• Tidak ada hasil yang ditemukan

Produk Deposit Islamik MBSB Terma dan Syarat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Produk Deposit Islamik MBSB Terma dan Syarat"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 UMUM

1.1 Terma dan Syarat ("T&S") yang dinyatakan di sini akan diguna pakai bagi semua produk deposit Islamik MBSB seperti Akaun Simpanan Wadi'ah-i, Akaun Simpanan Cheeky-i, Akaun Simpanan CashRich-i, Akaun Pelaburan Am-i, Deposit Bertempoh-i, Deposit Bertempoh Junior-i dan Deposit Money Market-i.

1.2 Produk-produk ini adalah tertakluk di bawah undang-undang Malaysia dan prinsip-prinsip Syariah.

2.0 KONTRAK SYARIAH YANG DIGUNA PAKAI

2.1 Berikut adalah kontrak-kontrak Syariah yang diguna pakai ke atas produk deposit Islamik MBSB;

2.1.1 Wadi’ah Yad Dhamanah:

2.1.1.1 Berdasarkan prinsip Wadi'ah Yad Dhamanah di mana barangan atau deposit yang disimpan dengan pihak yang diamanahkan (Penyimpan) yang bukan pemilik, dengan tujuan untuk dijamin keselamatannya;

2.1.1.2 Wadi'ah Yad Dhamanah adalah kontrak simpanan terjamin di mana kebenaran untuk menggunakan aset di dalam jagaan telah diberikan oleh Penyimpan (Pendeposit) dan Penjaga (MBSB) akan menjamin aset yang telah diletakkan di bawah jagaannya;

2.1.1.3 Pendeposit akan memberi kebenaran kepada MBSB untuk menguruskan kesemua atau mana-mana bahagian daripada wang tersebut selagi ianya tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Syariah;

2.1.1.4 Pendeposit tidak berhak ke atas mana-mana keuntungan tetapi MBSB boleh memberi pulangan kepada pendeposit sebagai tanda penghargaan (Hibah). 2.1.2 Mudarabah:

2.1.2.1 Berdasarkan prinsip Mudarabah yang tiada sekatan di mana satu perjanjian dimeterai antara pemberi dana (Pendeposit) dan usahawan (MBSB).

2.1.2.2 Melalui kontrak ini, Pendeposit bersetuju untuk meletak sejumlah wang tertentu dari semasa ke semasa bagi tempoh tertentu bertujuan untuk mengambil bahagian dalam keuntungan yang dijana daripada dana pelaburan MBSB. Pulangan keuntungan yang diperoleh daripada jumlah pelaburan (jika ada) akan diagihkan di antara MBSB dengan Pendeposit berdasarkan Nisbah Perkongsian Keuntungan ("NPK") yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak semasa kontrak dimeterai.

2.1.2.3 Sekiranya berlaku kerugian, kerugian tersebut akan ditanggung oleh Pendeposit, kecuali dalam kes-kes di mana terdapat bukti kecuaian dan/atau salah-laku yang disengajakan oleh MBSB dalam menguruskan dana Pendeposit. Dana-dana yang diterima melalui akaun Mudarabah akan

(2)

digunakan tanpa sekatan dalam pelbagai jenis pelaburan dan pembiayaan selaras dengan kehendak Syariah.

2.1.3 Komoditi Murabahah:

2.1.3.1 Komoditi Murabahah atau Tawarruq ditakrifkan sebagai jualan barangan pada kos dan ditambah keuntungan pada kaedah bayaran tertunda di mana aset dijual secara tunai kepada pihak ketiga. Di bawah konsep ini, Pelanggan melantik MBSB untuk membeli komoditi bagi pihak Pelanggan daripada broker terlibat dan menjual semula komoditi tersebut kepada MBSB melalui kontrak Murabahah secara bayaran tertunda;

2.1.3.2 "Komoditi" bermaksud barangan dan / atau komoditi patuh Syariah (tidak termasuk barangan ribawi dalam kategori medium pertukaran seperti mata wang, emas dan perak) yang diterima oleh MBSB, yang dibeli di bawah platform mana-mana peniaga komoditi yang dilantik oleh MBSB dan telah diluluskan dengan sewajarnya oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah (SAC) MBSB yang akan digunakan sebagai aset bagi menjalankan urusniaga transaksi Tawarruq itu;

2.1.3.3 Di bawah aturan ini, Pelanggan melantik MBSB sebagai ejen bagi setiap pembelian dan jualan ("Dagangan Komoditi") komoditi berdasarkan T&S ini bagi amaun bersamaan dengan jumlah penempatan deposit Pelanggan dengan MBSB. MBSB hanya bertindak sebagai ejen Pelanggan, dan tidak mengambil kira, atau mempunyai sebarang andaian atau apa-apa obligasi tambahan, atau mempunyai apa-apa kaitan/hubungan dengan Pelanggan selain daripada yang tertera di dalam T&S ini.

2.1.3.4 Sebagai ejen kepada Pelanggan, MBSB dalam tempoh deposit dan sebarang pembaharuan, mempunyai kuasa dan kebenaran seperti berikut:-

a. untuk melaksanakan dan menyempurnakan semua perkara yang berkaitan dengan pembelian komoditi secara tunai melalui perjanjian pembelian, sijil dan lain-lain suratcara; dan

b. untuk manjual komoditi bagi pihak Pelanggan secara pembayaran tertunda kepada MBSB pada jumlah kos bersama keuntungan ("Harga Jualan Murabahah") dan melaksanakan dan menyempurnakan semua perkara berkaitan jualan komoditi ("Transaksi Jualan").

