LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR
DOKUMEN MEJA SEBUTHARGA
NO. SEBUTHARGA: LPHS/SH/BP/20/04
UNTUK
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PENYAMAN UDARA SECARA BERKALA DI LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR
SELAMA DUA (2) TAHUN
OKTOBER 2020
JA NGAN DIC ERA IKAN DO KU MEN INI
LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR
NO. SEBUTHARGA : LPHS/SH/BP/20/04
TAJUK KERJA : PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PENYAMAN UDARA SECARA BERKALA DI LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR SELAMA DUA (2) TAHUN
JADUAL KANDUNGAN
Bil Huraian Mukasurat
1 Kenyataan Sebut Harga 1 - 2
2 Arahan Kepada Penyebut Harga 3 - 8
3 Syarat – Syarat Am (Lampiran A) 9 - 12
4 Surat Akuan Pembida (Lampiran A1) 13
5 Syarat – Syarat Khas (Lampiran B) 14 - 17
6 Syarat – Syarat Tambahan (Lampiran C) 18 - 19
7 8 9 10 11 12
Keterangan Mengenai Penyebut Harga (Lampiran D) Surat Akuan Penyebut Harga (Lampiran E)
Jadual Tawaran Harga (Lampiran F)
Jadual Penentuan Spesifikasi (Lampiran G) Senarai Pengalaman (Lampiran H)
Lampiran Q (Arahan Perbendaharaan 170)
20 - 22 23 – 24 25 – 32 33 – 36 37 – 38 39 – 41
13 Senarai Semakan Sebutharga i - ii
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PENYAMAN UDARA SECARA BERKALA DI LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR SELAMA DUA (2) TAHUN
KENYATAAN SEBUTHARGA
1
LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR
KENYATAAN SEBUTHARGA
Sebutharga adalah dipelawa kepada Pembekal/Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor berminat dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut:
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PENYAMAN UDARA SECARA BERKALA DI LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR SELAMA
DUA (2) TAHUN
NO. SEBUTHARGA : LPHS/SH/BP/20/04
A. Segala butir dan dokumen boleh didapati semasa waktu pejabat di : LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR
Tingkat 5, Podium Utara
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 40503 Shah Alam
B. Dokumen Sebutharga hanya dikeluarkan kepada PEMILIK SYARIKAT YANG SAH MEMEGANG SIJIL KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF) dan UNIT PERANCANG EKONOMI (UPEN) SELANGOR.
C. Dokumen Sebutharga ini dijual dengan harga sebanyak RM 50.00 / naskah (wang tidak akan dikembalikan). Cara bayaran adalah dalam bentuk Wang Tunai.
D. Dokumen boleh diperolehi pada 12 Oktober 2020 hingga 16 Oktober 2020 pada waktu pejabat di :
LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR Tingkat 5, Podium Utara
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 40503 Shah Alam
2
E. Sebutharga ini akan ditutup pada 19 Oktober 2020 (Isnin). Dokumen Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran di :
LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR Tingkat 5, Podium Utara
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 40503 Shah Alam
tidak lewat daripada jam 12.00 tengahari pada hari tersebut.
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PENYAMAN UDARA SECARA BERKALA DI LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR SELAMA DUA (2) TAHUN
ARAHAN KEPADA
PENYEBUTHARGA
3
ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PENYAMAN UDARA SECARA BERKALA DI LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR SELAMA
DUA (2) TAHUN 1. PERIHAL SEBUTHARGA
1.1. Sebutharga ini adalah bagi Perkhidmatan Penyelenggaraan Penyaman Udara Secara Berkala di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor selama dua (2) tahun.
1.2. Objektif adalah bagi perkhidmatan Penyelenggaraan Penyaman Udara adalah untuk kegunaan kelesaan para pegawai dan kakitangan LPHS dalam tugasan seharian.
1.3. Sebutharga ini adalah tertakluk kepada Arahan-arahan, Syarat-Syarat Am, Syarat-Syarat Khas dan Syarat-Syarat Tambahan yang ditetapkan.
2. DOKUMEN SEBUTHARGA
2.1. Sebutharga hendaklah dibuat di atas borang-borang yang telah disediakan dan selepas ini dipanggil dokumen Sebutharga. Dokumen Sebutharga yang lengkap adalah mengandungi perkara-perkara berikut :
i. Kenyataan Tawaran.
ii. Arahan Kepada Penyebut harga.
iii. Syarat-syarat Am (Lampiran A).
iv. Lampiran Akuan Pembida (Lampiran A1) (Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat).
v. Syarat-syarat Khas (Lampiran B) vi. Syarat-syarat Tambahan (Lampiran C)
vii. Keterangan Mengenai Penyebut harga (Lampiran D) viii. Surat Akuan Penyebut Harga (Lampiran E)
ix. Jadual Tawaran Harga (Lampiran F)
x. Jadual Penentuan Spesifikasi (Lampiran G) xi. Lampiran Q
4
3. CARA-CARA MENGISI BORANG SEBUTHARGA
3.1 Penyebut Harga hendaklah membaca arahan-arahan dan syarat- syarat dalam dokumen Sebutharga serta menyemak kandungan dokumen Sebutharga dengan teliti sebelum mengisi borang-borang Sebutharga.
3.2 Borang Sebutharga hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas mengikut ruangan-ruangan yang disediakan. Borang-borang tersebut hendaklah ditaip.
3.3 Setiap pembetulan atau pindaan yang dibuat hendaklah ditandatangan ringkas dan dicop dengan cop rasmi syarikat setentang dengan pembetulan atau pindaan tersebut.
3.4 Borang-Borang Yang Perlu Diisi
3.4.1 Borang Keterangan Mengenai Penyebut Harga (Lampiran D) i. Nama Penyebut Harga : Nama Syarikat seperti yang
didaftarkan dengan Kementerian Kewangan.
ii. Alamat Perniagaan : Alamat yang betul di mana penyebut harga boleh dihubungi melalui surat. Penyebut Harga hendaklah memaklumkan kepada LPHS jika berlaku pertukaran alamat.
iii. No. Telefon/HP/fax : Perlu dinyatakan untuk dihubungi.
iv. Taraf Penyebut Harga : Nyatakan sama ada taraf Bumiputera atau bukan Bumiputera. Sila sertakan salinan sijil pengesahan taraf Bumiputera oleh Kementerian Kewangan. Ketiadaan sijil tersebut menyebabkan Penyebut Harga akan ditakrif sebagai bukan Bumiputera.
v. Modal Syarikat : Jika bukan Syarikat Sdn. Bhd. atau Berhad nyatakan modal terkumpul iaitu daripada punca-punca seperti wang simpanan, saham dan pinjaman bank.
vi. Pengalaman : Penyebut Harga hendaklah mengisi borang di (Lampiran H) dengan menyatakan pengalaman dalam bidang perkhidmatan berkenaan (jika ada).
