LAPORAN KEMAHIRAN
KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN
(HHHC 9101)
PROGRAM XPDC KEMBARA SISWI
KOLEJ DATO ONN
SESI 2013/2014
TARIKH:
28 FEBRUARI – 2 MAC 2014
TEMPAT:
ULU MENGGIRI, GUA MUSANG, KELANTAN
ANJURAN:
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR
BIRO HAL EHWAL SISWI KOLEJ DATO ONN
SESI 2013/2014
TEMA:
1.0LATAR BELAKANG
Saya Nor Fitrah Ain binti Ngahidar pelajar Kolej Dato’ Onn Ukm Bangi. Pada 29 Feb – 2 Mac 2014, Biro Hal Ehwal Siswi akan mengadakan Program Xpdc Kembara Siswi ke Ulu Nenggiri, Gua Musang Kelantan.Bagi Program ini saya berperanan sebagai seketriat pemasaran.
1.1 Biro Hal Ehwal Siswi merupakan satu jawatankuasa yang terdiri daripada sisiwi-siswi kolej Dato’ Onn. Ia ditubuhkan adalah untuk menyalurkan maklumat serta membantu siswi dalam menyelesaikan pelbagai isu serta menjaga kebajikan mereka. Dengan wujudnya jawatankuasa ini, sedikit sebanyak dapat membantu menghasilkan pelajar yang berketerampilan, berkaliber dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Suhubungan dengan itu Biro Hal Ehwal Siswi akan mengadakan Xpdc Kembara Siswi di Ulu Nenggiri, Gua Musang Kelantan.
1.2 Pembangunan Modal Insan yang diberikan penekanan oleh pihak kerajaan hala tuju pembangunan Negara melalui Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10), bukan hanya melihat satu saranan untuk mengdapatkan ilmu pengetahuan semata-mata, tetepi apa yang lebih penting ialah memdidik dan menbentuk masyarakat belia yang mempunyai personaliti yang unggul.Sejajar dengan RMK10 Xpdc yang bakal diadakan sedikit banyak akan membantu para pelajar dalam mempelajari pelbagai kemahiran, sebagai contoh Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban (HHHC9101).
1.3 Kemahiran NilaiSosial dan Kebertanggungjawaban (HHHC9101) dapat membantu dan memupuk nilai-nilai yang baik serta dapat berkelakuan professional dalam hal tertentu . Selain itu pelajar dapat mempelajari etika-etika tertentu mengikut situasi,terutamanya situasi yang formal.Di samping itu melalui program ini sifat kepimpinan turut dipelajari.
2.0KEPENTINGAN
2.1 Definisi Sosial dapat diertikan sebagai kemasyarakatan. Sosial adalah keadaan dimana terdapat kehadiran orang lain. Kehadiran itu boleh secara nyata anda lihat dan anda rasakan, namun juga boleh sahaja dalam bentuk imaginasi. Setiap anda bertemu orang meskipun hanya melihat atau mendengarnya sahaja, itu termasuk situasi sosial Nilai yang baik dapat mengambarkan pelajar itu seorang yang baik dan sempurna. Melalui Program ini mahasiswa dapat bergaul dengan orang lain yang datang dari pelbagai latar belakang,bangsa agana dan kaum. Melalui pergaulan ini
mahasiswa dapat membaiki kemahiran bersosial dengan masyarakat. Cara percakapan, bahasa badan dan lain-lain lagi.
2.2 keupayaan untuk menghasilkan tingkahlaku atau respon yang sesuai secara lisan atau bukan lisan dalam proses berinteraksi yang efektif, dan mampu menunaikan tugas yang telah diamanahkan dalam sesebuah organisasi atau aktiviti.
3.0KAJIAN
3.1 Kerja-kerja pemasaran dilakukan adalah untuk mendapatkan dana untuk menampung kos perbelanjaan sepanjang xpdc berlangsung.Sebagai contoh kos untuk membeli barangan makanan dan peralatan sewaktu xpdc. Jika hasil pemasaran melebihi daripada kos yang diperlukan, selebihnya boleh digunakan untuk menampung yuran penyertaan xpdc.
3.2 Xpdc ini perlu war-warkan untuk menarik minat warga Kolej Dato’ Onn untuk menyertainya. Penyertaan hanya terbuka kepada warga Kolej Dato’ Onn dan terhad kepada 35 orang sahaja.
3.3 Perancangan program harus dirancang dengan baik agar xpdc dapt dilaksanakan dengan teratur. Hal ini kerana aktiviti yang bakal dijalankan adalah mencabar ketahanan fizikal dan mental serta merbahaya. Oleh itu persedian yang rapi harus dibuat sama ada untuk peserta mahupun ajk. Maka program dapat dijalankan dengan baik.
4.0KAEDAH
4.1Bagi memgumpul dana pelbagai kaedah digunakan. Kami memohon sumbangan daripada pelbagai pihak sebagai contoh dari bank-bank berdekatan, pasaraya dan lain-lain. Selain itu kami turut membuat jualan. Jualan ini kami jalankan dengan 2 cara iaitu secare terang-terangan dan secara maya.
Kami menjual makanan goreng seperti kentang goreng, nugget, dan hot dog. Kami menggunakan cawan polistrin sebagai bekas. 1 cawan makanan kami jual dengan harga RM1.00.Sos dan mayonis turut disediakan. Jualan ini dilakukan dari bilik ke bilik. Kami menjual makanan goreng ini pada malam ahad sahaja.
