PTPM 2021: 14-18 JUN 2021
Perpustakaan vs Pandemik COVID 19: Perkongsian
Pengalaman Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Haizatul Afni BakhtiarPerpustakaan Awam Negeri Perlis, Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis, Malaysia
Emel: [email protected] / [email protected] ABSTRAK
18 Mac 2020 menjadi sejarah kepada bermulanya norma baharu di Malaysia. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan menyebabkan semua sektor tidak beroperasi kecuali perkhidmatan perlu (essential services). Perpustakaan juga terkesan dengan pandemik ini terutama dari segi pengurangan pengunjung ke perpustakaan. Namun, dalam pelbagai jenis sektor terlibat, perpustakaan dilihat kurang terjejas malah makin terus aktif dalam membudayakan pembacaan dalam kalangan masyarakat. Di Perlis, usaha ini dapat dilihat melalui peningkatan promosi perkhidmatan perpustakaan dan aktiviti di laman sosial perpustakaan secara aktif sejak bermulanya pandemik ini. Kakitangan di semua rangkaian Perpustakaan Awam Negeri Perlis secara kreatif merancang seterusnya memuatnaik maklumat dan pelbagai aktiviti setiap hari bagi mengisi masa lapang pengunjung maya ketika berada di rumah disamping mempromosi perkhidmatan – perkhidmatan perpustakaan yang lain. Konsep work from home diaplikasikan sepenuhnya bagai bekerja di pejabat. Berdasarkan maklumbalas daripada pelayar, aktiviti – aktiviti yang disediakan dapat mengisi masa mereka ketika PKP berlangsung. Sehingga Disember 2021, lebih daripada 4,612 aktiviti fizikal dan maya telah berjaya dilaksanakan kepada semua golongan sasar di negeri Perlis yang telah melibatkan 269,639 khalayak. Beberapa program berimpak seperti BOOK2U iaitu pinjaman bahan yang menfokuskan kepada golongan B40 yang tidak mempunyai akses ke perpustakaan telah mendapat kerjasama daripada 26 sekolah sebagai projek rintis. Selain itu, projek Hello PPANPs : Books Delivery berkonsepkan membawa perpustakaan ke pintu rumah/pejabat juga mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di Perlis. Program sempena cuti sekolah Syoknya ke Perpustakaan Klik! Klik! juga telah menerima penyertaan atas talian di luar jangka. Ini adalah satu kejayaan kepada perpustakaan dalam mendepani pandemik COVID-19 seterusnya menjadi satu penandaaras bahawa perpustakaan relevan dalam apa jua situasi. Momentum dan pengalaman baharu sepanjang mendepani pandemik akan menjadi pembakar semangat untuk Perpustakaan Awam Negeri Perlis meneruskan usaha memasyarakatkan pembacaan. Pembentangan ini akan melaporkan statistik perkhidmatan, perkhidmatan dan aktiviti perpustakaan; dan maklumbalas pengguna.
Kata Kunci: COVID-19, aktiviti galakan membaca, perkhidmatan perpustakaan ABSTRACT
March 18, 2020 marked the beginning of a new norm in Malaysia. The Movement Control Order (PKP) was announced by the YAB Prime Minister of Malaysia and caused all sectors to not operate except for essential services. Libraries are also affected by this pandemic especially in terms of the reduction of visitors to libraries. However, in the various types of sectors involved, libraries are seen to be less affected and even more active in cultivating reading among the community. In Perlis, this effort can be seen through the increased promotion of library services and activities on the library's social media site since the beginning of this pandemic. Staff at all Perlis State Public Library networks creatively plan to upload information and various activities every day to fill the free time of virtual visitors while at home as well as promote other library services. The concept of work from home is fully applied as working in an office. Based on the feedback from the browsers, the activities provided can fill their
PTPM 2021: 14-18 JUN 2021 time during the PKP. As of December 2021, more than 4,612 physical and virtual activities have been successfully implemented to all target groups in the state of Perlis which has involved 269,639 audiences. Several impactful programs such as BOOK2U, which is a material loan that focuses on the B40 group who do not have access to libraries, have received cooperation from 26 schools as pilot projects. Apart from that, the Hello PPANPs: Books Delivery project with the concept of bringing the library to the door of the house/office also has a place among the community in Perlis. Program in conjunction with the school holidays Syoknya ke Perpustakaan: Klik! Klik! has also received unexpected online entries. This is a breakthrough to the library in the face of the COVID-19 pandemic in turn being a benchmark that libraries are relevant in any situation. The new momentum and experience in the face of the pandemic will be a source of encouragement for the Perlis State Public Library to continue its efforts to socialize reading. This presentation will report statistics on library services, services and activities; and user feedback.
Keywords: COVID-19,reading promotion activities, library services PENGENALAN
Perpustakaan Awam
Menurut Harrod’s Librarians Glosary and Reference Book (1987), perpustakaan awam bermaksud perpustakaan yang sepenuhnya atau sebahagiannya berasal dari dana awam, dan penggunaannya terhad kepada mana-mana kelas orang dalam komuniti tetapi dapat digunakan secara bebas untuk semua, sementara sumber sekolah pusat didefinisikan sebagai koleksi buku yang tersusun yang diletakkan di sekolah untuk kegunaan guru atau murid, tetapi biasanya untuk murid. Buku ini mungkin terdiri dari buku rujukan dan atau buku untuk bacaan di rumah, dan berada dalam perawatan pustakawan profesional, guru atau pustakawan guru. Manakala UNESCO mentakrifkan perpustakaan awam sebagai
“a living force that provides education, information and recreation. All the three definitions depict the public library as a responsible institution for the overall development of the community and reflect modern trends of services provided by the public library.”
