• Tidak ada hasil yang ditemukan

Usaha British membangunkan sektor pertan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Usaha British membangunkan sektor pertan"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

1 Pengenalan

Sejarah teh atau Camellia Sinosis boleh dijejaki kepada satu legenda di China sekitar

tahun 2737 S.M. Teh pertama telah diminum oleh Maharaja Shen Nung apabila daun-daun

kering telah memasuki cawan maharaja ketika baginda minum air panas. Pada awal tahun 780,

Lu Yu ditugaskan untuk menulis buku pertama mengenai teh berjudul Cha Jing atau The

Classic of Tea.1 Pengetahuan mengenai teh mula tersebar secara berperingkat dari timur ke

barat pada abad ke-15. Pada tahun 1652, teh telah diperkenalkan kepada British oleh Syarikat

Hindia Timur Belanda. Di India, dipercayai bahawa masyarakat dari puak Bodo telah

membawa teh ke Assam. Namun, mereka menghasilkan teh untuk mereka sendiri dan tidak

menjual atau membawa hasil mereka ke luar Assam. Penanaman teh ditemui oleh seorang

pedagang dan askar yang bernama Robert Bruce. Semasa beliau melawat Rongpur, beliau telah

dipenjarakan dan seorang ketua Singpho memberi tumbuhan teh kepada Bruce.2 Pada tahun

1824 Robert Bruce menyerahkan tumbuhan tersebut kepada adiknya C.A. Bruce yang

kemudiannya menyerah kepada David Scott. Scott seterusnya memberi spesimen teh kepada

taman botani di Calcutta. Namun, Persatuan Pertanian Calcutta mempunyai pendapat yang

berbeza bahawa teh telah ditemui sejak awal 1700-an. Kolonel Robert Kyd, seorang penduduk

Calcutta dan seorang ahli botani yang terkenal, menanam teh di taman beliau pada tahun 1780.

Maklumat ini telah disampaikan kepada Sir Joseph Bank dan pada tahun 1782 kebunnya telah

diserahkan kepada Taman Botani Calcutta. Pada tahun 1788, Sir Joseph Bank mendedahkan

adanya teh asli di Coochbehar dan daerah Rangpur, Bengal dan mencadangkan penanaman

tumbuhan ini diteruskan di kawasan tersebut.3 Teh yang ditumbuhi liar di Coochbehar

mengesahkan penemuan pertama teh asli di India.

1 K.G. Karmakar dan G.D. Banerjee, The Tea Industry in India: A survey, Department of Economic analysis and Research. NABARD, Mumbai, India, 2005, hlm. 1.

2 Gadapani Sarma, A Historical Background of Tea in Assam, Online Journal of Humanities & Social Science, 1, 2013, hlm. 123.

(2)

2 Isi-Isi Penting

Kepentingan penanaman teh di India

Sehingga abad ke-19, China terus kekal sebagai pengeluar teh utama dam merupakan

hasil dagangannya yang terpenting, selain sutera dan tembikar. Budaya teh di England pada

mulanya hanya dilakukan oleh kelas atasan di England berubah menjadi masyarakat tanpa

mengira pangkat dan kedudukan pada sekitar tahun 1708. Pada tahun 1699, British mengimport

40,000lbs teh setahun tetapi jumlah tersebut meningkat kepada 240,000lbs teh setahun pada

tahun 1708. Walau bagaimanapun, kuasa monopoli teh yang dipegang oleh China

mengecewakan British. China bebas menaikkan harga teh tanpa dapat dihalang oleh

mana-mana pihak. Meskipun harga sepaun teh menurun apabila jumlah import meningkat, namun

harga masih meningkat secara berterusan. Teh bernilai £14,000 diimport pada tahun 1700.

Seterusnya, £179,000 pada tahun 1730, £969,000 pada tahun 1760, dan £ 1,777,000 pada tahun

1790.4 Tambahan pula, China tidak berminat dengan barangan British. Mereka yakin bahawa

barangan pembuatan mereka sendiri adalah lebih mulia dari apa-apa yang British cuba

menawarkan kepada mereka. Walau bagaimanapun, kekangan itu dapat diselesaikan dengan

permintaan candu India yang semakin meningkat di China.5 Selama dua ratus tahun, SHTI

menjual candu ke China dan membeli teh dengan hasil jualan candu itu. China pula membeli

candu daripada pedagang British dengan menggunakan keuntungan perak dari teh. Pada akhir

abad ke-18, dua perkembangan telah mengejutkan Maharaja China. Pertama ialah tabiat buruk

menghisap candu telah sebar ke kerajaan pusat di Peking. Kedua adalah jumlah candu yang

diimport telah meningkat kepada lebih kurang 4000 kotak setahun. Jumlah perak yang terlibat

dalam pembelian candu telah mengancam imbangan pembayaran.6 Maka, pada tahun 1796,

4 Hillary Young, Tea Culture in Britain 1660-1800, Proceedings of 2001 International Conference on O-Cha (tea) Culture and Science, Session I, Shizuoka, Japan, 2001, hlm. 6.