2.1.3.5 Setelah bayaran dibuat oleh Pelanggan di mana harga komoditi adalah setara dengan jumlah deposit dengan MBSB, MBSB akan membeli komoditi tersebut daripada peniaga atau pembekal komoditi;

2.1.3.6 MBSB dalam kapasitinya sebagai ejen Pelanggan, seterusya akan menjual komoditi tersebut kepada MBSB berdasarkan kontrak Murabahah secara bayaran tertunda. Harga jualan adalah mewakili:

i) Jumlah deposit; dan

(3)

Pada hari terakhir tempoh deposit ("Tarikh Matang"), MBSB akan membayar Harga Jualan kepada Pelanggan. Pengiraan Harga Jualan adalah berdasarkan formula seperti berikut:

i) Pengiraan Keuntungan:

Keuntungan = P X R X T/365 atau 366

Di mana:

P = Jumlah Prinsipal

R = Kadar Keuntungan (%) diberi semasa penempatan deposit T = Tempoh (bilangan hari, dari tarikh penempatan deposit sehingga

tarikh matang) ii) Pengiraan bagi Harga Jualan :

Harga Jualan = Jumlah Deposit + Keuntungan (jumlah keuntungan diterima)

Ilustrasi:

Jumlah Deposit RM10,000.00

Kadar Keuntungan 3.40% setahun

Tempoh 12 bulan Bilangan Hari 365 Tarikh Penempatan 1/1/2017 Tarikh Matang 1/1/2018 Keuntungan RM340.00 Harga Jualan RM10,340.00

2.1.3.7 Pelanggan mempunyai hak untuk memohon dan mangambil milikan fizikal komoditi. Sekiranyan Pelanggan menggunakan hak tersebut untuk mengambil penyerahan fizikal, semua kos dan perbelanjaan yang berkaitan hendaklah ditanggung oleh Pelanggan.

3.0 PEMBUKAAN AKAUN

3.1 Pembukaan akaun hendaklah dibuat melalui borang yang disediakan oleh MBSB dengan memberikan dokumen yang diperlukan dan maklumat yang dikehendaki sebagai mematuhi prosedur MBSB untuk pembukaan akaun. Penerimaan apa-apa permohonan bagi pembukaan akaun dan berterusannya akaun ini keseluruhannya adalah mengikut budi bicara MBSB. 3.2 Deposit yang diterima adalah di dalam mata wang Ringgit Malaysia (“RM”) sahaja. 3.3 Berikut adalah ciri-ciri bagi produk deposit Islamik di MBSB;

3.3.1 Akaun Simpanan Wadi’ah-i;

3.3.1.1 Akaun ini berasaskan kontrak Syariah Wadi'ah Yad Dhamanah;

3.3.1.2 Akaun ini dibuka kepada individu (residen dan bukan residen) yang sekurang-kurangnya berumur lapan belas (18) tahun; dan bukan individu

(4)

seperti perniagaan milikan tunggal, persatuan-persatuan, kelab-kelab, Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan dan badan-badan kebajikan; 3.3.1.3 Individu boleh membuka akaun peribadi mereka atau akaun bersama

tertakluk kepada bilangan maksimum pemegang akaun seramai tiga (3) orang;

3.3.1.4 Deposit awal pembukaan akaun ini adalah RM 20.00 atau sebarang jumlah seperti yang dimaklumkan oleh MBSB.

3.3.2 Akaun Simpanan Cheeky-i;

3.3.2.1 Akaun ini berasaskan kontrak Syariah Wadi'ah Yad Dhamanah;

3.3.2.2 Akaun ini dibuka kepada individu yang berumur kurang daripada lapan belas (18) tahun dengan syarat akaun tersebut dikendalikan oleh seorang pemegang amanah;

3.3.2.3 Pemegang amanah merupakan seorang ibu/bapa dan/atau penjaga yang sah yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas dan dibenarkan untuk mengendalikan akaun tersebut manakala kanak-kanak tersebut menjadi benefisiari akaun;

3.3.2.4 Deposit awal pembukaan akaun ini adalah RM 20.00 atau sebarang jumlah seperti yang dimaklumkan oleh MBSB;

3.3.2.5 Apabila benefisiari mencapai umur lapan belas (18) tahun. Pelanggan hendaklah pergi ke Pusat Jualan dan Perkhidmatan MBSB di mana akaun diselenggarakan untuk urusan pertukaran akaun simpanan tersebut. 3.3.3 Akaun Simpanan CashRich-i;

3.3.3.1 Akaun ini berasaskan kontrak Syariah Wadi'ah Yad Dhamanah;

3.3.3.2 Akaun ini dibuka kepada individu sahaja (residen dan bukan residen) yang berumur sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun;

3.3.3.3 Individu adalah layak untuk membuka akaun peribadi atau akaun bersama tertakluk kepada bilangan maksimum pemegang akaun seramai tiga (3) orang;

3.3.3.4 Deposit awal pembukaan akaun ini adalah RM 100.00 atau sebarang jumlah sebagaimana yang dimaklumkan oleh MBSB.

3.3.4 Akaun Pelaburan Am-i;

3.3.4.1 Akaun ini berdasarkan kontrak Syariah Mudarabah;

3.3.4.2 Akaun ini dibuka untuk individu (residen dan bukan residen) yang telah mencapai usia sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun; dan bukan individu iaitu perbadanan korporat, syarikat-syarikat komersial,

(5)

badan-badan kerajaan, perusahaan kecil dan sederhana ("PKS"), perkongsian, perniagaan pemilikan tunggal, persatuan-persatuan, kelab-kelab dan badan-badan kebajikan;

3.3.4.3 Individu adalah layak untuk membuka akaun peribadi atau akaun bersama tertakluk kepada bilangan maksimum seramai tiga (3) orang;

3.3.4.4 Bagi bukan individu, semua entiti yang sah mesti berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia;

3.3.4.5 Deposit awal untuk pembukaan akaun ini adalah RM 1,000.00 atau sebarang jumlah sebagaimana yang dinyatakan oleh MBSB dari semasa ke semasa;

3.3.4.6 Tempoh penempatan deposit adalah di antara satu (1) bulan sehingga maksimum enam puluh (60) bulan atau seperti yang dinyatakan oleh MBSB. Kadar keuntungan bagi akaun ini akan ditentukan oleh MBSB; 3.3.4.7 Pengeluaran separa adalah tidak dibenarkan bagi akaun ini.