Manakala IFLA mendefinasikan perpustakaan awam sebagai adalah pusat maklumat tempatan, dengan mudah membuat semua jenis pengetahuan dan maklumat tersedia untuk penggunanya. Perkhidmatan perpustakaan awam disediakan berdasarkan kesaksamaan akses untuk semua, tanpa mengira usia, bangsa, jantina, agama, kewarganegaraan, bahasa atau status sosial. Perkhidmatan dan bahan khusus mesti disediakan untuk mereka pengguna yang tidak boleh, dengan alasan apa pun, menggunakan perkhidmatan dan bahan biasa, misalnya minoriti linguistik, orang kurang upaya atau orang di hospital atau penjara.
Dua definisi perpustakaan daripada dua badan besar ini menjelaskan tentang peranan perpustakaan yang mencakupi semua kumpulan pengguna dan semua jenis bahan bacaan serta rujukan yang. Kumpulan pengguna adalah berbeza dengan jenis perpustakaan lain seperti perpustakaan akademik atau pusat sumber sekolah.
Pandemik COVID 19
Kes pertama 2019-nCoV telah disahkan oleh Menteri Kesihatan pada 25 Januari 2020. Kroniknya wabak ini telah menyebabkan pada 12 Mac 2020, World Health Organization (WHO) mengiystiharkan COVID-19 sebagai pandemik. Rentetan daripada pertambahan kes telah membawa kepada pengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia bermula pada 18 Mac 2020
PTPM 2021: 14-18 JUN 2021 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Semua perkhidmatan kecuali perkhidmatan perlu (essential services) telah ditutup kepada orang awam. Perpustakaan Awam Negeri Perlis juga telah menutup sementara perkhidmatan perpustakaan kepada pengguna bermula tarikh tersebut.
Perpustakaan awam juga terkesan dengan pandemik ini terutama dari segi pengurangan pengunjung ke perpustakaan. Namun, dalam pelbagai jenis sektor terlibat, perpustakaan dilihat kurang terjejas malah makin terus aktif dalam membudayakan pembacaan dalam kalangan masyarakat. Penggunaan teknologi dan maklumat di perpustakaan awam telah digunakan sepenuhnya semasa pandemik ini. PERKHIDMATAN
Perkhidmatan Perpustakaan
Perpustakaan Awam Negeri Perlis (PPANPs) terdiri daripada sebuah perpustakaan negeri, tiga perpustakaan cawangan, satu perpustakaan pekan, satu perpustakaan komuniti UTC, 36 buah perpustakaan desa dan tiga buah perpustakaan desa yang memberikan perkhidmatan kepada 251, 000 orang penduduk di negeri Perlis. Perkhidmatan yang disediakan di Perpustakaan Awam Negeri Perlis ialah :-
i. pinjaman dan rujukan bahan, ii. Perpustakaan Kanak – kanak, iii. Koleksi Perlis,
iv. Sumber Media, v. Perpustakaan Bestari, vi. Koleksi Rujukan Islam,
vii. Galeri Seni Lukis Negeri Perlis,
viii. Koleksi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP)
ix. Perpustakaan Bergerak serta pinjaman berkelompok, x. Pinjaman antara perpustakaan,
xi. Pangkalan data u-Pustaka.
Kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk pengguna perpustakaan adalah seperti berikut :- i. Auditorium dengan kapasiti 200 tempat duduk,
ii. Dua unit bilik perbincangan, iii. Tandas / tandas OKU,
iv. Ramp OKU, v. Surau,
vi. Parkir kenderaan,
vii. Vending machine (air minuman), viii. Loker berkunci,
ix. Fotokopi/cetakan, x. Internet / Wifi percuma, xi. Pengecasan elektrik percuma,
Kesan daripada pandemik COVID 19, berlaku penurunan kepada jumlah pengunjung di Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Jadual 1 di bawah menunjukkan penurunan sebanyak 44.2% pada tahun 2020 berbanding tahun 2019. Penutupan semua rangkaian perkhidmatan sehingga Julai 2020 menjadi faktor penyumbang kepada penurunan jumlah keahlian baharu disamping pengamalan dan pematuhan kepada Standard Operating Procedure (SOP) yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Satu SOP Perkhidmatan Perpustakaan Awam Negeri Perlis juga telah dikeluarkan untuk rujukan kakitangan perpustakaan, pengguna, pengawal keselamatan, kontraktor dan pembekal perkhidmatan.
PTPM 2021: 14-18 JUN 2021
Ketika ini, Perpustakaan Awam Negeri Perlis telah mengehadkan jumlah pengguna dan pengunjung ke perpustakaan. Kanak- kanak dibawah umur 12 tahun dan warga emas serta golongan berisiko tidak dibenarkan berada di kawasan perpustakaan. Kapasiti pengguna adalah mengikut keluasan perpustakaan. Tempoh perkhidmatan perpustakaan juga dipendekkan daripada biasa bagi mengurangkan masa pengguna berada di dalam premis perpustakaan. Waktu operasi bagi perkhidmatan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis (Perpustakaan Negeri) adalah dari hari Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang manakala perkhidmatan pada hari Sabtu dan Ahad adalah ditutup. Perkhidmatan di Perpustakaan Kanak-kanak, Perpustakaan Bestari, Perpustakaan Cawangan, Pekan, UTC, Desa dan Bergerak adalah ditutup. Hanya 30 orang pengguna dewasa sahaja yang dibenarkan berada di dalam bangunan perpustakaan dengan tempoh masa 1 jam setiap seorang bagi aktiviti, pemulangan, memilih dan meminjam buku. Perkhidmatan peminjaman buku digalakkan menggunakan konsep tempahan dan pick up melalui tempahan atas talian dan panggilan telefon.
