• Tidak ada hasil yang ditemukan

Terms & Conditions NOTIS UNDANG-UNDANG PENTING. Pendahuluan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Terms & Conditions NOTIS UNDANG-UNDANG PENTING. Pendahuluan"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Terms & Conditions

NOTIS UNDANG-UNDANG PENTING

Pendahuluan

Notis undang-undang ini diguna pakai pada keseluruhan kandungan enjin tempahan ini. Sila ambil sedikit masa untuk membaca Terma dan Syarat Penggunaan (‘Terma Penggunaan’) ini kerana dengan

menggunakan enjin tempahan ini anda menunjukkan penerimaan anda terhadap Terma Penggunaan ini tanpa mengambil kira sama ada anda memilih atau tidak memilih untuk mendaftar dengan kami. Jika anda tidak menerima terma ini, jangan menggunakan enjin tempahan ini. Dengan menggunakan mana-mana bahagian enjin tempahan, anda boleh disifatkan sebagai telah menerima keseluruhan notis undang-undang ini. Berhenti menggunakan enjin tempahan ini dengan serta-merta jika anda tidak menerima dan tidak bersetuju untuk terikat dengan syarat penggunaan.

Enjin tempahan ini dikuasakan oleh teknologi Argus Car Hire dan membolehkan anda untuk menggunakan teknologi Argus Car Hire untuk menempah perkhidmatan kereta sewa daripada pembekal kereta sewa pihak ketiga. Dengan menerima Terma Penggunaan dan/atau menggunakan mana-mana bahagian enjin

tempahan ini, anda bersetuju untuk mengendalikan penggunaan enjin tempahan ini dan teknologi yang menyokongnya serta diperuntukkan dengan enjin tempahan ini selaras dengan Terma Penggunaan dan bahawa Terma Penggunaan itu merupakan perjanjian antara Argus Car Hire dan anda.

Argus Car Hire boleh menyemak notis undang-undang ini pada bila-bila masa dengan mengemas kini pengumuman ini. Anda harus memeriksa enjin tempahan dari semasa ke semasa untuk mengkaji semula notis undang-undang semasa kerana ia mengikat anda. Peruntukan tertentu notis undang-undang ini boleh digantikan dengan notis undang-undang jelas yang khusus atau terma yang terdapat pada halaman

tertentu di enjin tempahan.

Semua rujukan terhadap enjin tempahan dalam Terma Penggunaan ini dianggap sebagai termasuk rujukan terhadap semua tempahan yang dibuat melalui pusat panggilan Argus Car Hire.

Maklumat Mengenai Kami

Laman ini dikendalikan oleh Etrawler, sebuah syarikat berdaftar Ireland yang berniaga sebagai Argus Car Hire, ArgusCarHire dan Holiday Autos (“Argus Car Hire” atau “kami”). Kami didaftarkan di Ireland dengan nombor syarikat 93433 dan mempunyai pejabat berdaftar di Classon House, Dundrum Business Park, Dundrum, Dublin 14, Ireland. Alamat perniagaan utama kami ialah Classon House, Dundrum Business Park, Dundrum, Dublin 14, Ireland. Nombor VAT kami ialah IE4693898K. Anda boleh menghubungi kami melalui telefon pada nombor +44 20 30 26 9152 atau melalui e-mel di info@cartrawler.com. Argus Car Hire

memudahkan tempahan untuk perkhidmatan kereta sewa. Argus Car Hire tidak memiliki atau mengendalikan mana-mana syarikat kereta sewa. Kontrak anda untuk kereta sewa adalah antara anda dan pembekal kereta sewa. Terma dan syarat perjanjian sewaan antara anda dan pembekal kereta sewa boleh didapati di enjin tempahan ini apabila anda memilih jenis pembekal kereta sewa dan memasukkan maklumat lain yang berkaitan. Argus Car Hire tidak memberi jaminan atau membuat representasi yang berkaitan dengan mana-mana pembekal kereta sewa atau apa-apa kereta yang disewakan oleh pembekal kereta sewa. Ia

merupakan tanggungjawab pembekal kereta sewa tersebut sepenuhnya untuk membekalkan anda dengan kereta sewa yang disewa melalui enjin tempahan ini

(2)

Ia merupakan tanggungjawab pembekal kereta sewa tersebut untuk memproses tempahan anda dengan betul. Ketepatan apa-apa sebut harga untuk sewaan kereta yang disediakan oleh enjin tempahan ini dan apa-apa tempahan yang dibuat pada enjin tempahan ini adalah bergantung pada butiran yang anda berikan pada enjin tempahan ini.

