• Tidak ada hasil yang ditemukan

NOTIS PRIVASI NOIR AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "NOTIS PRIVASI NOIR AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

NOTIS PRIVASI NOIR 

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 

Notis Privasi ini menjelaskan bagaimana NOIR HEALTH & BEAUTY SDN. BHD. (selepas ini        akan dirujuk sebagai “NOIR”) memproses data peribadi selaras dengan Akta Perlindungan        Data Peribadi 2010 (“APDP”) dan undang-undang Malaysia. Sila baca Notis Privasi ini untuk        memahami bagaimana kami memproses data peribadi yang kami mungkin kumpulkan        daripada anda. Dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju        dengan peruntukan Notis Privasi ini dan pemprosesan data peribadi anda seperti yang        dihuraikan dalam Notis Privasi ini.  

1. KOMITMEN KAMI KEPADA ANDA​ Kami menghargai kepercayaan anda dan kami  komited untuk melindungi data peribadi anda. Untuk memastikan bahawa anda dapat  membuat keputusan yang termaklum dan berasa yakin tentang pembekalan data  peribadi anda kepada kami termasuk apabila menggunakan mana-mana laman web,  produk dan/atau perkhidmatan NOIR, kami telah menyediakan Notis Privasi ini untuk  anda yang menghuraikan amalan-amalan kami dan pilihan yang anda ada mengenai  bagaimana data peribadi anda sedang atau akan diproses oleh kami. 

2. MENTAKRIFKAN DATA PERIBADI​ Data peribadi ditakrifkan dalam APDP dan          secara umumnya merujuk kepada apa-apa maklumat yang berhubungan secara        langsung atau tidak langsung dengan anda, yang daripadanya anda boleh dikenal        pasti, dan termasuk data peribadi sensitif serta penyataan pendapat tentang anda.        Bagi mengelakkan keraguan, sila ambil maklum bahawa Notis Privasi ini terpakai jika        anda adalah orang sebenar yang merupakan pelanggan NOIR, termasuk orang        sebenar yang berdagang sebagai pedagang perseorangan atau orang-orang sebenar        yang membentuk sebuah perkongsian atau, jika bukan lagi pelanggan NOIR,        sekiranya terdapat kewajipan yang belum selesai sama ada di pihak anda atau di        pihak NOIR. Notis Privasi ini juga terpakai walaupun anda bukan salah seorang        daripada pelanggan kami tetapi anda berinteraksi dengan kami sebagai sebahagian        daripada perniagaan kami termasuk mengambil bahagian dalam sebarang program        NOIR, menggunakan salah satu daripada produk dan/atau perkhidmatan kami, sama        ada secara percuma atau dibayar oleh anda atau pihak ketiga, mengambil bahagian        dalam kaji selidik atau percubaan, menyertai promosi hadiah, membuat panggilan        kepada meja bantuan kami, atau membuat pertanyaan secara umum mengenai        produk dan/atau perkhidmatan kami. 

3. JENIS DATA PERIBADI YANG KAMI KUMPUL​ Bagi membolehkan kami memberi  anda produk dan/atau perkhidmatan kami dan untuk beroperasi secara cekap dan  berkesan, kami perlu mengumpul data peribadi daripada anda. Data peribadi yang  dikumpul oleh kami mungkin termasuk yang berikut:- 

   

1. nama anda, tarikh lahir, dokumen sokongan identiti (termasuk nombor Kad        Pengenalan atau pasport), jantina, kewarganegaraan dan bangsa, bahasa        yang dipilih, alamat peribadi dan/atau perniagaan semasa, nombor telefon        atau telefon bimbit, nombor faks, alamat e-mel, soalan dan/atau data untuk        melaksanakan langkah-langkah keselamatan yang kami sediakan untuk akaun        anda;  

(2)

2. maklumat kad kredit dan/atau kad debit anda, butiran akaun bank dan sejarah        pembayaran anda; 

3. lokasi peranti mudah alih anda (bagi menentukan titik sambungan rangkaian        Noir yang terdekat); 

4. status produk dan/atau perkhidmatan yang telah anda perolehi daripada kami        atau langgani; 

5. bagaimana anda menggunakan produk dan/atau perkhidmatan;  6. jumlah data yang telah diterima dan/atau dihantar oleh anda; 