(3)

3

Maharaja mengharamkan semua eksport perak dan import candu. Walaupun SHTI melarang

kapalnya membawa candu, perdagangan candu masih dijalankan dengan memberi lesen

kepada syarikat kapal lain untuk membawa candu. Akhirnya, pada tahun 1839, tindakan telah

dilakukan oleh Pesuruhjaya Imperial iaitu Lim Tse-Hsu untuk menyelesaikan masalah dari akar

umbinya. Sebanyak 20,283 kotak candu bernilai $ 9 juta, telah dibuang ke dalam laut. British

pula membalas dengan mengagihkan tentera laut berperang dengan China demi menjaga

perdagangan candu-teh yang lumayan itu. Akhirnya, China telah kalah dan menandatangani

Perjanjian Nanking pada 29 Ogos 1842.

Sebelum ini, memorandum telah disediakan oleh Joseph Banks demi menggalakkan

penanaman teh di India tetapi ditolak oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) kerana

mempunyai hubungan perdagangan yang aktif dengan China yang mampu mengaut

keuntungan yang besar.7 Walau bagaimanapun, British mula sedar kepentingan perlunya

penanaman teh dilakukan di India apabila monopoli SHTI terhadap perdagangan antara China

dan Britain telah sampai penghujungnya. Pada masa yang sama, terdapat keraguan dalam

kalangan British terhadap kebolehpercayaan eksport China kerana pada masa itu Jepun telah

memutuskan semua perdagangan dengan Barat dan melaksanakan dasar tutup pintu. Oleh itu,

British melalui SHTI mula mempertimbangkan teh dikembangkan di India. Selain itu, ahli-ahli

politik dan pedagang British juga bimbang bahawa Maharaja China yang dihina akibat

menandatangani Perjanjian Nanking yang sememangnya tidak adil bagi pihak China akan

membenarkan pengeluaran candu di China agar dapat memecahkan monopoli bunga popi India.

Menurut Henry Hardinge, Gabenor Jeneral India, beliau berpendapat penanaman teh perlu

dijalankan di India kerana teh akan menjadi tanaman komersil penting British pada masa

hadapan dan British tidak perlu lagi memperoleh teh melalui candu.8 Kelulusan pengeluaran

(4)

4

candu di China akan menyebabkan British tidak lagi mempunyai wang untuk mengimport teh.

Oleh itu, SHTI telahpun bermula untuk membangunkan sektor penanaman teh.

Usaha British membangunkan sektor pertanian, terutama penanaman teh di India A. Sistem Pembaharuan Tanah

Sepanjang abad ke-19, British telah mengubah dan mengadaptasikan institusi ekonomi,

politik dan sosial luar bandar India. Kesan paling ketara pemerintahan British ke atas ekonomi

luar bandar India adalah melalui pengenaan sistem pembaharuan tanah. British telah

memperkenalkan 3 jenis sistem pembaharuan tanah iaitu Sistem Zamindar, Sistem Ryotwari

dan Sistem Mahalwari. Permanent Settlement atau Sistem Zamindar telah ditubuhkan pada

tahun 1790-an dengan memberi hak tanah kepada zamindar dengan syarat mereka dapat

membayar hasil mereka.9 Status petani sebagai pemilik tanah telah dikurangkan kepada status

penyewa sahaja. Petani juga boleh digulingkan oleh tuan tanah atau zamindar pada bila-bila

masa. Bukan sahaja itu, SHTI mempunyai kuasa terhadap kedudukan dalam kalangan zamindar.

Segala kuasa tradisional yang dimiliki oleh zamindar telah dihadkan kepada hal-hal berkaitan

dengan pengutipan cukai sahaja. Cukai yang dikenakan bersifat tetap iaitu 11% tetapi kadang

kala zamindar menaikkan kadar cukai sedangkan kadar yang dibayar kepada kerajaan adalah

sama.10 Selepas tahun 1820, kebanyakan kawasan penempatan di utara-barat, barat, dan selatan

India telah menggunakan sistem penempatan tanah baru iaitu Sistem Ryotwari.11 Kawalan atas

hasil cukai jatuh pada tangan petani atau ryot. Di bawah perjanjian itu, kerajaan pusat

merupakan tuan tanah dan petani-petani adalah penyewa yang diberi pajakan pada satu tempoh

dan harga sewa yang tetap. Pemilik tanah dipaksa menjual tanah mereka jika gagal membayar

sewa mereka. Sistem Mahalwari pula satu sistem kutipan hasil yang diperkenalkan oleh Holt

9 B. R. Tomlinson, The Economy of Modern India 1860-1970, New Delhi: Foundation Books, 1998, hlm. 42. 10 R. Suntharalingam, Sejarah India Moden: Imperialisme dan Nasionalisme, Pulau Pinang: Pusat Pendidikan Jarak Jauh, 1987, hlm. 31.