5
3.4.2 Surat Akuan Penyebut Harga (Lampiran E)
Penyebut Harga adalah dikehendaki mengisi dan menandatangani borang ini. Sekiranya borang ini tidak diisi dan ditandatangani, tawaran Penyebut Harga menjadi tidak sah/laku dan dengan sendirinya tertolak. Kadar harga yang dalam borang Lampiran F dicatatkan mestilah sama dengan kadar harga di Lampiran G dan Lampiran Q.
3.4.3 Jadual Tawaran Harga (Lampiran F)
3.4.3.1 Borang ini perlu diisi dengan lengkap dan dikembalikan.
3.4.3.2 Kadar harga yang ditawarkan dalam Jadual Harga di Lampiran F adalah hasil daripada perkiraan yang dibuat berdasarkan item-item yang terkandung dalam Lampiran ini. Semua item yang disenaraikan dalam Lampiran ini perlu diisi. Jika terdapat item yang tidak dikenakan bayaran, maka Penyebut Harga perlu menyatakannya sebagai
”tidak dikenakan bayaran bagi item ini”. Pihak Urus setia akan membuat perkiraan semula ke atas perkiraan ini dan sekiranya jumlah yang dikira semula berbeza dengan jumlah yang dibuat oleh Penyebut Harga maka kadar harga yang akan diambilkira adalah pada borang di Lampiran E.
4. PEMBETULAN DAN PINDAAN KESILAPAN
4.1 Semua pembetulan/pindaan ke atas kesilapan-kesilapan yang dibuat terutamanya dalam Jadual Harga dan Surat Akuan Penyebut Harga hendaklah ditandatangan ringkas oleh orang yang menandatangani dokumen Sebutharga serta dicopkan dengan cop Penyebut Harga (syarikat). Tandatangan ringkas ini hendaklah dibuat setentangan dengan kesilapan yang dibetulkan/dipinda. Pembetulan/pindaan hendaklah dibuat dengan jelas supaya mudah dibaca.
5. PENCEGAHAN RASUAH DALAM DOKUMEN PEROLEHAN KERAJAAN
5.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa–apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana–mana orang berkaitan perolehan ini
6
merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).\
5.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Balai Polis berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 ( Akta 694 )
6. DOKUMEN-DOKUMEN TAWARAN PENYEBUT HARGA
6.1 DOKUMEN TAWARAN KEWANGAN & TEKNIKAL
6.1.1 Pada peringkat penyediaan cadangan kewangan & teknikal, Penyebut Harga perlu mencetak satu (1) set jadual tawaran harga untuk dimasukkan sebagai dokumen sokongan dalam sampul.
6.1.2 Penyebut Harga hendaklah menghantar Dokumen yang ditetapkan secara HARDCOPY kepada Urus setia Perolehan melalui surat seperti yang ditetapkan sebelum atau pada 19 Oktober 2020 (sebelum jam 12.00 tengahari).
6.1.3 LPHS tidak akan bertanggungjawab di atas kegagalan penerimaan Cadangan Kewangan dan Cadangan Teknikal atau kehilangan borang-borang berkaitan Sebutharga tersebut.
7. PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUTHARGA
7.1 Borang-borang yang perlu dikembalikan hendaklah mengandungi dan disertakan perkara-perkara berikut :
7.1.1 Lampiran Q
7.1.2 Lampiran Akuan Pembida (Lampiran A1)
7.1.3 Borang Keterangan Diri Penyebut harga (Lampiran D) 7.1.4 Surat Akuan Penyebut Harga (Lampiran E)
7.1.5 Jadual Tawaran Harga (Lampiran F)
7.1.6 Jadual Penentuan Spesifikasi (Lampiran G)
7.1.7 Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan, Salinan 3 bulan Penyata Bank terkini serta Sijil Akuan Bumiputera (Jika Berkaitan)
7
7.1.8 Senarai pengalaman syarikat (Lampiran H) serta brosur/risalah hendaklah diisi ke dalam sampul, (Dalam 2 Salinan: ASAL dan SALINAN) di sudut sebelah bawah kiri dan dicatat perkataan:
dan di alamatkan kepada :- Pengarah Eksekutif,
Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor, Tingkat 5, Podium Utara,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40503 Shah Alam
7.2 LPHS tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan dokumen- dokumen Sebutharga yang dihantar :
i. Hantar Sendiri Dengan Tangan
- Memasukkan dokumen Sebutharga dalam peti Sebutharga yang salah.
ii. Melalui Pos/Agen Penghantaran
- Hilang semasa dalam perjalanan pos atau penghantaran.
7.3 Penyebut Harga menanggung sendiri semua kos yang terlibat berhubung dengan Sebutharga yang disertainya.
7.4 Penyebut Harga juga diingatkan agar menghantar dokumen Sebutharga melalui penghantaran secara manual sebelum jam 12.00 tengahari (19 Oktober 2020). Penghantaran yang diterima lewat bagi kedua-dua perkara tersebut di atas tidak akan dipertimbangkan.
6.5 LPHS juga tidak bertanggungjawab di atas sebarang kos yang terlibat oleh Penyebut Harga sekiranya Sebutharga ini dibatalkan.
SULIT
NO. SEBUTHARGA: LPHS/SH/BP/20/04 DOKUMEN TAWARAN
8 8. MAKLUMAN
Sebarang pertanyaan mengenai urusan Sebutharga boleh dikemukakan kepada Unit Perolehan menerusi talian/emel : 03-5544 7642 : En. Mohd Reza bin Yusry / [email protected]
9. DASAR KENAAN GST
9.1 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 (Akta GST 2014) telah dikuatkuasa mulai 1 April 2015. Oleh yang demikian, GST yang dikenakan akan dibayar kepada Penyebutharga berdfatar GST.
9.2 Bagi tujuan sebutharga ini, Penyebutharga hendaklah menawarkan harga tawaran yang tidak ditambah nilai kenaan GST.
Walaubagaimanapun, Penyebut Harga, sama ada berdaftar GST ataupun tidak, masih tanggungan untuk mengambil kira dalam harga tawaran apa-apa kos berkaitan dengan kenaan GST yang perlu dibayar oleh Penyebutharga kepada pihak-pihak yang membekalkan khidmat kepadanya.
9.3 Sekiranya Penyebutharga berdaftar GST, Surat SetujuTerima /Pesanan Tempatan berdasarkan harga tawaran dengan tambahan nilai kenaan GST akan dikeluarkan kepada Penyebutharga.
9.4 Sekiranya Penyebutharga tidak berdaftar GST, tiada tambahan nilai kenaan GST akan dimasukkan.
9.5 Sekiranya Penyebutharga berdaftar GST semasa bekalan/perkhidmatan sedang berjalan, pembekal hendaklah memaklumkan status pendaftaran dan memohon pelarasan bagi tambahan kenaan GST dan menuntut sebarang kenaan GST dengan syarat bekalan/perkhidmatan semasa masih berkuatkuasa bagi baki perolehan yang belum disempurnakan.