7. peralatan (seperti peranti mudah alih dan/atau tetap anda, sistem komputer        anda) dan/atau perisian yang anda gunakan apabila mengakses produk        dan/atau perkhidmatan kami dan/atau perbadanan berkaitan, peniaga dan        rakan niaga strategik terpilih kami;  

8. minat dan kegemaran peribadi anda untuk membantu kami menyesuaikan        tawaran produk dan/atau perkhidmatan kami dan/atau perbadanan berkaitan,        peniaga dan rakan niaga strategik terpilih kami yang paling sesuai untuk anda  9. data pelayaran apabila anda mengunjungi mana-mana aplikasi, platform       

media sosial atau laman web; dan 

10. rakaman panggilan anda kepada meja bantuan kami untuk tujuan peningkatan        dan penambahbaikan perkhidmatan kami. 

 

4. BILA DAN BAGAIMANA KAMI MENGUMPUL DATA PERIBADI ANDA​ Kami                mungkin mengumpul data peribadi anda apabila anda:- 

 

1. berkomunikasi dengan kami (contohnya apabila anda menyerahkan borang        permohonan untuk menjadi pelanggan kami, atau apabila anda menghubungi        kami untuk apa-apa pertanyaan termasuk dengan membuat panggilan kepada        perkhidmatan pelanggan kami); 

2. mendaftar atau melanggan produk dan/atau perkhidmatan tertentu dan/atau        penerbitan kami (contohnya, surat berita); 

3. menggunakan rangkaian kami dan produk dan/atau perkhidmatan NOIR;  4. mengambil bahagian dalam mana-mana kaji selidik kami;  

5. menyertai atau mengambil bahagian dalam mana-mana pertandingan,        peraduan atau program kesetiaan yang dikendalikan/dianjurkan oleh kami;  6. mendaftarkan minat dan/atau memohon maklumat mengenai (melalui portal       

dalam talian kami atau saluran-saluran lain yang ada) atau melanggan produk        dan/atau perkhidmatan kami; 

7. membalas apa-apa bahan pemasaran yang kami hantar; 

8. mengunjungi mana-mana pejabat, kedai atau pusat perkhidmatan kami dan        premis-premis NOIR yang lain; 

9. mengunjungi atau melayari laman-laman web kami;  10. membuat aduan kepada kami; 

11. memberikan maklum balas kepada kami (contohnya melalui laman-laman web        kami atau secara salinan bercetak); 

12. (jika bukan lagi seorang pelanggan NOIR) sekiranya terdapat kewajipan yang        belum selesai sama ada di pihak anda atau di pihak NOIR. 

 

Selain daripada data peribadi yang diperolehi daripada anda (seperti yang        diperincikan di atas), kami mungkin juga memperoleh data peribadi anda daripada       

(3)

pihak-pihak ketiga yang berurusan dengan kami atau yang berkaitan dengan anda        (contohnya, agensi pelaporan/rujukan kredit atau institusi kewangan), dan daripada        sumber-sumber lain di mana anda telah memberikan persetujuan anda untuk        pendedahan data peribadi berkaitan dengan anda, dan/atau jika dibenarkan oleh        undang-undang. 

Jika anda berumur kurang daripada 18 tahun, anda dikehendaki memastikan bahawa        ibu-bapa atau penjaga undang-undang anda memberikan persetujuan bagi pihak        anda untuk pemprosesan data peribadi anda seperti yang dihuraikan dalam Notis        Privasi ini. 

5. TUJUAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI ANDA​ Kami mungkin memproses data                peribadi daripada anda atau daripada kategori pihak-pihak ketiga yang dikenal pasti        dalam Notis Privasi ini, untuk satu atau lebih daripada tujuan-tujuan berikut:- 

 

1. untuk mengesahkan identiti anda; 

2. untuk membolehkan anda untuk dibekalkan dengan produk dan/atau        perkhidmatan dan juga kemudahan dan/atau manfaat yang ditawarkan oleh        kami dan/atau perbadanan berkaitan kami; 

3. untuk memudahkan, menilai dan/atau memproses permohonan/permintaan        anda untuk produk dan/atau perkhidmatan kami; 

4. untuk membekalkan kepada anda produk dan/atau perkhidmatan yang telah        anda minta; 

5. untuk mengendali dan menguruskan produk dan/atau perkhidmatan yang        kami sediakan untuk anda (termasuk pengenaan bayaran, pengebilan,        memudahkan pembayaran dan penghantaran produk);  

