• Tidak ada hasil yang ditemukan

BUKU PANDUAN DOKTOR PENDIDIKAN SIDANG AKADEMIK 2021/2022. Doktor Pendidikan 2021/2022

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BUKU PANDUAN DOKTOR PENDIDIKAN SIDANG AKADEMIK 2021/2022. Doktor Pendidikan 2021/2022"

Copied!
139
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Doktor Pendidikan

2021/2022

(3)

Buku panduan ini adalah khusus untuk kegunaan pelajar siswazah yang mengikuti rancangan Doktor Pendidikan pada

Sidang Akademik 2021/2022

Sebarang pertanyaan sila hubungi atau alamatkan kepada :

Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia

11800 Pulau Pinang Tel : (04) 653 3231 Fax : (04) 657 2907 http://education.usm.my

Institut Pengajian Siswazah Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang

Tel: (04) 653 2606/2958/2983/3294 Fax : (04) 653 2931

(4)

BAB KANDUNGAN M/S.

Kandungan ii

Kata Alu-aluan Dekan v

Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan vi

Kalendar Akademik Sidang Akademik 2020/2021 vii

Pegawai Utama Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan viii

Pengerusi-Pengerusi Rancangan ix

Senarai Staf Akademik Pusat Pengajian Ilmu x

Pendidikan

Senarai Staf Akademik Pusat Teknologi

Pengajaran xiv

Dan Multimedia

Pegawai Utama Institut Pengajian Siswazah xv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Latar Belakang dan Wawasan 1

1.2 Tujuan Rancangan Doktor Pendidikan 1

1.3 Mod Pengajian dan Pencalonan 2

2 SISTEM AKADEMIK 3 2.1 Kod Kursus 3 2.2 Takrif Kursus 4 2.3 Keperluan Bahasa 5 2.4 Takrif Unit 6 2.5 Pendaftaran Kursus 6

2.6 Penambahan / Pengguguran Kursus 6

2.7 Sistem Peperiksaan Dan Syarat-Syarat Pengijazahan 7

2.8 Menghidupkan Pencalonan 10

2.9 Struktur Program 11

3 STRUKTUR PENAWARAN KURSUS 16

3.1 Senarai Kursus (Teras) Mengikut Semester 16

3.2 Panduan Pengambilan Kursus 17

3.3 Penangguhan Pengajian 17

3.4 Pelanjutan Tempoh Pencalonan 18

3.5 Pertukaran Status Pengajian 19

3.6 Pertukaran Mod Pengajian 19

3.7 Penamatan Pencalonan 19

3.8

Tempoh Untuk Pelajar Menghidupkan Semula

Pencalonan

Yang Telah Tamat 19

(5)

4 SINOPSIS KURSUS 20

5 MAKLUMAT TAMBAHAN 27

5.1 Syarat-Syarat Kemasukan 27

5.2 Permohonan 27

5.3 Pendaftaran dan Yuran 27

5.4 Penukaran Bidang Pengkhususan 28

5.5 Syarat-syarat Lain 28

5.6 Jadual Waktu Pengajaran 28

6 KEMUDAHAN AM PUSAT PENGAJIAN ILMU 29

PENDIDIKAN

6.1 Bilik Siswazah 29

6.2 Makmal Komputer 29

6.3 Bilik Sumber 29

6.4 Bilik Pengajaran Mikro 29

6.5 Bilik Viva 29 6.6 Bilik Kaunseling 29 7 Peta Kampus 30 8 Catatan Peribadi 31 9 Nota 33

Lampiran A – Panduan Perancangan Pembelajaran

Lampiran B – Carta Gantt Kursus PLG 850

(6)

KATA ALU-ALUAN DEKAN

Assalamu’alaikum wrbt dan salam sejahtera Saudara/saudari pelajar sekalian,

Saya dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran saudara/saudari sebagai pelajar siswazah ke Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), Universiti Sains Malaysia (USM). Saya ucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan saudara/saudari terpilih untuk mengikuti program Doktor Pendidikan pada tahun 2022 ini. Saudara/saudari mempunyai tanggungjawab dan komitmen dalam menentukan kejayaan pembelajaran masing-masing. Pensyarah dan pihak pengurusan PPIP, USM sentiasa bersedia membantu untuk mencapai hasrat dan aspirasi saudara/saudari memajukan diri di peringkat Sarjana.

Saudara/saudari telah memulakan langkah di atas landasan yang betul dalam proses membina pengetahuan dan kecekapan yang akan membimbing saudara/saudari dalam profesion pendidikan kelak. Justeru, kuatkan semangat saudara/saudari sekalian dan tingkatkan motivasi dan disiplin diri. Komitmen serta usaha yang berterusan akan memantapkan lagi pengajian saudara/saudari di USM. Di samping itu, saya berharap anda sekalian akan berusaha untuk meningkatkan keilmuan, kesarjanaan dan profesionalisme dalam bidang masing- masing.

Semoga berjaya! Sekian, terima kasih.

Profesor Dr Hairul Nizam Ismail Dekan

Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia

(7)
(8)
(9)
(10)
(11)

SENARAI STAF AKADEMIK PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN

JAWATAN BIDANG PENGKHUSUSAN E-mel

/Sambungan

PROFESOR

Hairul Nizam Ismail B.A, M.Sc., Ph.D (Indiana)

Psikologi Pendidikan [email protected] 3760 / 3809 Hazri Jamil

B.A. Ed. (USM), M.Ed (USM), Ph.D (Sheffield)

Kurikulum & Pedagogi, Polisi Pendidikan, Metodologi Penyelidikan Kualitatif

[email protected] 2985 / 5758

Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah B.A. Ed. (Hons.) (USM), M.Sc. TESL (UPM), Ph.D (UKM)

Kaedah Mengajar Bahasa Inggeris (TESL)

[email protected] 2966

PROFESOR MADYA

Ahmad Tajuddin Othman B.Sc. (Oklahoma State), M.Sc (Tennessee), Ph.D. (Purdue)

Kesihatan dan Kecergasan Fizikal

[email protected] 5271 / 3232 Aswati Hamzah

B.Ed. (USM), M.A.Ed. (Cardif-Wales), Ph.D. (USM)

Psikologi Kanak-Kanak, Psikologi Kognitif, Kecerdasan Pelbagai, Penaakulan Moral (Konvensyenal & Pskologi Islam), Pengujian Psikologi

[email protected] 5182

Aziah Ismail

B.A.Ed (USM), M.Ed. (UM), Ph.D (UM)

Dasar, Perancangan dan Pengurusan Pendidikan, Pendidikan Tinggi

[email protected] 2564 /

Azidah Abu Ziden

B.A (Hons) (Lancashire), M.Ed. Technology (UTM), Ph.D. (Canterbury)

Teknologi

Pendidikan/Rekabentuk Pengajaran (e-Learning)

[email protected] 2968

Aznan Che Ahmad

Cert.Ed. Teaching English as Second Language (MPSAH), Cert. of Special Ed (Deaf) (MPIK), Dip.in Special Ed. (Blind) (MPIK), B.Ed. Special Ed (UKM), M.A. Special Ed (UKM), Ph.D. (Melbourne)

Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran, Penglihatan, Pembelajaran, Pemulihan Khas), LINUS, Buta-Pekak

[email protected] [email protected] 5420

Chew Cheng Meng

Cert. Ed. (MPPP), B.Ed. (USM), M.Ed. (USM), Ph.D. (UM)

Pendidikan Matematik [email protected] 5100

Jamalsafri Saibon

B.Ed., M.Ed (USM), Ph.D. (UKM)

Sosiologi Pendidikan [email protected] 3238

Lim Hooi Lian

B.A(Ed.) (USM), M.Ed. (USM), Ph.D (UM) Pengukuran dan Penilaian Pendidikan, Psikometrik [email protected] 5195

Low Hui Min

B.Sc.(UKM), Ph.D (Australia)

Pendidikan Khas, Terapi Bahasa dan Pertuturan

[email protected] 5419

(12)

Mageswary A/P Karpudewan

Dip.(UPM), B. Sc. (UPM), M.Ed.(USM). Ph.D (USM)

Pendidikan Kimia, Pendidikan Alam Sekitar

[email protected] 5413

Melissa Ng Lee Yen Abdullah B.A. Ed. (USM)

M.Ed. (UM), Ph.D. (UPM)

Psikologi Pendidikan [email protected] 5186

Mohamad Zohir Ahmad @ Shaari Cert. Ed. (MPSAH), B.A. (Hons), M.Ed. (USM), Ph.D(UKM)

Pendidikan Geografi, Pendidikan Alam Sekitar

[email protected] 2988

Mohd Ali Samsudin

BSc. Ed. (USM), M.Ed (USM), Ph.D (UKM)

Pendidikan Fizik, Pendidikan Sains

alisamsudin@usm. my 2565

Nik Rosila Nik Yaacob B.Islamic Ed. M.Ed. (UM) Ph.D. (ISTAC, UIA)

Psikologi & Kaunseling Islam, Pendidikan Islam, Psikologi Pendidikan, Pendidikan Awal Kanak-kanak

[email protected] 2571

Nor Shafrin Ahmad (KB, PA) B.Ed. (UPM), M.Ed. (USM), Ph.D. (UKM)

Psikologi Kaunseling, Kaunseling Kanak-Kanak & Remaja, Krisis dan Trauma, Kesihatan Mental

[email protected] 2569

Rabiatul Adawiah Ahmad Rashid B.A (Hons) (IIUM),

M.Ed (UM) , Ph.D (UM)

Falsafah Pendidikan Islam, Falsafah Sains dalam Pendidikan

[email protected] 4984

Rahimi Che Aman (KB, PA) B.Ed. (UPM)

M.A (UKM) Ph.D. (USM)

Pendidikan Kaunselor, Kaunseling Kanak-Kanak & Remaja, Kesihatan Mental

[email protected] 5240 / Rohizani Yaakub

Cert.Ed. (MPSAH),

B.Ed. (UPM), M.A. (UKM), Ph.D. (UKM)

Kaedah Mengajar Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Pengajian Kurikulum

[email protected] 5410

Salmiza Saleh

B.Sc.Ed (UM), M.Ed. (USM), Ph.D (UKM)

Pendidikan Fizik, Pendidikan Sains dan Matematik. Pendidikan Berasaskan Otak.