Jadual 1: Data perbandingan jumlah keahlian baharu perpustakaan bagi tempoh tiga tahun di Perpustakaan Awam Negeri Perlis mengikut jenis perpustakaan
Jadual 2: Data perbandingan jumlah pengunjung perpustakaan bagi tempoh tiga tahun di Perpustakaan Awam Negeri Perlis mengikut jenis perpustakaan
Jadual 2 di atas menunjukan data perbandingan jumlah pengunjung perpustakaan bagi tempoh tiga tahun di PPANPs mengikut jenis perpustakaan. Walaupun terdapat penurunan sebanyak 47% peratus pengunjung fizikal pada tahun 2021 namun peningkatan jumlah pengunjung maya melebihi jangkaan. Pengunjung maya adalah terdiri daripada pelawat laman sosial seperti Facebook dan Instagram yang mempunyai engagement (Like, Comment, Share) dengan maklumat yang dipaparkan di laman tersebut.
Data sehingga Mac 2021 menunjukkan sebanyak 26,371 pengunjung fizikal telah mengunjungi
BIL PERPUSTAKAAN 2018 2019 2020 1 Negeri 2,371 3,559 805 2 Perpustakaan Cawangan 971 1,296 774 3 Perpustakaan Bergerak 915 636 299 4 Perpustakaan Bestari 573 283 23 5 Perpustakaan Desa 4,072 2,618 1,770
8 Perpustakaan Pekan & Komuniti UTC Perlis 850 464 244
Jumlah 9,752 8,856 3,915 BIL PERPUSTAKAAN 2018 2019 2020 Fizikal Maya 1 Negeri 22,655 126,582 77,471 150,028 2 Perpustakaan Cawangan 24,372 59,956 774 92,841 3 Perpustakaan Bergerak 2,447 12,974 6,990 - 4 Perpustakaan Bestari 5,227 7,548 4,087 - 5 Perpustakaan Desa 63,244 114,013 69,918 500,100
8 Perpustakaan Pekan & Komuniti UTC Perlis 7,837 21,109 244 31,171
PTPM 2021: 14-18 JUN 2021 rangkaian perpustakaan dan 120, 161 pengunjung maya. Perkhidmatan perpustakaan pada tahun 2021 juga terjejas kerana penutupan perpustakaan akibat pandemik COVID-19. Pertama ialah pada 20 Januari hingga 4 Februari 2021 dan terkini, bermula 12 Mei hingga 7 Jun 2021.
Aktiviti Galakan Membaca
Saban tahun, PPANPs telah mengadakan pelbagai program dan aktiviti untuk menarik minat orang ramai membaca dan juga khidmat nasihat penubuhan perpustakaan. Statistik 2019 menunjukkan 3,465 aktiviti dijalankan dengan 173,510 peserta. Pada tahun 2018, 3,726 aktiviti telah dijalankan dengan 170,823 orang dan pada tahun 2020, sebanyak 4,612 program dijalankan dan 269,639 orang mengambil bahagian. Menariknya, aktiviti pada tahun 2020 telah dibahagikan kepada dua jenis iaitu aktiviti fizikal atau bersemuka dan aktiviti atas talian. Daripada jumlah tersebut sebanyak 2,137 adalah aktiviti atas talian yang melibatkan komitmen sebanyak 187,099 dan bakinya ialah aktiviti fizikal. Peningkatan sebanyak 54 % aktiviti tahun 2020 berbanding tahun sebelumnya menunjukan Perpustakaan Awam Negeri Perlis menggunakan sepenuhnya media sosial sebagai agen penyebaran maklumat dan perlaksanaan atas talian.
Program, aktiviti dan juga kerjasama ini melibatkan individu, agensi kerajaan dan NGO di sekitar Perlis termasuk sekolah sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan. Aktiviti-aktiviti tersebut telah dirancang dan dijalankan khas untuk orang dewasa, kanak-kanak dan remaja. Antara program tersebut ialah bengkel dan kuliah, pertandingan, program kemahiran diri dan lain-lain. Pada tahun 2019, Perpustakaan Awam Negeri Perlis telah membelanjakan RM567,568.82 untuk pengumpulan bahan bacaan dan RM186,733.00 untuk aktiviti membaca. Perpustakaan desa juga membelanjakan RM85,459.00 untuk aktiviti membaca setiap tahun untuk melibatkan diri dengan komuniti. Pada tahun 2020, Perpustakaan Awam Negeri Perlis telah membelanjakan sebanyak RM 89,736.16 untuk aktiviti galakan membaca. Terdapat pengurangan kepada perbelanjaan pada tahun 2021 kerana kebanyakan aktiviti dilaksanakan secara atas talian.
