CERPEN:BANJIR DI MATA EMAK
NAMA:ATHIRAH BT MOHD HASLI
KELAS:2AGAMA1
NAMA GURU:EN.WAN DYARUDIN
SINOPSIS
TEMA
PERSOALAN
PLOT
WATAK DAN PERWATAKAN
GAYA BAHASA
NILAI
SINOPSIS
Cerita berkisar pada watak (saya) yang hendak menelefon temannya
tetapi tersalah tekan nombor telefon rumah Mak Piah.Mak Piah menyangka orang yang membuat panggilan telefon itu ialah
anaknya,Nana.Mak Piah memberitahu Nana(saya) bahawa dia tidak ada bekalan makanan disebabkan banjiryang melanda kampungnya sudah sampai ke paras dada.Mak Piah berterima kasih kepada “Nana”(saya) kerana menelefon untuk bertanya khabar tentang
dirinya.Malangnya,abang Nana yang duduk dekat tidak menjenguk Mak Piah langsung walaupun banjir sedang melanda kampung emaknya itu.
Belum sempat “saya” hendak memberitahu Mak Piah tentang
dirinya yang sebenar, talian telefon sudah terputus.Hujan
sudah turun empat hari empat malam tanpa henti. “Saya”
cuba menelefon Mak Piah sekali lagi tetapi panggilannya
tidak dijawab. “Saya” bimbang akan keadaan Mak Piah.Banjir
pada kali ini telah meragut dua nyawa.Mengikut cerita Mak
Piah tadi,bekalan makanannya sudah habis.Jiran - jirannya
sudah berpindah ke pusat pemindahan banjir.Mak Piah tidak
mahu pergi ke pusat pemindahan. “Saya” tertanya - tanya
sebab Mak Piah tidak mahu berpindah. Anak lelakinya sudah
tiga bulan tidak menelefon untuk bertanya khabar, apatah
pulang untuk menjenguknya. “Saya” berasa sangat cemas
apabila memikirkan perkara yang mungkin berlaku kepada
Mak Piah.
“Saya mendail nombor telefon Mak Piah sekali lagi.Mak Piah menjawab
panggilan “saya” yang disangkannya Nana agar tidak bimbang
tentangnya.Mak Piah sempat berpesan kepada “saya” agar menjaga anak dan suaminya baik- baik.
“Saya ingin bertemu dengan Mak Piah supaya “saya” dapat melepaskan
rindu terhadapnya yang telah kembali kepada Yang Maha Pencipta.Mak Piah merindui anak- anaknya. “Saya” menemukan alamat rumah Mak Piah di dalam buku panduan telefon. “Saya” pergi ke rumah Mak Piah dengan membawa makanan.Mak Piah menyambut kedatangan “saya” dengan ceria.
Kerja “saya” menjadi senang kerana Mak Piah sangat peramah.Mak Piah
memberitahu “saya” bahawa Nubhan, abang Nana takut akan isterinya, manakala Nana pula takut akan suaminya . “Saya” bertanya kepada Mak Piah tentang sebab dia tidak mahu berpindah ke pusat pemindahan.Mak Piah menyatakan bahawa dia tidak mahu mengganggu mereka di tempat pemindahan itu kerana keadannya yang kerap membuang air kecil
sehinggakan kadang-kadang tidak sempat ke bilik air. “Saya” berjanji akan menemani Mak Piah selagi banjir tidak surut.Mak Piah memeluk “saya” selepas mendengar kata-kata “saya” itu.
“Saya mengajak Mak Piah makan.Mak Piah bertanya sama ada Nana yang masak
dan menyuruh “saya” menghantar makanan itu. “Saya” mengangguk sambil tersenyum. “Saya” terpaksa berbohong dan menanggung dosa hanya kerana hendak melihat Mak Piah berasa bahagia.Selepas makan “saya” menolong Mak Piah mencuci dan menyimpan barang-barang makanan yang “saya”bawa ke dalam peti sejuk. “Saya”memohon izin untuk pulang dan berjanji untuk
mengunjungi Mak Piah lagi.Mak Piah meminta “saya”menyampaikan salam kepada anaknya, Nana.
