markah Borang Pemarkahan Nota :

(33)

Nama : ……… Kelas : ………

Tarikh : ……….

Tandakan (√) pada gambar aktiviti gayut dan ayun yang betul.

1.

7.

3.

2.

6.

5.

4.

8.

9.

(34)

Berkebolehan melakukan putaran roda.

1.4.1 Melakukan putaran roda. 2.4.1 Mengenal pasti perubahan pusat graviti semasa melakukan

putaran roda.

5.1.5 Mengenal pasti ruang selamat untuk melakukan aktiviti. 5.2.4 Menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti.

1. Murid dalam kumpulan kecil.

2. Lakukan putaran di atas tilam gimnastik. 3. Ulang beberapa kali dengan menukar arah.

4. Ulang dengan melakukan putaran di atas bangku gimnastik.

۞ Memanaskan badan. ۞ Penyampaian Standard Pembelajaran ۞ Persembahan ۞ Menyejukkan badan ۞ Penilaian pengajaran dan pembelajaran Tilam gimnastik dan bangku gimnastik

1. Guru menyokong murid semasa melakukan aktiviti.

2. Guru berada di sisi dan memegang pinggang murid untuk membantu murid membuat putaran.

3. Pusat graviti akan berubah apabila kedudukan tubuh berubah semasa lakukan aktiviti.

(35)

1. Murid dalam kumpulan kecil.

2. Lakukan putaran roda dua kali menggunakan tangan kanan ke hadapan dan kembali dengan dua putaran roda tangan kiri ke hadapan.

3. Ulang lakuan sehingga semua murid melakukannya.

Tangan sentiasa diluruskan semasa melakukan putaran roda.

(36)

1. Murid dalam kumpulan kecil.

2. Murid pertama akan membuat dua putaran roda dan menyentuh tangan murid kedua.

3. Murid kedua akan terus membuat dua putaran roda.

4. Ulang lakuan sehingga murid yang terakhir melakukan putaran roda. 5. Kumpulan yang selesai dahulu dikira pemenang.

 Pastikan kawasan yang selamat.

(37)

Nama : ………

Kelas : ………

Tarikh : ……….

1. Tandakan (√) pada gambarajah putaran roda yang betul.

2. Pilih gambar putaran roda yang menunjukkan perubahan pusat graviti

yang betul.

(38)
(39)
(40)
(41)

Berkebolehan melakukan pelbagai kemahiran pergerakan mengikut irama.

1.5.1 Mereka cipta pergerakan kreatif bertema berdasarkan pergerakan mengikut muzik yang didengar.

1.5.2 Melakukan pergerakan kreatif bertema yang direka cipta mengikut muzik yang didengar.

2.5.1 Mengenal pasti pergerakan yang sesuai dalam pergerakan kreatif bertema mengikut muzik yang didengar.

5.3.2 Mengiktiraf kebolehan dan menerima kekurangan rakan sebaya.

1. Dalam kedudukan statik, lakukan aksi berikut:

 mencangkul seperti petani

 mendayung sampan seperti nelayan

 menebar jala seperti nelayan

 menembak seperti tentera

2. Melakukan aksi tersebut sambil bergerak ke pelbagai arah dan aras tanpa muzik.

3. Meneka pekerjaan berdasarkan pergerakan yang dilakukan.

۞ Memanaskan badan. ۞ Penyampaian Standard Pembelajaran ۞ Persembahan ۞ Menyejukkan badan ۞ Penilaian pengajaran dan pembelajaran CD1 Dunia Muzik Tahun 2; Trek 18 Mari Mencari, Kad rangsangan dan pemain cakera padat.

(42)

1. Melakukan aksi berikut dengan iringan muzik :

a. Berjalan dalam bulatan aksi mencangkul (Kiraan 8 x 2)

b. Double step close kiri kanan aksi mendayung (Kiraan 8)

c. Selang seli dari kanan ke kiri aksi menebar statik (4 kali )

d. Double step close kiri kanan aksi mendayung (Kiraan 8)

e. Selang seli dari kanan ke kiri aksi menebar statik (4 kali ) f. Berjalan dalam bulatan aksi mencangkul (Kiraan 8 x 2) g. Heel toe ke depan dan undur aksi menembak (Kiraan 4) h. Aksi menembak statik selang seli dari kiri ke kanan (Kiraan 8) i. Berjalan dalam bulatan aksi mencangkul (Kiraan 4)

2. Akhiri persembahan dengan gaya (pose) bebas.

Aksi mencangkul Aksi mendayung

(43)

Aksi menembak

Gaya (pose) bebas

Pastikan ada ruang bergerak antara murid supaya tidak berlanggar sesama sendiri.

(44)

1. Dalam kumpulan kecil murid mereka cipta pergerakan kreatif bertema berdasarkan kad rangsangan bertema seperti berikut:

 tema haiwan

 tema kenderaan

 tema sukan

 tema serangga

2. Murid mempersembahkan pergerakan kreatif bertema dengan diiringi muzik.

1. Guru boleh memilih tema lain.

2. Galakkan murid untuk mereka cipta pergerakan mengikut kreativiti masing-masing.

3. Murid boleh memilih pergerakan asas yang melibatkan pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan manipulasi alatan.

4. Semasa persembahan kumpulan, murid lain memberi sokongan dan semangat pada rakan.

5. Guru boleh menggunakan pelbagai jenis kad rangsangan.

Kretiviti dan Inovasi

1. Namakan pergerakan asas yang kamu pilih semasa mereka cipta pergerakan kreatif.

2. Mengapa kamu pilih pergerakan tersebut? 3. Lakarkan formasi pergerakan kumpulan kamu.

(45)

Nama : ……… Kelas : ………

Tarikh : ……….

Tuliskan nama pergerakan dan nama pergerakan asas yang dipilih

semasa mereka cipta pergerakan kreatif bertema.