(5)

5

Mackenzie di British India pada tahun 1822. Sistem Mahalwari dijangka berfungsi lebih baik

daripada sistem sebelumnya dan diperkenalkan di Wilayah Utara-Barat dan seterusnya di

Wilayah Tengah dan Punjab British. Tanah milik bersama untuk masyarakat kampung secara

teknikal dikenali sebagai body of co-shares. Body of co-shares bersama-sama

bertanggungjawab membayar hasil tanah walaupun tanggungjawab individu tidak hilang

sepenuhnya. Sebahagian sewa tetap dibayar oleh para petani. Urusan-urusan mengenai tanah

di bawah Sistem Mahalwari itu dibuat secara langsung dengan kampung-kampung, estet atau

Mahals atas arahan pegawai kawasan penempatan. Pegawai tersebut akan menetapkan kadar

sewa di bawah perundingan 'lambardar'.

Pelaksanaan sistem pembaharuan tanah ini memberikan kuasa kepada British sebagai

tuan tanah terhadap tanah-tanah yang dimiliki. British boleh menentukan jenis tumbuhan yang

perlu ditanam oleh petani-petani. Seterusnya, cukai pertanian merupakan sumber hasil yang

penting bagi mana-mana kerajaan India terutama untuk SHTI yang terpaksa membayar dividen

dengan menggunakan lebihan hasil untuk membeli barang-barang India yang dijual di Britain.

Tambahan pula, tanah adalah salah satu sumber pendapatan paling penting bagi British. Oleh

itu, mereka menggunakan tanah sebagai sistem pengurusan hasil dan mengukuhkan kedudukan

ekonomi mereka di India.

B. Teknologi

I. Taman Botani

Perkembangan pertanian komersil di tanah-tanah jajahan British juga mempunyai

perkaitan langsung dengan perkembangan bidang botani. Pada permulaan, taman botani

didirikan untuk tujuan perubatan. Kemudian, tumpuan diberi kepada tumbuh-tumbuhan yang

jarang ditemui untuk tujuan pemerhatian dan penyelidikan. Di British, asas taman botani di

(6)

6

khas untuk penanaman herba dan tumbuhan mengikut katalog yang telah diterbitkan. Taman

Botani Diraja Kew didirikan atas minat yang besar daripada Puteri Augusta yang merupakan

Princess Dowager of Wales dalam bidang botani.12 Di bawah bimbingan Lord Bute, taman

bunga telahpun didirikan di Kew House pada tahun 1760. William Aiton ialah kurator pertama

dan kurator seterusnya Sir Joseph Banks telah membangunkan Kew Garden sehingga menjadi

pusat penerokaan botani dan eksperimen hortikultur yang paling hebat selama ini. Kew Garden

telah memainkan peranan penting dengan menghubungkan perusahaan botani di Tanah Jajahan

British.13 Kew Garden berbeza dengan taman botani yang lain pada masa dahulu kerana tidak

mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi, Kew

Garden lebih menitikberatkan aspek ekonomi botani dan menggalakkan serta membantu ahli

botani saintifik, pelancong, pedagang dan pengeluar dalam siasatan berbagai-bagai spesimen

botani mereka. Bukan sahaja itu, Kew Garden juga mampu melahirkan pakar-pakar yang

seterusnya mampu mengambil alih tugas di taman-taman botani tanah jajahan dan taklukan

British.

Di India, Taman Botani Calcutta telah diasaskan pada tahun 1786 atas cadangan

Kolonel Robert Kyd. Taman ini bertujuan untuk menjadi sumber maklumat botani kepada

Syarikat Hindia Timur dan sebagai pusat di mana tumbuh-tumbuhan eksotik yang mempunyai

kepentingan ekonomi boleh diimport dan dijadikan sebagai penanaman eksperimen dan

seterusnya ditanam secara luas jika berjaya.14 Pada awalnya, SHTI berharap rempah ratus yang

berharga tinggi boleh ditanam di Bengal. Maka, usaha terawal Kyd sebagai superintendan

kehormat ialah mengarahkan pengenalan bunga cengkih, buah pala, kayu manis, dan lada di

taman botani tetapi iklim utara India menghalang usaha beliau itu. Kegagalan itu sebenarnya

12 W. Hill, The History and Functions of Botanic Gardens, Annals of the Missouri Botanical Garden, 2, 1915, hlm. 206.

(7)

7

adalah sepenting dengan kejayaan beliau seterusnya kerana dapat mengenalpasti tumbuhan

mana yang boleh serta tidak boleh ditanam di Bengal. Taman Botani Calcutta kemudiannya

menjadi katalis penting dalam melihat perkembangan taman-taman botani di India seperti

Taman Botani Saharanpur yang diketuai oleh J. Forbes Royle pada tahun 1823 dan di

bandar-bandar utama di Mumbai, Madras, Lucknow dan Darjeeling.