Sekembalinya ke rumah, “saya”diserang demam selama lima hari.Setelah sihat,
“saya” pergi ke rumah Mak Piah seperti yang dijanjikannya sebelum ini. Apabila “saya” sampai di pekarangan rumah Mak Piah, orang ramai sedang
berkumpul.Mak Piah telah meninggal dunia kerana tergelincir jatuh dan kepalanya cedera semasa hendak membersihkan rumahnya selepas banjir.Nana dan Nubhan berasa kesal.Kata Nana,dua hari sebelumnya,Mak Piahbercerita kepada jiran-jiran bahawa Nana telah mengirimkan makanan kepadanya semasa banjir.Mak Piah berasa sangat gembira. Nana menyatakan bahawa dia bukan sahaja tidak pernah mengirimkan apa-apa kepada emaknya malahan dia tidak pernah menelefon
emaknya kerana emaknya mengalami masalah pendengaran.Nana mengakui
betapa mulia hati emaknya kerana sanggup berbohong kepada masyarakat untuk menjaga maruah dan namanya.Nana berasa sangat menyesal atas perbuatannya terhadap emaknya selama ini.
TEMA
Tema cerpen ini ialah kehilangan sesuatu yang bermakna telah meninggalkan
kesan yang mendalam dalam kehidupan seseorang.Perkara tersebut mengundang rindu yang berpanjangan.Mak Piah sangat merindui
anak-anaknya yang telah beberapa bulan tidak pernah menghubunginya apatah lagi menjenguknya merupakan suatu kehilangan bagi dirinya yang
mendambakan kasih sayang dan perhatian. “Saya” pula mendambakan kasih sayang daripada seorang emak.Emak “saya” telah kembali kepada Yang Maha Pencipta. “Saya” amat rindu akan emaknya.Pertemuan “saya” dengan Mak Piah menambah kerinduan terhadap emaknya .Nasib yang menimpa Mak Piah meraih simpati “saya”untuk mendekati Mak Piah.Kehadiran Mak Piah membuka peluang untuk “saya” melepaskan rindu terhadap emaknya.
PERSOALAN
(A) Nasib ibu tua yang tidak mendapat perhatian daripada
anak-anak.Contohnya, Mak Piah terpaksa hidup keseorangan kerana
anak-anak jarang-jarang menjenguknya.
(B) Kehilangan kasih sayang akan meninggalkan kesan yang mendalam
terhadap jiwa seseorang. Contohnya,”saya” dilamun rindu yang
sangat hebat kerana telah kehilangan ibu untuk selama-lamanya.
(C) Kasih ibu tidak berbelah bagi.Contohnya, walaupun Nana sudah
lama tidak menjenguk emaknya, Mak Piah tetap memuji Nana di
hadapan jiran-jirannya.
(D) Menyesal kemudian tiada gunanya.Contohnya,penyesalan Nana
dan abangnya,Nubhan sudah terlambat.Emak mereka telah pergi
meninggalkan mereka untuk selama- lamanya.
(E) Anak-anak yang tidak bertanggungjawab.Contohnya, Nana dan
Nubhan ialah anak-anak yang tidak bertanggungjawab.Mereka
membiarkan pasangan masing-masing mempengaruhi mereka
untuk tidak mengambil berat terhadap ibu mereka.Mereka lebih
mementingkan keluarga mereka dan mengabaikan ibu mereka
sendiri.
(F) Perasaan simpati yang wujud dalam hati seseorang.Contohnya,
“saya” sangat simpati terhadap keadaan Mak Piah lalu
bersungguh-sungguh mencari rumah Mak Piah dan berjanji
untuk menemani Mak Piah sehingga banjir surut.
PLOT
BINAAN PLOT
(A) PERMULAAN
–
mengisahkan “saya” hendak menelefon temannya, tetapi tersalah menekan nombor telefon lalu panggilannya terus sampai ke rumah Mak Piah. Mak Piah mengadu kepada “saya” yang disangka anak perempuannya,Nana, bahawa orang menjual ikan dan mamak menjual roti sudah tidak masuk ke kampung. Hal ini demikian kerana banjir telah naik ke paras dada.Tanpa sempat “saya” menjelaskan dirinya yang sebenar,Mak Piah sudah memutuskan talian telefonnya.
