• Tidak ada hasil yang ditemukan

yang baru pada bulan Oktober 2015 yang mengisytiharkan bahawa PAA tersebut adalah berperlembagaan.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "yang baru pada bulan Oktober 2015 yang mengisytiharkan bahawa PAA tersebut adalah berperlembagaan."

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

RINGKASAN EKSEKUTIF

Tahun 2015 merupakan tahun yang mengerikan bagi hak asasi di Malaysia. Apabila jumlah skandal yang terdedah kian meningkat, pihak kerajaan Malaysia telah melaksanakan serbuan terhadap aktivis-aktivis awam, ahli-ahli akademik, wartawan dan juga ahli-ahli politik melalui pelaksanaan undang-undang zaman penjajahan kolonial. Akibatnya, keadaan hak asasi manusia di Malaysia adalah dikatakan seperti menyerupai keadaan zaman kegelapan semasa UMNO menghadapi krisis besar.

Peningkatan jumlah penangkapan yang dikatakan bahawa mencapai jumlah yang tidak pernah dialami, yang dijalankan oleh pihak polis di bawah Akta Hasutan 1948 dan penangkapan secara sewenang-wenang ini adalah digambarkan terutamanya oleh tuduhan hasutan terhadap kartunis politik Zulkiflee Anwar Haque dan ahli akademik Azmi Sharom. Selain daripada penggunaan Akta Hasutan 1948 yang kian meningkat, penggunaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (selepas ini dirujuk sebagai “CMA”) juga semakin meningkat untuk menindas hak dan kebebasan bersuara pihak rakyat.

Sejak pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (selepas ini dirujuk sebagai “ISA”), penahanan tanpa bicara sekali lagi merupakan senjata pilihan pihak kerajaan bagi mengendalikan isu perbezaan pendapat. Selain daripada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (selepas ini dirujuk sebagai “SOSMA”), Akta Pencegahan Keganasan 2015 (selepas ini dirujuk sebagai “POTA”) telah berkuatkuasa pada 1hb September 2015. Dengan adanya kuasa untuk menahan seseorang individu tanpa tertakluk kepada semakan kehakiman ataupun kawalan (kecuali semakan atas dasar prosedur), POTA telahpun menjadi sesuatu alat yang berkesan dalam penindasan perbezaan pendapat politik.

Walaupun pihak kerajaan telah mempergunakan ancaman keganasan antarabangsa untuk mewajarkan undang-undang zalim yang disebut di atas, penahanan Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang baru-baru ini di bawah SOSMA menunjukkan bahawa tuduhan-tuduhan di bawah “kesalahan keselamatan” tersebut terhadap penentang politik mengingatkan kami tentang penyalahgunaan undang-undang yang memberikan kuasa untuk penahanan tanpa bicara, terutamanya ISA, yang merupakan contoh yang paling sesuai.

Akta Perhimpunan Aman 2012 (selepas ini dirujuk sebagai “PAA”) terus digunakan untuk menindas hak-hak perlembagaan rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman yang dibuktikan oleh tuduhan yang direkodkan terhadap pelbagai aktivis-aktivis awam, kumpulan-kumpulan politik dan juga individu-individu pembantah. Keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa Seksyen 9(5) PAA tidak berperlembagaan pada tahun 2014 adalah dianggap sebagai sinaran harapan yang giat dipadamkan dengan keputusan Mahkamah Rayuan

(2)

yang baru pada bulan Oktober 2015 yang mengisytiharkan bahawa PAA tersebut adalah berperlembagaan.

Perhimpunan Bersih 4.0 yang diadakan pada 29hb dan 30hb Ogos merupakan suatu peristiwa yang bersejarah kerana ianya merupakan kali yang pertama bagi suatu perhimpunan Bersih yang berjaya menyempurnakan atur cara yang dirancang tanpa campur tangan daripada pihak polis. Walaupun dukacita dimaklumkan bahawa terdapat beberapa penangkapan oleh polis, kelakuan pihak polis semasa perhimpunan Bersih 4.0 adalah layak dipuji dan merupakan langkah ke hadapan yang bererti. Kejadian tersebut boleh dikatakan sebagai kemajuan positif tunggal bagi tahun 2015.