Kepentingan kajian dan penyelidikan yang dijalakan di taman botani mengenai jenis

tanaman dan tumbuhan yang sesuai dengan iklim di India membantu British untuk

memperkembangkan aktiviti pertanian komersilnya. Kejayaan Kyd termasuklah pertumbuhan

kentang, pengenalan mahogani, rami, tebu, dan pembaharuan dalam penanaman kapas India.

Tambahan pula, pengenalan teh dan cinchona merupakan satu bab besar bagi Taman Botani

India. Walaupun teh telah berjaya ditanam di Taman Botani India dari Canton (China) selepas

diperkenalkan oleh Kyd, ia tidak menerima tarikan yang besar pada awalnya dalam kalangan

tanaman komersial lain untuk pembangunan teh sebagai tanaman perladangan. Oleh itu,

penerokaan teh dan kerja koleksi lain di gangetic plain bermula.15 Sepanjang penerokaan luas

ini, lebih kurang 9000 spesimen dan bilangan besar tumbuhan telah dikumpulkan. Pada tahun

1853 tumbuhan Cinchona telah diperkenalkan di taman botani dan menyorkan penanaman

boleh dilakukan di kawasan bukit Nilgiri. Benih itu dibawa dari Kew lalu menanam terlebih

dahulu beberapa spesies Cinchona di taman botani. Kejayaan ini banyak membantu dalam

mengurangkan kadar demam malaria yang tinggi.16

II. Bekalan Wardian (Wardian Case)

Nathaniel Bagshaw Ward iaitu pemeriksa Kew Society of Apothecaries dari tahun 1836

hingga 1854 merupakan pencipta bekas Wardian pada tahun 1829. Bekas Wardian ialah versi

15 G. Valsala, Environmental Education Potential of Botanic Gardens, India: Mahatma Gandhi University, 2010, hlm. 156.

(8)

8

awal terarium iaitu satu bekas pelindung tumbuh-tumbuhan. Urusan Ward dengan nurseri

Loddiges yang menaja penerokaan tumbuhan telah mendorong beliau menyedari potensi

ciptaannya sebagai pengagihan tumbuh-tumbuhan melalui jalan laut. Tumbuh-tumbuhan yang

berada di jalan pelayaran laut yang panjang akan layu serta tidak subur kerana terdedah kepada

matahari panas, semburan garam, angin kencang, atau anak-anak kapal laut yang tidak

mengairi tumbuhan tersebut.17 Pada Jun 1833, Ward memenuhi bekas Wardian dengan

tumbuh-tumbuhan dan mengirimnya ke Sydney, Australia. Meskipun perlu berdepan dengan

pelbagai iklim sepanjang perjalanan laut itu, tumbuh-tumbuhan yang berada dalam bekas

Wardian tetap subur apabila sampai ke Sydney pada bulan November. Bekas diisi semula

dengan tumbuhan Australia pada bulan Februari, 1834 untuk pelayaran pulang. Bekas-bekas

diabaikan sahaja tanpa diairi walaupun suhu sepanjang pelayaran itu berada di antara -7 Celsius

kepada 49 Celsius dan pada suatu ketika dek ditutupi dengan 30 cm salji. Pada 24 November

1834, apabila kapal itu berlabuh di London, Ward bersama dengan G. Loddiges memeriksa

keadaan tumbuhan tersebut dan G. Loddiges sangat puas hati kerana beliau pertama kali dapat

melihat tumbuhan jenis pakis, Gleichenia microphylla yang subur.

Bekas Wardian seterunya menjadi alat penting yang dapat meningkatkan aliran

tumbuhan spesies asing di negara masing-masing. George Loddiges mendapati bahawa

survival rate tumbuhan meningkat daripada 5% tanpa 95% dengan menggunakan bekas

Wardian ini. Robert Fortune adalah antara orang pertama yang menggunakan bekas Wardian

dan berjaya mengagihkan sebanyak 20,000 benih teh dari China ke India yang mencetuskan

pembangunan industri teh India. Ciptaannya beliau membolehkan Cinchona diagihkan dari

Amerika Selatan ke Kew Garden oleh Markham, dan kemudian ke India serta banyak

(9)

