• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGURUSAN KOMUNIKASI PEMIMPIN DALAM ORGANISASI DAN HUBUNGANNYA TERHADAP PENINGKATAN PRODUKTIVITI PEKERJA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PENGURUSAN KOMUNIKASI PEMIMPIN DALAM ORGANISASI DAN HUBUNGANNYA TERHADAP PENINGKATAN PRODUKTIVITI PEKERJA"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

PENGURUSAN KOMUNIKASI PEMIMPIN DALAM ORGANISASI DAN HUBUNGANNYA TERHADAP PENINGKATAN PRODUKTIVITI PEKERJA

Norliana Hashim

Department of Communication, Faculty of Modern Languages and Communication, Universiti Putra Malaysia

Email: h_norliana@upm.edu.my ABSTRAK

Pengurusan komunikasi adalah penting dalam sesebuah organisasi dalam memastikan keberkesanan keseluruhan operasi dan pengurusan. Ianya boleh didefinisikan sebagai satu bentuk komitmen daripada seluruh organisasi untuk mencapai objektif organisasi. Kajian ini memberikan tumpuan terhadap keberkesanan gaya komunikasi yang diamalkan oleh pemimpin dan tahap kepercayaan yang diberikan oleh pemimpin terhadap pekerja mereka. Dua elemen ini menjadi pembolehubah yang diukur dalam penyelidikan ini untuk menguji hubungannya dengan peningkatan produktiviti pekerja. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan pengurusan komunikasi pemimpin dengan peningkatan produktiviti pekerja, untuk mengukur tahap keberkesanan gaya komunikasi yang diamalkan oleh pemimpin yang mempengaruhi peningkatan produktiviti pekerja dan untuk mengukur tahap kepercayaan yang diberikan oleh pemimpin dan hubungannya terhadap peningkatan produktiviti pekerja. Seramai 146 responden yang terdiri daripada kakitangan di Jabatan Komunikasi Strategik di Wisma BSN (HQ) dipilih sebagai sampel dalam penyelidikan ini. Data penyelidikan diperoleh hasil daripada soalan kaji selidik yang diedarkan di mana penganalisian data adalah secara kuantitatif menggunakan IBM SPSS Statistik versi 23. Applikasi teori yang digunakan ialah Leader-Member Exchange (LMX) yang menerangkan tentang hubungan atau interaksi antara pemimpin atau penyelia dengan pekerja. Tahap pencapaian LMX yang lebih tinggi antara pemimpin atau pengurus dan pekerja dapat menghasilkan sebuah komitmen yang baik dan meningkatkan produktiviti dalam Organisasi. Secara keseluruhan, tiga bentuk ujian analisis dilakukan untuk menguji kedua-dua pembolehubah iaitu gaya komunikasi dan kepercayaan pemimpin. Hasil kajian telah membuktikan semua hipotesis dan objektif yang dibangunkan adalah positif dan diterima. Bermula dengan ujian deskriptif yang dilakukan bagi mengetahui bentuk demografi semua responden yang terpilih, kemudian diikuti dengan ujian Korelasi Pearson bagi menguji kedua-dua hipotesis yang dibangunkan dan ujian deskriptif kekerapan bagi menguji tahap keberkesanan gaya komunikasi pemimpin serta tahap kepercayaan pemimpin. Didapati kesemua ujian yang dijalankan dalam kajian ini mempunyai hubungan yang signifikan antara satu sama lain. Gaya komunikasi dan kepercayaan pemimpin adalah dua elemen penting yang sangat mempengaruhi tingkat produktiviti pekerja dalam organisasi.

Kata kunci: pengurusan komunikasi, pemimpin, pekerja, produktiviti pekerja

ABSTRACT

Overall, three forms of analysis were performed to test all variables i.e.; the communication style and the trust of the leader. The findings have proven that all the hypotheses and objectives developed are positive and Acceptable. In organization, communication management is important to ensure the overall effectiveness of operations and management.

(2)

It can be defined as a form of commitment from the entire organization to achieve the setup objectives. This research is conducted to identify the importance of communication management which involves the style of communication practiced and the level of trust given by the leader in the organization and its relation towards employee’s productivity enhancement. Among the objectives of this study is to identify about leader’s communication management and their relationships towards employee productivity enhancement, to measure

the effectiveness of communication styles practiced by leaders who influence employee productivity enhancement and to measure the level of trust given by the leader and its

relationship to increase of employee productivity. 146 respondents from Strategic Communications Department staff at Wisma BSN (HQ) were chosen as samples in this research. Data for research is derived from survey questionnaires distributed where data analysis is quantitatively using the IBM SPSS Statistical version 23. The theoretical application used is the Leader-Member Exchange (LMX) which describes the relationship or interaction between the leaders with the employee. Higher LMX achievement levels between leaders or managers and employees can produce a good commitment and increase productivity within the organization. Started with a descriptive test conducted to determine the demographic forms of all selected respondents, then followed by the Pearson Correlation test to test both developed hypotheses and frequency descriptive tests to test the degree of effectiveness of leadership communication style and leader trust level. It was found that all tests conducted in this study had significant relationships with each other. Leadership style of communication and trust are two important elements that greatly affect the level of productivity of workers in the organization.