(B) PERKEMBANGAN - “Saya” membuat panggilan telefon kepada
Mak Piah tetapi tidak berjawab. “Saya” bimbang akan keselamatan
Mak Piah. Hal ini demikian kerana Mak Piah tinggal seorang
diri.Jiran-jirannya sudah berpindah ke pusat pemindahan
banjir.Akhirnya,Mak Piah menjawab panggilan telefon “saya”, tetapi
sekejap sahaja. “Saya” tidak sempat hendak berbicara lebih
panjang.Hati “saya” mula resah memikirkan keadaan Mak Piah
dalam suasana banjir di kawasannya telah sampai ke paras
dada.Memikirkan nasib Mak Piah mengingatkan dia dan
emaknya.Hal ini menambahkan rasa rindu kepada ibunya yang
sudah meninggal dunia.Perasaan dan keingina “saya” hendak
berjumpa dengan Mak Piah menjadi begitu kuat. “Saya”
mendapatkan alamat rumah Mak Piah daripada buku panduan
telefon. “Saya” datang ke ruma Mak Piah dengan membawa
makanan. “Saya” terpaksa berbohong di hadapan Mak Piah
bahawa makanan yang dibawanya itu merupakan kiriman daripada
(C) KLIMAKS – Sekembalinya “saya” dari rumah Mak Piah, “saya”
telah diserang demam panas selama lima hari.Setelah sembuh,
“saya” terus ke rumah Mak Piah seperti yang dijanjikannya
sebelum ini.Apabila saya sampai di pekarangan rumah Mak Piah,
orang ramai sedang berkumpul.Belum sempat saya melangkah
masuk ke dalam rumah Mak Piah,usungan jenazah telah dibawa
keluar. “Saya” mengikut jenazah Mak Piah hingga ke tanah
perkuburan.
(D) PELERAIAN – Nana dan abangnya, Nubhan berasa sangat
sedih.Mereka menyesal kerana tidak pulang menjenguk dan
membantu emak mereka semasa banjir.Emak mereka meninggal
dunia setelah kepalanya tercedera kerana terjatuh semasa hendak
membersihkan rumah selepas banjir.Setelah tubuh Mak Piah kaku,
barulah jenazahnya ditemui jirannya.
TEKNIK PLOT
(
A)DIALOG
- “Orang jual ikan dah tiga hari tak datang.Mamak jual roti pun
tak boleh masuk kampung.Mak tak ada makanan.Banjir dah
sampai ke paras dada…”
- “Terima kasihlah.Nana telefon juga,tanya khabar mak.Abang
kau tu,duduk saja dekat tapi tak menjenguk langsung…tak
hirau keadaan mak dalam banjir ini.Kirim salam pada suami
dan anak-anak kau”.
(hlm.51)
“Tak apa Mak Piah,selagi banjir tak surut, Insya-Allah, saya
akan temankan Mak Piah.”
(hlm.55)
(B)
PEMERIAN
Suara tua yang tadinya berbicara tanpa memberi saya walau
sedikit kesempatan untuk menerangkan bahawa saya bukanlah
Nana, kembali memujah-mujah telinga.Saya capai
telefon,mencari di menu panggilan keluar.Saya pegang tekan
butang panggilan ke nombor itu sekali lagi.
(hlm.52)
Saya tidak perlu banyak berbohong untuk menyambung
keramahan bicaranya kerana Mak Piah lancar menyoal, dan
segera menjawab pula! Daripada Nubhan, anak sulung yang
sentiasa tunduk kepada isteri,sehinggalah kepada Nana, anak
bongsu yang takutkan suami.Saya merakamkan cerita dalam
lautan fikir yang masih tidak mampu menerima kenyataan
bahawa masih ada manusia yang tergamak memisahkan anak
daripada ibu tua mereka.
(hlm.55)
(C) SASPEN
Pada permulaan cerita, pembaca tertanya-tanya pemilik
suara tua yang sedang bercakap dengan watak “saya” melalui
telefon.Contohnya,
Dia memanggil saya dengan nama yang tidak tercatat pada kad
pengenalan,tidak juga nama timangan sejak dilahirkan.Siapakah
empunya suara itu yang rusuh di hujung talian sana? Seperti
saya yang terburu-buru mendail nombor rumah teman yang baru
diberikan pagi tadi,suara itu juga pantas mengatur kata,selaju
jejari saya salah menekan nombor rumahnya.Selepas
menyampaikan kisah yang setengahnya tidak saya fahami,suara
itu menamatkan pengisahan dengan penghargaan.
(hlm.51)
LATAR
Latar tempat
(A)
Kampung. Tempat tinggal “saya” dan Mak Piah serta
tempat berlakunya kejadian banjir.