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PENYAMAN UDARA SECARA BERKALA DI LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR SELAMA DUA (2) TAHUN
LAMPIRAN A
SYARAT - SYARAT AM
9
LAMPIRAN A
LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR
SYARAT-SYARAT AM
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PENYAMAN UDARA SECARA BERKALA DI LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR SELAMA
DUA (2) TAHUN
Penyebut Harga dikehendaki mematuhi sepenuhnya Syarat-syarat Am Sebutharga apabila menyertai Sebutharga ini. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat di bawah ini membolehkan Sebutharga yang dikemukakan oleh Penyebut Harga ditolak.
1. KELAYAKAN MEMASUKI SEBUTHARGA
Pembekal yang menyertai Sebutharga ini mestilah terlebih dahulu berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, bertaraf Bumiputera dalam bidang Penyelenggaraan/Pembaikan Alat Hawa Dingin di bawah Kod Bidang 220301 serta masih sah pendaftarannya semasa syarikat yang berjaya memulakan kerja-kerja kontrak. Salinan sijil pendaftaran dengan Kementerian Kewangan dan UPEN hendaklah disertakan bersama-sama dengan dokumen Sebutharga. Jika tempoh pendaftaran telah atau hampir tamat, Penyebut Harga hendaklah mengemukakan salinan surat daripada Kementerian Kewangan yang menyatakan bahawa permohonan untuk lanjutan/pembaharuan tempoh pendaftaran telah dibuat. Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan mestilah dipotong dan ditandatangan ringkas setentang dengan apa-apa perubahan yang dibuat.
2. HARGA TAWARAN
Harga-harga yang ditawarkan dalam Sebutharga ini adalah tetap dan tidak boleh dipinda selepas Sebutharga ini ditutup dan akan berkuatkuasa selama dalam tempoh sahlaku Sebutharga iaitu 90 hari.
3. SPESIFIKASI, SKOP DAN STANDARD KUALITI KERJA
3.1 Penyebut harga adalah dinasihatkan membaca dengan teliti spesifikasi, skop dan standard kualiti kerja bagi Perkhidmatan Penyelenggaraan Penyaman Udara Secara Berkala Di Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor di dalam Lampiran G supaya tidak timbul masalah kesilapan dalam meletak harga.
10
3.2 Perkhidmatan Penyelenggaraan Penyaman Udara Secara Berkala Di Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor akan dilaksanakan mengikut spesifikasi, skop kerja dan “standard” kualiti kerja yang dinyatakan dalam Lampiran G.
4. KADAR DENDA
Penyebut Harga sekiranya ditawarkan sebutharga ini akan dikenakan denda seperti berikut : -
4.1 Penyebutharga yang gagal menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan ini yang menepati kualiti akan dikenakan potongan bil menurut kadar 10% daripada jumlah kadar harga.
4.2 Penyebutharga yang menghantar bekalan tiruan haruslah menanggung/mengantikan segala kerugian akibat dari bekalan tersebut.
4.3 Penyebutharga yang gagal menyiapkan perkhidmatan penyelenggaraan ini berdasar jadual yang ditetapkan atau mengikut arahan atau permintaan Kerajaan maka akan dikenakan denda sebanyak 5% dari nilai perkhidmatan tersebut. (**kadar denda tertakluk kepada perubahan sekiranya ada)
5. MENARIK BALIK TAWARAN/MENOLAK TAWARAN
Penyebut harga tidak boleh menarik balik tawaran atau menolak tawaran setelah Sebutharga dipertimbangkan atau tawaran dibuat. Jika Penyebut Harga menarik diri atau menolak tawaran, nama Penyebut Harga akan dikemukakan kepada pihak berkuasa untuk tindakan penggantungan pendaftaran seperti berikut :-
a. Dua (2) tahun bagi kesalahan pertama.
b. Lima (5) tahun bagi kesalahan kali kedua.
c. Pendaftaran akan dibatalkan terus bagi kesalahan berikutnya.
6. TEMPOH SAHLAKU SEBUTHARGA
Tempoh sahlaku Sebutharga ini adalah selama 90 hari bermula daripada tarikh Sebutharga ditutup.
11 7. SETUJUTERIMA SEBUTHARGA
Kerajaan tidak terikat untuk menerima Sebutharga yang terendah atau mana- mana Sebutharga jua pun. Keputusan adalah muktamad dan Kerajaan tidak akan melayan sebarang surat menyurat yang berupa rayuan daripada Penyebut Harga berhubung sebab – sebab Penyebut Harga tidak berjaya.
8. PERUBAHAN SYARAT-SYARAT
8.1 Kerajaan sentiasa berhak mengubah daripada masa ke semasa syarat-syarat yang dinyatakan dan mulai daripada tarikh yang dinyatakan oleh Kerajaan, peralatan yang dikehendaki itu hendaklah mengikut perubahan-perubahan tersebut.
8.2 Sekiranya sesuatu perubahan itu menyebabkan perubahan perbelanjaan bagi pengeluaran, maka harga perkhidmatan yang terlibat dengan perubahan itu hendaklah dibuat dengan persetujuan kedua – dua pihak secara bertulis.
9. TEMPOH PERKHIDMATAN
Tempoh Perkhidmatan Penyelenggaraan Penyaman Udara Secara Berkala Di Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor adalah seperti di Lampiran Q.
10. PENAMATAN PERSETUJUAN
Dengan memberi notis bertulis kepada Penyebut Harga dan dengan tiada apa-apa tindakan selanjutnya Kerajaan boleh terus menamatkan persetujuan;
10.1 Jika Penyebut Harga melakukan pelanggaran terhadap mana - mana syarat yang terdapat dalam persetujuan ini;
10.1.1 Jika Penyebut Harga itu sebagai orang perseorangan atau, apabila Penyebut Harga mbekal itu adalah satu firma, mana- mana pekongsi firma itu pada bila-bila masa menjadi bankrap, atau suatu perintah terhadapnya atau perintah pentadbiran dibuat terhadapnya atau membuat suatu penyelesaian atau perkiraan dengan atau bagi faedah sipiutang-sipiutang, atau jika Penyebut Harga itu adalah syarikat, meluluskan suatu perintah bahawa syarikat itu digantung (bukan suatu penggulungan ahli bagi maksud penyusunan atau penyatuan) atau pengurusan bagi pihak seseorang sipiutang dilantik atau jika timbul keadaan-keadaan yang memberi hak kepada mahkamah membuat sesuatu perintah penggulungan.
12 Atau
jika Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Penyebut Harga atau sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi pihaknya (sama ada dengan atau di luar pengetahuan Penyebut Harga) melakukan perbuatan rasuah.
Dengan sentiasa bersyarat bahawa penamatan Persetujuan ini tidak menyentuh hak-hak Kerajaan untuk mendapatkan balik ganti rosak.
