• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kesatuan Sekerja Trade Union di Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kesatuan Sekerja Trade Union di Malaysia"

Copied!
32
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 Latarbelakang Kajian

Kesatuan sekerja merupakan sebuah badan yang tidak terikat dengan mana-mana organisasi lain. Sesebuah kesatuan yang bebas daripada pengaruh majikan merupakan kesatuan yang sangat berkuasa. Kesatuan sekerja juga adalah hubungan antara majikan dengan pekerja. Menurut Akta Kesatuan Sekerja 1959, kesatuan sekerja adalah satu persatuan atau gabungan antara pekerja dengan majikan dan taraf keahliannya juga terbuka kepada pekerja dengan majikan, dan mereka tergolong dalam pekerjaan dan industri yang sama. Contohnya, kesatuan sekerja bagi guru, hanya individu yang berkerja sebagai guru sahaja layak menyertai persatuan tersebut.

Selain itu, sejarah kesatuan sekerja di negara kita bermula sekitar tahun 1890-1920. Pertubuhan tersebut ialah Chinese Workers Guids. Pertubuhan ini adalah disebabkan oleh pengaruh politik dan kepentingan ekonomi British serta kemasukan buruh asing. Pada tahun 1935, berlaku mogok di Lombong Arang Batu, sejurus peristiwa itu pada tahun 1940, Enakmen Kesatuan Sekerja diperkenalkan. 6 tahun selepas Enakmen Kesatuan Sekerja diperkenalkan, Director General melancarkan 41 mogok dan disusun semula menjadi Pa Malayan Federation of Trade Unions. Pada tahun 1946 itu juga Enakmen Kesatuan Sekerja dikuatkuasakan dengan menubuhkan Pejabat Pendaftaran Kesatuan Sekerja. Kemudian, pada tahun 1947, pendaftaran Kesatuan Sekerja dengan ahli seramai 195,113 orang. Enakmen Kesatuan Sekerja dipinda pada tahun 1948 dengan menghadkan keanggotaan Kesetuan Sekerja. Pada tahun 1959 pula, Enakmen Kesatuan Sekerja digantikan dengan Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 dengan ahli seramai 175,647 orang. Tahun 1965 pula, Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 telah diperluaskan ke Sabah dan Sarawak. Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 dinamakan sebagai Akta Kesatuan Sekerja 1959 pada tahun 1981.

(2)

Sekerja mula diwujudkan pada awal tahun 1900 dengan mengetangahkan class-oriented dan beralih kepada market-oriented, social-democratic dan class-oriented pada akhir tahun 1900-2000. Di Jerman pula, Kesatuan Sekerja bermula pada awal 1900 dengan class-oriented sama seperti kesatuan sekerja di negara France. Kemudian beralih kepada market-oriented dan social-oriented selepas berlakunya perang dunia ke-2 iaitu pada tahun 1945.

1.1 Penyataan Masalah

Walaupun dilihat banyak faktor pendorong yang mendorong pekerja untuk menyertai kesatuan sekerja, serta fungsi utama Kesatuan Sekerja menjurus ke arah kebajikan pekerja. Namun, didapati penurunan dalam penyertaan pekerja dalam Kesatuan Sekerja. Menurut Bureau Statistik, pada tahun 1960, Australia mempunyai jumlah ahli dalam Kesatuan Sekerja seramai 52%, tetapi angka tersebut telah menurun pada tahun 2013 menjadi 24.7%. Menurut Christine Buckley Writes (2005), di United Kingdom penurunan keahlian Kesatuan Sekerja dalam sektor pembuatan dan tradisional adalah sebanyak 2.3%, Amicus ialah sebuah syarikat swasta yang terbesar pula mengalami penurunan ahli Kesatuan Sekerja lebih daripada 126 000 orang. Persoalannya, adakah undang-undang melindungi hak-hak pekerja sepenuhnya? Apakah yang menyebabkan penurunan dalam keahlian kesatuan sekerja?

1.2 Persoalan Kajian

a) Bagaimanakah evolusi Kesatuan Sekerja di Malaysia dan Negara Eropah?

b) Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi semasa penubuhan Kesatuan Sekerja?

1.3 Objektif Kajian

(3)

b) Mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi semasa penubuhan Kesatuan Sekerja.

1.4 Kepentingan kajian

Kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti perkembangan evolusi kesatuan sekerja di Malaysia dan negara Eropah. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji cabaran-cabaran yang dihadapi sebelum, semasa dan selepas penubuhan Kesatuan Sekerja.

1.5 Skop kajian

(4)

2.0 Kajian Literatur

2.1 Teori dan pendekatan

Evolusi kesatuan sekerja adalah berdasarkan keinginan dan kepentingan ahli kesatuan.Selain itu, pendekatan setiap kesatuan adalah berbeza yang berasaskan matlamat mereka, terma dan syarat pekerjaan. Setiap negara akan mengamalkan pendekatan yang berbeza iaitu berlawanan dengan persekitaran tempat kerja mereka. Sebagai contoh, di Malaysia ia adalah berdasarkan pada pengiktirafan kesatuan dan secara sukarela (voluntary). Oleh itu, pendekatan dan matlamat mereka adalah berbeza dengan negara-negara Eropah. Andaian tersebut tentang kesatuan sekerja berkembang dengan evolusi Kesatuan Sekerja seiring dengan revolusi masyarakat industri

Dari segi sejarah evolusi Kesatuan Sekerja, terdapat beberapa peringkat yang berbeza iaitu dari jenayah kepada persekutuan (criminal to reluctant federation), penerimaan (acceptation) dan galakan (encouragement). Pandangan mengenai penglibatan kesatuan dalam hubungan industri memberi tindak balas kepada pengiktirafan (recognition) dan perlu disahkan melalui perundangan. Bagi sosiologis pula, mereka memberikan pandangan yang berbeza dengan peranan kesatuan mengikut klasifikasi berdasarkan pendekatan yang berbeza. Terdapat tiga pendekatan tersebut iaitu,

a) Pendekatan Kesatuan (unitary approach)

(5)

b) Pendekatan Pluralis (pluralistic approach)

Organisasi terdiri daripada individu yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Dari perspektif pluralis, hubungan industri adalah satu proses pertukaran konflik kepada peraturan. Kemudian, evolusi akan berlaku berdasarkan manifestasi konflik melalui tiga mekanisma seperti tindakan tidak langsung (indirect action), prosedur yang telah ditetapkan dan tindakan daripada industri (industrial action). Persamaan ideologi di antara aktor dalam sistem akan menjamin kestabilan dan kelangsungan muktamad sistem.Dalam pendekatan ini, majikan dan kesatuan dapat berhubung dengan baik.Konflik dianggap sesuatu yang bagus.

c) Pendekatan Marxsis (Marxist approach)

Konsep Marxsis adalah lebih kepada kawalan proses buruh. Buruh telah menjadi sebagai satu komoditi yang merupakan faktor pengeluaran. Peranan utama pihak pengurusan ialah menukar keupayaan seseorang pekerja kepada produktiviti, untuk memaksimumkan keuntungan dan mendapatkan modal. Konsep ini membawa evolusi kepada Kesatuan Sekerja kerana pekerja mahu mereka dilayan sebagai seorang manusia dan bukan sebagai faktor pengeluran.

