• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAMPUS LESTARI CERMINAN INOVASI MAHASISWA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KAMPUS LESTARI CERMINAN INOVASI MAHASISWA"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

NSYEN KAMPUS LESTARI 2015

PROFIL PROGRAM

“ KAMPUS LESTARI CERMINAN INOVASI MAHASISWA”

(2)

PUS LESTARI 2015

KANDUNGAN

Muka Surat

1.0 Pengenalan ………. ... 3

2.0 Objektif ... 4

3.0 Tarikh & Tempat ... 7

4.0 Kaedah Pelaksanaan ... 7

5.0 Profil Penganjur ... ………...6

6.0 Struktur Organisasi ... 8

7.0 Tentatif Program ………. ... 8

8.0 Implikasi Kewangan ………. ... 10

9.0 Justifikasi Kerjasama………..………. ... 16

10.0 Kaedah Kerjasama ... 17

11.0 Penutup…..………. ... 17

Borang Maklumbalas …..………. ... 18

(3)

NSYEN KAMPUS LESTARI 2015

1.0 PENGENALAN ---

Aspek pengurusan alam sekitar merupakan salah satu isu global yang diberikan perhatian pada masa kini. Kelestarian alam sekitar merupakan penentu kepada kesejahteraan kehidupan manusia. Arus kemajuan yang kian meningkat telah menuntut kita mengimbangi penggunaan sumber asli dan persekitaran agar ia tidak musnah dan pupus pada masa akan datang. Konsep Pembangunan Lestari merupakan kaedah penting dalam menjaga alam sekitar dan pada masa yang sama dapat meningkatkan kemajuan ekonomi negara. Pembangunan Lestari juga pada dasarnya adalah untuk memenuhi keperluan generasi kini tanpa menolak idea generasi akan datang bagi penambahbaikan pembangunan lestari itu sendiri. Hal ini jelas seperti mana definisi konsep Pembangunan Lestari iaitu suatu proses yang memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka." Konsep Pembangunan Lestari dianggap merangkumi tiga matlamat utama iaitu pembangunan ekonomi, pembangunan sosial dan perlindungan alam sekitar (Suruhanjaya Dunia mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan, 1987).

Generasi muda merupakan golongan yang akan menentukan kelestarian alam sekitar.

Hampir semua golongan pemimpin masyarakat lahir dari institusi pengajian tinggi yang bakal membawa amanah memperjuangkan kelestarian alam sekitar. Pembangunan keupayaan di kalangan pelajar IPT dalam aspek melestarikan alam sekitar merupakan perkara penting yang harus dilaksanakan. Pendedahan konsep dan praktikal dalam melestarikan alam sekitar seharusnya bermula di IPT sama ada secara langsung melalui pelbagai program kemahasiswaan mahupun dimasukkan ke dalam silibus kurikulum pengajian di universiti.

Inisiatif program Konvensyen Kampus Lestari (KKL) 2015 ini bertujuan untuk memupuk dan memperkukuhkan pemahaman dan amalan mencintai alam sekitar. Inisiatif ini dapat memandu semua pihak daripada pihak pengurusan tertinggi IPT hingga kepada pelajar dalam memasukkan elemen kelestarian dalam pengurusan masing-masing demi menyokong kelestarian kampus termasuklah dalam aspek kesedaran dan sokongan komuniti, pengurusan ekosistem kampus serta pembangunan fizikal dan reka bentuk bangunan.

(4)

PUS LESTARI 2015

Kesemua elemen ini merupakan perkara asas yang dilalui oleh masyarakat dan tidak

kurang juga isu-isu hangat yang timbul darinya yang berkaitan dengan alam sekitar.

Justeru, pelajar IPT dan komuniti perlu menguasai, memahami dan mengamalkan pendekatan pengurusan ekosistem lestari dalam melestarikan kampus. Perkongsian maklumat sangat penting bagi mengukuhkan pemahaman pelajar dalam aspek pengurusan alam sekitar yang dapat menyokong kepada kelestarian kampus khususnya dan juga alam sekeliling kita amnya.

Kejayaan siri pertama Konvensyen Kampus Lestari 2012 telah mendorong kepada penganjuran siri kedua Program Konvensyen Kampus Lestari. KKL 2012 telah mendapat penyertaan daripada hampir 200 mahasiswa dari 8 buah IPTA (antaranya UKM, USM, UTM, UTHO, UiTM, UniMAP, UNITEN dan Kolej Komuniti Segamat). Siri kedua ini menjadi kesinambungan kepada kejayaan dan diharap mampu memberi lebih banyak manfaat kepada semua warga IPT dalam melestarikan kampus.