3.3.5 Deposit Bertempoh-i:

3.3.5.1 Akaun ini berdasarkan kontrak Syariah Komoditi Murabahah;

3.3.5.2 Akaun ini dibuka untuk individu (residen dan bukan residen) yang telah mencapai usia lapan belas (18) tahun dan bukan individu iaitu syarikat korporat, syarikat komersial, badan-badan kerajaan, perusahaan kecil dan sederhana ("PKS"), perkongsian, perniagaan pemilikan tunggal, persatuan-persatuan, kelab-kelab dan badan-badan kebajikan;

3.3.5.3 Individu adalah layak untuk membuka akaun peribadi atau akaun bersama tertakluk kepada bilangan maksimum seramai tiga (3) orang;

3.3.5.4 Bagi bukan individu, semua entiti yang sah mesti berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia;

3.3.5.5 Deposit awal untuk pembukaan akaun ini adalah RM 500.00 atau sebarang jumlah sebagaimana yang dinyatakan oleh MBSB;

3.3.5.6 Tempoh penempatan deposit adalah di antara satu (1) bulan sehingga maksimum enam puluh (60) bulan atau seperti yang dinyatakan oleh MBSB. Kadar keuntungan bagi akaun ini akan ditentukan oleh MBSB; 3.3.5.7 Pengeluaran separa adalah tidak dibenarkan bagi akaun ini.

3.3.6 Deposit Bertempoh Junior-i (JTD-i);

3.3.6.1 Akaun ini berdasarkan kontrak Syariah Komoditi Murabahah;

3.3.6.2 Akaun ini dibuka untuk individu yang berumur kurang daripada lapan belas (18) tahun dengan syarat akaun tersebut dikendalikan oleh seorang

(6)

pemegang amanah. Syarikat-syarikat, pertubuhan korporat, perkongsian, persatuan-persatuan dan kelab-kelab adalah tidak dibenarkan untuk membuka akaun JTD-i;

3.3.6.3 Pemegang amanah merupakan seorang ibu/bapa dan/atau penjaga yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas dan dibenarkan untuk mengendalikan akaun tersebut manakala kanak-kanak tersebut akan menjadi benefisiari akaun;

3.3.6.4 Apabila benefisiari tersebut mencapai had umur lapan belas (18) tahun, semua faedah-faedah yang tertakluk di bawah akaun ini akan dibatalkan. Pelanggan hendaklah pergi ke Pusat Jualan dan Perkhidmatan MBSB di mana akaun diselenggarakan untuk urusan penukaran akaun tersebut; 3.3.6.5 Deposit awal untuk pembukaan akaun ini adalah RM 500.00 atau sebarang

jumlah sebagaimana yang dinyatakan oleh MBSB;

3.3.6.6 Tempoh penempatan deposit adalah di antara satu (1) bulan sehingga maksimum enam puluh (60) bulan atau seperti yang dinyatakan oleh MBSB. Kadar keuntungan bagi akaun ini akan ditentukan oleh MBSB; 3.3.6.7 Pengeluaran separa adalah tidak dibenarkan bagi akaun ini.

3.3.7 Deposit Pasaran Wang-i;

3.3.7.1 Akaun ini berdasarkan kontrak Syariah Komoditi Murabahah;

3.3.7.2 Akaun ini dibuka untuk bukan individu sahaja iaitu badan-badan korporat, badan-badan kerajaan, kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, pihak berkuasa awam, syarikat-syarikat multi-nasional dan lain-lain;

3.3.7.3 Tempoh penempatan deposit bagi akaun ini adalah di antara satu (1) hari sehingga tiga ratus enam puluh lima (365) hari atau sebarang tempoh sebagaimana yang dinyatakan oleh MBSB. Kadar keuntungan akan ditentukan oleh MBSB.

4.0 HIBAH / KADAR KEUNTUNGAN

4.1 Akaun Simpanan Wadi’ah-i / Akaun Simpanan Cheeky-i / Akaun Simpanan CashRich-i

4.1.1. MBSB mengikut budi bicaranya mutlak boleh memberi Hibah kepada pemegang akaun sebagai tanda penghargaan. Hibah (jika ada) yang dinyatakan oleh MBSB akan dikreditkan secara bulanan atau pada bila-bila waktu yang ditentukan MBSB;

4.1.2. Pengkreditan Hibah, jika ada, akan ditunjukkan apabila Pelanggan mengemukakan buku Akaun Simpanan-i mereka kepada MBSB untuk dikemaskini.

(7)

4.2. Akaun Pelaburan Am-i

4.2.1. MBSB akan memberi keuntungan dalam bentuk dividen kepada pemegang akaun di mana keuntungan yang dibayar tidak akan lebih rendah daripada Nisbah Perkongsian Keuntungan antara kedua-dua pihak;

4.2.2. Nisbah Perkongsian Keuntungan bermakna Nisbah Perkongsian Keuntungan yang telah ditetapkan terlebih dahulu untuk dikongsi di antara Pelanggan sebagai Pembekal Modal dan MBSB sebagai Usahawan;

4.2.3. Sebarang komunikasi mengenai kadar keuntungan sebelum penempatan Akaun Pelaburan Am-i adalah pada kadar Indikatif dan pulangan sebenar hanya akan ditentukan selepas tarikh matang penempatan.

4.3. Deposit Bertempoh-i dan Deposit Bertempoh Junior-i

4.3.1. Kadar keuntungan ke atas penempatan deposit ditentukan terlebih dahulu semasa penempatan/ pembaharuan seperti yang dinyatakan pada slip Deposit Bertempoh-i dan Deposit Bertempoh Junior-i;

4.3.2. Pelanggan boleh mengeluarkan keuntungan yang dibayar dalam tempoh masa penempatan, walau bagaimanapun, sekiranya Pelanggan membuat keputusan untuk menamatkan Deposit Bertempoh-i dan Deposit Bertempoh Junior-i sebelum tempoh matang, MBSB berhak untuk menarik semula keuntungan yang dikeluarkan oleh Pelanggan daripada jumlah pokok semasa pengeluaran dilakukan.

