• Tidak ada hasil yang ditemukan

- Kad Perak Prihatin. - Program Sayang Rumahku. - Perak E-tuition. - Program Bantuan Tabung Pinjaman Usahawan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "- Kad Perak Prihatin. - Program Sayang Rumahku. - Perak E-tuition. - Program Bantuan Tabung Pinjaman Usahawan"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

BANTUAN

KERAJAAN PERAK.

Kerajaan Negeri Perak menyediakan pelbagai bantuan kepada penduduk dan rakyat negeri Perak. Selain itu, kerajaan Perak bertungkus lumus untuk memberi perkhidmatan masyarakat negeri Perak. Pelbagai bantuan dapat disenaraikan mengikut kelas dan status masing-masing, seperti:

-

Kad Perak Prihatin

-

Program Sayang Rumahku

-

Perak E-tuition

-

Program Bantuan Tabung Pinjaman Usahawan

-

Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa Anak Perak

-

Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak

-

Dermasiswa Harapan (Dalam dan Luar Negara) daripada Yayasan Perak

-

Skim Bantuan Zakat Kerajaan Perak.

(2)

1. Kad Perak Prihatin

Kad ini berperanan sebagai:

Kad makanan dan kesihatan untuk rakyat yang memerlukannya.

Bagi mendapatkan keperluan asas dan rawatan kesihatan asas mengikut bantuan bulanan yang ditetapkan kerajaan.

Wang yang Diberikan akan diguna untuk membayar bil klinik swasta dan makanan.

Kad Perak Prihatin juga diberikan kepada golongan sasar untuk memudahkan pembelian barang keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, dan sebagainya mengikut ketetapan bantuan bulanan.

(3)

2. Program Sayangi Rumahku.

Kerajaan Negeri Perak amat prihatin terhadap infrastruktur pembangunan perumahan bagi golongan keterbawahan yang berdaftar dengan E-Kasih. Program ini bagi membantu golongan keterbawahan dengan menyediakan kemudahan asas dan kediaman yang selesa tanpa mengiralatarbelakang agar mereka mendapat sebuah harapan baru dalam menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.

KONSEP PROGRAM:

Program bantuan baik pulih dan bina baru rumah tanpa bayaran bagi rakyat Perak yang mengalami kerosakan rumah dan rumah yang telah uzur. Jenis bantuan terbahagi kepada dua (2) kategori :

Bantuan Baik Pulih Bantuan Bina Baru

SYARAT- SYARAT PERMOHONAN:

• Warganegara Malaysia dan berkahwin.

• Berumur 45 tahun ke atas dan menetap di dalam Negeri Perak dan bermastautin melebihi 10 tahun

• Berdaftar di dalam E-Kasih atau disahkan miskin MPKK

• Status tanah kediaman hak milik sendiri atau mendapat kebenaran menduduki • (Bagi permohonan bina baru)

• Belum pernah menerima sebarang bantuan perumahan daripada agensi lain • Status Pemilikan rumah sendiri (Bagi permohonan Baik Pulih)

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN: • Salinan kad pengenalan pemohon

• Salinan kad pengenalan pasangan dan tanggungan • Sebut Harga bagi permohonan Baik Pulih Rumah

• Salinan geran tanah bagi permohonan Bina Baru Rumah

• Surat Kebenaran Menduduki dari semua penama berdaftar dalam geran tanah jika tanah hak milik orang lain – Bagi permohonan Bina Baru Rumah sahaja.

(4)

• Salinan Kad Pengenalan Semua Penama berdaftar dalam geran tanah

KATEGORI SAYANGI RUMAHKU:

Baik Pulih

• Bantuan kepada peserta yang mempunyai rumah yang masih ekonomik untuk dibaiki.

• Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen asas rumah dan tidak termasuk,

• kerja-kerja membina/baik pulih bahagian luar rumah seperti pagar, garaj perigi dan lain-lain.