Antara gambar-gambar Konvensyen Kampus Lestari 2012:

(5)

NSYEN KAMPUS LESTARI 2015

(6)

PUS LESTARI 2015

(7)

NSYEN KAMPUS LESTARI 2015

2.0 OBJEKTIF ---

Objektif penganjuran KKL 2015 adalah untuk:

2.1 Memupuk dan mengukuhkan kesedaran memelihara dan memulihara alam sekitar.

2.2 Mendedahkan kepada pelajar pendekatan-pendekatan berguna dan terkini tentang aspek pembangunan lestari, khususnya kampus lestari.

2.3 Mempertingkatkan usaha IPT dalam melestarikan kampus terutamanya dalam kalangan mahasiswa.

2.4 Menggalakkan interaksi IPT dengan pihak industri dan NGO dalam berkongsi maklumat serta inovasi ke arah kelestarian kampus.

3.0 TARIKH & TEMPAT ---

Tarikh: 30 April 2015 ( Khamis ) Masa: 8.00 am – 6.00 pm

Tempat: Dewan Persidangan Sains dan Teknologi, UKM

4.0 KAEDAH PELAKSANAAN --- Kaedah pelaksanaan program ini adalah melalui tiga aktiviti utama iaitu:

Pertandingan Pembentangan Lisan.

Merupakan pembentangan dan perbincangan yang memfokuskan kepda aspek-aspek amalan kelestarian yang di amalkan di kampus-kampus IPT.

Pertandingan Poster.

Paparan amalan kelestarian yang diamalkan di IPT melalui kaedah poster. terbaik juga akan dilaksanakan bagi menggalakkan budaya berkomunikasi secara cekap dan penyampaian maklumat berkesan dalam kalangan pelajar.

Pertandingan Pameran Inovasi Hijau.

Pameran yang diadakan oleh wakil-wakil IPT, industri dan NGO untuk memaparkan usaha/teknologi/pendekatan terkini dalam melestarikan alam sekitar. Pertandingan ini merupakan kategori IPTA dan IPTS dalam mempersembahkan idea yang berkonsepkan mesra alam dalam mencipta sesuatu dengan lebih kreatif dan inovatif.

(8)

PUS LESTARI 2015

Kesemua aktiviti yang dianjurkan dipertandingan dan dibuka kepada penyertaan dari

wakil- wakil IPT.

5.0 PENGANJUR UTAMA ---

Program ini dianjurkan oleh Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ibu Zain (KIZ) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dengan kerjasama Institut Alam Sekitar

dan Pembangunan (LESTARI), UKM dan Kelab Ekorelawan UKM. Walaubagaimana pun pihak sekretariat masih membuka peluang kepada organisasi-organisasi lain yang berminat untuk menjadi rakan kerjasama program ini.

6.0 STRUKTUR ORGANISASI ---

Penaung

Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali Naib Canselor, UKM

Pengerusi

Y.Bhg. Prof. Datin Noor Aziah Haji Mohd Awal

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UKM

Jawatankuasa Pemandu Program (Pengisian Program)

Y.Bhg. Dato’ Shaharuddin Mohamad Ismail, (Pengerusi)

Felo Utama Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM

Prof. Dr. Sohif Mat,

Felo Utama Institut Kajian Tenaga Suria( SERI) UKM

(9)

NSYEN KAMPUS LESTARI 2015

Encik Anuar Ahmad,

Pengetua Kolej Ibu Zain UKM

Dr. Mashitoh Yaacob,

Pensyarah Kanan Pusat CITRA UKM

Dr. Rahmah Elfithri,

Felo Kolej Ibu Zain & Pensyarah Kanan LESTARI UKM

Encik Nik Mohd Noor Faizul Md Saad, Pegawai Penyelidik Kanan LESTARI & Timbalan Pengetua Kolej Ibu Zain UKM

Encik Bisharuzi Omar,

Pegawai Sains Kanan LESTARI UKM

(10)

PUS LESTARI 2015

Panel Penasihat ( Pengurusan & Pelaksanaan Program)

Encik Nik Mohd Noor Faizul Md Saad Timbalan Pengetua Kolej Ibu Zain &

Pegawai Penyelidik Kanan, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM Dr. Rahmah Elfithri

Pensyarah Kanan, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM

Sekretariat

Majlis Felo Kolej Ibu Zain UKM

Ahli-ahli Majlis Eksekutif Pelajar (MEP), Kolej Ibu Zain (UKM) Ahli-ahli Kelab Ekorelawan UKM

.