Capaian Perkhidmatan

Walaupun Argus Car Hire berusaha untuk memastikan supaya enjin tempahan tersedia secara 24 jam sehari, Argus Car Hire tidak boleh dipertanggungjawabkan jika enjin tempahan ini tidak boleh digunakan atas apa-apa sebab, pada bila-bila masa atau untuk apa-apa tempoh. Capaian ke enjin tempahan mungkin dihentikan buat sementara waktu dan tanpa notis dalam keadaan di mana berlakunya kegagalan sistem, penyelenggaraan atau pembaikan atau atas sebab yang berada di luar kawalan Argus Car Hire.

LIABILITI

Dalam keadaan di mana berlakunya pertikaian antara Argus Car Hire dan anda, liabiliti kami kepada anda, jika ada, adalah terhad kepada jumlah yang dibayar oleh anda untuk kereta sewa.

Dengan ini Argus Car Hire mengecualikan sehingga takat penuh yang dibenarkan oleh undang apa-apa jaminan (sama ada nyata atau tersirat), yang berkaitan dengan kualiti, kelengkapan, prestasi atau

kesesuaian bagi tujuan tertentu (i) apa-apa kereta yang ditempah melalui enjin tempahan ini dan (ii) enjin tempahan ini dan apa-apa kandungan di dalamnya, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, apa-apa

maklumat yang berkaitan dengan sewaan pembekal kereta sewa yang terkandung dalam enjin tempahan ini dan teknologi yang menyokong dan disediakan pada enjin tempahan ini. Argus Car Hire berhak untuk membuat pengubahsuaian pada enjin tempahan pada bila-bila masa. Maklumat pada enjin tempahan ini dikemas kini dari semasa ke semasa. Dengan menggunakan enjin tempahan ini anda mengakui bahawa butiran sewaan dan semua maklumat lain termasuk, tetapi tidak terhad kepada, maklumat berkaitan dengan perjalanan dan percutian yang diterbitkan pada enjin tempahan ini mungkin mengandungi ketidaktepatan atau kesalahan tipografi.

Apa-apa tempahan dibuat oleh anda untuk kereta sewa pada enjin tempahan ini dilakukan dengan pembekal kereta sewa dan bukannya Argus Car Hire. Argus Car Hire dan enjin tempahan ini hanya memudahkan proses penempahan dengan pembekal kereta sewa. Argus Car Hire bukanlah pihak dalam kontrak antara anda dengan pembekal kereta sewa dan tidak mempunyai tanggungjawab atau liabiliti (secara langsung atau tidak langsung) dengan mana-mana pihak berkenaan dengan terma kontrak anda dengan pembekal kereta sewa atau apa-apa masalah yang timbul dengan kereta sewa yang ditempah mengikut kepada kontrak itu atau apa-apa masalah lain antara anda dan pembekal kereta sewa. Dengan membuat tempahan untuk kereta sewa melalui enjin tempahan ini, anda terikat oleh dan disifatkan sebagai telah menerima terma dan syarat pembekal kereta sewa yang berkaitan.