11. PERTIKAIAN
Apa-apa pertikaian yang terbit di antara Kerajaan dengan Penyebut Harga mengenai pentafsiran, pengertian atau kuatkuasa persetujuan, atau hak dan tanggungan pihak-pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit daripadanya atau yang berhubung dengannya hendaklah kecuali selainnya dipersetujui dengan tertentu dengan bertulis di antara Kerajaan dengan Penyebut Harga, dirujukkan kepada pertimbangtaraan dua orang, seorang dilantik oleh Kerajaan dan seorang oleh Pembekal. Tiap-tiap seorang yang dilantik itu hendaklah bebas daripada pihak-pihak yang membuat persetujuan ini.
12. IKLAN
Tiada maklumat mengenai kontrak ini boleh disiarkan di dalam sebarang akhbar, majalah atau media pengiklanan yang terkini melainkan jika pengiklanan itu telah diluluskan oleh kerajaan terlebih dahulu.
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PENYAMAN UDARA SECARA BERKALA DI LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR SELAMA DUA (2) TAHUN
LAMPIRAN A1
SURAT AKUAN PEMBIDA
13
LAMPIRAN A1
SURAT AKUAN PEMBIDA
Bagi
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PENYAMAN UDARA SECARA BERKALA DI LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR SELAMA
DUA (2) TAHUN
NO. SEBUTHARGA: LPHS/SH/BP/20/04
Saya, ________________________________ nombor K.P _______________ yang mewakili ______________________ nombor Pendaftaran _________________
dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebutharga* seperti di atas.
Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebutharga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil :
2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebutharga* di atas; atau 2.2 penamatan kontrak bagi tender/sebutharga* di atas; dan
2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebutharga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.
Yang Benar,
__________________________
Nama :
No. KP :
Cop Syarikat :
Catatan : * Potong mana yang tidak berkaitan
SYARAT - SYARAT KHAS
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PENYAMAN UDARA SECARA BERKALA DI LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR SELAMA DUA (2) TAHUN
LAMPIRAN B
14
LAMPIRAN B
LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR
SYARAT-SYARAT KHAS
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PENYAMAN UDARA SECARA BERKALA DI LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR SELAMA
DUA (2) TAHUN
1. SPESIFIKASI TEKNIKAL
1.1 LPHS boleh mengubah penentuan spesifikasi dan pembekalan yang ditawarkan jika perlu. Perubahan spesifikasi ini akan dimaklumkan kepada Penyebut Harga melalui laman web LPHS (ruangan ralat) sekiranya ada.
1.2 LPHS tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kelewatan untuk membuat cadangan spesifikasi teknikal & harga serta kelewatan menghantar dokumen sokongan Penyebut Harga.
2. HARGA TAWARAN
2.1 Harga yang ditawarkan adalah harga tetap dan harga bersih ke Unit Perolehan dan dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja dan ia hendaklah termasuk semua kos menghantar, memunggah, mengangkut dan membungkus.
2.2 Penilaian harga antara Penyebut Harga adalah berasaskan kepada jumlah harga keseluruhan. Sekiranya timbul masalah berhubung pengiraan harga, harga seunit tiap-tiap item akan diambil kira. Jika terdapat perbezaan jumlah dalam bentuk angka dan perkataan, jumlah dalam bentuk perkataan akan diambil kira.
3. BARANGAN
3.1 Semua barangan hendaklah tulen, baru dan belum digunakan.
3.2 Spesifikasi perkhidmatan penyelengaraan penyaman udara hendaklah merujuk kepada Lampiran G.
3.3 Kerajaan adalah sentiasa berhak mengkehendaki barang-barang itu, diperiksa atau diuji oleh seseorang pegawai yang dilantik olehnya dalam masa sama pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan.
15
3.4 Penyebut Harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila dikehendaki.
3.5 Jaminan mutu selama Dua Belas (12) Bulan dari tarikh penyiapan pembangunan sistem. Sekiranya terdapat kerosakan yang berlaku hendaklah diganti oleh syarikat tanpa sebarang kos.
3.6 Penyebut Harga dikehendaki memperakui bahawa barang-barang / perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut penentuan piawai (jika ada) yang dinyatakan dalam pelawaan ini.
3.7 Barang-barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada barang-barang yang telah dipersetujui (tidak mengikut spesifikasi), tawarannya boleh ditolak dan tidak akan dipertimbangkan.
3.8 Perbelanjaan yang dilakukan mengenai barang-barang yang ditolak itu hendaklah ditanggung oleh Penyebut Harga tanpa melibatkan sebarang kos oleh LPHS.
3.9 Penyebut Harga hendaklah mengemukakan surat akuan daripada pengeluar produk bagi sekali penghantaran seperti di Lampiran G bagi menjamin kualiti barangan.
4. JADUAL PENGHANTARAN
4.1 Penyebut Harga yang berjaya WAJIB membuat penghantaran ke Unit Teknologi Maklumat, Tingkat 5, Podium Utara, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor. 40503 Shah Alam, Selangor seperti di Lampiran F.
Kerajaan berhak ke atas penghantaran berdasarkan permintaan yang munasabah dan bagi kes-kes kecemasan.
4.2 LPHS adalah sentiasa berhak untuk menangguhkan atau mempercepatkan jadual penghantaran tersebut bagi memenuhi keperluan semasa.
4.3 Penyebut Harga yang berjaya perlu menyediakan dan menanggung risiko kos barang tersebut, buruh, pengangkutan dan segala yang perlu bagi membekal dan menghantar barang tersebut ke LPHS.
4.4 Penyebut Harga adalah bertanggungjawab ke atas sebarang kesukaran atau kerosakan yang timbul akibat dari penggunaan barangan yang dibekalkan yang tidak mengikut spesifikasi dan menanggung semua kos yang terlibat.
16
5. PEMERIKSAAN & PENYENGGARAAN BERJADUAL
Penyebutharga hendaklah melaksanakan pemeriksaan menyerenggara mesin dan peralatan penyaman udara mengikut jadual penentuan spesifikasi teknikal, kecuali jika selainnya diarahkan oleh LPHS.
6. PEMBAYARAN
Pembayaran akan dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM). Pembayaran akan dibuat di setiap peringkat berdasarkan amaun yang ditetapkan di Jadual Harga setelah penyebutharga selesai peringkat penyelenggaraan berjadual.
7. SURAT SETUJU TERIMA
Surat Setuju Terima (LOA) akan dihantar oleh LPHS kepada Penyebut Harga yang berjaya dan Surat Perakuan Penyebut Harga ke atas Surat Setuju Terima Sebutharga itu akan dianggap sebagai Kontrak yang mengikat di antara LPHS dan Penyebut Harga tanpa mengambil kira sama ada Kontrak sebenar akan disempurnakan atau tidak.