Keywords: communication management, leader, employees, employee’s productivity

PENGENALAN

Pengurusan komunikasi dalam sesebuah organisasi boleh dirujuk sebagai salah satu tugas penting yang diuruskan oleh pengurus atau pemimpin sebagai inisiatif untuk mengembangkan sistem komunikasi untuk menjadi lebih efisien dan berjaya diantaranya melalui media komunikasi, pengurusan maklumat, inovasi, penglibatan pekerja dan lain-lain (Banihashemi, 2011). Menurut Griffin (2012), komunikasi dapat dianggap sebagai proses yang berkaitan dengan membuat dan menafsirkan mesej yang mampu mencetuskan maklum balas. Ia melibatkan pertukaran maklumat, penyampaian mesej, perkongsian idea dan perasaan melalui lisan, penulisan atau menggunakan pelbagai medium komunikasi untuk tujuan intrapersonal, interpersonal, organisasi kumpulan dan juga antara budaya. Hartog (2011) menyatakan pengurusan komunikasi adalah sebagai pendekatan strategik dan komponen pengurusan seperti orang yang menghantar mesej, penerima yang dimaksudkan, tujuan mesej, mengelakkan dan mengurangkan bunyi dalam semua konteks sama ada antara individu, organisasi atau komuniti kebudayaan. Kepentingan dalam pengurusan komunikasi adalah apabila terdapat pengaruh pengurusan berlaku sepanjang komunikasi antara manusia dalam mematuhi rutin kehidupan seharian.

Bateman & Snall (2002) menyatakan, komunikasi formal adalah lebih rasmi dan berkaitan di antara organisasi dan tempat kerja yang melibatkan arahan dan tugasan atau dasar sebagai contoh seperti mesyuarat, intranet syarikat dan laporan. Sementara itu,

(3)

komunikasi tidak formal adalah tidak rasmi berdasarkan inisiatif orang ramai untuk meningkatkan komunikasi luaran dan dalaman terutama dari segi penglibatan pekerja seperti pergaulan sosial, kaunseling, malahan gosip atau khabar angin yang kadang-kadang boleh memberi kesan negatif kepada organisasi. Tujuan utama menguruskan medium komunikasi dalam organisasi adalah untuk meningkatkan hubungan antara seluruh organisasi di mana ia memerlukan pengurusan dan penyelarasan yang berkesan daripada pihak pengurusan (Lattimore, Heiman & Toth, 2009). Dalam sesebuah organisasi, pemimpin dan pengurusan diperlukan untuk membina dan merancang infrastruktur komunikasi yang paling sesuai dan efektif. Komunikasi di antara pemimpin dan pekerja bawahan boleh ditakrifkan sebagai pertukaran maklumat antara individu dari pelbagai peringkat dalam organisasi untuk menyelaraskan tugasan harian (Ergen, 2010). Pemimpin dan pengurusan komunikasi boleh ditakrifkan sebagai strategi yang pelbagai dalam pengurusan komunikasi yang diamalkan oleh para pemimpin dalam memupuk kepercayaan organisasi di kalangan pekerja dan kesannya, sesebuah organisasi dapat memperoleh kesetiaan dan komitmen daripada para pekerja mereka. Salacuse (2007) menyatakan bahawa untuk memujuk dan menggalakkan pekerja atau orang bawahan untuk meningkatkan produktiviti atau dengan kata lain untuk mengikuti dan mencapai matlamat dan tujuan organisasi, adalah penting bagi seorang pemimpin untuk berkomunikasi secara efektif dengan mereka sebagai salah satu cara untuk menarik minat mereka.

Ferreira & Plessis (2009) menamakan produktiviti pekerja sebagai masa yang diluangkan dan komitmen yang diberikan oleh seseorang individu dalam melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan agar dapat mencapai hasil seperti yang diharapkan oleh organisasi. Produktiviti berasal daripada komitmen pekerja yang memberi impak positif kepada keseluruhan organisasi. Secara relatifnya, komunikasi menyatukan pekerja dan komitmen mereka untuk bekerja boleh meningkatkan produktiviti. Pengurusan komunikasi dari segi memilih medium komunikasi yang terbaik untuk setiap gaya komunikasi yang melibatkan komunikasi ke atas, ke bawah, menegak dan mendatar adalah penting kerana ianya mampu mempengaruhi pertumbuhan perniagaan dan meningkatkan kepercayaan serta produktiviti bersama antara pemimpin dan pekerja bawahan (Nelson, 2010). Hasilnya dapat dilihat melalui komitmen pekerja sama ada dalam bentuk positif atau negatif, kepuasan kerja dan kualiti produk serta perkhidmatan organisasi kerana produktiviti itu sendiri dapat didefinisikan sebagai ukuran seberapa baik organisasi atau syarikat dapat mengubah sumber input seperti bahan mentah dan lain-lain mekanisme perindustrian menjadi produk dan perkhidmatan (Hameed & Amjad, 2009). Secara keseluruhannya, dapat dilihat dengan jelas bahawa memperbaiki jurang dan mengatasi halangan dalam komunikasi dalam sesebuah organisasi adalah sangat penting untuk memupuk persekitaran organisasi yang positif dan produktif. Oleh itu, kajian ini akan memberi tumpuan kepada keberkesanan pengurusan komunikasi antara pemimpin dan pekerja bawahan dan hubungannya dalam meningkatkan kecekapan serta produktiviti kerja pekerja.