(11)

NSYEN KAMPUS LESTARI 2015

7.0 TENTATIF PROGRAM ---

TARIKH / WAKTU 30 APRIL 2015

(KHAMIS)

PERKARA TEMPAT

8.00 am-9.00 am Ketibaan peserta dan tetamu-tetamu jemputan

Dewan

Persidangan FST

9.00 am-10.30 am MAJLIS PERASMIAN Aluan Pengenalan Pengerusi Majlis

Ucapan Ketua Pengarah Program

Ucapan Perasmian Gimik perasmian

Penyampaian cenderamata Lawatan tapak pameran Minum pagi

Dewan

Persidangan FST

10.30 am - 1.00 pm SESI PEMBENTANGAN LISAN INISIATIF

KELESTARIAN 1

Dewan

Persidangan FST

Pertandingan Poster & Pameran Agensi Kerajaan, Swasta & NGO 1.00 pm – 2.00 pm Rehat , Makan Tengahari dan

Solat

Dewan

Persidangan FST

(12)

PUS LESTARI 2015

2.30 pm - 5.00 pm SESI PEMBENTANGAN

LISAN INISIATIF KELESTARIAN 2

Dewan

Persidangan FST

5.00 pm - 6.00 pm MAJLIS PENUTUPAN Ucapan penutupan Penyampaian hadiah pertandingan

Bersurai

Dewan

Persidangan FST

(13)

NSYEN KAMPUS LESTARI 2015

8.0 IMPLIKASI KEWANGAN ---

Perincian Sumber Dana

Bil. Perkara Jumlah (RM) Status

1) Tabung Amanah UKM 1,000.00 Telah

diperolehi

2) Tabung Kolej 1,000.00 Telah

diperolehi 3) Sumbangan Dana Luar 31,959.00 Sedang dalam

proses JUMLAH PENDAPATAN RM 33,959.00

Perincian Perbelanjaan

Bil. Perkara Jumlah (RM)

1) PENTADBIRAN

 Kepejabatan & Keurusetiaan 1000.00 2) JAMUAN/ MAKANAN

 Minum Pagi : RM 3 x 350 orang

 Makan Tengahari : RM 6 x 350 orang

 Minum Petang : RM 3 x 350 orang 4,200.00

3) KIT PESERTA

 RM10 x 350 orang Beg

Cenderahati Bahan kertas kerja

3,500.00

(14)

PUS LESTARI 2015

4) CENDERAMATA

 Perasmi (RM 50 x 1 orang)

 Ucaptama (RM 50 x 2 orang)

 Juri (RM 50 x 10 orang)

 Tetamu Jemputan ( RM 50 x 5 orang )

 Pengerusi Sesi ( RM 50 x 2 orang )

HADIAH PEMBENTANGAN LISAN TERBAIK

 Johan : RM 2000

 Naib Johan : RM 1200

 Tempat Ketiga : RM 700

HADIAH PEMBENTANGAN POSTER TERBAIK

 Johan : RM 1500

 Naib Johan : RM 1000

 Tempat Ketiga : RM 500

HADIAH ‘ THE MOST FAVOURITE BOOTH ’ ( TERBUKA )

 Pemenang : RM 1500

1,000.00

3,900.00

3,000.00

1,500.00

5) PUBLISITI

Banner (5” x 10” x 5 pcs)

Banting (2” x 5” x 50 pcs)

 Poster ( 500 pcs) 1,500.00

6) TUGAS-TUGAS KHAS

 Tag (RM 3 x 350 orang)

 Sijil AJK (RM 2 x 100 orang)

 Sijil Penyertaan (RM 2 x 200 orang)

 Sijil Juri/Hakim (RM 2 x 10 orang)

 Sijil Pemenang (RM 2 x 7 pemenang )

 Plaque Pemenang (RM25 x 7 pemenang)

4,359.00

(15)

NSYEN KAMPUS LESTARI 2015

7) TEKNIKAL

 Sewaan alatan teknikal 1,000.00

8)

SEWAAN BOOTH

 RM 200 x 20 X 1 hari 4,000.00

9)

PERCETAKAN

 Cetakan dan fotostat

 Buku Program / Abstrak 4,000.00

10) RENCAM 1,000.00

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN RM 33,959.00

(16)

PUS LESTARI 2015

9.0 JUSTIFIKASI KERJASAMA ---

Kerjasama daripada organisasi luar dalam penganjuran KKL 2015 adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan bagi memberikan kesedaran, kemahiran dan ilmu kepada masyarakat terutamanya kepada golongan muda khususnya pelajar IPT. Golongan pelajar IPT merupakan duta utama masyarakat yang boleh disandarkan untuk menjadi penggerak kepada usaha-usaha amalan kelestarian apabila mereka tamat pengajian dan kembali kepada masyarakat.

Dengan menjayakan penganjuran KKL 2015, organisasi yang bekerjasama telah memberikan sumbangan yang amat signifikan dalam aspek berikut ;

a. Pembangunan Keupayaan dan Latihan

KKL 2015 merupakan platform perkongsi llmu amalan kelestarian alam sekitar yang dipandu oleh jawatankuasa pemandu yang terdiri daripada pakar-pakar alam sekitar.