(B)
Rumah “saya”. Tempat “saya” membuat panggilan
telefon ke rumah Mak Piah.
(C)
Rumah Mak Piah. Tempat “saya” menemui Mak Piah
yang tinggal keseorangan.
(D)
Tanah perkuburan. Tempat jenazah Mak Piah
dikebumikan.
Latar masa
(A)
Empat hari empat malam.Contohnya,hujan turun selama
empat hari empat malam.
(B)
Ketika banjir.Contohnya, Mak Piah tiada bekalan makanan
kerana banjir yang melanda kampung Mak Piah sudah
sampai ke paras dada.
(C)
Waktu zuhur.Contohnya,watak “saya” menelefon Mak Piah
sedang menunaikan solat zuhur.
(D)
Lima hari.Contohnya,watak “saya” demam selama lima hari.
(E)
Selepas banjir.Contohnya,Mak Piah jatuh tergelincir dan
kepalanya cedera ketika membersihkan rumah selepas
kejadian banjir melanda kampungnya.
(F)
Waktu pagi.Contohnya,watak “saya” mendapatkan nombor
telefon rumah temannya, iaitu Ameera pada waktu pagi.
Latar Masyarakat
(A)
Masyarakat kampung.Contohnya, watak “saya” dan Mak Piah
merupakan masyarakat kampung yang tingal di kampung.
(B)
Masyarakat yang prihatin.Contohnya, watak “saya” sangat
mengambil berat tentang keadaan Mak Piah yang tinggal
keseorangan.
(C)
Masyarakat yang tidak bertanggungjawab.Contohnya,Nana dan
Nubhan membiarkan emak mereka hidup keseorangan di rumah
usang tanpa bertnya khabar atau menjenguknya walaupun
Nubhan tinggal berdekatan dengan rumah emaknya.
(D)
Masyarakat yang memetingkan kasih sayang.Contohnya, Mak
Piah masih mengingati dan sangat merindui anaknya,Nana serta
mengharapkan Nana sekeluarga berada dalam keadaan baik.
(E) Masyarakat yang sentiasa mengikuti maklumat terkini.Contohnya, watak “saya” sentiasa mendapatkan maklumat tentang kejadian
banjir yang berlaku di kampungnya melalui siaran berita di radio dan di televisyen.
(F) Masyarakat yang terlalu merindui ibunya.Contohnya, watak “saya” sangat merindui emaknya yang telah meninggal dunia dan dia begitu teruja untuk berjumpa dengan Mak Piah yang tinggal keseorangan.
(G)Masyarakat yang taat akan perintah agama.Contohnya, Mak Piah masih menunaikan solat walaupun keadaannya sudah tua dan rumahnya dilanda banjir.
WATAK DAN PERWATAKAN
“SAYA”
(A)
Anak yatim piatu.
(B)
Seorang yang sensitif.
(C)
Seorang yang prihatin.
(D)
Mudah bersimpati.
(E)
Terlalu merinduinya.
(F)
Mengambil berat terhadap kehidupan Mak Piah.
(G)
Sanggup berbohong semata-mata untuk melihat
kebahagiaan Mak Piah.
Mak Piah
(A)
Hidup seorang diri di rumah usang di sebuah kampung.
(B)
Mempunyai dua orang anak iaitu,Nana dan Nubhan.
(C)
Seorang yang peramah.
(D)
Takut akan ular.
(E)
Seorang yang pengasih dan penyayang.
(F)
Seorang yang taat akan perintah Tuhan.
(G)
Kurang pendengaran.
Nana
(A)
Anak bongsu Mak Piah.
(B)
Takut kepada suami
(C)
Tidak bertanggungjawab.
(D)
Jarang-jarang balik menjenguk emaknya.
GAYA BAHASA
AYAT
(A)
Pengarang menggunakan ayat pendek.Contohnya,
- “Dah tu, macam mana?”
- “Mak takut ular”
- “Mari kita makan!”
(B)
Pengarang menggunakan ayat panjang.Contohnya,
- Tanpa sempat saya membetulkan tanggapan,suara itu putus dalam
hujan yang sudah empat hari empat malam lebat dan renyai menyilih
ganti.
(hlm.52)
…Tidak tergamak hati ini membiarkan dia menyelongkar fikir, mencari
jawapan yang hanya semudah saya tersalah menekan sebiji butang di telefon bimbit lalu masuk ke talian rumahnya.