[email protected] 2974

Shahabuddin Hashim

B.A (Hons) (USM), M.Ed. (USM), Ph.D (Glasgow)

Psikologi Pendidikan [email protected] 2554

PENSYARAH

Abdul Jalil Ali

B.Ed. (USM), M.A. (Ohio State), Ph.D. (Wisconsin)

Kepimpinan Pendidikan dan Analisis Polisi, Pentadbiran Pendidikan

[email protected] 2563

Ahmad Zamri Khairani B.Ed. (USM),

M.Ed (USM), Ph.D (IIUM)

Psikometrik & Pengukurab Pendidikan, Pendidikan Guru

[email protected] 2965

Al-Amin Mydin

B.A(UPM), M.Ed.(USM), Ph.D(USM)

Pengurusan & Pentadbiran Pendidikan

[email protected] 2566

Amelia Abdullah B.Ed (UK)

M.Ed (USM), Ph.D (UKM)

Pendidikan IT dan Multimedia, TESOL

[email protected] 4985

(13)

Amelia Leong Chew Har Pensyarah Universiti DS51 (Kontrak) Fadzilah Hj Amzah

B.A.Ed., M.A. (USM), Ph.D (UM)

Rekabentuk Pengajaran Kesusasteraan Melayu, Kurikulum dan Pedagogi

[email protected] 3239

Kong Kim Lain

B. Sc (Hons) (UKM), M.A. Ed in Ed. Psychology (USM), PhD in Psychology (Trinity College Dublin, Ireland)

Pendidikan Awal Kanak-Kanak Perkembangan Kanak-kanak Psikologi Kanak-Kanak Psikologi Pendidikan & Perkembangan

[email protected] 2969

Leong Lai Mei

B.Sc. (Hons), Dip.Ed. (UM), M,Sc. (UK), Ph.D (USM)

Ph.D. (USM)

TESL / Matematik, Pendidikan Multimedia & IT

[email protected] 3245

Md Baharuddin Hj Abdul Rahman M.Ed.(Kolej Uni. Tek. Tun Hussein Onn), Ph.D.(USM), Dip.(Warwickshire College)

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)

[email protected] 2568

Mohd Norawi Ali

Dip.Ed (UPSI), B.Sc. (USM), M.Ed. (USM)., Ph.D (UKM)

Pendidikan Sains Fizik, Teknologi Pendidikan

[email protected] 5190

Muhammad Zuhair Zainal

B. A (UPM), M.Ed.(UPM), Ph.D (UPM)

Pendidikan Bahasa Melayu [email protected] 5194

Muzirah Musa

B.Sc.(Honors)(Mathematics) USM M.Sc (Statistics) USM

PhD (Statistics) UKM

Pendidikan Matematik & Statistik

[email protected] 3758

Nooraida Yakob

Dip.Ed. (USM), B.Sc (Hons) (North Texas),

M.Ed. (USM), Ph.D. (UKM)

Pendidikan Sains, Kaedah Mengajar Kimia, Kurikulum dan Pedagogi

[email protected] 2973

Nor Asniza Binti Ishak

B.Sc(USM), M.Sc(USM), Ph.D(USM)

Pendidikan Sains [email protected] 5184

Nur Jahan Ahmad

B.Sc (Uni. Of Pittsburgh,US)

M.Ed.(UKM), Ph.D (Uni. Of Leeds,UK)

Pendidikan Sains (Kimia) [email protected] 3240

Nurul Fazzuan Bin Khalid (KB, PA) B.Ed. (UPSI) M.Ed (UPSI) Ph.D. (UPSI)

Bimbingan & Kaunseling, Kaunseling Kanak-Kanak & Remaja, Delinkuensi [email protected] 2977 Rohaya Abdullah B.Ed.(UKM),M.Ed.(USM),Ph.D(USM) Pendidikan Bahasa Inggeris,TESOL [email protected] 2041

(14)

Rozniza Zaharudin

B.Sc. (Hons) Computer Science, M.Sc. (Hons) Computer Sciense (USM),

PhD Education (UKM)

Teknologi Pendidikan, Masalah Pendengaran (Pend.Khas)

[email protected] 5192

Samah Ali Mohsen Mofreh B.Ed.(Sana’a Uni, Yemen). M.Ed.(UTM), Ph.D (UTM)

Pendidikan Bahasa Inggeris,TESOL

[email protected] 5416

Siti Mastura Baharudin

B.Sc. (Hons) Computer Science, M.Sc. (Hons) Computer Sciense (USM),

PhD Education (UTM)

Teknologi Pendidikan, Rekabentuk Intruksi, ICT

[email protected] 2048

Siti Zuraidah Md Osman

B.Acct (Hons) (UUM), M.Ed.(TVE) (UTHM), PhD. (ISD) (USM)

Teknologi Pendidikan, Pendidikan Teknik dan Vokasional, Pendidikan Perakaunan

[email protected] 3237

Syed Mohamad Syed Abdullah (KB, PA) Dip. Ed (KUSZA), B.Ed. (UPM), M.Sc. (UPM), Ph.D. (UKM)

Bimbingan & Kaunseling, Kaunseling Kanak-Kanak & Remaja

[email protected] [email protected] 5411

Thien Lei Mee

B.Sc.(UKM), M.Sc.(USM), Ph.D(USM)

Pendidikan Pentadbiran [email protected] 5196

Wun Thiam Yew

Cert. Ed. (MPPPP), B.A, M.Ed. Ph.D (UM)

Pendidikan Matematik [email protected] 5187

Yahya Mohammed H. Al Dheleai B.Sc(SANA’A UNI.YEMEN), M.Ed(UTM), Ph.D(UTM)

Pendidikan Teknologi [email protected] 5470

Yasmin Othman Mydin M.Ed. (UKM), Ph.D (USM)

Psikologi dan K aunseling [email protected] 2575

Zarina Mustafa

B.A. Ed., M.Ed., Ed.D (USM)

Kurikulum & Pengajaran [email protected] 5183

(15)

SENARAI STAF AKADEMIK

PUSAT TEKNOLOGI PENGAJARAN & MULTIMEDIA

PENGARAH

Profesor Dr. Wan Ahmad Jaafar Bin Wan Yahaya

TIMBALAN PENGARAH (Akademik, Kerjaya & Antarabangsa) Prof. Dr. Mona Masood

TIMBALAN PENGARAH (Penyelidikan, Inovasi & Jaringan) Dr. Chau Kien Tsong

STAF AKADEMIK BIDANG PENGKHUSUSAN E-MEL / EXT

Prof. Dr Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya

 ICT dalam Pendidikan.

 Pendidikan Bersaskan Multimedia  Teknologi Pemujukan

 Reka bentuk Pembelajaran Mudah Alih

[email protected] 2610

Profesor Dr. Irfan Naufal Umar

 e-Pembelajaran

 Reka Bentuk dan Teknologi Pengajaran

[email protected] 5230

Prof. Dr. Mona Masood  Interaksi Komputer – Manusia  Teknologi Sistem Pengajaran

 Komunikasi Visual

[email protected] 2619

Dr. Mariam Mohamad  Pembelajaran Mudah Alih  Teknologi Bantuan Pembelajaran Mudah Alih

 Teknologi Pembelajaran Bahasa Berasaskan Mudah Alih

[email protected] y 3824

Dr. Siti Nazleen Abd Rabu

 Teknologi dan Reka Bentuk Instruksi  E- Pembelajaran

 Pembelajaran Berasaskan Permainan

[email protected] 5017

Dr. Chau Kien Tsong

 Animasi 2D dan 3D

 Rekabentuk Multimedia dan Pengarangan  Permainan Berpendidikan

[email protected] 3875

Dr. Jeya Amantha A/p David P.Kumar

 Reka Bentuk Emosil Dalam Pembelajaran Multimedia  Kejuruteraan Pendidikan

 Rekabentuk Sistem Instruksi

[email protected] 3768

Dr. Nurullizam Jamiat  Sistem Instruksi dan Teknologi Pembelajaran  Strategi-strategi Instruksi

[email protected] 5229

Dr. Tan Yun Yi  Teknologi Pendidikan  Pembelajaran Berasaskan Teknologi Kreativiti Sosial

[email protected] 3201

Dr. Reem Sulaiman Baragash

 Pembelajaran Analytics Technology dalam Pendidikan Khas

 Pembelajaran Mempertingkatkan Teknologi Realiti Campuran [email protected] 3820

Dr. Mageswaran A/l Sanmugam

 Gamifikasi

 Pembelajaran Berasaskan Permainan  Teknologi Pendidikan

 Pengurusan Pendidikan

mageswaran@usm. my

3821

Dr. Nur Azlina Binti Mohamed Mokmin

 Pembangunan Sistem TVET  Kecerdasan Buatan

 Pembangunan Sistem Instruksi  Pendidikan Matematik

[email protected]

6267

Ts. Dr. Irwan Mahazir Bin Ismail

 Pembelajaran Mudah Alih  TVET, Gamifikasi, AR, MOOC  Pembelajaran Teradun

 Penyelidikan Pembangunan Rekabentuk

[email protected] 3220

(16)

PEGAWAI UTAMA

INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH (IPS) Dekan

Profesor Dr. Azlan Bin Abdul Aziz [email protected]

[email protected] Ext: 2930/2929

Timbalan Dekan

Profesor Madya Dr Tay Guan Seng [email protected]

Ext: 4882

Timbalan Pendaftar

Encik Ihsanul Anwar Shamsur Rahim [email protected]

Ext: 2938

Penolong Pendaftar Kanan

Puan Farah Man (Pengambilan Pelajar) [email protected] Ext: 2937

Penolong Pendaftar

Cik Syazira Othman (Pengambilan Pelajar) [email protected] Ext: 2951

Penolong Pendaftar Kanan

Puan Haslinda Yusof (Viva-voce & Pengijazahan) [email protected] Ext: 2935

Penolong Pendaftar

Cik Syafiqah Suhaila Mohamed (Data dan Rekod)

[email protected] Ext: 2936

INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH (IPS) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PULAU PINANG.