8. HAK KERAJAAN MENERIMA ATAU MENOLAK DOKUMEN SEBUTHARGA
8.1 Kerajaan berhak menerima atau menolak mana-mana dokumen Sebutharga dan membatalkan proses Sebutharga dan menolak semua dokumen Sebutharga pada bila-bila masa sebelum kontrak diberikan tanpa melibatkan apa-apa tanggungan kepada Penyebut Harga yang terlibat atau tanpa memerlukan pihak Kerajaan untuk memaklumkan sebab-sebab demikian kepada Penyebut Harga yang terlibat.
8.2 Pihak Kerajaan adalah berhak mempersetujui nilai Sebutharga sama ada kesemuanya atau sebahagian daripadanya serta menambah atau mengurangkan kuantiti barangan Sebutharga.
8.3 Pertimbangan Sebutharga ini adalah berasaskan tawaran teknikal, tawaran harga dan keupayaan sebut harga serta lain-lain faktor yang difikirkan sesuai seperti berikut :-
a. Kerajaan Tidak Terikat Untuk Menawarkan Kontrak Kepada Penyebut Harga yang menawarkan harga terendah;
b. Keputusan Kerajaan adalah muktamad;
c. Kerajaan berhak memilih lebih dari satu Pembekal;
17
d. Kerajaan juga berhak mengubah spesifikasi Sebutharga jika perlu;
e. Kerajaan berhak sama ada mempersetujui kesemua tawaran Sebutharga atau sebahagiannya;
f. Kerajaan tidak memerlukan untuk memberi sebab penolakan mana-mana Sebutharga;
g. Sebarang surat menyurat mengenai keputusan Sebutharga tidak akan dilayan.
8. MODAL PUSINGAN
Pembekal yang berminat mestilah mempunyai kemampuan kewangan dari segi modal pusingan, net worth, kemudahan kredit, nilai baki kerja dalam tangan yang belum siap dan sebagainya.
LAMPIRAN C
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PENYAMAN UDARA SECARA BERKALA DI LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR SELAMA DUA (2) TAHUN
SYARAT - SYARAT TAMBAHAN
18
LAMPIRAN C
LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR
SYARAT-SYARAT TAMBAHAN
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PENYAMAN UDARA SECARA BERKALA DI LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR SELAMA
DUA (2) TAHUN
Syarat-syarat tambahan ini adalah menjadi sebahagian daripada syarat-syarat kontrak.
1. Penyebut Harga jika berjaya adalah dikehendaki berbincang dengan pihak LPHS untuk : -
i. Mengatur program kerja
ii. Taklimat mengenai peraturan-peraturan iii. Lain-lain perkara yang berkaitan
2. Penyebut Harga hendaklah mengemukakan senarai nama pekerja yang akan menjalankan perkhidmatan penyelenggaraan penyaman udara. Senarai nama hendaklah mengandungi nama penuh, bangsa, kerakyatan dan nombor kad pengenalan/no. pasport. Bagi pekerja-pekerja yang bukan warga negara Malaysia adalah menjadi tanggungjawab Penyebut harga bahawa mereka mempunyai permit kerja yang sah.
3. Penyebut Harga adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pekerja- pekerjanya bagi hal seperti berikut :-
i. Pembayaran gaji dan upah ii. Displin dan kebajikan iii. Keselamatan pekerja iv. Pengangkutan
v. Pakaian seragam
4. Penyebut Harga semasa perkhidmatan sedang berjalan adalah bertanggung jawab ke atas keselamatan:
i. Pekerja-pekerja Penyebut Harga.
ii. Harta-harta LPHS.
19
Penyebut Harga adalah dikehendaki membaiki atau mengganti apa-apa kerosakan yang berlaku kepada harta-harta LPHS akibat daripada kelalaian dan kecuaian pekerja Penyebut Harga semasa menjalankan perkhidmatan penyelenggaraan penyaman udara seperti yang dicadangkan. Penyebut Harga dikehendaki meletakkan tanda ‘AMARAN’ sekiranya kerja-kerja yang sedang dijalankan itu mempunyai unsur-unsur bahaya kepada warga LPHS dan orang ramai.
5. Pendaftar LPHS atau wakil-wakilnya adalah sentiasa berhak untuk memeriksa kerja-kerja yang sedang dilaksanakan. Penyebut Harga dikehendaki memberi kerjasama dan kemudahan kepada Pendaftar LPHS dan wakil-wakilnya untuk menilai serta memeriksa kerja-kerja yang sedang dijalankan.
6. Pihak LPHS berhak pada bila-bila masa menamatkan perkhidmatan ini di antara Penyebut Harga dan LPHS sekiranya didapati perkhidmatan yang diberi oleh Penyebut Harga tidak memuaskan atau melanggar syarat-syarat sebutharga/perjanjian.
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PENYAMAN UDARA SECARA BERKALA DI LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR SELAMA DUA (2) TAHUN
KETERANGAN MENGENAI PENYEBUT HARGA
LAMPIRAN D
20
LAMPIRAN D
LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR
KETERANGAN MENGENAI PENYEBUT HARGA
1. NAMA PENYEBUT HARGA :
________________________________________________________________
2. ALAMAT PENYEBUT HARGA :
i. Ibu Pejabat :
ii. Cawangan :
3. TELEFON PENYEBUT HARGA :
i. Ibu Pejabat : ii. Telefon Bimbit :
iii. Fax :
iv. Cawangan :
4. PENDAFTARAN PENYEBUT HARGA :
4.1 Tempoh Pendaftaran (Wajib menyertakan salinan sijil)
Mulai : _______________
Hingga : _______________
4.2 Taraf Penyebut Harga : *Bumiputera/Bukan Bumiputera
(Sila sertakan sijil pengiktirafan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia)
5. MODAL PENYEBUT HARGA : (Isi mana yang berkenaan sahaja)
5.1. Perseorangan/Perkongsian : RM ______________________
21
5.2. Sendirian Berhad (Sdn Bhd) /Berhad (Bhd) :
5.2.1. Modal Dibenarkan : RM __________________
5.2.2. Modal Dibayar : RM __________________
PENYEBUT HARGA WAJIB menyertakan FORM 24 Companies Act, 1965 (RETURN OF ALLOTMENT OF SHARES). Kegagalan menyertakan borang berkenaan akan menyebabkan Sebut Harga tidak akan dipertimbangkan (kecuali syarikat selain daripada SDN BHD/BERHAD).
6. BUTIR – BUTIR PEMILIKAN (OWNERSHIP) :
6.1. Perseorangan :
Nama Pemilik : ______________________________________
No. K/P : ______________________________________
6.2. Perkongsian :
Nama Pekongsi No. K/Pengenalan % Kongsian
6.3. Sendirian Berhad/Berhad :
Nama Pemegang Saham No. K/Pengenalan % Bahagian
6.4 Ahli Lembaga Pengarah :
Nama No. K/Pengenalan Keturunan
(Sila guna kertas berasingan jika tidak mencukupi)
7. KOMPOSISI PEKERJA : (Sila senaraikan nama pekerja di lampiran berasingan)
22
8. PENGALAMAN : (Sila nyatakan pengalaman berkaitan sebagai Lampiran H kepada Sebut Harga ini)
9. PENYATA KEWANGAN BAGI 3 BULAN TERAKHIR
(Berdasarkan kepada bulan tarikh Sebut Harga dikeluarkan)
Baki Akaun Bank Tertinggi : Baki Akaun Bank Terendah :
Penyata Bank Mulai : _____ hingga ______2016
Nilai Aset Semasa : Nilai Lialibiliti Semasa :
** PENYEBUT HARGA WAJIB menyertakan PENYATA KEWANGAN atau PENYATA KUNCI KIRA – KIRA (Balance Sheet). Kegagalan menyertakan borang berkenaan akan menyebabkan Sebut Harga tidak akan dipertimbangkan.