Selain itu kami juga ada menjual keropok segera. Sebungkus keropok tersebut dijual dengan harga RM1.50. Selain itu kami juga menjual mask, lips mask, eye mask dan face mask. Setiap mask dijual dengan harga RM2.00. Kedua-dua barang ini kami letakan di setiap aras blok K2B di kolej Dato’ Onn.
4.1.2 JUALAN SECARA ATAS TALIAN
Jualan secara maya kami lakukan di ‘page’ kami yang bernama ‘Siswi Sophaholic’. Segala tempahan perlu hanya perlu ‘whatsapp’ kami, dan kami akan hantar ke bilik pelanggan kami. Antara barangan yang kami jual ialah:
1. Produk Kecantikan (mask)
2. Tuala wanita (herba-Avail Beauty) 3. Makanan Tambahan (Radioglow)
4.2 Bagi memasarkan program, kami membuat hebahan melalui laman sosial iaitu Facebook. Untuk menarik lagi minat warga kolej untuk menyertainya kami membuat banner dan poster untuk xpdc ini. Di situ kami meletakan gambar aktiviti yang bakal dilakukan. Disamping itu kami turut memainkan peranan dalam menarik peserta.
4.3 Bagi pengurusan program,pihak kami akan menghubungi pihak pengurusan di Ulu Nenggiri untuk mendapatkan gambaran tempat di sana dan aktiviti yang bakal dilakukan. Seterusnya kami akan menyedikan tentatif program untuk melicinkan perjalanan program. Selain itu untuk memastikan semua peserta bersedia dengan aktiviti yang bakal dilakukan, kami akan mengadakan sesi latihan kecergasan dan keselamatan yang akan berlangsung seminggu sebelum program.
5.0 LAPORAN KEWANGAN
Dana yang perlu kami kumpulkan ialah RM800. Modal kami pula berjumlah RM560. Kami menjangkakan kami akan dapat mengumpulkan jumlah dana yang kami perlukan.Ini kerana kami bukan hanya membuat jualan tetapi kami turut memohon sumbangan dari pelbagai pihak. Hasil: 1. Sumbangan JPPel = RM 200 2. Sumbangan Individu = RM 300 3. Jualan = RM400 7.0 DAPATAN KAJIAN
Daripada aktiviti yang dijalankan saya dapati permasalahan yang dihadapi adalah keperluan yang disediakan tidak selengkap yang dijanjikan oleh pihak pengurusan di Gua Musang.Kesannya kami menghadapi beberapa kesulitan semasa menjalankan aktiviti berakit.Selain itu saya turut menghadapi masalah dengan maklum balas tentang permohonan sumbangan.Maklum balas diberikan lambat dan berlaku sedikit perubahan disaat akhir kerana ingin memenuhi kehendak pihak penyumbang.
Saya turut mempelajari pelbagai pengajaran yang mungkin ssaya tidak akan dapat daripada tempat lain.Kerjasama antara dalam kumpulan adalah perkara yang penting dalam sesuatu organisasi.Ini kerana dengan kerjasama setiap ahli dapat memastikan sesebuah aktiviti itu berjaya.Selain itu kita hendaklah mengetahui secara terperinci aktiviti yang akan dijalankan supaya tidak akan berlaku kesulitan dikemudian hari.Usaha mencari dana untuk memastikan setiap keperluan program dapat dipenuhi.Usaha ini mengajar saya untuk bercakap dengan lebih formal dan menjaga setiap tutur kata saya untuk mempromosikan program supaya mendapat tajaan dari mana-mana pihak.Disamping itu saya turut mempelajari cara-cara menguruskan program.
Disamping itu saya turut mempelajari cara berkomunikasi dengan orang yang datang dari pelbagai latar belakang,contohnya pengarah bank,pekedai runcit,dan pihak pentadbiran kolej dalam menguruskan program ini.Tambahan pula saya juga mempelajari untuk berpakain lebih sesuai sewaktu berjumpa dengan orang sama ada formal,semi-formal atau biasa sahaja.Saya juga turut mempelajari untuk menghubungi pihak tertentu melalui surat,terutamanya surat rasmi.Dimana saya menghantar surat kepada ahli parliman Gua Musang untuk merasmikan program kami,disamping itu kami juga memohon sumbangan dari beliau.
Melalui program ini saya turut mempelajari bahawa seorang pemimpin itu perlu berfikiran kritis dan kreatif dalam menyelesaikan masalah. Daripada peranan saya sebagai AJK
pemasaran saya perlu memcari pelbagai cara mencari sumber kewanangan untuk memastikan program ini dapat dijalankan dengan sempurna. Selain itu sewaktu program berlangsung kami turut menghadapi beberapa masalah. Dari situ saya lihat ketua pengarah saya sentiasa memikirkan jalan keluar untuk masalah kami.
6.0KESIMPULAN
Dari sebuah program kita dapat mempelajari pelbagi ilmu dan kemahiran yang mungkinya tidak akan kita pelajari dari kuliah. Kemahiran yang diperoleh amat berguna pada masa hadapan kelak. Kebolehpasaran seseorang itu untuk mendapatkan kerja bukan hanya bergantung kepada keputusan akademik yang cemerlang tetapi ‘soft skills’ yang dimilikinya turut dinilai. Tidak semua orang dikurniakan kemahiran sosial yang baik, tetapi kemaharian ini boleh dipupuk dengan melakukan aktiviti yang melibatkan masyarakat setempat. Melalui program sebegini juga seseorang itu akan mempelajari erti sebuah tanggungjawab.