6. untuk menyiasat dan menyelesaikan apa-apa isu perkhidmatan, pertanyaan        mengenai bil, aduan atau pertanyaan-pertanyaan lain yang anda hantar        kepada kami berkenaan dengan rangkaian, produk dan/atau perkhidmatan        kami dengan pasukan perhubungan pelanggan kami; 

7. untuk mengesan dan/atau mencegah aktiviti penipuan;  8. untuk menguruskan rangkaian kami; 

9. untuk sentiasa berhubung dengan anda dan memberi anda apa-apa maklumat        yang anda telah minta; 

10. untuk memasuki transaksi perniagaan berkenaan dengan produk dan/atau        perkhidmatan yang hendak ditawarkan dan diberikan kepada anda; 

11. untuk menjalin dan menguruskan dengan lebih baik apa-apa perhubungan        perniagaan yang kami mungkin ada dengan anda; 

12. untuk memproses apa-apa komunikasi yang anda hantar kepada kami        (contohnya, menjawab apa-apa pertanyaan dan menangani apa-apa aduan        dan maklum balas); 

13. untuk membantu kami memantau dan memperbaiki prestasi rangkaian,        produk dan/atau perkhidmatan kami, pasukan perhubungan pelanggan kami        dan pembekal perkhidmatan dan laman web kami dan untuk menjadikannya        lebih cekap; 

14. untuk menyenggara dan memperkembangkan sistem dan infrastruktur        perniagaan kami, termasuk pengujian dan penaikan taraf sistem-sistem        tersebut; 

(4)

16. untuk memaklumkan kepada anda mengenai manfaat dan perubahan kepada        ciri-ciri produk dan/atau perkhidmatan kami; 

17. untuk menentukan bagaimana kami dapat memperbaiki perkhidmatan kami        kepada anda; 

18. untuk menggunakan data peribadi anda bagi tujuan pemasaran langsung        dan/atau untuk mengenal pasti dengan lebih baik produk dan/atau        perkhidmatan daripada kami dan/atau perbadanan berkaitan, peniaga dan        rakan niaga strategik terpilih kami yang mungkin menarik minat anda; 

19. untuk menghasilkan data, laporan dan statistik;  

20. untuk menyiasat, membalas atau membela tuntutan yang dibuat terhadap,        atau yang melibatkan NOIR; 

21. untuk menyenggara rekod-rekod yang diperlukan untuk tujuan keselamatan,        tuntutan atau tujuan undang-undang yang lain; 

22. untuk mematuhi kehendak undang-undang dan pengawalseliaan; 

23. untuk  apa-apa  tujuan  seperti  yang  dinyatakan  dalam  Terma  Penggunaan laman-laman web NOIR; atau 

24. untuk apa-apa tujuan lain yang dikehendaki atau dibenarkan oleh mana-mana        undang-undang, peraturan, garis panduan dan/atau pihak-pihak berkuasa        kawal selia yang berkenaan 

 

6. PENDEDAHAN DATA PERIBADI ANDA​ Kami mungkin mendedahkan data peribadi            anda kepada pihak-pihak ketiga yang berikut:- 

 

1. agensi penguatkuasa undang-undang, untuk tujuan mencegah dan/atau        mengesan jenayah, atau untuk tujuan siasatan dan/atau penangkapan atau        pendakwaan pesalah dan/atau melindungi keselamatan negara dan/atau        apa-apa tujuan yang dikehendaki atau dibenarkan oleh atau di bawah apa-apa        undang-undang atau menurut perintah atau penghakiman suatu mahkamah;  2. agensi dan badan kerajaan, untuk memenuhi kewajipan undang-undang dan       

kawal selia kami; 

3. syarikat, organisasi dan/atau pembekal perkhidmatan lain, untuk memproses        data peribadi bagi pihak kami; 

4. syarikat, organisasi dan/atau pembekal perkhidmatan yang lain, untuk (i)        menjalankan perkhidmatan bagi pihak kami yang berupa sampingan dan/atau        diperlukan untuk tujuan menyediakan produk dan/atau perkhidmatan kami        dan/atau perbadanan berkaitan, peniaga dan rakan niaga strategik terpilih        kami untuk anda; atau (ii) membantu kami menyediakan perkhidmatan untuk        anda seperti menyediakan khidmat pelanggan, pemasaran secara atas talian        atau media sosial, memperibadikan perkhidmatan kami dan menjadikannya        lebih baik; atau (iii) memproses transaksi pembayaran; atau (iv) menjalankan        pemeriksaan  penipuan  dan  kredit  serta  melindungi  hak  kami,  mempertahankan kami dan harta benda kami; atau (v) menganalisis dan        menambah baik maklumat yang kami pegang (termasuk mengenai interaksi        anda dengan perkhidmatan yang diberikan oleh kami dan/atau perbadanan        berkaitan, peniaga dan rakan niaga strategik terpilih kami); atau (vi)        menjalankan kaji selidik; atau (vii) menjalankan mana-mana daripada        tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini. 