NO TEL : 604 – 653 2606 / 2958 / 2983 / 3294 NO FAX : 604 – 653 2931

EMEL : [email protected] / [email protected] Web: www.ips.usm.my

(17)

1.0 PENDAHULUAN

1.1 LATAR BELAKANG DAN WAWASAN

Rancangan Doktor Pendidikan (Ed.D) yang telah dilancarkan pada Sidang Akademik 2000/2001 menawarkan kepada para profesional yang berpengalaman peluang untuk melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah kedoktoran melalui kursus-kursus yang relevan mengikut keperluan dan minat masing-masing. Program ini diharap dapat mengembangkan kemahiran-kemahiran penyelidikan dan inkuiri yang tinggi serta pemahaman yang lengkap tentang ciri-ciri profesionalisme dalam sesuatu bidang pendidikan.

Program Doktor Pendidikan ini amat sesuai untuk para pengamal (practitioners) dalam bidang pendidikan seperti pensyarah-pensyarah universiti, maktab atau kolej swasta, penggubal kurikulum, pembuat dasar pendidikan, pegawai-pegawai pelaksana dasar di Kementerian Pelajaran, pakar-pakar dalam bidang-bidang tertentu di Jabatan Pendidikan, para kaunselor, ahli-ahli psikologi pendidikan dan sebagainya.

1.2 TUJUAN RANCANGAN DOKTOR PENDIDIKAN

Rancangan Ijazah Doktor Pendidikan (Ed.D) bertujuan mengembangkan mutu kesarjanaan untuk kepimpinan profesional yang cemerlang, khususnya pengetahuan dalam bidang pendidikan tertentu dan kemahiran serta kecekapan menyelidik yang tinggi, selaras dengan usaha negara menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Selain menguasai pengetahuan yang luas dalam bidang umum, kursus ini memerlukan calon menguasai pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu bidang yang spesifik melalui kursus-kursus yang berkualiti tinggi, pendedahan kepada isu-isu pendidikan sebenar dan perwacanaan intelektual.

Program ini diharap dapat melahirkan pakar-pakar pendidikan yang mahir dalam bidang pengkhususan tertentu dan boleh menjadi pakar rujuk di dalam dan di luar negara, dan dapat menghasilkan idea-idea bernas serta menjadi pemikir-pemikir yang boleh memberi sumbangan kepada bidang pendidikan sejagat. Kewibawaan akademik dan profesional dalam rancangan ini diperkukuhkan melalui latihan internship atau kajian bebas dan seminar topikal serta disertasi dalam bidang pengkhususan tertentu. Program Ed.D ini mementingkan penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang luas dalam pelbagai aspek pendidikan, selain pengkhususan dalam satu bidang pendidikan yang spesifik. Program ini akan menyumbang kepada pertambahan pakar-pakar pendidikan yang dapat membantu menyelesaikan masalah pendidikan untuk negara dan dunia sejagat.

(18)

1.3 MOD PENGAJIAN DAN PENCALONAN

Calon-calon yang berminat mengikuti program Ed.D ini boleh berbuat demikian melalui dua cara, iaitu sebagai calon penuh masa atau sambilan. Tempoh pengajian adalah seperti berikut:

Mod Pengajian Tempoh Pencalonan

Sepenuh Masa Sambilan Minimum 3 tahun 4 tahun Maksimum 5 tahun 7 tahun

(19)

2.0 SISTEM AKADEMIK

2.1 KOD KURSUS

Semua kursus pendidikan dalam rancangan Ijazah Doktor Pendidikan menggunakan kod kursus PLG. Contohnya:

P L G 7 0 3 4

P = Pendidikan 7 = Peringkat kursus 4 = Nilai unit kursus L = Latihan 0 = Jenis kursus

G = Guru 3 = Nombor bersiri kursus

Kursus-kursus yang didaftarkan bagi memenuhi keperluan struktur pengajian Doktor Pendidikan dibahagikan mengikut jenis dan diberikan kod-kod seperti berikut:

Kursus Teras: Kursus Kemahiran Penyelidikan dan Statistik Kod T dan Kursus Pengkhususan/Major Pendidikan

Kursus Kognat/Elektif: Kursus-kursus pengajian kedoktoran Kod E (peringkat 700 dan 800) untuk tujuan keluasan ilmu yang

ditawarkan di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan dan/atau Pusat-Pusat Pengajian lain di USM.

Kursus Teras (T): Kursus Kemahiran Penyelidikan dan Statistik

PLG 703, PLG 704, PLG 705, PLG 706, PLG 707

Kursus Pengkhususan/Major Pendidikan

PLG 714, PLG 715, PLG 733, PLG 725, PLG 734, PLG 735, PLG 744, PLG 745, PLG 746, PLG 716, PLG 717, PLG 718, PLG 726, PLG 727, PLG 728, PLG 729, PLG 736, PLG 737, PLG 747, PLG 748, PLG 749, PLG 801, dan PLG 802

(20)

Kursus Kognat/Elektif (E): Kursus yang dipilih daripada kursus-kursus bidang pengkhususan pendidikan yang lain, iaitu kursus pengajian kedoktoran pada peringkat 700 dan 800 yang ditawarkan di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (selain daripada 10 Kursus Teras yang dipilih) dan/atau kursus-kursus pengajian kedoktoran yang ditawarkan di Pusat-Pusat Pengajian yang lain di USM.

2.2 TAKRIF KURSUS 2.2.1 Kursus Teras

Kursus Teras (Kod T) ialah kursus utama yang memberikan kandungan dan skop kepada sesuatu bidang pengkhususan dan kemahiran yang ingin dikuasai dalam program ini. Kursus ini wajib diambil dan wajib lulus.

2.2.2 Kursus Kognat/Elektif

Kursus Kognat/Elektif (Kod E) ditakrifkan secara kasar sebagai kursus yang memberi sumbangan kepada perkembangan akademik atau profesional berdasarkan kepada keperluan bidang pengkhususan tertentu. Kursus-kursus tersebut menyokong Kursus-kursus -Kursus-kursus dalam bidang pengkhususan daripada aspek meluaskan dan/atau mendalamkan bidang pengkhususan. 2.2.3 Kursus Universiti Opsyen (termasuk Kursus Bahasa)

Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan dari semasa ke semasa dan mengikut kehendak program boleh mengenakan calon Ed.D keperluan untuk mengambil kursus-kursus Universiti (Kod V). Kursus-kursus Universiti yang ditawarkan termasuk kursus-kursus bahasa (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa asing lain), kursus-kursus kebudayaan dan ko-kurikulum.

2.2.4 Kursus Audit

Calon Doktor Pendidikan dibenarkan mengaudit mana-mana kursus yang ditawarkan jika perlu. Kursus audit (Kod Y) bertujuan untuk menambahkan lagi pengetahuan. Kursus ini boleh diikuti dengan pilihan sama ada menduduki peperiksaan atau tidak. Gred yang diperoleh akan ditunjukkan dalam transkrip akademik sebagai audit sahaja dan nilai gred tidak diambil kira untuk tujuan pengijazahan. Kursus audit tidak boleh diambil untuk menggantikan mana-mana kursus teras/elektif.

(21)

2.3 KEPERLUAN BAHASA

2.3.1 Keperluan Bahasa Malaysia

Pelajar luar negara dikehendaki mendaftar kursus LKM 100/2 – Bahasa Malaysia I dan lulus kursus tersebut dalam tempoh pencalonannya di Universiti ini sebagai satu syarat pengijazahan. Pelajar luar negara yang telah mengikuti dan lulus tahap kursus Bahasa Malaysia yang setara atau lebih tinggi daripada tahap kursus Bahasa Malaysia – LKM100/2 semasa mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan diberikan pengecualian daripada mendaftar dan lulus kursus LKM100 sekurang-kurangnya gred C sebagai syarat pengijazahan.

a. Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan menyediakan senarai kursus Bahasa Malaysia yang ditawarkan di IPT lain yang boleh diberikan penyetaraan terus sekiranya pemohon telah mengambil dan lulus kursus tersebut di IPT berkenaan; dan

b. Sekiranya pelajar mempunyai kelulusan Bahasa Malaysia setara atau lebih tinggi daripada tahap LKM100 yang tidak ada dalam senarai Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan, pemohon perlu mendapatkan penyetaraan daripada Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan.

2.3.2 Keperluan Kursus Bahasa Inggeris

Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan memilih untuk melaksanakan melaksanakan syarat minimum Bahasa Inggeris bagi pemohon luar negara iaitu TOEFL-iBT Skor 80/IELTS Band 6/Muet Band 4 bagi Bidang TESOL dan TOEFL-iBT Skor 35/IELTS Band 5/Muet Band 2 selain Bidang TESOL

Pemohon dari kategori berikut boleh dikecualikan keperluan Bahasa Inggeris sebagai syarat kemasukan:

a. Bahasa Inggeris ialah Bahasa ibunda pemohon atau Bahasa Kebangsaan; atau

b. Pemohon berkelulusan dari institusi pengajian tinggi yang bahasa pengantarnya adalah Bahasa Inggeris; atau c. Kelulusan Bahasa Inggeris berikut boleh diterima sebagai

syarat kemasukan sebagai tambahan:

i. Kursus Bahasa Inggeris yang ditawarkan oleh British Council. Tahap kelulusan dan kursus yang relevan perlu

(22)

dikenal pasti dan perlu diperakukan oleh Majlis Pengajian Siswazah Universiti terlebih dahulu; atau

ii. Kursus Bahasa Inggeris yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan. Tahap kelulusan dan kursus yang relevan perlu diperakukan oleh Majlis Pengajian Siswazah Universiti terlebih dahulu; atau iii. Kursus Bahasa Inggeris dari IPTA/IPTS terpilih. Tahap

kelulusan dan kursus yang relevan perlu dikenal pasti dan diperakukan oleh Majlis Pengajian Siswazah Universiti terlebih dahulu.