Gambar 1 : Jumlah aktiviti galakan membaca dan penyertaan pada Januari hingga Mac tahun 2021 Aktiviti pada tahun 2021 juga tidak menunjukkan perubahan atau perbezaan berbanding tahun 2020. Aktiviti dilaksanakan dalam dua medium iaitu fizikal dan secara atas talian. Sehingga Mac 2021 sebanyak 1,032 aktiviti dengan penglibatan 33,200 penyertaan telah berjaya dilaksanakan berbanding tahun 2020 untuk tempoh yang sama iaitu hanya 704 aktiviti sahaja. Kakitangan perpustakaan dilihat lebih bersedia pada tahun ini dengan tindakan – tindakan yang perlu dilaksanakan sewaktu Bekerja dari Rumah (BDR). Aktiviti dan maklumat perkhidmatan perpustakaan dikemaskini setiap hari. Ini bertujuan memberi petunjuk kepada masyarakat bahawa perpustakaan sentiasa berusaha untuk mendidik masyarakat walau dalam apa jua keadaan. Komitmen kakitangan Perpustakaan Awam Negeri Perlis ini akhirnya diterjemahkan melalui pencapaian jumlah aktiviti yang memberangsangkan
PTPM 2021: 14-18 JUN 2021 pada tahun lepas dan diteruskan pada tahun ini.
Bentuk program dan aktiviti yang lazimnya dijalankan di PPANPs ialah bengkel, kuiz, pertandingan, komik, video pembelajaran dan pelbagai lagi sama ada dijalankan oleh PPANPs atau secara kerjasama dengan jabatan atau agensi lain di negeri Perlis atau luar Perlis seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Haslinda Husaini (2020) berkongsi aktiviti UiTM bersama- sama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dalam pemasaran perkhidmatan maklumat antaranya IMRead dan IM Concern|Fake News.
Bagi membantu melancarkan program dan aktiviti secara atas talian, aplikasi-aplikasi seperti Google Meet, Zoom Meeting, Google Form, Quizziz, Kahoot, Canva dan laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Youtube telah digunakan secara maksimum. Kakitangan juga mengambil inisatif kendiri dengan mempelajari aplikasi-aplikasi untuk tujuan editing dan pembangunan skrin hijau bagi menambah variasi kepada kemahiran sedia ada kakitangan. Menurut Adam Zulkarnain Saleng dan Ruzilah Hassan (2020), Perpustakaan Negara Malaysia juga menggunakan media sosial seperti Facebook, Tweeter, Instagram dan Youtube sebagai medan untuk perlaksaaan dan promosi aktiviti. Selain itu, penggunaan aplikasi seperti Google Meet, Youtube, Zoom Cloud Meeting, Skype masih lagi digunakan di Perpustakaan Negara Malaysia sevafai satu kaedah perlaksanaan aktiviti secara atas talian walaupun perkhidmatan perpustakaan telah dibuka kepada orang awam.
Sebagai penghargaan, sijil digital disediakan kepada kepada peserta program yang mencukupi syarat antaranya hadir penuh bengkel dan sebagainya. Sijil juga menjadi elemen penting kepada peserta terutamanya kepada pelajar sekolah untuk mendapat merit ko-kurikulum, dan penjawat awam pula sebagai pengesahan telah menghadiri kursus atau menyertai program.
Jadual 3 : Data perbandingan jumlah aktiviti dan peserta aktiviti galakan membaca perpustakaan bagi tempoh tiga tahun di Perpustakaan Awam Negeri Perlis mengikut jenis perpustakaan.
a. Program- program Utama
Pada tahun 2020 juga, beberapa program utama Perpustakaan Awam Negeri Perlis telah dijalankan secara dalam talian menggunakan media sosial bermula bulan April. Program telah dilaksanakan seperti yang telah dijadualkan tanpa melibatkan majlis perasmian seperti kelaziman.
BIL PERPUSTAKAAN 2018 2019 2020
BIL PESERTA BIL PESERTA BIL PESERTA
1 Negeri 74 105,726 94 114,591 305 195,644 2 Perpustakaan Kanak-kanak 69 1,571 68 2,053 12 310 3 Perpustakaan Cawangan 301 6,606 264 5,631 364 13,006 4 Perpustakaan Bergerak - - - - 5 111 5 Perpustakaan Bestari 42 1,089 49 1,314 3710 56,351 6 Perpustakaan Desa 3,065 52,594 2,826 46,964 3 37
7 Perpustakaan Pekan & Komuniti UTC Perlis 175 3,237 164 2,957 213 4,180
PTPM 2021: 14-18 JUN 2021 Jadual 4 : Aktiviti utama Perpustakaan Awam Negeri Perlis
BIL TARIKH PROGRAM/AKTIVITI TEMPAT PERASMI
1.
25 Feb – 1 Mac 2020
Pesta Buku dan Karnival pembaca perlis
Pekarangan PPANPs DYTM Raja Muda Perlis
2.
25 Feb – 30 April 2020
Cabaran Video Bacaan Kegemaran Saya
Seluruh Malaysia -
3.
28 Feb – 1 Mac 2020
Pertandingan Teka Berat Padi dan Promosi Perpustakaan @ PAT 2020
Kampung Oran, Perlis DYTM Raja Muda Perlis
4.
23 April 2020
Jom Baca 10 Minit Live FB Perpustakaan Awam Negeri Perlis
-
5.
13 Mei 2020
World #QuranHour Live FB Perpustakaan Awam Negeri Perlis
-
6.
30 Jun 2020
Taklimat dan Penyerahan Kit Reading Seeds
Auditorium PAN Perlis -
7.
