• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kesan pembangunan kerajaan dari aspek peningkatan taraf infrastruktur di Pekan Dabong.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kesan pembangunan kerajaan dari aspek peningkatan taraf infrastruktur di Pekan Dabong."

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

1 Tajuk Kajian :

Kesan pembangunan kerajaan dari aspek peningkatan taraf infrastruktur di Pekan Dabong.

1.1 Pengenalan

Ekonomi Malaysia telah mengalami lonjakan besar semenjak tahun 1957. Transformasi ekonomi negara berdasarkan komoditi utama seperti bijih timah, getah dan kelapa sawit kepada negara perindustrian yang dinamik dan bersemangat disebabkan pelbagai faktor menarik. Kestabilan politik dan ekonomi di Malaysia, polisi berhemat dan pragmatik pelabur mesra perniagaan, kos tenaga kerja yang produktif, infrastruktur yang maju setanding dengan mana-mana negara Barat dan pelbagai kemudahan-kemudahan lain menjadikan negara ini sebuah tempat menarik untuk pelabur. Dengan demikian, kerjasama kerajaan dari aspek infrastruktur dan kemudahan- kemudahan awam yang disediakan hendaklah mencukupi bagi memastikan kegiatan ekonomi sumber utama negara kita dapat dipergunakan dengan secukupnya. Pelbagai bidang telah diterokai sejak tahun 1970-an di Pekan Dabong telah meningkatkan status masyarakat setempat. Terutamanya kecemerlangan dalam bidang pertanian dan pelancongan adalah merupakan sebuah pasaran sekunder yang bertanggungjawab mengendalikan kemajuan ekonomi di Malaysia. Aspek pembangunan ekonomi merupakan agenda utama yang dibincangkan di setiap daerah Kelantan. Perkara ini penting memandangkan pengiktirafan sebagai salah sebuah negara maju bergantung kepada tahap pembangunan yang dicapai oleh negara berkenaan. Alaf baru yang bakal ditempohi pasti menuntut kebanyakan daerah melaksanakan pembangunan terutamanya pembangunan dalam bidang ekonomi penduduk serta infrastruktur. Dalam konteks ini, negara dunia ketiga seperti Malaysia tidak ketinggalan untuk meneroka bidang tersebut supaya taraf sebagai sebuah negara maju turut dapat dikecapi.

(2)

2 1.2 Isu dan pernyataan masalah kajian.

Kajian ini bertujuan mengkaji taraf infrastruktur sebuah pekan yang terletak di kawasan pedalaman di bawah pentadbiran Jajahan Kuala Krai iaitu Pekan Dabong. Kajian ini dijalankan bagi mengkaji kemajuan dan pencapaian taraf ekonomi dari sudut pembangunan, sosio-ekonomi serta kemajuan rakyat.

Matlamat perpaduan dan keharmonian hidup antara kaum adalah penting bagi menjamin kestabilan dan pembangunan sosial, politik dan ekonomi. Prasyarat kepada perpaduan kaum ini ialah keadilan sosial dan ekonomi. Keadilan dan kecekapan ekonomi tidak akan tercapai di bawah sistem kapitalis yang bergantung kuat kepada kuasaan pasaran selagi persaingan dalam pasaran terlalu berlebihan dengan kuasa tawar-menawar yang tidak seimbang. Pasaran hanya akan membawa kepada kemajuan jika terdapat unsur kerjasama, etika dan kuasa tawar menawar yang lebih seimbang, terutamanya antara yang berada dengan yang kurang berada dan antara yang kuat dengan yang lemah.

Apabila keadaan gunatenaga pernuh tercapai, pelbagai sektor dapat tumbuh dengan lebih lancar dan menarik pelabur dari luar. Oleh demikian, infrastruktur dan kemudahan-kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan akan menjadi salah satu penyebab tarikan pelabur luar yang dijangka akan meningkatkan produktiviti dan pendapatan luar bandar.

(3)

3 1.3 Kawasan kajian

Pekan Dabong terletak di negeri Kelantan yang terdiri daripada 10 jajahan pentadbiran negeri yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang dimana ianya di bawah jajahan pentadbiran Kuala Krai. Di bawah jajahan pentadbiran Kuala Krai pula mempunyai tiga daerah, iaitu daerah Dabong, daerah Mengkebang dan daerah Olak Jeram. Keluasan kawasan daerah Dabong sebanyak 84,007.06 hektar, iaitu 36.9% daripada jumlah keluasan jajahan Kuala Krai. Terdapat empat mukim di bawah daerah Dabong, iaitu Kandek, Kuala Geris, Kuala Pergau dan Kuala Stong.