Keadaan bagi hak asasi Malaysia pada tahun 2015 boleh diperolehi melalui data dan statistik bagi pencabulan hak-hak kebebasan asasi seperti didokumenkan dan dipantau oleh SUARAM. Buat sekali lagi, perjanjian untuk mengadakan reformasi oleh Perdana Menteri Najib Razak setelah beliau memegang tampuk Perdana Menteri pada tahun 2009 tidak dipenuhi. Sebaliknya, skandal yang timbul daripada pendedahan RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun peribadi kepunyaan Najib Razak dan juga penyalahurusan 1MDB telah mengakibatkan kepada pengambilan langkah-langkah oleh pihak kerajaan untuk mendiamkan kritik-kritik dan menyekatkan hak awam dan hak politik di Malaysia.

Pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (selepas ini dirujuk sebagai “RUUMKN”) merupakan salah satu langkah yang paling membimbangkan yang diambil oleh pihak kerajaan demi pembentangan undang-undang bercirikan darurat walaupun langsung tiada alasan untuk berbuat demikian. Kuasa untuk mengisytiharkan darurat ke atas suatu “kawasan keselamatan” serta kuasa-kuasa yang dianugerahkan kepada Pengarah Operasi serta pasukan keselamatan dalam “kawasan keselamatan” tersebut menunjukkan bahawa RUUMKN kian menjadikan kita sebagai sebuah negara polis dan seterusnya penindasan hak asasi kami sebagai rakyat Malaysia.

1. Penahanan Tanpa Bicara

Setakat bulan September 2015, terdapatnya 46 kes yang direkodkan (dan kemungkinan besar terdapatnya kes-kes yang tidak direkodkan) terhadap Orang Kena Tuduh yang disiasat di bawah Bab VI atau Bab VII Kanun Keseksaan dan ditahan di bawah SOSMA, berbanding dengan kes-kes di mana 31 Orang Kena Tuduh ditahan dan 15 yang dituduh. Penangkapan Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang di bawah SOSMA telah menunjukkan bahawa Negara Malaysia dengan sekali lagi mempergunnakan penahanan tanpa bicara sebagai alat penindasan terhadap pihak yang berbeza pendapat.

Kes penahanan Ardit Naim Ferizi, seorang warganegara Kosovo, di bawah SOSMA sementara menunggu extradisi oleh pihak Amerika Syarikat telahpun menetapkan suatu contoh yang

(3)

berbahaya di mana ianya mengimplikasikan bahawa kerajaan Malaysia mempunyai kuasa untuk menahan seseorang individu di bawah SOSMA sementara menunggu sesuatu perintah extradisi individu tersebut oleh negara lain. Selain itu, penglibatan negara asing dalam perkara tersebut menimbulkan keraguan terhadap kemerdekaan Malaysia sebagai suatu negara yang bebas daripada pengaruh negara asing dalam penggunaan SOSMA serta kebahayaan penggunaan SOSMA oleh sebuah negara asing.

Setakat ini, tiada kes yang dilaporkan di bawah POTA kerana undang-undang ini baru diwartakan.

Dalam tempoh masa daripada 2hb April 2014 sehingga 1hb Oktober 2015, terdapatnya 975 kes penangkapan dan penyiasatan oleh pihak polis di bawah Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 (selepas ini dirujuk sebagai “POCA”). Jumlah kes-kes berkenaan POCA telahpun meningkat dengan ketaranya berbanding dengan tahun 2014 di mana hanya terdapatnya 116 kes yang dilaporkan di bawah POCA.

Adalah sukar untuk memperolehi maklumat mengenai penangkapan dan penahanan dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (selepas ini dirujuk sebagai “DDA”). Namun demikian, merujuk kepada sesuatu laporan berita pada sekitar bulan September yang melaporkan bahawa di negeri Perak sahaja, terdapatnya 1452 kes penangkapan oleh pihak polis di bawah kes pengedaran dadah pada tahun 2015.