2.2 Teori Kesatuan Sekerja (The theories of Trade Unionism)

Terdapat beberapa teori Pergerakan/Evolusi Kesatuan Sekerja yang dihasilkan seperi Marx and Lenin.Sebelum perbincangan lebih lanjut dengan teori kesatuan sekerja, perlu difahami dahulu maksud dan perbezaan Pergerakan Kesatuan Sekerja dan Pergerakan/Evolusi Pekerja (Labour movement).

(6)

tindakan pekerja pada waktu yang sama memberikan impak yang besar. Evolusi pekerja muncul apabila persoalan eksploitasi diutarakan.Eksploitasi tersebut mengakibatkan penindasan berlaku.

Disebabkan eksploitasi, masyarakat telah dibahagikan mengikut kelas iaitu kelas atasan dan kelas bawahan.Itu adalah di mana era kapitalis bermula.Pekerja daripada pertanian turut membuat bantahan dengan wujudnya eksploitasi ini.Semua lapisan dan jenis pekerjaan tidak berpuas hati dengan wujudnya eksploitasi ini kerana bukan sahaja tidak memberikan manfaat kepada mereka tetapi membuat mereka terseksa.Pergerakan kesatuan sekerja lebih dilihat pada waktu tersebut yang membawa dan memperjuangkan dan melindungi pekerja (Jha, 1970).

2.2.1 Teori Marxis

Teori Marxis lebih dikenali sebagai Teori Revolusi Politik pergerakan pekerja.Teori ini berkait rapat dengan konsep ‘class struggle’. Industri yang besar dalam sesuatu tempat akan menyebabkan rusuhan daripada orang ramai (Jha, 1970). Persaingan turut mengasingkan kepentingan masing-masing.Walaubagaimanapun, gaji tetapi menjadi kepentingan bersama yang harus diperjuangkan dan dipertahankan oleh kesatuan tidak kiralah jenis kesatuan yang wujud.

Menurut Marx, terdapat dua kelas yang wujud. Kelas yang pertama mewakili borjuasi (bourgeoisie) dan kelas yang kedua adalah proletariat.Kebebasan pekerja (free labourer) di sini bermaksud bebas daripada memiliki faktor pengeluaran dan keuntungan. Selepas revolusi industri apabila mesin digunakan sebagai alat pengeluran, pekerja tidak kira kelas mereka berkumpul dan berdiri dibawah bumbung yang sama untuk mempertahankan kerja mereka (job security). Hal ini merapatkan lagi mereka.Mereka memfokuskan kepada kuasa pekerja, disebabkan kesatuan telah dicapai dalam kalangan pekerja.Objektif utama mereka pada waktu tersebut adalah meruntuhkan sistem kapitalis yang tidak adil pada mereka.Hal ini kerana kebanyakan mereka tidak mendapat layanan yang setimpal dengan kerja mereka.

(7)

kemudian melalui kumpulan orang yang bekerja di organisasi yang sama dan akhirnya berjuang melalui kewujudan kesatuan menentang golongan borjuasi yang mengeksploitasi mereka secara langsung. Pembangunan industri yang berlaku turut mengakibatkan peningkatan golongan proletariat. Pertikaian diantara seorang pekerja dengan seorang borjuasi sedikit sebanyak menyebabkan dua golongan kelas ini tidak dapat menerima pendapat antara satu sama lain. Disebabkan hal tersebut, pekerja mula berkumpul dan menubuhkan kesatuan yang menentang borjuasi.

Marx turut percaya setiap kesatuan sekerja ataupun golongan proletariat secara sedar ataupun tidak sedar terlibat dalam tindakan politik untuk mencapai kesamarataan dalam ekonomi.

Teori Marx tentang evolusi kesatuan sekerja adalah teori ‘class struggle’. Menurutnya, konflik diantara borjuasi yang memiliki faktor pengeluaran dan proletariat yang membekalkan faktor pengeluaran kepada borjuasi sering berlaku. Disini, kesatuan perlu memiliki kuasa politik agar masyarakat memperolehi hak yang sama. Kesatuan seharusnya tidak hanya memandang terhadap sistem upah yang bermaksud kesatuan tidak boleh kekal sebagai agen kepada perunding dalam upah pekerja.

Teori Marx jelas menjelaskan bagaimana kesatuan itu boleh wujud yang disebabkan penentangan dan ketidakpuasaan daripada golongan proletariat keatas golongan borjuasi yang mengeksploitasi mereka. Evolusi kesatuan sekerja dilihat pada fungsinya dimana sebelum ini kesatuan hanya memperjuangkan tentang kadar upah dan persekitaran tempat kerja yang selamat. Walaubagaimanapun, Marx berpendapat kesatuan perlu memperolehi lebih kuasa untuk dan untuk mencapai matlamat tersebut, mereka perlu terlibat dalam ekonomi politik sesebuah negara. Dengan ini, mereka dapat memperjuangkan agar kesemua ahli mereka akan memperolehi manfaat yang sama dan hak mereka dapat dilindungi.

(8)

Dalam teori Lenin, usaha ekonomi adalah usaha kolektif pekerja menentang majikan untuk terma yang lebih baik untuk keadaan hidup yang lebih selesa.Hal ini memnyebabkan kesatuan sekerja berusaha kerana keadaan pekerja berbeza demgam kesatuan ke kesatuan.

Lenin berbeza dengan Marx dan beliau berkata kelasa pekerja (working class) berdasarkan ciri semulajadi kehendak mereka akan menyedarkan kesatuan. Tetapi untuk mendapatkan kesedaran politik (political consciousness), pertolongan daripada orang luar sangat diperlukan.tambahnya lagi, kesedaran kesatuan sekerja (trade union consciousness) adalah berbeza dengan kesedaran politik. Oleh itu, untuk menjadikan pekerja sedar sebagai kelas politik, penglibatan orang yang berilmu adalah perlu.Golongan pakar mesti menjadi penunjuk dan pelonjak kepada kelas pekerja bukan sahaja terma untuk kuasa pekerja tetapi juga untuk meruntuhkan sistem sosial dimana kelas harta berkurangan.