Pekan Dabong ini terletak sejauh kira-kira 155 km dari Kota Bharu, ibu negeri Kelantan. Pekan Dabong ialah sebuah pekan kecil yang terletak di Kuala Krai, Kelantan. Tempat lain yang berhampiran ialah Kemubu, Kuala Geris, Bukit Abu dan Kampung Durian Badak. Pekan Dabong dikelilingi oleh bukit-bukau di utara, selatan, barat dan timur. Di barat daya terletaknya Gunung Stong merupakan salah satu gunung tertinggi di Kelantan dengan ketinggian 1,442 meter. Gunung Stong terletak di Hutan Simpan Dabong, Kelantan.

Gunung Stong menyediakan hutan yang menarik dan mengasyikkan yang penuh dengan khazanah alam, hidupan liar seperti gajah. Gunung Stong menempatkan salah satu air terjun yang merupakan kelima dalam senarai 10 tempat yang menarik dan tertinggi untuk ekotourism di Malaysia. Gunung Stong memang tersohor dengan Air Terjun Jelawang yang tingginya 305 meter dan tidak mustahillah air terjun ini merupakan tertinggi di Asia.

(4)

4

Peta 1: negeri Kelantan yang terdiri daripada 10 jajahan.

(5)

5 1.4 Matlamat Kajian

Pemilihan tajuk ini adalah berasaskan pembangunan kerajaan yang dilakukan di Pekan Dabong yang telah membawa perubahan kepada struktur sosio-ekonomi penduduk kawasan pedalaman yang terletak jauhnya dengan bandar yang terdekat, iaitu kira-kira 85km daripada Bandar Kuala Krai.

Pekan Dabong merupakan sebuah kawasan yang strategik dan mempunyai daya maju untuk pembangunan secara teratur di masa hadapan. Gunung Stong yang terkenal di antara para pendaki gunung terletak di daerah Dabong membawa perubahan sosio-ekonomi kepada penduduk tempatan. Gunung Stong menjadi daya tarikan pelancong menjejak kaki ke Pekan Dabong. Infrastruktur dan kemudahan-kemudahan awam yang disiapsediakan oleh pihak kerajaan samada dari segi persediaan penginapan ataupun rekreasi dijadikan persoalan kepada orang ramai.

(6)

6 1.5 Objektif Kajian

Dari sebuah perkampungan yang mundur sekitar tahun 1900 hingga 1957 tidak begitu pesat membangun menjadi pusat industri kampung. Dari segi sosio-ekonomi, kemasyarakatan penduduk kampung, dan kemajuan serta kemudahan yang disediakan oleh kerajaan belum mencukupi. Oleh itu melalui kajian ini akan dapat melihat sejauh mana pencapaian taraf infrastruktur pekan ini dari segi:-

i. Mengkaji pembangunan oleh pihak kerajaan tentang keperluan dari segi pembangunan terutama di kawasan-kawasan luar bandar di samping menyelenggara, membaiki mutu dan meninggikan taraf infrastruktur dan kemudahan-kemudahan awam yang sedia ada khususnya jalan, bekalan air, bangunan, perkhidmatan keretapi, bagi memenuhi keperluan pembangunan sosial dan ekonomi setempat.

ii. Mengkaji sejauh mana keperluan sumbangan pihak kerajaan di kawasan luar bandar bagi peningkatan taraf infrastruktur .

iv. Mengkaji permasalahan yang dihadapi penduduk Pekan Dabong akibat kekurangan peningkatan taraf infrastruktur.

(7)

7 1.6 Hipotesis Kajian

Pekan Dabong yang terletak sejauh kira-kira 85km daripada bandar utama jajahan Kuala Krai iaitu Bandar Kuala Krai merupakan tempat peninggalan penjajahan Inggeris dan Jepun sejak zaman 1920-an. Pekan Dabong yang dikelilingi oleh bukit-bukau di utara, selatan, barat dan timur kaya dengan sumber alam. Lagipun Gunung Stong yang terkenal bahkan negeri atau luar negara menjadi salah satu tarikan menarik peminat pendaki gunung menjejak kaki ke Pekan Dabong.