2.4 TAKRIF UNIT

Nilai sesuatu unit kursus adalah berdasarkan beban kerja seseorang calon. Secara prinsip, setiap satu unit kursus adalah bersamaan dengan 14 jam pengajaran-pembelajaran dalam satu semester (12 jam untuk kuliah/tutorial/seminar dan 2 jam lagi untuk kegiatan seperti bacaan, seminar, dan perundingan rasmi dengan pensyarah).

2.5 PENDAFTARAN KURSUS

Calon-calon dikehendaki menjalani Pendaftaran Kursus melalui web sebelum semester bermula pada tarikh-tarikh yang akan diumumkan kelak. Rujuk laman web Institut Pengajian Siswazah (http://www.ips.usm.my). Jumlah minimum dan maksimum unit kursus yang boleh didaftar adalah seperti berikut:-

Pelajar penuh masa hendaklah mendaftar dan mengambil peperiksaan minimum tiga (3) kursus, manakala pelajar sambilan hendaklah mendaftar dan mengambil peperiksaan untuk minimum dua (2) kursus pada setiap semester kecuali bagi kes disertasi atau kes mengulang.

2.6 PENAMBAHAN / PENGGUGURAN KURSUS

Penambahan/pengguguran kursus tidak dibenarkan sehingga selepas selesai aktiviti pendaftaran kursus. Penambahan/ pengguguran kursus hanya dibenarkan selepas mendapat sokongan Pensyarah dan kelulusan dari Dekan/Timbalan Dekan Pusat Pengajian atas alasan-alasan yang munasabah.

Pelajar yang menggugurkan kursus sehingga minggu ke-2 boleh menuntut dikembalikan yuran pengajian. Bagaimanapun, pengguguran kursus masih

(23)

dibenarkan selepas minggu ke-2 sehingga minggu ke-6 tanpa sebarang pengembalian balik yuran. Selepas minggu ke-6, pelajar tidak dibenarkan

2.7 SISTEM PEPERIKSAAN DAN SYARAT-SYARAT PENGIJAZAHAN Kursus yang diajar dalam sesuatu semester akan diperiksa dalam semester yang sama. Walau bagaimanapun, terdapat juga kursus yang diajar sepanjang dua semester. Masa yang ditetapkan untuk peperiksaan bertulis adalah seperti berikut:

Nilai Unit Kursus Masa Peperiksaan

2

2 Unit 1 jam untuk kerja kursus melebihi 40%

2

2 Unit 2 jam untuk kerja kursus 40% dan ke bawah

3

3 Unit atau lebih 2 jam untuk kerja kursus melebihi 40% 3

3 Unit atau lebih 3 jam untuk kerja kursus 40% dan ke bawah

2.7.1 Kerja Kursus/Seminar

Tugasan kerja kursus dan/atau persembahan seminar adalah komponen penilaian yang penting dalam hampir kesemua kursus Doktor Pendidikan. Calon hendaklah mengusahakan tugasan kerja kursus atau persembahan seminar yang diberi dengan sebaik-baiknya dan menghantarkan hasil tersebut kepada pensyarah pada tarikh-tarikh yang ditetapkan. Calon yang tidak membuat tugasan kerja kursus atau tidak melengkapi persembahan seminar boleh dihalang daripada menduduki peperiksaan.

2.7.2 Kehadiran ke Kuliah/Tutorial/Seminar

Mengikut peraturan Universiti, seseorang calon boleh dihalang daripada menduduki peperiksaan sesuatu kursus sekiranya kehadiran kuliah/tutorial/seminar adalah kurang daripada 70% jumlah waktu pengajaran.

2.7.3 Penilaian Prestasi Calon

Kursus-kursus akan dinilai melalui peperiksaan dan/atau tugasan kerja kursus/persembahan seminar. Pemberatan komponen penilaian akan ditetapkan mengikut kehendak kursus-kursus yang diikuti. Disertasi calon akan dinilai oleh pemeriksa- pemeriksa dalam yang

(24)

terdiri daripada ahli-ahli Jawatankuasa Disertasi, iaitu dalam kalangan staf akademik Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan dan penyelia calon. Pemeriksa Luar selaku moderator akan dijemput untuk menilai secara keseluruhan.

Penilaian prestasi dalam peperiksaan dan tugasan kerja kursus atau persembahan seminar adalah berasaskan sistem pemarkahan Purata Nilai Gred

Kumulatif (PNGK) atau CGPA (Cumulative Grade Point Average) yang dikira berdasarkan Nilai Mata Gred yang diperolehi bagi setiap kursus yang diambil

2.7.3.1 Skema Abjad dan Nilai Mata Gred untuk Program Ijazah Doktor Pendidikan

Skema abjad dan Nilai Mata Gred yang diluluskan oleh Senat adalah seperti berikut:

* T e r t a k l u k k e p a d a s e b a r a n g s

yarat dan perubahan Gred

Abjad

Mata Gred

Kursus Teras (7 Kursus Pengkhususan/Major Pendidikan dan 3 Kursus Kemahiran Penyelidikan dan Statistik) 5 Kursus Kognat/ Elektif A 4.00 Lulus Lulus A- 3.67 B+ 3.33 B 3.00 B- 2.67 Gagal C+ 2.33 C 2.00 Gagal C- 1.67 D+ 1.33 D 1.00 D- 0.67 F 0.00

F* 0.00 Gagal - tidak boleh ulang semasa KSCP

Gagal - tidak boleh ulang semasa KSCP

DK 0.00 Boleh ulang Boleh ulang

P 0.00 Lulus tanpa unit Lulus tanpa unit

X 0.00 Dihalang - tidak boleh

ulang semasa KSCP

Dihalang - tidak boleh ulang semasa KSCP

(25)

Gred lulus untuk setiap kursus bidang Pengkhususan/Major Pendidikan dan Kemahiran Penyelidikan dan Statistik (Kursus Teras) adalah gred B ke atas. Calon yang mendapat gred rendah daripada B (< B) perlu mengulang kursus tersebut pada semester yang berikutnya. Kursus teras ini tidak boleh ditukar ganti dengan kursus-kursus lain.

Gred lulus untuk setiap kursus Kognat/Elektif adalah gred C+ ke atas. Calon yang mendapat gred rendah daripada C+ (< C+) digalakkan mengulang kursus tersebut pada semester baki pengajian.

Namun begitu, SYARAT PENGIJAZAHAN bagi program Ijazah Doktor Pendidikan (EdD) ini adalah calon MESTI mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.00 dan ke atas (≥ 3.00). Calon yang tidak memenuhi keperluan ini boleh mengulangi kursus-kursus tertentu untuk meningkatkan nilai PNGKnya supaya memenuhi syarat pengijazahan. Walau bagaimanapun, hal ini tertakluk kepada tempoh maksimum pengajian calon.

2.7.3.2 Purata Nilai Gred (PNG)

Purata Nilai Gred (PNG) ialah ukuran pencapaian akademik calon bagi setiap semester.

Nilai PNG =

Jumlah nilai gred semua kursus yang diperiksa dalam satu semester

Jumlah unit

Pengiraan PNG tidak mengambil kira Kursus Disertasi (PLG 850) dan kursus-kursus yang mempunyai kod berikut:

(a) Kod TL/DK/P/F (b) Kod Y – Audit

(c) Kod Z – Kursus-kursus bahasa yang disyaratkan untuk keperluan program

Calon-calon pengajian Semester I dibenar meneruskan pengajian ke Semester II tanpa syarat (termasuk mereka yang tidak mengumpul sebarang unit). Calon yang mengumpul nilai gred PNGK dari 0.00 – 0.99 selepas dua semester akan ‘deregister’ (dikeluarkan daripada senarai calon). Dengan kata lain, pengajian calon akan ditamatkan. Calon yang tidak hadir peperiksaan tanpa alasan/tidak mengambil kad peperiksaan akan diberikan gred ‘F*’ dan tiada sebarang penalti diberikan (gagal dengan amaran). Walau bagaimanapun, sekiranya

(26)

calon gagal mendaftar kursus-kursus pada semester berikutnya, maka nama calon berkenaan akan dikeluarkan.

2.7.3.3 Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)

Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) ialah ukuran pencapaian akademik keseluruhan secara himpunan yang telah diperoleh sepanjang tempoh pengajian.

Nilai PNGK = Jumlah nilai gred semua kursus yang lulus dan

nilai gred terbaik bagi kursus yang diulangi Jumlah unit terkumpul

Pengiraan PNGK juga tidak mengambil kira kursus-kursus disertasi (kod P/F/TL/DK), kursus audit (kod Y) dan kursus bahasa (kod Z). 2.7.4 Mengulang Kursus

Calon perlu mengulang kursus untuk memperbaiki PNG/PNGK sekiranya:

(a) Nilai Mata Gred yang diperoleh bagi mana-mana kursus Pengkhususan/Major Pendidikan atau kursus Kemahiran Penyelidikan dan Statistik adalah kurang daripada 3.00 (< 3.00) [< B].

(b) Nilai Mata Gred yang diperoleh bagi mana-mana kursus Kognat/Elektif adalah kurang daripada 2.33 (< 2.33) [< C+, tertakluk kepada nilai CGPA < 3.00].

