• Tidak ada hasil yang ditemukan

Contoh Penulisan Kerja Kursus Sejarah STPM Penggal 2.doc

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Contoh Penulisan Kerja Kursus Sejarah STPM Penggal 2.doc"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Contoh Penulisan Kerja Kursus Sejarah STPM Penggal 2

Tajuk: Asal-usul seni bermukun dan persembahannya dalam konteks masyarakat Melanau di Daerah Matu Daro Sarawak.

Memandangkan Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, menyebabkan wujudnya pelbagai persembahan tradisional. Lazimnya setiap masyarakat

mempunyai kepelbagaian persembahan tradisional yang unik. Pelbagai kesenian kaum ini dipengaruhi oleh masyarakat luar. Secara umumnya, kesenian dan hiburan tradisional ini dibawa dari luar tetapi telah mengalami beberapa proses pengubahsuaian dan unsur-unsur budaya tempatan agar mudah diterima oleh masyarakat di sini.[1]

Secara umumnya, latihan ilmiah ini adalah mengenai kajian tentang kesenian dan kebudayaan masyarakat tempatan.Secara umumnya kesenian merupakan aspek-aspek yang dipamerkan atau ditonton di khalayak ramai. Ini meliputi tarian, muzik nyanyian dan teater. Kebudayaan pula merupakan amalan dan upacara dalam kehidupan harian. Keadaan ini meliputi pakaian, adat, serta pelbagai perayaan kaum di Malaysia.[2] Penulis memilihtajuk seni bermukun atau bergendang dalam konteks masyarakat Melanau di Daerah Matu Daro, Sarawak. Seni bermukun atau bergendang ini amat popular dalam etnik Melanau dan Melayu di negeri ini. Persembahan bermukun Melanau tiada bezanya dangan cara persembahan masyarakat Melayu Sarawak. Bergendang dan bermukun merupakan satu aktiviti yang masih diamalkan oleh sesetengah masyarakat Melanau dan Melayu, khususnya di kawasan kampung-kampung. Bermukun merupakan persembahan tradisional Sarawak yang membabitkan persembahan tarian dan pantun berlagu yang diiringi oleh gesekan biola dan gendang. Seni ini merupakan satu khazanah yang diwarisi sejak zaman-berzaman.[3]

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang sejarah asal usul seni bermukun ini dalam konteks masyarakat Melanau. Sejarah asal

sesebuah kebudayaan seni amat penting kerana melalui sejarah masyarakat dapat lebih mengenali seni tersebut dan membolehkan masyarakat untuk

mendalami kesenian tersebut. Selain itu, penulis juga akanmengupas berkenaan elemen-elemen penting dalam persembahan seni bermukun, serta alat muzik yang digunakan dalam persembahan tersebut. Elemen utama dalam

persembahan bermukun adalah satu perkara yang harus dititikberatkan kerana ianya merupakan satu pelengkap kepada persembahan tersebut. Persembahan seni bermukun akan menjadi tidak menarik dan tidak sempurna sekiranya salah satu daripada elemen tersebut tiada. Pengkaji juga ingin mengenalpasti peranan seni ini kepada masyarakat agar timbul kesedaran dalam diri pengkaji dan

masyarakat sekitar akan betapa seni bermukun ini berperanan penting dalam pelbagai aspek kehidupan seperti dari aspek sosial masyarakat.

Permasalahan kajian adalah mengenai kemalapan persembahan bermukun dalam masyarakat Melanau pada hari ini. Kajian ini bersesuaian dengan kemalapan beberapa kesenian Sarawak berikutan daripada transformasi Negara kearah era kemodenan. Kebanyakan rakyat negara ini,terutama golongan remaja yang masih mentah mula melupakan kebudayaan asal rakyat kerana