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PENYAMAN UDARA SECARA BERKALA DI LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR SELAMA DUA (2) TAHUN
LAMPIRAN E
SURAT AKUAN PENYEBUT HARGA
23
LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR SURAT AKUAN PENYEBUT HARGA
Pengarah Eksekutif,
Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, Tingkat 5, Podium Utara,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40503 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan Tuan,
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PENYAMAN UDARA SECARA BERKALA DI LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR SELAMA DUA (2) TAHUN
NO. SEBUTHARGA : LPHS/SH/BP/20/04
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Syarikat ____________________________________
mengambil bahagian dalam Sebutharga Bagi Perkhidmatan Penyelenggaraan Penyaman Udara Secara Berkala di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor Selama Dua (2) Tahun. Harga yang ditawarkan dalam Sebut Harga ini adalah berjumlah Ringgit Malaysia: ______________________________________________________________
_______________________________________________________(RM_________________) 2. Syarikat sebagai Penyebut Harga dengan ini bersetuju menerima serta mematuhi dan terikat dengan syarat-syarat Sebutharga dan spesifikasi yang terkandung dalam dokumen Sebutharga. Syarikat juga telah memahami bahawa LPHS berhak menerima atau menolak tawaran ini, sama ada harga yang ditawarkan rendah atau tinggi atau sama dengan harga tawaran-tawaran lain.
3. Syarikat bersetuju bahawa harga Sebutharga yang ditawarkan ini laku (valid) selama sembilan puluh (90) hari daripada tarikh tutup Sebutharga. Dalam tempoh tersebut syarikat tidak boleh menarik diri daripada Sebutharga ini dan meminda harga.
4. Kami yang bertandatangan di bawah ini, setelah menyemak, adalah dengan ini mengesahkan bahawa dokumen Sebutharga yang digunakan untuk Sebutharga ini adalah yang sebenarnya dibeli oleh syarikat ini.
LAMPIRAN E
24
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PENYAMAN UDARA SECARA BERKALA DI LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR SELAMA DUA (2) TAHUN
NO. SEBUTHARGA : LPHS/SH/BP/20/04
____________________________________
(Tandatangan orang yang diberi kuasa)
Nama :
No. Kad Pengenalan :
Jawatan :
Alamat :
Nama Saksi :
No. Kad Pengenalan :
Jawatan :
Alamat :
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PENYAMAN UDARA SECARA BERKALA DI LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR SELAMA DUA (2) TAHUN
LAMPIRAN F
JADUAL TAWARAN HARGA
RINGKASAN SEBUTHARGA
BIL PERIHAL MUKA SURAT JUMLAH (RM)
1 KERJA-KERJA AWALAN
2
i.
ii.
LAIN - LAIN
TEMPOH SIAP KERJA :
RINGGIT MALAYSIA :
Tandatangan Pembekal Tandatangan Saksi
Nama : Nama :
Jawatan : Jawatan :
Alamat : Alamat :
Tarikh : Tarikh :
3 B3/1
( ) MINGGU / BULAN JUMLAH KESELURUHAN UNTUK 2 TAHUN
MINOR MAINTENANCE B2/2
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PENYAMAN UDARA SECARA BERKALA DI LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR SELAMA DUA (2) TAHUN
B1/4
PENYELENGGARAAN PENGHAWA DINGIN
MAJOR MAINTENANCE B2/1
25
NO. SEBUTHARGA : LPHS/SH/BP/20/04
Harga Jumlah
(RM) (RM)
Prosedur Permulaan (Start-Up Procedure)
a i) LS
b ii) LS
c iii) Salinan Polisi Keselamatan Pekerja LS
d iv) LS
e v) LS
f LS
Papan Tanda (Signage)
g LS
JUMLAH DIBAWA KE JUMLAH TERKUMPUL
Pengurusan Trafik di Tapak (Traffic Menagement)
a LS
Selepas satu (1) minggu selepas menerima Surat Setuju Terima Sebutharga pihak kontraktor diwajibkan menghantar program kerja sebanyak dua (2) salinan yang lengkap dan terperinci berkenaan dengan perlaksanaan kerja.
BIL NO. 1 - KERJA-KERJA AWALAN
Bil Keterangan Kerja Unit Kuantiti
Pihak kontraktor diminta mengemukakan segala dokumen- dokumen berikut setelah menerima Surat Setuju Terima.
Bon Pelaksanaan (Performance Bond) atas nama Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor dalam jumlah yang dipersetujui oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor bagi kerja melebihi RM200,000 (Bayaran Premium)
Sijil-sijil polisi insurans seperti Insurance of Works , Public Liability Insurance dan Contractor All Risk (CAR)
Perincian Jadual dan senarai lukisan termasuk 'shop drawing' yang disahkan oleh Jurutera Bertauliah (sekiranya ada)
Senarai nama pekerja di tapak yang mana perlu dipenuhi mengikut kehendak pihak berkuasa
Program Kerja (Work Programme)
Carta program kerja hendaklah menunjukkan perbandingan secara terperinci secara mingguan di antara program kerja yang dirancangkan dengan jadual kerja sebenar di tapak.
Carta Program kerja tidak boleh diubah kecuali mendapat kebenaran Pegawai Penguasa (P.P.).
Program kerja hendaklah diserahkan dan diluluskan oleh P.P.
atau wakil P.P. Penyerahan butir-butir itu hendaklah tidak melepaskan kontraktor dari mana-mana kewajipan dan tanggungjawab di bawah kontrak ini.
Pihak kontraktor mendirikan dan menyenggara papan tanda seperti yang diarahkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor. Papantanda hendaklah didirikan di tempat yang nyata di tapak bina sepertimana format yang disediakan oleh pihak pentadbiran.