5.0 DEPOSIT

5.1 Deposit boleh dibuat melalui wang tunai atau cek atau pemindahan telegrafik atau pemindahan dari akaun MBSB yang lain atau mana-mana medium yang lain seperti yang dibenarkan oleh MBSB;

5.2. Deposit seperti yang dinyatakan pada klausa 5.1(kecuali pemindahan telegrafik) hendaklah dibuat dengan melengkapkan slip deposit, di mana boleh didapati di Pusat Jualan dan Perkhidmatan MBSB. Apabila Pelanggan melakukan transaksi deposit pada akaun mereka, mereka akan menerima satu salinan slip deposit;

5.3. Bagi mana-mana penempatan deposit yang dibuat melalui cek, akaun tersebut adalah sah hanya selepas penjelasan cek. Cek-cek dan instrumen-instrumen deposit yang lain yang tidak dapat ditunaikan akan dikembalikan kepada pelanggan di alamat terakhirnya yang didaftar dengan MBSB melalui pos tertakluk ke atas risiko-risiko dan perbelanjaan sendiri;

5.4. Buku Akaun Simpanan-i akan dikeluarkan kepada Pelanggan semasa pembukaan akaun Simpanan-i;

5.5 Sijil Akaun Pelaburan Am-i akan dikeluarkan kepada Pelanggan semasa penempatan akaun tersebut;

5.6 Slip Deposit Bertempoh-i atau Slip Deposit Bertempoh Junior-i akan diberikan kepada Pelanggan semasa penempatan akaun tersebut.

(8)

6.0 PENGELUARAN WANG

6.1 Akaun Simpanan Wadi’ah-i / Akaun Simpanan Cheeky-i / Akaun Simpanan CashRich-i

6.1.1 Setiap pengeluaran hendaklah dibuat sendiri oleh Pelanggan bagi pemegang akaun individu, Pemegang Amanah bagi Akaun Simpanan Cheeky-i dan penandatangan yang diberi kuasa bagi akaun-akaun bukan individu di Pusat Jualan dan Perkhidmatan MBSB di mana akaun diselenggarakan atau mana-mana Pusat Jualan dan Perkhidmatan MBSB yang lain;

6.1.2 Pelanggan hendaklah membawa bersama buku Akaun Simpanan-i mereka berserta dokumen pengenalan diri mereka seperti yang diperlukan oleh MBSB dan perlu melengkapkan slip pengeluaran ketika ingin membuat pengeluaran di Pusat Jualan dan Perkhidmatan MBSB.

6.2 Akaun Pelaburan Am-i

6.2.1 Sekiranya Pelanggan bercadang untuk menamatkan Akaun Pelaburan Am-i, Pelanggan hendaklah mengisi boring permohonan tambahan pelaburan / pengeluaran bagi deposit individu dan bagi bukan-individu supaya memberi surat arahan yang ditandatangani oleh penandatangan yang diberi kuasa dan yang berdaftar dengan MBSB;

6.2.2 Sebarang pengeluaran hendaklah dibuat oleh pemegang akaun atau penandatangan yang diberi kuasa di Pusat Jualan dan Perkhidmatan MBSB di mana akaun diselenggarakan sahaja. Pengeluaran di Pusat Jualan dan Perkhidmatan MBSB yang lain tidak dibenarkan;

6.2.3. Pemegang akaun perlu hadir di cawangan di mana akaun diselenggarakan dan mengemukakan Sijil Akaun Pelaburan Am-i untuk membuat pengeluaran kecuali terdapat kebenaran bertulis oleh pemegang akaun atau penandatangan yang diberi kuasa bagi mengarahkan cawangan di mana akaun diselenggarakan untuk memindahkan amaun tersebut ke mana-mana akaun deposit yang tertentu seperti yang dinyatakan ketika pembukaan akaun;

6.2.4. Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa MBSB menentukan setiap amaun yang dibayar kepada Pelanggan bagi Akaun Pelaburan Am-i, kecuali jika berlaku kesilapan ke atas pengiraan keuntungan, adalah muktamad, konklusif dan terikat ke atas Pelanggan;

6.2.5. Pengeluaran separa adalah tidak dibenarkan. 6.3 Deposit Bertempoh-i dan Deposit Bertempoh Junior-i

6.3.1 Sekiranya Pelanggan bercadang untuk menamatkan Akaun Deposit Bertempoh-i / Akaun Deposit Bertempoh Junior-i, Pelanggan hendaklah mengisi boring permohonan tambahan pelaburan / pengeluaran bagi deposit individu dan bagi bukan-individu supaya memberi surat arahan yang ditandatangani oleh penandatangan yang diberi kuasa dan yang berdaftar dengan MBSB;

(9)

6.3.2 Setiap pengeluaran hendaklah dibuat oleh pemegang akaun sahaja atau penandatangan yang diberi kuasa di Pusat Jualan dan Perkhidmatan MBSB di mana akaun diselenggarakan sahaja. Pengeluaran di Pusat Jualan dan Perkhidmatan MBSB

lain tidak dibenarkan; 6.3.3. Pemegang akaun perlu hadir di Pusat Jualan dan Perkhidmatan MBSB di mana akaun

diselenggarakan dan mengemukakan Slip Deposit Bertempoh-i atau Slip Deposit Bertempoh Junior-i untuk membuat pengeluaran kecuali terdapat kebenaran bertulis oleh pemegang akaun atau penandatangan yang diberi kuasa bagi mengarahkan Pusat Jualan dan Perkhidmatan MBSB di mana akaun diselenggarakan untuk memindahkan amaun ke mana-mana akaun simpanan seperti yang dinyatakan ketika pembukaan akaun;

6.3.4. Pengeluaran separa adalah tidak dibenarkan.

7.0 PENGELUARAN AWAL / PRA-MATANG

7.1 Akaun Pelaburan Am-i

7.1.1 Sekiranya Pelanggan-Pelanggan membuat pengeluaran pra-matang sebelum tempoh matang akaun mereka sebelum tempoh tarikh matang, syarat-syarat berikut akan diguna pakai:

i) Bagi setiap penempatan di bawah tempoh tiga (3) bulan, keuntungan tidak akan dibayar jika penempatan dikeluarkan sebelum lengkap sepenuhnya dalam tempoh kontrak; atau

ii) Bagi penempatan melebihi tempoh tiga (3) bulan yang mana deposit tersebut dikeluarkan sebelum tamatnya tempoh tiga (3) bulan, tiada keuntungan akan dibayar; dan

iii) Bagi tempoh kontrak melebihi tiga (3) bulan, keuntungan yang dibayar akan dikira pada kadar separuh daripada kadar keuntungan semasa MBSB bagi bulan penempatan yang telah lengkap, dengan syarat penempatan minimum tiga (3) bulan telah dipenuhi.