Pendapat Lenin terhadap matlamat pekerja tidak tertumpu kepada cabaran dalam ekonomi atau meruntuhkan sistem kadar upah berbentuk hamba sahaja tetapi perlu diperluaskan. Skop perlu dikembangkan dan diperluaskan kepada kuasa politik untuk mendapatkan pengesahan daripada undang-undang.Lenin mengkategorikan kesatuan sekerja bukan hanya sebagai organisasi pekerja yang biasa tetapi sebagai organisasi pendidikan, pentadbiran, sekolah pengurusan ekonomi dan sekolah komunisme.

2.3 Kajian Kes

(9)

Sebelum memasuki tentang evolusi, sedikit sejarah tentang pembangunan dan kemajuan kesatuan sekerja di British, kesatuan sekerja maju secara perlahan-lahan di Britain tetapi mereka dapat dikesan pada Zaman Pertengahan. Di bandar-bandar dan kampung-kampung zaman pertengahan, persatuan perdagangan mula berkembang. Dengan kedua-dua majikan dan pekerja yang diberikan kepada kesatuan tertentu. Pada tahun 1563, Statut Artificers telah diluluskan oleh kerajaan Elizabeth pertama. Statut mempunyai beberapa kesan negatif seperti tidak membenarkan perantis untuk mencari pekerjaan di luar kariah mereka tetapi ia juga mempunyai kesan positif seperti memerlukan Hakim keamanan untuk mengekalkan taraf hidup dan untuk memantau perantis di daerah mereka. Menjelang abad ke-19 sikap telah berubah. Orang sekarang membenci campur tangan kerajaan dalam perniagaan mereka. Apabila penduduk meningkat begitu juga saiz perniagaan ia tidak mungkin lagi bagi majikan untuk mempunyai hubungan dengan setiap pekerja kerana pada 1813 Statut dimansuhkan. Pada masa sekarang pekerja mula membentuk kelab dan persatuan perdagangan untuk melindungi kepentingan industri dan peribadi.

Evolusi kesatuan sekerja di Britain boleh dikatakan sebagai contoh kepada negara negara lain kerana pembangunan dan kemajuan dalam kesatuan sekerja membangun dalam pelbagai bentuk aspek seperti dalam aspek etika perniagaan, sumber manusia, kesatuan penganjur dan banyak lagi. Kemunculan perkongsian sosial di Eropah boleh dikatakan satu pembangunan yang penting dan satu keutamaan dalam penyelidikan, bagaimanapun sehingga kini, tidak ada kajian empirikal telah diarahkan untuk membuat penilaian tentang tanggapan umum ini. Sepuluh tahun yang lalu merupakan tempoh yang buruk bagi evolusi ekonomi dan sosial kesatuan sekerja. Kedatangan parlimen sayap kiri di United Kingdom dan negara lain telah menyebabkan pengunduran kepimpinan ‘New Right’. Sebagai alternatif, satu perintah sosio-ekonomi asal, yang diasaskan di atas jalan yang ketiga, telah pun mula muncul, yang menimbulkan keraguan kepada keluhuran status quo. Dalam erti kata lain,ia memberikan kesan kepada kesatuan-kesatuan pekerja yang kuat.

(10)

bentuk baru dalam tawar-menawar antara pengurus dan pekerja yang memberi fokus kepada kepentingan hubungan perindustrian. Daripada kepentingan yang besar adalah keperluan untuk rakan-rakan sosial untuk mengubah sifat komitmen mereka dari topik tempatan pengedaran kepada integratif keuntungan bersama topik-topik seperti pendidikan dan amalan [CITATION Luc02 \l 1033 ].

Dalam evolusi kesatuan sekerja di Britain, terdapat satu perjanjian baru untuk organisasi penganjur. Dengan adanya perjanjian baru ini, pendaftaran di institusi buruh British telah terjejas oleh model penganjur dan penggabungan pendekatan penganjur.Jelas sekali dalam hal ini menimbulkan satu pertanyaan ke atas kajian kes mobilisasi pekerja yang menarik kepada model penganjur dengan tujuan untuk menentukan kelebihan dan keburukan dengan merujuk kepada kesatuan sekerja British. Berbeza dengan kursus-kursus yang dianjurkan di Amerika Syarikat, organisasi kolektif di United Kingdom memberi perhatian kepada kursus yang kurang tindakan militant [CITATION Wal98 \l 1033 ].

Hasil kaji selidik TUC (Trade Union Congress) yang menunjukkan bahawa di United Kingdom tidak ada pekerjaan seragam teknik-teknik dan amalan yang berkaitan dengan organisasi. Buruh institusi telah digunakan dengan kerap dalam pengambilan satu-sama-satu dan lebih kuranglima puluh peratus mempunyai petisyen yang digunakan. Walaupun dengan menggunakan kaedah yang berbeza, namun, seperti Kedudukan sistematik bukan ahli dan penubuhan jawatankuasa penganjur di kalangan tenaga kerja sasaran, ianya adalah terhad kepada sebilangan kecil institusi buruh dan usaha-usaha untuk meresap organisasi secara kolektif. Institusi Buruh, seperti besi dan Steel Sekerja Gabungan dan grafik, Kertas dan Kesatuan Media adalah sangat dipengaruhi oleh model penganjur dan mereka telah dianggap oleh sesetengah pihak sebagai pemimpin gerakan [ CITATION Wal98 \l 1033 ].

(11)

komitmen ahli kesatuan kepada punca politik. Pelbagai pakatan, seperti Institusi Profesional, Pengurus dan Pakar, National Persatuan Guru-guru lanjutan dan Pengajian Tinggi, Awam dan Perdagangan Perkhidmatan Kesatuan, Persatuan Eksekutif Telekom dan Pengangkutan Bergaji Staf. Persatuan menyatakan bahawa keyakinan dalam strategi pengambilan telah berkembang sebagai bangkitan daripada pengagihan perhubungan industri.