(c) Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang diperolehi dalam tempoh pengajian adalah kurang daripada 3.00 (< 3.00). Kekerapan calon untuk mengulangi kursus tidak dihadkan, tetapi tertakluk kepada tempoh masa maksimum pencalonan seseorang calon. Calon hanya dibenarkan mengulang kursus dalam semester biasa.

2.8 MENGHIDUPKAN PENCALONAN

Semua calon penuh masa atau sambilan hendaklah mendaftar sekurang-kurangnya satu kursus pada setiap semester untuk memastikan beliau tetap menjadi calon Program Ed.D. Calon yang tidak mendaftar kursus pada sesuatu semester hendaklah memohon untuk menangguhkan semester berkenaan supaya pencalonannya terus dihidupkan.

Calon yang telah mencapai tempoh maksimum pencalonan tetapi masih belum melengkapkan kursus perlu memohon untuk melanjutkan tempoh pencalonan selewat-lewatnya satu semester awal sebelum tarikh tamat

(27)

pencalonan. Hanya sekali sahaja permohonan melanjutkan tempoh pencalonan dibenarkan.

2.9 STRUKTUR PROGRAM

Struktur Program Doktor Pendidikan (Ed.D) dibahagikan kepada dua bahagian: Bahagian Kerja Kursus (dan lulus peperiksaan komprehensif) dan Bahagian Disertasi. Jumlah unit yang perlu dikreditkan untuk pengijazahan adalah 90 unit seperti berikut:

Bahagian Keterangan Unit

Kerja Kursus

(i) 10 Kursus Teras (3 kursus Kemahiran Penyelidikan dan Statistik dan 7 kursus Pengkhususan/Major Pendidikan

(ii) 5 Kursus Kognat/Elektif {dipilih daripada kursus-kursus bidang pengkhususan pendidikan yang lain, iaitu kursus pengajian kedoktoran pada peringkat 700 dan 800 yang ditawarkan di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (selain daripada 10 kursus Teras yang dipilih) dan/atau kursus-kursus pengajian kedoktoran yang ditawarkan di Pusat-Pusat Pengajian yang lain}

Catatan: 1 kursus bernilai 4 unit

40 unit

20 unit

Lulus peperiksaan komprehensif

Disertasi Melengkapkan disertasi 30 unit

JUMLAH 90 unit

Tahap Pengajian Program Doktor Pendidikan adalah seperti berikut:

TAHAP I: Menyelesaikan sekurang-kurangnya 44 unit kursus (termasuk 20 unit dari bidang pengkhususan/major) dan mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.00 dan ke atas ( 3.00).

Lulus peperiksaan kedoktoran (peperiksaan komprehensif) TAHAP II: Membentang usul penyelidikan, menjalankan penyelidikan,

menulis dan menyiapkan disertasi, mengambil peperiksaan lisan/viva voice berdasarkan disertasi (dalam tempoh yang ditetapkan – rujuk Lampiran A) dan menghabiskan kursus-kursus selebihnya.

(28)

Calon yang tidak mencapai PNGK 3.00 dan ke atas ( 3.00) TIDAK dibenarkan mengambil peperiksaan komprehensif. Dalam keadaan ini, calon dikehendaki memperbaiki grednya terlebih dahulu.

2.9.1 Bahagian Kerja Kursus (60 Unit)

Kursus-kursus yang ditawarkan dalam Program Doktor Pendidikan dikategorikan kepada tiga jenis:

1. Kursus Kemahiran Penyelidikan dan Statistik 2. Kursus Pengkhususan/Major Pendidikan 3. Kursus Kognat/Elektif

Bahagian Kursus Kursus Kod Nilai unit Bilangan Jumlah unit 1. Kemahiran Penyelidikan dan Statistik T 4 3 12 2. Pengkhususan/Major Pendidikan T 4 7 28 3. Kognat/Elektif E 4 5 20 Jumlah 15 60

2.9.1.1 Kursus Kemahiran Penyelidikan dan Statistik (3 kursus: 12 Unit)

Semua calon diwajibkan mengambil sekurang-kurangnya tiga kursus Kemahiran Penyelidikan dan Statistik yang memberi penguasaan dalam kemahiran proses penyelidikan dan teknik pemprosesan data serta statistik yang mengaplikasikan komputer. Lima kursus yang ditawarkan, iaitu:

PLG 703/4 Kaedah Penyelidikan Kuantitatif dalam Pendidikan PLG 704/4 Kaedah Penyelidikan Kualitatif dalam Pendidikan PLG 705/4 Aplikasi Komputer dalam Penyelidikan Pendidikan PLG 706/4 Statistik Lanjutan untuk Penyelidikan Pendidikan PLG 707/4 Kaedah Kajian Kes dan Etnografi

Keperluan minimum untuk komponen ini adalah 12 unit atau 3 kursus. Calon boleh memilih kursus-kursus yang berpendekatan kuantitatif atau kualitatif sesuai dengan orientasi penyelidikan mereka.

(29)

2.9.1.2 Kursus Pengkhususan/Major Pendidikan (7 kursus: 28 unit)

Bidang-bidang bagi kursus pengkhususan/major pendidikan yang ditawarkan adalah:

1. Pendidikan Sains

2. Teknologi Pendidikan & Multimedia 3. Kurikulum dan Pengajaran

4. TESOL

Berikut adalah pakej kursus yang ditawarkan dalam setiap bidang pengkhususan/major.

Calon dikehendaki mendaftar sekurang-kurangnya 7 kursus yang bernilai 28 unit daripada pakej ini.

(1) Pendidikan Sains [Pilih 7 kursus: 28 unit]

PLG 714/4 Perkembangan Falsafah dan Asas Pemikiran Sains PLG 715/4 Amalan Sains, Budaya dan Pendidikan Sains PLG 716/4 Pendidikan Sains Bandingan

PLG 717/4 Isu-Isu Penyelidikan dalam Pendidikan Sains PLG 718/4 Penilaian Prestasi dan Kemahiran Amali PLG 728/4 ICT dalam Pengajaran*

PLG 801/4 Latihan Internship** PLG 802/4 Seminar Topikal**

(2) Teknologi Pendidikan & Multimedia [Pilih 7 kursus: 28 unit] PLG 733/4 Teori dan Perancangan Reka Bentuk Pengajaran* PLG 725/4 Perkembangan Bahan-Bahan Pengajaran

PLG 726/4 Isu-Isu Semasa Teknologi Pendidikan PLG 727/4 Pengurusan Perkembangan Pengajaran PLG 728/4 ICT dalam Pengajaran*

PLG 729/4 Pengajaran Siber PLG 801/4 Latihan internship* PLG 802/4 Seminar Topikal**

(3) Kurikulum dan Pengajaran [Pilih 7 kursus: 28 unit]

PLG 733/4 Teori dan Perancangan Reka Bentuk Pengajaran* PLG 734/4 Teori dan Perkembangan Kurikulum

PLG 735/4 Pendidikan dan Pembangunan Komuniti PLG 728/4 ICT dalam Pengajaran*

PLG 736/4 Kajian Bandingan dalam Perubahan Kurikulum

PLG 737/4 Penyelidikan dan Penilaian Kurikulum PLG 801/4 Latihan internship**

(30)

(4) TESOL [7 kursus: 28 unit]

PLG 744/4 Listening & Speaking and TESOL: Theory, Research and Practice

PLG 745/4 Reading and TESOL: Theory, Research and Practice

PLG 746/4 Writing and TESOL: Theory, Research and Practice

PLG 747/4 Educational Linguistics and TESOL PLG 748/4 Research Issues in TESOL

PLG 749/4 Teaching and Researching Autonomy in Language Learning

PLG 801/4 Latihan Internship** PLG 802/4 Seminar Topikal**

* Kursus sepunya untuk beberapa bidang pengkhususan ** Pilih salah satu daripada kursus-kursus ini

2.9.1.3 Kursus Kognat/Elektif (5 kursus: 20 unit)

Kursus Kognat/Elektif MESTI dipilih daripada kursus-kursus bidang pengkhususan pendidikan yang lain, iaitu kursus pengajian kedoktoran pada peringkat 700 dan 800 yang ditawarkan di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (selain daripada 10 kursus Teras yang dipilih) dan/atau kursus-kursus pengajian kedoktoran yang ditawarkan di Pusat-Pusat Pengajian yang lain, tertakluk kepada keperluan bidang pengkhususan berkenaan.

2.9.2 Peperiksaan Komprehensif

Peperiksaan komprehensif atau peperiksaan kedoktoran bertujuan menguji kebolehan calon dari segi kemampuannya mensintesis idea atau teori daripada pelbagai kursus yang dipelajari. Calon dibenarkan dua kali percubaan sehingga lulus peperiksaan komprehensif dalam tempoh 3 tahun bagi calon penuh masa dan 4 tahun untuk calon sambilan. Calon digalakkan menduduki peperiksaan komprehesif sebaik sahaja menyelesaikan kesemua 44 unit kursus (termasuk 20 unit dari bidang major) dan mencapai PNGK 3.00 dan ke atas (≥ 3.00). Peperiksaan komprehensif ini terdiri daripada tiga komponen utama iaitu: (i) Penyelidikan kualitatif, (ii) Penyelidikan kuantitatif dan (iii) Pengkhususan/Major Pendidikan. Seseorang calon mesti lulus ketiga-tiga komponen peperiksaan komprehensif sebelum dibenarkan meneruskan pengajian ke peringkat kedoktoran di Tahap II. Peperiksaan komprehensif ditawarkan pada akhir Semester I dan Semester II.