9

tumbuhan lain yang berharga ke taman-taman botani tertentu untuk penyelidikan dan

penanaman seterusnya.18

C. Penubuhan Tea Committee (Jawatankuasa Teh)

Demi mengenalpasti penanaman teh memang boleh dijalankan di India selepas

kehilangan monopoli SHTI ke atas China, Jawatankuasa Teh ditubuh pada tahun 1834 dan

terus menghantar salah satu ahlinya, C.J. Gordon ke China untuk mengumpulkan tumbuhan

dan benih teh serta mengupah pakar-pakar dalam penanaman dan pengeluaran teh. Cabaran

paling besar Gordon ialah beliau sukar merekrut orang Cina yang sesuai kerana tenaga mahir

di sana dibayar baik dan enggan berpindah ke tempat lain. Selain itu, mereka juga tidak

dibenarkan menggunakan kemahiran mereka di tempat lain dan keluarga mereka akan

diganggu sekiranya mereka meninggalkan mereka berpindah ke tempat lain.19 Setelah Doktor

Wallich akhirnya mengesahkan penemuan teh oleh Leftenan Charlton, Jawatankuasa Tea

memaklumkan kepada Gabenor Jeneral India pada malam sebelum Krismas tahun 1834 tentang

penemuan teh di bahagian atas Assam.

Pada peringkat awal, Jawatankuasa Teh memutuskan bahawa teh asli boleh ditanam

dengan lebih baik di India semasa Gordon berada jauh di China. Walau bagaimanapun, mereka

mengubah fikiran mereka dan 80,000 benih Gordon sudah hantar telah bercambah di Taman

Botani Calcutta. Jawatankuasa seterusnya memutuskan untuk mengagihkan benih teh secara

meluas untuk mengenalpasti kawasan yang terbaik untuk penanaman teh. 20,000 benih

dihantar ke Kuamon di kaki bukit Himalaya, 2000 benih ke India Selatan, dan 20,000 ke

Assam.20 Selepas beberapa kaji selidik telah dilakukan, pakar sains Jawatankuasa Teh

berpendapat keadaan di Assam sama seperti daerah-daerah teh China dari segi topografi, suhu,

(10)

10

dan kelembapan. Pendapat yang berbeza wujud dalam kalangan pakar sains sama ada benih

Cina lebih baik daripada benih asli India. Dr Wallich berhujah bahawa tumbuh-tumbuhan asli

lebih disesuaikan dengan keadaan tempatan manakala William Griffith menegaskan bahawa

benih China ialah pilihan terbaik berdasarkan penanaman terpilih yang dijalankan sepanjang

beberapa abad.21 Jawatankuasa akhirnya sehaluan dengan Griffith. Maka, Gordon dan yang

lain bertahun-tahun telah menghantar benih teh China dalam kuantiti yang besar ke India.

Segala usaha telah dibuat untuk menggantikan teh asli Assam.

D. Usaha beberapa warga British

Misi-misi telah dilakukan dengan British menghantar duta ke China dan mereka

mampu memperoleh benih-benih teh sepanjang misi mereka. Contohnya, Lord Macartney pada

tahun 1793. Meskipun rundingannya dengan China tidak berjaya kerana enggan kowtow

(melutut sebanyak tiga kali dengan muka menyentuh lantai) dengan Maharaja Qian Long,

beliau dapat membawa balik tumbuhan dan benih teh balik ke India. Tumbuhan besar

kemungkinan telah layu tetapi benihnya bercambah di Taman Botani Calcutta. Selain itu, pada

tahun 1816, Lord Amherst memimpin satu lagi misi ke Peking. Misi tersebut gagal juga tetapi

beliau juga berpeluang membawa balik sedikit tumbuhan dan benih teh. Namun, kapal Amherst,

Alceste mengalami kemalangan di Sumatra menyebabkan spesimen teh telah hilang.

Walaupun menghadapi banyak cabaran, terdapat beberapa individu British yang

memberi sumbangan besar dalam pembangunan penanaman teh di India sebelum dan selepas

penubuhan Persatuan Teh itu. Antaranya:

(11)

11

I. Charles Alexander Bruce (1793 – 1871) dan Leftenan Charlton

C.A. Bruce merupakan salah satu tokoh paling penting dalam pembangunan teh di India.

Bruce tiba di Assam pada 1830-an untuk memimpin beberapa kapal perang British. Kawasan

perintah Bruce di Assam merangkumi Sadiya, satu kawasan abangnya, Robert Bruce ingin

melawat untuk mendapatkan tanaman teh. C.A. Bruce mengumpul tanaman teh seperti yang

dijanjikan dan menanamkannya di kebunnya di Sadiya. Kemudian menghantar beberapa

spesimen kepada Ejen British di Assam dan menghantar daun dan benih teh ke Calcutta untuk

pemeriksaan. Taman Botani SHTI di Calcutta enggan mengesahkan bahawa sampel adalah teh

dan menyatakannya satu lagi bunga jenis kamelia.22 Kes yang sama berlaku pada Leftenan

Charlton. Sewaktu berkhidmat di Assam pada tahun 1831, beliau telah menghantar

tumbuh-tumbuhan teh untuk Persatuan Pertanian dan Hortikultur di Calcutta. Tumbuhan Charlton

kemudian telahpun layu dan telah dinafikan daripada pengiktirafan rasmi. Pada Tahun 1834,