2. Penyalahgunaan Kuasa Oleh Pihak Polis

Setakat bulan November 2015, SUARAM telah mendokumenkan 11 kes kematian dalam tahanan berbanding dengan 14 kes yang direkodkan pada tahun 2014. Keraguan yang diakibatkan daripada kes-kes kematian dalam tahanan di Penang pada awal tahun 2015 tetap tidak ditangani oleh pihak berkuasa dan tiada keputusan mengenai kemajuan atau penyiasatan kes tersebut yang diumumkan awam. Seruan yang berulang untuk penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (selepas ini dirujuk sebagai “IPCMC”) seperti dicadangkan oleh Suruhanjaya Siasatan Polis pada 2005 tetap diendahkan.

3. Kebebasan Bersuara dan Maklumat

Walaupun dijanjikan Perdana Menteri untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, jumlah kes-kes di bawah Akta Hasutan tersebut kian meningkat, daripada 18 kes pada tahun 2013 kepada 44 kes pada tahun 2014 dan seterusnya kepada 220 kes pada tahun 2015.

Setakat bulan November 2015, SUARAM telahpun mendokumenkan 37 kejadian di mana seorang individu telah disiasat, ditangkap/ditahan, dituduh dan/atau dihukum di bawah CMA.

(4)

Perkara ini menunjukkan peningkatan jumlah kes yang mendadak apabila dibandingkan kepada 5 kejadian yang didokumenkan pada tahun 2014.

Pada tahun 2015, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (selepas ini dirujuk sebagai “MCMC”) telah menyekat laman web Sarawak Report atas alasan bahawa laman web tersebut merupakan “ancaman terhadap kestabilan” negara Malaysia. Perbuatan tersebut merupakan tindak balas terhadap maklumat yang diterbitkan di laman web tersebut mengenai kontroversi 1MDB. Beberapa hari sebelum perhimpunan Bersih 4.0, MCMC telah mengisytiharkan bahawa MCMC akan menyekat laman-laman web yang mempromosikan perhimpunan Bersih 4.0 tersebut atas alasan, sekali lagi, bahawa ianya merupakan “ancaman terhadap kestabilan negara”.

Akta Rahsia Rasmi 1972 (selepas ini dirujuk sebagai “OSA”) turut digunakan terhadap pihak-pihak yang mendedahkan maklumat mengenai Tabung Haji dan 1MDB.

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 digunakan untuk menggantung permit penerbitan The Edge bagi penerbitan artikel mengenai 1MDB. Walaupan keputusan bagi penggantungan tersebut dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya selepas mendapati bahawa penggantungan tersebut oleh Menteri Dalam Negeri telah melanggar keadilan semulajadi dan ultra vires terhadap Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Menteri Dalam Negeri sedang membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.

Kebebasan bersuara sekali lagi ditindas apabila Ezra Zaid dituduh di bawah Seksyen 16 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 bagi penerbitan buku terjemahan Irshad Manji, "Allah, Love and Liberty". Keputusan Mahkamah memberikan Jabatan Agama Islam Negeri kuasa untuk mengawasi penerbitan di bawah Seksyen 16 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Bidang kuasa yang diberikan kepada Jabatan Agama Islam Negeri tersebut telah disahkan lagi oleh Nur Jazlan Mohamed di Parlimen bahawa sebarang penerbitan yang bercanggah dengan ajaran Islam akan dirujukkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (selepas ini dirujuk sebagai “JAKIM”).

4. Kebebasan Berhimpun

Akta Perhimpunan Aman 2012 ataupun PAA digunakan di mana berlakunya sebarang perhimpunan atau protes (bantahan). Pada tahun 2015, para penganjur dan peserta bagi protes-protes seperti #KitaLawan, Mayday Anti-GST Rally, #TangkapNajib, Bersih 4.0 serta Himpunan Rakyat Bersatu telah disiasat dan dituduh di bawah PAA.

Walaupun Mahkamah Rayuan Malaysia telahpun mengisytiharkan Seksyen 9(1) PAA sebagai tidak berperlembagaan, pihak polis serta Jabatan Peguam Negara (selepas ini dirujuk sebagai

(5)

“AGC”) masih aktiv dalam penyiasatan, penangkapan serta pendakwaan mereka terhadap para penganjur dan peserta aman di bawah Seksyen 9(1) PAA.