(2)

terikut-ikut dengan trend yang wujud pada masa ini.Kemodenan yang wujud bukan merupakan satu alasan kepada masyarakat hari ini untuk menghapuskan pelbagai kesenian rakyat, namun sikap rakyat yang mengagung-agungkan

budaya luar adalah menimbulkan permasalahan dalam menerapkan kebudayaan asal kita ke dalam jiwa masyarakat terutama remaja hari ini. Justeru itu, kajian ini mengupas sejarah bagaimana kewujudan seni bermukun ini agar remaja pada hari ini mengetahui tujuan sebenar bermukun ini diadakan pada zaman dahulu dan bagi mendapatkan semula tempat seni ini dalam hati mereka yang kian hanyut dalam arus globalisasi.Selain itu,sejauhmana kepentingan beberapa elemen utama dalam persembahan seni ini juga akan turut dikaji oleh pengkaji. Sehubungan itu, sejauhmana masyarakat dapat mendalami seni kehalusan berpantun yang merupakan satu eleman penting dalam adat bermukun ini. Menurut Mohd Fauzi Abdullah (1985) dalam kajiannya “pemikiran cinta bermukun dalam gendang melayu Sarawak” kebudayaan merujuk langsung kepada “the way of life” atau cara hidup dan pemikiran masyarakat. Penelitian terhadap elemen pantun atau mukun dalam seni ini membolehkan kita

menyelami pemikiran dan cara hidup masyarakat terdahulu. Persoalan seperti, apakah hal yang sering masyarakat fikirkan? Bagaimana persepsi masyarakat terhadap sesuatu hal yang berkaitan dengan kehidupan mereka? Bagaimana masyarakat menyelesaikan masalah yang mengganggu hidup mereka ? Sesungguhnya puisi tradisional seperti pantun mukun agak asing dan misteri bagi kehidupan masyarakat hari ini.Oleh itu kajian ini juga mengkaji sejauhmana peranan seni mukun ini dalam kehidupan masyarakat dahulu dan sekarang.[4]

Seterusnya, kajian ini amat penting kepada seluruh lapisan masyarakat dalam memahami seni bermukun yang menjadi khazanah nenek moyang etnik Melayu dan Melanau di Sarawak. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan satu gambaran umum kepada masyarakat terutamanya etnik Melanau yang menjadi penggiat utama seni bermukun ini. Malahan dapat menimbulkan perasaan cinta akan seni kebudayaan sesebuah masyarakat itu sendiri.

Masyarakat dapat mengetahui sejarah asal seni itu wujud dalam etnik mereka sendiri. Pengkaji juga mengharapkan agar hasil kajian ini boleh menjadi rujukan pengkaji seterusnya. Pengkaji amatlah berharap agar masyarakat sedar akan peranan seni bermukun ini terhadap pelbagai aspek kehidupan kita. Justeru itu, kajian ini amat penting bagi menghidupkan semula seni warisan dan khazanah nenek-moyang masyarakat Melanau iaitu bermukun yang kian tenggelam dalam arus modenisasi ini. Berdasarkan kajian ini, diharapkan minat masyarakat

terhadap kaeindahan seni dan kebudayaan bermukun ini akan bertambah seterusnya memperkembangkan seni ini agar dapat dikenali dan menjadi khazanah yang bakal dihargai dan diteruskan oleh generasi akan datang. Kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji ialah meliputi kerangka masa selama 30 tahun iaitu antara tahun 1970 hingga tahun 2000. Perbincangan kajian ini akan membincangkan tentang asal bermulanya kegiatan seni bermukun ini dalam konteks masyarakat Melanau di Daerah Matu Daro yang di fokuskan di Kampung Penibong. Kampung Penibong merupakan sebuah kampung yang

(3)

terdapat dalam pulau Bruit di Daerah Matu Daro. Semua penduduk asal kampung ini merupakan etnik Melanau asli. Kaum melanaumerupakan salah satu etnik yang sama seperti bangsa lain di Sarawak. Kebanyakan Sarjana Barat

menggambarkan watak dan keperibadian kaum Melanau sebagai“gentle and peace loving people”. Menurut pendapat Hugh Low (1968), mengenai kaum Melanau adalah seperti berikut :

“…Next members to the kyans,but of much more peaceful habits and

practices,are the orang milanowes, who inhabit the mouth of the great Rejang river, and the small rivers to the eastward of print sirik. Their principal town is egan, on the rivers of that name, which is,however.but a mouthof the

Rejang,being that must to the eastward; hoya,on a small riverstwenty miles of egan ;and Mocha, on another fourteen miles east of the last mentioned

settlement…”