Kesatuan yang telah menerima pakai kedua-dua penganjur dan model perkongsian akan lebih berkesan pada penganjur luar daripada kesatuan yang menerima pakai antara satu atau kedua duanya tidak dipakai. Organisasi serantau dan aktiviti institusi adalah berkemungkinan mempunyai kesan yang besar kepada kecekapan penganjuran [ CITATION Cha01 \l 1033 ].Selain daripada itu, Institusi Buruh juga boleh menjejaskan aktiviti institusi dan pertubuhan serantau melalui latihan vokasional yang mereka tawarkan kepada tempat perantis mereka. Walau bagaimanapun objektif strategi ini adalah untuk membezakan antara institusi dengan institusi yang lain, yang membawa kepada cahaya tidak konsisten dalam pengurusan sumber manusia, tingkah laku organisasi dan budaya. Institusi akan menjadi lebih cekap jika ia diuruskan secara demokratik sejak demokrasi dahulu lagi dalam membantu pengurusan untuk menjadi lebih peka kepada keperluan ahli kesatuan. Jika sesuatu institusi responsif kepada keperluan kesatuan mereka berkemungkinan meninggalkan keahliannya jika institusi itu bersikap acuh tak acuh [ CITATION Del93 \l 1033 ].Ini mempunyai pengaruh ke atas peranan kesatuan. Para penyokong pemulihan badan kolektif menyatakan bahawa akauntabiliti kepimpinan diperlukan sebagai pra-syarat untuk kebangkitan institusi buruh. Keberkesanan penganjuran dalaman akan lebih tinggi di tempat kerja di mana kesatuan dimana adanya militan, berbanding dengan tempat kerja di mana kesatuan adalah koperasi dan tempat kerja yang terpinggir.

(12)

kolektif. Tempat Kerja Perhubungan Perusahaan Survey menyediakan bukti. Pada pertengahan tahun 80-an di laman web dengan lebih daripada dua puluh lima pekerja tidak ada apa-apa perubahan dalam bilangan tempat-tempat yang tidak mempunyai perwakilan kolektif, ini masih berlaku dalam kira-kira lima belas peratus. Menjelang akhir tahun 90-an, namun, terdapat penurunan secara mendadak dalam perkiraan suara di mana kesatuan terbentuk dalam saluran tunggal komunikasi dan penurunan kurang ketara dalam suara saluran dwi melibatkan kesatuan dan saluran bukan kesatuan dalam gabungan [ CITATION Bry00 \l 1033 ].

Selepas membincangkan pengaruh Amerika pada hubungan perindustrian British dan perdagangan kesatuan iaamat pentingjuga membincangkan pengaruh Eropah. Ia boleh dipertikaikan bahawa kesan Eropah mengenai hubungan tempat kerja British dan institusi buruh adalah lebih penting kerana ia juga melibatkan undang-undang berkanun. Pertama, merujuk kepada evolusi kesatuan sekerja di Britain, dengan menganalisis sejarah latar belakang. Kedua, bahagian yang menyimpulkan penyelidikan kajian kes ini adalah analisis dari perspektif konteks Eropah dalam perwakilan, maklumat dan perundingan di tempat kerja, dengan merujuk kepada Pekerja British.

Kesimpulannya, dekad sembilan puluhan adalah sangat penting bagi perkembangan politik dengan mengambil kira institusi buruh. Pulangan kerajaan sosialis di Eropah dan Amerika dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu telah berakhir dengan peninggalan ekonomi ‘New Right’. Implikasi bagi institusi buruh adalah penting , walaupun tidak baik ditakrifkan. Di Britain, pengenalan dasar-dasar seperti Gaji Minimum Negara dan Berkanun Kesatuan Sekerja Pengiktirafan. Perjanjian perkongsian boleh menjadi asas dalam pembentukan sebuah rundingan rangka kerja untuk majikan dan pekerja yang menekankan kepentingan coordinative hubungan di tempat kerja.

(13)

menurun daripada 86 peratus pada tahun lapan puluhan kepada 67 peratus dalam sembilan puluhan.

2.4 Kajian Lepas

Kesatuan sekerja semasa Perang Dunia berlaku mempunyai matlamat dan objektif yang berbeza dengan kesatuan sekerja selepas era tersebut.McNulty (1980) mendapati objektif kesatuan sekerja pada waktu tersebut adalah ringkas dan tidak lengkap. Kesatuan sekerja di anggap berbahaya dan tidak ada fungsi sebenar.Marginalist dan penganalisis neo-klasikal menyatakan, kewujudan institusi seperti kesatuan sekerja mewujudkan masalah pasaran kerja secara matematiknya (Edgeworth, 1881, Jevons, 1882).

(14)

John Commons (2000) mengatakan kesatuan sekerja bukan sahaja memainkan peranan dalam ekonomi pekerja, tetapi mewujudkan penambahbaikan suasana pekerjaan yang lebih baik dan selamat serta meningkatkan kualiti hidup ahli kesatuan. Pernyataan tersebut turut disokong oleh Perlman (1996) dan Kaufman (2000). Berbeza dengan Drakopoulos (2011: 8), yang mengatakan bahawa Robert Hoxie, Selig Perlman dan George Bernett tidak mengutarakan idea mereka terhadap kesatuan sekerja, tetapi lebih kepada pendekatan sejarah-sosiologi. Mereka berpendapat kesatuan sebagai organisasi politik-ekonomi dimana ahlinya menyertai kesatuan kerana inginkan keadilan dan kesamarataan. Isu ini adalah yang diperjuangkan oleh kesatuan pada waktu tersebut. Mereka turut meletakkan kesatuan di kategori yang berbeza berdasarkan struktur organisasi dan tujuan tertentu atau peranan sosial. John Hick dalam Teori Pendapatan (1932) pula mempunyai pandangan yang berbeza dan membangunkan model ‘perjanjian’ diantara majikan dan kesatuan sekerja. Menurut John Hick, majikan dan kesatuan sekerja perlu mewujudkan satu hubungan yang baik bagi membentuk satu perjanjian yang dapat memberi kelebihan kepada kedua belah pihak. Dalam teori ini juga Hick mengatakan kesatuan sekerja boleh memaksa majikan untuk membayar gaji yang lebih tinggi daripada kadar yang telah ditetapkan sekiranya majikan berdegil untuk bekerjasama dengan kesatuan. Hal ini kerana majikan akan berdepan dengan isu mogok daripada pekerja untuk menuntut permintaan mereka. Teori ini turut disokong oleh Frederik Zeuthen (1930) dalam kajiannya Problem of Monopoly and Economic Warfare.

(15)

kesatuan. Hal itu menyebabkan mereka berhenti sebagai ahli dan membentuk satu kesatuan yang baharu. Pembentukan kesatuan sekerja di Ghana pada masa kini hasil daripada pembentukan daripada pekerja yang inginkan hak mereka lebih dijaga dan diperjuangkan.