5. Kebebasan Bergerak

Pada tahun 2015, pihak kerajaan Malaysia telah mengeluarkan arahan sekatan ke luar negara terhadap MP Petaling Jaya Utara Tony Pua, MP Batu Tian Chua, Datuk Ambiga Sreenevasan, Maria Chin, Hishamuddin Rais dan Adam Adli. Ambil perhatian bahawa kesemua individu yang dinamakan tersebut tidak disabitkan (atau disyaki telah melakukan) apa-apa kesalahan.

Tambahan lagi, terdapatnya arahan sekatan ke negeri Sarawak terhadap beberapa orang warganegara Malaysia yang masih belum ditarik. Kebanyakan warganegara Malaysia tersebut merupakan pemimpin-peminpin kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (selepas ini dirujuk sebagai “NGO”) bagi hak asasi manusia, termasuk pengarah bagi SUARAM, Kua Kia Soong. MP Nurul Izzah dan Tian Chua turut diarahkan sekatan ke negeri Sabah sejak kebelakangan ini.

6. Kebebasan Beragama

Pada tahun 2015, kerajaan negeri Kelantan telah meluluskan pindaan terhadap Kanun Jenayah Syariah dalam negeri. Selain daripada isu perlembagaan yang ditimbulkan daripada pelaksanaan Hudud menggantikan sistem keadilan jenayah, isu pelaksanaan Hudud dan akibat pelaksanaan tersebut terhadap warganegara bukan Islam serta isu mengenai hukuman Hudud yang tidak berperlembagaan. Setakat ini, kerajaan negeri masih memerlukan kebenaran daripada Parlimen Persekutuan untuk pelaksanaan Hudud. Terdapatnya pelbagai kes yang menunjukkan ketindasan terhadap kebebasan beragama seperti berikut: kes S. Deepa mengenai hak penjagaan anak-anak yang diislamkan tanpa pengetahuannya, kes gereja yang dituntut oleh kumpulan protes untuk mengalihkan tanda salib serta kes pengislaman paksaan ke atas individu belum dewasa tanpa kebenaran ibubapa seperti kes Sabrina Ngumbang di Sarawak.

7. Golongan Pelarian, Pencari Suaka, Pekerja Asing dan Penyeledupan Manusia

Golongan pelarian dan pencari suaka tidak mempunyai status yang sah di sisi undang-undang di Malaysia dan akibatnya hak asasi manusia mereka adalah tidak diiktiraf kerana Malaysia tidak pernah menandatangani atau mengiktiraf Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu 1951 berhubung dengan Status Pelarian dan protokolnya pada 1967. Buat masa kini, Negara Malaysia tidak mempunyai undang-undang yang mentadbir golongan pelarian dan pencari suaka dalam Negara. Setakat bulan September 2015, terdapatnya 153,850 orang pelarian dan pencari suaka yang didaftarkan dengan Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa

(6)

Bersatu (selepas ini dirujuk sebagai “UNHCR”) dan jumlah yang tidak diketahui bagi pelarian dan pencari suaka yang belum didaftarkan.

Kenyataan rasmi daripada kerajaan Malaysia kepada bot pelarian yang bersinggah di pantai negara kita pada tahun 2015 bukan sahaja merupakan kelakuan yang tidak bertanggungjawab dan tidak berperikemanusiaan, malah kelakuan tersebut telah menunjukkan suatu percubaan terang-terangan untuk mengabaikan hak asasi manusia.

Adalah dianggarkan bahawa terdapatnya 6 juta orang warga asing dalam negara di mana hanya separuh yang didokumenkan dan jumlah separuh yang lain tidak didokumenkan. Tanpa mengira status dokumentasi golongan warga asing tersebut, hak-hak mereka sebagai pekerja tidak dihormati oleh golongan majikan dan mereka juga tidak mempunyai hak untuk menuntut pembelaan. Selain itu, golongan warga asing tersebut juga sentiasa terdedah kepada penderaan, keganasan, pemerasan, pencabulan dan penangkapan.

Pada tahun 2015, kedudukan kami dalam perkara penyeludupan manusia telah bertambah baik dalam rekod Jabatan Negeri Amerika Syarikat dengan peningkatan status kepada Peringkat 2 daripada Peringkat 3 pada tahun 2014. Walau bagaimanapun, peningkatan status ini haruslah diterima dengan perhatian kerana peneyeludup manusia masih mempunyai sumber dan keupayaan untuk bertindak secara sewenang-wenangnya di Malaysia. Oleh itu, peningkatan status ini menimbulkan kesangsian, terutamanya dengan penemuan kubur-kubur pelarian di sempadan Malaysia-Thailand sejak kebelakangan ini.