7.2 Deposit Bertempoh-i dan Deposit Bertempoh Junior-i

7.2.1 Sekiranya Pelanggan membuat pengeluaran awal daripada Deposit Bertempoh-i atau Deposit Bertempoh Junior-i sebelum tempoh tarikh matang, Pelanggan bersetuju untuk memberi rebat (ibra ') pada Harga Jualan yang dipersetujui berdasarkan yang berikut: i) Bagi penempatan di bawah tempoh tiga (3) bulan, tiada keuntungan dibayar jika

penempatan dikeluarkan sebelum cukup sepenuhnya tempoh kontrak; atau ii) Bagi tempoh penempatan melebihi tiga (3) bulan di mana penempatan tersebut

dikeluarkan sebelum cukup tempoh tiga (3) bulan, tiada keuntungan dibayar; dan iii) Bagi tempoh kontrak lebih dari tiga (3) bulan, keuntungan yang akan dibayar dikira

pada separuh kadar semasa untuk tempoh bulan penempatan yang lengkap dengan syarat penempatan minima tiga (3) bulan telah lengkap.

(10)

Pengiraan rebat (ibra’) adalah berdasarkan formula berikut: - Rebat (Ibra’) = Harga Jualan - [(P x R x T/365 x 50%) + P] Di mana:

Harga Jualan = Jumlah Prinsipal + Keuntungan P = Jumlah Prinsipal

T = Bilangan hari lengkap

R = Kadar Keuntungan (Kadar Semasa untuk bulan yang lengkap)

Ilustrasi pengiraan rebat semasa pengeluaran pramatang: - Penempatan asal: -

Jumlah Deposit RM10,000.00

Kadar Keuntungan 3.40% setahun

Tempoh 12 bulan

Bilangan Hari 365

Tarikh Penempatan 1/1/2017

Tarikh Matang 1/1/2018

Keuntungan (a) RM340.00

Harga Jualan pada tarikh matang (b) RM10,340.00

Sekiranya pengeluaran pramatang: -

Pengeluaran Awal / Pramatang Pada 1/7/2017

Bilangan hari lengkap 181

Kadar semasa untuk bulan yang lengkap 3.25% setahun

Pembayaran keuntungan atas pengeluaran pramatang (c)

(RM10,000 x 3.25% x 181/365 x 50%) RM 80.58

Rebat (Ibra’)(a) - (c) RM 259.42

Harga Jualan semasa pengeluaran pramatang (b) – (c) RM10,080.58

7.2.2 Bagi pengeluaran awal/pra-matang, MBSB boleh mengenakan caj-caj kepada Pelanggan di atas mana-mana pegangan, urusan pengendalian dan caj-caj broker / caj-caj yang dikenakan oleh mana-mana pihak ketiga bagi penjualan dan pembelian komoditi di mana ianya akan ditolak daripada jumlah bayaran Harga Jualan;

7.2.3 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa MBSB menentukan setiap amaun yang dibayar kepada Pelanggan bagi Akaun Deposit Bertempoh-i atau Deposit Bertempoh Junior-i, kecuali jika berlaku kesilapan ke atas pengiraan keuntungan, adalah muktamad, konklusif dan terikat ke atas Pelanggan.

(11)

8.0 PEMBAHARUAN DEPOSIT

8.1 Akaun Pelaburan Am-i

8.1.1. Sekiranya tarikh matang jatuh pada hari tidak bekerja, setiap arahan pembaharuan deposit oleh Pelanggan akan dilaksanakan pada hari bekerja berikutnya. Walau bagaimanapun, keuntungan akan terus terkumpul dan dibayar sehingga tarikh pembaharuan tersebut;

8.1.2. Jika Pelanggan tidak memperbaharui Akaun Pelaburan Am-i selepas tempoh matang, MBSB akan memperbaharui akaun tersebut secara automatik setelah tamat tempoh penempatan sedia ada;

8.1.3. Walaubagaimanapun, pembaharuan secara automatik ini adalah terpakai bagi jumlah tempoh yang tidak melebihi daripada tujuh (7) tahun, jika tidak, ianya akan tertakluk kepada klausa 21.0 di bawahnya;

8.1.4. Sebarang perubahan ke atas nisbah perkongsian keuntungan dan kadar keuntungan indikatif ke atas Akaun Pelaburan Am-i yang diperbaharui, ianya adalah mengikut kadar keuntungan semasa MBSB yang dipaparkan melalui notis-notis di cawangan MBSB atau skrin visual atau terminal atau laman web MBSB seperti di alamat www.mbsb.com.my atau melalui mana-mana kaedah sekalipun yang dianggap sesuai oleh MBSB. Perubahan nisbah perkongsian keuntungan dan kadar keuntungan indikatif hanya akan berkuatkuasa selepas tamat tempoh penempatan sedia ada. 8.2 Deposit Bertempoh-i dan Deposit Bertempoh Junior-i

8.2.1. Jika Pelanggan tidak membaharui Deposit Bertempoh-i atau Deposit Bertempoh Junior-i selepas tempoh matang, MBSB akan memperbaharui akaun tersebut secara automatik setelah tamat tempoh penempatan sedia ada dan peruntukan di bawah klausa 2.1.3.4 adalah terpakai bagi pengiraan Harga Jualan;

8.2.2. Walaubagaimanapun, pembaharuan secara automatik ini hanya terpakai bagi jumlah tempoh tidak melebihi daripada tujuh (7) tahun, jika tidak, ianya akan tertakluk kepada klausa 21.0 di bawahnya;

8.2.3. Sebarang perubahan ke atas kadar keuntungan bagi Deposit Bertempoh-i atau Deposit Bertempoh Junior-i yang diperbaharui tertakluk kepada Kadar Keuntungan semasa MBSB yang dipaparkan melalui notis-notis di premis Pusat Jualan dan Perkhidmatan MBSB atau skrin visual atau terminal atau laman web MBSB seperti di alamat www.mbsb.com.my atau melalui apa jua kaedah yang dianggap sesuai oleh MBSB. Perubahan ke atas kadar keuntungan hanya akan berkuatkuasa selepas tamat tempoh penempatan sedia ada.

9.0 CAGARAN SEBAGAI SEKURITI

9.1 Akaun Pelaburan Am-i atau Deposit Bertempoh-i boleh dicagarkan sebagai sekuriti bagi sesuatu pelaksanaan atau tanggungan atau liabiliti bagi mana-mana pelanggan MBSB, yang mana berkenaan. Melainkan yang dinyatakan, Akaun Pelaburan Am-i dan Deposit Bertempoh-i tBertempoh-idak boleh dBertempoh-icagar dengan apa-apa alasan yang laBertempoh-in.