2.5 Perubahan peranan

Pada masa dahulu, ahli kesatuan sekerja lebih kepada pendaftaran kepada sistem sosial insurans daripada terlibat aktif dalam organisasi untuk mempertahankan hak mereka. Dengan tugas seperti ini, kesatuan sekerja tersebut tidak mempunyai kuasa yang kuat dan struktur organisasi tidak teratur. Permulaan bagi organisasi kesatuan adalah “company-union” di mana pekerja akan menjadi ahli kesatuan sekerja pada waktu mereka berkerja pada hari pertama di sesuatu organisasi. Kini, pekerja lebih bebas mengikut kesatuan sekerja yang mereka mahu. Mereka juga tidak dipaksa untuk mengikuti kesatuan sekerja. Hal ini menjadikan kesatuan sekerja pada masa kini lemah dan tidak mempunyai kuasa yang besar untuk mempengaruhi pihak lain seperti majikan kepada ahli kesatuan mereka (Anantaraman, 1997).

2.5.2 Keperluan praktikal

Segala yang berada di dunia adalah sentiasa berubah dan tidak ada yang tetap. Teknologi, sistem, undang-undang, sikap, situasi bisnis dan kesatuan sekerja adalah sentiasa berubah yang menekankan keperluan latihan praktikal. Livingstone dan Raykov (2005) menganalisa beberapa kajian dengan perkembangan semasa ekonomi dunia.Perubahan dan perkembangan teknologi dan inovasi, kesatuan sekerja berdepan dengan keperluan ahli kesatuan untuk persiapan diri dengan perkembangan teknologi terkini. Pengetahuan menjadi kunci utama kepada produktiviti dan dengan pengetahuan, ahli kesatuan dapat mengetahui hak sebenar mereka agar tidak dieksploitasi oleh majikan seperti yang berlaku pada masa dahulu. Melengkapkan diri dengan ilmu teknologi maklumat adalah salah satu cara dan cabaran kepada kesatuan sekerja pada masa kini.

(16)

yang sama, pekerjaan dalam sesuatu sektor mengalami perubahan yang mendadak. Perkara ini menyebabkan kenaikan permintaan melatih pekerja dengan teknologi terkini untuk persiapan mereka dengan pekerjaan yang lain. Kesatuan sekerja berhadapan situasi ini dimana mereka perlu sentiasa peka dengan perubahan teknologi dan informasi di sekitar mereka. Ahli kesatuan sekerja perlu mahir dan tahu selok belok dalam teknologi untuk memperjuangkan dan mempertahankan hak mereka berbanding dengan kesatuan sekerja pada masa lalu di mana mereka tidak ditekankan dengan teknologi. Disebabkan itu, hak mereka tidak dapat diperjuangkan.

Menurut Hussain (2011), organisasi pada masa kini adalah di sarankan menumpukan perhatian kepada latihan dan pembangunan ahli mereka agar matlamat, strategi, misi dan visi kesatuan sekerja dapat dicapai. Latihan adalah salah satu cara bagi kesatuan sekerja untuk melatih ahli mereka agar ahli kesatuan sekerja memperjuangkan hak mereka daripada ditipu oleh majikan mereka. Pada masa kini di mana persaingan hebat di antara syarikat-syarikat besar, majikan tidak mempedulikan kebajikan pekerja mereka. Oleh itu, menjadi tugas kesatuan sekerja untuk mempertahankan hak ahli mereka dan ahli mereka pula perlu berani mengambil tindakan yang sewajarnya sesuai dengan situasi

2.6 Isu-isu

(17)

mereka untuk berunding dengan pihak pengurusan bagi pihak tenaga kerja kesatuan sekerja secara keseluruhannya.

Kesatuan sekerja umumnya akan menggunakan kaedah tawar-menawar secara kolektif untuk memperjuangkan ataupun mendapatkan gaji yang lebih tinggi kepada ahli mereka, faedah yang lebih banyak ataupun persekitaran kerja yang lebih selamat. Walaubagaimanapun, pihak pengurusan ataupun majikan biasanya tidak menerima kesatuan sekerja dan itu menyebabkan perundingan secara kolektif gagal mencapai objektifnya. Hal ini kerana ia akan mengancam kepada syarikatnya sekiranya pekerja mereka mengikuti mana-mana kesatuan. Syarikat berpendapat perundingan kolektif tersebut memberi hak yang sama rata dan tidak mengikut perbezaan di antara pekerja yang cemerlang dengan pekerja yang mempunyai prestasi yang buruk. Hal itu adalah tidak wajar bagi majikan dan perlu dielakkan.Pemberian kelebihan pekerjaan seperti elaun tambahan kepada pekerja yang memberikan prestasi kepada syarikat adalah wajar berbanding memberikan elaun kepada semua pekerja tanpa mengira prestasi mereka.

Salah satu isu yang paling asas yang berlaku dalam kesatuan perdagangan antara pemimpin-pemimpin kesatuan dan ahli mereka adalah kestabilaan pekerjaan dalam jangka masa yang panjang. Kesatuan percaya bahawa syarikat-syarikat atau organisasi mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan pekerja yang bekerja keras dan memperjuangkan pemberhentian dan penamatan kontrak pekerjaan. Kebanyakan kes, hujan seperti menstabilkan pekerjaan dalam masyarakat, perancangan mengurangkan bilangan pekerjaan dalam syarikat sering didengari. Majikan berhujan bahawa ini akan menghalang pertubuhan kesatuan itu tidak dapat berkembang. Kemajuan teknologi turut mengurangkan kebergantungan kepada pekerjaan tertentu menjadikan mereka kurang berdaya saing. Hal ini mengakibatkan kadar pemberhentian dan pengangguran tinggi dan kesatuan perlu memainkan peranan mereka dalam menangani isu tersebut.

(18)
(19)

3.0 Metodologi Kajian

3.1 Populasi Kajian

Populasi kajian kami ialah MTUC. Kami memilih MTUC kerana ia merupakan kesatuan yang paling aktif di Sarawak.

3.2 Sampel Kajian

MTUC merupakan satu organisasi yang besar dan kami telah mengecilkan populasi kajian kami dengan memilih UTES sebagai sampel kajian. UTES juga merupakan kesatuan yang mewakili pekerja dari syarikat Telekom. Oleh itu, kami telah menemu-ramah encik Haji Ibrahim yang merupakan pengerusi dalam kesatuan tersebut.

3.3 Reka bentuk Kajian

Bentuk kajian yang kami gunakan ialah kualitatif. Kami memilih kualitatif kerana data yang kami perolehi adalah dalam bentuk penerangan dan juga melibatkan sumber maklumat secara terus daripada responden.