• Kos baik pulih maksima sehingga RM15,000 • Tempoh baik pulih antara 2 hingga 4 minggu

Bina Baru Rumah

Bantuan kepada peserta yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu uzur, dan tidak selamat diduduki . Jenis rumah bina baru terbahagi kepada tiga (3):

Bina Baru 1 Bilik

• Berkeluasan 340 kaki persegi (20’x17’) • Kos pembinaan adalah RM30,000 Bina Baru 2 Bilik

• Berkeluasan 440 kaki persegi (20’x22’) • Kos pembinaan adalah RM40,000 Bina Baru 3 Bilik

• Berkeluasan 640 kaki persegi (20’x32’) • Kos pembinaan adalah RM45,000

(5)

Pemohon boleh mendapatkan borang secara percuma di tempat-tempat berikut :- • Pejabat Yayasan Perak

• Pejabat Mini Yayasan Perak (UTC), Ipoh

• Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat) • Pejabat Daerah / Pejabat Penghulu

(6)

3. PERAK E-TUITION.

Program ini merupakan program pembelajaran secara video atas talian yang boleh diakses oleh semua pelajar dan guru di Negeri Perak. Program telah bermula dari tahun 2011 dan mengandungi hampir semua subjek yang diajar mengikut silibus. Terdapat kira-kira 200 subjek yang meliputi SK, SJKC, SJKT dan Sekolah Menengah dalam bentuk video yang berjumlah 8,800 video.

4. PROGRAM BANTUAN PINJAMAN TABUNG USAHAWAN.

Program Bantuan Pinjaman Tabung Usahawan disediakan untuk golongan sasar iaitu di kalangan usahawan Industri Kecil & Sederhana (IKS) dan usahawan muda B40 bagi menjadi batu loncatan kepada usahawan-usahawan untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka.

Objektif Program:

• Membangunkan masyarakat melalui program pinjaman tabung usahawan untuk meningkatkan pendapatan yang lestari dalam memangkin ekonomi pembangunan Negeri Perak.

• Melahirkan usahawan IKS dan usahawan muda yang berkualiti dan beriltizam melalui bimbingan serta latihan pembangunan kapasiti yang sistematik dan efektif.

• Meningkatkan kualiti perkhidmatan yang mendahulukan pelanggan, proaktif dan pantas dalam mengatasi pemasalahan pelanggan/rakyat.

• Memperkasa pengkalan data maklumat kemiskinan yang komprehensif. KONSEP PROGRAM:

Merupakan Skim pinjaman perniagaan tanpa faedah kepada usahawan IKS dan usahawan muda B40 untuk mengembangkan perniagaan dan ia adalah pinjaman jangka pendek. Tempoh pinjaman sehingga 5 tahun (bergantung kepada jumlah pinjaman). Jumlah pinjaman dari RM3,000.00 sehingga RM20,000.00.

(7)

SYARAT- SYARAT PERMOHONAN:

1. Berumur antara 18 hingga 59 tahun serta menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di Negeri Perak.

2. Pemohon dan pasangan merupakan seorang Warganegara Malaysia.

3. Pemohon dan pasangan bukanlah seorang kakitangan kerajaan / badan berkanun atau syarikat GLC atau syarikat Berhad.

4. Menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak

5. Menjalankan perniagaan secara sendirian (Bukan Perkongsian) 6. Perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi syariah.

7. Perniagaan yang dijalankan berada dalam skop pembiayaan Yayasan Perak. Dimana perniagaan yang dijalankan adalah melibatkan transaksi wang penjualan atau pembelian yang nyata secara harian, mingguan atau bulanan dan hasil jualan mestilah diterima kurang dari satu bulan dari tarikh jualan.

Antara perniagaan yang berada di luar skop pembiayaan adalah:

• Urusniaga melalui ternakan dan perikanan (usahawan baru) • Urusniaga yang melibatkan konsep MLM / Online.

• Urusniaga yang melibatkan pelaburan / Piramid / Skim Cepat Kaya • Pembelian kenderaan untuk perniagaan atau peribadi

• Perniagaan barangan lusuh / Kitar semula • Perniagaan bermusim

• Perniagaan secara orang tengah atau agen perantara seperti agen insurans, agen Unit Amanah, agen Komisen Am termasuk Broker (tanah atau hartanah ) dan sebagainya.

(8)

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:

• Borang / Surat Permohonan (wajib).

• Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan Tanggungan) – (wajib).

• Salinan Surat Perjanjian / Kebenaran Sewa Kedai atau Tanah & sebagainya • Salinan Daftar Niaga (SSM) / Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

• Pelan lokasi perniagaan

• Surat Sokongan Wakil Rakyat / Pejabat Daerah / Penghulu / MPKK • Salinan Penyata bank bagi 3 bulan yang terkini.

• Dokumen sokongan yang disahkan kepada Yayasan Perak, tidak akan dikembalikan.