(12)

10.0 PENGGABUNGAN DAN HAK UNTUK MENOLAK SELESAI

10.1 MBSB, sebagai tambahan ke atas mana-mana lien am atau mana-mana hak yang berkaitan di bawah undang-undang, boleh pada bila-bila masa, dengan notis yang secukupnya, menggabungkan mana-mana atau kesemua akaun kemudahan (jika ada) dengan liabiliti Pelanggan terhadap MBSB dengan melupuskan atau memindahkan mana-mana jumlah atau jumlah terkini bagi salah satu akaun kredit atau akaun-akaun MBSB yang lain ke atas keperluan daripada mana-mana liabiliti kepada MBSB sama ada yang akaun utama atau cagaran atau akaun bersama atau akaun berasingan;

10.2 Pelanggan bersetuju sekiranya terdapat keadaan di mana Pelanggan ingkar dalam pembayaran mana-mana keberhutangan (samaada yang benar, luar jangka, semasa atau masa hadapan) yang kena dibayar kepada MBSB samaada secara perseorangan atau bersesama dengan mana-mana orang lain termasuk keuntungan atau caj ("Keberhutangan"), MBSB berhak untuk membekukan sebahagian Baki Yang Ada bersamaan dengan jumlah keseluruhan bayaran ingkar Keberhutangan dan memberi tujuh (7) hari notis kepada Pelanggan untuk melangsaikan bayaran ingkar Keberhutangan;

10.3 Jika Pelanggan gagal untuk melangsaikan bayaran ingkar Keberhutangan dalam tempoh tujuh (7) hari tersebut, MBSB berhak untuk menolak sepenuhnya mana-mana bahagian Baki Yang Ada dengan jumlah penuh bayaran ingkar Keberhutangan (walaupun ianya melibatkan pengeluaran awal sebarang Akaun Deposit Bertempoh Islamik atau Akaun Pelaburan Am-i sebelum tarikh matang);

10.4 Bagi mengelak sebarang kekeliruan, hak MBSB untuk menolak selesai di sini boleh dilaksanakan oleh MBSB:

10.4.1 walaupun ke atas Akaun Bersama, walaupun keberhutangan kena dibayar oleh mana-mana Pemegang Akaun Bersama kepada MBSB;

10.4.2 di mana Baki Yang Ada di dalam Akaun adalah kredit bersama Akaun lain kepunyaan Pemegang Akaun yang mempunyai baki debit dengan jumlah yang kena dibayar kepada MBSB; dan

10.4.3 walaupun berlakunya kematian ke atas Pemagang Akaun,

kebankrapan/ketidakmampuan bayar (insolvensi), kedudukannya dengan pemiutang atau apa-apa prosiding perundangan terhadap Pemegang Akaun.

11.0 PERKONGSIAN

11.1 Pelanggan perlu memaklumkan kepada MBSB dengan segera secara bertulis sekiranya terdapat sebarang perubahan ke atas rakan kongsi, pertukaran nama bagi akaun atau pertukaran penandatangan yang diberi kuasa.

12.0 BUKU AKAUN SIMPANAN-i

12.1 Buku Akaun Simpanan-i tidak boleh dipindah milik ataupun ditukar hakmilik dan ianya hendaklah dikemukakan di kaunter premis MBSB bagi setiap transaksi pengeluaran;

12.2 Sebarang bayaran yang dibuat oleh MBSB apabila pengemukaan Buku Akaun Simpanan-i oleh Pemegang Amanah bagi Akaun Simpanan Cheeky-i dan oleh penandatangan yang diberi

(13)

kuasa bagi akaun bukan-individu hendaklah mempunyai kesan yang sama seperti pembayaran yang dibuat kepada Pelanggan secara peribadi dan MBSB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung oleh Pelanggan atau mana-mana pihak yang lain; 12.3 Buku Akaun Simpanan-i tidak boleh diubah atau dipinda terhadap mana-mana perkara yang

berkaitan dengan transaksi sama ada oleh Pelanggan atau oleh mana-mana pihak lain. Pelanggan perlu memeriksa Buku Akaun Simpanan-i dan berpuas-hati bahawa setiap transaksi yang dibuat adalah betul sebelum meninggalkan premis MBSB;

12.4 Buku Akaun Simpanan-i perlu dikemukakan kepada MBSB apabila dikehendaki oleh MBSB untuk setiap Hibah atau transaksi yang belum dikemaskini. Buku ini adalah sebagai rujukan Pelanggan dan tidak semestinya memaparkan baki akaun yang betul disebabkan deposit mungkin dibuat atau terdapat sebarang caj-caj dikenakan tanpa sebarang entri dibuat di dalam Buku Akaun Simpanan-i.

13.0 KELAYAKAN DEPOSITOR UNTUK BERKONTRAK

13.1 Pelanggan mestilah mempunyai kapasiti untuk menyertai sesuatu kontrak. Di bawah polisi MBSB, hanya individu yang berumur lapan belas (18) tahun adalah layak untuk membuka akaun peribadi mereka. Seseorang kanak-kanak juga boleh membuka akaun mereka dengan syarat akaun tersebut hendaklah dibuka bersama dan hanya dikendalikan oleh ibu bapa / penjaga yang sah ("Pemegang Amanah");

13.2 Akaun Simpanan-i boleh ditutup di atas permintaan Pelanggan, mengikut undang-undang atau atas budi bicara MBSB. MBSB berhak untuk membekukan akaun tersebut jika berlakunya kematian, kebankrapan atau ketidaksiuman pada pemegang akaun.

14.0 KEHILANGAN / KEROSAKAN BUKU AKAUN SIMPANAN-i

14.1 Sekiranya buku Akaun Simpanan-i hilang atau rosak, Pelanggan dengan serta-merta hendaklah memaklumkan MBSB dengan datang sendiri ke Pusat Jualan dan Perkhidmatan MBSB yang terdekat. MBSB akan mengenakan caj untuk setiap pengeluaran buku simpanan yang diganti baru tertakluk kepada pelanggan menandatangani Surat Indemniti standard MBSB.