Kontraktor hendaklah menyediakan pegawai lalulintas (sekiranya perlu) mengikut arahan P.P termasuk menyediakan peralatan keselamatan tapak bina seperti papan tanda, barricade tape , kon keselamatan dan peralatan keselamatan sepanjang tempoh kontrak, contoh: AWAS! PEMBINAAN SEDANG DIJALANKAN, DILARANG MASUK, HARAP MAAF SEGALA KESULITAN ANDA AMAT DIKESALI, UTAMAKAN KESELAMATAN (SAFETY FIRST) [Rujukan 'Temporary Sign' keluaran Jabatan Kerja Raya (JKR)]
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PENYAMAN UDARA SECARA BERKALA DI LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR SELAMA DUA (2) TAHUN
26
NO. SEBUTHARGA : LPHS/SH/BP/20/04
Harga Jumlah
(RM) (RM)
BIL NO. 1 - KERJA-KERJA AWALAN
Bil Keterangan Kerja Unit Kuantiti
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PENYAMAN UDARA SECARA BERKALA DI LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR SELAMA DUA (2) TAHUN
b LS
c LS
Laporan Kemajuan Kerja & Gambar Kemajuan Kerja
d LS
JUMLAH DIBAWA KE JUMLAH TERKUMPUL
a LS
b LS
c LS
Diari Projek
Pihak kontraktor mestilah menyimpan diari harian projek yang merekodkan segala kerja harian, cuaca, senarai pekerja yang digunakan mengikut kemahiran, senarai peralatan major yang digunakan dan model, lokasi dan keterangan aktiviti-aktiviti di tapak. Kontraktor diminta menggunakan format Diari Projek yang disediakan oleh pihak pentadbiran.
Pihak kontraktor dimestikan menghantar salinan diari projek setiap hujung minggu atau permulaan hari pada minggu seterusnya kepada wakil Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.
Pihak kontraktor diminta untuk mengemukakan Laporan Kemajuan Kerja Bulanan di tapak bina beserta Gambar Kemajuan Kerja sebanyak tiga (3) salinan mengikut tempoh kerja dimana 1 laporan untuk 2 minggu atau 4 minggu mengikut kehendak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.
Kontraktor hendaklah menyediakan pegawai lalulintas (sekiranya perlu) mengikut arahan P.P termasuk menyediakan peralatan keselamatan tapak bina seperti papan tanda, barricade tape , kon keselamatan dan peralatan keselamatan sepanjang tempoh kontrak, contoh: AWAS! PEMBINAAN SEDANG DIJALANKAN, DILARANG MASUK, HARAP MAAF SEGALA KESULITAN ANDA AMAT DIKESALI, UTAMAKAN KESELAMATAN (SAFETY FIRST) [Rujukan 'Temporary Sign' keluaran Jabatan Kerja Raya (JKR)]
Contoh Bahan Material (Sample)
Penyediaan Dokumen Kontrak
Pihak kontraktor diminta menyediakan tiga (3) set Dokumen Kontrak 'Hard Binding' termasuk satu Dokumen Asal bagi kontrak yang telah dipersetui kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.
Shop Drawing
Shop Drawing bermaksud illustrasi, jadual, carta kemajuan, katalog, lukisan atau apa-apa data suatu maklumat bertulis yang diperlukan dalam dokumen kontrak atau dirasakan perlu oleh wakil Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.
Lukisan Terbina (As-Built Drawing)
Sebagaimana kemajuan kerja, pihak kontraktor perlu sentiasa merekodkan secara tepat sebarang perubahan kerja.
Kontraktor hendaklah atas pembiayaan sendiri menghantar sampel atau contoh bahan/material yang dicadangkan untuk digunakan dalam kerja ini bersama-sama dokumen teknikal sokongan untuk memastikan saiz dan kualiti mengikut spesifikasi dan kualiti yang telah ditetapkan serta mendapat kelulusan daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.
Sampel, contoh bahan, material yang ditunjukkan mestilah ditandakan nama jenamanya, nama kontraktor atau sub- kontraktor, nama projek dan mengikut spesifikasi atau lukisan yang dicadangkan.
27
NO. SEBUTHARGA : LPHS/SH/BP/20/04
Harga Jumlah
(RM) (RM)
BIL NO. 1 - KERJA-KERJA AWALAN
Bil Keterangan Kerja Unit Kuantiti
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PENYAMAN UDARA SECARA BERKALA DI LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR SELAMA DUA (2) TAHUN
i) Dua (2) set di dalam bentuk "hardcopy"
ii) Satu set di dalam bentuk "softcopy"- dalam bentuk CD
d LS
Penyeliaan, Pemeriksaan dan Ujian
e LS
JUMLAH DIBAWA KE JUMLAH TERKUMPUL
Item Pelbagai (Miscellaneous)
a LS
i) ... LS
ii) ... LS
iii) ... LS
iv) ... LS
v) ... LS Kegagalan kontraktor menghargakan item ini akan menyebabkan tiada tuntutan dibenarkan selepas ini. Jika item tersebut dirasakan perlu oleh pihak pentadbiran, ia tertakluk kepada budi bicara wakil pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.
Kesemua rekod, lukisan dan skematik yang mana telah dipersetujui dan menjadi kerja-kerja yang telah dibina di tapak bina perlulah dikemukakan.
Semua Lukisan Terbina hendaklah di dalam tiga (3) salinan kepada wakil Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.
Kerja-Kerja Pembersihan
Kerja-kerja pembersihan perlulah dijalankan dari semasa ke semasa sehinggalah projek siap sehingga pemeriksaan akhir dilakukan. Pihak kontraktor diminta membersihkan segala sampah sarap dan sisa-sisa binaan, mengalihkan segala bahan, material dan peralatan tapak bina.
Pihak kontraktor diminta menyediakan pasukan penyeliaan yang diketuai oleh penyelia berpengalaman yang akan bertanggungjawab untuk kerja-kerja penyeliaan dan pemantauan tapak, mengawal kualiti, ujian dan sebagainya.
Semua nota, pengiraan dan keputusan ujian perlu diserahkan kepada pihak pentadbiran mengikut kemajuan kerja di tapak.
Pihak kontraktor diminta menghargakan item-item yang terlibat atau bersangkutan dengan projek ini yang mana kerja-kerja awalan (preliminaries) tersebut tidak disebutkan di atas.
Sebagaimana kemajuan kerja, pihak kontraktor perlu sentiasa merekodkan secara tepat sebarang perubahan kerja.
28
NO. SEBUTHARGA : LPHS/SH/BP/20/04
Harga Jumlah
(RM) (RM)
BIL NO. 1 - KERJA-KERJA AWALAN
Bil Keterangan Kerja Unit Kuantiti
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PENYAMAN UDARA SECARA BERKALA DI LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR SELAMA DUA (2) TAHUN
JUMLAH DIBAWA KE JUMLAH TERKUMPUL
JUMLAH TERKUMPUL
Dari Muka Surat B1/1
Dari Muka Surat B1/2
Dari Muka Surat B1/3
Dari Muka Surat B1/4
JUMLAH DIBAWA KE RINGKASAN SEBUTHARGA
29
NO. SEBUTHARGA : LPHS/SH/BP/20/04
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
A 1.0HP Jenis York, Acson dan Mitsubishi 24 1
B 1.5HP Jenis York dan Acson 7 1
C 2.0HP Jenis York 3 1
D 2.5HP Jenis York, Acson dan Daikin 15 1
JUMLAH SETAHUN (A)
JUMLAH KOS UNTUK DUA (2) TAHUN = A X 2 JUMLAH DI BAWA KE RINGKASAN SEBUTHARGA i. MAJOR MAINTENANCE
Menyediakan pekerja dan peralatan hangus seperti kain, gris, minyak, water jet dan lain-lain peralatan bagi melaksanakan skop perkhidmatan mengikut spesifikasi yang ditetapkan serta menyediakan laporan penyelenggaraan bagi setiap penyelenggaraan:
Kerja-kerja penyelenggaraan Penyaman Udara dijalankan dengan kekerapan 1 kali setahun
Memeriksa kesemua bearing kipas dan melincirkan dengan grease (jika perlu) Memeriksa dan membersih condenser pan, tray dan drain pipe.