(31)

2.9.3 Bahagian Disertasi (30 Unit)

2.9.3.1 Pra-pendaftaran kursus Disertasi (PLG 850)

Calon dikehendaki untuk membuat pra-pendaftaran kursus Disertasi (PLG 850) sebaik menyelesaikan sekurang-kurangnya dua kursus Kemahiran Penyelidikan dan Statistik dan enam kursus Pengkhususan/Major Pendidikan dengan 32 unit terkumpul. Semasa tempoh pra-pendaftaran ini,

calon perlu menyediakan usul penyelidikan (Bab 1, 2 dan 3 Disertasi) di bawah penyeliaan penyelia dan ahli Jawatankuasa Tesis yang dilantik. (Sila rujuk Lampiran B untuk aktiviti berkaitan dalam Carta Gantt). Tajuk penyelidikan hendaklah dipilih daripada bidang pengkhususan.

2.9.3.2 Pelantikan Penyelia dan Jawatankuasa Disertasi

Penyelia dan ahli Jawatankuasa Disertasi bagi penyelidikan perlu dipilih dalam kalangan ahli akademik (pensyarah) berkaitan bidang pengkhususan dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP) tertakluk kepada kelulusan mesyuarat Majlis Rancangan Ijazah Tinggi PPIP. Pelantikan penyelia dan ahli Jawatankuasa Disertasi perlu dibuat sebaik sahaja calon membuat pra-pendaftaran kursus Disertasi (PLG 850).

2.9.3.3 Pendaftaran Kursus Disertasi (PLG 850)

Pendaftaran kursus Disertasi (PLG 850) perlu dibuat melalui Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan. Pendaftaran kursus ini hanya dibenarkan setelah calon (i) menyelesaikan kesemua 60 unit kerja kursus (atau sekurang-kurangnya 44 unit kerja kursus – tertakluk kepada kes-kes khas), (ii) mencapai PNGK 3.00 dan ke atas (≥ 3.00), dan (iii) lulus peperiksaan komprehensif (peperiksaan kedoktoran).

Sebaik sahaja mendaftar kursus ini, calon perlu membentang usul penyelidikan di hadapan panel yang dilantik. Calon kemudiannya perlu menjalankan penyelidikan yang mendalam berdasarkan usul penyelidikan yang telah diluluskan oleh panel, menulis dan menyiapkan disertasi, mengambil peperiksaan lisan/viva voce berdasarkan disertasi dan membuat pembetulan disertasi yang dicadangkan berdasarkan keputusan peperiksaan lisan/viva voce yang diputuskan, dalam tempoh yang ditetapkan. Sila rujuk Lampiran B untuk aktiviti berkaitan dalam Carta Gantt.

(32)

2.9.3.6 Tempoh Maksimum Melengkapkan Kursus Disertasi (PLG 850)

Tempoh maksimum melengkapkan kursus Disertasi (PLG 850) selepas pendaftaran {termasuk peperiksaan lisan/viva voice dan penyerahan salinan akhir disertasi dalam bentuk kulit keras} adalah seperti berikut:

Calon penuh masa: 1½ tahun (3 semester dengan 2 TL) Calon sambilan: 2½ tahun (5 semester dengan 4 TL)

(33)

3.0 STRUKTUR PENAWARAN KURSUS

Penawaran semua kursus Doktor Pendidikan adalah mengikut kalendar universiti. Kursus- kursus Teras yang ditawarkan pada Semester I dan II adalah seperti berikut:

3.1 SENARAI KURSUS (TERAS) MENGIKUT SEMESTER

Kursus Tajuk Kusus Sem 1 Sem II

PLG 703/4 Kaedah Penyelidikan Kuantitatif dalam

Pendidikan √

PLG 704/4 Kaedah Penyelidikan Kualitatif dalam

Pendidikan √

PLG 714/4 Perkembangan Falsafah dan Asas

Pemikiran Sains √

PLG 715/4 Amalan Sains, Budaya dan Pendidikan

Sains √

PLG 733/4 Teori dan Perancangan Reka Bentuk

Pengajaran √

PLG 725/4 Perkembangan Bahan-Bahan Pengajaran √

PLG 734/4 Teori dan Perkembangan Kurikulum √

PLG 735/4 Pendidikan dan Pembangunan Komuniti √

PLG 744/4 Listening & Speaking and TESOL: Theory,

Research and Practice √

PLG 745/4 Reading and TESOL: Theory, Research and

Practice √

PLG 746/4 Writing and TESOL: Theory, Research and

Practice √

PLG 705/4 Aplikasi Komputer dalam Penyelidikan

Pendidikan √

PLG 707/4 Kaedah Kajian Kes dan Etnografi √

PLG 716/4 Pendidikan Sains Bandingan √

PLG 717/4 Isu-Isu Penyelidikan dalam Pendidikan

Sains √

PLG 718/4 Penilaian Prestasi dan Kemahiran Amali √

PLG 726/4 Isu-Isu Semasa Teknologi Pendidikan √

(34)

PLG 728/4 ICT dalam Pengajaran √

PLG 729/4 Pengajaran Siber √

PLG 736/4 Kajian Bandingan dalam Perubahan

Kurikulum √

PLG 737/4 Penyelidikan dan Penilaian Kurikulum √

PLG 747/4 Educational Linguistics and TESOL √

PLG 748/4 Research Issues in TESOL √

PLG 749/4 Teaching and Researching Autonomy in

Language Learning √

PLG 801/4 Latihan Internship √

PLG 802/4 Seminar Topikal √ √

PLG 850/30 Disertasi √ √

3.2 PANDUAN PENGAMBILAN KURSUS

Calon penuh masa disarankan mengambil 4 kursus (16 unit) pada setiap semester dan memulakan penyelidikan seawal-awalnya pada semester 3 pengajian (Rujuk Lampiran A). Walau bagaimanapun, calon penuh masa dibenarkan mendaftar sekurang-kurangnya 3 kursus (12 unit) pada sesuatu semester (tertakluk kepada tempoh maksimum pengajian yang dibenarkan). Calon sambilan disarankan mengambil 3 kursus (12 unit) pada setiap semester dan memulakan penyelidikan seawal-awalnya pada semester 4 pengajian (Rujuk Lampiran A). Walau bagaimanapun, calon sambilan dibenarkan mendaftar sekurang-kurangnya 2 kursus (8 unit) pada sesuatu semester (tertakluk kepada tempoh maksimum pengajian yang dibenarkan). Sila rujuk Lampiran A untuk panduan perancangan pembelajaran program Ed.D.

3.3 PENANGGUHAN PENGAJIAN

Seseorang pelajar yang ingin memohon penangguhan pengajian hendaklah telah terlebih dahulu mendaftarkan diri dan mengikuti pengajian sekurangkurangnya untuk tempoh satu (1) semester melainkan atas alasan perubatan atau hal-hal peribadi yang terdesak.

Permohonan penangguhan pengajian hendaklah dikemukakan kepada pihak Universiti secara dalam talian melalui Campus Online untuk kelulusan Dekan. Pelajar Ijazah Tinggi adalah layak secara automatik untuk memohon penangguhan pengajian maksimum 2 semester (tanpa penalti) sepanjang tempoh pencalonan tanpa mengira sebarang alasan. Bagi penangguhan pengajian dalam kelayakan, permohonan perlu diluluskan oleh Dekan dan dimajukan kepada IPS untuk pengeluaran surat rasmi.

(35)

Walaubagaimanapun, permohonan penangguhan lebih daripada kelayakan di atas memerlukan perakuan Dekan dan kelulusan khas Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa.

Pembayaran yuran pengajian/ yuran pengekalan adalah seperti jadual berikut:

TEMPOH MASA PERINCIAN

Permohonan dihantar ke Pusat Pengajian/ Pusat/ Institut sebelum semester baharu bermula

sehingga minggu ke-2.

Yuran Pengekalan akan dikenakan

a. Warganegara - RM150 b. Bukan warganegara - RM250 Minggu ke- 3 hingga Minggu ke 9 50% daripada Yuran Pengajian

akan dikenakan

Selepas minggu ke-10 Yuran Pengajian akan dikenakan sepenuhnya

Penangguhan pengajian dengan penalti/tanpa penalti akan digunapakai apabila seseorang pelajar diluluskan penangguhan pengajian lebih daripada kelayakan. Pembayaran yuran pengajian/ pengekalan adalah tertakluk kepada jadual seperti di atas. Takrifan penangguhan pengajian dengan penalti/tanpa penalti adalah seperti berikut:

a. Tanpa penalti bermaksud semester yang berkenaan tidak diambilkira dalam jumlah maksimum semester untuk pengijazahan serta tidak diambil kira terhadap memenuhi keperluan bermastautin pelajar di Universiti ini.

b. Dengan penalti bermaksud semester yang berkenaan diambilkira dalam jumlah maksimum semester untuk pengijazahan tetapi tidak diambil kira terhadap memenuhi keperluan bermastautin pelajar di Univesiti ini.

3.4 PELANJUTAN TEMPOH PENCALONAN

Pelajar perlu melengkapkan borang permohonan perlanjutan dalam tempoh dua (2) bulan sebelum tempoh maksimum pencalonannya tamat dengan justifikasi yang kukuh serta sokongan.

Tempoh maksimum pelanjutan dihadkan kepada dua semester sahaja selepas tempoh maksimum pencalonan tamat. Pelanjutan tempoh pencalonan selama dua semester tersebut dikira sebagai pelanjutan terakhir. Sistem semester ini digunapakai dalam hal ehwal pencalonan bagi semua mod pengajian. Proses pelaksanaan ini hendaklah turut mengambil kira

(36)

programprogram mod campuran yang mempunyai semester III dalam satu-satu sidang pengajian.

Syarat dan peraturan pengajian siswazah yang melibatkan kuasa kelulusan bagi perkara yang berkaitan tidak berubah.

3.5 PERTUKARAN STATUS PENGAJIAN

Seseorang pelajar boleh menukar status pencalonan dari penuh masa kepada sambilan atau sebaliknya. Penukaran status pencalonan hanya boleh dibuat sebanyak dua (2) kali sahaja dalam tempoh pencalonan (misalnya dari penuh masa ke sambilan dan sebaliknya).

