• Tidak ada hasil yang ditemukan

Faqs Kimia Spm t4 2016

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Faqs Kimia Spm t4 2016"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Milik abadi : ………..………

Tin

(2)

Soalan Lazim dalam SPM Jawapan Piawai

1) Apakah itu takat lebur sesuatu bahan? • … adalah suhu di mana bahan berkeadaan pepejal berubah kepada keadaan cecair pada tekanan tertentu.

2) Nyatakan apakah yang dimaksudkan

dengan isotop. • … adalah atom-atom yang mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron berlainan (@... dengan nombor

proton yang sama tetapi nombor nukleon yang berbeza).

3) Terangkan mengapa suhu tidak berubah

semasa proses peleburan. • Tenaga haba diserap oleh zarah digunakan untuk mengatasi daya tarikan antara zarah supaya pepejal boleh bertukar

menjadi cecair.

4) Terangkan mengapa suhu tidak berubah

semasa proses pembekuan. • Haba yang hilang ke sekitaran diseimbangkan dengan tenaga haba yang dibebaskan apabila zarah menarik antara satu sama

lain untuk membentuk pepejal.

5) Nyatakan zarah-zarah sub atom utama daripada suatu atom.

Bandingkan dan bezakan jisim atom relatif dan caj relatif zarah-zarah sub atom atom itu.

• Atom mengandungi 3 jenis zarah sub atom; proton, neutron and elektron.

Zarah Sub Atom Simbol Jisim relatif Cas relatif

Proton p 1 +1

Elektron e 1/1840 -1

Neutron n 1 neutral

Soalan Lazim dalam SPM Jawapan Piawai

6) Nyatakan maksud formula empirik. • … adalah formula yang menunjukkan nisbah nombor bulat

teringkas atom-atom setiap unsur dalam suatu sebatian.

7) Nyatakan makna bagi formula

molekul. • … adalah formula yang menunjukkan bilangan sebenar atom-atom bagi setiap unsur yang terdapat di dalam molekul sebatian. 8) Mengapa kaedah untuk menentukan

formula empirik kuprum(Il) oksida tidak boleh digunakan untuk menentukan formula empirik magnesium oksida ?

• kerana magnesium lebih reaktif daripada hidrogen.

• Gas hidrogen tidak boleh menurunkan magnesium oksida kepada magnesium.

9) Mengapa kaedah untuk menentukan formula empirik magnesium oksida tidak boleh digunakan untuk menentukan formula empirik bagi kuprum(II) oksida ?

• kerana kuprum adalah logam kurang reaktif.

• Ia bertindak balas perlahan dengan oksigen. Maka sukar untuk kuprum bertukar menjadi kuprum(II) oksida dengan lengkap.

Soalan Lazim dalam SPM Jawapan Piawai

10) Nyatakan sifat-sifat fizik

unsur-unsur kumpulan 1 / logam alkali. • Mengkonduksikan elektrik dan haba dengan sangat baik. • Lembut dan mudah dipotong menggunakan pisau.

• Berpermukaan kelabu berkilau apabila baru dipotong.

• Takat lebur dan didih yang relatif rendah berbanding logam lain contohnya besi dengan takat lebur 1540oC.

• Berketumpatan rendah dan terapung dipermukaan air.

11) Nyatakan sifat-sifat fizik ahli-ahli

kumpulan 17 / halogen. • Wujud sebagai molekul dwiatom. • Takat lebur dan didih yang rendah.

• Penebat elektrik yang baik.

(3)

12) Nyatakan perubahan sifat-sifat fizikal Kumpulan 17 apabila menuruni kumpulan.

• Keadaan fizik halogen berubah pada suhu bilik daripada gas kepada cecair, kemudian kepada pepejal.

• Warna halogen menjadi semakin gelap.

13) Nyatakan empat sifat istimewa

unsur-unsur peralihan. • Unsur peralihan membentuk larutan ion berwarna. • Unsur peralihan menunjukkan nombor pengoksidaan yang

berbeza-beza dalam sebatiannya.