KECUALI SEHINGGA KE SUATU TAKAT YANG BERTENTANGAN DENGAN UNDANG-UNDANG, BAIK ARGUS CAR HIRE MAHUPUN MANA-MANA PENGARAH, PEMILIK, PEKERJA, AHLI GABUNGAN RAKAN KONGSI PERJALANAN KAMI ATAU WAKIL LAIN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB BAGI APA-APA KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG YANG TIMBUL

DARIPADA, ATAU BERKAITAN DENGAN PENGGUNAAN APA-APA MAKLUMAT, PRODUK, PERKHIDMATAN DAN/ATAU MATERIAL YANG DITAWARKAN MELALUI ENJIN TEMPAHAN INI OLEH ANDA, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA KEHILANGAN DATA, PENDAPATAN, KEUNTUNGAN ATAU PELUANG, KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN TERHADAP HARTA DAN TUNTUTAN PIHAK KETIGA, ATAU APA-APA KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN SECARA TIDAK LANGSUNG ATAU BERTURUTAN YANG TIMBUL,

WALAUPUN JIKA ARGUS CAR HIRE TELAH DINASIHATKAN MENGENAI KEMUNGKINAN KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN SEDEMIKIAN ATAU KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN ITU SEMUNASABAHNYA BOLEH

(3)

Penyenaraian apa-apa maklumat perjalanan atau perkhidmatan atau pautan dalam enjin tempahan ini tidak dan tidak harus dianggap sebagai saranan daripada Argus Car Hire atau jaminan atau representasi bahawa maklumat perjalanan atau perkhidmatan itu akan berada pada standard tertentu atau sesuai bagi tujuan anda. Argus Car Hire tidak boleh dalam apa jua cara dipertanggungjawabkan kepada anda jika maklumat atau perkhidmatan itu tidak bersesuaian dengan tujuan anda. Anda harus menggunakan budi bicara anda sendiri apabila menggunakan maklumat ini.

TIADA PENGGUNAAN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG ATAU DILARANG

Sebagai syarat penggunaan enjin tempahan ini oleh anda, anda berjanji kepada Argus Car Hire bahawa anda tidak akan menggunakan enjin tempahan ini untuk apa-apa tujuan yang menyalahi undang-undang atau dilarang oleh atau bertentangan dengan Terma Penggunaan.

UMUR DAN TANGGUNGJAWAB

Dengan menggunakan enjin tempahan ini anda mengesahkan bahawa umur anda adalah layak untuk menggunakan enjin tempahan ini dan mencipta ikatan kewajipan undang-undang bagi apa-apa liabiliti yang mungkin anda tanggung sebagai hasil daripada penggunaan enjin tempahan ini. Dengan menggunakan enjin tempahan ini anda memahami bahawa anda bertanggungjawab, dari segi kewangan dan selainnya, bagi semua penggunaan enjin tempahan ini oleh anda dan sesiapa yang menggunakan maklumat log masuk anda. Argus Car Hire menyarankan supaya anda melindungi maklumat log masuk anda.

PAUTAN KE LAMAN PIHAK KETIGA

Enjin tempahan ini mungkin mengandungi pautan ke sumber yang terletak pada pelayan atau laman web yang dikendalikan oleh pihak selain daripada Argus Car Hire. Jika anda menggunakan pautan ini, anda meninggalkan enjin tempahan ini (laman web). Hiperpautan yang sedemikian dibekalkan sebagai rujukan dan kemudahan anda sahaja. Pemasukan hiperpautan pada enjin tempahan ini ke laman web atau pelayan lain tidak menunjukkan apa-apa pengendorsan material pada laman web atau pelayan sedemikian

(termasuk tetapi tidak terhad kepada material yang berkaitan dengan maklumat perjalanan atau

perkhidmatan) atau apa-apa perkaitan dengan pengendali mereka. Argus Car Hire tidak mengawal dan tidak bertanggungjawab terhadap laman web atau pelayan sedemikian atau pihak yang mengendalikan laman web atau pelayan sedemikian dan selaras dengan itu Argus Car Hire tidak bertanggungjawab atau menanggung liabiliti bagi apa-apa material yang terkandung pada pelayan atau laman web sedemikian, atau ketepatan atau kesahan maklumat yang terkandung pada laman web atau pelayan lain. Anda perlu menggunakan budi bicara anda sendiri apabila berkomunikasi dan menggunakan perkhidmatan daripada laman web dan pelayan lain ini. Jika anda memutuskan untuk mengakses apa-apa laman web pihak ketiga yang dipautkan ke enjin tempahan ini (laman web), anda melakukannya atas risiko anda sendiri secara keseluruhannya.

TERMA LAIN YANG BERKENAAN

Terma penggunaan bagi Bing Maps (“TOU Bing Maps”) [MASUKKAN HIPERPAUTAN KE TOU BING MAPS] menentukan penggunaan Bing Maps oleh anda di laman web kami. Apabila menggunakan Bing Maps anda mestilah mematuhi TOU Bing Maps

SYARAT TEMPAHAN

Sila baca syarat di bawah yang diguna pakai untuk tempahan yang dibuat oleh anda untuk sewaan kereta melalui enjin tempahan ini.

A. Membuat Tempahan

Argus Car Hire beroperasi secara global, maka terdapat tiga jenis model pembayaran perniagaan apabila membuat tempahan seperti yang diterangkan di bawah: Anda membayar deposit tempahan semasa membuat tempahan dan bakinya dibayar kepada pembekal kereta sewa selepas ketibaan; atau Anda membayar keseluruhan kos sewa kereta sewa tersebut semasa anda membuat tempahan dan anda hanya

(4)

membayar untuk petrol/diesel serta tambahan pilihan selepas ketibaan; atau Anda tidak membayar apa-apa semasa membuat tempahan. Argus Car Hire akan membuat tempahan bagi pihak anda tanpa menerima apa-apa wang dan anda akan membayar pembekal kereta sewa keseluruhan kos kereta sewa selepas ketibaan anda.

Model pembayaran untuk tempahan anda adalah bergantung pada lokasi dan/atau pembekal kereta sewa yang digunakan dan anda akan dimaklumkan mengenai apa-apa bayaran pendahuluan sebelum

melengkapkan tempahan anda. Jika berkenaan, anda akan bertanggungjawab untuk membayar baki yang masih tertunggak kepada pembekal kereta sewa. Anda bertanggungjawab pada setiap masa terhadap apa bayaran perkhidmatan/kos tambahan yang diminta oleh anda dan anda bertanggungjawab untuk apa-apa caj perkhidmatan lain yang dikenakan oleh pembekal kereta sewa tersebut. Anda mesti menggunakan kad kredit atau kad debit atau PayPal untuk membuat tempahan melalui enjin tempahan ini. Sila ambil perhatian bahawa tidak semua pembekal kereta sewa akan menerima kad debit atau PayPal. Apabila membuat tempahan dengan kad kredit, kad debit atau PayPal anda melalui enjin tempahan ini, anda bersetuju bahawa jika tempahan dibatalkan lebih dua hari selepas tarikh tempahan dibuat, bayaran pengendalian pembatalan / pentadbiran sebanyak €20 akan diambil oleh Argus Car Hire dan tidak akan dikembalikan. Jika anda perlu membuat apa-apa perubahan kepada tempahan anda, Argus Car Hire mesti menerima makluman daripada anda melalui Sokongan Argus Car Hire menggunakan enjin tempahan, yang memaklumkan Argus Car Hire mengenai butiran yang hendak diubah secara terperinci. Argus Car Hire tidak menjamin bahawa perubahan tersebut boleh diproses; walau bagaimanapun kami akan berusaha untuk mendapatkan hasil yang anda inginkan. Perubahan tidak boleh diproses selepas pengambilan kereta sewa pembekal. Argus Car Hire tidak boleh mengembalikan wang anda jika anda memulangkan kereta yang disewa lebih awal dari yang sepatutnya. Jika anda perlu melanjutkan tempoh sewaan kereta selepas

mengambil kereta sewa (tarikh tidak ditanggung oleh baucer Argus Car Hire), anda mesti membayar secara langsung kepada pembekal kereta sewa mengikut kadar sewa tempatan yang diguna pakai pada ketika itu. Apabila melakukan penempahan, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memaklumkan kepada

pembekal kereta sewa, jika perlu, mengenai apa-apa keadaan fizikal atau mental yang berkaitan dengan sewaan kereta. Jika berlaku kemalangan, mungkin terdapat implikasi insurans jika anda gagal untuk

memaklumkan pembekal kereta sewa mengenai keadaan tersebut. Anda akan perlu menunjukkan, semasa mengambil kereta anda, lesen kereta penuh (Lesen UK mempunyai dua bahagian) daripada negara asal anda, pasport yang sah dan kad kredit yang sah di bawah nama penyewa (pemandu). Jika berlaku kegagalan untuk menunjukkan dokumen yang diperlukan, pembekal kereta sewa mungkin enggan menyerahkan kereta dan tiada pengembalian wang akan dilakukan. Jika anda membuat tempahan tetapi tidak mengambil kereta sewa tersebut, tiada pengembalian wang akan dilakukan. Sila ambil perhatian bahawa jika berlaku kelewatan dalam ketibaan, adalah menjadi tanggungjawab pelanggan itu untuk menghubungi pembekal kereta sewa tersebut. Dalam keadaan di mana berlakunya pembatalan atau kelewatan penerbangan, Argus Car Hire tidak akan bertanggungjawab ke atas pembayaran yang telah dilakukan. Pengembalian wang mesti dituntut daripada insurans percutian.

B. Pengesahan Tempahan

Apabila tempahan anda disahkan, Argus Car Hire akan mengeluarkan pengesahan tempahan bagi pihak pembekal kereta sewa untuk setiap tempahan, tetapi tidak berjanji untuk memasukkan caj bagi

perkhidmatan tambahan atau butiran mengenai caj perkhidmatan atau cukai yang dicaj oleh pembekal kereta sewa ataupun perkhidmatan tambahan yang diminta oleh anda semasa mengambil kereta sewa. Argus Car Hire menyarankan supaya anda memeriksa butiran tempahan dengan teliti, misalnya, negara, lokasi dan tempoh sewaan. Jika terdapat apa-apa percanggahan, anda harus memaklumkan Argus Car Hire dengan segera melalui enjin Laman web kami, menyatakan dengan jelas mengenai butiran sebenar

percanggahan tersebut. Argus Car Hire menasihatkan supaya anda membaca dan mematuhi terma dan syarat pembekal kereta sewa (yang boleh didapati di enjin tempahan ini tetapi mungkin ditukar oleh

(5)

menyediakan kereta sewa kepada anda semasa penerimaan pengesahan tempahan. Nombor tempahan yang disertakan dalam pengesahan tempahan hendaklah dinyatakan dalam semua pertanyaan,

pembatalan atau pengubahan tempahan. C. Pembatalan

Jika anda ingin membatalkan tempahan, satu-satunya kaedah yang diterima ialah melalui Laman web Argus Car Hire. Jangan membatalkan tempahan anda dengan pembekal kereta sewa secara langsung kerana bayaran tambahan mungkin akan dikenakan. Jika Argus Car Hire menerima notis pembatalan dalam masa empat puluh lapan (48) jam daripada tarikh kereta sewa ditempah, semua wang akan dikembalikan dengan sepenuhnya kepada anda. Jika Argus Car Hire menerima notis pembatalan lebih daripada empat puluh lapan (48) jam selepas tarikh kereta sewa ditempah, semua wang, kecuali bayaran pengendalian pembatalan / pentadbiran sebanyak €20, akan dikembalikan kepada anda. Dalam keadaan di mana berlakunya pembatalan tempahan dan keseluruhan jumlah sewa sepatutnya dibayar semasa ketibaan kereta sewa itu, tiada bayaran yang dikenakan untuk pembatalan tersebut.

Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk membatalkan sendiri apa-apa produk sampingan yang mungkin telah dibeli oleh anda semasa menempah kereta sewa anda. Ini termasuklah produk seperti Insurans Tiada Lebihan yang disediakan oleh pihak ketiga seperti Allianz. Dalam keadaan di mana anda membatalkan atau meminda tempahan kad kredit/debit, Argus Car Hire tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa

kehilangan kewangan yang dialami oleh anda disebabkan oleh perubahan dalam nilai pertukaran wang antara tempoh tempahan asal anda dengan tempoh pembatalan atau pindaan selepas tarikh tempahan asal (mana-mana yang berkenaan). Tiada pembatalan dibenarkan selepas tarikh dan masa tempahan mula berjalan.

D. Harga

Argus Car Hire berusaha memastikan supaya harga yang dinyatakan semasa tempahan dibuat pada enjin tempahan ini adalah tepat dari semua segi yang berkenaan. Walau bagaimanapun, Argus Car Hire berhak untuk meminda harga yang dinyatakan semasa tempahan dilakukan, jika berlaku kesilapan yang nyata dan ketara pada harga yang dinyatakan. Argus Car Hire akan berusaha untuk memaklumkan pelanggan dengan secepat yang mungkin jika harga yang dinyatakan semasa tempahan adalah salah. Dalam keadaan di mana berlakunya pertukaran dalam harga yang dinyatakan semasa tempahan dilakukan, pelanggan boleh memilih untuk membayar harga yang dipinda tersebut atau pelanggan akan layak untuk mendapat

pengembalian wang bagi seluruh jumlah yang telah dibayar. Kadar pertukaran asing yang digunakan oleh Argus Car Hire untuk memaparkan harga dalam mata wang yang dipilih oleh pelanggan dikemas kini dengan kerap. Kadar pertukaran asing yang digunakan oleh syarikat kad kredit anda mungkin berbeza. Argus Car Hire tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi apa-apa percanggahan antara harga yang

dipaparkan oleh Argus Car Hire dan jumlah yang dikenakan oleh syarikat kad kredit anda yang disebabkan oleh kadar pertukaran yang digunakan.

E. Prosedur Aduan:

Aduan hanya diterima secara bertulis dan mesti dilog ke Sokongan Argus Car Hire dan diterima dalam tempoh 30 hari selepas selesainya urusan (tarikh pemulangan kereta sewa). Aduan yang diterima selepas tempoh ini tidak akan diproses.

TIADA LIABILITI DALAM TRANSAKSI KAD KREDIT ATAU KAD DEBIT

Argus Car Hire berusaha untuk memastikan semua transaksi kad kredit dan kad debit di enjin tempahan ini adalah selamat. WALAU BAGAIMANAPUN, jika caj yang tidak dibenarkan tertera pada penyata kad kredit atau penyata kad debit anda untuk apa-apa kad yang digunakan pada enjin tempahan ini pada bila-bila masa ketika atau selepas anda membuat tempahan anda, melakukan transaksi anda atau mendedahkan butiran kad anda pada enjin tempahan ini, Argus Car Hire tidak boleh dipertanggungjawabkan dalam apa jua cara terhadap apa jua kerosakan atau kerugian yang dialami oleh anda yang diakibatkan oleh atau

(6)

dalam apa jua cara berkaitan dengan penggunaan yang dinyatakan, transaksi atau pendedahan, tertakluk hanya kepada apa-apa hak berkanun yang mungkin anda miliki. Sila ambil perhatian bahawa enjin

tempahan ini adalah VeriSign selamat.

HAK CIPTA, NOTIS DAN LESEN TERHAD

Semua maklumat dalam enjin tempahan ini adalah termasuk tetapi tidak eksklusif kepada, kandungan, teks, grafik, imej , nama perniagaan, struktur, fotografi, butang, kerja seni, kod komputer dilindungi oleh hak cipta, pelbagai undang-undang harta intelek dan undang-undang di bawah undang-undang dan perjanjian antarabangsa dan hanya tersedia untuk anda bagi tujuan peribadi. Melainkan jika anda telah menerima persetujuan bertulis daripada Car Trawler yang menyatakan sebaliknya, anda hanya boleh menggunakan enjin tempahan dan kandungannya untuk tujuan peribadi dan tidak bersifat komersil. Anda tidak mempunyai kebenaran untuk mengubah suai salinan, mengedar, mengumpul semak, memindahkan, menghasilkan semula atau memaparkan apa-apa yang di atas bagi kegunaan peribadi atau perniagaan. Dengan meneruskan untuk mencapai enjin tempahan ini, anda bersetuju:

Tidak menggunakan enjin tempahan untuk membuat apa-apa spekulasi atau tempahan palsu; Tidak menggunakan enjin tempahan untuk menyelidik mengenai pembekal atau harga pembekal;

Tidak menggunakan nama “Argus Car Hire” atau mana-mana jenama Argus Car Hire untuk tujuan komersil tanpa mendapatkan persetujuan bertulis terlebih dahulu daripada Argus Car Hire; dan

Tidak menghasilkan semula material daripada enjin tempahan ini (Laman web) untuk tujuan komersil.

PENAFIAN

Enjin tempahan ini disediakan untuk pengguna dengan sedia ada dan Argus Car Hire tidak menjamin atau membuat representasi bahawa (i) enjin tempahan ini atau teknologi (pelayan dll.) yang menjadikannya tersedia dan menyokongnya adalah bebas ralat atau kesilapan atau (ii) maklumat yang diposkan pada enjin tempahan ini adalah bebas daripada jangkitan virus atau apa-apa yang lain dengan sifat yang tercemar atau perosak. Argus Car Hire tidak menerima tanggungjawab terhadap apa-apa jangkitan atau kesan daripada aplikasi yang berbahaya seperti, tetapi tidak terhad kepada, virus, Trojan, pengacauan, penipuan atau kecurian, ralat, kegagalan teknikal, peninggalan, kelewatan, capaian tanpa izin atau apa-apa kejadian yang merosakkan pentadbiran, komunikasi dan integriti enjin tempahan ini.

PENEPIAN

Kegagalan kami untuk menguatkuasakan pada bila-bila masa untuk apa-apa tempoh bagi satu atau lebih Terma Penggunaan tidak boleh menjadi penepian bagi Terma Penggunaan tersebut atau hak yang didatangkan bersamanya.

PENGEPALA DAN ARGUS CAR HIRE

Pengepala yang digunakan dalam Terma Penggunaan ini hanyalah untuk rujukan sahaja dan tidak boleh mempengaruhi makna atau bidang Terma Penggunaan ini. Argus Car Hire ialah nama perniagaan yang dimiliki oleh Etrawler dan semua rujukan kepada Argus Car Hire dalam Terma Penggunaan ini dianggap sebagai termasuk rujukan kepada Etrawler. Semua rujukan terhadap enjin tempahan (Laman web) dalam Terma Penggunaan ini dianggap sebagai termasuk rujukan terhadap semua tempahan yang dilakukan melalui pusat panggilan Argus Car Hire.

PENGUBAHSUAIAN TERMA PENGGUNAAN

Argus Car Hire berhak untuk menukar Terma Penggunaan dan kandungan enjin tempahan ini untuk sebarang sebab dan tanpa notis terlebih dahulu dan tanpa liabiliti terhadap anda, mana-mana pengguna lain atau mana-mana pihak ketiga. Hak ini tidak akan mempengaruhi Terma Penggunaan yang diterima oleh anda, pengguna, apabila membuat tempahan atau pembelian yang sah menggunakan enjin tempahan ini. Anda harus memeriksa Terma Penggunaan ini untuk apa-apa perubahan setiap kali anda mencapai enjin tempahan ini. Pembekal kereta sewa mungkin dari semasa ke semasa menukar terma dan syarat mereka (yang boleh didapati di enjin tempahan ini) yang menjadi dasar apabila pembekal kereta sewa menyediakan

(7)

kereta sewa untuk anda. Argus Car Hire tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung liabiliti jika terma dan syarat pembekal kereta sewa yang terdapat di enjin tempahan ini telah ditukar atau ditukar oleh pembekal kereta sewa.

TERMA DAN SYARAT AM

Terma Penggunaan dan penggunaan serta capaian anda ke enjin tempahan ini ditentukan oleh undang-undang Republik Ireland. Mahkamah Republik Ireland akan mempunyai bidang kuasa eksklusif terhadap semua pertikaian yang timbul antara anda dan Argus Car Hire yang bagi atau berkaitan dengan

penggunaan enjin tempahan ini oleh anda. Penggunaan enjin tempahan ini tidak diizinkan dalam sebarang bidang kuasa yang tidak memberi kuat kuasa kepada semua peruntukan Terma Penggunaan termasuklah perenggan ini dengan tanpa had. Anda bersetuju bahawa tiada perhubungan, rakan kongsi, pekerjaan atau perhubungan agensi wujud antara anda dan Argus Car Hire sebagai hasil Terma Penggunaan atau

penggunaan enjin tempahan ini oleh anda. Prestasi Terma Penggunaan kami adalah tertakluk kepada undang-undang dan proses undang-undang sedia ada dan tiada apa-apa yang terkandung dalam persetujuan ini boleh menghalang Argus Car Hire daripada mematuhi apa-apa permintaan penguatkuasa undang-undang atau pihak berkuasa kerajaan atau keperluan berkaitan dengan penggunaan enjin tempahan ini oleh anda atau maklumat yang diperuntukkan kepada atau dikumpul oleh Argus Car Hire berkenaan dengan penggunaan sedemikian dan Argus Car Hire tidak akan menanggung liabiliti berkenaan dengan pematuhan sedemikian. Walaupun Argus Car Hire tidak boleh mengawasi kelakuan penggunanya, ia adalah pelanggaran bagi Terma Penggunaan ini untuk menggunakan apa-apa maklumat yang diperoleh daripada enjin tempahan ini untuk mengganggu, menganiaya atau mencederakan orang lain, atau untuk menghubungi, mengiklankan kepada, mendapatkan atau menjual kepada mana-mana pengguna atau orang tanpa persetujuan yang jelas daripada mereka terlebih dahulu.

DASAR PRIVASI

Dasar Privasi kami juga diguna pakai terhadap penggunaan laman [MASUKKAN SEBAGAI PAUTAN KE DASAR PRIVASI LAMAN] ini oleh anda, yang menetapkan terma yang kami gunakan untuk memproses apa-apa data peribadi yang kami kumpulkan daripada anda, atau yang anda berikan kepada kami. Dengan menggunakan laman kami, anda bersetuju dengan pemprosesan sedemikian dan anda menjamin bahawa semua data yang diberikan oleh anda adalah tepat.

Argus Car Hire berhak sepenuhnya untuk meminda Pernyataan Privasi dan Keselamatan ini pada bila-bila masa dan anda harus memeriksa dasar privasi ini secara berkala bagi sebarang pindaan. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hantar pertanyaan anda kepada Laman web kami

Referensi

Dokumen terkait

PT Mandiri Manajemen Investasi terdaftar dan diawasi oleh Otoritas Jasa Keuangan, dan setiap penawaran produk dilakukan oleh petugas yang telah terdaftar dan diawasi oleh Otoritas

Bahwa berdasarkan Peraturan Presiden Republik Indonesia Nomor 54 Tahun 2010 sebagaimana telah diubah terakhir dengan Peraturan Presiden Republik Indonesia Nomor 04 Tahun 2015

Manajer Investasi dapat menghitung sendiri Nilai Pasar Wajar dari Efek tersebut dengan itikad baik dan penuh tanggung jawab berdasarkan metode yang menggunakan asas konservatif

Apabila Pimpinan Perusahaan tidak bisa/berhalangan hadir dapat di wakilkan oleh Pengurus yang namanya tercantum dalam Akte Perusahaan dengan membawa surat Kuasa/ Tugas bermaterai

Mandor Pemasangan Rangka Atap Baja Ringan (TS 056) 1

Mohammad Ibn Ishaaq stated of Wahb Ibn Munbah said that when Allah took Kalih Ibn Yofra (Jephtha) after Joshua, Ezekiel Ibn Buzi succeeded him as the prophet to the Israelites..

[r]

Dengan ini diberitahukan bahwa setelah diadakan penelitian oleh Kelompok Kerja Konstruksi IV (empat) ULP Kabupaten Lampung Tengah menurut ketentuan – ketentuan yang berlaku,