Tema pergerakan

kreatif

Nama pergerakan

Nama pergerakan

asas yang dipilih

Tema kenderaan

Keretapi bergerak

Mendayung sampan Berjalan perlahan Berjalan dan ayun tangan

Tema haiwan

Tema sukan

Tema serangga

(46)

Berkebolehan mereka cipta pergerakan kreatif dan melakukan pergerakan mengikut muzik yang didengar.

1.5.1 Mereka cipta pergerakan kreatif bertema berdasarkan konsep pergerakan mengikut muzik yang didengar.

2.5.1 Mengenal pasti pergerakan yang sesuai dalam pergerakan kreatif bertema mengikut muzik yang didengar.

5.2.2 Berkeyakinan untuk melakukan pelbagai pergerakan berkemahiran.

1. Dalam kedudukan statik lakukan aksi berikut: a. menanam benih padi

b. menuai padi c. membanting padi d. menampi padi

2. Melakukan aksi tersebut sambil bergerak ke pelbagai arah dan aras tanpa muzik.

3. Meneka pekerjaan berdasarkan aksi pergerakan yang dilakukan.

۞ Memanaskan badan. ۞ Penyampaian Standard Pembelajaran ۞ Persembahan ۞ Menyejukkan badan ۞ Penilaian pengajaran dan pembelajaran CD Dunia Muzik Tahun 2 : Trek 32 Bunyi di Ladang dan pemain cakera padat dan kad rangsangan.

(47)

1. Melakukan pergerakan di bawah mengikut muzik yang didengari: a. Padi ditiup angin.

b. Menanam padi mengikut langkah box step (Kiraan 4 x 4).

c. Menuai padi mengikut langkah mambo– 2 ke kanan (kiraan 8) dan 2 ke kiri (kiraan 8).

d. Membanting padi mengikut langkah step close (kiraan 8). e. Menampi sambil berpusing (kiraan 8).

f. Tamat dengan pose.

1. Guru boleh menggunakan video pekerjaan pertanian sebagai rangsangan. 2. CD lagu boleh diganti muzik lain.

3. Galakkan murid menyediakan props dengan menggunakan bahan kitar semula. 1. Kreativiti dan inovasi

2. Keusahawanan

1. Apakah pekerjaan pertanian yang kamu pilih?

2. Nyatakan keunikan pergerakan yang kamu pilih dalam pekerjaan tersebut? 1. Dalam kumpulan kecil, reka cipta pergerakan kreatif bertemakan pekerjaan

pertanian.

2. Merancang dan mempersembahkan pergerakan kreatif mengikut muzik yang didengar.

(48)

Kelas : ………

Tarikh : ……….

Borang Markah Persembahan

Nota :

Persembahan kumpulan dinilai oleh kumpulan lain. Bil Nama Kumpulan Bergerak Mengikut Tempo Muzik (10 markah) Pergerakan Lokomotor (10 markah) Pergerakan Bukan Lokomotor (10 markah) Kemahiran Manipulasi Alatan (10 markah) Kerjasama dalam Kumpulan (10 markah) Jumlah Markah

(49)

Berkebolehan melakukan kemahiran pergerakan mengikut irama.

1.5.1 Mereka cipta pergerakan kreatif bertema berdasarkan konsep pergerakan mengikut muzik yang didengar.

1.5.2 Melakukan pergerakan kreatif bertema yang direka cipta mengikut muzik yang didengar.

2.5.1 Mengenal pasti pergerakan yang sesuai dalam pergerakan kreatif bertema mengikut muzik yang didengar.

5.4.3 Bekerjasama semasa melakukan aktiviti fizikal.

1. Susun bangku panjang, tali, dan skital di pelbagai tempat atas lantai.

2. Bergerak melepasi bangku panjang seperti melepasi balak. 3. Melonjak melepasi tali seperti melepasi sungai kecil.

4. Bergerak perlahan-lahan di celah skital mengikut laluan zig-zag, melengkung, atau lurus seperti bergerak di celah batu-batan. 5. Melakukan langkah 2 hingga 4 mengikut muzik seperti

mengembara ke hutan. ۞ Memanaskan badan. ۞ Penyampaian Standard Pembelajaran ۞ Persembahan ۞ Menyejukkan badan ۞ Penilaian pengajaran dan pembelajaran Bangku panjang, tali skital, kad gambar, CD 1 Dunia Muzik Tahun 3: Trek 95 Thebavali dan pemain cakera padat.

1. Murid melakukan pergerakan dengan membayangkan berada di dalam hutan.

2. Gabungkan pelbagai pergerakan lokomotor.

3. Gunakan konsep pergerakan yang melibatkan pelbagai laluan, arah, dan aras semasa melakukan aktiviti.

(50)

1. Murid dalam kumpulan kecil.

2. Setiap kumpulan diberi satu set kad gambar suasana di hutan.

3. Murid dalam kumpulan memilih sekeping kad dan melakukan pergerakan yang mewakili objek yang terdapat dalam kad.

4. Bergerak mengikut muzik.

1. Gabungkan pelbagai pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. 2. Gunakan konsep pergerakan yang

melibatkan pelbagai laluan, arah, daya, dan aras semasa melakukan aktiviti.

1. Apakah objek yang terdapat dalam kad gambar kamu?

2. Namakan pergerakan yang kamu pilih berdasarkan objek dalam kad. 3. Mengapakah kamu membuat pergerakan seperti itu?

1. Murid dalam kumpulan kecil.

2. Setiap kumpulan memilih satu jenis haiwan hutan.

3. Merancang pergerakan haiwan yang dipilih mengikut muzik.

4. Setiap kumpulan mempersembahkan pergerakan haiwan hutan mengikut muzik. 5. Kumpulan lain cuba meneka nama haiwan yang dipersembahkan.