(5)

7. PEMASARAN LANGSUNG​ Kami mungkin memproses data peribadi anda untuk        memberi kepada anda, atau membolehkan kami untuk membekalkan kepada anda,        maklumat, promosi dan keterangan terkini termasuk bahan pengiklanan dan        pemasaran (“bahan pemasaran”) tentang  produk dan/atau perkhidmatan kami        dan/atau perbadanan berkaitan kami dan juga produk dan/atau perkhidmatan        peniaga dan rakan niaga strategik terpilih kami dan/atau peniaga dan rakan niaga        strategik terpilih perbadanan berkaitan kami. Tertakluk kepada persetujuan khusus        anda, kami mungkin juga memudahkan peniaga dan rakan niaga strategik terpilih        kami dan/atau peniaga dan rakan niaga strategik terpilih perbadanan berkaitan kami        untuk membekalkan kepada anda bahan pemasaran mengenai produk dan/atau        perkhidmatan mereka, yang mungkin menarik minat atau memanfaatkan anda.        Maklumat, promosi dan keterangan terkini yang disebutkan di atas, termasuk bahan        pengiklanan dan pemasaran mungkin dihantar kepada anda melalui salah satu atau        lebih daripada contoh berikut: panggilan telefon, pesanan teks, sepanduk dalam        talian, e-mel atau melalui sistem pesanan berasaskan internet, media sosial atau        aplikasi atau apa-apa kaedah komunikasi yag lain. Jika anda tidak mahu data        peribadi anda digunakan untuk tujuan pemasaran langsung atau jika anda        mengubah fikiran pada bila-bila masa berhubungan dengan pilihan anda sebelum        ini, sila hubungi Wakil Pelanggan kami melalui  ​noir.healthbeauty@gmail.com​ atau        (​+603-6151 0660​). Arahan bertulis dan/atau lisan anda kepada kami yang terkini        akan diguna pakai. 

8. BAGAIMANA JIKA ANDA TIDAK MEMBERIKAN DATA PERIBADI ANDA                KEPADA  KAMI?​ Di  mana  dinyatakan  (contohnya  dalam  borang  pendaftaran/permohonan), anda mempunyai kewajipan untuk memberi data        peribadi anda kepada kami bagi membolehkan kami memproses permohonan anda        untuk produk dan/atau perkhidmatan kami dan/atau perbadanan berkaitan, peniaga        dan rakan niaga strategik terpilih kami. Jika anda enggan memberikan data peribadi        tersebut, kami mungkin tidak dapat memproses permohonan anda, atau memberi        anda dan/atau berterusan memberi anda produk dan/atau perkhidmatan kami        dan/atau perbadanan berkaitan, peniaga dan rakan niaga strategik terpilih kami.   9. HAK ANDA UNTUK MENGAKSES DAN MEMBETULKAN DATA PERIBADI               

ANDA​ Kami boleh membantu anda untuk mengakses dan membetulkan data        peribadi anda yang dipegang oleh kami. Jika anda mahu mengakses data peribadi        anda dalam pegangan kami, atau jika anda berpendapat bahawa data peribadi        tersebut yang dipegang oleh kami tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau, jika        berkenaan, tidak terkini, dan anda mahu membetulkan data peribadi tersebut, anda        boleh membuat permintaan kepada kami dengan menghubungi Wakil Pelanggan        kami melalui ​noir.healthbeauty@gmail.com ​atau hubungi kami di talian +603-6151                  0660​.   Berhubungan dengan permintaan mengakses data atau permintaan        pembetulan data, anda harus menyatakan nama, alamat dan nombor telefon/akaun        anda serta memberikan butiran ringkas mengenai maklumat yang mana anda ingin        meminta sesalinan  atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang anda ingin        pembetulan dibuat, bagi mana-mana permintaan tersebut. Sila ambil maklum        bahawa kami mungkin menolak untuk memenuhi permintaan mengakses data anda        dalam keadaan tertentu, contohnya apabila kami tidak dapat mengesahkan identiti        anda atau jika maklumat yang diminta bersifat komersial dan sulit, atau jika kami        menerima permintaan berulang untuk maklumat yang sama. Kami mungkin juga        menolak untuk memenuhi permintaan pembetulan data anda dalam keadaan       

