• Tidak ada hasil yang ditemukan

MAKLUMAT KURSUS PENGENALAN. Akidah Teras Pengurusan CTU263 7/11/2013. Maruwiah Ahmat 1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MAKLUMAT KURSUS PENGENALAN. Akidah Teras Pengurusan CTU263 7/11/2013. Maruwiah Ahmat 1"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN 1 Maruwiah Ahmat

MAKLUMAT KURSUS

2 HASIL PEMBELAJARAN • Menjelaskan teras dan

falsafah pengurusan Islam

KANDUNGAN

2. Teras, Prinsip dan Etika Pengurusan Islam

2.1 Teras Pengurusan Islam

2.2 Prinsip-prinsip Pengurusan Islam 2.3 Nilai dan Etika Kerja Islam

PENGENALAN

Teras

• Teras bermaksud asas atau dasar

sesuatu perkara yang menjadi

intipati.

Prinsip

• Prinsip ialah suatu pernyataan

fundamental atau kebenaran

umum mahupun individual yang

dijadikan oleh seseorang atau

sesuatu kelompok sebagai

sebuah pedoman untuk berfikir

atau bertindak.

3 4

Akidah menjadi teras kepada pengurusan.

Pengurusan Islam terdiri daripada:

Ketiga-tiga asas ini adalah teras kepada

pengurusan Islam yang kemudian membentuk

falsafah pengurusan Islam.

2.1 Teras Pengurusan Islam

Akidah Syariah Akhlak san Islam

Penguru-5

Falsafah merupakan dasar sesebuah organisasi. Ia

dianggap sebagai panduan bagi sesebuah sistem

yang daripada sistem tersebut akan lahir pula

konsep-konsep yang akan mendukung sistem

tersebut.

Falsafah pengurusan Islam bukan berdasarkan

gagasan pemikiran manusia tetapi ia berasaskan

paradigma Tauhid (akidah). Tauhid merupakan inti

ajaran Islam dan sebagai paksi kepada segala

aktiviti manusia.

Akidah Teras Pengurusan

6

Akidah

Bahasa: berasal dari perkataan ‘aqd –

ikatan/simpulan

Istilah: Kepercayaan atau keyakinan yang kukuh

dalam jiwa seseorang terhadap Allah SWT dan

Muhammad SAW sebagai Rasul-Nya serta segala

yang berkaitan dengan kekuasaan Allah SWT.

Akidah menjadi teras utama dalam sesebuah

pengurusan.

(2)

7

Akidah Teras Pengurusan

Sentiasa berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah

Merendah diri, tidak egoistik dan individualistik Memahami hakikat hidup di dunia – untuk akhirat Berakhlak mulia dalam pekerjaan Sedia amr makruf nahy anil munkar.

Akidah Teras Pengurusan

Hubungan Akidah dalam Amalan Pengurusan

Di dalam pengurusan Islam segala aktiviti tidak dapat dipisahkan dengan hakikat akidah/tauhid. Tiga bidang utama yang ditekankan dalam hakikat akidah iaitu:

Hakikat insan

Hakikat insan bermaksud setiap individu yang berkhidmat atau bekerja dalam sesuatu organisasi tidak lari dari hakikat bahawa kita adalah hamba Allah S.W.T yang lemah. Semua yang kita perolehi adalah dengan izin Allah S.W.T.

8

Akidah Teras Pengurusan

Hakikat amal

Hakikat amal bermaksud setiap kerja yang kita lakukan hendaklah kerana Allah S.W.T walaupun kerja yang kita lakukan tersebut untuk kemudalah manusia.

Hakikat organisasi

Hakikat organisasi bermaksud setiap undang-undang yang dicipta di dalam sesebuah organisasi tidak boleh bertentangan dengan Al-Quran dan al-Sunnah. Al-Quran dan al-Sunnah hendaklah menjadi perlembagaan yang utama dalam sesebuah organisasi.

9

Kesan Akidah dalam Amalan Pengurusan

1. Melahirkan pekerja yang berdisiplin terhadap kerja. Apabila seseorang berkerja dengan penuh kerelaan dan melakukan segala benda kerana Allah S.W.T menyebabkan mereka lebih komited untuk mendapat balasan di dunia dan di akhirat juga.

2. Melahirkan sebuah organisasi yang adil. Di samping mengejar keuntungan dunia, mereka juga tidak lupa untuk memberi hasil yang setimpal kepada pekerja.

3. Melahirkan ketua prihatin terhadap pekerja. Ini kerana seseorang ketua sedar bahawa sehebat mana pun beliau tetap seorang hamba Allah S.W.T. Maka beliau akan berasakan bahawa pangkat yang diberikan adalah amanah Allah S.W.T yang perlu dilaksanakan.