Charlton, telah menjadi pembantu kepada Captain Jenkins seorang ejen di Jorhat untuk

sempadan utara-timur telah menghantar sampel benih dan daun baru dari Sadiya ke Calcutta

dan akhirnya membuat Wallich meyakinkan kewujudan teh di Assam. Jawatankuasa Teh

kemudian mengarah Leftenan Charlton untuk mewujudkan nurseri teh di Sadiya dengan Bruce

menjadi pembantunya. Walau bagaimanapun, beliau dipanggil jauh untuk meredakan satu

pemberontakan dan telah cedera parah dalam pemberontakan itu. Beliau tidak boleh

meneruskan usaha membangunkan penanaman teh lalu digantikan oleh Bruce.

Pada tahun 1836, Bruce dilantik sebagai Superintendent of Tea Forest dan diberikan

kuasa untuk membuka dua atau tiga ladang teh.23 Bruce mendirikan nurseri benih teh China

kepunyaan SHTI di beberapa tempat di Upper Assam iaitu Jaipur, Chabua, Chita Tingri dan

Hukanpukri. Terdapat dua nurseri benih teh China dan teh asli di Sadiya. Bruce dan

22 Roy Moxham, Tea: Addiction, Exploitation, and Empire, hlm. 94.

(12)

12

orangnya juga berusaha untuk mencari kebun kecil teh asli di dalam hutan. Setelah kebun teh

liar telah dikesan, rundingan diadakan dengan ketua tempatan. Bruce seorang perunding yang

sangat mahir. Jumlah wang yang sangat kecil digunakan untuk sebagai wang suapan tetapi

lebih kerap ketua-ketua tempatan akan disogok dengan candu.24 Pada tahun 1839, Bruce

menghasilkan 5000lbs teh dan menjangka hasilnya boleh dijual lebih daripada dua kali ganda

pada tahun 1840. Beliau telah menghasilkan satu anggaran yang amat terperinci tentang jumlah

kos yang diperlukan untuk menubuhkan ladang dan mengekstrapolasikan angka-angka ini

untuk memberi keuntungan tahunan, iaitu 16,500 ekar ladang teh akan mendapatkan

keuntungan sebanyak £232,660. Anggaran ini sudah tentu mencetuskan minat ahli perniagaan

British dalam penanaman teh untuk mengaut keuntungan.25 Di samping itu, beliau juga

menubuhkan Syarikat Teh Bengal di Calcutta dengan objektif untuk membeli hasil dari ladang

teh SHTI.26

II. Robert Fortune (1812-1880)

Pada May 1848, Robert Fortune, sebagai seorang kurator di Chelsea Physic Garden

menerima pelawaan daripada Dr John Forbes Royle mewakili SHTI ke China sebagai

“pemburu teh”. Beliau perlu pergi ke China untuk “mencuri” sampel teh, of teh, memastikan

mereka sihat dan mengagih sampel-sampel yang “dicuri” ke benua lain.27 Sebelum ini, Fortune

mempunyai pengalaman melakukan ekspedisi selama tiga tahun di China pada tahun 1844

hingga tahun 1847. Semasa lawatan pertama beliau ke China, Fortune mempelajari lebih lanjut

mengenai teh berbanding dengan mana-mana orang Barat di dunia. Beliau telah melawat

taman-taman teh hijau yang boleh diakses berhampiran dengan pelabuhan terbuka Ning Bo

diiringi oleh konsul British. Seperti setiap ahli botani Inggeris yang lain, Fortune masih tidak

24 Roy Moxham, Tea: Addiction, Exploitation, and Empire, hlm. 99. 25 Ibid., hlm. 100.

(13)

13

dapat menggambarkan cara teh dibuat secara terperinci. Beliau gagal menjawab persoalan

sama ada teh hitam dan hijau dihasilkan daripada tumbuhan yang sama atau tidak.28 Tugas

beliau sangat berat dan memerlukan beberapa tahun di China untuk menyiapkan tugasnya.

Demi melonjakkan pengeluaran teh untuk SHTI, Fortune perlu membawa balik beberapa ribu

tumbuhan dan benih teh, ditambah lagi dengan teknik pemprosesan dan pengeluaran teh yang

disembunyikan oleh China sebelum ini. Beliau perlu mempelajari rahsia minuman yang paling

popular di dunia supaya beliau boleh menyebarkan rahsia tersebut kepada orang lain untuk

menggerakkan pengeluaran berskala besar teh di India. Dalam misi ini, Fortune akan meneroka

pedalaman China, lebih daripada mana-mana warga Britain dan berada di luar kawasan tanpa

pelindungan undang-undang dan kapal perang British. Sewaktu berada di konsesi asing

Shanghai, beliau boleh beroperasi di bawah payung undang-undang British. Namun, sepanjang

perjalanan di luar pelabuhan, Fortune memerlukan orang-orang dalaman untuk melindunginya.