Berdasarkan penyataan tersebut, memang terbuktilah bahawa masyarakat Melanau ini merupakan masyarakat yang mendiami kawasan persisiran pantai. Sorotan kesusasteraan adalah amat penting kepada pengkaji bagi kajian yang dijalankan. Kajian lepas dapat membantu pengkaji untuk menilai dan mendapatkan maklumat tentang kajian yang bakal dikaji sekarang dan melihat sejauh manakah kajian lepas berkait langsung dengan kajian akan datang (Lawrence Dino, 2007). Pelbagai maklumat yang berkaitan dengan kajian telah diperoleh daripada beberapa kajian lepas dan juga buku-buku yang berkaitan. Antaranya ialah kajian yang bertajuk Pemikiran Cinta Bermukun dalam Gendang Melayu Sarawak (Mohd Fauzi et.all,1985). Selain itu Mary Fatimah Subet dan Salbia Hassan dalam pembentangannya “Bergendang dan Bermukun Dalam Masyarakat Sarawak” pada tahun 2009. Selain itu kajian juga dibuat oleh Jasiman Ahmad dan Nora Haji Samat dalam bukunya yang bertajuk

“Persembahan tradisional” pada tahun 2001.

Kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji untuk mengumpul data ialah kaedah kajian lapangan. Pengkaji sendiri meluangkan masa menyaksikan persembahan adat bermukun ini Selain itu, kaedah temu bual juga digunakan oleh pengkaji. Kaedah temu ramah dan perbualan merupakan satu kaedah yang lazim digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang latar belakang atau pandangan daripada seseorang. Pengkaji telah menemubual Puan Raunah binti Mat yang merupakan salah seorang syeh[5] gendang di Kampung Penibong bagi medapatkan keterangan lisan yang berkaitan dengan kajian yang dilaksanakan. Selain itu, pengkaji juga menggunakan kaedah penyelidikan buku-buku di

perpustakaan dan pelbagai bahan bacaan ilmiah lain bagi memperoleh data skunder. Kajian-kajian lepas yang telah dilaksanakan juga merupakan satu

panduan pengkaji.Bagi mengukuhkan lagi pemahaman pengkaji, rujukan internet juga digunakan.

Dalam suatu penyelidikan sejarah, asal-usul sesuatu perkara yang hendak dikaji adalah amat penting agar pengkaji dapat mendalami sejarah terlebih

(4)

dahulu dan menimbulkan minat pengkaji untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang sesuatu isu. Menurut Kamus Dewan edisi ke-4 perkataan asal-usul boleh didefinisikan sebagai salasilah, asal keturunan seseorang. Asal-usul juga merupakan kaedah yang mula-mula dan punca kewujudan sesuatu perkara. Oleh itu, pengertian tersebut bertepatan dengan objektif pengkaji yang ingin mendalami tentang punca kewujudan dan kaedah mula-mula kesenian bermukun dalam konteks masyarakat Melanau di Daerah Matu Daro.

Menurut Tuan Haji Mohd Yassin (2000) secara umumnya seni tari melayu amat rapat dengan hubungan pengaruh luar seperti kesenian Arab.

Bagaimanapun,dasar atau asas sesuatu seni itu bersifat seni melayu dan segala yang diambil dari luar itu telah disesuaikan dengan kesesuaian melayu yang sedia wujud. Budaya bermukun dikatakan bermula sebelum era Brooke ataupun lebih awal. Penduduk sekitar juga telah menyatakan bahawa, kesenian

bermukun ini mula wujud di Daerah ini ketika kemasukan Islam yang mula bertapak di kawasan tersebut seperti di Kampung Sekaan Matu. Pengaruh

pemerintahan kesultanan Brunei di Sarawak sekitar tahun 1600-an, telah banyak mencorakkan hidup masyarakat Melanau yang tinggal di sekitar daerah ini. Buyong Adil (1989) menyatakan peranan kerajaan Kesultanan Brunei menjadi penting dalam penyebaran Islam dan kebudayaan Melayu. Hal ini tertumpu kepada beberapa tempat barat daya Borneo terutama sekali di Kuching, Kelaka, Sadong, Semanggang, Sibu, Lundu, Saribas, Muara Sungai Rejang hingga

sepanjang kawasan Tanjung Datu dan Tanjung Sirik.