15.0 KEHILANGAN / KEROSAKAN SIJIL AKAUN PELABURAN AM-i / SLIP DEPOSIT

BERTEMPOH-i

15.1 Pelanggan hendaklah menyimpan Sijil Akaun Pelaburan Am-i / Slip Deposit Bertempoh-i dengan selamat dan dikehendaki untuk melaporkan dengan segera secara bertulis kepada MBSB jika berlaku kehilangan atau kecurian. Penggantian Sijil Akaun Pelaburan Am-i / Slip Deposit Bertempoh-i yang telah hilang boleh dilakukan sekiranya Surat Indemniti telah ditandatangani, tertakluk kepada bayaran telah dibuat bagi duti setem dan caj perkhidmatan sebanyak RM 15.00 atau apa-apa jumlah yang dimaklumkan oleh MBSB dari semasa ke semasa;

15.2 Penggantian Sijil Akaun Pelaburan Am-i / Slip Deposit Bertempoh-i hanya boleh dilakukan di Pusat Jualan dan Perkhidmatan MBSB di mana akaun ini diselenggarakandan di mana ianya tertakluk kepada terma dan syarat yang mengawal operasi Akaun Pelaburan Am-i / Slip Deposit Bertempoh-i.

(14)

16.0 PENUTUPAN AKAUN

16.1 MBSB berhak untuk menutup akaun Pelanggan di atas permintaan Pelanggan mengikut undang-undang atau atas budi bicara MBSB;

16.2 Akaun boleh ditutup / ditamatkan jika berlakunya mana-mana perkara berikut:- i) Pelanggan telah bankrap atau muflis; atau

ii) Pengeluaran oleh Pelanggan ke atas semua atau sebahagian daripada jumlah deposit yang diletakkan; atau

iii) Pelanggan melakukan pelanggaran pada mana-mana terma dan syarat yang tertakluk; atau

iv) Arahan daripada mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang; atau v) Akaun Dorman yang tidak mempunyai apa-apa baki atau baki RM10.00 ke bawah. 16.3 Di samping hak MBSB yang terkandung dalam Fasal 16.2 di atas, Pelanggan bersetuju bahawa

MBSB berhak untuk menutup mana-mana akaun menurut budi bicara mutlaknya tanpa perlu memberi sebarang sebab, dengan memberi notis yang mencukupi kepada Pelanggan (di mana dianggap sesuai);

16.4 Pelanggan hendaklah mematuhi semua kehendak MBSB dan juga prosedur untuk penutupan akaun, termasuk bayaran apa-apa caj perkhidmatan yang dikenakan oleh MBSB bagi penutupan akaun ini (jika ada).

17.0 JIKA BERLAKU KEMATIAN

17.1 Tertakluk kepada mana-mana undang-undang yang berkaitan dengannya, jlka berlaku kematian ke atas salah seorang pemegang akaun bersama, MBSB boleh menahan mana-mana baki kredit atau baki terkini atau baki terkemudian ke mana-mana-mana-mana akaun peribadi atau akaun bersama atau mana-mana sekuriti yang dimiliki pemegang akaun bersama atas arahan dan tanpa prejudis ke atas hak MBSB untuk menggabungkan atau penyelarasan yang tertakluk di sini atau hak-hak MBSB yang berkaitan dengan mana-mana baki akaun atau sekuriti yang timbul daripada mana-mana tuntutan cagaran, lien atau mana-mana langkah di mana MBSB fikirkan perlu diambil berdasarkan mana-mana tuntutan dibuat oleh mana-mana pihak yang lain;

17.2 Sekiranya pemegang akaun adalah Muslim atau salah seorang pemegang akaun bersama adalah Muslim telah meninggal dunia, pemegang akaun yang satu lagi akan menerima wang si mati sebagai pentadbir yang dilantik (wasi') serta kemudiannya akan bertanggungjawab untuk mengagihkan baki akaun berdasarkan undang-undang harta pusaka (fara'id), MBSB tidak bertanggungjawab untuk memastikan sama ada pentadbir yang dilantik (wasi’) mengagihkan harta tersebut berdasarkan mana-mana undang-undang substantif atau undang-undang harta pusaka (fara'id).

18.0 PERUBAHAN DALAM BUTIRAN

18.1 Pelanggan hendaklah memberi notis dengan segera kepada MBSB secara bertulis mengenai pertukaran alamat surat menyurat, dan/atau nombor telefon / telefon bimbit / faks / e-mel dan/atau butiran lain yang direkodkan dengan MBSB;

18.2 Pertukaran alamat Pelanggan dengan apa-apa cara sekalipun tidak akan berkuatkuasa / mengikat ke atas MBSB kecuali notis sebenar mengenai pertukaran alamat telah diterima dan diakui sah oleh MBSB;

(15)

18.3 Semua komunikasi yang dihantar melalui pos atau ditinggalkan di alamat terakhir Pelanggan yang berdaftar dengan MBSB hendaklah dianggap telah dihantar dengan sewajarnya dan diterima oleh Pelanggan.

19.0 FI DAN CAJ

19.1 MBSB berhak mengenakan fi dan caj bagi apa-apa perkhidmatan yang diberikan oleh MBSB kepada Pelanggan seperti yang dipersetujui / dipohon oleh Pelanggan;

19.2 Butir-butir fi dan caj yang dikenakan oleh MBSB boleh didapati di Pusat Jualan dan

Perkhidmatan MBSB dan laman sesawang MBSB;

19.3 MBSB boleh pada bila-bila masa di atas budi bicaranya yang mutlak dengan notis bertulis dihantar kepada Pelanggan atau melalui mana-mana medium yang difikirkan sesuai oleh MBSB, mengubah kadar semasa dan/atau jumlah bayaran fi atau caj yang perlu dibayar oleh Pelanggan. Perubahan tersebut adalah berdasarkan dengan mana-mana keperluan Syariah atau undang-undang yang berkaitan dan akan berkuatkuasa dari tarikh yang dinyatakan pada notis tersebut, di mana penguatkuasaannya adalah tidak kurang daripada tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh notis tersebut.