Akidah Teras Pengurusan

10

11

PERANAN AKIDAH DALAM PEMBANGUNAN UMMAH

Akidah Teras Pengurusan

• Melahirkan ummah yang patuh kepada ajaran Allah SWT Membentuk hala tuju ummah yang jelas

• Membina keperibadian ummah yang unggul • Mengukuhkan kecemerlangan ilmu • Menjana pemikiran ummah yang kritis

• Membangun ekonomi ummah secara komprehensif • Mewujudkan kepimpinan yang adil

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

12

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

 Menurut Ahmad Ibrahim Abu Sin, di dalam sistem pengurusan Islam

mempunyai prinsip-prinsipnya yang tersendiri.

 Berikut adalah prinsip pengurusan Islam.

Al-‘Adalah (Keadilan)

Maksud Al-‘Adalah ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Menurut Al-Mawardi ia juga bermaksud bercakap benar,jelas kejujuran, menjauhi haram, memelihara diri dari melakukan dosa atau bersubhat dengannya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah s.w.t menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat… (Surah Al-Nahl: 90)

(3)

Keadilan boleh dilaksanakan dalam perkara seperti berikut :

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

13 Membuat sesuatu keputusan Pengucapan Keadilan terhadap Allah s.w.t Timbangan dan ukuran Urusan persendirian Pengurusan harta

Al-Ubudiyyah (Pengabdian diri) Al-Ubudiyyah bermaksud kita mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT. Segala ibadah yang kita lakukan adalah hanya untuk Allah SWT, manakala konsep Al-Ubudiyyah dalam organisasi pula bermaksud kita hendaklah melakukan sesuatu kerja secara bersungguh-sungguh di institusi yang mengambil kita sebagai pekerja.

Dalil yang berkaitan dalam konsep Ubudiyyah, firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan ingatlah, aku tidak mencipta jin dan manusia melaikan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada-Ku.” (Adz-Dzariyyat: 56)

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

14

15

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

Al-Hurriyyah (Kebebasan)

Kebebasan bermaksud keupayaan untuk memilih melakukan sesuatu perkara di samping mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Seseorang individu itu diberi hak untuk

beragama, berfikir, bersuara, mencari harta dan sebagainya mengikut batasan yang dikuatkuasakan. Dalil yang berkaitan Al-Hurriyyah, firman Allah SWT yang bermaksud: “Tiada paksaan dalam beragama” (Al-Baqarah: 265)

16

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

Aspek Al-Hurriyah

Kebebasan pemikiran Kebebasan personal 17 Kebebasan Personal Hak bergerak Hak keamanan Hak kehormatan tempat tinggal Hak kerahsiaan perhubungan

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

18 Kebebasan Pemikiran Kebebasan Berakidah Kebebasan Belajar dan Mengajar Kebebasan Berfikir Kebebasan Sosial dan Ekonomi

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

(4)

19

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

Hak Kebebasan Sosial dan Ekonomi

Hak Bekerja

Hak Mendapat Kawalan Kesihatan Hak kehidupan yang

Mulia dan Selesa

Al-Musawah (Persamaan)

Ia bermaksud manusia adalah sama di sisi undang-undang yang telah diwajibkan oleh Allah SWT.

Jenis-jenis persamaan:

1. Persamaan terhadap tanggungjawab undang-undang. Iaitu setiap individu sama ada majikan atau pekerja hendaklah bertanggungjawab mentaati segala undang-undang yang telah diwahyukan.

2. Persamaan dalam tanggungjawab terhadap hukuman. Kesalahan yang dilakukan hendaklah ditanggung oleh pesalah tersebut dan tidak boleh ditanggung oleh orang lain. 3. Agihan dan penerimaan kemudahan-kemudahan. 20

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

21

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

Al-Syura (Permesyuaratan)

Al-Syura bermaksud sebelum sesuatu keputusan itu dibuat, kita diwajibkan terlebih dalulu mengadakan perbincangan. Ia bertujuan untuk memberi peluang penyertaan ahli di samping mendapat keputusan majoriti.

Dalil yang berkaitan dengan prinsip Al-Syura, firman Allah s.w.t yang bermaksud: “..dan bermesyuaratlah dengan mereka….. (Ali Imran: 159).

Dua skop syura dalam pengurusan Islam. (a) Perlantikan khilafah/jawatan penting (b) Membuat sesuatu keputusan.

22

Contoh amalan syura yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan Khulafa’ al-Rasyidin.