8. Hukuman Mati

Walaupun tiada pelaksanaan hukuman mati yang direkodkan setakat bulan November 2015, adalah dimaklumkan oleh Menteri dari Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri, bahawa pada masa kini terdapatnya 1022 banduan hukuman mati. Walaupun menteri tersebut mengakui bahawa hukuman mati tidak berkesan dalam mengurangkan kadar jenayah, pemansuhan hukuman mati di Malaysia tetap merupakan sesuatu ideal yang sukar dicapai.

9. Pilihanraya Bebas dan Adil

Berikutan penemuan bahawa saluran RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi kepunyaan Perdana Menteri Najib Razak adalah dimasukkan oleh penderma sebagai sumbangan politik sebelum Pilihanraya Umum 2013. Sumbangan politik yang dipersoalkan tersebut adalah 26 kali lebih daripada jumlah perbelanjaan kempen yang dibenarkan seperti ditakluk di bawah undang-undang pilihanraya Malaysia. Setakat ini, adalah tidak diketahui jikalau Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengambil inisiatif untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap isu ini. 10. Rasuah dan Akauntabiliti

(7)

Pada tahun 2015, Malaysia telah dilantik sebagai hos Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa Ke-16 (selepas ini dirujuk sebagai “IACC”). Akan tetapi, IACC Ke-16 tersebut tidak dihadiri oleh Perdana Menteri atas alasan penglibatan beliau berkenaan ekoran skandal saluran RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi beliau yang telahpun menarik perhatian secara antarabangsa. Semasa persidangan tersebut, Pengerusi Organisasi Anti-rasuah Antarabangsa (Transparency International) Jose Ugaz, berkata bahawa Malaysia sedang menuju kepada krisis rasuah yang merisaukan dan kerajaan Malaysia sepatutnya membiarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjalankan tugas tanpa campur tangan politik. Skandal 1MDB, setakat ini, telah mengakibatkan penamatan Tan Sri Abdul Gani Patail daripada jawatan Peguam Negara, penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga ancaman kes saman fitnah terhadap Wall Street Journal oleh Dato' Seri Najib.

11. Undang-undang dan Judisiari

Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (selepas ini dirujuk sebagai "UNWGAD") telahpun mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengutuk pertuduhan, pendengaran dan sabitan Anwar Ibrahim adalah bermotifkan politik dan telahpun menggesa pembebasan Anwar Ibrahim dengan serta-merta dan memastikan hak-hak politik beliau yang dirampas kerana pemenjaraan beliau ini dikembalikan. Sebagai menjawab kenyataan UNWGAD tersebut, Pejabat Perdana Menteri telahpun mengeluarkan kenyataan balas yang menyeru kepada UNWGAD supaya menghormati proses undang-undang serta memberi penjelasan bahawa kes Anwar Ibrahim adalah berunsur jenayah dan tidak bermotifkan politik serta tiada kena mengena dengan kerajaan.

Jabatan Peguam Negara telah memulakan beberapa tuduhan yang meragukan di bawah undang-undang zalim seperti Akta Hasutan 1948 dan PAA yang menimbulkan keraguan mengenai kemerdekaan Jabatan Peguam Negara sebagai badan kehakiman bagi sistem keadilan jenayah negara ini. Kejadian tersebut ditunjukkan sekali lagi apabila Tan Sri Abdul Ghani ditamatkan perkhidmatan lebih awal semasa beliau, sebagai Peguam Negara, mengetuai Pasukan Petugas Khas yang menyiasat dakwaan penyelewengan dana 1MDB.

Pada tahun 2015, Badan Kehakiman (juga dikenali sebagai Judisiari) Malaysia telahpun membuat beberapa keputusan kontroversial termasuk tetapi tidak terhad kepada kes-kes seperti tuduhan rogol Bunya Jalong, kes hak penjagaan anak Deepa, tuduhan sodomi Anwar Ibrahim.