Persoalan disini adalah adakah infrastruktur dan kemudahan-kemudahan awam yang disiapsediakan oleh kerajaan ini dapat memenuhi kehendak penduduk setempat atau pendatang dari luar. Infrastruktur dan kemudahan-kemudan awam meliputi sekolah, pejabat-pejabat kerajaan, bekalan air dan elektrik, tempat persinggahan, tandas, balai polis, bekalan internet, pejabat pos, jalan raya dan lain-lain lagi.

Infrastruktur dan kemudahan awam penting bagi setiap penduduk tempatan yang tinggal di Pekan Dabong. Contohnya bekalan air dan eletrik penting bagi kegiatan seharian seperti minum, masak dan makan. Manakala talian telefon penting bagi perhubungan luar dan dalam kawasan Pekan Dabong.

Di antara soalan-soalan yang akan ditanya semasa temubual adalah seperti berikut:

Bahagian (1) terdiri daripada maklumat profil responden seperti nama, umur, jantina, pekerjaan dan tempat temubual dijalankan.

Bahagian (2) terdiri daripada soalan-soalan yang berkaitan dengan kajian.

(8)

8 1.7 Skop kajian

a) Kaedah Temubual

Kaedah ini dijalankan di perkampungan terhadap responden sekitar Pekan Dabong. Segala maklumat yang didapati adalah berdasarkan struktur kegiatan ekonomi dan kesan-kesan atau bukti-bukti pembangunan yang dijalankan secara berterusan. Temubual adalah satu kaedah pungutan data yang penting kerana ia membantu pengkaji mendapatkan maklumat secara mendalam dalam memahami sesuatu situasi/masalah/isu dengan jelas. Temubual awal boleh dibuat secara temubual berstruktur dan temubual tidak berstruktur yang boleh dilaksanakan bersama:

 rakan-rakan sekerja dalam bidang yang sama

 ketua kampung

 orang kampung yang lanjut usianya

Temubual yang dijalankan adalah melalui dua peringkat iaitu :- I. Temubual Berstruktur

Soalan-soalan yang ingin ditanya adalah terhad pada sesuatu tajuk atau bidang yang tertentu sahaja dan telah ditentukan supaya pengkaji dapat menyoal secara sistematik.

II. Temubual Tidak Berstruktur

Soaljawab yang mementingkan penerokaan idea ataupun perbincangan terbuka dilakukan dalam situasi tidak formal. Kaedah ini memberi peluang kepada pengkaji meneroka secara mendalam dan membuat interpretasi mengenai perasaan dan ideanya sendiri. Hasil kajian ialah hasil analisis data yang digunakan oleh pengkaji untuk menyediakan profil responden dan menjawab soalan-soalan kajian. Hasil kajian dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu :-

(9)

9 1) Profil responden

Subjek-subjek yang terlibat secara langsung dalam kajian (latar belakang responden kajian, seperti jantina, umur, pendidikan, pencapaian, status sosio-ekonomi).

2) Dapatan kajian.

Penulisan dapatan kajian adalah amat kritikal, iaitu anda perlu meyakinkan pembaca bahawa dapatan kajian adalah benar, iaitu ia disokong dengan jelas oleh hasil analisis data, kaedah analisis data dan sampel kajian yang digunakan.

b) Kaedah Kajian Perpustakaan

Kaedah rujukan yang didapati daripada bahan rujukan bertulis, jurnal dan majalah, makalah yang menjadikan sumber kepada pengkaji. Kaedah ini didapati daripada kesan peninggalan sejarah serta peristiwa yang berkaitan dan kewujudan Pekan Dabong dan juga gambar-gambar tempat yang menarik pelancong dari segi kegiatan ekonomi. Kaedah kajian yang digunakan dalam menjalankan kajian ini ialah penyelidikan di perpustakaan, menganalisis dokumen, melayari internet serta melawat tempat kajian. Penyelidikan ini dijalankan dengan merujuk kepada buku-buku, jurnal dan majalah berbentuk ilmiah di perpustakaan.

c) Kaedah Kajian Luaran

i. Kaedah ini didapati daripada kesan peninggalan sejarah serta peristiwa yang berkaitan dan kewujudan Pekan Dabong juga gambar tempat-tempat yang menarik pelancong dari segi kegiatan ekonomi. Kaedah ini dijalankan di perkampungan terhadap responden sekitar Pekan Dabong. Segala maklumat yang didapati adalah berdasarkan struktur kegiatan ekonomi dan kesan-kesan atau bukti-bukti sejarah pembangunannya.

ii. Tinjauan dan melihat daripada jalan utama Gua Musang- Kuala Krai yang telah siap dibina pada tahun 1985, rangkaian jalan lain yang

(10)

10

sedang dalam peringkat pembinaan ialah Jalan Gua Musang-Lojing dan Jalan Aring-Kuala Berang merupakan pencetus kepada kegiatan ekonomi di sini.