7 - 28 Ogos 2020
Peraduan Mewarna FB Perpustakaan Awam Negeri Perlis
-
8 31 Ogos – 31 Sept
2020
Kuiz Hari Kebangsaan & Hari Malaysia
FB Perpustakaan Awam Negeri Perlis
-
9 6 Okt – 15 Dis 2020
Pertandingan Menulis Sajak ‘Puisi dari Penjara’
Pusat Koreksional Perlis -
10 1-31 Dis 2020
Syoknya ke Perpustakaan: Klik!Klik! Perpustakaan Kanak- kanak -
b. Program Book2u
Book2U merupakan projek dan idea Jawatankuasa Pembangunan Perpustakaan Desa Negeri Perlis yang telah melibatkan 26 buah perpustakaan desa dan 26 buah sekolah di negeri Perlis. Konsep Book2U ialah perpustakaan desa menyediakan sebanyak 100 bahan bahan bacaan ke dalam beg untuk diedarkan kepada 10 orang murid di sekolah terpilih. Guru Perpustakaan dan Media akan menguruskan proses pertukaran bahan bacaan di sekolah dan akan ditukar setiap dua minggu. Peserta adalah dalam kalangan keluarga B40 dan dipilih oleh oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM). Bahan bacaan adalah berdasarkan kepada pilihan yang telah dibuat oleh peserta melalui borang pemilihan buku yang diedarkan sebelum projek bermula. Objektif program ini ialah : -
i. Meningkatkan kadar pinjaman buku kepada komuniti setempat.
ii. Meningkatjan penyertaan Program NILAM di sekolah secara lebih aktif.
iii. Merancakkan lagi promosi Kempen Galakan Membaca serta Dekad Membaca Kebangsaan 2021-2030.
iv. Jalinan kerjasama erat antara kakitangan Perpustakaan Desa dengan Guru Perpustakaan dan Media sekolah.
v. Menambahkan bilangan keluarga yang minat membaca
Projek rintis telah dijalankan bermula 4 November 2020 dengan penglibatan 26 buah sekolah iaitu 17 sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah. Untuk tempoh dua kali perlaksaanaan ianya telah melibatkan 260 keluarga dan sebanyak 2,600 bahan bacaan telah dipinjam oleh kumpulan sasar. Tempoh masa lima tahun dijangkakan untuk melengkapkan ke
PTPM 2021: 14-18 JUN 2021 semua 104 buah sekolah di negeri Perlis menyertai program ini. Program ini telah disempurnakan perasmiannya oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis pada 13 Disember 2021 di Perpustakaan Desa Taman Desa Asnaf, Perlis. Program ini menjadi kebanggaan Perpustakaan Awam Negeri Perlis kerana telah diangkat sebagai projek nasional oleh PNM dan akan dilaksanakan pada tahun 2021.
Gambar 2 : Sekitar majlis pelancaran dan sesi penyerahan beg Book2U kepada kumpulan sasar.
c. Hello PPANPs : Books Delivery
Program ini ialah program sempena cuti sekolah. PPANPs menyediakan pinjaman buku secara penghantaran ke rumah. Perkhidmatan ini ditawarkan adalah percuma di kawasan Kangar dan kawasan-kawasan yang mempunyai jarak lebih kurang 10 kilometer dari Perpustakaan Awam Negeri, Kangar, Perlis. Koleksi buku yang ditawarkan ialah bahan – bahan bacaan yang bersesuaian dengan kanak-kanak, belia serta dewasa. Program ini juga mendapat sambutan mengalakan daripada penduduk negeri Perlis, namun terpaksa dihentikan pada pertengahan Januari 2021 kerana PKP.
d. Syoknya ke Perpustakaan: Klik!Klik!
Program Syoknya ke Perpustakaan: Klik!Klik! merupakan acara tahunan yang diadakan setiap bulan Disember. Pada asalnya konsep program adalah secara bersemuka, namun disebabkan pandemik, pada tahun 2021 ianya dijalankan secara dalam talian. Aktiviti ini telah mendapat penglibatan golongan sasar iaitu kanak- kanak, belia dan dewasa. Tujuh aktiviti telah dilaksanakan dan mendapat pemyertaan yang memberangsangkan kerana aktiviti dijalankan pada musim cuti sekolah.
PTPM 2021: 14-18 JUN 2021 Aktiviti atas talian terbaik 2020/ 2021
Jadual 5 di bawah menunjukkan aktiviti atas talian terbaik PPANPs pada tahun 2020 hingga Mac 2021. Pencapaian ini amat memberangsangkan bagi PPANPs. Penyertaan bagi setiap aktiviti adalah dari seluruh Malaysia. Kaedah promosi yang dijalankan agak berkesan untuk capaian sasaran peserta dalam Malaysia.
Jadual 5 : Aktiviti atas talian terbaik 2020 / 2021
TARIKH PROGRAM PENYERTAAN
8 April 2020 Pantun COVID-19 125 14 April 2020 Kuiz COVID -19 …tak tahu ambil tahu,
PPANPs bantu
265
13 Mei – 19 Sept 2020 Kuiz Mingguan i-Baca@Library 3,058
23 Sept – 31 Ogos 2020 Kuiz Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan 331
25 – 29 Nov 2020 Kuiz Cekap Jawi Se-Perlis 920
30 Nov 2020 – 31 Jan 2021
Pertandingan Penulisan Kreatif Se- Malaysia 1,466
3 Dis - 31 Jan 2021 Pertandingan Pantun Dalam Talian 191
9 Dis 2020 – 31 Jan 2021 Kuiz Pintar Bahasa Se-Malaysia 3,546
10 Dis 2020 – 31 Jan 2021
Pertandingan Kad Ucapan Kreatif 92
18 – 31 Jan 2021 Pertandingan Jejak Maklumat@Galeri Seni Lukis Maya
304
15 – 28 Feb 2021 Teka – teki Klasik 500
10 Mac 2021 Program Motivasi " Bekerja Sepenuh Hati, Bekerja Separuh Hati, Bekerja Sakit Hati"
596
14 April 2021 Kuiz Minda Bestari Siri 2 309
21 April 2021 Kuiz Minda Bestari Siri 3 312
28 April 2021 Kuiz Minda Bestari Siri 4 321
Senarai program di atas adalah sebahagian daripada program yang dijalankan oleh PPANPs pada tauhun 2020 dan Januari hingga Mac 2021. Rangkaian perpustakaan PPANPs juga tidak kurang hebatnya dalam penganjuran aktiviti di premis masing- masing.
