• Tidak ada hasil yang ditemukan

PANDUAN BUAT DUIT KHAS UNTUK AGENT & STOKIS R2C

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PANDUAN BUAT DUIT KHAS UNTUK AGENT & STOKIS R2C"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

PANDUAN BUAT DUIT

(2)

PENGENALAN

Ready To Cook (R2C) bermula dengan perniagaan runcit bahan makanan segar dann pelbagai produk makanan yang

diproses. Kedai pertama R2C terletak di Seksyen 7 bangi and the second one at Denai Alam, U16 Shah Alam.

Salah satu keistimewaan kami adalah “Ready to Cook sets” dimana kami mengumpulkan pelbagai bahan-bahan segar di

dalam satu set untuk pelabagai lauk kegemaran rakyat Malaysia seperti masak lemak daging salai, tomyam ayam, daging

black pepper dan set sayur-sayuran. Setiap set lengkap dengan pelbagai bahan yang telah dibersihkan dan dipotong,

didapatkan dari sumber yang diyakini supaya pelanggan kami boleh menyediakan makanan yang terbaik untuk seisi

keluarga tanpa keraguan. Fresh, Convenient dan Halal adalah keutamaan kami.

(3)

PRODUK R2C

Disebabkan sambutan hangat dari pelanggan, kami memutuskan untuk mengembangkan idea kami bermula dengan menghasilkan produk frozen ready to cook secara besar-besaran. Kami komited dalam mencapai misi kami dengan membina fasiliti sendiri untuk menyediakan produk makanan dalam keadaan yang bersih dan terkawal mengikut SOP yang ditetapkan.

Semua produk R2C dihasilkan oleh staff di dapur kami sendiri, sumber bahan mentah yang diyakini dan sentiasa dipastikan kualitinya. Setelah 3 bulan beroperasi, R2C kini mempunyai dua produk frozen: Ayam Pandan dan Ayam Goreng Korea.

(4)

Ayam pandan viral

Menggunakan ayam segar tanpa

antibiotik dari sumber diyakini Halal,

LADANGKU.

Produk natural, tiada MSG dan pengawet

makanan digunakan.

Rempah dari bahan premium dan segar

digunakan untuk memerap ayam pandan

agar rasa rempah yang asli dapat

dikekalkan.

Dibalut menggunakan daun pandan satu

persatu, memberikan aroma daun pandan

yang sangat wangi ketika dimasak.

Sangat mudah disediakan, sedia dimasak

sama ada digoreng didalam kuali atau air

fryer atau pun di grill di dalam oven

untuk pilihan yang lebih sihat.

(5)
(6)

Arahan memasak:

Untuk hasil terbaik, ayam perlu dinyahbeku sebelum digoreng.

Ayam boleh digoreng di dalam minyak panas sehingga perang keemas an. Guankan api kecil agar ayam tidak mudah hangus.

Atau, masukkan ke dalam air fryer selama 20 – 25 mins pada suhu 180C.

(7)
(8)

Ayam goreng korea pedas berapi

Menggunakan ayam segar tanpa antibiotik dari sumber diyakini Halal,

LADANGKU.

Produk natural, tiada MSG dan pengawet makanan digunakan.

Ayam disalut dengan .salutan tepung lazat dan rangup, enak dimakan begitu

sahaja.

Sos gochujang korea dari ADABI semestinya Halal cukup pedas dan menepati citarasa rakyat Malaysia.

Sangat mudah disediakan, sedia dimasak sama ada digoreng didalam kuali atau air fryer. Selepas digoreng, ayam boleh

digaulkan bersama sos dan dihiasi dengan bijan pembuka selera.

(9)
(10)

Arahan memasak:

Untuk hasil terbaik, ayam perlu dinyahbeku sebelum digoreng.

Ayam boleh digoreng di dalam minyak panas sehingga perang keemasan. Guankan api kecil agar ayam tidak mudah hangus.

Atau, masukkan ke dalam air fryer selama 20 – 25 mins pada suhu 180C.

(11)

Macam mana nak promote?

Facebook/Instagram

1) Follow Ready to Cook Denai Alam FB page dan readytocookgrocer Instagram. Share post-post yang berkaitan di wall anda. 2) Tambah lagi friend FB/Instagram. Fokus kepada rakan FB yang tinggal di kawasan sekitar rumah anda.

3) Rajinkan diri membuat posting di FB/instagram wall anda. Tak semestinya posting menjual. Posting yang menarik seperti tips-tips memasak, kesihatan, dan apa jua posting yang anda rasa berguna untuk rakan-rakan FB/Instagram anda.

4) Formulanya adalah 3 – 1. Contoh, lepas anda sudah membuat 3 kali posting general, baru la anda post tentang produk. Begitulah seterusnya diulang.

5) Masuk dalam group-group FB kawasan anda dan kawasan berdekatan dengan anda. Post iklan di group FB sekurang2nya 2 kali sehari di antara 11am -1pm dan 6pm-10pm.

6) Rajinkan diri selalu like/komen di FB post kawan-kawan bisnes anda sebagai tanda support. Terutama JEMAAH team bisnes anda.

7) Rajinkan diri selalu like/komen di FB orang yang berpengaruh dan yang banyak followers. Komen pelik dan menarik perhatian sikit. Anda akan jemput FREE audience ke FB anda. Tak caye? Buat dulu ;)

(12)

Macam mana nak promote?