(6)

tertentu, contohnya apabila anda tidak membekalkan maklumat yang dikehendaki        dengan munasabah oleh kami untuk menentukan bagaimana data peribadi yang        dengannya permintaan pembetulan data itu adalah berhubungan adalah tidak tepat,        tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini. Namun demikian, kami akan        memaklumkan kepada anda sebab-sebab mengapa kami tidak dapat memenuhi        permintaan mengakses data dan/atau pembetulan data anda.  

10. MELAKSANAKAN PILIHAN SEHUBUNGAN DATA PERIBADI ANDA​ Tertakluk            sentiasa kepada hak dan kewajipan kontraktual kami di bawah undang-undang dan        peraturan yang berkenaan, anda boleh melaksanakan pilihan anda untuk        mengehadkan penggunaan atau tahap penggunaan data peribadi anda, termasuk        data peribadi yang berhubungan dengan orang lain yang boleh dikenal pasti        daripada data peribadi itu. Sekiranya anda mahu berbuat demikian, sila hubungi        Wakil Pelanggan kami melalui ​noir.healthbeauty@gmail.com ​atau hubungi kami di                  talian​ +603-6151 0660​. 

  11. KEWAJIPAN ANDA​ Anda bertanggungjawab untuk memberikan maklumat yang        tepat dan lengkap kepada kami mengenai diri anda dan mana-mana individu lain        yang data peribadinya anda berikan kepada kami dan untuk mengemaskinikan data        peribadi tersebut apabila ia menjadi tidak betul atau tidak terkini dengan        menghubungi Wakil Pelanggan kami melalui        

noir.healthbeauty@gmail.com ​atau    hubungi kami di talian +603-6151 0660​. Kewajipan ini merupakan syarat bagi                pembekalan produk dan/atau perkhidmatan kami, peniaga dan rakan niaga strategik        terpilih kami kepada anda dan/atau mana-mana individu lain yang diberi kuasa atau        dibenarkan oleh anda atau organisasi/syarikat anda untuk menggunakan produk        dan/atau perkhidmatan tersebut. Jika anda perlu memberi kami data peribadi        berkaitan dengan pihak-pihak ketiga (contohnya mengenai suami atau isteri atau        anak-anak anda, atau jika anda merupakan orang yang dilantik (daripada sebuah        syarikat atau organisasi) untuk berurusan dengan kami, jika anda sedang        memperoleh dan bertanggungjawab untuk produk dan/atau perkhidmatan yang        mereka akan gunakan), anda mengesahkan bahawa anda telah (i) mendapatkan        persetujuan mereka atau berhak memberikan data peribadi mereka kepada kami        untuk kami memprosesnya dengan sewajarnya, dan (ii) memaklumkan kepada        mereka untuk membaca Notis Privasi ini di laman web kami di ​       (link untuk page Notis       

Privasi ini)​  

12. URUSAN DALAM TALIAN DENGAN KUKI (COOKIE) Kami mengumpul maklumat                  mengenai penggunaan laman web kami oleh anda melalui kuki. Kuki adalah        paket-paket maklumat yang disimpan dalam komputer atau peranti anda yang        membantu pelayaran laman web anda dengan menyesuaikan maklumat laman web        kepada keperluan anda. Kuki dengan sendirinya tidak mengenal pasti pengguna        individu, ia hanya mengenal pasti komputer atau peranti yang digunakan. Anda tidak        berkewajipan untuk menerima kuki. Jika anda mempunyai kebimbangan, anda boleh        tetapkan komputer atau peranti anda sama ada untuk menerima semua kuki,        memaklumkan kepada anda bila sesuatu kuki dikeluarkan, atau langsung tidak        menerima kuki pada apa jua masa. Namun demikian, penolakan kuki mungkin akan        menjejaskan penggunaan laman-laman web kami oleh anda kerana kami tidak akan        dapat memperibadikan aspek-aspek penggunaan laman web oleh anda. Sila ambil       