SOROTAN LITERATUR Pengurusan komunikasi dalam organisasi

Berdasarkan kajian lepas oleh Teven (2007), pengurusan komunikasi dalam sesebuah organisasi memainkan peranan penting dalam menghubungkan pekerja dengan matlamat

(4)

organisasi yang melibatkan beberapa unsur komunikasi daripada pengirim, mesej, media dan penerima. Pengirim dan penerima dalam konteks organisasi adalah antara pengurus dan pekerja. Sementara itu, mesej merujuk kepada aktiviti dan maklumat organisasi seperti arahan kerja, matlamat organisasi, dasar dan lain-lain. Unsur-unsur ini saling berhubungan antara aliran komunikasi dan jenis komunikasi yang digunakan. Kajian terdahulu mengenai pengurusan komunikasi oleh Cornelissen (2005) menyatakan bahawa komunikasi yang berkesan berlaku apabila individu, kumpulan atau seluruh organisasi dapat mengamalkan komunikasi yang positif antara penghantar dan penerima. Penyelidikan mengenai keperluan untuk organisasi yang berjaya oleh Northouse (2001), menyimpulkan bahawa pengurusan komunikasi yang berkesan adalah di mana terdapat hubungan secara langsung antara kejayaan individu dan organisasi kerana kejayaan kedua-dua individu dan organisasi adalah berkaitan dengan kecekapan dan interaksi komunikasi yang positif dalam organisasi secara menyeluruh yang merangkumi perubahan organisasi, maklumat tentang kedudukan kewangan dan maklumat mengenai semua dasar dan matlamat syarikat. Secara khususnya, pengurusan komunikasi adalah proses untuk meningkatkan produktiviti semua anggota dalam organisasi dalam mencapai matlamat yang terdiri daripada aliran komunikasi hingga ke komunikasi media massa.

Gaya komunikasi pemimpin

Berdasarkan penyelidikan oleh Bligh & Kohles (2014) menyatakan bahawa pengurusan komunikasi dalam sesebuah organisasi mementingkan aliran komunikasi yang dapat dikembangkan ke arah tertentu seperti ke atas yang merujuk kepada komunikasi yang naik ke puncak hierarki, ke bawah yang merujuk kepada komunikasi daripada organisasi yang lebih tinggi ke peringkat rendah, menegak dan mendatar sebagai proses komunikasi yang berlaku di dalam jabatan, di kalangan rakan sekerja dalam organisasi sebagai tahap interaksi yang mana dijangka dirancang dengan baik untuk menggalakkan kerjasama dan meningkatkan produktiviti di seluruh organisasi atau syarikat. Walaubagaimanapun, kedua-dua pengurus dan pekerja bawahan yang berbeza kedudukan dan pangkat dalam organisasi sangat mempengaruhi antara satu sama lain melalui penghantaran mesej dan maklumat yang memerlukan pengurusan komunikasi yang berkesan. Sementara itu, satu lagi kajian oleh Ergen (2010) mengenai pengurusan komunikasi menunjukkan bahawa aliran komunikasi adalah berkaitan dengan organisasi dan pertumbuhan ekonomi. Penerapan pengurusan komunikasi yang berkesan sama ada dalam aspek ke atas, ke bawah, mendatar atau menegak memainkan peranan penting dalam memastikan organisasi berfungsi dengan baik dan diselaraskan untuk menjalankan operasi harian. Walaubagaimanapun, interaksi dan hubungan di kalangan pemimpin dan pekerja bawahan dapat memberi kesan efektif kepada organisasi ke arah mencapai matlamat, visi dan misi mereka. Selain itu, keberkesanan tindakan yang diselaraskan atau komitmen pekerjaan ditentukan oleh pemahaman antara pemimpin dan pekerja bawahan dalam organisasi (Bisel, Messersmith & Kelley, 2012).

Kepercayaan pemimpin

Kepercayaan adalah satu elemen yang penting dalam sesebuah Organisasi. Menurut Northfield (2014), kepercayaan boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu kepercayaan kolektif atau kepercayaan bersama dan kepercayaan dalam hubungan. Terdapat perbezaan pada kedua-dua bentuk kepercayaan yang dinyatakan menurut Adams & Forsyth (2013). Kepercayaan dalam hubungan boleh didefinisikan sebagai perasaan seseorang individu

(5)

terhadap individu yang lain. Manakala kepercayaan kolektif atau kepercayaan bersama lebih menjurus kepada kepercayaan yang dibina dan dibentuk dalam sesebuah Organisasi (Kahai & Cooper, 2003). Dalam Organisasi, menjadi satu pengamalan budaya tetap dalam membina dan mempraktikkan kepercayaan bersama. Kepercayaan bersama itu penting dalam sesebuah Organisasi terutama supaya dapat membawa perubahan besar yang positif kearah mencapai matlamat dan objektif Organisasi yang telah ditetapkan. Menurut Cogliser et al (2009), sebagai seorang pemimpin yang bagus, mereka perlu memberi kepercayaan dan yakin dengan kebolehan anak buah atau kakitangan bawah seliaan mereka. Semakin tinggi tahap kepercayaan seseorang pemimpin terhadap kakitangan seliaannya, maka semakin tinggi tingkat produktiviti dan hasil kerja kakitangan mereka (Dulebohn et al, 2012). Kepercayaan yang diberikan oleh pemimpin membuatkan kakitangan berasa yakin dan selesa dalam melakukan pekerjaan.