Memeriksa, mengambil dan merekodkan bacaan current, voltage, pressure, temperature dan lain2.
Membuang semua dan menggantikan semula gas penyejuk jenis R22 di salam sistem pendingin hawa ke paras yang mencukupi Melakukan kerja-kerja pengosongan sistem pendingin hawa menggunakan pam vakum sebelum memasukkan gas menyejuk ke dalam sistem
Menambah minyak pemampat ke paras yang mencukupi
Mencuci dan membersih bahagian condensor (Outdoor) dan evaporator (indoor) menggunakan air bertekanan tinggi dan pencuci kimia yang dibenarkan
Mencuci dan membersihkan kipas/blower dan penapis udara (indoor) menggunakan air bertekanan tinggi/bahan pencuci
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PENYAMAN UDARA SECARA BERKALA DI LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR SELAMA DUA (2) TAHUN
BIL NO. 2 - PENYELENGGARAAN PENGHAWA DINGIN
Bil Kuantiti Kekerapan
setahun
Kadar (RM)
Jumlah Perihal (RM)
30
NO. SEBUTHARGA : LPHS/SH/BP/20/04
i.
ii.
iii. Membersihkan penapis udara (indoor) iv.
v.
vi.
vii.
viii.
A 1.0HP Jenis York, Acson dan Mitsubishi 24 1
B 1.5HP Jenis York dan Acson 7 1
C 2.0HP Jenis York 3 1
D 2.5HP Jenis York, Acson dan Daikin 15 1
JUMLAH DI BAWA KE RINGKASAN SEBUTHARGA JUMLAH KOS UNTUK DUA (2) TAHUN = B X 2
Perihal
Memeriksa ketegangan tali sawat dan laras sekiranya perlu.
i. MINOR MAINTENANCE
Menyediakan pekerja dan peralatan hangus seperti kain, gris, minyak, water jet dan lain-lain peralatan bagi melaksanakan skop perkhidmatan mengikut spesifikasi yang ditetapkan serta menyediakan laporan penyelenggaraan bagi setiap penyelenggaraan:
Kerja-kerja penyelenggaraan Penyaman Udara dijalankan dengan kekerapan 2 kali setahun
Memeriksa dan memastikan kandungan gas penyejuk dan minyak pemampat berada di dalam paras yang mencukupi. Tambah sekiranya perlu
Memeriksa penyambungan dan paip penyejukan, jika terdapat sebarang kebocoran atau tersumbat laporkan dan lakukan pembaikan sekiranya perlu.
JUMLAH SETAHUN (B) Mencuci dan membersihkan gelung penyejat (indoor) menggunakan air bertekanan tinggi dan pencuci kimia yang dibenarkan.
Memeriksa kesemua bearing kipas dan melincirkan dengan grease (jika perlu)
Memeriksa dan membersih condenser pan, tray dan drain pipe.
Memeriksa, mengambil dan merekodkan bacaan current, voltage, pressure, temperature dan lain2.
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PENYAMAN UDARA SECARA BERKALA DI LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR SELAMA DUA (2) TAHUN
BIL NO. 2 - PENYELENGGARAAN PENGHAWA DINGIN
Bil Kuantiti Kekerapan
setahun
Kadar (RM)
Jumlah (RM)
31
NO. SEBUTHARGA : LPHS/SH/BP/20/04
A 1 24
JUMLAH DIBAWA KE RINGKASAN SEBUTHARGA COMPLAINT (IF ANY)
Check and report in writing to S.O all complaint by S.O or his representative regarding improper function of split / cassette unit (the report should state causes of faulty, breakdown, damage or defect)
-Average 1 complaint per month (this is just as a guide, amount of complaint may be vary from time to time)
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PENYAMAN UDARA SECARA BERKALA DI LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR SELAMA DUA (2) TAHUN
BIL NO. 3 - LAIN-LAIN
Bil Kuantiti Kekerapan
setahun
Kadar (RM)
Jumlah Perihal (RM)
32
JADUAL PENENTUAN SPESIFIKASI
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PENYAMAN UDARA SECARA BERKALA DI LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR SELAMA DUA (2) TAHUN
LAMPIRAN G
33
LAMPIRAN G
LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR
JADUAL PENENTUAN SPESIFIKASI TEKNIKAL
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PENYAMAN UDARA SECARA BERKALA DI LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR SELAMA DUA (2) TAHUN
BIL PERIHAL KUANTITI KEKERAPAN
SETAHUN
PEMATUHAN YA/TIDAK
i. MAJOR MAINTENANCE
Menyediakan pekerja dan peralatan hangus seperti kain, gris, minyak, water jet dan lain-lain peralatan bagi melaksanakan skop perkhidmatan mengikut spesifikasi yang ditetapkan serta menyediakan laporan penyelenggaraan bagi setiap penyelenggaraan:
Kerja-kerja penyelenggaraan Penyaman Udara dijalankan dengan kekerapan 1 kali setahun i. Membuang semua dan menggantikan semula
gas penyejuk jenis R22 di salam sistem pendingin hawa ke paras yang mencukupi ii. Melakukan kerja-kerja pengosongan sistem
pendingin hawa menggunakan pam vakum sebelum memasukkan gas menyejuk ke dalam sistem
iii. Menambah minyak pemampat ke paras yang mencukupi
iv. Mencuci dan membersih bahagian condensor (Outdoor) dan evaporator (indoor)
menggunakan air bertekanan tinggi dan pencuci kimia yang dibenarkan
v. Mencuci dan membersihkan kipas/blower dan penapis udara (indoor) menggunakan air bertekanan tinggi/bahan pencuci
vi. Memeriksa kesemua bearing kipas dan melincirkan dengan grease (jika perlu) vii. Memeriksa dan membersih condenser pan,
tray dan drain pipe.
34 viii. Memeriksa, mengambil dan merekodkan
bacaan current, voltage, pressure, temperature dan lain-lain.
A 1.0HP Jenis York, Acson dan Mitsubishi 24 1
B 1.5HP Jenis York dan Acson 7 1
C 2.0HP Jenis York 3 1
D 2.5HP Jenis York, Acson dan Daikin 15 1