• Unsur peralihan bertindak sebagai mangkin dalam tindak balas kimia tertentu.

• Unsur peralihan boleh membentuk ion kompleks.

14) Nyatakan kedudukan unsur 𝑋1531 dalam jadual Berkala Unsur. Terangkan jawapan anda..

• Susunan elektron bagi atom X ialah 2.8.5

• Atom X mempunyai 5 elektron valens. Oleh itu, ia adalah dalam kumpulan 15.

• Atom X mempunyai 3 petala beisi elektron. Oleh itu, ia berada dalam kala 3.

15) Apabila merentasi kala 3 daripada natrium kepada argon, saiz atom-atom semakin kecil. Terangkan mengapa.

Apabila merentasi kala dari kiri ke kanan ;

• bilangan proton (nombor proton) dalam nukleus bertambah . Ini meningkatkan cas positif nukleus.

• oleh itu, daya tarikan nukleus terhadap elektron semakin kuat. • elektron valens ditarik lebih dekat kepada nukleus, menyebabkan

saiz atom berkurangan.

16) Apabila merentasi kala 3 dari natrium hingga argon,

keelektronegatifan unsur bertambah. Terangkan mengapa.

Apabila merentasi kala dari kiri ke kanan ; • saiz atom berkurangan.

• bilangan proton dalam nukleus bertambah. Ini meningkatkan cas positif nukleus.

• akibatnya daya tarikan nukleus ke atas elektron pada petala paling luar semakin kuat.

• ini meningkatkan kecenderungan untuk atom menarik elektron dan bertukar menjadi ion bercas negatif.

• oleh itu, keelektronegatifan bertambah.

17) Kereaktifan Kumpulan 1 bertambah apabila menuruni kumpulan. Terangkan mengapa. //

Mengapa kalium adalah lebih reaktif berbanding natrium dan natrium lebih reaktif daripada litium ?

• Apabila menuruni kumpulan 1, bilangan petala yang berisi elektron bertambah.

• Saiz atom juga bertambah.

• Elektron valens tunggal menjadi lebih jauh daripada nukleus. • Oleh itu, daya tarikan nukleus ke atas elektron valens menjadi

semakin lemah.

• Oleh itu, adalah lebih mudah untuk atom kehilangan elektron valensnya untuk mencapai susunan elektron duplet atau oktet.

18) Kereaktifan unsur-unsur kumpulan 17 berkurangan apabila menuruni kumpulan. Terangkan mengapa.

Apabila menuruni kumpulan 17, • saiz atom meningkat.

• petala paling luar setiap atom halogen menjadi lebih jauh daripada nukleus.

• oleh itu, daya tarikan nukleus ke atas elektron menjadi lemah. • oleh itu adalah lebih sukar untuk menarik satu elektron ke petala

terluarnya untuk membentuk ion bercas negatif.

19) Mengapakah gas helium adalah

tidak reaktif secara kimia? • Helium mempunyai 2 elektron valens dan mencapai susunan elektron duplet yang stabil. Ia tidak perlu untuk terima, derma atau

berkongsi elektron dengan atom-atom unsur lain.

20) Natrium terbakar dalam oksigen dan hasilnya dilarutkan dalam air. Apakah sifat larutan yang terbentuk? Terangkan mengapa.

• Larutannya adalah bersifat alkali.

• Natrium terbakar dalam oksigen untuk menghasilkan natrium oksida. • Serbuk putih natrium oksida larut dalam air untuk menghasilkan

(4)

21) Gas klorin dilarutkan dalam air. Apakah yang anda boleh perhatikan jika sehelai kertas litmus biru direndam ke dalam larutan yang terbentuk ? Terangkan mengapa.

• Kertas litmus biru bertukar merah dan kemudian dilunturkan.

• Apabila gas klorin larut dalam air, ia membentuk asid hidroklorik , HCI dan asid hipoklorus , HOCl.

