• Tidak ada hasil yang ditemukan

FOLIO BM SEM 2 APIZ.docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "FOLIO BM SEM 2 APIZ.docx"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

TEMA MAKSUD TEMA

Tema merupakan suatu gagasan pokok atau idea pikiran tentang sesuatu hal, salah satunya dalam membuat suatu penulisan. Di setiap penulisan pastilah mempunyai sebuah tema, karena dalam sebuah penulisan,penulis harus memikirkan tema apa yang akan dibuat.

TEMA:

Dalam novel Pantai Kasih,tema yang diuraikan ialah Ketabahan seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dalam hidupnya. BUKTI:

Raiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap cita-citanya hendak menjadi pakar bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat untuk menjadi pakar bedah

sepertinya kerana beranggapan bahawa tugas sebagai seorang pakar bedah hanya mampu dilakukan oleh orang lelaki sahaja yang tahan dari segi fizikal dan mental. Namun pandangan

ayahnya itu dibangkang oleh Raiha dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi seorang pakar bedah yang Berjaya.

Selepas berkhidmat dalam bidang itu di sebuah hospital kerajaan akhirnya selepas beberapa tahun Raiha mengambil keputusan menerima pelawaan untuk bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

(2)

Raiha tabah menerima tugas membedah Unong Siron walaupun tahu sepatutnya pembedahan tersebut dilakukan oleh Doktor Uwang tetapi atas kepercayaan yang diberikan menjadikan dia setuju untuk membedah pesakit itu buat kali keenam. Dia

melakukan dengan sebaik mungkin supaya Unong Siron akan dapat mengakhiri penderitaan kesakitannya selepas itu.

-Raiha juga tabah dalam membuat keputusan untuk membedah Doktor Uwang yang mengalami kecederaan teruk pada

pergelangan tangan dan temurung lutut doktor itu supaya dapat menyelamatkan doktor itu yang mengalami kemalangan selepas merempoh tembok Pusat Rawatan Kasih.

Setelah beberapa peristiwa hitam yang dihadapi oleh Raiha sebelum ini menjadikan dia seorang yang tabah apabila

mengetahui punca sebenar kematian anaknya selepas Sister Felicia Landosi menceritakan perkara sebenar yang berlaku. Raiha tabah dengan berita punca kematian anaknya itu dan menganggap mereka adalah mangsa keadaan.

(3)

PERSOALAN

MAKSUD PERSOALAN:

Persoalan bermaksud perkara-perkara sampingan atau isi yang lebih kecil yang ada hubungan dan menyokong tema sesuatu karya.

PERSOALAN:

Persoalan Tentang Kepentingan Diri Melebihi Kepentingan Masyarakat.

Sikap lebih mementingkan keuntungan syarikat digambarkan melalui watak Doktor Uwang yang tidak menghiraukan kesusahan pesakitnya Unong asalkan berkemampuan mendapatkan

rawatan. Doktor Uwang juga sanggup menghantar anak

perempuan tunggalnya duduk di sekolah berasrama seawal usia 7 tahun semata-mata untuk tidak menggangu rutin dan statusnya. Apatah lagi anak itu adalah hasil keterlanjurannya sedangkan dia memang tidak menginginkan anak apabila berumah tangga.

(4)

Persoalan Tentang Tanggungjawab Yang Harus Dipikul.

Raiha bersetuju untuk melakukan pembedahan ke atas Unong walaupun dia berasa bahawa Dokor Uwanglah yang selayaknya melakukan pembedahan tersebut. Raiha juga berasa bahawa menjadi tanggungjawabnya melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang yang cedera akibat kemalangan merempuh tempoh Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia terpanggil untuk melakukannya demi menyelamatkan nyawa doktor tersebut.

Persoalan Tentang Kasih Sayang.

Raiha begitu sayang akan anaknya Rohayu walaupun didapati Rohayu cacat sebelum dilahirkan lagi. Baginya anaknya itu

mempunyai hak untuk lahir dan mendapatkan kasih sayangnya. Selepas Rohayu dilahirkan, Raiha menghabiskan banyak masa melayani Rohayu berbanding bekas suaminya Doktor Sadiz yang mengharapkan agar anaknya itu dihantar ke pusat pejagaan jauh dari situ bagi mengelakkan taraf dan kewibawaannya dijadikan bahan perbincangan ramai. Raiha pula berasa kasih atas nasib yang menimpa Unong.