(7)

maklum bahawa Notis Privasi ini hanya terpakai untuk laman-laman web NOIR        sahaja semata-mata dan tidak terpakai kepada mana-mana laman web pihak ketiga        yang mungkin diakses oleh anda dari laman-laman web kami. Untuk menentukan        bagaimana mereka mengendalikan data peribadi anda, anda harus memastikan        bahawa anda membaca dasar privasi mereka masing-masing. Jika anda        menggunakan atau melanggan apa-apa produk dan/atau perkhidmatan daripada        mana-mana pihak ketiga dan anda kemudiannya memberikan data peribadi anda        secara langsung kepada pihak ketiga tersebut, data peribadi anda akan tertakluk        kepada penyataan/notis/dasar privasi pihak ketiga tersebut. 

13. PEMINDAHAN DATA PERIBADI ANDA​ Kami mungkin memindahkan data peribadi            anda ke tempat-tempat lain, di dalam mahupun di luar Malaysia termasuk jika        pemindahan tersebut dibuat kepada kemudahan kami yang terletak di luar Malaysia        atau jika mana-mana pembekal perkhidmatan atau rakan niaga strategik kami yang        terlibat dalam pembekalan sebahagian daripada produk dan/atau perkhidmatan        NOIR atau perkhidmatan penyimpanan data atau pemprosesan data yang disumber        dari dalam atau luar untuk dan bagi pihak kami  berlokasi  di dalam atau di luar        Malaysia atau mempunyai pelayan dan/atau perkakasan yang berkaitan di dalam        mahupun di luar Malaysia atau jika anda menggunakan produk dan/atau        perkhidmatan dari negara selain daripada Malaysia (contohnya, perayauan         antarabangsa). Anda memberi persetujuan untuk kami memindahkan data peribadi        anda ke tempat-tempat lain, di dalam atau di luar Malaysia dalam keadaan-keadaan        tersebut. Kami mungkin juga memindahkan data peribadi anda ke tempat-tempat di        luar Malaysia sekiranya dibenarkan oleh undang-undang. 

14. PENGEMASKINIAN NOTIS PRIVASI KAMI​ Kami mungkin meminda Notis Privasi            ini dari masa ke masa dan versi yang dikemas kini akan digunapakai dan        menggantikan mana-mana dan semua versi terdahulu, termasuk, versi dalam risalah        atau salinan bercetak. Anda digalakkan untuk menyemak laman web kami dan        mengunjungi semula Notis Privasi ini secara berkala untuk mendapatkan Notis        Privasi kami yang terkini.  

15. BUTIR-BUTIR MENGHUBUNGI KAMI​ Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan          (termasuk untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi), kebimbangan atau        aduan berkaitan dengan Notis Privasi ini, sila hubungi Wakil Pelanggan   kami        melalui ​

noir.healthbeauty@gmail.com​ ​atau di talian​ +603-6151 0660​.  

Referensi

Dokumen terkait

(g) Jika anda memberi kami data peribadi pihak ketiga termasuklah sesiapa yang tidak mempunyai keupayaan di sisi undang-undang untuk memberi izin, anda mengesahkan bahawa anda

Entiti BofA Malaysia juga boleh menggunakan dan mendedahkan Data Peribadi yang kami percaya perlu atau wajar: (a) untuk mematuhi undang-undang terpakai termasuk persetujuan

Setakat mana anda telah memberikan (atau akan memberi) data peribadi mengenai ahli keluarga anda, pasangan anda, tanggungan lain anda (jika anda seorang individu), pengarah,

Hasil Penelitian menunjukkan bahwa tidak berbeda nyata antara galur diuji pada parameter umur tanaman berbunga, umur panen, bobot 1000 butir dan hasil gabah kering panen..

Peribadi / Data Peribadi Sensitif sepertimana yang dinyatakan dibawah dan diberi definisi di dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA 2010) yang diserahkan kepada Syarikat

Apabila anda mengakses dan menggunakan laman web kami, data peribadi tersebut mungkin termasuk maklumat yang dikumpulkan oleh peranti pelayan (“server”) kami secara automatik

Tabel 3.2menunjukkan data hasil observasi sebelum penelitian dan sesudah penelitian.Kesimpulan data tersebut adalah mulai tindakan kelas siklus I sampai akhir

Sasaran yang dituju adalah Seluruh Pengguna Sosial media Instagram, facebook beserta warga yang berdomisili di RT 004 RW 002 Kelurahan Tanjung Qencono,