Badan kehakiman yang semakin lemah di Peking tidak dapat mengawal Mandarin tempatan

menyerang warga asing dan kadang-kala akan membunuh mereka tanpa sebarang sebab.

Semasa di Shanghai, Fortune mengupah dua lelaki sebagai jurubahasa, tukang masak,

pengumpul botani, pengawal peribadi dan yang paling penting sekali, memberi panduan

kepada beliau. Tukang gunting rambut Fortune bernama ‘the Coolie’ diupah untuk berulang

alik mengangkut bagasi dari pantai ke bot atau membawa bekas kaca berat sepanjang

perjalanan untuk mengumpul botani. Wang, akan bertindak sebagai pengurus “pelancong”

profesional untuk Fortune kerana mengetahui selok belok jalan antara Shanghai dan ladang teh.

Fortune menyamar seperti seorang Mandarin dari sebelah Tembok Besar China serta

menggunakan nama Sing Wa.29 Dalam perjalanan ke Anhui untuk mendapat benih teh

berkualiti tinggi, beliau berkesempatan untuk melawat kilang pemproses teh yang terletak

(14)

14

berhampiran Sungai Yangtze yang dikenali sebagai kilang memproses teh hijau. Di situlah

Fortune mengetahui bendasing dimasukkan ke dalam teh ketika proses dilaksanakan.

Bendasing digunakan supaya teh hijau akan kekal hijau.30 Kemudian, beliau juga mengetahui

bahawa teh hitam dan teh hijau berasal dari pokok yang sama, namun kedua-duanya di tanam

di kawasan yang berbeza. Teh hijau lebih banyak ditemui di Anhui manakala teh hitam berada

di pergunungan Wu Yi dan Bohea. Robert Fortune juga berjaya menjejaki kawasan penanaman

teh yang disifatkan sebagai teh termahal di dunia pada ketika itu yang dikenali sebagai Da

Hong Pao. Menyedari nilai yang tinggi, Robert Fortune mengumpulkan benih-benih Da Hong

Pao untuk dibawa ke India dan seterusnya menjadi asas penting kepada sektor penanaman teh

di India. Pada akhirnya, Fortune memperkenalkan 20,000 tanaman teh dan anak benih ke rantau

Darjeeling India namun kebanyakan telah layu. Selain itu, beliau juga membawa sama

sekumpulan pekerja teh Cina terlatih yang akan memudahkan pengeluaran daun teh. Penting

sekali, teknologi dan pengetahuan yang telah dibawa dari China memainkan peranan penting

dalam perkembangan industri teh India.

III. Doktor Arthur Campbell (1805–1874)

Pada tahun 1814, Dr. Campbell yang berkhidmat di Perkhidmatan Perubatan India

membawa biji benih teh China dari Kumaon dan menanam mereka di kediamannya di

Darjeeling.31 Berbeza dengan tempat-tempat lain di India di mana British memulakan

penanaman teh, tumbuhan teh bukan tumbuhan asli di Darjeeling. Eksperimen Dr. Campbell

tidak lama lagi terbukti sangat berjaya kerana benih-benih teh Cina bukan sahaja selamat

daripada iklim yang sejuk, maka ia telah bertumbuh subur. Eksperimen beliau seterusnya

diikuti oleh usaha beberapa orang lain dan tidak lama lagi, teh mula ditanam di kawasan

tersebut sebagai Teh Darjeeling. Di bawah naungan Dr Campbell, Darjeeling dikembangkan

30 Sarah Rose, For All the Tea in China, hlm. 98-99.

(15)

15

sebagai satu stesen bukit yang menyeluruh untuk komuniti Eropah yang kecil dan pusat

rekreasi untuk anggota tentera yang sakit dan kakitangan kerajaan. Kemasukan pelaburan

E. Kemasukan pelabur British

Selepas penanaman teh mula dikembangkan, pemodal di London terus mengambil

tindakan. Pada 12 Februari 1839, hanya sebulan selepas lelongan pertama teh Assam,

sekumpulan pedagang bertemu di bandar dan bercadang untuk membentuk sebuah syarikat.

Dua hari kemudian, para pedagang bertemu sekali lagi dan bersetuju untuk mengumpul

£500,000 untuk membentuk The Assam Company (Syarikat Assam). Pedagang London bukan

pihak yang pertama mencadangkan teh sebagai tanaman komersil di Assam. Di Calcutta,

memang ada satu cadangan untuk membentuk Bengal Tea Association (Persatuan Teh Bengal)

yang akan mengambil alih aset-aset SHTI dan mengeksploitasi penanaman teh di Assam.