Pemohon boleh mendapatkan borang secara percuma di tempat-tempat berikut :

• Pejabat Yayasan Perak

• Pejabat Mini Yayasan Perak (UTC), Ipoh

• Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat) • Pejabat Daerah / Pejabat Penghulu

(9)

5. BANTUAN SARA DIRI DAN KECEMASAN MAHASISWA ANAK PERAK.

Bantuan ini bertujuan untuk:

a) Meringankan beban mahasiswa yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan bagi membolehkan mahasiswa fokus terhadap pelajaran tanpa terganggu dengan masalah kewangan.

b) Menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan Mahasiswa Perak serta membantu meringankan beban keluarga.

Bantuan ini terbahagi kepada 2 jenis bantuan yang akan disalurkan kepada mahasiswa anak Perak:

1. Bantuan Sara Diri:

a) Bantuan tambahan bagi menampung perbelanjaan harian mahasiswa sewaktu menjalani pengajian di IPT.

b) Bantuan kepada mahasiswa yang terpaksa membuat pertambahan semestar atas alasan munasabah selain daripada disebabkan oleh kegagalan subjek. 2. Bantuan Kecemasan.

a) Bantuan khas sewaktu mahasiswa ditimpa bencana atau musibah bagi meringankan beban yang ditanggung.

b) Contoh-contoh bencana atau musibah seperti kemalangan, kebakaran, kematian ibu bapa atau penjaga, kecurian, bencana alam (banjir atau ribut atau tanah runtuh) dan penyakit kronik.

KADAR PEMBERIAN:

Kategori Nilai Bantuan (setahun) Bantuan Sara Diri RM700

Bantuan Kecemasan RM300 – RM1,000

(10)

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:

Salinan myKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak. Salinan kad pelajar.

Salinan penyata akaun bank pelajar.

Salinan surat kematian dan surat bercerai (jika berkaitan).

Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan Terkini (Bantuan Sara Diri sahaja).

Salinan Laporan Polis atau Laporan Perubatan (Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak sahaja).

Penyata pendapatan (isi rumah) bapa ibu dan penjaga yang disahkan oleh majikan dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan.

BORANG PERMOHONAN:

a) Sokongan – Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT pemohon.

b) Perakuan – ADUN / Penyelaras DUN / Pengerusi MPKK / Penghulu Mukim (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)

Semua dokumen perlu disahkan oleh Pengerusi MPKK / Penghulu Mukim / Pegawai Kerajaan Kelas A / Wakil Rakyat / Penyelaras DUN.

SYARAT BANTUAN SARA DIRI:

1. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-

a) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau

b) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau

c) Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.

d) Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.

2. Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA dalam SEMESTER KEDUA DAN KE ATAS peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER)

(11)

dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

3. Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.

4. Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.

5. Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok).

6. Memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) semasa 2.75 dan ke atas. Keutamaan kepada mahasiswa yang memperoleh PNGK 3.0 dan ke atas.

7. Mahasiswa yang telah mendapat sebarang bantuan Biasiswa Pendidikan dari mana-mana agensi mahupun syarikat korporat tidak akan dipertimbangkan.

8. Permohonan dibuka sepanjang tahun.

9. Pemberian sekali setahun sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian. (Bantuan Sara Diri).

SYARAT BANTUAN KECEMASAN:

1. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-

a) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau

b) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau

c) Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.

(12)

2. Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

3. Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.

4. Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.

5. Menghantar bukti pengesahan kejadian dalam bentuk Laporan Polis, Laporan Perubatan atau Pengesahan oleh Pemimpin Tempatan (Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga / Pengerusi MPKK / Penghulu / Wakil Rakyat / Penyelaras DUN).

6. Menghantar permohonan dalam tempoh 2 minggu (14 hari) dari tarikh berlakunya kejadian.

(13)

6. PINJAMAN PENGAJIAN TINGGI NEGERI PERAK:

Pinjaman ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia peranakan Perak yang berkelayakan untuk memohon pinjaman pendidikan bagi meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di IPTA/IPTS yang terpilih.

Sila maklum bahawa tajaan pinjaman ini hanya untuk program Diploma, Ijazah, Sarjana dan Ph.D sepenuh masa sahaja.

Cara Memohon

1. Semua permohonan hendaklah dibuat secara online di pautan http://spptp.perak.gov.my/page/main/home.php?id=0#

2. Pastikan anda membaca senarai Syarat Permohonan dan senarai IPT yang

ditaja sebelum mengisi borang permohonan.

Nota :

1. Jangan dedahkan ID Pengguna / Katalaluan anda kepada sesiapa. 2. Sila tukar Kata Laluan anda sekerap yang mungkin untuk mengelak pencerobohan.