KAEDAH PROMOSI
Claudia (2020) mendefinisikan strategi pemasaran merujuk sebagai perancangan strategik dan tindakan jangka panjang mana-mana organisasi dengan tujuan mencapai tujuan yang ditentukan. Perpustakaan juga tidak terkecuali dengan dalam usaha mempromosikan program dan aktiviti. Kaedah promosi yang dijalankan meliputi :-
PTPM 2021: 14-18 JUN 2021 ii. Promosi di radio (Radio Malaysia Perlis),
iii. Promosi menerusi Facebook/Instagram,
iv. Perkongsian di group Whataps dan Telegram atau individu termasuk menukar gambar profil semasa tempoh promosi dilaksanakan,
v. Pamplet/poster/banting dan gegantung,
vi. Facebook Ads – hanya digunakan untuk aktiviti yang berskala besar dengan peruntukan yang besar.
Gambar 3 : Contoh kaedah promosi di group Whatapps
Selain itu, networking yang baik antara kakitangan perpustakaan dengan individu di jabatan dan organisasi lain turut menyumbang kepada kejayaan promosi aktiviti ini. Sebagai contoh dengan hanya satu hantaran Whatapps kepada seorang individu di sesebuah jabatan, ianya dapat disebarkan kepada hampir 20 atau 30 orang yang lain. Pegawai di PPANPs juga mempunyai hubungan yang baik dengan RTM Perlis, justeru proses untuk hebahan, promosi dan rangkuman berita menjadi lebih mudah. Beberapa program PPANPs telah menjadi bahan berita di RTM antaranya untuk slot Selamat Pagi Malaysia dan juga Berita Wilayah. (https://youtu.be/WUlwU43uu7Q, https://youtu.be/xEK7vLEiwE4 , https://youtu.be/31KYckvxfs8 , https://youtu.be/X5PZWEglV_4 ) PPANPs mengaplikasikan semua bentuk promosi yang disenaraikan di atas untuk program dan aktiviti di rangkaian perpustakaan tertakluk kepada skala dan peruntukan yang telah disediakan. Melalui kaedah promosi yang telah dilaksanakan, ianya menunjukkan maklumbalas yang positif. Ianya diterjemahkan melalui aktiviti atas talian terbaik yang telah dibincangkan di atas dan juga maklumbalas pelanggan. Kebanyakan peserta adalah dari seluruh Malaysia dan tidak terhad di negeri Perlis sahaja. Penglibatan pelbagai kaum dalam program dan aktiviti yang dianjurkan juga menunjukan kualiti program yang dianjurkan selain memenuhi masa lapang peserta terutamanya ketika melalui fasa-fasa PKP.
Bagi mengurangkan jumlah perbelanjaan untuk promosi, seseorang penyelaras program perlu bijak dalam menggunakan kaedah promosi yang bersesuaian dan tanpa modal. Banting sebagai contoh, kosnya ada sebanyak RM39.00 untuk seunit. Jika kaedah ini digunakan, sekurang-kurangnya
PTPM 2021: 14-18 JUN 2021 RM3,900.00 perlu dibelanjakan untuk 100 unit banting. Kaedah ini juga mempunyai sedikit kelemahan terutamanya untuk program yang mempunyai peruntukan yang sedikit. Selain itu, kawasan liputannya juga tidak besar. Daripada membelanjakan sejumlah wang tersebut untuk promosi melalui banting, adalah lebih baik menggunakan FB Ads yang mungkin menelan belanja hanya RM100 untuk tempoh beberapa hari dengan jumlah sasaran yang lebih berpusat.
MAKLUMBALAS PESERTA
Md. Yazid Bin Muji (2018) mengariskan antara kepentingan maklumbalas ialah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan di jabatan atau organisasi. Dengan maklumbalas yang diperoleh, jabatan boleh menambahbaik perkhidmatan yang disediakan kepada pelanggan. Selain itu, maklumbalas juga memberikan peluang kepada pelanggan untuk berkongsi idea atau ilmu seterusnya amalan baik tersebut dapat dikongsi atau diaplikasikan di jabatan. Melalui maklumbalas juga, ianya dapat membentuk satu hubungan (networking) dan hubungan ini akan dapat memudahkan sesuatu urusan pada masa akan datang.
Penganjuran program juga tidak terkecuali daripada mendapatkan maklumbalas daripada peserta. Maklumbalas ini penting untuk penambahbaikan aktiviti, tindakan pembetulan, perkongsian idea baharu serta boleh digunakan sebagai asas untuk penambahan peruntukan atau justifikasi kepada pemegang taruh kelak.
Maklumbalas penyertaan adalam amat bernilai. PPANPS mendapat maklumbalas daripada peserta melalui beberapa kaedah, iaitu melalui Borang Penilaian Program yang perlu diisi oleh peserta selepas selesai program, secara lisan, komen atau hantaran di laman sosial, borang maklumbalas dan pelbagai lagi. Maklumbalas ini akan dilaporkan dalam laporan program yang perlu dihantar setiap kali selesai aktiviti dan juga kertas makluman dalam Mesyuarat Pengurusan Jabatan.