Peningkatan produktiviti dalam organisasi

Kajian oleh Bebe et al (2011) memperlihatkan hubungan yang signifikan diantara kepuasan kerja dan komunikasi di mana hubungan positif antara kedua-dua perkara ini dapat meningkatkan produktiviti pekerja. Terbukti apabila pengurusan komunikasi yang efektif dalam organisasi membolehkan pemimpin mewujudkan strategi dan membahagikan tugas bersama bawahan mereka dengan cekap dalam mencapai matlamat organisasi. Kajian terdahulu oleh Kahai et al (2003) menyatakan bahawa sesebuah organisasi akan mengalami peningkatan produktiviti di kalangan pekerja hanya apabila pemimpin atau pengurusan tertinggi aktif bekerja dan bekerjasama dengan bawahan mereka untuk meningkatkan kepuasan kerja. Inilah bahagian di mana komunikasi memainkan peranan penting sebagai sebahagian daripada inisiatif mereka untuk meningkatkan produktiviti. Terdapat juga kajian lain yang menegaskan bahawa sesebuah organisasi akan dapat mempunyai lebih ramai pekerja yang berpuas hati dan peningkatan terhadap tahap produktiviti jika pemimpin lebih berorientasikan pekerja dalam operasi harian seperti melibatkan pekerja bawahan dalam membuat keputusan, penyelesaian masalah dan aktiviti organisasi harian lain (Madlock, 2008).

Kerangka kajian

Kerangka kajian ini dihasilkan dengan merujuk kepada Teori Leader-Member Exchange Theory (LMX) yang dibangunkan oleh Dulebohn et al (2012). Antara elemen pembolehubah bebas yang digunakan dalam kajian ini ialah gaya komunikasi pemimpin dan kepercayaan pemimpin dan hubungannya terhadap peningkatan produktiviti pekerja. Elemen produktiviti yang ingin dilihat ialah dari segi kualiti dan hasil kerja, motivasi dan kepuasan pekerja. Berdasarkan model-model berkenaan, maka kerangka kajian yang direka adalah seperti Rajah 1 berikut:

(6)

Rajah 1: Reka bentuk kerangka kajian hubungan antara pemboleh ubah bebas dengan pemboleh ubah

bersandar METODOLOGI

Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui reka bentuk kuantitatif berdasarkan tinjauan borang soal selidik di mana objektif utama adalah untuk mengenalpasti hubungan pengurusan komunikasi pemimpin dengan peningkatan produktiviti pekerja, untuk mengukur tahap keberkesanan gaya komunikasi pemimpin yang mempengaruhi peningkatan produktiviti pekerja dan untuk mengukur tahap kepercayaan yang diberikan oleh pemimpin dan hubungannya terhadap peningkatan produktiviti pekerja. Kajian ini melibatkan seluruh kakitangan di Jabatan Komunikasi Strategik di Wisma Bank Simpanan Nasional (BSN), Jalan Ampang. Jabatan ini terdiri daripada empat unit iaitu Unit Komunikasi Pemasaran, Unit Komunikasi Jenama, Unit Komunikasi Korporat dan Unit Pengurusan Aduan. 226 orang kakitangan di Jabatan Komunikasi Strategik adalah terlibat secara langsung dalam kajian ini dan mereka dipecahkan mengikut susunan gred jawatan masing- masing:

 16 orang kumpulan Pengurusan & Profesional (Gred E3 ke atas)  169 orang kumpulan Eksekutif (Gred P1,P2,P3 dan E1, E2)  41 orang kumpulan Sokongan (Gred N1 hingga N3)

Hasil daripada pengiraan sampel mengikut Taro Yamano (2003), seramai 145 orang responden telah terpilih untuk menjawab borang soal selidik.

Jadual 1: Jumlah Keseluruhan Kakitangan di Jabatan Komunikasi Strategik Mengikut Unit Unit Bilangan pekerja

Komunikasi Pemasaran 20

Komunikasi Jenama 16

Komunikasi Korporat 25

Pengurusan Aduan 165

(7)

Satu set instrumen kajian telah dibangunkan dan ia merupakan satu set borang soalan kaji selidik yang akan digunakan dalam kajian kuantitatif ini bagi mendapatkan data prima. Borang soalan kaji selidik ini diedarkan kepada 145 orang sampel yang telah dikenalpasti melalui kaedah persampelan rawak mudah berstrata. Jangkaan masa untuk menjawab soalan kaji selidik ini adalah selama 10 minit dan dijalankan melalui individu atau berkumpulan.

Kajian ini menyediakan satu set soalan kaji selidik yang terdiri daripada 4 bahagian yang bertujuan untuk mengumpulkan maklumat dan menganalisis data. Jenis soalan yang dikemukakan dalam kaji selidik adalah berbentuk beberapa soalan yang terbuka (open-ended) serta soalan Skala Likert yang bertujuan mencapai matlamat utama kajian. Secara keseluruhannya, soalan kaji selidik dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti di bawah: Bahagian A: Demografi

Dalam bahagian ini, responden menjawab enam (6) soalan berkenaan perihal peribadi responden yang berkaitan dengan jantina, umur, status, bangsa dan taraf pendidikan serta maklumat berkaitan dengan pekerjaan responden di mana responden akan menjawab soalan kaji selidik berkaitan dengan gred jawatan. Jenis data adalah nominal dan soalan terbuka. Bahagian B: Untuk mengukur tahap keberkesanan gaya komunikasi pemimpin yang mempengaruhi peningkatan produktiviti pekerja

Bahagian ini pula dibangunkan adalah untuk mengkaji gaya komunikasi pemimpin yang berkesan dalam organisasi di mana terdapat 10 soalan yang menggunakan skala likert dan mempunyai 5 pilihan skala (Sangat Bersetuju sehingga Sangat Tidak Bersetuju). Dalam bahagian ini, responden diminta untuk nyatakan pendapat mereka tentang gaya komunikasi yang diamalkan oleh Ketua dalam organisasi mereka.