(5)

WATAK DAN PERWATAKAN

MAKSUD WATAK:

Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang

menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam.

MAKSUD PERWATAKAN:

Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman.

MAKSUD WATAK UTAMA:

Watak utama ialah watak yang memainkan peranan utama dalam cerita. Dalam sesebuah cerita, pengarang banyak menumpukan penceritaannya terhadap watak utama kerana watak inilah

menjadi fokus dalam cerita dan menjadi penggerak utama cerita.

MAKSUD WATAK SAMPINGAN:

Watak-watak pembantu yang ditimbulkan oleh pengarang dalam cerita untuk menyokong tindak-tanduk watak utama. Watak-watak ini diwujudkan sebagai pelengkap cerita. Watak ini kadangkala bergerak seiring dengan watak utama dalam cerita.

(6)

WATAK UTAMA DALAM NOVEL PANTAI KASIH IALAH: -RAIHA

Raiha seorang yang tegas dengan pilihan hati dan

pendirian.Seorang yang dicengkam kenangan lalu dan berasa curiga dengan kemampuan diri sendiri.Sentiasa terkenang peristiwa malang yang mengikabatkan kematian anak

kesayangannya.Mempunyai prinsip memuaskan hati semua pihak, sebaik mungkin, seboleh mungkin.Pernah membedah banyak orang kenamaan dan orang biasa.Neneknya

berketurunan Idaan yang mempunyai kepercayaan bahawa nenek moyang mereka berasal daripada Nunuk Ragang.

WATAK SAMPINGAN DALAM NOVEL PANTAI KASIH IALAH: -DOKTOR UWANG

Seorang doktor Pakar Bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih.Pernah menjadi guru demonstrator dalam bidang

surgery.Guru yang pernah mengajar raiha unsur-unsur.Doktor yang kerap member ceramah-ceramah perubatan.

(7)

-UNONG SIRON

-Bekas Pesakit Doktor Uwang.

Berasal dari keluarga berpendapatan sederhana atau lebih ke bawah namun mampu untuk bertugkus lumus menabung wang untuk mendapatkan rawatan operasi di PRPK.Kurus cengkung dan pucat.

-DOKTOR SADIZ

Adik kepada Datu Ontong iaitu pak cik kepada Doktor

Uwang.Pakar Perunding Pembedahan.Pakar Bedah Otak.Lelaki angkuh yang dilabelkan oleh ayah Raiha.

(8)

LATAR MAKSUD LATAR:

Latar berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan manusia yang terdapat dalam cerita.

MAKSUD LATAR MASA ATAU WAKTU:

Menunjukkan masa peristiwa berlaku seperti zaman, era, sejarahnya, atau musimnya.

MAKSUD LATAR TEMPAT:

Merupakan ruang atau tempat peristiwa berlaku yang berkaitan dengan lokasi geografi.

MAKSUD LATAR MASYARAKAT:

Menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian dengan watak.

(9)

BUKTI LATAR LATAR MASA:

1.WAKTU MALAM:

Kemalangan Doktor Uwang

Doktor Uwang menerima panggilan paslu yang menyatakan bahawa berlakunya kecemasan di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Sewaktu membelok ke kawasan pusat rawatan, lutut kakinya kejang dan pergelangan tangannya juga kebas menyebabkan dia terbabas dan melanggar tembok di pusat rawatan tersebut.

Kemalangan tersebut telah menyebabkan Raiha melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang menggunakan kelengkapan hospital milik keluarganya yang biasa digunakan untuk membuat pembedahan terhadap pesakit gologan menengah dan

sederhana.

2.WAKTU SENJA: Pembedahan keenam

Pembedahan keenam yang dilakukan ke atas Unong Siron berlangsung pada waktu senja. Pembedahan itu telah Berjaya dilakukan oleh Raiha selepas diminta oleh Doktor Uwang. Walaupun Raiha mempersoalkan peranannya, namun dia mengambil alih pembedahan tersebut dengan penuh

tanggungjawab dan mengharapkan agar pembedahan tersebut adalah pembedahan terakhir untuk gadis lincah Unong Siron.