(51)

Nama : ……… Kelas : ………

Tarikh : ………

1. Isikan ruang di bawah berdasarkan watak dalam pergerakan yang

kamu reka cipta.

2. Lakarkan formasi pergerakan kamu dan ahli kumpulan berdasarkan

pergerakan kreatif bertema yang kamu telah reka cipta.

Nama

haiwan yang

dipilih

Nama pergerakan

lokomotor dan

bukan lokomotor

yang kamu pilih

Laluan

pergerakan

yang kamu pilih.

Aras pergerakan

yang kamu pilih.

(52)

Berkebolehan melakukan kemahiran pergerakan mengikut irama.

1.5.1 Mereka cipta pergerakan kreatif bertema berdasarkan konsep pergerakan mengikut muzik yang didengar.

1.5.2 Melakukan pergerakan kreatif bertema yang direka cipta mengikut muzik yang didengar.

2.5.1 Mengenal pasti pergerakan yang sesuai dalam pergerakan

kreatif bertema mengikut muzik yang didengar.

5.2.4 Menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti.

1. Murid berdiri dalam ruang diri.

2. Guru membacakan skrip cerita ‘Robot Rabat’ dan murid

menginterpretasi cerita berdasarkan imaginasi masing-masing mengikut muzik. ۞ Memanaskan badan. ۞ Penyampaian Standard Pembelajaran ۞ Persembahan ۞ Menyejukkan badan ۞ Penilaian pengajaran dan pembelajaran CD lagu Dunia Muzik Tahun 2 Trek 4 : See Saw, skrip cerita dan pemain CD ROBOT RABAT

Kamu adalah Robot bernama Rabat yang dicipta oleh seorang saintis. Mari kita lihat bagaimana Rabat dapat membantu saintis itu dalam makmalnya.

Rabat berjalan ke hadapan, cuba mengangkat beberapa kotak dan meletakkan kotak di atas rak. Rabat bekerja keras sepanjang hari. Pada waktu malam, Rabat hilang tenaga dan terus tidur. Fikirkan bagaimana cara Rabat tidur.

Pada keesokan hari, saintis membawa sesuatu dalam poket. Beliau mengeluarkan satu CD, dan menyatakan: “Inilah muzik saya”. Tunjukkan bagaimana Rabat bertindak apabila mendengar muzik pada kali pertama!

1. Bolehkah kamu bayangkan bagaimana Rabat bergerak? 2. Bagimanakah kamu melakukan aksi Rabat seperti dalam skrip?

1. Muzik dimainkan semasa skrip dibaca. 2. Baca skrip berterusan dan ada intonasi.

(53)

1. Guru meneruskan membaca skrip dan murid melakukan pergerakan mengikut skrip dan muzik yang didengar:

Ya! Apabila Rabat mendengar muzik, adalah sukar baginya berdiri setempat. Ia berjalan di sekitar makmal mengikut detik (beat) muzik sambil bekerja… Mari kita

sama-sama bergerak mengikut detik...secara kaku...seperti robot...Bergerak pada aras rendah… cuba lakukan satu lompatan robot!

2. Guru memainkan muzik selama satu minit. 3. Guru menambah isyarat seperti berikut:

(Mula dengan skrip “Kadang-kadang Rabat suka…”) Berjalan lambat, tetapi tambahkan satu lompatan.

Bergerak pantas. Berpusing. Bolehkah anda berpusing seperti robot? Bergerak ke depan, dan undur.

Menggelungsur ke sisi, ke depan dan ke belakang Gerakkan tangan dan kepalanya.

Bergerak ke pelbagai arah dan kelajuan, dan dengan pelbagai cara - seperti

robot yang sedang seronok bergerak mengikut muzik (tetapi masih kaku).

Kreativiti dan inovasi

1. Guru meneruskan skrip berikut:

Robot Rabat mula melonggarkan satu lengannya (aksi alunan), diikuti dengan lengan yang lain. Sekarang kaki Rabat juga mula dilonggarkan. Tunjukkan bagaimana Rabat menggerakkan kakinya mengikut muzik.

2. Guru mainkan muzik selama satu atau dua minit, dan menari dengan murid, daripada pergerakan kaku kepada pergerakan longgar.

3. Cuba longgarkan juga leher dan bahu dengan aksi memutar ke kiri dan ke kanan. 4. Ulang dengan meneroka pergerakan robot cair dengan menggunakan anggota badan yang lain.

1. Guru boleh menunjuk cara pergerakan robot untuk memberi idea kepada murid. 2. Guru menggalakkan murid mereka cipta pergerakan robot mengikut kreativiti.

(54)

1. Murid dalam kumpulan kecil, reka cipta satu tarian robot yang bertemakan aktiviti harian, mengikut muzik dengan pergerakan kaku dan longgar.

2. Tarian tersebut boleh juga dilakukan oleh setiap murid dalam kumpulan secara

cannon dengan aksi yang sama, atau dengan aksi yang berbeza secara

berturut-turut.

1. Cannon ialah istilah dalam tarian yang bermaksud pergerakan

yang berturutan dan berulang-ulang.

(55)

Nama : ……… Kelas : ………

Tarikh : ……….

1. Namakan lima pergerakan robot Rabat.

a.

_________________________________________

b.

_________________________________________

c.

_________________________________________

d.

_________________________________________

e.

_________________________________________

2. Mengapakah robot Rabat sentiasa mengikut arahan Saintis?

_____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

(56)
(57)
(58)
(59)
(60)
(61)

Berkebolehan melakukan kemahiran menghantar dan menerima bola dengan lakuan yang betul.