Dalam menetapkan hukuman terhadap tawanan perang, Rasulullah SAW telah melakukan syura bersama para sahabat.

Strategi kedudukan tentera dalam Perang Badar dan Uhud. Idea menggali parit dalam Perang Khandaq.

Dalam perlatikan Khalifah al-Rasyidin selepas kewafatan Rasullullah SAW di Saqifah Bani Saidah.

Enam orang sahabat bermesyuarat untuk mencari pengganti Khalifah Abu Bakar.

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

23

Hukum syura berdasarkan ayat Surah Ali Imran: 159.

        

dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu, kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah..

1. WAJIB – diturunkan setelah kekalahan dalam Perang Uhud 2. SUNAT – kerana Rasulullah tidak memerlukan kepada syura. Ayat itu hanya sekadar mengangkat martabat sahabat (apabila idenya diminta oleh Rasulullah SAW).

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

24

Al-Masuliyyah (Pertanggungjawaban) Bertanggungjawab atas setiap yang diamanahkan termasuk juga amanah yang diwajibkan ke atas kita manusia.

Dalil yang berkaitan dengan prinsip

pertanggungjawaban sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud: “dan mereka-mereka yang melaksanakan amanah-amanah dan janji-janji.” (Al-Mukminun: 8)

(5)

Al-Taah (Kepatuhan)

Iaitu mengikut segala arahan yang telah dikeluarkan

oleh majikan selagi mana tidak menentang hukum

Allah. Hukumnya adalah wajib.

Dalil yang berkaitan dengan kepatuhan, firman Allah

SWT yang bermaksud: “Taatlah kepada Allah, kepada

Rasulullah dan kepada ketua-ketua kamu” (al-Nisa’: 49)

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

25

Peraturan Mengikuti Kuliah

26

Itqan (Kualiti)

Melakukan kerja dengan penuh dedikasi dan istiqomah atau berterusan dan hasil yang diperolehi adalah memuaskan. Islam melihat kualiti dalam aspek yang menyeluruh seperti pemimpin berkualiti, pekerja berkauliti dan produktiviti berkauliti.

Kesimpulan daripada keseluruhan prinsip-prinsip Islam menunjukkan kita bahawa agama Islam mempunyai system pengurusan yang lengkap dan sistematik.

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

27

Definisi Nilai

Nilai didefinisikan sebagai suatu kepercayaan dan keyakinan seseorang terhadap seseorang yang lain atau institusi yang mematuhi peraturan, pilihan dan nilai utama masyarakat.

Selain itu, nilai juga merupakan asas pembentukan sikap, tanggapan, motivasi, personaliti, kemajuan dan pembangunan sesuatu bangsa amnya dan organisasi khasnya.

NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM

28

Manakala etika ialah dari segi bahasa, berasal daripada bahasa Inggeris ‘ethic’ dan bahasa Greek

‘ethos’ yang membawa maksud nilai-nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan.

Dalam pengurusan, istilah etika digunakan merujuk kepada kajian mengenai isu standard moral yang boleh membantu dalam meningkatkan integriti. Etika merupakan ilmu pengetahuan yang berhubung dengan keupayaan menentukan perbuatan yang dilakukan manusia untuk dikatakan baik atau buruk.

NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM

29

Etika Islam adalah sinonim dengan akhlak. Menurut para tokoh pemikir Islam, akhlak didefinisikan sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang dan perbuatan akan lahir daripadanya dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Berdasarkan pengertian tersebut, keadaan jiwa dalaman seseorang dilihat sebagai pencetus dan penggerak kepada pembinaan sikap dan tingkah laku luaran. Pengertian ini melayakkan akhlak sebagai istilah yang paling tepat dan lengkap bagi etika Islam, berbanding istilah-istilah lain seperti nilai, moral dan norma sebagaimana yang diyakini Barat.

NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM

30

Nilai dan Etika Pengurusan Islam

Nilai dan etika pengurusan Islam bersifat syumul (menyeluruh)

mempunyai cirri dinamisme, profesionalisme dan sempurna. Ini kerana segala yang dilakukan dikira sebagai ibadah termasuk ketaatan dan tanggungjawab kepada Allah, ketua, keluarga , organisasi dan negara.

Asas nilai dan etika pengurusan Islam ialah akidah, syariah dan akhlak. Manakala sumber nilai dan etika pengurusan Islam ialah Al-Quran dan As-Sunnah. Ini bererti nilai dan etika pengurusan Islam mempuyai kekuatan kekuatan rohaniah yang paling kental.