(hlm.54)
… Daripada kekesalan abangnya yang merelakan kongkongan isteri
sampailah kepada kepiluan hatinya tidak diizin suami membantu ibu membersihkan rumah selepas banjir. (hlm.56)
DIKSI Contohnya, Ya Allah (hlm.52) Zuhur (hlm.52) Assalamualaikum (hlm.53) Alhamdullilah (hlm.54) Insya-Allah (hlm.55) Jenazah (hlm.56) Arwah (hlm.57)
METAFORA
Contohnya,
Lukisan ceria terpamer di wajah tua, tanda teruja
menyalam perkenalan.
(hlm.54)
… hasratnya yang terpendam di lembah kepiluan.
(hlm.54)
- … saya meletakkan bungkusan takdir di atas lantai…
(hlm.54)
… yang beralaskan warna keikhlasan pada tikar mengkuangnya
(hlm.54)
Menikmati resipi pembohongan yang terpampang tiba-tiba!
(hlm.55)
- saya merakamkan cerita dalam lautan fikir yang masih…
(hlm.55)
… banjir kebahagiaan di mata tuanya…
(hlm.56)
SIMILE
Contohnya,
Ataukah agaknya dia bimbangkan bil telefon “anak” ini
akan menjadi seperti harga ikan di pasar kami?
(hlm.53)
PERSONIFIKASI
Contohnya,
… banjir kali ini telah menelan dua nyawa.
(hlm.52)
Getar suaranya menggegarkan perasaan.
(hlm.52)
… rindu yang mencengkam sukma ini…
(hlm.54)
… bersahaja sambil mata berlari memerhati bungkusan
dalam…
(hlm.54)
… tanda teruja menyalam perkenalan. (hlm.54) … getar suara Mak Piah menyelinap ke urat hati tadi. (hlm.55)
… banjir kebahagiaan di mata tuanya meruntun sukma… (hlm.56)
Tanda soal berbaur dura menyambut kehadiran. (hlm.56)
Peribahasa
Contohnya,
Isi hati
(hlm.51)
Sinkope
Contohnya,
Orang jual ikan dah tiga hari tak datang.Mamak jual roti pun tak
boleh masuk kampung.Mak tak ada makanan.
(hlm.51)
langsungAbang kau tu, duduk saja dekat tapi tak menjenguk
tak hiraukan keadaan mak dalam banjir ini.
(hlm.51)
Banjir dulu, pindah juga ke pusat pemindahan… tapi susah.
(hlm.55)
Tak apa Mak Piah, selagi banjir tak surut,insya-Allah,saya akan
temankan Mak Piah.
(hlm.55)
Repitisi
Contohnya,
Atau telinganya sudah tidak mapu mendengar lagi? Ataukah
agaknya dia bimbangkan bil telefon “anak” ini akan menjadi
seperti harga ikan di pasar kami? Atau sememangnya dia keliru,
antara pemanggil dengan orang yang dipanggil, bayaran? siapa
yang dikenakan
(hlm.53)
Saya yakin sungguh.Benar-benar yakin!
(hlm.53)
“ Terima kasih-terima kasih,” ucapnya bertubi kali, seperti
ucapan dan pelukan emak sewaktu saya membelikan pokok
bunga mawar sebagai hadiah hari lahirnya.
(hlm.55 – 56)
NILAI
(A)
Kasih sayang.Contohnya,walaupun anak-anak Mak Piah tidak
mengambil berat tentang kehidupannya di kampung, Mak Piah
masih mengingati dan menyayangi anak-anaknya.
(B)
Keprihatinan.Contohnya, “saya” sanggup menharungi banjir
untuk melihat keadaan hidup Mak Piah yang tinggal seorang diri.
(C)
Baik hati.Contohnya, “saya” membawa bekalan makanan untuk
Mak Piah yang telah terputus bekalan makanan akibat kejadian
banjir.
(D)
Simpati.Contohnya, “saya” berasa simpati dengan keadaan Mak
Piah yang tinggal keseorangan serta keadaan Mak Piah yang
PENGAJARAN
(A)
Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap ibu bapa kita
dengan mengambil tahu tentang kehidupan
mereka,terutamanya sewaktu mereka menjangkau usia tua
dengan memberikan sepenuh perhatian kepada mereka.