19.4 Sekiranya terdapat mana-mana Perkhidmatan yang disediakan oleh MBSB kepada Pelanggan adalah tertakluk kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP), maka amaun CBP di atas fi dan caj tersebut itu adalah ditanggung dan dibayar oleh Pelanggan.

20.0 AKAUN DORMAN / TIDAK AKTIF

20.1 Akaun dorman ditakrifkan sebagai akaun yang tidak mempunyai sebarang transaksi untuk tempoh satu tahun. Surat peringatan akan dihantar kepada Pelanggan sekiranya akaun tersebut akan menjadi dorman;

20.2 Bagi akaun dorman dengan jumlah baki sebanyak RM10.00, MBSB menurut budi bicaranya boleh menutup akaun tersebut dan menyerap bakinya sebagai caj;

20.3 Bagi akaun dorman dengan jumlah baki melebihi RM10.00, MBSB akan mengenakan yuran perkhidmatan tahunan sebanyak RM10.60 (termasuk CBP) sehingga jumlah baki yang selebihnya dipindahkan sebagai wang tidak dituntut menurut Akta Wang Tidak Dituntut 1965 (sila rujuk perenggan 21.0 seperti di bawah bagi klausa Akta Wang Tak Dituntut 1965);

20.4 Tiada caj akan dikenakan ke atas pengaktifan akaun dorman.

21.0 AKTA WANG TIDAK DITUNTUT 1965

21.1 Di bawah Akta Wang Tidak Dituntut 1965, wang yang tidak dituntut bermaksud kesemua jumlah wang di dalam akaun yang tidak dikendalikan dengan apa cara sekali pun oleh pemilik untuk tempoh tidak kurang daripada tujuh (7) tahun. Wang yang tidak dituntut kemudiannya akan dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tidak Dituntut (RUM). Sebelum dana dari sesuatu akaun dorman dipindahkan kepada RUM itu, notis akan diberikan kepada Pelanggan sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari sebelum pemindahan berlaku.

(16)

22.0 PINDAAN KE ATAS TERMA DAN SYARAT

22.1 MBSB berhak untuk menambah, memadam atau mengubah mana-mana atau kesemua T&S ini pada bila-bila masa, tertakluk ke atas prisip-prinsip yang dibenarkan oleh Syariah dan mana-mana undang-undang atau peraturan-peraturan dari pihak berkuasa. Perubahan tersebut akan berkuatkuasa selepas tempoh dua puluh satu (21) hari daripada tarikh notis dipaparkan di premis MBSB atau mana-mana medium komunikasi yang difikirkan sesuai oleh MBSB.

23.0 UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA YANG MENTADBIR

23.1 Perjanjian ini adalah ditadbir oleh, ditafsirkan dan digunakan selaras dengan bidang kuasa dan undang-undang di Malaysia;

23.2 Pihak-pihak yang terlibat hendaklah mematuhi setiap peruntukan bagi undang-undang bertulis yang harus mereka patuhi termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) dan mana-mana Akta, Enakmen atau Ordinan atau undang-undang berkaitan, peraturan-peraturan atau lain-lain perundangan subsidiari di bawah Akta, Enakmen atau Ordinan atau mana-mana arahan, perintah, keperluan atau arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa di bawah undang-undang bertulis.

24.0 AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 (PDPA)

24.1 Pelanggan dengan ini mengisytiharkan dan bersetuju bahawa mana-mana data/maklumat (termasuk data peribadi) yang berkaitan atau yang dirujuk atau berkaitan dengan permohonan Pelanggan dan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan hal-ehwal Pelanggan sama ada di sini atau kemudiannya pada permohonan ini mungkin boleh digunakan atau didedahkan oleh MBSB bagi tujuan pemprosesan permohonan ini atau bagi menyediakan perkhidmatan seterusnya atau lain-lain produk dan perkhidmatan dan/atau pemasaran langsung (jika berkenaan) untuk berkomunikasi dengan Pelanggan bagi tujuan tersebut.

25.0 PENGISYTIHARAN

25.1 Pelanggan dengan ini mengisytiharkan bahawa semua kenyataan dan dokumen yang disertakan berhubung dengan permohonan ini adalah lengkap dan betul berdasarkan pengetahuan dan pemahaman mereka.

26.0 PENDEDAHAN MAKLUMAT

26.1 MBSB dibenarkan/diberi kuasa untuk mendedahkan, mengguna pakai, dan mendapatkan mana-mana maklumat berhubung dengan Pelanggan, akaun atau perkara-perkara yang berkaitan selaras dengan mana-mana peruntukan undang-undang, peraturan, garis panduan atau arahan atau MBSB di atas budi bicaranya yang dianggap sesuai atau diperlukan serta MBSB tidak akan bertanggungjawab kepada Pelanggan dalam apa jua alasan bagi pendedahan yang sedemikian.

Referensi

Dokumen terkait

Untuk mengetahui hubungan karakteristik individu (usia dan jenis kelamin) dan kondisi rumah (kepadatan hunian rumah dan ventilasi rumah) dengan kejadian TB paru

Data tabel tersebut menunjukkan bahwa proses pembelajaran menulis teks report melalui writing process menunjukkan peningkatan rata-rata skor dari 1,88 pada siklus I menjadi

Kuota siswa yang diterima dalam setiap sekolah didasarkan pada: ❑ Jumlah rombongan belajar tahun lalu. ❑ Jumlah dan domisili

Ada dua jenis sekulerism menurut Kuru a) sekularisme pasif seperti Amerika Serikat yang membolehkan symbol-simbol agama di ruang public dan sekularisme aktif seperti

Nota : Sesalinan borang yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan bersama-sama Borang A (tanpa cap terima) dan sekali lagi semasa pengemukaan Borang B (dengan

Aplikasi GA 3 dapat meningkatkan tinggi tanaman pada GMJ dan galur restorer, jumlah anakan produktif per rumpun pada GMJ, tingkat eksersi malai, persentase eksersi stigma, dan

Luomuruokaa ilmoitti säännöllisesti ostavansa noin neljäsosa keittiöistä, mutta pääosin luomu- ruoan käyttö on lähiruoan käyttöä huomattavasti satunnaisempaa.. Reilu

Setelah dilakukan pengujian terhadap perhitungan nilai korelasi pada R, maka dilakukan pengujian data pada aplikasi perhitungan korelasi yang telah dibuat pada Mapreduce