Di bawah disertakan beberapa gambar tentang maklumbalas peserta program anjuran PPANPs. Maklumbalas positif dan negatif diterima oleh PPANPs dalam usaha menambahbaik mutu perkhidmatan perpustakaan.
PTPM 2021: 14-18 JUN 2021
PTPM 2021: 14-18 JUN 2021
PTPM 2021: 14-18 JUN 2021
Gambar 6 : Maklumbalas melalui Borang Penilaian Program ( Google Form) CABARAN
Tidak dinafikan dalam setiap bidang atau pekerjaan terdapat halangan dan cabaran. PPANPs juga tidak terkecuali terutamanya kakitangan. Pertamanya,pandemik COVID-19 telah menyebabkam beberapa program utama terpaksa dibatalkan atau ditukar kaedah perlaksanaan. Jumlah penyertaan telah dihadkan atau ditukar kepada program dalam talian. Namun disebaliknya berlaku penjimatan kepada kos penganjuran program dan penjimatan tersebut boleh digunakan untuk kerja – kerja pembelian aset baharu serta menaiktaraf infra dan infostruktur di perpustakaan.
Kedua, kakitangan perpustakaan telah mengambil inisiatif dengan mempelajari ilmu baharu dalam usaha untuk menambah pengetahuan terutamanya berkaitan teknologi maklumat. Jika sebelum ini, mesyuarat lazimnya dijalankan secara bersemuka, tetapi kini boleh dijalankan melalui aplikasi Google Meet atau Zoom Meeting. Penggunaan Google Form secara lebih meluas untuk mendapatkan pendaftaran peserta telah digunakan dan sedikit sebanyak mengurangkan penggunaan kertas serta tenaga kerja. Aplikasi kuiz dalam talian seperti Kahoot! dan Quizziz juga banyak membantu kakitangan dalam melaksanakan aktiviti. Penggunaan komputer, internet juga adalah secara maksimum terutamanya yang berkaitan dengan teknik pencarian maklumat bagi mendapatkan bahan. Kakitangan perlu menyiapkan diri dengan kemahiran literasi maklumat dan kemahiran komputer yang baik. Ketiga ialah komunikasi atau pengucapan awam berkesan. Melaksanakan aktiviti secara atas talian kadang – kadang memerlukan kakitangan berkomunikasi dengan peserta secara langsung. Bagi memastikan ianya berjalan lancar, kakitangan perlu mempunyai kaedah komunikasi atau pengucapan awam dengan berkesan. Kakitangan perlu bersedia untuk mendepani komen negatif atau sinikal dan mengatasinya dengan baik tanpa menjejaskan imej atau reputasi jabatan. Keyakinan dan keberanian kakitangan meningkat dari semasa ke semasa dalam proses berkomunikasi dengan audiens.
Seterusnya ialah persediaan mental dan fizikal kakitangan serta logistik. Melaksanakan aktiviti secara bersemuka dan secara dalam talian adalah amat berbeza. Aktiviti dalam talian memerlukan kepakaran dan keperluan logistik yang pelbagai dan kebih bersifat teknikal terutamanya berkaitan dengan talian internet dan perkakasan atau alatan. Kakitangan perlu lebih sabar dan berhati- hati ketika melaksanakan aktiviti dalam talian seperti siaran langsung. Semangat kerja berpasukan amat penting bagi memastikan program berjalan seperti yang telah dirancangkan.
PTPM 2021: 14-18 JUN 2021 Rosmieni Che’ Mat (2020), dalam artikelnya menyatakan cabaran yang dihadapi akibat krisis pandemik COVID-19 perlu diatasi sebagai pembuktian yang perpustakaan adalah penting sebagai organisasi yang menyedia serta menyebarkan maklumat kepada masyarakat.
Walau apa pun jua cabaran yang dihadapi, kakitangan masih bersemangat untuk meneruskan proses kerja seharian. Cabaran yang dihadapi dijadikan sebagai pembakar semgat untuk mencuba yang lebih baik dalam program – program akan datang.
RUMUSAN
Kejayaan sesebuah jabatan adalah bergantung kepada komitmen, kerjasama, penyatuan hati dan hubungan baik antara kumpulan pengurusan dan kakitangan. Sepanjang tempoh PKP, kakitangan PPANPs menunjukan komitmen yang tidak berbelah bahagi dan menggunakan masa BDR dengan sebaiknya bagi memastikan KPI jabatan tercapai. Pandemik COVID-19 bukan satu alasan untuk produktiviti kakitangan turut terjejas. Sebagai organisasi yang berteraskan kepada pemyebaran makluman dan pembudayaan membaca masyarakat, perpustakaan perlu memastikan kewujudannya relevan dalam apa jua situasi. Hal ini telah terbukti melalui kejayaan penganjuran program yang berterusan oleh perpustakaan. Sokongan daripada kumpulan pengurusan dan lembaga pengarah juga merupakan elemen penting dalam membantu menaikan motivasi kakitangan.
Pandemik COVID-19 juga memberikan hikmah kepada kakitangan perpustakaan. Kakitangan berpeluang meneroka pelbagai aplikasi baharu dalam membantu menjalankan aktiviti, berfikir secara kritis dan kretif dalam merencana setiap program supaya peserta tidak bosan dan impaknya memberi kesan kepada kedua- dua belah pihak. Inisiatif yang diambil oleh kakitangan menunjukan keikhlasan an semangat dalam bekerja. Bekerja di pejabat atau secara BDR kedua-duanya mempunyai kesan kepada perkhidmatan perpustakaan. BDR juga telah memberikan pengalaman baharu kepada warga kerja perpustakaan memandangkan sebelum ini perkhidmatan perpustakaan adalah secara bersemuka. Proses mengadaptasi perubahan ini dapat diserap dengan baik serta konsisten oleh kakitangan bagi memastikan objektif jabatan tercapai.