Bahagian C: Untuk mengukur tahap kepercayaan yang diberikan oleh pemimpin dan hubungannya terhadap peningkatan produktiviti pekerja

Dalam bahagian ini, terdapat 8 soalan kaji selidik yang perlu dijawab oleh responden di mana jenis data digunakan ialah jenis Soalan Skala Likert. Antara soalan yang dikemukakan dalam bahagian ini adalah mengenai tahap kepercayaan pemimpin terhadap pekerja. Dalam bahagian ini, responden diminta untuk menyatakan pendapat mereka tentang kepercayaan yang diberikan oleh Ketua dalam Organisasi mereka.

Bahagian D: Untuk mengenalpasti hubungan pengurusan komunikasi pemimpin dengan peningkatan produktiviti pekerja.

Dalam bahagian ini, terdapat 7 soalan kaji selidik yang perlu dijawab oleh responden di mana jenis data yang digunakan ialah jenis Skala Likert dengan 5 pilihan jawapan. Antara soalan yang dikemukakan dalam bahagian ini ialah tentang Komitmen, Hasil Kerja, Motivasi Kerja dan Kepuasan Kerja.

HASIL KAJIAN

Keseluruhan data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah analisis diskriptif dan inferensi. Hipotesis yang dibangunkan diuji dan diterangkan melalui keputusan statistik inferensi. Analisis ini penting utuk menunjukkan sama ada hipotesis yang dibina diterima atau ditolak. Ujian Korelasi Pearson digunakan dalam teknik analisis inferensi ini. Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian ini adalah dengan menggunakan Analisis Statistik

(8)

Deskriptif, Ujian Min, Ujian Kesahan, Ujian Kebolehpercayaan dan Ujian Korelasi Pearson (Inferensi). Sebanyak 145 borang soal selidik telah diedarkan secara rawak kepada senarai responden terlibat. Penyelidik berjaya mengumpulkan kesemua borang soal selidik tersebut dan didapati keseluruhan soalan berjaya dijawab oleh responden.

Analisis demografi

Majoriti responden adalah dalam kalangan wanita iaitu dengan peratusan sebanyak 80% manalaka baki 20% adalah dalam kalangan lelaki. Hampir separuh jumlah responden berusia dalam lingkungan 21-30 tahun dengan jumlah peratusan sebanyak 43.4% manakala hanya 7% daripada kalangan responden dalam lingkungan usia 50 tahun dan ke atas. Melalui analisis kajian, majoriti responden adalah berbangsa melayu dengan nilai peratusan sebanyak 96.6% dan minoriti responden adalah berbangsa Cina dengan nilai peratusan sebanyak 0.7%. Lebih daripada separuh responden telah berkahwin iaitu seramai 89 orang dengan peratusan sebanyak 61.4% manakala 5 orang responden berstatus duda dan janda dan baki selebihnya sebanyak 51 orang masih berstatus bujang. Bagi taraf pendidikan pula, hampir daripada separuh responden adalah pemegang ijazah dengan nilai peratusan sebanyak 40%, diikuti dengan pemegang sijil diploma seramai 43 orang dengan peratusan 29.7%, pemegang sijil SPM seramai 37 orang dengan peratusan 25.5% dan selebihnya adalah taraf pendidikan lain-lain seperti STPM dengan nilai peratusan sebanyak 4.8%. Daripada segi gred jawatan, seramai 56 orang responden adalah dalam gred E1 dan ke atas iaitu berjawatan Eksekutif manakala jawatan Pegawai adalah dalam kategori gred P1-P3 iaitu seramai 37 orang dan selebihnya seramai 52 orang terdiri daripada jawatan Kerani iaitu gred N1-N3.

Ujian Kebolehpercayaan

Berdasarkan daripada hasil analisis kebolehpercayaan bagi kajian yang dijalankan ini, didapati nilai Cronbach’s Alpha adalah seperti di bawah:

Jadual 2: Ujian Kebolehpercayaan

Ujian Kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha (α) Bilangan soalan Bilangan responden Kajian Rintis 0.979 28 34 Sebenar 0.979 28 145

Jadual 2 diatas menunjukkan perbandingan nilai kebolehpercayaan antara kajian rintis dengan kajian sebenar. Kedua- dua ujian kebolehpercayaan yang dilakukan telah mencatatkan nilai Cronbach’s Alpha yang sama iaitu 0.979. Ini telah menunjukkan bahawa kesemua item soalan kaji selidik berada pada tahap yang sangat baik. Menurut Ali et.al (2013), nilai indeks kebolehpercayaan yang baik adalah nilai yang melebihi 0.60 dan jika nilai Cronbach’s Alpha kurang daripada 0.60, tahap kebolehpercayaan adalah rendah.

(9)

Ujian Korelasi Pearson

Ujian Korelasi Pearson digunakan dalam kajian ini bertujuan untuk mengkaji hipotesis-hipotesis yang dibangunkan sebelum ini. Ianya juga bertujuan untuk mengetahui sama ada adakah terdapat hubungan antara pembolehubah yang digunakan dalam kajian ini. Nilai pekali korelasi adalah menggambarkan tahap perhubungan antara gaya komunikasi dan kepercayaan pemimpin dengan peningkatan produktiviti pekerja. Sekiranya nilai pekali korelasi yang diperoleh adalah tinggi, maka terdapat hubungan yang kuat antara kedua-dua pembolehubah ini dengan peningkatan produktiviti pekerja dan begitu juga sebaliknya jika nilai pekali korelasi adalah rendah, maka hubungan pembolehubah yang diuji adalah lemah. Ha1: Terdapat hubungan yang signifikan antara gaya komunikasi pemimpin dengan peningkatan produktiviti pekerja

Jadual 3: Keputusan Ujian Korelasi Pearson antara Gaya Komunikasi Pemimpin dengan Peningkatan

Produktiviti Pekerja (n=145)

IV DV: Peningkatan Produktiviti Pekerja

r Signifikan, p

Gaya Komunikasi Pemimpin 0.831 0.000

**tahap signifikan adalah pada tahap p < 0.01 (2 - tailed)

Berdasarkan Jadual 3 di atas, analisis pekali korelasi bagi pembolehubah gaya komunikasi pemimpin dengan peningkatan produktiviti pekerja adalah pada nilai 0.831. Ini membuktikan bahawa terdapat hubungan yang kuat antara pembolehubah ini memandangkan nilai pekali korelasi hampir dengan nilai 1 iaitu nilai maksimum bagi sesuatu pekali. Keputusan di atas juga membuktikan terdapat hubungan yang signifikan antara gaya komunikasi pemimpin dengan peningkatan produktiviti pekerja di mana nilai signifikannya ialah 0.00 iaitu lebih kecil daripada nilai signifikan yang ditetapkan pada 0.01 untuk ujian korelasi dua arah (2-tailed). Oleh itu, hipotesis 1 (Ha1) dalam kajian ini diterima.

Ha2: Terdapat hubungan yang signifikan antara kepercayaan pemimpin dengan peningkatan produktiviti pekerja

Jadual 4: Keputusan Ujian Korelasi Pearson antara Kepercayaan Pemimpin dengan Peningkatan

Produktiviti Pekerja (n=145)

(10)

R Signifikan, p

Kepercayaan Pemimpin 0.822 0.000

**tahap signifikan adalah pada tahap p < 0.01 (2 - tailed)

Berdasarkan Jadual 4 di atas, analisis pekali korelasi bagi pembolehubah kepercayaan pemimpin dengan peningkatan produktiviti pekerja adalah pada nilai 0.822. Ini membuktikan bahawa terdapat hubungan yang kuat antara pembolehubah ini memandangkan nilai pekali korelasi hampir dengan nilai 1 iaitu nilai maksimum bagi sesuatu pekali. Keputusan di atas juga membuktikan terdapat hubungan yang signifikan antara kepercayaan pemimpin dengan peningkatan produktiviti pekerja di mana nilai signifikannya ialah 0.00 iaitu lebih kecil daripada nilai signifikan yang ditetapkan pada 0.01 untuk ujian korelasi dua arah (2-tailed). Oleh itu, hipotesis 2 (Ha2) dalam kajian ini juga diterima.

Analisis deskriptif tahap keberkesanan gaya komunikasi pemimpin dalam organisasi

Melalui analisis data yang diperoleh telah menunjukkan separuh daripada jumlah responden iaitu seramai 73 daripada 145 orang menyatakan gaya komunikasi pemimpin mereka berada pada tahap sangat baik dengan jumlah peratusan sebanyak 50.3%. Hanya tiga daripada mereka (minoriti) menyatakan gaya kepimpinan pemimpin mereka berada pada tahap yang sangat lemah dengan jumlah peratusan sebanyak 2.1%. Seramai 25 orang responden yang menyatakan tahap keberkesanan gaya komunikasi pemimpin mereka berada pada tahap sederhana dengan nilai peratusan sebanyak 17.2%. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa tahap keberkesanan gaya komunikasi pemimpin sangat memainkan peranan yang penting dan mempengaruhi peningkatan produktiviti pekerja dalam sesebuah organisasi. Analisis deskriptif tahap kepercayaan pemimpin

Melalui analisis data yang diperolehi, lebih daripada separuh responden memberikan respons tinggi untuk tahap kepercayaan yang diberikan oleh pemimpin dalam organisasi mereka di mana jumlah peratusan adalah sebanyak 55.2% bersamaan dengan jumlah seramai 80 orang responden. Hanya seramai 3 orang responden (minimum) yang memberikan respons sangat rendah terhadap tahap kepercayaan pemimpin dengan jumlah peratusan sebanyak 2.1%. Manakala didapati seramai 23 orang responden yang memberikan respons sederhana ke atas tahap kepercayaan yang diberikan oleh pemimpin kepada mereka dengan nilai peratusan sebanyak 15.9%. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa tahap kepercayaan yang diberikan oleh pemimpin dapat mempengaruhi peningkatan produktiviti kerja pekerja.