3.4 Instrumen Kajian

(20)

3.5 Kaedah pengumpulan data

Kaedah yang kami gunakan dalam pengumpulan data ialah data primer dan data sekunder.

3.5.1 Data Primer

Data primer kami perolehi daripada maklumat yang kami perolehi daripada encik Ibrahim iaitu responden kami. Kami telah menjalankan temu-bual dengan responden kami bagi mengetahui perkembangan evolusi yang berlaku di Malaysia amnya.

3.5.2 Data Sekunder

Data sekunder pula, kami diperolehi dengan merujuk buku rujukan, jurnal, risalah dan artikel yang berkaitan. Data juga diperolehi dengan melayari laman sesawang yang berkaitan seperti googlescholar dan sumber-sumber yang boleh dipercayai..

3.6 Penganalisisan Data

Penganalisisan data dilakukan dengan berpandukan maklumat yang kami perolehi daripada responden. Data tersebut kemudinnya kami kembangkan dalam bentuk penerangan agar pembaca dapat memahami tujuan kajian ini dijalankan. Selain itu, kami juga menyelitkan maklumat daripada kajian lepas kerana kajian yang kami jalankan ialah berkaitan dengan evolusi Kesatuan Sekerja. Perubahan yang berlaku perlu kami analisis dengan membuat analisa data yang kami perolehi daripada responden dan juga pengkaji-pengkaji yang lain.

3.7 Limitasi Kajian

Ketika menyiapkan kajian ini, terdapat beberapa masalah yang dihadapi. Antaranya sebahagian daripada soalan yang kami tanya semasa sesi temu-bual kemungkinan di luar topic kerana kami menggunakan kaedah temu-bual secara terus (in-depth interview) dimana yang kami ajukan adalah berdasarkan tindakbalas daripada responden.

(21)

dalam bentuk ilmiah. Kami juga perlu melihat kepada kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji lain mengenai evolusi Kesatuan Sekerja sehingga kami terkeliru dengan maklumat yang kami telah perolehi.

Selain itu, maklumat yang kami perolehi daripada responden juga terhad kerana skop kami hanya melibatkan situasi kesatuan kerja UTES dan bukti juga hanya melalui masalah-masalah yang dihadapi oleh kesatuan tersebut sahaja. Walaupun responden ada menyentuh isu yang berlaku di Semenjung Malaysia, tetapi tidak begitu memenuhi kehendak dan juga objektif kajian kerana responden lebih menyentuh tentang permasalahan (dispute) yang berlaku.

(22)

Berdasarkan maklumat yang kami perolehi daripada responden, perkembangan Kesatuan Sekerja di Malaysia agak perlahan berbanding dengan kesatuan sekaerja di Eropah. Walaupun banyak organisasi yang telah membentuk Kesatuan Sekerja, namun hanya sedikit jumlah Kesatuan yang bergiat aktif dalam memperjuangkan permasalahan mereka iaitu antara 7%-8% sahaja. Responden berpendapat bahawa kesatuan tersebut kurang aktif kerana tiada pemimpin yang betul-betul bertanggungjawab dalam memimpin Kesatuan tersebut. Selain itu, di bawah Dasar Pandang ke Timur, kerajaan Malaysia menggalakkan Kesatuan Sekerja dalaman. Hal ini demikian kerana ia amat praktikal kerana golongan pekerja dan majikan dapat membuat sesuatu keputusan dengan segera demi meningkatkan produktiviti syarikat.

4.1. Perlaksanaan Kesatuan Sekerja di Malaysia

MTUC merupakan kesatuan yang bukan sah di bawah undang-undang Malaysia. Walaubagaimanapun, secara teorinya ia adalah sebuah badan kesatuan yang memperjuangkan hak pekerja dan fungsinya lebih kepada kesatuan sekerja. Terdapat beberapa tindakan dan program yang dilaksanakan untuk mencapai objektif dan matlamat mereka pada masa hadapan. Matlamat utama mereka adalah untuk memperbaiki kualiti hidup ahli dan meningkatkan status-quo pekerja. Terdapat beberapa perkara yang menjadi isu.

a) Polisi Sosial

Skema keselematan social (social security scheme) yang telah dilancarkan sebagai program pilot perlu diubah semula dan penambahbaikan harus dilakukan untuk memastikan bayaran yang ditawarkan adalah lebih baik. Polisi sosial Negara akan menjadi instrument kepada pengagihan kesamarataan untuk mewujudkan saty masyarakat tiada kemiskinan.

b) Gaji Minimum

(23)

sama ada ia relevan ataupun tidak pada zaman moden ini di mana barang keperluan semuanya telah meningkat. MTUC melihat ini adalah satu cabaran dan program dan tindakan yang dikira wajar perlu dilaksanakan segera.

c) 5 hari bekerja dalam seminggu

Hak mendapat kebebasan waktu lapang perlu dilindungi yang perlu dinikmati oleh semua pekerja apabila tiba waktu hujung minggu.5 hari bekerja diharapkan dapat membantu peningkatan aktiviti ekonomi baru selain membantu menyelesaikan masalah pengangguran yang semakin meningkat. Dengan bekerja hanya 5 hari seminggu, berbanding kini di mana perlu bekerja 6 hari, ia dapat membantu masyarakat menikmati waktu cuti mereka dengan lebih baik. Dengan ini, masalah tekanan dihadapi sewaktu kerja dapat di hapuskan.

d) Organisasi untuk pekerja di pendalaman

Program yang efektif untuk pekerja di pedalaman perlu dilaksanakan agar pekerja pendalaman tidak lagi dipinggirkan.Banyak program dilaksanakan untuk pekerja di bandar dan mereka dapat menikmati kelebihan tersebut tetapi tidak bagi mereka yang bekerja di pedalaman seperti ladang kelapa sawit.Hak mereka sedikit sebanyak dipinggirkan.Oleh itu, MTUC memainkan peranan untuk menghidupkan suasana dan melindungi hak mereka.

e) Hak Asasi

MTUC menawarkan pelindungan kepada semua pekerja dan ahli mereka.Hal ini kerana semua pekerja mempunyai hak dan dilindungi oleh undang-undang. Perkara yang perlu dilakukan adalah menyedarkan dan memberi ilmu pengetahuan kepada pekerja agar mereka tahu akan hak mereka seperi kebebasan untuk mengikuti mana-mana kesatuan yang ada di Negara.