(6)

31

NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM

Antara nilai dan etika penguruan Islam adalah seperti berikut:

Pertama: Kebenaran

Kebenaran dari kaca mata Islam hendaklah berasaskan kepada iman dan takwa. Benar tentang niat, perkataan, tingkah laku serta tindakan dalam melaksanakan tanggungjawab. Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud:

“Hai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah SWT dan hendaklah kamu bersama orang yang benar.” (Surah al-Taubah: 119).

32

Kedua: Kemuliaan

Manusia yang paling mulia di sisi Allah ialah mereka yang

bertaqwa kepada Allah bukan berdasarkan pangkat, kuasa, gelaran kedudukan dan sebagainya dalam hierarki pengurusan. Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami mencipta kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah SWT ialah orang yang paling bertaqwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal. (Surah Al-Hujurat: 13).

NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM

33

Ketiga: Ihsan

Ihsan bermaksud bahawa Allah SWT melihat segala perbuatan manusia sama ada secara terang atau sulit. Dalam

melaksanakan tugas sebagai seorang pekerja atau majikan hendaklah bekerja bersungguh-sungguh tanpa mengharap balasan dunia semata-mata.

Firman Allah SWT bermaksud: Untuk orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya (Surah Yunus: 26).

NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM

34

Keempat: Keadilan

Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dari segi istilah bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya berdasarkan kepada ketentuan akidah, syariah dan akhlak serta bersumberkan Al-Quran dan al-Sunnah. Dalam bidang pengurusan organisasi keadilan itu meliputi semua hal dan bidang dari segi peraturan, undang-undang, nilai, etika, pemilihan dan sebagainya. Firman Allah SWT yang bermaksud: …. dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (An-Nisa: 57).

NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM

35

Nilai-nilai Lain

Amanah Kesederhanaan Keberanian Berdisiplin

Tepati Janji Menghargai Masa Kesabaran Toleransi

Kebaktian Pemaaf dibalas kebaikan Kejahatan

NILAI DAN ETIKA KERJA ISLAM

36

Kesimpulan

Sesungguhnya nilai dan etika kerja dikemukakan oleh Islam lebih

menyeluruh, lebih tahan diuji dan sempurna. Islam mengenal pasti musuh utama manusia iaitu nafsu dan syaitan. Justeru itu nilai-nilai yang bersifat kerohanian lebih ditekankan kerana itulah perisai yang dapat mengawal nafsu dan menolak godaan syaitan.

Boleh dikatakan keperluan kepada nilai dan etika adalah untuk mewujudkan organisasi pengurusan yang mencapai tahap tertinggi dan mempunyai imej yang bersih untuk mendokong pembangunan negara dan menigkatkan kualiti penghidupan masyarakat.

(7)

37

Rujukan Nota Kuliah Bab 1

1. Nota kuliah/slide Ustzh Nadiyah Hashim, ACIS, Kota

Samarahan, Sarawak.

2.

http://azzahk.blogspot.com/2007/04/etika-islam-suatu-pengenalan.html (10/7/2013)

Referensi

Dokumen terkait

1) Cadangan Devisa, Produk Domestik Bruto, dan Kurs dollar Amerika Serikat secara simultan berpengaruh signifikan terhadap impor bahan baku industri di Indonesia pada

Berdasarkan hasil penelitian diperoleh nilai F sebesar 4.165 dengan tingkat signifikan 0,008 karena tingkat signifikan lebih kecil dari 0,05, maka hasil penelitian

a) Quiters (mereka yang berhenti). Tak diragukan lagi, ada banyak orang yang memilih untuk keluar menghindari kewajiban, mundur dari usahanya. Mereka ini disebut dengan

Bentuk-bentuk bangunan di Indonesia pada umumnya merupakan bentuk akulturasi antara unsur-unsur budaya Hindu dengan unsur budaya Indonesia asli. Bangunan yang megah

Humbang Hasundutan Pendidikan Jasmani dan Kesehatan 42 15071902710300 HONDA SIHOTANG Kab.. Humbang Hasundutan Guru

Data dari modul K2607, yang dalam hal ini adalah data level suhu tinggi permukaan 100° c data tersebut merupakan besaran analog 4000mv atau 4 volt,dan level High atau Low

Kebugaran jasmani memegang peranan yang sangat penting dalam kegiatan manusia. Dengan kebugaran jasmani seseorang dapat melakukan semua kegiatan dengan baik. Melalui pendidikan

Berdasarkan hasil dan pembahasan yang telah dilakukan dapat disimpulkan bahwa pada hasil penelitian dengan menggunakan uji F diketahui bahwa variabel dependen secara