Sistem semester ini digunapakai dalam hal ehwal pencalonan bagi semua mod pengajian. Proses pelaksanaan ini hendaklah turut mengambil kira program-program mod campuran yang mempunyai semester III dalam satu-satu sidang pengajian.

Pertimbangan bagi permohonan penukaran status terutama dari penuh masa ke sambilan patut ditangani secara serius oleh Pusat Pengajian. Semua permohonan pertukaran status pencalonan hendaklah dikemukakan melalui borang dan diperakukan oleh Dekan Pusat Pengajian

3.6 PERTUKARAN MOD PENGAJIAN

Permohonan pertukaran mod pengajian boleh dibuat antara mod kerja kursus ke campuran atau sebaliknya melalui kelulusan majlis Pusat Pengajian/ Pusat/Institut. Bagi pertukaran mod kerja kursus/campuran kepada mod penyelidikan, pelajar perlu memohon semula permohonan baru 3.7 PENAMATAN PENCALONAN

Senat mempunyai kuasa untuk menamatkan pencalonan seseorang pelajar jika didapati kemajuan akademiknya tidak memuaskan

3.8 TEMPOH UNTUK PELAJAR MENGHIDUPKAN SEMULA PENCALONAN YANG TELAH TAMAT

Pelajar yang melebihi tempoh setahun daripada tempoh penamatannya, rayuan menghidupkan semula pencalonan tidak akan dipertimbangkan oleh IPS. Pelajar perlu memohon semula sebagai pelajar baru.

Bagi calon yang memohon rayuan untuk menghidup semula pencalonan, perakuan dan kelulusan Pusat Pengajian /Pusat hendaklah menyatakan semester yang tertentu di mana calon boleh menghidupkan semula pencalonannya.

(37)

4.0 SINOPSIS KURSUS

PLG 703/4 Kaedah Penyelidikan Kuantitatif dalam Pendidikan

Kursus ini memberi fokus kepada metodologi dan rekabentuk penyelidikan kuantitatif. Di samping itu, kursus ini juga membolehkan pelajar memahami secara kritis tentang tatacara pembinaan soalan kajian dan hipotesis untuk penyelidikan kuantitatif, dan mereka bentuk kajian kuantitatif yang turut mengambil kira aspek teknik pensampelan, instrumen dan justifikasi memilih teknik statistik yang bersesuaian untuk menjawab persoalan kajian. Pelbagai kaedah penyelidikan kuantitatif akan dibincangkan termasuk dari aspek kesahan dalaman dan luaran kajian berkenaan. Pelajar diharap dapat mengaplikasi konsep, prosedur serta kemahiran yang dipelajari dari kursus ini untuk menjalankan penyelidikan kuantitatif dalam bidang pendidikan berasaskan masalah penyelidikan yang telah dikenal pasti. Pelajar juga diharap dapat menulis satu kertas cadangan mengenai penyelidikan kuantitatif berkenaan.

PLG 704/4 Kaedah Penyelidikan Kualitatif dalam Pendidikan

Kandungan kursus ini akan membincangkan 5 pendekatan penyelidikan kualitatif yang utama: etnografi; kajian kes; kajian sejarah (naratif); teori berasas (Grounded Theory) dan fenomenologi. Aspek-aspek falsafah, rekabentuk, kaedah memungut data dan teknik menganalisis data serta cara menulis laporan penyelidikan kualitatif akan dipelajari dengan terperinci dalam kursus ini. Pengendalian kursus akan dijalankan dalam bentuk kuliah, tutorial/seminar atau kolokium dan kajian lapangan. Melalui kursus ini pelajar-pelajar akan menjalankan sebuah penyelidikan kualitatif pendidikan menggunakan mana-mana tradisi yang sesuai dengan masalah dan tujuan kajian dan boleh menilai dan membuat analisis metodologi sesuatu penyelidikan kualitatif.

PLG 705/4 Aplikasi Komputer dalam Penyelidikan Pendidikan

Kursus yang berorientasi amali ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengguna kenudahan dan perisian komputer dalam penyelidikan pendidikan, termasuk perisian yang terdapat dalam sumber-sumber internet. Tumpuan adalah kepada mencapai kemahiran terhadap pelbagai teknik pemprosesan maklumat dan data secara berkomputer. Ia bertujuan untuk membiasakan pelajar dengan kemahiran analisis dan pemprosesan data menerusi komputer, sama ada bersifat kuantitatif atau kualitatif. Kursus ini merujuk terus kepada merancangkan program komputer menggunakan perisian statistik yang sesuai, khususnya SPSS for Windows, Test Analysis Program (TAP), NVIVO, BIGSTEPS/WINSTEP, AMOS.

PLG 706/4 Statistik Lanjutan untuk Penyelidikan Pendidikan

Kursus ini direka bentuk untuk pelajar yang ingin menjalankan penyelidikan melalui pendekatan kuantitatif yang menggunakan teknik analisis data multivariat. Kursus ini membolehkan pelajar memahami dan menguasai kemahiran analisis data yang bersifat

multivariat supaya mereka dapat mengaplikasi dalam penyelidikan pendidikan. Kandungan kursus member tumpuan kepada analisis statistik dengan menggunakan perisian statistik dan pentafsiran keputusan analisis data. Kandungan utama kursus termasuk memeriksa data (data screening), analisis diskriminan, pelbagai teknik dan

(38)

pelbagai model analisis varian dan kovariat, analisis regresi berganda, analisis faktor, dan analisis berasaskan model persamaan structural.

PLG 707/4 Kaedah Kajian Kes dan Etnografi

Kursus ini bertujuan memberi kemahiran kepada pelajar cara penyelidikan kualitatif yang menggunakan pendekatan kajian kes dan etnografi, khususnya menekankan kepentingan mengintegrasikan konteks sebenar kajian dijalankan. Kursus ini mementingkan dapatan dan bukti yang berasaskan pelbagai sumber, khasnya sumber dalaman (-emic) dan luaran (-etic) di mana penyeldik juga terlibat secara langsung (melalui pemerhatian peserta) dan berinteraksi dalam penyelidikan tertentu.

PLG 714/4 Perkembangan Falsafah dan Asas Pemikiran Sains

Kursus ini mengkaji perkembangan falsafah dari tamadun-tamadun awal sehingga kini. Falsafah melibatkan pengajian tentang ontologi, epistemologi, logik dan etika. Falsafah moden yang bermula pada abad ke-19 diilhamkan oleh ahli-ahli falsafah tamadun Yunani Purba lebih daripada 2500 tahun dahulu. Sumbangan falsafah yang paling signifikan dalam tamadun Yunani Purba ialah dalam falsafah alamiah (natural philosophy). Falsafah alamiah ialah falsafah yang mendasari pemikiran dan amalan sains moden. Ahli-ahli falsafah sains moden menawarkan sudut pandangan yang rasional dan objektif untuk mendekati alam fizikal. Namun demikian, pemikiran dan amalan falsafah tidak terlepas daripada pengaruh sosio-budaya yang subjektif dalam masyarakat. Oleh yang demikian, wujudnya falsafah-falsafah alternatif untuk mendekati dan memahami alam fizikal dan biologikal. Pandangan alternatif seperti Falsafah Sains Islam terhadap pemikiran dan amalan sains akan dipertimbangkan. Akhirnya, akan dibincangkan pengaruh global dan local terhadap dasar pendidikan sains di Malaysia.

PLG 715/4 Amalan Sains, Budaya dan Pendidikan Sains

Kursus ini mengkaji amalan-amalan sains sebagai sebahagian daripada perkembangan saintifik. Bidang-bidang yang dikaji termasuk artifaks, aktiviti-aktiviti dalam komuniti dan keahlian kumpulan ahli sains. Turut dibincangkan ialah isu-isu tentang geran penyelidikan, penerbitan dan latihan ahli sains baru. Dalam perbincangan topik- topik di atas, peranan budaya akan diterokai. Implikasi terhadap pendidikan sains di sekolah juga dipertimbangkan.

PLG 716/4 Pendidikan Sains Bandingan

Kursus ini memberi tumpuan terhadap aspek perbandingan pendidikan sains antara Malaysia dengan beberapa buah negara lain di dunia. Ini termasuklah perbandingan dalam konteks objektif pendidikan, kurikulum, isu-isu perancangan serta kesan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang diamalkan dalam sistem pendidikan sains masa kini. Elemen-elemen berkaitan yang turut diberi perhatian adalah konsep kajian perbandingan dan cara perlaksanaannya serta kepentingan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) sebagai standard perbandingan pencapaian dalam sains dan matematik di peringkat antarabangsa.

(39)

PLG 717/4 Isu-Isu Penyelidikan dalam Pendidikan Sains

Kursus ini mengenal pasti dan meneliti pelbagai isu dan masalah yang berkaitan dengan pendidikan sains yang dihadapi oleh sekolah dan institusi pengajian tinggi. Perbincangan penemuan

utama antarabangsa dan kebangsaan penyelidikan dalam pendidikan sains akan mengetengahkan dasar-dasar semasa, teori, intervensi strategi dan amalan untuk menyusun semula dan menambahbaik pendidikan sains

PLG 718/4 Penilaian Prestasi dan Kemahiran Amali

Kursus ini memberi tumpuan kepada amalan, tujuan dan peranan penilaian dalam pendidikan serta kaedah penilaian yang digunakan untuk menilai pembelajaran pelajar. Kursus ini membantu calon untuk memilih dan mereka bentuk penilaian prestasi yang sesuai untuk membuat keputusan tetang pencapaian pelajar dalam bidang sains.

PLG 725/4 Perkembangan Bahan-bahan Pengajaran

Kursus ini bertujuan memberi kemahiran kepada pelajar-pelajar menyepadukan teori dan praktis di dalam membangun dan menilai bahan-bahan pengajaran di peringkat maju. Pelajar akan menghasilkan produk prototaip berasaskan grafik, fotografi, audio dan komputer.