(11)

11 1.8 Justifikasi Kajian

Penganalisaan data kuantitatif dilakukan dengan menggunakan statistik deskriptif. Prosedur menganalisis data adalah seperti berikut:

a. Frekuensi dan peratusan akan digunakan untuk menggambarkan latar belakang subjek kajian.

b. Pentafsiran data dalam bentuk peratusan dan min skor setiap item dalam soal selidik digunakan untuk menunjukkan persepsi penduduk terhadap soalan yang disoal.

c. Purata min skor yang tinggal bagi setiap item akan menunjukkan penerimaan yang positif dan sebaliknya purata min skor yang rendah akan menunjukkan penerimaan yang negatif.

d. Semua analisa dalam kajian menggunakan program dari pakej yang sesuai supaya memperolehi keputusan yang tepat dan benar.

(12)

12 1.9 Metodologi Kajian

Melalui pembacaan dan kesan sejarah dalam perkembangan sejarah sesebuah bandar yang dipengaruhi oleh pelbagai unsur dengan peristiwa penjajahan Jepun dan Inggeris. Setelah mengenalpasti bidang dan soalan kajian, tugas seterusnya ialah menjalankan tinjauan bahan literatur atau bacaan. Tinjauan bahan literatur ialah suatu usaha memerihal hasil kerja para sarjana dan ilmuan berkaitan dengan topik yang ingin mengkaji.

Tujuan tinjauan bahan literatur ialah untuk menyampaikan kepada pembaca ilmu, idea dan dapatan yang bersabit dengan topik. Manakala objektif khususnya pula bertujuan untuk mengkaji sejarah perkembangan sosio-ekonomi sebuah pekan yang terpencil yang terletak di kawasan pedalaman di Jajahan Kuala Krai iaitu Pekan Dabong .

Selain daripada pembacaan, pengkaji juga akan melawat ke kawasan kajian, iaitu Pekan Dabong bagi pengumpulan maklumat-maklumat yang berkaitan. Selain daripada itu, pengkaji juga akan mengambil kesempatan bersemuka dan bertemubual dengan ketua kampung Pekan Dabong dan penduduk kampung setempat bagi mendapat maklumat terkini.

Temubual dan perbincangan akan dijalankan bersama-sama dengan pegawai-pegawai kerajaan seperti Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Majlis Daerah Dabong, Jabatan Perangkaan Malaysia negeri Kelantan dan Muzium negeri Kelantan untuk lain-lain maklumat yang berkaitan.

(13)

13 Rujukan

Dionysius S.K.Sharma, Surin Suksuwan, Ferdinand Pereira , (2009). Gunung Stong State Forest Park: A Guidebook,Petaling Jaya:Sasyaz Holding Sdn. Bhd., hlm 1-23

N.M.Maseri, A.H.Mohd-Ros, Surin Suksuwan, (2006). Gunung Stong State Park (GSSP), Kelantan Darul Naim Preliminary Management Plan, WWF-Malaysia, hlm 1-212.

Ahmed Said Sajap, Noor Farikhah Hareda, Yaacob Abdul Wahab & Pazrina Azuriah Abdullah, (2005). 2005. Taman Negeri Gunung Stong, Kelantan: Pengurusan, Persekitaran Fizikal, Biologi dan Sosio-Ekonomi. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Kuala Lumpur.

Mohd Asri A.1997.Dewan Masyarakat,Dasar Ekonomi Baru:Pembangunan Dan Masa Depan,2000 .

Mohd Asri A.1997 Pembangunan Pekerjaan di Kelantan,Perkembangan dan Permasalahan,Fajar Bakti,Shah Alam

Ishak Shari.1998 Pembangunan dan kemunduran : perubahan ekonomi luar bandar di Kelantan, Dewan Bahasan dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Referensi

Dokumen terkait