(24)

4.2. Cabaran Kesatuan Sekerja

Terdapat banyak cabaran dan halangan yang dihadapi oleh kesatuan sekerja pada zaman moden ini. Kemajuan yang dicapai di Malaysia mewujudkan pelbagai sektor dan bertapak di Negara. Akibat perkembangan ini juga menyebabkan banyak kesatuan sekerja telah ditubuhkan. Penubuhan ini telah mendatangkan pelbagai reaksi dan kesan sama ada positif mahupun negatif. Kesatuan merupakan satu alternative yang terbaik dalam memastikan hak-hak dan kebajikan pekerja terjamin serta membina hubungan yang baik antara majikan dan pekerja.

4.2.1 Pengiktirafan Kesatuan Sekerja oleh Majikan

Cabaran yang dihadapi oleh kesatuan sekerja adalah mendapatkan pengiktirafan daripada majikan. Sesebuah kesatuan sekerja yang hendak menubuhkan kesatuan perlu mendapat kelulusan daripada pihak majikan ditempat kerja mereka sebelum mendaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja.Hal ini termaktub dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959 yang menyatakan bahawa setiap penubuhan kesatuan sekerja yang ingin ditubuhkan haruslah mendapat persetujuan serta diiktiraf oleh pihak majikan dalam sesebuah organisasi terlebih dahulu. Jika majikan tidak mengiktiraf kesatuan tersebut, pekerja tidak boleh membuat tuntutan daripada majikan seperti gaji, tempoh bekerja, cuti dan sebagainya

4.2.2 Perkembangan Teknologi Maklumat

(25)

diperlukan. Majikan akan berusaha untuk mengurangkan bilangan tenaga kerja dan lebih mengutamakan penggunaan teknologi. Kos syarikat akan dapat dikurangkan dengan adanya teknologi. Majikan juga berpendapat dengan adanya teknologi seperti mesin-mesin yang menggantikan tenaga manusia, keselamatan dan kesihatan pekerja tidak lagi menjadi isu yang dipersoalkan dan tidak perlu lagi dikhuatiri. Kemalangan ditempat kerja juga dapat dikurangkan dengan adanya teknologi dan jumlah bayaran yang besar untuk membayar pampasan kepada pekerja dapat dikurangkan. Kesan daripada perkembangan teknologi ini, ramai pekerja-pekerja diberhentikan kerana majikan cenderung untuk menggunakan peralatan-peralatan berteknologi tinggi. Keadaan ini menyebabkan bilangan ahli kesatuan sekerja berkurangan dan kesatuan menjadi sangat lemah.

4.2.3 Kegawatan Ekonomi

Transformasi dan pembangunan yang dialami oleh Kesatuan Sekerja menempuh pelbagai halangan dan cabaran. Kegawatan ekonomi merupakan satu cabaran yang paling ketara. Hal ini kerana, apabila berlaku kegawatan ekonomi Negara seperti yang berlaku pada tahun 1997 di mana Negara menghadapi krisis ekonomi, ahli kesatuan akan menjadi sedikit dan berkurangan. Keadaan ini berlaku kerana majikan terpaksa memberhentikan pekerja mereka bagi mengurangkan kos pengeluaran dan perbelanjaan syarikat. Apabila ekonomi Negara tidak baik, maka sudah tentu pendapatan sesebuah syarikat menurun. Perkara ini memberi kesan negatif di mana pekerja-pekerja tidak lagi berminat untuk menyertai kesatuan sekerja kerana mereka tidak lagi mampu untuk membayar yuran keahlian.

4.2.4 Perubahan bentuk Pekerjaan

(26)

bertujuan untuk memastikan pekerja-oekerja terbabit agar tidak menyertai kesatuan sekerja kerana sekiranya pekerja terbabit adalah pekerja sambilan, mereka tidak boleh menyertai kesatuan sekerja. Langkah ini memberi kelebihan kepada majikan dan kesatuan tidak mempunyai kuasa untuk melindungi pekerja sementara tersebut. Jika perkara ini berlaku secara berterusan, kesatuan akan menjadi semakin lemah dengan kekurangan ahli mereka.

4.3. Perubahan dari aspek Peranan Kesatuan Sekerja

Menurut peruntukan yang termaktub dalam akta kesatuan sekerja, keahliannya mesti terdiri daripada pekerja itu sendiri atau majikan dalam sesuatu bidang yang diceburi. Kesatuan sekerja sangat penting dalam merealisasikan dan menyelesaikan masalah yang timbul seperti gaji yang tidak sesuai dan syarat pekerjaan yang dilihat menindas pekerja. Penglibatan pekerja dalam kesatuan membolehkan pekerja meminta gaji yang berpatutan dan wajar dengan pekerjaan yang dilakukan. Kesatuan mengambil berat tentang isu dan cakna terhadap pekerja yang ditindas ini. Sememangnya kesatuan menumpukan isu-isu yang berlaku terhadap pekerja-pekerja seperti layanan majikan terhadap pekerja.

(27)

memperkenalkan undang-undang untuk melindungi pekerja wanita dari sebarang bentuk keganasan seperti gangguan seksual di tempat kerja dan sebagainya.

4.3.1 Aspek Polisi Kesatuan Sekerja

Kesatuan sekerja juga telah banyak berubah dan menjadi lebih baik berbanding sebelum merdeka. Kesatuan sekerja telah membantu Negara dalam menangani krisis ekonomi yang melanda Negara dimana pihak kesatuan sekerja telah menyertai Jawatankuasa Bertindak NGO untuk Mempertahankan Kedaulatan Ekonomi Negara dengan meneruskan kempen ‘Belanja Berhemat kita Selamat.Dalam konteks ini, kesatuan terlibat secara sendiri dalam pengurusan kempen ini dan mendorong ahli-ahlinya untuk membeli barangan keperluan sahaja dan barang tempatan.Tindakan ini sedikit sebanyak membantu memulihkan krisis ekonomi.

Keadaan ekonomi Negara yang semakin gawat pada ketika itu menimbulkan kebimbangan kepada majikan untuk membuang dan memberhentikan pekerja mereka. Hal ini kerana, dengan wujudnya kesatuan sekerja, ianya menjadi pembantu kepada pekerja untuk mendapatkan pampasan yang sewajarnya daripada majikan sekiranya mereka dibuang kerjadan majikan perlu menyediakan pekerjaan di tempat lain sebagai ganti kerana memberhentikan pekerjanya. Selain itu, kesatuan perlu menangani isu pemberhentian pekerja asing. Sekiranya pekerja asing dibuang tanpa sebab yang munasabah ia akan memberi kesan yang negatif dan tidak baik kepada imej Negara.

4.4 Fungsi Kesatuan Sekerja

(28)

dengan harapan setiap ahli mendapat apa yamg dikehendaki. Responden kami telah mengukuhkan lagi fungsi tersebut dengan member gambaran yang dimainkan oleh beliau sebagai pemimpin untuk kesatuan UTES.