PLG 726/4 Isu-Isu Semasa Teknologi Pendidikan

Kursus ini membincang dan menghuraikan isu-isu berkaitan impak teknologi-teknologi komunikasi dan maklumat dalam sistem pendidikan, latihan, dan pembelajaran masyarakat serta juga industri dan bisnes. Perbincangan akan menfokus kepada perkara-perkara berikut: (a) Perkembangan dan pandangan menyeluruh mengenai teknologi pendidikan serta pelbagai paradigma dan amalan penyelidikan dan penilaian masa kini dan masa hadapan; (b) Isu-isu berkaitan perkembangan pelbagai model reka bentuk dan sistem-sistem pengajaran berhubung dengan pendidikan dan pembangunan sumber manusia; (c) Ulasan kritikal mengenai perkembangan teknologi multimedia seperti internet dalam pendidikan, pendidikan berlandaskan halaman web (Web-based Instruction), perspektif antarabangsa dan pendidikan jarak jauh; (d) Persekitaran dan strategi pengajaran-pembelajaran serta perkembangan sofware bagi aplikasi latihan/ penerbitan/pembelajaran; (e) Inovasi -inovasi multimedia untuk semua peringkat pendidikan, pembelajaran dan latihan dan contoh-contoh berkaitan.

PLG 727/4 Pengurusan Perkembangan Pengajaran

Kursus ini bertujuan untuk mendedah prinsip- prinsip pengurusan projek dalam perkembangan reka bentuk pengajaran. Ia juga mengaitkan teori dan praktis reka bentuk pengajaran dalam melakukan inovasi, perancangan, penyediaan dan pemantauan projek berasaskan sistem reka bentuk pengajaran

(40)

PLG 728/4 ICT dalam Pengajaran

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan calon-calon kepada pendidikan dan pembelajaran yang melibatkan Information, Communication Technologies (ICT). Calon-calon akan terlibat dengan perbincangan dan kajian mengenai penggunaan, penilaian teknologi maklumat dan komunikasi yang terkini dalam bidang pengajaran. Kursus ini juga bertujuan memberi pengelaman kepada calon-calon dalam meneliti isu-isu serta trend-trend penggunaan ICT dalam meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang teknologi pengajaran. Topik-Topik menrangkumi penggunaan serta pengurusan bahan-bahan sumber digital dan maklumat untuk tujuan meningkatkan prestasi pembelajaran serta proses penilaian projek-projek yang melibatkan ICT dalam pengajaran & pembelajaran dari konteks pendidikan di Malaysia. Masalah- masalah yang mungkin wujud di dalam penerimaan sesuatu inovasi dari segi teori dan amali.

PLG 729/4 Pengajaran Siber

Tujuan utama kursus ini ialah untuk mereka bentuk, membangun dan mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang kaya dengan kemudahan teknologi khususnya internet. Melalui kursus ini pengetahuan mengenai penggunaan Internet dan penjanaan laman- laman web akan dikembangkan untuk tujuan pengajaran. Pada amnya kursus ini terbahagi kepada tiga tumpuan: Reka Bentuk (Design), Pembangunan (Development) dan Penilaian (Evaluation) pengajaran yang berasaskan siber.

PLG 733/4 Teori dan Perancangan Reka Bentuk Pengajaran

Kursus ini membincangkan secara komprehensif teori reka bentuk pengajaran yang terkini. Teori-teori yang menjadi tunggak di dalam bidang reka bentuk pengajaran seperti teori sistem, teori pemprosesan maklumat, teori pembelajaran dan teori pengajaran akan digunakan untuk merancang pengajaran dalam pelbagai mata pelajaran. Beberapa model reka bentuk pengajaran akan juga diperbincangkan. PLG 734/4 Teori dan Perkembangan Kurikulum

Kursus ini membincangkan teori-teori kurikulum dan perkembangan kurikulum secara global dengan terperinci. Fokus isi perbincangan adalah penganalisisan kritis terhadap pelbagai aliran pemikiran kurikulum yang berlaku dalam sistem pendidikan dunia. Penelitian turut ditumpukan kepada: Metafora kurikulum; Inkuiri kurikulum; Rasionalisme dalam perkembangan kurikulum; Epistemologi pasca paradigma dan paradigma kurikulum; Perspektif-perspektif kemanusiaan, teknologi, kognitif, pengubahbinaan (reconstructionism), kewujudan (existentialism); Islamic dan pasca-modernisme. Pertalian antara teori-teori kurikulum dengan tamadun dan kebudayaan manusia di sesuatu tempat turut diberi tumpuan dalam kursus ini.

PLG 735/4 Pendidikan dan Pembangunan Komuniti

Kursus ini memberi tumpuan kepada perhubungan antara pendidikan dengan pembangunan komuniti. Tumpuan khusus diberi kepada pendidikan asas, inovasi dan kelestarian dalam pendidikan, peluang pendidikan komuniti, alam sekitar, komuniti luar bandar dan bottom billion, antarabangsa, pembelajaran maya, masyarakat

(41)

pertanian dan perindustrian, peranan media dan teknologi maklumat (ICT) dalam masyarakat, pendidikan komuniti minoriti, serta peranan pendidikan sains, teknologi dan masyarakat dalam pembangunan dan kelestarian komuniti. Selain itu, budaya sekolah, isu idelogi dan politik berkaitan pendidikan akan dibincang.

PLG 736/4 Kajian Bandingan dalam Perubahan Kurikulum

Kursus ini memberi tumpuan kepada paradigma dan epistemologi kajian bandingan dalam perubahan kurikulum. Pertalian antara perkara ini dengan pegangan kajian bandingan dalam perubahan kurikulum serta penerokaan lapangan kajian bandingan dalam perubahan kurikulum di Malaysia dan negara Barat diberi penekanan. Kursus ini membantu calon untuk membiasakan diri dengan model dan strategi yang digunakan oleh beberapa buah negara dalam usaha membawa perubahan dan inovasi kurikulum dan juga merancang strategi kajian bandingan dalam perubahan kurikulum yang bersesuaian dengan latar kerjaya masing-masing.

PLG 737/4 Penyelidikan dan Penilaian Kurikulum

Kursus ini memberi tumpuan kepada pandangan dunia, pradigma dan epistemologi penyelidiakn/penilaian kurikulum. Pertalian antara perkara-perkara ini dengan pegangan penyelidik/penilai kurikulum serta penerokaan lapangan-lapangan penyelidikan/penilaian kurikulum di Malaysia dan negara- negara Barat diberi penekanan Persoalan keesahan dalam merangka prosedur penyelidikan/penilaian kurikulum dijadikan agenda untuk diperdebatkan. Kursus ini membantu calon untuk membiasakan diri dengan model-model penyelidikan/penilaian kurikulum dan juga merancang strategi penyelidikan/penilaian kurikulum yang bersesuaian dengan latar kerjaya masing-masing.

PLG 744/4 Listening & Speaking and TESOL: Theory, Research and Practice Kursus ini akan meneroka isu yang berkaitan dari pandangan psikologi kognitif serta budaya dan amalan bilik darjah yang kontemporari. Kursus ini juga bertujuan membantu pelajar untuk mengulas secara kritikal berkenaan kajian terkini dan teori yang berkaitan dengan aspek pendengaran dan pertuturan; menjalankan kajian untuk mengkaji dan/atau menangani amalan masa kini dan/atau isu dan masalah dalam pedagogi pendengaran dan pertuturan; dan mencadangkan teknik yang berkesan, strategi dan kaedah pengajaran bagi menambah baik kemahiran pendengaran dan pertuturan pelajar.

PLG 745/4 Reading and TESOL: Theory, Research and Practice

Kursus ini dirancang untuk pelajar dalam bidang TESOL yang ingin menyiasat teori terkini dan amalan dalam pengajaran membaca. Pedagogi adalah tema yang berterusan, tetapi kursus ini juga akan meneroka isu-isu dalam membaca dari sudut pandangan kedua-dua psikologi kognitif dan budaya kontemporari. Kursus ini bertujuan untuk membantu pelajar mengkaji penyelidikan semasa dan teori yang berkaitan dengan membaca dan proses membaca; menjalankan penyelidikan untuk mengkaji dan menangani amalan semasa, isu-isu dan masalah dalam pedagogi

Referensi

Dokumen terkait

(d) Pelajar yang berhenti daripada menghadiri kuliah sesuatu kursus tanpa penarikan diri secara rasmi boleh diberi gred F dan dicatatkan dalam rekod rasmi pelajar bagi

Kursus ini juga mendedahkan pelajar kepada teori berkaitan dengan pembelajaran pendidikan kejuruteraan dan menyediakan pelajar untuk membangunkan pemahaman mereka sendiri

Buku Pedoman ini memuat berbagai informasi dan penjelasan terkait dengan FKG yang meliputi organisasi fakultas, program pendidikan Kedokteran Gigi, standar

Fakulti ini terdiri daripada Jabatan Muzik dan Pendidikan Muzik dan Jabatan Seni Persembahan yang menawarkan pelbagai program dalam bidang muzik, teater dan tari pada

2.5 Pelajar yang ingin menambah kursus pada minggu pertama dan kedua awal semester boleh mengemukakan permohonan melalui Portal Campus Online Pusat Rancangan Kokurikulum dan

Pelajar boleh memilih tajuk mengikut minat (dengan bimbingan penyelia) berasaskan kesesuaian latar belakang bidang pengajian pelajar yang meliputi topik pengetahuan dan penghayatan

• Pelajar bertaraf akademik aktif boleh juga mendaftar kursus melalui kaedah biasa iaitu ketika tempoh aktiviti PKDT di Pusat Pengajian/Pusat, jika mengalami masalah mendaftar

SENARAI KURSUS ELEKTIF IJAZAH SARJANA MUDA SENI PERSEMBAHAN (TEATER) DENGAN KEPUJIAN Pelajar perlu menyelesaikan 33 jam kredit dengan memilih mana-mana kursus yang bersesuaian