• Asid hidroklorik adalah asid yang menukarkan kertas litmus biru ke merah manakala asid hipoklorus adalah agen peluntur yang melunturkan warna merah kertas litmus.

Soalan Lazim dalam SPM Jawapan Piawai

22) Nyatakan dua sifat fizik sebatian

ion. • Takat lebur dan takat didih yang tinggi – pepejal pada suhu bilik. • Mengkonduksi elektrik dalam larutan akueus & leburan.

• Biasanya larut dalam air tetapi tidak larut dalam pelarut organik.

23) Nyatakan dua sifat fizik sebatian

kovalen. • Takat lebur dan takat didih rendah – cecair / gas pada suhu bilik. • Penebat elektrik dalam semua keadaan.

• Biasanya larut dalam pelarut organik seperti benzena tetapi tidak larut dalam air.

24) Terangkan mengapa natrium klorida boleh mengalirkan elektrik dalam keadaan berair tetapi tidak boleh mengalirkan elektrik dalam keadaan pepejal .

• Natrium klorida adalah sebatian ion.

• Dalam keadaan pepejal, ion natrium dan ion klorida dipegang oleh daya tarikan elektrostatik yang kuat dalam struktur kekisi.

• Ion-ion berada dalam kedudukan yang tetap dan tidak boleh

bergerak bebas. Oleh itu , sebatian ion dalam keadaan pepejal tidak mengalirkan elektrik .

• Dalam keadaan berair atau leburan, ion-ion bebas bergerak membawa arus. Oleh itu sebatian boleh mengalirkan elektrik.

25) Magnesium klorida dan hidrogen klorida adalah dua sebatian klorin. Pada keadaan bilik, magnesium klorida wujud sebagai pepejal tetapi hidrogen klorida wujud sebagai gas. Terangkan mengapa.

• Magnesium klorida adalah sebatian ion manakala hidrogen klorida adalah sebatian kovalen.

• Ion magnesium dan ion klorida ditarik bersama oleh daya

elektrostatik yang kuat. Oleh itu, ia memerlukan tenaga haba yang tinggi untuk atasi daya ini dan ia wujud sebagai pepejal pada keadaan bilik .

• Hidrogen klorida terdiri daripada molekul yang neutral.

• Daya antara molekul-molekul (daya van der Waals) lemah. Oleh itu, ia mempunyai takat lebur & takat didih yang rendah dan wujud sebagai gas pada keadaan bilik.

26) Terangkan pembentukan ikatan ion antara magnesium, 𝑀𝑔1224 , dan oksigen, 𝑂168

• Atom magnesium mempunyai susunan elektron 2.8.2

• atom Mg menderma 2 elektron valensnya untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil, 2.8.

• Satu ion positif, Mg2+ terbentuk.

• Atom oksigen mempunyai susunan elektron 2.6

• atom O menerima 2 electron dari atom magnesium untuk mencapai kestabilan susunan elektron oktet, 2.8.

• Satu ion negatif, O2- terbentuk

• Ion positif , Mg2+ dan ion negatif, O2- , tertarik bersama oleh daya

elektrostatik yang kuat untuk membentuk sebatian ion dengan formula MgO.

27) Terangkan pembentukan ikatan kovalen antara atom karbon, 𝐶126 dan atom klorin, 𝐶𝑙1735 .

• Atom karbon mempunyai susunan elektron 2.4 • Atom klorin mempunyai susunan elektron 2.8.7

• 1 atom karbon menyumbang 4 elektron valens kepada 4 atom klorin. • 4 atom klorin, menyumbang 1 elektron valens setiap satu kepada

(5)

• 1 atom C berkongsi 4 pasang elektron dengan 4 atom Cl untuk membentuk 4 ikatan kovalen tunggal.

• Semua atom C dan Cl, mencapai kestabilan susunan elektron oktet. • Satu sebatian kovalen dengan formula CCI4 terbentuk.

Soalan Lazim dalam SPM Jawapan Piawai

28) Nyatakan maksud elektrolit. • Elektrolit adalah bahan yang boleh mengalirkan elektrik dalam keadaan leburan atau akueus (cecair) dan mengalami perubahan kimia.

29) Terangkan mengapa larutan hidrogen klorida dalam air boleh mengalirkan elektrik tetapi larutan hidrogen klorida dalam metilbenzena tidak boleh mengalirkan elektrik?

• Hidrogen klorida adalah sebatian kovalen.

• Dalam metilbenzena, hidrogen klorida wujud sebagai molekul neutral. Oleh itu, ia tidak boleh mengalirkan elektrik.

• Dalam air, hidrogen klorida mengion untuk menghasilkan ion hidrogen dan ion klorida yang bebas bergerak.

• Oleh itu , ia boleh mengalirkan elektrik.

30) Terangkan bagaimana elektrod kuprum memberi kesan nyahcas ion di anod semasa elektrolisis kuprum(II) sulfat.

• Dalam proses elektrolisis larutan kuprum(ll) sulfat menggunakan elektrod kuprum, tiada ion dinyahcaskan di anod.

• Sebaliknya, anod kuprum itu sendiri melarut, membentuk ion kuprum(ll). Cu  Cu2+ + 2e (atom Cu mengion)

31) Terangkan bagaimana

kepekatan ion dalam elektrolit memberi kesan nyahcas ion di anod semasa elektrolisis asid hidroklorik.

• Apabila menggunakan asid hidroklorik cair (<0.0001 mol dm-3), ion

hidroksida dinyah caskan di anod untuk menghasilkan gas oksigen. 4 OH-  2 H

2O + O2 + 4e

• Apabila menggunakan asid hidroklorik pekat (1.0 mol dm-3), ion klorida

dinyahcaskan di anod untuk menghasilkan gas klorin. 2 Cl-  Cl

2 + 2e 32) Terangkan mengapa warna biru

larutan kuprum(II) sulfat tidak berubah apabila sepasang plat kuprum digunakan sebagai elektrod dalam suatu proses electrolysis.

• Kadar nyahcas ion kuprum(ll) di katod adalah sama dengan kadar pengionan anod kuprum di anod.

ATAU

• Ion kuprum(ll) yang dinyahcas di katod digantikan dengan ion kuprum(Il) yang terbentuk dari pengionan kuprum di anod.

kepekatan ion kuprum(ll) – yang memberi warna biru - tidak berubah.

33) Jelaskan proses elektrolisis larutan natrium nitrat cair menggunakan elektrod-elektrod karbon.

• Larutan natrium nitrat terdiri daripada Na+, NO

3- , H+ dan ion OH

-• Semasa elektrolisis, ion-ion positif Na+ dan H+ bergerak ke katod dan

ion-ion negatif NO3- dan OH- bergerak ke anod.

• Di katod, ion H+ dipilih untuk dinyahcaskan kerana keududukannya yang

lebih rendah daripada ion Na+ dalam siri elektrokimia.

• Gas hidrogen adalah dibebaskan di katod.

• Pada anod , ion OH- dipilih untuk dinyahcaskan kerana keududukannya

yang lebih rendah daripada ion NO3- dalam siri elektrokimia.

• Gas oksigen dibebaskan di anod.

34) Terangkan bagaimana sel Daniell boleh menjana tenaga elektrik.

• Dalam sel Daniell, zink lebih elektropositif daripada kuprum.

• Zink bertindak sebagai terminal negatif dan kuprum bertindak sebagai terminal positif.

• Zink membebaskan elektron untuk membentuk ion zink, Zn2+.

• Elektron mengalir dari elektrod zink ke kuprum melalui litar luar. • Di elektrod kuprum, elektron diterima oleh ion kuprum(Il), Cu2+ dalam

kuprum(II) sulfat untuk membentuk atom kuprum.

• Aliran berterusan elektron dan pergerakan ion menghasilkan arus elektrik dalam sel Daniell itu.

(6)

Soalan Lazim dalam SPM Jawapan Piawai

35) Apakah yang dimaksudkan dengan asid kuat dan alkali lemah.

• Asid kuat adalah asid yang mengion dengan lengkap dalam air untuk menghasilkan kepekatan ion hidrogen, H+ yang tinggi.

• Alkali lemah adalah alkali yang mengion separa dalam air untuk menghasilkan kepekatan ion hidroksida , OH- yang rendah.

36) Apakah peneutralan? • …adalah tindak balas antara asid dan bes untuk menghasilkan garam dan

air sahaja.

37) Nilai pH asid etanoik glasial adalah 9 tetapi nilai pH bagi asid etanoik cair adalah 5. Terangkan mengapa nilai pH kedua-dua bahan ini berbeza.

• Asid etanoik glasial, CH3COOH adalah asid kering (tanpa air) yang terdiri

daripada molekul neutral sahaja. Tiada ion hidrogen, H+ bebas. Oleh itu,

ia tidak menunjukkan sifat berasid.

• Dalam asid etanoik cair, molekul asid etanoik mengion untuk menghasilkan ion hidrogen, H+.

• Kehadiran ion hidrogen, H+ akan menyebabkan larutan akueus asid

etanoik menunjukkan sifat berasid.

38) Nilai pH larutan ammonia dalam air adalah 9 tetapi nilai pH larutan ammonia dalam triklorometana adalah 7. Terangkan mengapa nilai pH kedua-dua bahan itu berbeza.

• Gas ammonia kering yang dilarutkan dalam triklorometana terdiri daripada molekul neutral, NH3 sahaja.

• Tidak ada ion hidroksida, OH- . Oleh itu, ia tidak menunjukkan sifat alkali.

• Dalam air, molekul NH3 akan mengion untuk menghasilkan ion

hidroksida, OH- bebas.

• Kehadiran ion hidroksida, OH- akan menyebabkan larutan ammonia

akueus menunjukkan sifat alkali.

39) Nilai pH bagi asid etanoik 1.0 mol dm-3 dan asid hidroklorik

1.0 mol dm-3 adalah

masing-masing 4 dan 1 . Terangkan perbezaan ini.

• Asid etanoik adalah asid lemah.

• Ia mengion separa dalam air, menghasilkan ion hidrogen dengan kepekatan H+ yang rendah. Maka pHnya tinggi.

• Asid hidroklorik adalah asid yang kuat.

• Ia akan mengion lengkap dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen dengan kepekatan H+ yang tinggi. Maka pHnya rendah.

40) Anda dibekalkan asid nitrik cair dan asid sulfurik cair yang mempunyai kepekatan yang sama iaitu 0.5 mol dm-3. Dalam

satu eksperimen peneutralan, 20 cm3 asid nitrik diperlukan untuk

meneutralkan 20 cm3 larutan

natrium hidroksida tetapi hanya 10 cm3 asid sulfurik yang

diperlukan untuk meneutralkan 20 cm3 larutan natrium

hidroksida. Terangkan mengapa.

• Asid nitrik adalah asid monoprotik manakala asid sulfurik adalah asid diprotik.

• Kepekatan ion hidrogen dalam asid sulfurik adalah dua kali ganda daripada dalam asid nitrik bagi setiap mol asid berkenaan.

• Oleh itu, isipadu asid sulfurik yang diperlukan hanya separuh berbanding dengan asid nitrik.

Soalan Lazim dalam SPM Jawapan Piawai

41) Apakah itu garam? • Garam ialah sebatian (ion) yang terbentuk apabila ion hidrogen, H+ dari

suatu asid digantikan oleh ion logam atau ion ammonium, NH4+. 42) Huraikan satu ujian kimia

untuk mengenal pasti kehadiran ion karbonat, CO32- dalam suatu

larutan.

• Tuang 2 cm3 larutan itu ke dalam tabung uji.

• Tambah 2 cm3 asid hidroklorik cair ke dalam tabung uji.

• Alirkan gas terbebas ke dalam air kapur. • Air kapur bertukar keruh.

(7)

43) Huraikan satu ujian kimia untuk mengenal pasti kehadiran ion klorida, Cl - dalam suatu

larutan.

• Tuang 2 cm3 larutan itu ke dalam tabung uji.

• Tambah 2 cm3 asid nitrik cair ke dalam tabung uji itu diikuti oleh kira-kira

2 cm3 daripada larutan argentum nitrat.

• Satu mendakan putih terbentuk.

44) Huraikan satu ujian kimia untuk mengenal pasti kehadiran ion sulfat, SO42- dalam suatu

bahan pepejal.

• Larutkan bahan tersebut dalam air suling menghasilkan larutan. • Tuang 2 cm3 larutan itu ke dalam tabung uji.

• Tambah 2 cm3 asid hidroklorik cair ke dalam tabung uji yang diikuti oleh

kira-kira 2 cm3 larutan barium klorida.

• Satu mendakan putih terbentuk.

45) Huraikan satu ujian kimia untuk mengenal pasti kehadiran ion nitrat, NO3- dalam suatu

larutan.

• Tuang 2 cm3 larutan itu ke dalam tabung uji.

• Tambah 2 cm3 asid sulfurik cair ke dalam tabung uji dan diikuti oleh 2 cm3

larutan ferum(II) sulfat. Campuran digoncang.

• Condongkan tabung uji sedikit dan titiskan beberapa titis asid sulfurik pekat perlahan-lahan di sepanjang sisi condong tabung uji ke dalam campuran.

• Cincin perang terbentuk.

46) Huraikan satu ujian kimia untuk identiti ion berikut: a) ion kuprum(II), Cu2+

b) ion magnesium, Mg2+

c) ion zinc ion, Zn2+

(a) ion kuprum(Il)

• larutan natrium hidroksida ditambah titis demi titis sehingga berlebihan. Satu mendakan biru terbentuk dan tidak larut dalam larutan natrium hidroksida berlebihan.

• larutan ammonia ditambah titis demi titis sehingga berlebihan. Satu mendakan biru terbentuk dan larut dalam larutan ammonia berlebihan untuk menghasilkan larutan biru gelap.

(b) ion magnesium

• larutan natrium hidroksida ditambah titis demi titis sehingga berlebihan. Satu mendakan putih terbentuk dan tidak larut dalam larutan natrium hidroksida berlebihan.

• larutan ammonia ditambah titis demi titis sehingga berlebihan. Satu mendakan putih terbentuk dan tidak larut dalam larutan ammonia berlebihan.

(c) ion zink

• larutan natrium hidroksida ditambah titis demi titis sehingga berlebihan. Satu mendakan putih terbentuk dan larut dalam larutan natrium hidroksida berlebihan untuk membentuk larutan tidak berwarna . • larutan ammonia ditambah titis demi titis sehingga melebihi. Satu

mendakan putih terbentuk dan larut dalam larutan ammonia berlebihan membentuk larutan tidak berwarna.

47) Huraikan satu ujian kimia untuk mengesan ion-ion berikut; a) ion ferum(II), Fe2+

b) ion ferum(III), Fe3+

(a) ion ferum(II)

• Tuang 2 cm3 larutan diuji ke dalam satu tabung uji.

• Tambah larutan kalium heksasianoferrat(III) ke dalam tabung uji itu. • Mendakan biru gelap terbentuk. Ion ferum(II) disahkan hadir.

(b) ion ferum(III)

• Tuang 2 cm3 larutan diuji ke dalam satu tabung uji.

• Tambah larutan kalium tiosianat ke dalam tabung uji itu.

• Satu pewarnaan darah merah terbentuk. Ion ferum(III) disahkan hadir.

48) Huraikan satu ujian kimia untuk membezakan antara ion plumbum(II), Pb2+ dan ion

aluminium ion, Al3+.

• Tuang 5 cm3 setiap larutan ke dalam dua tabung uji berasingan.

• Tambah 2 cm3 larutan kalium iodida ke dalam setiap tabung uji.

• Larutan dalam tabung uji yang menghasilkan mendakan kuning disahkan mengandungi ion plumbum(Il).

49) Huraikan satu ujian kimia bagi

mengenalpasti kehadiran ion • Tuang 2 cm

3 larutan diuji ke dalam satu tabung uji.

(8)

ammonium, NH4+ dalam satu

larutan. • Panaskan campuran dan letakkan kertas litmus merah lembap berhampiran mulut tabung uji.

• Kertas litmus merah lembap bertukar biru. Ion ammonium hadir.

Soalan Lazim dalam SPM Jawapan Piawai

50) Apakah yang dimaksudkan dengan

aloI? • Aloi adalah campuran dua atau lebih unsur-unsur dengan komposisi tetap tertentu di mana komponen utama adalah logam.

51) Nyatakan tujuan pembuatan aloi. • Meningkatkan rupa penampilan logam tulen

• Meningkatkan kekuatan / kekerasan logam tulen • Meningkatkan rintangan kepada kakisan logam tulen

52) Gangsa adalah aloi yang terdiri daripada kuprum dan timah. Terangkan mengapa gangsa lebih keras daripada kuprum.

• Atom kuprum dalam blok kuprum adalah bersaiz yang sama dan disusun dalam susunan yang teratur.

• Lapisan atom kuprum mudah menggelongsor apabila daya dikenakan.

• Atom kuprum dan atom stanum adalah berbeza saiznya.

• Kehadiran atom stanum mengganggu susunan atom-atom kuprum dalam blok gangsa.

• Ini akan menyukarkan lapisan atom kuprum dari menggelongsor di antara satu sama lain.

53) Terangkan proses perindustrian yang terlibat dalam pembuatan asid sulfurik. Tulis semua persamaan kimia yang terlibat.

• Leburan sulfur dibakar dalam udara berlebihan menghasilkan sulfur dioksida.

S + O2 SO2

• Sulfur dioksida dan oksigen berlebihan dilalukan atas vanadium(V) oksida (mangkin) pada suhu 450°C dan tekanan 1 atmosfera. 2 SO2 + O2 2 SO3

• Sulfur trioksida dilarutkan dalam asid sulfurik pekat bagi menghasilkan oleum

SO3 + H2SO4 H2S2O7

• Oleum kemudiannya dicairkan dalam air bagi menghasilkan asid sulfurik cair.

H2S2O7 + H2O  2 H2SO4 54) Nyatakan keadaan optimum untuk

proses Sentuh berlaku. • Mangkin • Suhu - vanadium(V) oksida, V- 450°C 2O5

• Tekanan - 1 atm.

55) Nyatakan pula keadaan optimum

untuk proses Haber • Mangkin • Suhu - serbuk besi - 450°C - 550°C

• Tekanan - 200 atm

56) Apakah yang dimaksudkan dengan polimer?

Namakan monomer bagi politena dan polivinil klorida.

• Polimer adalah molekul rantai panjang terdiri daripada banyak unit-unit serupa yang berulang dipanggil monomer.

• Politena – etena

• Polivinil klorida (PVC) – kloroetena

57) Apakah perbezaan dari segi komponen utama antara kaca dan seramik?

Komponen utama;

Kaca – silika / silikon dioksida Seramik - aluminosilikat

58) Apakah yang dimaksudkan dengan

bahan komposit? .. ialah bahan binaan yang baru dan termaju dengan sifat yang hebat, terbentuk dari gabungan dua atau lebih bahan atau komponen. Orang yang Tidak Mengenali Erti Putus Asa Pasti Tidak Akan Gagal..

Referensi

Dokumen terkait