12. Jantina dan Seksualiti

Walaupun Malaysia telah mengesahkan Konvensyen berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (selepas ini dirujuk sebagai "CEDAW") pada tahun 1995, diskriminasi jantina, terutamanya di tempat kerja, masih belum dapat ditangani. Kesaksamaan

(8)

jantina berkenaan perwakilan kaum wanita di Parlimen namun membimbangkan di mana jumlah kaum wanita di Parlimen hanya merangkumi 10.4 peratus sahaja dari kalangan ahli Parlimen. Selain itu, terdapat juga kata-kata berbaur seksis yang ditutur terhadap ahli wanita Parliamen semasa perbahasan sedang dijalankan.

Hak-hak kaum Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di Malaysia tetap tidak diiktiraf selepas keputusan Mahkamah Persekutuan untuk menolak keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 adalah berperlembagaan.

13. Hak Orang Asli

Pemeliharaan hak dan kepentingan kaum Orang Asli turut dipinggirkan dan ianya tertera dalam kes-kes seperti kejadian kehilangan tujuh anak Orang Asli, rumah transit Kuala Bertis di Gua Musang yang ditemui dalam keadaan menyedihkan serta keadaan kesihatan masyarakat Jahai di negeri Perak yang merisaukan. Walau bagaimanapun, adalah dengan sukacita dimaklumkan bahawa kaum Semai dari Kampung Senta di Bidor, negeri Perak, berjaya menjaminkan hak milik mereka ke atas tanah adat mereka diikrirafkan di bawah undang-undang. Selain itu, di negeri Sarawak, Ketua Menteri telahpun menghentikan kerja-kerja pembinaan Empangan Baram di mana pembinaan empangan tersebut akan membawa kesan negatif kepada kehidupan Orang Asli di kawasan tersebut.

14. Perniagaan dan Hak Asasi Manusia

Apabila menghampiri tarikh penandatanganan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (selepas ini dirujuk sebagai "TPPA"), kesemua pihak mempunyai keraguan tentang kesan-kesan jangka pendek dan jangka panjang TPPA terhadap ekonomi dan masyarakat Malaysia, serta kesan-kesan terhadap hak asasi manusia di Malaysia. Keguguran hak asasi manusia yang bakal diakibatkan daripada TPPA belum dianalisakan lagi dan antara keraguan yang disuarakan oleh pihak-pihak berkenaan adalah seperti berikut: undang-undang harta intelek yang mungkin membawa kesan negatif kepada perlindungan terhadap karya seni dan budaya; harga perubatan serta tahap ketersediaan perubatan; industri kecil dan sederhana, pengurangan atau pembatalan subsidi pertanian serta kesannya terhadap sekuriti makanan di Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Asam anakardat dapat diisolasi sebagai komponen kimia lain dari cairan kulit biji jambu mete (CKBM) sebagai akibat dekarboksilasi pada tahap ekstraksi

pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 10(1)(b) akta perhutanan negara 1984 [Akta 313], pihak Berkuasa negeri terengganu Darul iman dengan ini mengisytiharkan

Dalam pendidikan inklusi, pemenuhan kebutuhan anak luar biasa tidak dimulai dari penyesuaian-penyesuaian anak terhadap sistem pendidikan, metode, maupun lingkungannya,

Selanjutnya, dilihat dari nilai pvalue yaitu sebesar 0,015, karena nilai pvalue 0,015 < 0,05 berarti dapatlah disimpulkan ada pengaruh yang positif dan

BIOLOGI ABDUL TEDDY 3.08 G1 Jumat 4-5 KAPITA SELEKTA BIOLOGI LUD WALUYO 5.17 G1. Hari Jam

Activity Diagram Pemesanan Produk uc KONSUMEN Konsumen Melakukan pemesanan Konfirmasi Pembayaran Memilih produk sesuai kategori LOGIN Daftar Konfirmasi penerimaan produk

a. Pembakuan konsep, definisi, klasifikasi, dan ukuran-ukuran. Koordinasi dan atau kerjasama penyelenggaraan statistik antara BPS, instansi pemerintah, dan masyarakat

Ketika tingkat harga meningkat 100 persen dari harga berlaku variabel kualitas layanan secara konsisten merupakan variabel yang secara signifikan berpengaruh positif