(B)
Kita mestilah menghargai kasih sayang ibu bapa terhadap
anak-anak mereka .
(C)
Kita hendaklah mengamalkan sikap perikemanusiaan dan
tolong-menolong sesama manusia.
(D)
Kita hendaklah menjaga nama baik seseorang, terutamnya
nama baik ahli keluarga sendiri.
(E)
Kita mestilah tegas dan mempunyai pendirian dalam hal-hal
1)Berdasarkan petikan cerpen di tersebut, nyatakan
kejadian yang berlaku akibat banjir yang melanda tempat
tinggal penulis?
Kejadian banjir yang belaku akibat banjir yang melanda
tempat tinggal penulis ialah aktiviti laut wajib
ditangguhkan dan harga ikan di pasar telah naik.Selain itu
jiran penulis yang menghidap darah tinggi telah merungut
sakit kepala kerana menu harian mereka bukan lagi ikan
basah,tetapi digantikan dengan ikan kering.
2)Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam cerpen
di atas.
Gaya bahasa yang terdapat dalam cerpen di atas ialah
sinkope.Contohnya,Mamak jual roti puntak boleh masuk
kampung.Seterusnya, repitisi.Contohnya … sudah
3)Pada setiap tahun, banjir akan melanda beberapa negeri di negara kita. Pada pendapat anda, apakah sumbangan yang boleh dihulurkan oleh
masyarakat kepada mangsa banjir?
Pada pendapat saya, sumbangan yang boleh dihulurkan
oleh masyarakat kepada mangsa banjir adalah dengan
memberikan keperluan asas kepada mereka seperti
makanan,pakaian dan sebagainya.Selain itu, sumbangan
juga boleh dilakukan dengan cara menyertai pasukan
sukarelawan untuk mambantu mangsa banjir berpindah
dan membersihkan rumah mereka selepas banjir surut.
4)Pada pendapat anda,apakah yang anda lakukan
sekiranya mempunyai ibu bapa yang sudah berusia?
Pada pendapat saya, perkara yang saya lakukan sekiranya
mempunyai ibu bapa yang sudah tua adalah tidak akan
membiarkan mereka tinggal bersendirian.Selain itu, selalu
membahagiakan kehidupan mereka.
5)Nyatakan dua perwatakan Mak Piah berdasarkan cerpen
di atas.
Dua perwatakan Mak Piah berdasarkan cerpen di atas
ialah mengambil berat akan
anak-anaknya.Contohnya,sentiasa bertanya khabar Nana.Selain
itu,Mak Piah sorang yang peramah.Contohnya,sentiasa
6)Nyatakan nilai yang terdapat dalam cerpen di atas.
Nilai yang terdapat dalam cerpen di atas ialah nilai baik
hati.Contohnya, “saya” membawa bekalan makanan
untuk Mak Piah yang telah terputus bekalan makanan
akibat kejadian banjir.Seterusnya, nilai keprihatinan.
Contohnya, “saya” sanggup mengharungi banjir untuk
7)Mengapakah Mak Piah mengucapkan terima kasih
kepada Nana?
Mak Piah mengucapkan terima kasih kepada Nana
kerana Nana tetap menelefon dan bertanyakan
khabarnya berbeza yang tidak menghiraukannya
walaupun tinggal berdekatan.
8)Apakah yang dilakukan oleh watak “saya” selepas
makan bersama Mak Piah?
Selepas makan bersama Mak Piah, saya menolongnya
mencuci pinggan yang telah dimakan di
singki.Seterusnya, menyimpan barang-barang makanan
yang “saya”bawa ke dalam peti sejuk.
9)Apakah yang dinyatakan oleh Nana selepas kematian
emaknya?
Nana menyatakan bahawa dia langsung tidak pernah
mengirimkan apa-apa kepada emaknya.Seterusnya, dia
juga tidak pernah menelefon emaknya kerana emaknya
mengalami masalah pendengaran.
10)Berikan dua latar masa yang terdapat dalam cerpen di
atas beserta dengan contohnya.
Latar masa yang terdapat dalam cerpen di atas ialah
pada empaat hari empat malam.Contohnya, hujan turun
selama empat hari empat malam.Seterusnya, pada
waktu pagi.Contohnya,watak “saya” mendapatkan
nombor telefon rumah temannya, iaitu Ameera pada
waktu pagi.
Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta.