• Tidak ada hasil yang ditemukan

UNDANG-UNDANG PERMAINAN SEPAKTAKRAW 4 PEMAIN.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "UNDANG-UNDANG PERMAINAN SEPAKTAKRAW 4 PEMAIN."

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

UNDANG-UNDANG PERMAINAN SEPAKTAKRAW 4 PEMAIN.

1. GELANGGANG

1.1 Luas gelanggang adalah 13.4 m x 6.1 m, bebas dari sebarang rintangan sehingga 8 m tinggi dari permukaan lantai gelanggang.

1.2 Lebar semua garisan gelanggang tidak melebihi 0.04 m di ukur ke dalam dari tepi ukuran gelanggang.

1.3 Garisan sempadan gelanggang hendaklah di ukur 3.0 m dari garisan tepi gelanggang dan bebas dari sebarang rintangan.

1.4 Garisan Tengah

Garisan tengah selebar 0.02 m yang membahagikan gelanggang kepada dua bahagian gelanggang.

2. TIANG

2.1 Ketinggian tiang ialah 1.55 m (1.45 m untuk wanita) di ukur dari permukaan gelanggang dan ianya hendaklah teguh dan kukuh untuk regangan jaring. Jejarinya tidak melebihi 0.04 m.

2.2 Kedudukan tiang-tiang hendaklah didirikan 0.3 m jaraknya dari garisan tepi dan sebaris dengan garisan tengah gelanggang.

(2)

3. JARING

3.1 Jaring hendaklah diperbuat daripada nylon yang halus dan siratnya berukuran 0.06 m hingga 0.08 m.

3.2 Lebar jaring adalah 0.7 m dan panjang jaring tidak kurang dari 6.10 m selari dengan garisan tengah gelanggang.

3.3 Di kedua-dua hujung jaring dilekatkan pita 0.05 m sebagai sempadan dari atas ke bawah dan kedudukan sebaris menegak dengan garisan tepi. Ianya juga sebahagian daripada net.

3.4 Di bahagian atas dan bawah jaring hendaklah di lapik dengan pita 0.05 m yang di perkuat dengan benang atau nylon. Pita berfungsi sebagai pengampu tali regangan di atas paras tiang.

3.5 Ketinggian jaring di bahagian tengah ialah 1.52 m untuk lelaki dan 1.45 m untuk wanita, manakala di bahagian tiang jaring 1.55 m untuk lelaki dan 1.45 m untuk wanita.

4. BOLA TAKRAW

4.1 Bola takraw yang dulunya diperbuat daripada rotan hendaklah berbentuk bulat, ianya diperbuat daripada satu lapis fiber sintetik.

4.2 Bola takraw mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:-

4.2.1 Mempunyai 12 lubang.

4.2.2 Mempunyai 20 pertemuan silang.

4.2.3 Ukuran garis lilitnya mestilah diantara 0.41 m hingga 0.43 m untuk pemain

lelaki dan 0.42 m hingga 0.44 m untuk pemain wanita.

4.2.4 Berat bola sebelum dimainkan di antara 170 g hingga 180 g untuk pemain

lelaki dan 150 g hingga 160 g untuk pemain wanita.

4.3 Bola takraw boleh mempunyai satu warna, pelbagai warna dan warna yang terang tetapi tidak mempunyai warna yang boleh mengganggu prestasi pemain.

4.4 Bola takraw juga boleh diperbuat daripada getah sintetik atau pun bahan lembut tahan lama (durable material ) bagi membaluti permukaan bola dan ianya tidak akan boleh mencederakan pemain. Pengeluar bola takraw ini hendaklah mendapat kelulusan daripada ISTAF sebelum dimainkan di mana - mana kejohanan antarabangsa.

4.5 Kejohanan antarabangsa yang mendapat restu ISTAF termasuk Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan SEA hendaklah menggunakan bola takraw yang telah diluluskan oleh pihak ISTAF sahaja.

(3)

5. PEMAIN-PEMAIN

5.1 Acara Antara Regu

5.1.1 Setiap regu hendaklah mempunyai minimum 4 orang pemain dan maksimum 6 orang

pemain (1 regu mempunyai 4 orang pemain dan 2 orang pemain simpanan ) yang kesemua mesti didaftarkan.

5.1.2 4 orang pemain mestilah berada di gelanggang semasa diperkenalkan.

5.1.3 Mana-mana regu yang pemainnya kurang daripada 4 orang, tidak dibenarkan bermain

di kejohanan tersebut dan dianggap kalah.

5.2 Acara Berpasukan

Setiap Pasukan hendaklah mempunyai 2 Regu ( 8 pemain dan 4 pemain simpanan )

5.2.1 Pemain yang melakukan servis hendaklah berdiri dibelakang garisan gelanggang. 5.2.2 3 orang pemain lagi hendaklah berdiri diam didalam gelanggang menghadap

pihak lawan semasa sepakmula di lakukan.

5.2.3 Bagi menghalang pemain daripada dengan sengaja menganggu atau menghalang penglihatan pemain pihak lawan maka pemain adalah dilarang mengangkat tangan lebih daripada paras bahu atau melakukan tindakan dengan sengaja mengganggu pihak lawan sehingga sepak mula dilakukan.

6. PERALATAN / PAKAIAN PEMAIN

6.1 Semua pakaian pemain hendaklah bersesuaian dan menepati ciri-ciri kejohanan sepaktakraw. Mana-mana peralatan yang boleh menolong melajukan bola atau mempercepatkan pergerakan pemain dan membahayakan pemain adalah dilarang sama sekali.

6.2 Bagi mengelakkan kekeliruan, pasukan yang bertanding hendaklah memakai warna jersi yang berlainan.

6.3 Setiap pasukan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua set Jersi/T-shirt, yang berwarna cerah dan berwarna gelap. Jika kedua-dua pasukan yang bertanding memakai warna jersi yang sama maka jersi pasukan tuan rumah hendaklah ditukar. Jika dari pasukan yang berlainan negara maka mana-mana negara yang dinamakan dahulu dalam pendaftaran hendaklah menukar jersi.

6.4 Pemain hendaklah memakai Jersi / T-Shirt, seluar pendek, stoking, dan kasut sukan bertapak getah dan tidak bertumit tinggi. Pakaian adalah merupakan sebahagian daripada anggota badan. Jersi / T-Shirt hendaklah dimasukkan ke dalam seluar. Sekiranya cuaca sejuk, pemain dibenarkan memakai track-suits.

(4)

6.5 Semua pakaian pemain hendaklah bernombor di bahagian depan dan belakang. Setiap pemain hendaklah memakai nombor jersi ( dari 1 hingga 36 ) yang sama untuk keseluruhan kejohanan.

Nombor hendaklah berukuran 19 cm tinggi di bahagian belakang dan berukuran tidak kurang 10 cm di bahagian depan ( bahagian tengah dada ).

Nama pemain hendaklah berada di belakang bahagian atas nombor pakaian di mana bersesuaian saiz dan nampak jelas semasa siaran untuk tatapan televisyen.

Pakaian pemain boleh mempunyai logo penaja dibahagian hadapan pakaian pemain dimana haruslah mengikut peraturan pertandingan.

Logo atau lambang melainkan logo pengeluar pakaian tidak boleh diletakkan.

6.6 Ketua regu hendaklah memakai ‘Arm Band’ di lengan kiri.

6.7 Mana - mana pakaian yang tidak mempunyai spesifikasi yang dinyatakan di dalam Undang-Undang Permainan ini, hendaklah mendapat kelulusan daripada pihak Teknikal ISTAF terlebih.

7. GANTIAN PEMAIN

Acara Regu Empat Pemain

7.1 Setiap pemain cuma boleh bermain untuk satu regu sahaja bagi mana-mana acara berpasukan yang melibatkan lebih dari satu regu.

7.2 Gantian pemain boleh dibenarkan pada bila-bila masa dengan permintaan Pengurus Pasukan / Jurulatih Rasmi kepada Pengadil semasa bola tidak di dalam permainan.

7.3 Dalam acara Regu, setiap regu boleh menamakan maksimum dua (2) orang pemain

simpanan bagi setiap perlawanan di samping 4 pemain yang sedia ada. Setiap Regu dibenarkan membuat maksimum dua (2) kali pertukaran bagi setiap set.

Dalam acara Berpasukan , setiap regu boleh menamakan maksimum (2) dua orang pemain simpanan bagi setiap perlawanan di samping 4 pemain yang sedia ada . Setiap

Regu dibenarkan membuat maksimum dua (2) kali pertukaran bagi setiap set. Semua

pertukaran pemain hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengadil Rasmi dan pertukaran hendaklah dilakukan di tepi gelanggang di mana Pengadil bertugas nampak semasa pertukaran pemain dilakukan. Pertukaran pemain boleh dilakukan

apabila antara kiraan mata telah dijalankan atau semasa permulaan set.

Satu (1) atau lebih pertukaran pemain boleh dilakukan dalam masa yang sama ( bagi acara regu sahaja )

Jika Regu memulakan set dengan pemain yang berbeza dari set yang sebelumnya, maka dianggap pertukaran telah dilakukan untuk set yang baru.

(5)

7.4 Setiap regu dibenarkan membuat pertukaran pemain atas sebab kecederaan. Sekiranya kedua-dua pertukaran pemain belum dilakukan di dalam set tersebut. Jika kedua-dua pertukaran pemain telah dilakukan, maka perlawanan dihentikan dan regu ini dianggap kalah.

7.5 Mana-mana regu yang mempunyai kurang daripada 4 orang pemain tidak dibenarkan meneruskan perlawanan dan dianggap kalah.

7.6 Jika pemain diperintah keluar gelanggang (dikenakan kad merah) maka regu tersebut

dibenarkan membuat pertukaran pemain sekiranya kedua-dua pertukaran masih belum dilakukan di dalam set tersebut. Jika kedua-dua pertukaran telah dilakukan dalam set tersebut, maka perlawanan akan ditamatkan dan regu pemain yang dikenakan kad merah dianggap kalah.

8. UNDIAN DAN WARM UP

8.1 Sebelum permainan dimulakan, Pengadil akan membuat undian dengan kehadiran

kedua-dua ketua regu. Ketua regu yang memenangi undian akan memilih sama ada (i) Sepak Mula atau (ii) Petak gelanggang. Regu yang kalah undian hendaklah memilih baki pilihan Regu yang menang undian. Kedua-dua Regu hendaklah mematuhi keputusan Pengadil.

8.2 Regu memenangi undian akan memulakan ‘Warm-Up’ selama 2 minit dan diikuti oleh regu yang satu lagi. Hanya 6 orang sahaja yang dibenarkan bergerak bebas di dalam gelanggang dengan menggunakan bola rasmi.

9. KEDUDUKAN PEMAIN SEMASA SEPAK MULA

9.1 Semasa permainan akan bermula, semua pemain mestilah berada di posisi masing-masing dalam keadaan bersedia.

9.2 Kedua-dua kaki pemain yang melakukan sepakmula hendaklah berdiri dibelakang, garisan belakang gelanggang.

9.3 3 orang pemain lagi hendaklah berdiri diam didalam gelanggang menghadap pihak

lawan semasa sepakmula di lakukan.

Bagi menghalang pemain daripada dengan sengaja menganggu atau menghalang

penglihatan pemain pihak lawan maka pemain adalah dilarang mengangkat tangan lebih daripada paras bahu atau melakukan tindakan dengan sengaja mengganggu pihak lawan sehingga sepak mula dilakukan.

(6)

10. PERMULAAN PERMAINAN DAN SEPAK MULA.

10.1 Perlawanan dikendalikan oleh seorang Pengadil ( berada di salah satu

hujung

Jaring ), seorang Pembantu Pengadil ( berada bertentangan dengan Pengadil ), seorang Pengadil Rasmi ( berada di belakang Pengadil ), seorang Pengadil Garisan dipenjuru belakang garisan gelanggang sebelah kanan Pengadil dan seorang lagi Pengadil Garisan di penjuru belakang garisan gelanggang sebelah kanan Pembantu Pengadil.

Pengadil akan dibantu oleh Pengadil Rasmi bagi memantau keadaan diluar gelanggang.

Regu melakukan sepak mula ( servis ) akan melakukan tiga (3) kali sepakan berturut-turut dan disambung oleh pihak lawan tiga (3) sepakan berberturut-turut-berturut-turut.

Pertukaran sepak bergilir-gilir selepas tiga (3) mata, tanpa mengira mana pihak yang mendapat mata.

Pada mata dius ( bila kedua-dua regu pada mata 14-14 ) servis akan bertukar pada setiap mata.

Regu yang menerima servis akan melakukan servis pada set seterusnya. Tukar petak sebelum memulakan setiap set.

10.2 Sepak mula hendaklah dilakukan oleh Tekong dengan melambung sendiri bola, setelah Pengadil mengumumkan mata. Sepak mula akan di ulang semula sekiranya Tekong membuat sepak mula sebelum Pengadil mengumumkan mata dan amaran lisan diberi sekali sahaja kepada pemain tersebut. Kesalahan berikutnya adalah batal. Sepak mula bola dilakukan di sepanjang belakang garisan gelanggang.

10.3 Sebaik sahaja Tekong melakukan sepak mula, semua pemain bebas bergerak di dalam gelanggang masing-masing.

10.4 Sepak mula diakui sah jika bola melepasi atas jaring sama ada menyentuh jaring atau tidak, melalui antara dua pita sempadan dan jatuh di dalam gelanggang pasukan lawan.

11. PERKARA-PERKARA BATAL 11.1 Pihak Sepak Mula

11.1.1 Tekong (server) memain-mainkan bola (menghempas, mencampak dan lain-lain

(7)

11.1.2 Mana – mana Apit mengangkat kaki atau memijak garisan, garisan tengah atau melintasi atau menyentuh jaring semasa membuat campakan untuk servis

11.1.3 Tekong (server) melompat atau lain - lain bahagian anggota badan menyentuh

atau melepasi garisan belakang gelanggang semasa membuat sepak mula.

11.1.4 Tekong tidak menyepak bola yang dilambungnya sendiri.

11.1.5 Bola menyentuh pemainnya sebelum melintasi gelanggang sendiri.

11.1.6 Bola melintasi jaring tetapi jatuh di luar gelanggang.

11.1.7 Bola tidak melepasi gelanggang lawan.

11.1.8 Pemain menggunakan tangan atau lain - lain bahagian tangan semasa

melakukan sepakan walaupun tangan tidak menyentuh bola tetapi menyentuh lain object bagi membantu melakukannya.

11.1.9 Tekong (server) melakukan sepak mula sebelum Pengadil mengumumkan mata

untuk kali kedua dan seterusnya.

11.2 Pihak Sepak Mula Dan Penerima Sepak Mula.

11.2.1 Melakukan tingkah-laku yang boleh menganggu atau membuat bising atau

menengking pihak lawan.

11.3 Kedua-dua Pihak Semasa Permainan.

11.3.1 Mana-mana pemain menyentuh bola di kawasan gelanggang lawan.

11.3.2 Mana-mana bahagian anggota pemain memasuki kawasan gelanggang lawan

sama ada diatas atau dibawah jaring termasuk memijak garisan tengah gelanggang kecuali semasa ‘follow-through’.

11.3.3 Memainkan bola melebihi tiga kali berturutan.

11.3.4 Bola menyentuh tangan.

11.3.5 Memberhentikan atau mengepit bola dibawah tangan / lengan antara kedua -

dua paha / kaki atau badan.

11.3.6 Sebarang anggota atau peralatan pemain seperti kasut, jersi, pelilit kepala dan

lain-lain menyentuh jaring, tiang, kerusi pengadil atau jatuh ke kawasan gelanggang lawan.

(8)

11.3.8 Pemain yang menggunakan peralatan atau objek yang boleh membantu membuat sepakan.

12. SISTEM KIRAAN MATA

12.1 Apabila perkara batal dilakukan oleh pihak sepak mula atau penerima sepak

mula, satu mata akan diberi kepada pihak lawan.

12.2 Setiap set dimenangi oleh regu yang mendapat mata lima belas (15) dengan kelebihan

minimum dua (2) mata.

Bila regu terikat mata 14-14, set tersebut dimenangi apabila mana-mana regu mendapat kelebihan dua (2) mata atau mana-mana regu mencapai mata tujuhbelas (17) ( yang mana dahulu ).

Apabila regu terikat mata 14-14, maka pengadil akan membuat pengumuman ’lanjutan mata 17’

12.3 Setiap perlawanan ( Regu dan Double ) dijalankan dalam 5 set ( best of 5-set ) dua

minit rehat antaranya dan di mana regu yang memenangi 3 set terdahulu daripada 5 set dikira memenangi perlawanan. Set akan dikenali dengan set pertama, kedua ketiga, keempat dan kelima.

Dalam perlawanan Berpasukan ia akan dijalankan dalam 3 set ( best of 3-set ) dengan 2 minit rehat antaranya dan di mana pasukan yang memenangi 2 set terdahulu daripada 3 set dikira memenangi perlawanan. Set akan dikenali dengan set pertama, kedua dan ketiga.

12.4 Dalam set kelima (acara Regu dan Double) dan set ketiga (acara Berpasukan), tukar

petak gelanggang akan dilakukan apabila satu regu mendapat mata 8.

13. REGU KETIGA

13.1 Regu.

13.1.1 Dalam set kelima tukar petak gelanggang akan dilakukan apabila satu regu

mendapat mata 8.

13.2 Pasukan

13.2.1 Jika Pasukan terikat satu sama, keputusan akan diputuskan dengan permainan Regu ketiga, ia akan dijalankan dalam 3 set ( best of 3-set ) dengan 2 minit rehat antaranya dan di mana pasukan yang memenangi 2 set terdahulu daripada 3 set dikira memenangi perlawanan. Set akan dikenali dengan set pertama, kedua dan ketiga.

(9)

13.2.2 Setiap set dimenangi oleh regu yang mendapat mata lima belas (15) dengan kelebihan minimum dua (2) mata.

Bila regu terikat mata 14-14, set tersebut dimenangi apabila mana-mana regu mendapat kelebihan dua (2) mata atau mana-mana regu mencapai mata tujuhbelas (17) ( yang mana dahulu ).

Apabila regu terikat mata 14-14, maka pengadil akan membuat pengumuman ’lanjutan mata 17’

13.2.3 Setiap Pasukan akan memilih mana-mana 4 pemain dan 2 pemain simpanan daripada 12 pendaftaran pemain untuk pusingan tie break.

14. REHAT (TIME-OUT)

14.1 Setiap Regu berhak meminta satu minit rehat ( time out ) sekali untuk setiap set.

Rehat boleh diminta oleh Pengurus pasukan atau Jurulatih semasa bola tidak berada dalam permainan.

Cuma 4 orang pemain sahaja bagi setiap regu dibenarkan berada di belakang garisan gelanggang semasa satu minit rehat untuk acara Double, 5 orang pemain untuk acara Regu dan 5 orang pemain untuk acara berpasukan.

Tidak ada lagi rehat yang di berikan secara otomatik

14.2 6 orang iaitu 4 pemain dan dua yang lain berpakaian kemas serta berlainan daripada pemain.

15. PERMAINAN TERGENDALA

15.1 Pengadil boleh memberhentikan permainan jika berlaku halangan, gangguan atau pemain tercedera dan memerlukan rawatan segera, tidak melebihi 5 minit ntuk setiap regu.

15.2 Pemain yang tercedera dibenarkan berehat dan menerima rawatan sehingga 5 minit. Jika selepas 5 minit, pemain tidak berupaya bermain, gantian pemain mestilah dibuat. Jika regu ini telah membuat pertukaran pemain maka regu lawan akan dikira sebagai pemenang.

15.3 Cuma Pengadil Rasmi sahaja boleh menhentikan perlawanan apabila berlaku gangguan atau halangan dengan kebenaran Jawatankuasa Pertandingan.

(10)

15.4 Semasa tempoh permainan diberhentikan semua pemain tidak dibenarkan keluar dari gelanggang untuk minum atau mendapat tunjuk ajar.

16. TATATERTIB ( DISIPLIN)

16.1 Semua pemain mestilah mematuhi Undang -Undang Permainan.

16.2 Hanya Ketua Regu sahaja dibenarkan berjumpa Pengadil jika ada sebarang pertanyaan atau inginkan kepastian mengenai keputusan yang dibuat dan Pengadil hendaklah menerangkan terhadap keputusan yang telah dibuatnya.

16.3 Pengurus / Jurulatih Rasmi dan Pegawai di larang membantah keputusan Pengadil semasa pertandingan sedang berjalan. Ini boleh menjejaskan kelancaran pertandingan. Tindakan disiplin boleh diambil terhadap pegawai berkenaan.

17. HUKUMAN. 17.1 KAD KUNING

Kesalahan yang boleh dikenakan Kad Kuning adalah seperti berikut:-

17.1.1 Tidak menunjukkan semangat kesukanan dan melakukan perkara-

perkara yang bertentangan dengan etika sukan yang boleh menjejaskan keseluruhan pertandingan.

17.1.2 Memaki atau mengeluarkan kata - kata kesat.

17.1.3 Berulang kali melakukan melanggar Undang-Undang Permainan dan

Peraturan pertandingan.

17.1.4 Melambat-lambatkan permainan setelah diberi amaran lisan oleh Pengadil.

17.1.5 Masuk keluar gelanggang tanpa kebenaran Pengadil.

17.1.6 Dengan sengaja meninggalkan gelanggang kerana membantah keputusan

Pengadil.

17.2 KAD MERAH

Kesalahan-kesalahan yang perlu dihukum, pemain boleh diberi ‘kad merah’ jika melakukan kesalahan berikut:-

(11)

17.2.1 Masih berdegil dan berkelakuan buruk setelah diberi amaran oleh pengadil.

17.2.2 Berkelakuan ganas dengan niat untuk mencederakan pihak lawan.

17.2.3 Meludah kepada pihak lawan, pegawai dan penonton.

17.2.4 Memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat.

17.2.5 Menerima Kad kuning yang kedua dalam perlawanan yang sama.

17.3 Mana - mana pemain yang melakukan kesalahan samada didalam atau diluar gelanggang terhadap pihak lawan, pemain, Pengadil, Pembantu Pengadil atau mana-mana orang dimana Kad Kuning telah dikeluarkan adalah merupakan tindakan disiplin yang perlu diterima oleh semua pihak:

17.3.1 Kesalahan : Kad Kuning Pertama

Hukuman :

Amaran Biasa

17.3.2 Kesalahan : Kad Kuning Kedua diterima oleh pemain diperlawanan yang lain

tetapi didalam kejohanan yang sama.

Hukuman:

Di gantung satu perlawanan

17.3.3 Kesalahan : Kad Kuning Ketiga diterima setelah digantung satu perlawanan di

kejohanan yang sama.

Hukuman:

(i) Di gantung 2 perlawanan.

(ii) Denda US $100 ( dibayar oleh Persatuan/ Kelab yang terlibat ).

17.3.4 Kesalahan : Kad Kuning Keempat diterima setelah digantung dua perlawanan

di kejohanan yang sama.

Hukuman:

Digantung serta-merta dari bermain perlawanan seterusnya sehingga lembaga disiplin membuat membuat keputusan.

17.3.5 Kesalahan : Pemain menerima 2 Kad Kuning dalam perlawanan yang sama.

Hukuman:

(i) Di gantung dua perlawanan.

(ii) Denda US $100 ( dibayar oleh Persatuan/ kelab yang terlibat ) iii) Diberi Kad Merah diatas kesalahan disiplin ketiga dalam mana-mana perlawanan di kejohanan yang sama.

(12)

17.4 Mana - mana pemain yang diperintah keluar gelanggang oleh Pengadil sama ada kesalahan didalam atau diluar gelanggang, terhadap pihak lawan, rakan sepasukan, Pengadil, Pembantu Pengadil, Pengadil Garisan atau mana-mana pegawai: Kad Merah akan diberi diatas tindakan disiplin berikut akan di ambil:-

17.4.1 Kesalahan : Menerima Kad Merah

Hukuman :

Di gantung serta-merta daripada bermain dalam mana - mana perlawanan sehingga Lembaga Disiplin membuat keputusan.

18. KELAKUAN BURUK OLEH PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN

18.1 Tindakan perlu diambil terhadap Pegawai - Pegawai Pasukan yang berkelakuan buruk atau menimbulkan kekacauan semasa kejohanan di jalankan sama ada didalam atau diluar gelanggang.

18.2 Mana - mana pegawai yang berkelakuan buruk dan menganggu melancarkan pertandingan akan di iringi keluar oleh Pegawai Pertandingan dari gelanggang perlawanan. Pengadil Rasmi akan memberhentikan pertandingan serta merta sehingga Pegawai Pertandingan atau Lembaga Disiplin membenarklan bagi meneruskan pertandingan.

19. UMUM

19.1 Jika berlaku pertelingkahan terhadap mana-mana perkara yang tidak

termasuk didalam Undang-Undang Permainan ini, keputusan Pengadil Rasmi adalah muktamad.

PINDAAN DILULUSKAN

Undang-undang Permainan Sepaktakraw yang baru ini telah diluluskan semasa Kongres ISTAF pada 17 hb Jan 2011 di Bangkok, Thailand.

(13)

Referensi

Dokumen terkait