(14)

KADAR PINJAMAN:

SYARAT PERMOHONAN:

1. Pemohon dan Ibu atau Bapa mestilah lahir di Negeri Perak.

2. Pemohon dan Ibu atau Bapa yang lahir di Luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di dalam Negeri Perak melebihi 10 Tahun.

3. Pemohon dan Ibu atau Bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di Luar Negeri Perak dan telah bermastautin melebihi 10 tahun.

4. Pemohon mestilah mengikuti kursus pengajian SEPENUH MASA samada di peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana atau Ph.D.

5. Bagi pemohon yang sedang belajar mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3 semester atau 1 setengah tahun tempoh pengajian.

6. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 5,000.00. 7. Umur pemohonon pada 1 Julai tahun semasa mestilah :

Diploma : Tidak melebihi 26 tahun dan 41 tahun bagi yang berkhidmat dengan kerajaan.

Sarjana Muda / Ijazah : Tidak melebihi 36 tahun dan 41 tahun bagi yang berkhidmat dengan kerajaan.

(15)

Sarjana / PhD : Tidak melebihi 36 tahun dan 40 tahun bagi yang berkhidmat dengan kerajaan.

*Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan maka permohonan tuan/puan dianggap tidak berjaya.

(16)

SENARAI INSTITUSI PENGAJIAN YANG DITAJA:

Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan (IPTA):

Semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) – Semua jenis kursus yang ditawarkan oleh pihak IPTA

Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS):

• Semua Intitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bertaraf Universiti dan Kolej Universiti dalam Negara – Semua jenis kursus yang ditawarkan oleh pihak IPTS yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA)

• Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bertaraf Institusi atau Kolej di dalam Negeri Perak sahaja – Semua jenis kursus yang ditawarkan oleh pihak IPTS yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA).

Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara (Jordan sahaja)

(17)

7. DERMASISWA YAYASAN PERAK DALAM DAN LUAR NEGARA:

Bantuan ini bertujuan untuk:-

a) Meringankan beban bakal mahasiswa dan keluarga bagi membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar Negara seperti urusan visa, tiket kapal terbang dan penginapan.

b) Mengiktiraf kecemerlangan anak Negeri Perak yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.

c) Menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan anak Negeri Perak yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.

d) Melahirkan ikon kepimpinan dalam pelbagai bidang yang akan menjadi sumber rujukan kepada Kerajaan Negeri dan Yayasan Perak.

DERMASISWA YAYASAN PERAK (DALAM NEGARA):

KADAR PEMBERIAN

Bantuan ini adalah secara “one-off” berdasarkan peringkat pengajian seperti berikut:

Bil Peringkat Pengajian Nilai Bantuan (RM)

(Pendapatan RM5,000 Ke Bawah)

1 Sijil (Termasuk Sijil & Diploma

Vokasional) RM 300.00

2 Diploma RM 500.00

3 Ijazah Sarjana Muda RM 1,000.00

4 Ijazah Sarjana (Master) RM 1,500.00

(18)

SYARAT DERMASISWA YAYASAN PERAK (DALAM NEGARA):

1. Bagi kemasukan pengajian SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA sahaja di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) ke IPT yang tersenarai.

2. Permohonan Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) adalah terbuka kepada pelajar SEPENUH MASA atau SEPARUH MASA serta sama ada yang BEKERJA atau TIDAK BEKERJA.

3. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-

a) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau

b) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau

c) Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.

4. Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok).

DERMASISWA YAYASAN PERAK (LUAR NEGARA):

KADAR PEMBERIAN

Bantuan ini adalah secara “one-off” berdasarkan peringkat pengajian serta kategori Negara seperti berikut:

Kategori Negara Kategori A Kategori B

Peringkat Pengajian Nilai Bantuan (RM)

(19)

Ijazah Sarjana Muda 3,000.00 5,000.00 Ijazah Sarjana / Ijazah Doktor

Falsafah 4,000.00 6,500.00

Agihan Negara mengikut kategori dan Negara adalah seperti berikut:

NEGARA (KATEGORI A)

1. Bangladesh 2. India 3. Pakistan 4. Thailand

5. Myanmar 6. Indonesia 7. Filipina 8. Sri Lanka

9. Mesir

NEGARA (KATEGORI B)