Adalah menjadi tanggungjawab kakitangan di perpustakaan dalam memastikan bahawa perpustakaan terus relevan dalam membentuk tamadun manusia, membudaya dan merakyatkan membaca. Pengalaman PPANPs ini merupakan sesuatu yang bernilai untuk dikenang pada masa hadapan. Diharapkan COVID-19 akan menjadi satu sejarah, tetapi pengisian perkhidmatan dan program perpustakaan akan terus berkembang seiring zaman.
RUJUKAN
Adam Zulkarnain Saleng & Ruzilah Ehsan. (2020). Perkhidmatan digital pnm semasa pandemik COVID -19. Diakses daripada
https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=&cad=rja&uact=8&ved= 2ahUKEwi7pcGz4OHwAhX3zzgGHRTIBKEQFjABegQIAxAD&url=https%3A%2F%2Fwww.pnm.gov. my%2Fpnm%2Fresources%2Fpdf%2520file%2FSekitarBil51.pdf&usg=AOvVaw0v63ObADCLFP4X qYPjaBqu
Afifa Rahman. (1996). UNESCO’S Public Library Manifesto – 1994: an impression. Diakses daripada https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=&cad=rja&uact=8&ved= 2ahUKEwjXkuz7097wAhXZzDgGHRXvAYYQFjABegQIAxAD&url=http%3A%2F%2Fmojem.um.edu. my%2Findex.php%2FMJLIS%2Farticle%2Fdownload%2F1735%2F4151&usg=AOvVaw1NIer81oG DlK2FPTf-Taa7
PTPM 2021: 14-18 JUN 2021
Berita Harian. (2020). Kronologi COVID-19 di Malaysia. Diakses daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/666122/kronologi-covid-19-di-malaysia Berita RTM. (2021). 1 Mei 2021 - Berita Wilayah - Langsung dari Perlis. Diakses daripada
https://www.youtube.com/watch?v=31KYckvxfs8
Berita RTM. (2021). 5 Jan 2021 SPM- Cerita Pagi Perlis - Hello PPANPS. Diakses daripada https://youtu.be/xEK7vLEiwE4
Berita RTM. (2021). 23 Apr 2021 – SPM – Cerita Pagi Perlis : Jom Baca Bersama-Sama 10 Minit Peringkat Negeri Perlis. Diakses daripada https://www.youtube.com/watch?v=X5PZWEglV_4 Berita RTM. (2020). 17 Dis 2020 – Berita Wilayah – Perpustakaan DIGITAL. Diakses daripada
https://www.youtube.com/watch?v=WUlwU43uu7Q
Claudia. (2020). 9 marketing promotion strategies from concept to top brands practice. Diakses daripada https://blog.creatopy.com/marketing-promotion-strategies/
Harrod’s Librarian Glossary: 9,000 terms used in information management, library science publishing, the book trades and archive management. (1995). England: Gower Publishing Company Limited. Hashimah Mohd. Yusoff. (2020). Pandemik COVID-19: refleksi peranan pustakawan dan perpustakaan.
Diakses daripada
https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=&cad=rja&uact=8&ved= 2ahUKEwi7pcGz4OHwAhX3zzgGHRTIBKEQFjABegQIAxAD&url=https%3A%2F%2Fwww.pnm.gov. my%2Fpnm%2Fresources%2Fpdf%2520file%2FSekitarBil51.pdf&usg=AOvVaw0v63ObADCLFP4X qYPjaBqu
Haslinda Husaini. (2020). Pembelajaran dalam talian: Pengalaman semasa COVID-19. Diakses daripada https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=&cad=rja&uact=8&ved= 2ahUKEwi7pcGz4OHwAhX3zzgGHRTIBKEQFjABegQIAxAD&url=https%3A%2F%2Fwww.pnm.gov. my%2Fpnm%2Fresources%2Fpdf%2520file%2FSekitarBil51.pdf&usg=AOvVaw0v63ObADCLFP4X qYPjaBqu
IFLA/UNESCO Public Library Manifesto 1994. (1994). Diakses daripada https://www.ifla.org/publications/iflaunesco-public-library-manifesto-1994.
Md. Yazid Bin Muji. (2018). Kepentingan memberi maklumbalas/respon pada pelanggan. Diakses daripada https://beritappm.wordpress.com/2018/01/11/kepentingan-memberi-maklumbalas-respon-pada-pelanggan/
Penduduk mengikut Kumpulan Umur, Jantina dan Kumpulan Etnik Di Negeri Perlis Tahun 2018. (2018). Diakses daripada https://www.data.gov.my/data/dataset/c01b4a09-5c54-4f3b-bc91-
bb608233d84a/resource/ec4772e8-acd7-450f-a1fc-df38b350862b/download/penduduk-mengikut-kumpulan-umur-jantina-dan-kumpulan-etnik-perlis-2018p.xlsx
Rosmieni Che’ Mat. (2020). COVID-19: pendekatan normal baharu terhadap perkhidmatan Perpustakaan Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Diakses daripada https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=&cad=rja&uact=8&ved= 2ahUKEwi7pcGz4OHwAhX3zzgGHRTIBKEQFjABegQIAxAD&url=https%3A%2F%2Fwww.pnm.gov. my%2Fpnm%2Fresources%2Fpdf%2520file%2FSekitarBil51.pdf&usg=AOvVaw0v63ObADCLFP4X qYPjaBqu