(10)

LATAR TEMPAT:

1.PUSAT RAWATAN PANTAI KASIH

-Pusat rawatan mewah milik keluarga Doktor Uwang -Tempat Rahia bertugas sebagai pakar bedah.

-Tempat Unong Siron mendapat rawatan pembedahan tulang pinggulnya selama enam kali pembedahan

2.APARTMENT RAIHA

-Tempat tinggal Raiha selepas peristiwa hitam kematian anaknya dan dibiarkan hidupnya tergantung-gantung oleh Doktor Sadiz. -Tempat Raiha melepaskan penat lelah selepas seharian

bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

-Tempat Raiha memendam rasa dan menyendiri serta merasai kesukaran menghadapi peristiwa hitam yang dialami beberapa tahun lalu.

3.DOKTOR UWANG

-Tempat tinggal Doktor Uwang dan keluarganya.

-Tempat berlangsungnya sambutan ketibaan tahun baru,

sehingga memaksa Doktor Uwang menghantar Sister Felicia dan Doktor Sadiz pulang.

(11)

LATAR MASYARAKAT:

1.Masyarakat Yang Mementingkan Keuntungan

Doktor Uwang memikirkan keuntungan yang berlipat ganda selepas mengambil alih Pusat Rawatan Pantai Kasih daripada ayahnya Datu Untong. Dia tidak menghiraukan sama ada pesakit yang mendapatkan rawatan di pusat rawatannya itu mampu atau tidak asalkan dia mendapat keuntungan dengan meletakkan harga yang dirasakan munasabah untuknya.

2.Masyarakat Yang Takut Berterus Terang

Sister Felicia Londusai tidak berterus terang dengan Raiha

tentang kemalangan yang berlaku sehingga meragut nyawa anak perempuan Raiha kerana takut. Felcia tahu bahawa Doktor Sadiz yang menyiram minyak petrol ke kereta mewah Porsche miliknya akibat rasa marah yang membawa terhadap Raiha.

3.Masyarakat Yang Ego

Doktor Sadiz menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuan mereka. Daktor Sadiz menganggap Raiha bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian tersebut sedangkan kemalangan tersebut adalah disebabkan sifat marahnya yang membakar kereta mewah miliknya sendiri dengan menyiram minyak petrol sehingga menyebabkan anak perempuan mereka yang kebetulan ada disitu disambar api tersebut.

(12)

TEKNIK PLOT

MAKSUD TEKNIK PLOT:

Teknik plot ialah cara pengarang mengembangkan plot ceritanya supaya menarik.

TEKNIK PLOT TERBAHAGI KEPADA 3 IAITU: 1.IMBAS KEMBALI

-Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya.

2. Saspens

-Saspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku

selanjutnya.

3. Dialog

1.Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak.

2.Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau fikiran yang berkaitan dengan tema.

(13)

CONTOH TEKNIK PLOT IMBAS KEMBALI:

-Imbas Kembali Kematian Anak Perempuan Raiha

Raiha sering mengingati anak perempuannya, Rohayu. Kematian Rohayu sering diimbas kembali oleh Raiha kerana dia masih belum mendapat jawapan pasti punca kematian anak

istimewanya itu. Sewaktu di rumah mahupun di mana-mana sahaja imbasan anak perempuannya itu sering menghantui fikirannya.

-Imbas Kembali Zaman Belajar Di Pusat Pengajian Tinggi Raiha sering teringat sewaktu dia belajar di pusat pengajian tinggi. Salah seorang tenaga pengajar ialah Doktor Uwang, seorang pensyarah yang berwajah tampan menyebabkan dia secara sukarela membantu melakukan demostrasi apabila pembelajaran sedang dijalankan.

-Imbas Kembali Zaman Sekolah Rendah

Raiha teringat saat persekolahannya di sekolah rendah bersama-sama Felicia. Mereka memang bersekolah berbersama-sama-bersama-sama dan melihat Felicia selalu diherdik dan diejek status kelahirannya. Felicia adalah anak ragu status apabila ibunya terlanjur akibat gaya hidup bebas yang diamalkan.