PERBINCANGAN

Melalui ujian korelasi yang telah dijalankan, dapat dibuktikan bahawa kesemua hipotesis yang dibangunkan sebelum ini diterima. Terdapat hubungan yang signifikan antara gaya komunikasi dan kepercayaan pemimpin dengan peningkatan produktiviti pekerja. Tahap signifikan yang positif yang diperoleh daripada hasil analisis membuktikan bahawa kedua-dua pembolehubah yang diuji iaitu gaya komunikasi dan kepercayaan pemimpin positif dan diterima. Menurut Watson (2007), gaya komunikasi yang diamalkan oleh seorang pemimpin adalah salah satu faktor yang penting dalam memastikan segala maklumat dan arahan yang

(11)

ingin disampaikan dapat difahami dan diterima dengan jelas oleh para pekerja mereka.

Melalui ujian deskriptif yang dilakukan untuk menguji sejauh mana tahap keberkesanan gaya komunikasi yang diamalkan oleh pemimpin di tempat kajian dilakukan iaitu di Bank Simpanan Nasional, didapati gaya komunikasi yang diamalkan oleh pemimpin atau pengurus dalam organisasi tersebut adalah berkesan. Ini kerana lebih daripada separuh kakitangan yang memberi maklum balas untuk tahap yang sangat baik untuk gaya komunikasi yang diamalkan oleh pengurus mereka. Hal ini dapat mengukuhkan lagi pernyataan penyelidik mengenai terdapat hubungan yang kuat antara gaya komunikasi

pemimpin dengan peningkatan produktiviti kerja pekerja. Antara pemimpin dan pekerja haruslah mempunyai satu bentuk komunikasi yang diterima dan dipersetujui bersama supaya kedua-dua pihak berasa selesa dan yakin dalam menyampaikan dan berkongsi sesuatu maklumat berkaitan kerja.

Tahap kepercayaan pemimpin adalah merujuk kepada sejauh mana tahap kepercayaan yang diberikan oleh pemimpin dalam organisasi kepada pekerja mereka. Kepercayaan juga adalah merupakan salah satu elemen dalam komunikasi. Jika dilihat melalui analisis deskriptif yang dijalankan di atas, hampir separuh daripada kakitangan dalam Jabatan Komunikasi Strategik di BSN menyatakan kepercayaan yang diberikan oleh pengurus mereka terhadap mereka adalah pada tahap yang tinggi. Melalui pandangan penyelidik, semakin tinggi tahap kepercayaan pemimpin terhadap pekerja mereka, maka semakin tinggi tingkat produktiviti pekerja dalam sesebuah organisasi. Kepercayaan yang diberikan oleh pemimpin dapat menjadikan pekerja berasa yakin dalam melakukan pekerjaan. Perasaan positif yang wujud dalam diri pekerja akibat daripada tahap kepercayaan yang diterima akan menjadikan seseorang pekerja tersebut lebih berhati-hati dan teliti dalam melakukan pekerjaan supaya kepercayaan yang diterima tidak disia-siakan dan kesannya, hasil kerja yang dilakukan akan sentiasa berkualiti dan sekaligus meningkatkan tahap produktiviti pekerja.

Secara keseluruhannya, penyelidik telah melakukan tiga bentuk ujian analisis untuk menguji kedua-dua pembolehubah yang dibangunkan iaitu gaya komunikasi dan kepercayaan pemimpin. Analisis kajian juga dilakukan supaya ketiga-tiga objektif yang dibangunkan pada awal kajian dapat dicapai. Hasil kajian telah membuktikan semua hipotesis dan objektif yang dibangunkan adalah positif dan diterima. Bermula dengan ujian deskriptif yang dilakukan bagi mengetahui bentuk demografi semua responden yang terpilih, kemudian diikuti dengan ujian Korelasi Pearson bagi menguji kedua-dua hipotesis yang dibangunkan dan ujian deskriptif kekerapan bagi menguji tahap keberkesanan gaya komunikasi pemimpin serta tahap kepercayaan pemimpin. Didapati kesemua ujian yang dijalankan dalam kajian ini mempunyai hubungan yang signifikan antara satu sama lain. Gaya komunikasi dan kepercayaan pemimpin adalah dua elemen penting yang sangat mempengaruhi tingkat produktiviti pekerja dalam organisasi.

KESIMPULAN

Objektif utama dalam kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara pengurusan komunikasi pemimpin yang terdiri daripada dua elemen iaitu gaya komunikasi dan kepercayaan pemimpin dengan peningkatan produktiviti pekerja. Kajian telah dijalankan di Jabatan Komunikasi Strategik di Bank Simpanan Nasional. Setelah ujian korelasi dijalankan terhadap kedua-dua pembolehubah yang diuji, didapati kedua-duanya mempunyai hubungan yang signifikan dengan peningkatan produktiviti pekerja. Oleh itu, dapat disimpulkan melalui

(12)

hasil dapatan kajian bahawa kedua-dua pembolehubah iaitu gaya komunikasi dan kepercayaan pemimpin sememangnya mempengaruhi peningkatan produktiviti pekerja. Dengan adanya gaya komunikasi yang berkesan daripada pemimpin juga kepercayaan tinggi yang diberikan terhadap pekerja, ianya dapat meningkatkan persefahaman antara pekerja dan majikan, penghasilan kualiti kerja yang baik, suasana persekitaran kerja yang kondusif dan semangat yang positif sekaligus meningkatkan tahap produktiviti kerja oleh pekerja dalam organisasi. Hasil kajian dalam kajian ini dapat digunakan sebagai bukti di mana pengurusan komunikasi yang berkesan oleh pemimpin dapat meningkatkan tahap produktiviti kerja pekerja dalam organisasi.