Pengalaman yang ditimba oleh responden amat membantu kami kerana maklumat yang diberi lebih jelas mengenai fungsi kesatuan dan juga responden bukan sahaja membantu ahli kesatuannya sendiri tetapi turut membantu organisasi luar yang bukan ahli dalam memperjuangkan hak mereka. Tindakan responden adalah secara sukarela dan mangsa pula hanya dikenakan minimal token sebagai ganjaran untuk bantuan yang diberikan oleh responden dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh mangsa di mahkamah. Hal ini demikian kerana, responden peka akan tanggunjawab kesatuan iaitu memperjuangkan kebajikan pekerja.

4.5 Pendekatan Kesatuan sekerja di Malaysia

Di Malaysia, kerajaan begitu berperanan dalam mengawal pergerakan pekerja dan juga mengawasi kesatuan sekerja agar selari dengan matlamat kerajaan dalam meningkatakan ekonomi Negara. Undang-undang juga dibuat mengikut cara ketenteraan (militant-style) hasil pengaruh daripada parti komunis Malaya. Undang-undang yang terbentuk ini juga seakan-akan gambaran kepada pendekatan Marxist kerana pergerakan pekerja adalah dikawal oleh pihak yang ada kuasa dan berpengaruh. Dalam situasi tersebut jelas menunjukkan kesatuan sekerja di Malaysia sukar untuk berkembang.

Disamping itu, kemajuan mengikut konsep majoriti (pluralistic conception) juga sukar untuk dicapai kerana kesatuan sekerja di Malaysia sukar untuk mempertahankan kepentingan ahli kesatuan kerana undang-undang di Malaysia begitu ketat. Perundingan bersama juga terhad untuk diutarakan dimana tidak dibenarkan untuk membincangkan isu-isu seperti naik pangkat, pertukaran tempat kerja, perlucutan jawatan dan mempersoalkan tentang tugasan yang diberikan. Hal ini demikian kerana isu-isu tersebut adalah tanggungjawab pihak pengurusan dan tidak boleh dipertikaikan.

(29)
(30)

5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, evolusi Kesatuan Sekerja di Malaysia memang berlaku tetapi berkembang dalam keadaan yang agak perlahan. Ini dibuktikan dengan hanya 7-8% sahaja kesatuan sekerja yang aktif di Malaysia. Seterusnya, cabaran yang dihadapi oleh Kesatuan Sekerja di Malaysia turut menyumbang kepada perkembangan Kesatuan Sekerja di Malaysia. Hal ini demikian kerana, kerajaan mengawal pergerakan Kesatuan Sekerja di Malaysia. Ini selaras dengan Pendekatan Marxist yang menyatakan bahawa pergerakkan pekerja dikawal oleh golongan yang berkuasa dan berpengaruh (kerajaan).

(31)

Rujukan

Anantaraman, V. (1997) Malaysian Industrial Relations: Law and Practice. Kuala Lumpur: UPM Press.

Bloom, Michael and Campbell, Alison (2002) “Success by Design: What Works in Workforce Development”, The Conference Board of Canada Report to The Association of Joint Labor- Management Educational Programs, ©2002 The Conference Board of Canada, www.conferenceboard.ca

Bluestone, B.; Bluestone, I. (1992). Negotiating the future - A labor perspective on American business. New York, Basic Books.

Bryson, A. (2000). Have British Workers Lost Their Voice, or Have they Gained a New One? London:PSI.

Charlwood, A. (2001). Influences on Trade Union Organizing Effectiveness in Great Britain. London: CEP.

Delaney, J. Fiorito J. and Jarley, P. (1993) National Union Effectiveness. Research in the Sociology of Organizations, 12:1.

Hanke, F. (2009). Trade Unions in the 21st Century. Warsaw: Friedrich Eberto Stiftung.

Hussain, Raja Mumtaz (2011) “An Empirical study of the relationship between motivation to transfer and transfer of training”, Far East Journal of Psychology and Business Vol. 5, No. 1 October 2011, pp. 47-56, Far East Research Centre www.fareastjournals.com Livingstone, D.W. and Raykov, M. (2005) “Union Influence on Worker Education and Training

in Canada in Tough Times”, Ontario Institute for Studies in Education of the University of Toronto, Canada, JUST LABOUR, Vol. 5 (Winter 2005)

Lucio, M. and Stuart, M. (2002). Social Partnership and the Mutual Gains Organization: Remaking Involvement and Trust at the British Workplace. Economic and Industrial Democracy, 23:2.

Metcalf, D. (2001). British Unions: Dissolution or Resurgence Revisited. London: CEP.

(32)

Stavros A. Drakopoulos and Loannis Katselidis. (2012). The Developmen of Trade Union theory and Mainstream Economic Methodology. Athens: Munich Personal RePEc Archive.

Thomas, H. (1999). Trade Union and Development. Geneva : International Institute for Laboour Studies.

Referensi

Dokumen terkait

Buku ini berisi panduan pelayanan emergensi dan rawat intensif anak secara detail, mulai dari ruang emergensi, intermediet sampai ke ruang intensif anak sehingga

Demek ki, Agâh efendi Ankara muhitinde de kendisine büyük on şöhret yapmıştır kı, bu suretle «Agâh efendi budur» demek, onun hafı­ zalarda yaşayan

5 KELURAHAN TIMBAU, KECAMATAN TENGGARONG, KAB KUTAI KARTANEGARA, KALIMANTAN TIMUR TELP.. KUTAI KARTANEGARA - KALIMANTAN TIMUR

Media yang digunakan dalam proses pembelajaran praktikum tentang Manajemen Aktif Kala III adalah dengan menggunakan phantom panggul, phantom plasenta, tetapi belum ada media

Puji syukur saya panjatkan ke hadirat Tuhan Yang Maha Esa yang telah melimpahkanrahmat dan hidayah-Nya, sehingga saya dapat menyelesaikan Tesis yang berjudul

Dengan bahan baku TEOS dan fumed silika pembentukan kristal cordierite terjadi pada suhu yang lebih tinggi dari sumber silika sekam padi, yaitu 1320°C dan

Jika lebih besar dari 118 dan pendapatan premi lebih besar dari 0,25% maka dinyatakan tidak memenuhi namun sebaliknya apabila kuraang dari atau sama dengan 118

Penulis menyadari bahwa dalam penulisan skripsi yang berjudul “Kosep Pendidikan Anak John Gray dan relevansinya dengan Pendidikan Islam” ini tidak akan berhasil