(14)

SASPENS:

1.Saspens Punca Kematian Anak Perempuan Raiha

Pembaca berasa saspens kerana tidak mendapat gambaran jelas tentang punca kematian anak perempuan Raiha. Pembaca berasa lega dan begitu juga dengan Raiha apabila Felicia telah mengaku dan menceritakan situasi sebenar kematian anak Raiha itu. Felicia meminta maaf kerana tidak muncul sewaktu perbicaraan antara Doktor Sadiz dan Raiha kerana takut. Baharulah pembaca mengetahui kedudukan sebenar punca kematian anak Raiha.

2.Saspens Nasib Felicia Yang Ditahan Oleh Penceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih

Pembaca berasa saspens apabila Felicia ditanah oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor buat kali kedua. Pembaca saspens tentang nasib Felicia memandangkan ketika itu dia juga berada dalam keadaan khayal akibat minum ubat batuk berlebihan. Pembaca berasa lega apabila Raiha Berjaya memperdaya pemuda itu dengan mengatakan bahawa Unong Siron memerlukan bantuan pemuda itu di hospital yang lain.

(15)

DIALOG:

1.Dialog Raiha Dan Doktor Sadiz

-Penulis menggunakan teknik dialog dalam novel ini. Perbualan di antara Raiha dan Doktor Sadiz ketika membahaskan pengguguran anak dalam kandungan Raiha. Doktor Sadiz tidak mahu Raiha mengandung anak yang cacat sedangkan Raiha menyatakan bahawa anak tersebut mempunyai roh dan berhak untuk hidup.

2. Dialog Raiha Dan Ayahnya

-Dialog antara Raiha dan ayahnya tentang kerjaya pakar bedah ada dalam novel ini. Ayah Raiha tidak bersetuju Raiha menjadi pakar bedah kerana baginya kerjaya tersebut lebih sesuai disandang oleh orang lelaki yang lebih berdaya juang dari segi fizikal dan mental. Raiha turut mempersoalkan keputusan ayahnya itu sedangkan ayahnya juga adalah seorang pakar bedah tetapi tidak memberikan sokongan kepadanya.

3.Dialog Raiha dan Sister Felicia

-Raiha juga berdialog dengan Sister Felicia ketika Raiha memanggilnya ke pejabat bagi memberikan penjelasan tentang sika kasar Felicia terhadap ibu Unong Siron. Felicia menjeaskan bahawa ‘sapi tua’ paggilan terhadap Ibu Unong telah menuduhnya tidak jujur kerana mencadangkan pembedahan terhadap anaknya di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Walaupun dia mendapat lima peratus daripada jumlah kos yang dibayar tetapi Raiha berpendapat dia tidak harus bersikap kasar terhadap keluarga pesakit.

(16)

NILAI

MAKSUD NILAI:

Nilai diertikan sebagai satu konsep yang dijadikan asas oleh masyarakat untuk melihat, mengukur atau membuat pilihan

terhadap sesuatu perkara, darjat, mutu, kualiti dan taraf perilaku dan benda mengenai seseorang atau kelompok orang sebagai baik, berharga dan bernilai.

CONTOH:

1.Nilai Kerajinan

Nilai kerajinan diperlihatkan melalui sikap Sister Felicia yang asalnya belajar di kawasan pedalaman di Inanam tetapi atas sikap kerajinannya itu dia Berjaya belajar hingga menjadi seorang jururawat di Hospital Kinabalu.

Nilai kerajinan juga diperlihatkan melalui watak Raiha yang rajin belajar daripada mentornya iaitu Doktor Uwang sewaktu

menuntut di pusat pengajian tinggi dan sanggup melakukan apa-apa sahaja yang diminta oleh mentornya itu termasuk membuat demonstrasi.