RUJUKAN

Banihashemi, S. A. (2011). The Role of Communication to Improve Organizational Process. European Journal of Humanities and Social Sciences, 1-7 Volume 1, No. 1 (2011) Bezuijen, X.M, Karen V.D., Peter T., Thierry, H. (2010). How leaders stimulate employee

learning: A leader member exchange approach. Journal of Occupational and Organizational Psychology, 83, 673-693.

Bharadwaj, A. (2014). Planning Internal Communication Profile. IIM Kozhikode Society & Management Review , 3(2) 183–192.

Bisel, R. S., Messersmith, A. S., & Kelley, K. M. (2012). Supervisor-Subordinate Communication: Hierarchical Mum Effect Meets Organizational Learning. Journal of Business Communication , 49(2) 128–147

Bligh, M. C., & Kohles, J. C. (2014). Comparing Leaders Across Contexts, Culture and Time: Computerized Content Analysis ofLleader–Follower Communications. Leadership , Vol. 10(2) 142–159

Batemen, T.S., And Snall, S.A., (2002). Management, McGraw-Hill Higher Education, 5th Beebe, S., & Redmond, M. (2011).Interpersonal Communication. New York: Pearson

Education, Inc

Cogliser, C. C., Schriesheim, C. A., Scandura, T. A., & Gardner, W. L. (2009). Balance in leader and follower perceptions of leader– member exchange: Relationships with performance and work attitudes. The Leadership Quarterly , 452–465

Cornelissen, J. (2005). Corporate Communications: Theory and Practice. Great Brittain: TJ International Ltd

Dulebohn et al (2012). A Meta Analysis of Antecedents and Consequences of Leader Member Exchange Integrating the Past with an Eye toward the Future. Journal of Management, 38(6), 1715-1759

Ergen, E. (2010). Workplace Communication: A Case Study on Iinformal Communication. International Faculty of the University of Sheffield: City College

Ferreira, A., & Plessis, T. (Vol.11(1) March 2009). Effect of Online Socil Networking Employee Productivity. Peer Reviewed Article, 2-3

Griffin, E. (2012). A First Look at Communication Theory. Singapore: The McGraw- Hill Companies, Inc

Hameed, A., & Amjad, S. (2009). Impact of Office Design on Employees’ Productivity: A Case study of Banking Organizations of Abbottabad, Pakistan. Journal of Public Affairs, Administration and Management, 1-13 Volume 3, Issue 1

Hartog, D. N. & Koopman, P. L.(2011). Leadership in Organizations. Handbook of Industrial, Work and Psychology , 166-182 Volume 2

(13)

Kahai, S. S. & Cooper, R. (2003). Exploring the Core Concepts Of Media Richness Theory: The Impact Of Cue Multiplicity And Feedback Immediacy On Decision Quality. Journal of Management Information Systems, 20(1), 263– 299

Lattimore, D., Heiman, S., & Toth, E. (2009). Public Relations: The Profession and Practice. Singapore: The McGraw-Hill Companies,

Inc

Madlock, P. E. (2008). The Link Between Leadership Style, Communicator Competence And Employee Satisfaction.

Journal of Business Communication, 61-78 Volume 45, Number 1

Nelson, C. (2010) Communication styles and business growth. Journal of Financial Planning, third quarter, p. 8-11

Northouse, P. G. (2001). Leadership: Theory and practice (2nd ed.). Thousand Oaks, CA: Sage

Salacuse, J. W. (2007). Real leaders negotiate. University Business, 10, 2-3

Teven, J. J. (2007). Effects Of Supervisor Social Influence, Nonverbal Immediacy, And Biological Sex On Employees’ Perceptions Of Satisfaction, Liking, And Supervisor Credibility. Communication Quarterly, 55, 155-177

Watson, K. D. (2007) Remote Management: Traditional Leadership Behaviors in a contemporary work environment. Department of physiology, College of arts and science, Kansas State University, Manhattan, Kansas

Referensi

Dokumen terkait

bahwa untuk melaksanakan ketentuan sebagaimana dimaksud dalam huruf a, maka perlu ditetapkan Tata Cara Evaluasi Teknis Pengadaan dan/atau Pemasangan Fasilitas Telekomunikasi

Penelitian ini merupakan penelitian kuantitatif dengan menggunakan rancangan deskripsi analitik observasional yang dilakukan secara potong silang. Populasi pada

Umumnya pada pompa torak dipasang dua buah bejana udara, masing-masing sebuah pada pipa hisap dan sebuah pada pipa hantar, dan diletakkan sedekat mungkin

Kajian ini bertajuk &#34; Penghasilan dan Pengujian Modul Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Mata Pelajaran Seni Reka Fesyen Bagi Kursus Seni Reka Fesyen di

Sedangkan untuk tingkat keaktifan siswa sedang memberikan pengaruh yang sama terhadap hasil belajar matematika dengan tingkat belajar matematika siswa.ketiga

Namun demikian pada usia lebih dari 40 tahun kepuasan konsumen tertinggi teIjadi pada atribut ahli menangani gangguan dengan gap sebesar 0,22, sedangkan kepuasan

positif yang signifikan dari variabel factor internal terhadap kapabilitas inovasi, artinya bahwa semakin baik factor internal yang dimiliki oleh UMKM baik aspek

Penggunaan biofungisida sebagai tindakan untuk mengurangi laju infeksi patogen dapat dilakukan sejak di pembibitan sampai tanaman dewasa di lapang, yang