1.6.1 Menghantar bola ke pelbagai jarak dan arah menggunakan alatan dan anggota badan yang dibenarkan.

1.6.2 Menerima hantaran bola dari pelbagai jarak menggunakan alatan dan anggota badan yang dibenarkan.

2.6.1 Mengenal pasti aplikasi daya semasa menghantar dan menerima bola pada pelbagai jarak.

2.6.2 Mengenal pasti perkaitan antara titik kontak dengan arah pergerakan bola.

5.4.3 Bekerjasama semasa melakukan aktiviti fizikal.

1. Murid dalam dua kumpulan kecil.

2. A1 menghantar bola kepada B1, A1 berlari ke C, ambil pundi kacang, dan masukkan ke dalam bakul di skital B, seterusnya berbaris di belakang B3.

3. B1 menghantar bola kepada A2, B1 berlari ke D, ambil pundi kacang, dan masukkan ke dalam bakul di skital A, seterusnya berbaris di belakang A3.

4. Ulang sehingga semua pundi kacang berjaya

dikumpulkan. ۞ Memanaskan badan. ۞ Penyampaian Standard Pembelajaran ۞ Permainan kecil ۞ Menyejukkan badan ۞ Penilaian pengajaran dan pembelajaran Bola, pundi kacang, kayu hoki, dan skital.

1. Ke arah manakah kamu menghantar bola kepada rakan?

2. Bilakah bola boleh dihantar?

Menghantar dan menerima bola boleh dilakukan dengan menggunakan tangan, kaki, atau alatan.

1. Berhati-hati ketika melakukan aktiviti. 2. Sentiasa bersedia untuk menerima bola.

(62)

1. Murid dalam kumpulan tiga orang.

2. Kumpulan A akan cuba menjatuhkan skital kumpulan B.

3. Kumpulan B cuba menghadang dan dalam masa yang sama cuba menjatuhkan skital kumpulan A.

4. Setiap pasukan mesti membuat sekurang-kurangnya tiga hantaran sebelum membuat percubaan menjatuhkan skital kumpulan lawan.

1. Hantaran boleh dilakukan dengan menggunakan tangan, kaki, atau alatan.

2. Pastikan bilangan murid dalam kumpulan kecil supaya murid lebih kerap dapat menghantar dan menerima bola.

3. Hantaran bola melibatkan kemahiran membaling bola dengan tangan, menendang bola dengan kaki dan memukul atau menolak bola dengan kayu hoki.

Elakkan dari melakukan bentes terhadap pemain lawan.

1. Bilakah kamu akan menerima bola yang dihantar oleh rakan?

2. Bagaimanakah kamu menghantar bola kepada rakan yang berada jauh daripada kamu?

(63)

1. Murid dalam dua kumpulan yang sama banyak.

2. Dua orang ahli dari setiap kumpulan menjadi Kapten. Kapten berada di dalam gelung di kawasan gol.

3. Seorang kapten dari setiap pasukan berada di kawasan gol pihak lawan, dan seorang lagi kawasan gol sendiri.

4. Setiap pasukan mesti membuat sekurang-kurangnya tiga kali hantaran sebelum bola dihantar kepada kapten pasukan masing-masing.

5. Mata akan dikira apabila kapten berjaya menangkap bola.

6. Hanya kemahiran menghantar dan menerima sahaja boleh digunakan.

7. Pihak lawan boleh memintas bola semasa pihak yang satu lagi sedang membuat hantaran.

9. Pasukan yang berjaya mengumpul jumlah mata terbanyak akan dikira sebagai pemenang.

 Galakkan murid menggunakan pelbagai cara hantaran mengikut situasi.

 Aktiviti boleh dimainkan dengan menghantar dan menerima bola menggunakan kaki, tangan, atau alatan.

(64)

Nama : ……… Kelas : ………

Tarikh : ……….

1.

Aksi dalam gambarajah yang manakah akan menghasilkan hantaran

bola yang jauh?

2. Mengapa kamu memilih aksi tersebut?

———————————————————————————————–

——————————————————————————————–—

(65)

Berkebolehan melakukan kemahiran mengelecek bola dengan lakuan yang betul.

1.6.3 Mengelecek bola dalam ruang yang ditentukan.

2.6.3 Mengenal pasti ruang yang sesuai untuk bergerak dengan bola.

5.1.5 Mengenal pasti ruang selamat untuk melakukan aktiviti.

1. Murid dalam dua kumpulan berada dalam satu gelanggang, dengan setiap orang mempunyai sebiji bola.

2. Setiap orang mengelecek dalam ruang yang ditetapkan.

3. Apabila isyarat diberikan, kedua-dua kumpulan akan merampas bola ahli kumpulan yang lain sambil mengawal bola yang

dikelecek dan memasukkan bola ke dalam bakul kumpulan masing-masing.

4. Pemain yang kehilangan bola akan menunggu di belakang bakul kumpulannya. ۞ Memanaskan badan. ۞ Penyampaian Standard Pembelajaran ۞ Permainan kecil ۞ Menyejukkan badan ۞ Penilaian pengajaran dan pembelajaran

Bola, skital, kayu hoki dan bakul

 Pastikan bola sentiasa berada di hadapan badan semasa mengelecek.

 Ubah suai alatan jika perlu.

 Tukar aktiviti dengan kelecek guna kayu hoki.

Pastikan tidak bertembung dengan rakan atau lawan untuk elakkan perlanggaran.

(66)

1. Murid dalam kumpulan kecil.

2. Kumpulan A akan mengelecek ke zon selamat melepasi skital.

3. Kumpulan B akan menggolek bola ke arah rakan sepasukan bersebelahan secara berterusan.

4. Tukar peranan.

1. Bola yang digolek bersaiz besar .

2. Skital boleh diganti dengan field marker.

Pastikan bola dileret secara perlahan dan bukan bertujuan untuk menjatuhkan rakan yang sedang mengelecek.

1. Murid dalam dua kumpulan, diberi nama ‘belalang’ dan ‘belatuk’. 2. Setiap murid dibekalkan sebiji bola.

3. Setiap murid bergerak sambil mengelecek dalam kawasan yang ditentukan. 4. Apabila guru menyebut ‘belalang’, belalang berlari mengejar belatuk sambil

memegang bola.