Namun begitu, Puan Raunah Binti Mat yang merupakan penduduk tetap di Daerah Matu Daro atau spesifik di Kampung Penibong menyatakan bahawa, tiada terdapat kesasihan yang sebenar tentang bermulanya seni bermukun dalam masyarakat Melanau ini. Namun demikian, budaya bermukun ini merupakan satu khazanah yang diperturunkan daripada nenek moyang mereka sejak dahulu kala. Ketiadaan hiburan pada zaman dahulu mendorong masyarakat untuk mencipta sesuatu persembahan bagi mengisi masa lapangdan dapat memberikan hiburan kepada masyarakat.[6] Bostami (1992) juga berpendapat bahawa dalam proses penciptaan seni traadisional, terjadi hubungan antara subjek pencipta dan

kondisi lingkungan. Pencipta seni tradisional biasanya terpengaruh oleh keadaan sosial budaya masyarakat di suatu tempat.Keterangan tersebut adalah sejajar dengan penjelasan Puan Raunah iaitu, asal usul persembahan bermukun di kawasan Kampung Penibong apabila orang terdahulu memulakan aktiviti bergendang dengan menggunakan papan terbuang. Idea tersebut muncul

apabila mereka mengetuk papan dan ianya menghasilkan bunyi dan irama yang berbeza dan dapat menimbulkan minat penduduk untuk menari mengikut rentak yang dipukul. Oleh itu, pelbagai idea untuk mengubah alat muzik tersebut dan akhirnya mereka terfikir untuk menggunakan gendang yang diperbuat daripada kulit binatang seperti lembu. Akhirnya persembahan tersebut terus

diperkembangkan dalam kalangan masyarakat Melanau di Kampung tersebut.[7] Tarian dalam persembahan tersebut juga diringi dengan pelbagai kesusteraan melayu terutamanya pantun. Pantun yang dipersembahkan dalam seni ini berlandaskan pemikiran cinta, walaupun digambarkan agak sederhana namun

(5)

ianya ringan dan menghiburkan, namun isinya mampu menggambarkan

peradaban dan etika masyarakatnya,Mohd Fauzi bin Abdullah (1985). Penjelasan tersebut di perkuatkan lagi oleh Mary (2009) yang menyatakan bahawa menurut kata orang tua-tua, pada zaman dahulu, acara bermukun atau bergendang adalah masa untuk mencari jodoh, berkenal-kenalan sambil berhibur. Keadaan tersebut tidak menghairankan kerana pada masa dahulu anak- anak gadis jarang keluar rumah dengan bebas.[8] Tambahan lagi,pada zaman dahulu, majlis

bergendang dan bermukun mengikut aturan umum seperti “bercampak” iaitu mencampak sesuatu seperti bunga, duit syiling atau sapu tangan ke dalam tabir yang memisahkan tukang gendang dan para penari.[9]

Selain itu persembahan bermukun atau bergendang ini juga dipanggil bernopeng oleh masyarakat dahulu kala kerana para penari menggunakan topeng ketika persembahan tersebut.[10] Gendang melayu ini wujud untuk mendidik budaya berbahasa juga mendidik akhlak menerusi pantun dan tandak (tarian) mudah. Namun, budaya ini pernah disalahgunakan oleh segelintir individu sebagai medium 'menjerat' dan maksiat.[11] Isu tersebut menjadi sindiran menerusi novel Melati Sarawak oleh Mohamad Rakawi Yusuf terbitan tahun 1932

mengenai kelonggaran akhlak masyarakat Melayu Sarawak dalam bermukun. Pandangan serong terhadap seni gendang tersebut ternyata memberi konflik terhadap golongan bangsawan, perabangan, pengiran, syed dan tunku yang tergolong dalam istilah 'Melayu Sarawak'. Disebabkan perkara tersebut, mereka yang menggemari budaya ini memenuhi kehendak mereka dengan memakai topeng bagi menyembunyikan wajah sambil berpantun dan bertandak. Sejak itu, lahirlah istilah 'menopeng' dalam budaya bermukun.

Seterusnya, pengkaji mendalami cara persembahan seni tersebut serta elemen-elemen utama dalam persembahan seni bermukun ini dalam konteks masyarakat Melanau. Menurut pengalaman pengkaji sendiri yang telah menghadiri majlis bermukun ini, aktiviti bermukun ini dikendalikan dalam kalangan wanita seramai dua atau lebih yang duduk dibahagian balik tabir untuk memukul gendang sambil berpantun. Mereka ini dipanggil atau dikenali sebagai ‘tukang gendang’ atau juga ‘syeh gendang’. Para lelaki pulaakan duduk berselerak atau sejajar mengikut keselesaan sendiri diluar tabir. Namun begitu mereka meninggalkan ruang dibahagian berdekatan tabir dan tukang gendang sebagai gelanggang tarian. Mereka menari secara bergilir-gilir dengan pasangan masing-masing sambil menunjukkan kehebatan berbalas pantun bersama mak gendang. Majlis

bergendang ini biasanya berjalan sepanjang malam hinggalah kesubuh mengikut kehendak dan kemampuan tukang gendang dan penarinya dengan keizinan tuan rumah. Persembahan bermukun ini biasanya diadakan di anjung rumah dan dalam keadaan terbuka. Selain itu, aktiviti bermukun ini biasanya diadakan pada malam hari perkahwinan sebagai tanda kesyukuran dan aktivi bersuka ria.[12] Penyataan tersebut juga dijelaskan oleh Abdullah Haji Saidol yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Semop dalam ucapannya dalam program

(6)

“bermukun merupakan satu aktiviti yan dikhazanahkan dan merupakan aktiviti bersuka ria yang diadakan dalam keadaan terbuka dan terang dikhalayak ramai terutama pada majlis perkhwinan dan pelbagai majlis keramaian.”

Seterusnya adalah berkenaan dengan gendang yang merupakan elemen utama dalam persembahan seni bermukun dan merupakan satu-satunya alat muzik yang digunakan oleh masyarakat Melanau bagi menyempurnakan seni khazanah mereka. Gendang mempunyai dua muka yang tidak sama besar. Muka yang kecil dipasang belulang[13] kambing manakala, muka yang besar pula dipasang belulang lembu. Belulang-belulang tersebut disirat dengan tali rotan dan dililit dengan rotan yang sudah dibelah dua. Belulang ditegangkan dengan memasangkan gelong-gelong yang diperbuat daripada kulit.[14] Badan gendang melayu diperbuat daripada kayu nagka. Badan ini dipanggil temiang. Gendang dimainkan dengan cara meribanya dengan kedudukan melintang. Muka gendang akan dipukul dengan telapak tangan.[15] Dalam persembahan bermukun,

gendang tersebut dipukul oleh dua orang wanita dengan irama yang asas agar dapat disamakan dengan gerak tari para penari atau dipanggil sebagai penandak yang terdiri daripada golongan lelaki. Pukulan asas tersebut adalah pukulan tepi dan tengah. Ditengah pikulannya berbunyi “pak” dan pada bahagian tepi

gendang berbunyi “pung”. Pukulan tersebut dikenali sebagai pukulan induk.[16] Kedua-dua seh gendang boleh menggunakan pukulan induk dalam persembahan bergendang. Namun, pukulan gendang harus dikendalikan dengan berhati-hati agar tidak merosakkan atau menyumbangkan pukulan keseluruhannya.

Elemen yang seterusnya adalah pemukul gendang dan penari ataupun

penandak. Pemukul gendang adalah paling penting dan memainkan dua tugas utama iaitu memukul gendang dan berbalas pantun dengan penari.Pemukul gendang adalah terdiri daripada dua orang wanita atau lebih. Pemukul gendang mestilah mereka yang bergiat aktif dan mahir dalam pukulan gendang

melayu.Tambahan lagi,mereka haruslah mempunyai kemahiran berpantun. [17]Penandak atau juga penari pula adalah terdiri daripada lelaki. Mereka akan berbalas pantun dengan tukang gendang sambil menari.Para penandak menari berdasarkan irama pukulan gendang.

Seterusnya adalah tandak.Tandak ialah satu bentuk tarian yang ditari oleh

golongan lelaki. Tuan Haji Mohammad Yasin (2002) mendefinisikan tarian sebagai memandang dan meneliti gerak-geri, lenggang liuk daun kayu dan sebagainya, menurut kudrat dan bakat yang ada padanya, manusia mencipta tarian sebagai hasrat jiwanya. Terdapat juga pelbagai bunga tandak dicipta oleh masyarakat itu sendiri. Di Kampung Penibong, para penandak kebanyakannya menari

meggunakan bunga sorong tarik iaitu hayunan tangan yang bertentangan dengan kaki. Seperti hayunan kaki dan tangan dalam perbarisan. Ciptaan tarian

(7)

tersebut adalah sinonim dengan pelbagai aktiviti harian masyarakat setempat. Kepelbagaian aktiviti tersebut diterjemahkan dalam bentuk aktiviti kebudayaan bergendang. Masyarakat lama akrab dengan alam semulajadi seperti alam tumbuhan, haiwan dan cakerawala. Ini adalah disebabkan masyarakat pada masa tersebut sering berinteraksi dengan alam yang berada di sekeliling mereka sama ada di laut, di hutan, di bendang, di ladang dan di gunung. Harun Mat Piah (1989) menjelaskan bahawa penggunaan lambang-lambang dan simbol-simbol daripada alam perlu diketahui untuk memahami sesuatu kebudayaan pada zaman dahulu. Tambahan lagi, ahli sejarah tarian dan muzik Jerman, C.Sachs mengatakan bahawa,tarian merupakan:

“…gerakan berirama dan pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri berirama yang indah. Gerak-geri yang dimaksudkan itu adalah berbentuk ciptaan yang indah boleh memberi kepuasan kepada orang lain…”

Seterusnya adalah pantun yang merupakan sumber penarikan utama seni tersebut. Pantun dalam adat bergendang juga dipanggil mukun. Pemukul gendang dan penari akan berbalas pantun secara bergilir. Aktiviti berbalas pantun ini merupakan satu aktiviti bagi mengasah minda masyarakat.Ada kajian yang dilakukan oleh ahli akademik mendapati bergendang dan bermukun adalah bertujuan untuk mempamerkan kebijaksanaan, kemahiran, kecekapan tingkah laku dan menguji minda.[18] Pantun yang terdapat dalam acara ini adalah berdasarkan pemikiran masyarakat tentang aktiviti harian mereka. Za’ba di dalam bukunya bertajuk Ilmu Mengarang Melayu (1965), mengatakan bahawa penciptaan pantun merupakan puisi tertua dan milik asal kepunyaan masyarakat Melayu. Oleh itu, umum telah menerima bahawa pantun adalah ciptaan asli orang Melayu bagi mentafsirkan kelakuan harian mereka.Belles Lettres (2000) juga berpendapat :

“…if one of the assets of poetry at its best is the magic and beauty accomplished by language, the Malay pantun can be placed among the highest achievements of mankind in this form of art…”

Jelaslah bahawa pantun dalam seni bermukun adalah amat penting kepada kehidupan masyarakat Melanau pada zaman dahulu.

Seterusnya adalah berikutan masalah seni bermukun ini yang kian malap dalam kehidupan masyarakat Melanau pada hari ini. Menurut Mary berdasarkan kaji selidik yang dilakukan bersama seorang lagi pensyarah Pusat Pengajian Bahasa, Unimas, Salbia Hassan, 70 peratus daripada responden mengatakan mereka mengetahui wujudnya aktiviti itu tetapi tidak pernah menyertainya.[19] Berdasarkan penyataan tersebut,ternyata seni ini semakin luput ditelan

(8)

kemodenan. Oleh itu, adalah amat wajar bagi pengkaji mendalami kepentingan ataupun peranan seni bermukun dalam kehidupan masyarakat Melanau pada zaman dahulu dan juga sekarang.Menurut Richie (2008) terdapat tiga peranan seni hiburan tradisional bergendang dan bermukun iaitu sebagai medium bagi merapatkan hubungan silaturrahim, medium komunikasi antara manusia, dan juga sebagai medium untuk mendidik generasi muda (menerusi pantun).

Pertama sekali seni bermukun adalah amat penting sebagai medium bagi

merapatkan hubungan silaturrahim antara masyarakat. Hal ini demikian kerana, ketika persembahan seni dilangsungkan, seluruh masyarakat sekitar akan

berkumpul dan bersuka ria. Sopi Smile (2008) berkata:

“…majlis bermukun bukan hanya dihadiri oleh mereka yang datang dari satu kampung, namun ia disertai oleh para pemuda dari kampung-kampung yang berdekatan…”

Melalui aktiviti bermukun ini,masyarakat sekitar dapat berkenalan sesama sendiri dan dapat merapatkan jurang yang wujud antara masyarakat hari ini yang

disebabkan perubahan gaya hidup. Tambahan lagi, persembahan seni bermukun yang sering diadakan pada malam majlis perkahwinan ini dapat dijadikan oleh masyarakat bagi mengumpulkan ahli keluarga masing-masing dan meraikan satu keluarga baru yang bakal menempuhi alam rumahtangga.

Seterusnya adalah amat wajar dikatakan bahawa seni bermukun ini adalah sabagai medium komunikasi antara masyarakat pada masa dahulu

terutamanya.Mohd Taib Osman (1996) menganggap pantun, selain daripada alat komunikasi dalam konteks sosialnya, adalah artifak budaya.Elemen utama dalam seni tersebut iaitu pantun merupakan ucapan spontan oleh masyarakat dalam seni bermukun. Hal ini juga sejajar dengan ucapan Abdullah Haji Saidol (2012) iaitu :

“…unsur bahasa yang istimewa ini memberi keindahan dan kehalusan tersendiri kepada sastera melayu kerana sesuatu penyataan dan fikiran hanya akan

dikemukakan dalambentuk yang tidak langsung, tidak menyinggung perasaan tetapi tepat pada makna dan tujuannya…”

Bermukun sebagai satu medium komunikasi juga dinyatakan oleh Mary Subet dalam kajian menyatakan bahawa pada zaman dahulu, persembahan bermukun adalah masa yang dinantikan oleh anak-anak muda untuk mencari jodoh dan berkenal-kenalan.[20] Ketiadaan teknologi komunikasi pada zaman dahulu juga menyebabkan masyarakat menggunakan persembahan bermukun iaitu ketika kebanyakan masyarakat sekitar berkumpul. Pada majlis tersebut, masyarakat juga boleh berbincang tentang soal duniawi mahupun akhirat, kerana hanya pada masa tersebut sahaja mereka boleh berkumpul beramai-ramai sambil

(9)

menenangkan fikiran. Selain itu, menurutMohamad Saleeh Rahamad, Universiti Malaya,bagi tujuan berkomunikasi sesama manusia pantun tergolong dalam fungsi untuk berkasih sayang, adat resam, agama dan kepercayaan, budi, jenaka dan permainan, teka teki, kepahlawanan, nasihat dan pendidikan, kritikan,

kembara, dan sebagainya. Jelaslah, seni bermukun merupakan medium komunikasi masyarakat pada masa dahulu dan sekarang.

Selain itu, seni bermukun juga merupakan satu medium bagi mendidik generasi muda melalui pantun. Pantun-pantun yang berkenaan dengan hubungan kasih-sayang, berbudi bahasa dan norma kehidupan masyarakat. Masyarakat Melayu terutamanya golongan tua kaya dengan pelbagai nasihat. Sebagai golongan yang ‘makan garam’ terlebih dahulu pastinya mereka mempunyai pelbagai pengalaman hidup dan amat peka terhadap perubahan sesuatu perkara. Justeru,jika mereka mendapati ada sesuatu perkara yang tidak kena atau

bertujuan untuk memberikan peringatan kepada golongan muda atau kanak-kanak, mereka akan menggunakan pantun sebagai alat untuk menyampaikan nasihat dan didikan. Pantun lebih lanjut dikatakan harus berperanan untuk menyampaikan pesan-pesan moral yang penuh berisi nilai-nilai luhur agama, budaya, dan norma-norma sosial masyarakat (Hodijah widyaiswara, 2009). Sebagai rumusan, aktiviti seni bermukun dalam kalangan masyarakat Melanau ini sememangnya sudah menjadi khazanah nenek moyang masyarakat Melanau sejak zaman dahulu kala. Menurut beberapa pendapat umum, dapat dirumuskan bahawa tiada asal usul sebenar kewujudan seni ini, mereka hanya menyatakan bahawa seni ini adalah turun temurun daripada nenek moyang mereka. Selain itu, dalam mengupas beberapa aspek dalam elemen penting dalam persembahan bergendang, terdapat elemen seperti gendang iaitu alat muzik utama, pemukul gendang, penari iaitu lebih dikenal sebagai penandak, tarian atau tandak,dan juga pantun. Seterusnya, seni ini juga berperanan sebagai, medium bagi merapatkan hubungan silaturrahim, medium komunikasi antara manusia, dan juga sebagai medium untuk mendidik generasi muda (menerusi pantun). Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa seni bermukun adalah amat penting dalam beberapa aspek kehidupan masyarakat pada zaman dahulu dan sekarang.

[1] Hamidah Husein, kesenian dan hiburan tradisional,1995, hal 1. [2]Ibid, hal 2.

[3]Sopi Samile, “bermukun meriah keramaian,” utusan Malaysia(Kuching Sarawak) 24 september 2008.hal.2

[4] Mohd Fauzi Abdullah et.al. “ pemikiran cinta bermukun dalam gendang melayu Sarawak” (Institusi Bahasa Melayu, Kuala Lumpur, 1985, hal.2.

(10)

[5] Syeh gendang ialah panggilan bagi pemukul gendang dalam masyarakat Melanau.

[6]Op.cit., Hamidah Husein, hal.2.

[7]Raunah bin Mat, (2013) temubual lapangan, Kampung Penibong Matu Daro. [8] Mary Fatimah Subet dan Salbia Hassan “bergendang dan bermukun dalam masyarakat melayu Sarawak”(kertas kerja dibentangkan dalam 55TH seminar in the cls research seminar series, UNIMAS, 4th May 2009) diterbitkan dalam artikel my Sarawak “ bermukun semakin malap”, hal. 3.

[9]Ibid.

[10]Op.cit., Sopi Samile, hal.2.

[11]Mohd RakawiYussuf, Melati Sarawak, 1932, hal.20. [12]Temuramah dengan Raunah binti Mat.

[13] “belulang” ialah kulit binatang yang telah dikeringkan. [14]Op.cit., Hamidah Husein, hal.51.

[15]Ibid, hal.52.

[16] Temuramah dengan Raunah Binti Mat. [17]Temuramah dengan Raunah Binti Mat.

[18]Op.ci., Mary Fatimah Subet dan Salbia Hassan, hal.2. [19]Ibid. [20]Ibid, hal. 3 (Jumlah Perkataan: 3394 ) Bibliografi : Sumber Primer : Temuramah lisan:

(11)

Raunah Binti Mat, temu bual lapangan di kampung Penibong, Daro, pada 8 Februari 2013, pukul 4.30 petang.

Sumber Skunder:

Hamidah Husein, Kesenian dan Hiburan Tradisional, Selangor, Penerbit Prisma, Sdn. Bhd. 1995.

Jermai Bedihi “Pesta Bermukun 2013” Mingguan Sarawak (Sarawak), 31 Mac 2013.

Mary Fatimah Subet dan Salbia Hassan, Gendang dan Bermukun Dalam

masyarakat melayu Sarawak, kertas kerja dibentangkan dalam 55th Seminar in the CLS research seminar series, 2009.

Mohd. Fauzi et.al, Pemikiran Cinta Bermukun Dalam Gendang melayu Sarawak, Kuala Lumpur, Institusi Bahasa Melayu Malaysia, 1985.

Mohd Rakawi Yussuf, Melati Sarawak, Sarawak, The Sarawak Printing Company, 1932.

Sopi Samaile, Bermukun Meriah Keramaian, Kuching Sarawak, Utusan Malaysia, 200

Referensi

Dokumen terkait