(17)

2.Nilai Ketekunan

Nilai ketekunan kelihatan dalam Novel melalui watak Raiha yang tekun belajar sehingga menjadi seorang pakar bedah sama seperti ayahnya. Walaupun cita-citanya itu tidak direstui oleh ayahnya yang merupakan seorang pakar bedah, namun atas ketekunannya mengharungi pelbagai cabaran telah menjadikan dia seorang pakar bedah dan diterima berkhidmat di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

3.Nilai Keberanian

Raiha berani mempertahankan bahawa kesalahan atas kematian anak perempuannya adalah disebabkan oleh Roktor Sadiz. Sikapnya itu tidak disenangi oleh Doktor Sadiz sehinggakan kes mereka itu berlarutan dan menjejaskan nama baiknya sendiri. Sikapnya itu juga tidak disenangi oleh keluarganya sendiri kerana mempertahankan benang yang basah. Apatah lagi Sister Felicia tidak muncul untuk menjadi saksi di mahkamah sehingga Raiha kalah dalam kes tersebut.

4.Nilai Bertanggungjawab

Raiha bertanggungjawab untuk menjadikan pembedahan ke atas Unong Siron sebagai pembedahan yang keenam dan yang terakhir. Hal ini demikian kerana Raiha berpendapat tidak sewajarnya gadis remaja itu menghabiskan masa menghadapi hidup dengan waktu sukar yang sangat panjang. Tidak sepatutnya gadis tersebut menjalani pembedahan yang sama di tempat sama dan atas sakit yang sama sehingga lima kali.

(18)

PENGAJARAN MAKSUD PENGAJARAN:

Pengajaran ialah peringatan/pedoman/perutusan/amanat/mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya kepada pembaca/penonton.

CONTOH/BUKTI PENGAJARAN:

1.Kita Hendaklah Mempunyai Matlamat Hidup.

Untuk Berjaya seseorang mesti ada matlamat hidup. Raiha Berjaya menjadi seorang pakar bedah setelah belajar

bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Walaupun cita-cita Raiha untuk menjadi pakar bedah tidak direstui tetapi dengan matlamat hidup yang jelas, cita-cita Raiha akhirnya Berjaya dikecapi.

2.Kita hendaklah menghormati hak orang lain

Setiap orang mempunyai hak. Hak orang lain perlu dihormati. Unong Siron berhak untuk mendapat kesihatan baiknya semula, tetapi Pusat Rawatan Pantai Kasih telah menyebabkan wang insurans akibat kemalangan jalan raya anaknya itu dihabiskan untuk membayar kos enam kali pembedahan. Pusat Rawatan Pantai Kasih tidak menghormati hak pesakitnya.

3.Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap perkara yang dilakukan

Apabila seseorang melakukan sesuatu perkara, dia seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa tindakan yang diambil. Doktor Sadiz tidak bertanggungjawab menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuannya.

(19)

Referensi

Dokumen terkait

Kabupaten Tanjung Jabung Barat menunjukan bahwa rumah tangga nelayan yang bersangkutan mempunyai tingkat kesejahteraan cukup untuk memenuhi kebutuhan primer

Based on some steps above, it can conclude that teacher has to use performance to teach vocabulary to them. In this level, teacher can use media in learning process. It can

Namun, hal itu berbeda dengan penelitian Yendrawati dan Asy’ari (2017) yang menunjukkan bahwa kepemilikan manajerial berpengaruh negatif terhadap hubungan antara free

Peneliti berharap, penelitian ini dapat berguna bagi para praktisi, dan penegak hukum yang bergerak dalam hukum internasional dan dapat digunakan sebagai

Komunikasi dan interaksi ini dapat dideteksi berdasarkan kelancaran (fluidity) aliran informasi kebutuhan teknologi dan/atau persoalan nyata yang dihadapi oleh

Pengaruh Temperatur Annealing Terhadap Struktur, Sifat listrik dan Sifat Optik Film Tipis Zinck Oxide Doping Alumunium (ZnO:Al) Dengan Metode DC Magneton

Pada waktu dan tempat tersebut diatas, awalnya saksi Tri Eka Lasmono, saksi Muhammad Dani, A.md dan saksi Bilal Harahap, SH (ketiganya anggota Polres Kota Sibolga)

Untuk alasan inilah Anda tidak dapat mengatur kata sandi admin jika kata sandi sistem atau kata sandi hard drive telah diatur. Oleh karena itu, kata sandi admin harus