5. Belatuk akan mengelecek sehingga melepasi garisan selamat sebelum disentuh oleh belalang.

6. Jika belatuk disentuh, ahli belatuk akan menjadi ahli kumpulan belalang. 7. Kumpulan yang paling ramai ahli pada akhir permainan dianggap pemenang.

 Permainan ini boleh mengelecek menggunakan kaki atau pun tangan.

1. Berhati-hati semasa penggunaan ruang. Elak daripada terlanggar rakan.

2. Hanya boleh menyentuh pihak lawan, tidak boleh menolak atau menangkap.

Garisan selamat Belalang Kawasan mengelecek Garisan selamat Belatuk

(67)

KELECEK KU HEBAT

Nama : ……… Kelas : ………

Tarikh : ……….

Lakarkan laluan untuk kemahiran mengelecek bola ke arah ‘x’

x

(68)

Berkebolehan melakukan kemahiran mengadang dengan membayangi pergerakan lawan.

1.6.4 Melakukan pergerakan mengadang dengan membayangi pergerakan lawan.

2.6.4 Mengenal pasti kedudukan pengadang yang sesuai semasa membayangi pergerakan pihak lawan.

5.4.3 Bekerjasama semasa melakukan aktiviti fizikal.

1. Murid berpasangan. Seorang sebagai pengadang dan seorang lagi sebagai penyerang.

2. Pengadang berdiri di antara dua skital dan cuba mengadang pergerakan penyerang daripada menyentuh skital.

3. Ulang beberapa kali. 4. Tukar peranan.

5. Ulang langkah 1 hingga 4 dengan membawa bola dan menyentuh bola pada skital.

۞ Memanaskan badan. ۞ Penyampaian Standard Pembelajaran ۞ Permainan kecil ۞ Menyejukkan badan ۞ Penilaian pengajaran dan pembelajaran

Bola, kayu hoki, dan skital.

1. Boleh menggunakan alatan seperti bola dan kayu hoki. 2. Elakkan dari meyentuh atau

menolak rakan semasa mengadang.

(69)

1. Murid dalam kumpulan tiga orang.

2. Satu kumpulan menjadi pengadang dan satu kumpulan lagi menjadi penyerang. 3. Penyerang mengelecek dan menghantar bola kepada rakan dalam kawasan yang ditentukan.

4. Kumpulan pengadang cuba menyentuh bola dengan kayu hoki.

5. Jika bola berjaya disentuh, pemain penyerang tersebut akan membeku dan bola diberi kepada rakan penyerang yang lain.

6. Jika kesemua ahli kumpulan penyerang telah dibekukan, tukar peranan.

1. Kecilkan bilangan ahli kumpulan. 2. Permainan boleh menggunakan

kemahiran tangan, kaki, atau alatan.

1. Elakkan dari mengayun kayu hoki ke atas. 2. Gunakan bola lembut seperti foam, getah, atau

bola berongga.

1. Di manakah kedudukan kamu semasa mengadang? 2. Mengapa kamu berada di situ?

1. Murid dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada dua kumpulan.

2. Satu kumpulan menjadi pengadang dan satu kumpulan lagi menjadi penyerang. 3. Kumpulan pengadang akan cuba mengadang atau merampas bola penyerang. 4. Dua markah akan diberi kepada kumpulan pengadang jika berjaya menyentuh bola kumpulan penyerang.

5. Kumpulan penyerang cuba mengelecek melepasi kumpulan pengadang dan cuba menjatuhkan skital.

6. Satu markah akan diberi kepada penyerang jika dapat menjatuhkan satu skital. 7. Kumpulan yang mengumpul markah terbanyak dianggap pemenang.

(70)

Nama : ……… Kelas : ………

Tarikh : ……….

Arahan : Tandakan ( √ ) dalam kotak pada kedudukan yang sesuai untuk

seorang pengadang.

1. Murid A menendang bola leret kepada murid B.

Mengapakah kamu memilih kedudukan tersebut?

__________________________________________________________________ __________________________________________________________________

2. Murid A membaling bola atas kepala kepada murid B.

Mengapakah kamu memilih kedudukan tersebut?

__________________________________________________________________ __________________________________________________________________

A

B

(71)

Berkebolehan memintas hantaran bola dengan tangan, kaki, dan alatan.

1.6.5 Memintas dan menguasai bola dari pihak lawan. 2.6.5 Mengenal pasti pemasaan (timing) yang sesuai untuk memintas dan takel.

5.4.3 Bekerjasama semasa melakukan aktiviti fizikal.

1. Murid dalam kumpulan kecil.

2. Murid A, B, dan C sebagai penghantar dan penerima bola. 3. Murid X sebagai pemintas.

4. Murid A, B, dan C dibenarkan bergerak di antara skital.

5. Murid yang menerima bola dibenarkan membuat sekali sentuhan sebelum menghantar bola.

6. Murid X akan cuba memintas hantaran tersebut dan jika berjaya akan menggantikan tempat pemain yang gagal membuat

hantaran.

7. Ulang beberapa kali.

۞ Memanaskan badan. ۞ Penyampaian Standard Pembelajaran ۞ Permainan kecil ۞ Menyejukkan badan ۞ Penilaian pengajaran dan pembelajaran Skital, bola pelbagai saiz dan kayu hoki.

1. Jika murid X terlalu lama tidak dapat memintas bola selepas lima kali hantaran bola berturut-turut, murid lain boleh menggantikan murid X sebagai pemintas. 2. Lakukan aktiviti menghantar, menerima dan memintas bola dengan menggunakan tangan, kaki dan kayu hoki.

(72)

1. Murid dalam dua kumpulan kecil.

2. Tiga orang daripada setiap kumpulan berdiri di dalam kawasan permainan dan kawasan gol.

3. Murid daripada kawasan permainan menghantar bola kepada seorang rakan sepasukan untuk menjaring.

4. Jaringan dikira apabila bola bergerak mengatasi pihak lawan dan ditangkap oleh rakan sepasukan.

5. Pihak lawan cuba memintas hantaran bola tersebut dan permainan bertukar peranan apabila pihak lawan dapat memintas bola yang dihantar.

Murid yang memintas perlu menjangkakan

pemasaan bola yang akan melalui kawasan dipintas dan ruang yang sesuai untuk memintas.

1. Bolehkah kamu memintas bola yang dihantar oleh pemain lawan?

(73)

1. Murid dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada enam orang. 2. Tiga orang sebagai pemain dan tiga orang lagi sebagai penjaga gol. 3. Pemain akan cuba menjaringkan gol ke pihak lawan.

4. Pihak lawan akan cuba memintas serangan. 5. Tukar peranan pemain dan penjaga gol.

1. Pastikan tiada kontak semasa melakukan takel bola. 2. Jaringan hanya dengan bola leret.

(74)

Nama : ………

Kelas : ………

Tarikh : ………

Tandakan (√) pada lakuan memintas bola yang betul.

1. Mata sentiasa tertumpu kepada bola yang dihantar.

2. Menjangka arah bola yang akan dihantar.

3. Bergerak dengan tangkas.

4. Bergerak dengan perlahan.

5. Menguasai bola.

(75)

Berkebolehan melakukan kemahiran takel dengan lakuan yang betul.

1.6.6 Melakukan takel untuk mendapatkan bola.

2.6.5 Mengenal pasti pemasaan (timing) yang sesuai untuk memintas dan takel.

5.2.2 Berkeyakinan untuk melakukan pelbagai pergerakan berkemahiran.

1. Murid dalam beberapa kumpulan kecil. 2. Bermain antara dua kumpulan.

3. Kumpulan yang membawa bola dengan kaki akan cuba kelecek bola ke kawasan pihak lawan.

4. Kumpulan yang bertahan akan menghalang dan melakukan takel untuk mendapatkan bola.

5. Tukar peranan.

6. Ulang aktiviti dengan menggunakan kayu hoki dan bola kecil.

۞ Memanaskan badan. ۞ Penyampaian Standard Pembelajaran ۞ Permainan kecil ۞ Menyejukkan badan ۞ Penilaian pengajaran dan pembelajaran Bola pelbagai saiz, kayu hoki dan skital

1. Takel ke arah bola sahaja.

2. Berhati-hati ketika melakukan aktiviti.

(76)

1. Murid dalam beberapa kumpulan kecil. 2. Bermain antara dua kumpulan.

3. Kumpulan yang membawa bola akan cuba menjaringkan gol dan kumpulan yang bertahan akan melakukan takel untuk mendapatkan bola.

4. Kumpulan yang berjaya membuat takel akan mendapat dua mata dan setiap jaringan dikira satu mata.

5. Ulang aktiviti ini dalam masa yang ditetapkan.

6. Kumpulan yang mendapat mata tertinggi dikira sebagai pemenang.

Bagaimana melakukan takel

1. Pemain mendekati pemain lawan.

2. Kaki yang tidak melakukan takel difleksi untuk menyerap daya dan imbangan. 3. Kaki yang melakukan takel dinaikkan sedikit dengan lutut dihalakan keluar dan pergelangan kaki dikunci.

4. Bahagian dalam kaki diarahkan ke tengah bola. Gunakan bahagian dalam kaki untuk menendang atau menolak pada bahagian tengah bola.

5. Lakukan takel bila bola berada selangkah di depan kaki pemain yang mengelecek.

1. Di manakah kedudukan kamu semasa melakukan takel.

(77)

Nama : ………

Kelas : ………

Tarikh : ………

Tandakan (√) pada gambar yang menunjukkan kemahiran takel.

(78)
(79)
(80)
(81)

Berkebolehan melakukan servis atas bahu menggunakan tangan dan alatan dengan lakuan yang betul.

1.7.1 Melakukan servis atas bahu menggunakan tangan dan alatan.

2.7.1 Mengenal pasti titik kontak semasa melakukan servis, menerima, dan menghantar bola.

5.2.4 Menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti.

1. Murid dalam dua kumpulan kecil.

2. Kumpulan A melakukan servis atas bahu melepasi jaring. 3. Mata diberi jika bola masuk ke dalam gelung.

4. Setiap murid diberikan tiga kali percubaan servis. 5. Lakukan secara bergilir-gilir.

6. Aktiviti diulang oleh kumpulan B.

۞ Memanaskan badan. ۞ Penyampaian Standard Pembelajaran ۞ Permainan kecil ۞ Menyejukkan badan ۞ Penilaian pengajaran dan pembelajaran

Skital, gelung, tali, atau jaring, raket, dan bola pelbagai jenis

1.Kontak bola dengan tapak tangan. 2.Bola dilambung di hadapan badan.

3.Mulakan servis dari jarak dekat dan tambahkan jarak selepas murid kuasai kemahiran.

(82)

1. Murid dalam kumpulan kecil.

2. Kumpulan A melakukan servis atas bahu melepasi jaring dengan menggunakan raket.

3. Mata akan diberi jika bola berjaya menyentuh skital.

4. Kumpulan B akan menyusun semula skital yang dijatuhkan.

6. Permainan diteruskan sehingga semua murid dalam kumpulan A selesai melakukan servis.

7. Tukar peranan. 8. Ulang beberapa kali.

1. Teroka pelbagai titik kontak pada raket dan bola untuk menjatuhkan skital.

2. Pastikan murid menggunakan raket yang sesuai untuk aktiviti ini.

1. Di manakah titik kontak pada raket kamu semasa melakukan servis? 2. Berdasarkan titik kontak tadi, ke arah manakah bola yang kamu servis itu

(83)

1. Murid dalam kumpulan kecil.

2. Kumpulan A melakukan servis atas bahu melepasi jaring ke gelanggang B. 3. Jika kumpulan B gagal mengembalikan servis, satu mata akan diberi kepada kumpulan A.

4. Jika servis kandas di jaring atau keluar gelanggang, mata akan diberi kepada kumpulan B.

5. Servis dilakukan oleh murid pertama dalam kumpulan A dan diulang oleh murid pertama kumpulan B.

6. Lakukan servis secara bergilir-gilir antara kumpulan A dan B.

(84)

Nama : ……… Kelas : ………

Tarikh : ……….

Tandakan (

) jika murid sudah menguasai kemahiran dan tandakan ( x )

jika murid belum menguasai kemahiran pada ruangan dibawah.

Bil.

Nama murid

Melakukan servis

atas bahu

menggunakan

tangan

Melakukan servis

atas bahu

menggunakan

raket

(85)

Berkebolehan menerima servis menggunakan anggota badan dengan lakuan yang betul.

1.7.3 Menerima servis menggunakan anggota badan dan alatan. 2.7.1 Mengenal pasti titik kontak semasa melakukan servis,

menerima, dan menghantar bola.

5.1.4 Mematuhi peraturan keselamatan di tempat aktiviti.

1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Kumpulan A melakukan servis.

3. Kumpulan B menyangga bola ke gelung di gelanggang sendiri. 4. Tukar peranan. ۞ Memanaskan badan. ۞ Penyampaian Standard Pembelajaran ۞ Permainan kecil ۞ Menyejukkan badan ۞ Penilaian pengajaran dan pembelajaran Jaring, gelung, dan bola pelbagai jenis dan saiz

 Bagaimanakah kamu mengembalikan servis yang diterima daripada pemain lawan?

(86)

1. Murid dalam kumpulan kecil.

2. Kumpulan A akan melambung bola ke arah kumpulan B.

3. Kumpulan B menerima bola dan cuba menghantar bola ke zon tengah. 4. Setiap bola yang masuk ke zon tengah akan diberi satu mata.

5. Tukar peranan.

1. Murid boleh menerima bola menggunakan tangan, kaki, dahi atau kepala.

2. Bola yang dilambung hendaklah pada aras tinggi.

Murid berkomunikasi semasa hendak mengambil bola untuk disangga bagi mengelakkan perlanggaran. 1. Murid dalam kumpulan kecil.

2. Kumpulan A memulakan servis kepada kumpulan B.

3. Kumpulan B menunggu bola melantun sekali sebelum menyangga kepada rakan. 4. Kumpulan boleh melakukan tiga kali sangga sebelum mengembalikan bola ke

kumpulan lawan.

5. Mana-mana kumpulan akan mendapat mata jika kumpulan lawan gagal mengembalikan bola atau bola keluar gelanggang.

6. Kumpulan yang mendapat 10 mata awal dikira sebagai pemenang.

1. Ketinggian jaring boleh diubah suai. 2. Kiraan mata boleh dibuat seperti

kiraan bola tampar.

3. Permainan ini juga boleh digunakan untuk tenis.

(87)

Nama : ……… Kelas : ………

Tarikh : ……….

Bulatkan titik kontak yang betul pada TANGAN dan BOLA untuk

mengembalikan servis di dalam gambar ini.

(88)

Berkebolehan melakukan kemahiran gerak kaki ke pelbagai arah dengan lakuan yang betul.

1.7.4 Melakukan gerak kaki ke pelbagai arah.

2.7.2 Mengenal pasti cara dirian yang betul untuk memulakan pergerakan ke pelbagai arah.

5.2.4 Menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti.

1. Murid dalam kumpulan kecil.

2. Murid bergerak dan mengutip pundi kacang di gelung bernombor mengikut arahan guru.

3. Pergerakan dari tempat Mula ke gelung bernombor seperti berikut:

Gelung 1, 3, 4 dan 6 —berlari sisi dan balik ke tempat Mula. Gelung 2—berlari ke hadapan dan mengundur ke tempat Mula. Gelung 5—mengundur dengan pantas dan berlari ke tempat Mula.

۞ Memanaskan badan. ۞ Penyampaian Standard Pembelajaran ۞ Permainan kecil ۞ Menyejukkan badan ۞ Penilaian pengajaran dan pembelajaran Gelung plastik, bola pelbagai saiz, skital, tali, raket, dan bat

1. Berdiri di atas bebola kaki. 2. Aktiviti boleh dilakukan secara

bergilir ataupun berkumpulan. 3. Aktiviti boleh dilakukan mengikut turutan nombor ataupun secara rawak.

4. Guru boleh menyebut beberapa nombor serentak.

Mula

1 2 3

(89)

1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.

2. Murid A akan melambung bola ke kiri, tengah, dan kanan.

3. Murid B akan menangkap bola selepas bola melantun dan melantun semula bola kepada A dan balik semula ke tempat asal. Ulang beberapa kali.

4. Tukar peranan.

1. Sentiasa bergerak di atas bebola kaki. 2. Mata pandang bola dan bergerak ke

arah bola.

3. Lutut fleksi dan badan direndahkan ke hadapan untuk imbangan.

1. Murid dalam beberapa kumpulan kecil.

2. Murid dikehendaki memukul bola ke gelanggang pihak lawan dengan menggunakan bat atau raket.

3. Pihak lawan memukul bola selepas bola melantun.

4. Murid yang terdahulu mendapat lima mata dikira sebagai pemenang. 1. Ruang selamat antara rakan.

2. Berkomunikasi ketika bergerak bagi mengelak perlanggaran.

(90)

Nama : ……… Kelas : ………

Tarikh : ……….

Tandakan (√) diruangan “Ya” atau “Tidak” pada kemahiran gerak kaki ke

pelbagai arah.

Bil Nama murid Bergerak atas bebola kaki semasa posisi sedia Mata pandang bola dan bergerak ke arah bola

Lutut fleksi dan badan condong ke hadapan

Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Balik ke tempat asal Ya Tidak

(91)

Berkebolehan melakukan pukulan pepat menggunakan raket dengan lakuan yang betul.

1.7.5 Melakukan pukulan pepat.

2.7.1 Mengenal pasti titik kontak semasa melakukan servis, menerima, dan menghantar bola.

5.1.3 Menggunakan alatan mengikut kegunaannya.

1. Murid dalam kumpulan kecil.

2. Murid P melantun bola ke arah murid A1.

3. Murid A1 memukul bola dengan pukulan pepat kepada murid K. Murid K mengutip bola dan menggolek bola ke murid P.

4. Ulang aktiviti dengan murid A2, A3 dan tukar peranan.

۞ Memanaskan badan. ۞ Penyampaian Standard Pembelajaran ۞ Permainan kecil ۞ Menyejukkan badan ۞ Penilaian pengajaran dan pembelajaran

Bola getah, bola tenis, bola ping pong, bulu tangkis, raket tenis, raket kayu, dan bet ping pong

Pukulan pepat

1. Kaki dibuka seluas bahu. 2. Mata memandang ke arah

bola semasa bola kontak dengan raket.

3. Ikut lajak.

4. Kembali ke posisi sedia selepas membuat pukulan pepat.

Pastikan ada jarak yang selamat untuk membuat pukulan pepat.

P

K

K

K

A1 A2 A3

Bola lantun Pukulan Golek bola

(92)

1. Murid dalam dua kumpulan kecil.

2. Kumpulan A melakukan pukulan pepat ke kawasan sasaran dalam gelanggang kumpulan B.

3. Bola melantun ke kawasan sasaran akan mendapat satu mata.

4. Kumpulan B akan meneruskan permainan dengan pukulan pepat ke kawasan sasaran kumpulan A.

5. Sepanjang permainan, bola mesti melantun sekali sebelum melakukan pukulan. 6. Ulang aktiviti beberapa kali.

1. Ketinggian jaring boleh diubah suai. 2. Mata memandang ke arah bola semasa

kontak dengan raket.

1. Murid dalam dua kumpulan kecil.

2. Kumpulan A melakukan servis melepasi ruang di antara dua tali ke gelanggang kumpulan B.

3. Permainan diteruskan dengan memukul bola setelah bola melantun sekali.

4. Satu mata diberi kepada lawan sekiranya bola tidak melalui ruang antara dua tali. 5. Kumpulan yang mendapat lima mata terdahulu dikira sebagai pemenang.

Pastikan ada jarak yang selamat untuk membuat pukulan pepat.

Bilakah keadaan yang sesuai kamu menggunakan pukulan pepat?

1. Jarak antara dua tali sekurang-kurangnya satu meter.

2. Bilangan mata penamat boleh diubah suai.

(93)

Nama : ……… Kelas : ………

Tarikh : ……….

1. Tandakan (√) pada lakuan yang betul ketika membuat pukulan pepat.

2

. Tandakan (√) pada titik kontak semasa membuat pukulan pepat

.

Mata memandang ke arah bola semasa kontak dengan raket

Ubah kedudukan tangan dan bahu ke sisi semasa memukul

Tangan ikut lajak

Pusing badan 360°

Ayun kaki ke belakang dengan

pantas Kaki dibuka seluas

(94)

Berkebolehan melakukan pukulan kilas dengan lakuan yang betul.

1.7.6 Melakukan pukulan kilas.

2.7.1 Mengenal pasti titik kontak semasa melakukan servis, menerima, dan menghantar bola.

5.2.5 Menerima kemenangan dan kekalahan dalam permainan secara positif.

5.3.1 Berkomunikasi antara rakan, guru, dan ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal.

1. Menimang bola menggunakan raket atau bat.

2. Melambung bola ke atas dan seterusnya membuat pukulan kilas selepas bola melantun daripada lantai atau tanah.

3. Ulang aktiviti beberapa kali.

۞ Memanaskan badan. ۞ Penyampaian Standard Pembelajaran ۞ Permainan kecil ۞ Menyejukkan badan ۞ Penilaian pengajaran dan pembelajaran

Bola getah, bola tenis, bola ping pong, bulu tangkis, raket tenis, raket kayu, dan bet ping pong.

Referensi

Dokumen terkait

Pasal 1 UU ITE menyebutkan bahwa “Transaksi Elektronik adalah perbuatan hukum yang dilakukan dengan menggunakan Komputer, jaringan Komputer, dan/atau media

, Panitia Pengadaan Barang/Jasa dilingkungan Bidang Perumahan Dinas Pekerjaan Umum Provinsi Kalimantan Tengah Sumber Dana APBD Provinsi Kalimantan Tengah

Kepada peserta lelang yang berkeberatan atas penetapan pemenang pelelangan diberikan kesempatan untuk mengajukan sanggahan selambat-lambatnya 3 (tiga) hari

Demikian agar menjadi maklum dan atas perhatian saudara-saudara kami mengucapkan

Berdasarkan butir 1 diatas, dengan ini diumumkan Pemenang Pelelangan Paket Pengadaan Sarana Pengolahan Mocaf / Ubi Kayu Tepung di Kabupaten Cianjur (Belanja

Demikian agar menjadi maklum dan atas perhatian saudara-saudara kami mengucapkan terima kasih. Bandung , 1 Juni

Surat Pernyataan yang menerangkan perusahaan yang bersangkutan dan manajemennya, tidak dalam pengawasan pengadilan, tidak bangkrut dan tidak sedang dihentikan kegiatan

Diberitahukan kepada Mahasiswa yang sudah daftar Ujian Komprehensif, bahwa ujian komprehensif yang semula akan diadakan Hari : Rabu, 23 Desember 2015 di tunda..