1. Australia 2. Austria 3. Belgium 4. Switzerland

5. Kanada 6. Denmark 7. Itali 8. Jepun

9. Jerman 10. Jordan 11. Malta 12. Maghribi

13. Belanda 14. New Zealand 15. Turki 16. Uganda

17. Ukraine 18. United Kingdom

19. Amerika

Syarikat 20. Norway

21. Perancis 22. Poland 23. Czech Republik 24. Ireland Republik 25. Sweden 26. Russia 27. Singapura 28. Afrika Selatan 29. Korea Selatan 30. Sepanyol 31. Sudan 32. China

33. Arab Saudi 34. Brunei 35. Hong Kong 36. Iran

37. Iraq 38. Kuwait 39. Libya 40. Taiwan

41. West Indies

Senarai IPT yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) boleh disemak di pautan www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm

(20)

SYARAT DERMASISWA YAYASAN PERAK (LUAR NEGARA)

1. Pemohon mestilah menghantar permohonan sewaktu semester pertama di tahun pertama pengajian sahaja.

2. Mendapat tawaran melanjutkan pengajian SEPENUH MASA peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) luar Negara yang diiktiraf oleh Jabatan

Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

3. Mahasiswa yang mengikuti Program Pertukaran Pelajar, Mobiliti Pelajar, Program Berkembar atau Latihan Industri di IPT luar Negara TIDAK termasuk dalam bantuan ini.

4. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-

a) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau

b) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau

c) Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.

d) Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.

5. Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok).

(21)

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN (DERMASISWA YAYASAN PERAK DALAM DAN LUAR NEGARA):

1. Salinan surat tawaran terkini, Salinan Pengesahan Terima atau Tolak Tawaran.

2. Salinan MyKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak / Surat Pengesahan Bermastautin (Jika Berkaitan).

3. Salinan penyata akaun bank pelajar (pemohon), Salinan Slip ‘Bank-In’ Yuran Pendaftaran.

4. Salinan pendapatan (isirumah) bapa & ibu / penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas) dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan daripada Penghulu / Ketua Kampung kawasan masing – masing.

5. Salinan surat kematian atau surat bercerai (Jika Berkaitan).

6. Borang Permohonan:

a) Sokongan – Penghulu / Ketua Kampung (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)

b) Perakuan – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)

7. Semua dokumen perlu disahkan oleh Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan Kelas A / Penghulu / Ketua Kampung.

UNTUK PERHATIAN:

(22)

* Tarikh tutup permohonan adalah 3 bulan dari tarikh pendaftaran masuk ke Institusi Pengajian Tinggi.

* Permohonan dibuka sepanjang tahun.

* Dokumen yang telah dihantar tidak akan dikembalikan.

CARA MEMOHON:

1. Memohon Dermasiswa Yayasan Perak Dalam dan Luar Negara secara ONLINE

2. Borang Permohonan Dermasiswa Yayasan Perak Dalam dan Luar Negara juga boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat

Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing.

8. SKIM BANTUAN ZAKAT KERAJAAN PERAK.

Di sini merupakan. Borang permohonan yang disediakan bagi permohonan zakat. https://www.maiamp.gov.my/index.php/zakat/borang-bantuan-zakat.html

(23)

Q&A:

1. Cara memuat turun borang bantuan sara diri dan kecemasan mahasiswa Anak perak.

Borang Permohonan Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak juga boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing. Borang Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang siap diisi. Jika telah membuka akaun SSPN, sila kepilkan salinan borang pembukaan akaun SSPN atau salinan kad SSPN. Kesimpulannya, diharap SENARAI BANTUAN KERAJAAN NEGERI PERAK 2020 akan membantu anda untuk mendapatkan maklumat tentang senarai bantuan kerajaan negeri Perak 2020.

2. Jika saya ada sebarang pertanyaan tentang Pinjaman Pengajian Tinggi Perak, siapakah yang boleh saya hubungi?

Boleh hubungi Unit Pinjaman Pengajian Tinggi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di talian 05-2095311/5312/5314/5318.

RUJUKAN: https://www.infopelajar2u.com/pinjaman-pengajian-tinggi-perak/ https://kekandamemey.com/senarai-bantuan-kerajaan-negeri-perak-2020.html https://kekandamemey.com/panduan-lengkap-bantuan-sara-hidup-2020.html https://www.maiamp.gov.my/index.php/zakat/borang-bantuan-zakat.html http://yayasanperak.gov.my/v5/dermasiswa-harapan-dalam-dan-luar-negara/

Referensi

Dokumen terkait