Perkongsian ilmu dapat meningkatkan kemahiran dan pemahaman pelajar dalam melestarikan persekitaran mereka. Platform ini merupakan satu-satunya program yang seumpamanya di Malaysia yang diuruskan dan dilaksanakan oleh pelajar untuk pelajar.

b. Menggalakkan perkembangan ilmu dan amalan kelestarian alam sekitar

Pembentangan dan perkongsian amalan kelestarian dapat menambahbaik dan mengembangkan ilmu ke arah amalan kelestarian yang baik dan efektif. Disamping pembentangan dilaksanakan oleh pelajar, penganjur juga menjemput pakar-pakar untuk membentang ucaptama mengenai isu asas tentang kelestarian kampus.

c. Menggalakkan kerjasama pintar

Program ini akan mengeratkan kerjasama pintar antara sektor pengajian tinggi dengan pelbagai pihak berkaitan alam sekitar dalam aspek memacu kesedaran penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar.

d. Menyebarkan secara tidak langsung dasar-dasar kementerian/jabatan kerajaan (untuk kementerian & jabatan kerajaan)

Organisasi luar yang bekerjasama dapat mengambil peluang untuk memberikan pemahaman tentang dasar- dasar Kementerian/ jabatan kerajaan yang telah diwartakan berkenaan dengan pengurusan alam sekitar ke arah pembangunan lestari.

(17)

NSYEN KAMPUS LESTARI 2015

10.0 KAEDAH KERJASAMA ---

Bentuk kerjasama yang boleh dijalinkan adalah melalui sumbangan dalam bentuk dana kewangan, perkhidmatan dan barangan. Berikut adalah perincian lanjut berkenaan dengan bentuk kerjasama:

a. Dana Kewangan

Oganisasi boleh menyumbang dana kewangan kepada penganjur program melalui kaedah tunai atau melalui cek di atas nama Bendahari UKM serta melalui pindahan dana ke Akaun Bank Bendahari UKM

(CIMB : 8002234307).

b. Perkhidmatan

Oganisasi boleh menyumbang dalam bentuk perkhidmatan yang diperlukan termasuklah dalam bentuk rundingan/kepakaran seperti moderator atau penceramah program serta percetakan.

c. Barangan

Oganisasi boleh menyumbang dalam bentuk barangan keperluan program seperti berikut:

- Makanan/Jamuan

- Hadiah

- Barangan Cenderamata

- Barangan lain yang bersesuaian

Pengecualian Cukai Pendapatan (sekurang-kurangnya sunbangan RM 200)

11.0 PENUTUP ---

Adalah menjadi harapan penganjur agar permohonan menjadi rakan kerjasama ini dapat dipertimbangkan dengan sebaiknya. Sekiranya permohonan ini berjaya, sukacitanya mohon mengisi borang maklum balas yang disertakan. Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, pihak kami sedia untuk dihubungi pada talian 0145445090 (NURUL NASYUHA BINTI HASHIM). Semoga kerjasama yang terjalin akan dapat menjayakan penganjuran program ini.

(18)

PUS LESTARI 2015

BORANG MAKLUM BALAS

Sekretariat Konvensyen Kampus Lestari 2015

Kolej Ibu Zain,

Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi,

Selangor Darul Ehsan.

U/P: NURUL NASYUHA BINTI HASHIM (Pengarah Pemasaran)

Tel : 03-8921 5602 Faks : 03-8921 5600 Tel (HP) : 014-5445090

Emel : [email protected]

Tuan/ Puan,

JEMPUTAN MENJADI RAKAN KERJASAMA PROGRAM KONVENSYEN KAMPUS LESTARI 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa bahawa saya/pihak kami (Nama individu/organisasi ) : ________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

yang beralamat di :

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

No Tel : ________________________

No Faks : ________________________

dengan ini bersetuju untuk menjadi rakan kerjasama dengan memberi sumbangan berikut (tandakan (/) yang berkenaan):

(19)

NSYEN KAMPUS LESTARI 2015

( ) Dana Kewangan

Bersama-sama dengan ini disertakan wang tunai / cek / kiriman wang pos / draf bank bernombor : _________________ berjumlah RM ____________________

RINGGIT MALAYSIA_______________________________________________

Sumbangan atas nama : BENDAHARI UKM

( ) Perkhidmatan

Nama Perkhidmatan : ______________________________________________ Kuantiti / Nilai (RM)________________________________________________

( ) Barangan

Nama Barangan: _______________________________Kuantiti: ___________

Nama Barangan: _______________________________Kuantiti: ___________

Nama Barangan: _______________________________Kuantiti: ___________

Sekian, terima kasih

Tandatangan : _________________________

Cop Rasmi : _________________________

Tarikh: _______________________

Referensi

Dokumen terkait