Whatsapp

1) Post gambar-gambar atau poster produk dalam group whatsapp yang anda ada. Ingat, jangan selalu sangat post. Nanti

orang akan menyampah. Cukup la sekadar 1 post sehari.

2) Aktif kan diri dalam group whatsapp. Tak semestinya menjual. Biasakan diri berkomunikasi dengan rakan-rakan dalam

group whatsapp.

(13)

Macam mana nak promote?

Minta tolong customer, family dan rakan-rakan tolong promote

1) Marketing yang paling power adalah word of mouth. Anda mesti ramai kawan kan? Mesti dorang takde masalah nak tolong anda promote kan bisnes anda. 2) Customer yang beli dengan anda, make sure anda mintak testimoni dari mereka dan mintak juga dorang tolong promote kepada rakan-rakan mereka.Teknik Upsell

1) Contohnya, customer anda nak beli ayam pandan. Make sure anda cakap dengan mereka untuk cuba ayam korea sekali.

2) Kalau customer nak beli satu, anda tanya balik, “cukup ke satu? Saya biasanya standby atleast 3 paket dekat rumah sebab ayam pandan ni sedap, sekali makan mesti nak lagi!”

(14)

Contoh copywriting 1

ANAK TAK SUKA MAKAN

Saya tahu ramai yang ada masalah anak-anak tak suka makan betul tak? Penat kita masak beriya, last-last kita makan sendiri je. Anak taknak langsung makan. Macam mana nak buat? Takkan hari-hari kita nak paksa, penat la macam ni.

Jangan risau, saya dah alami sendiri dan dah jumpa solution!

Semuanya bermula lepas saya jumpa iklan Ayam Pandan R2C ni. Saje la beli dengan agent R2C ni nak try. Bagusnya agent2 dorang ni hantar sampai depan rumah. Nak masak punya la senang, saya pakai air fryer je letak dalam 20 minit, dah siap. Ya Allah tahu tak berbau satu rumah masa masak tu. Bau dia wangi, anak2 siap datang dapur tanya mama masak ape tu? Tak pernah2 dorang ni masuk dapur, sebabkan ayam pandan, tiba2 masuk dapur. Siap suruh mama dia cepat sikit tak sabar nak makan. Adui la budak ni. Sabar jela.

Tiba time makan, tak sempat papa dia datang, anak2 dah habiskan ayam pandan! Sedap betul katanya. Lepas dari tu, saya terus daftar jadi agent. Senang sikit, byk stok kat rumah, kawan2 nak beli pun boleh.

Nak order? Whatsapp je tekan link bawah ni

https://wa.me/60XXXXXXXXX https://wa.me/60XXXXXXXXX

(15)

CONTOH COPYWRITING 2

MALAS MASAK

Ni memang masalah universal semua mak2 mesti ada hari malas dia. Nak tahu apa saya buat bila datang hari malas ni?

Dalam peti memang saya dah standby Ayam Pandan dan Ayam Korea R2C ni. Senang. Bila2 malas masak, lapar ke terus boleh campak dalam kuali goreng je.

Kenapa saya pilih Produk2 R2C ni? Ofkos yang paling penting, tokey dia orang melayu kita dan ayam yang dorang guna ialah dari Ayam Ladangku. Tak perlu ragu2 lagi kehalalan ayam ni. Tagline dorg pun “Yakini

Sembelihannya”. Lepas tu, dorang tak pakai MSG or any pengawet tau. Sesuai sangat untuk budak2. Sihat sangat. Makan bayak2 pun tak ada masalah.

Nak order? Boleh tekan link whatsapp di bawah ni ye.

https://wa.me/60XXXXXXXXX https://wa.me/60XXXXXXXXX https://wa.me/60XXXXXXXXX

(16)

CONTOH COPYWRITING 3

KOREA

Haa sekarang ni border masih tutup. Lupakan la dulu hasrat nak pegi melancong ke Korea tu. Kalau rindu sangat, ape kata try AYAM KOREA R2C sambil2 layan cite korea kat Netflix tu. Hehe. Sedap tau ayam korea ni. Ramai customer sis dah repeat banyak kali. Satu keluarga suka.

✅ ayam goreng rangup ✅ sedap namatey

✅ sos korea special kolaborasi dengan Adabi ✅ cara masak yang mudah

💯 menggunakan ayam Halal Ladangku ❌ tanpa msg & pengawet

Nak order? Whatsapp je.

https://wa.me/60XXXXXXXXX

https://wa.me/60XXXXXXXXX https://wa.me/60XXXXXXXXX

(17)

CONTOH COPYWRITING 4

HALAL

Baru-baru ni kan kecoh pasal isu daging import yang berkemungkinan bercampur dengan yang tak halal. Tahu tak anda, ayam pun ada yang import? Lebih-lebih lagi yang digunakan untuk buat produk. Ayam import ni biasanya datang dari Thailand. Kenapa peniaga memilih ayam import? Sebab lagi murah. Tapi, anda berani nak makan benda yang anda tak pasti?

Sebab tula produk R2C ni berkolaborasi dengan Ladangku untuk produk Ayam Pandan dan Ayam Korea. Dorang ni ada kilang proses sendiri di Selangor. Memang lengkap dengan sijil halal dan sentiasa dipantau oleh pihak berwajib secara berkala. So, makanlah tanpa ragu-ragu ya.

Nak order? Boleh tekan link whatsapp di bawah ni ye.

https://wa.me/60XXXXXXXXX https://wa.me/60XXXXXXXXX https://wa.me/60XXXXXXXXX

Referensi

Dokumen terkait