Hubungan antara ahli sangat rapat dan ahli persatuan termasuk Pengerusi Jawatankuasa Teh

1834. Kemudian, Persatuan Teh Bengal bergabung dengan Syarikat Assam Syarikat di mana

syarikat di London akan mengeluarkan modal sementara ahli-ahli di Calcutta akan memegang

kuasa pentadbiran syarikat.32 Syarikat Assam juga mengambil alih pajakan baru di hutan yang

terdapat penemuan teh untuk pengeluaran seterusnya. Mereka ditawarkan tempoh selama

sepuluh atau dua puluh tahun sebelum apa-apa cukai perlu dibayar kepada kerajaan. Hal ini

menggalakkan mereka untuk membeli lebih banyak tanah pajakan.

Pada akhir tahun 1840, 2,638 ekar teh ditanam dan 10,202lbs teh telah dieksport.

Syarikat menyangka keuntungan akan bertambah pada tahun hadapan tetapi pengeluaran tidak

memenuhi keperluan dan perbelanjaan untuk proses penanaman dan pengeluaran teh telah

melonjak. Syarikat Assam beroperasi tanpa penerapan yang sah dan memikul liabiliti tanpa

had. Syarikat akhirnya diterapkan secara rasmi pada tahun 1845 di bawah Akta Parlimen, enam

(16)

16

tahun selepas ia ditubuhkan dengan moto 'Ingenio et Labore" yang bermaksud kepintaran dan

bekerja keras. Oleh kerana status kewangan yang membimbangkan, pengurangan kos secara

drastik berlaku. Mesin berkuasa wap dan gergaji syarikat itu terpaksa dijual, pajakan di utara

dan timur diabaikan. Lembaga London mengambil tindakan untuk menukarkan pengurusan di

Assam. Kumpulan baru ini berusaha untuk menambahbaik kualiti teh.

Pada tahun 1848 syarikat itu memperoleh keuntungan yang pertama dan dua tahun

kemudian syarikat berjaya melangsaikan semua hutangnya. Setengah ladang yang terbiar telah

dibeli semula. Pada tahun 1852 Syarikat Assam membayar dividen yang tinggi kepada pelabur.

Syarikat Assam telah mengembangkan pengeluaran teh dalam masa sepuluh tahun. dari

10,000lbs kepada 250,000lbs. Lima tahun kemudian, iaitu pada tahun 1855 adalah 583,000lbs.

Syarikat Assam sebagai pengeksport tunggal teh Assam berubah pada awal 1850-an dengan

beberapa ladang kecil dibuka untuk mengikuti contoh Syarikat Assam. Ramai daripada mereka

adalah pekerja British daripada Syarikat Assam. Selain itu, di bawah pentadbiran Lord

Dalhousie, peraturan yang sangat liberal telah dikeluarkan di mana padang-padang belantara

Bengal dan wilayah-wilayah dirampaskan boleh diperoleh dengan mudah dan dasar ini

merangsangkan lagi peluasan penanaman teh di British India.33 Peraturan-peraturan adalah

seperti berikut iaitu tanah Assam dan Cachar terdapat satu perempat daripada sewa geran

percuma selama-lamanya sebagai peruntukan untuk membuat jalan raya dan kemudahan asas

lain. Baki sewa dipercumakan selama lima belas tahun, sepuluh tahun seterusnya £4 1/2 setiap

ekar setahun; 74 tahun seterusnya dikenakan bayaran £6 setiap ekar setahun. Kemudian,

penilaian semula dilakukan dengan syarat kos sewa tidak melebihi kos yang ditetapkan

sebelum itu. Pada tahun 1859, sebuah syarikat awam besar yang baru beroperasi iaitu Jorehaut

Tea Company (Syarikat Teh Jorehaut).34 Syarikat ini menyerap beberapa taman-taman teh

33 Charles Henry Fielder, On the Rise, Progress, and Future Prospects of Tea Cultivation in British India, Journal of the Statistical Society of London, 32, 1869, hlm. 30.

(17)

17

kecil yang sedia ada sebagai nukleus dan kemudian berkembang menjadi satu syarikat

pengeksport teh yang kuat. Pada akhir tahun 1859, terdapat lima puluh ladang teh lain di Assam

yang dikendalikan oleh syarikat lain selain daripada Syarikat Assam dan Syarikat Teh Jorehaut.

Di Darjeeling pula, ladang teh Alubari dibuka oleh Syarikat Teh Kurseong and Darjeeling.35

F. Kemasukan Buruh

Industri teh Assam bergantung hampir sepenuhnya kepada buruh asing yang berasal

dari kawasan tanah tinggi tengah dan selatan India, termasuk Bihar dan United Provinces. .

Orang Assam tidak berminat dalam kerja-kerja perladangan terutama dengan gaji yang

ditawarkan. Kebanyakan orang Assam mempunyai tanaman mereka sendiri yang memerlukan

pemeliharaan mereka .Mereka dibawa ke Assam oleh Syarikat Hindia Timur dan kemudian

oleh pemerintah British serta usahawan-usahawan teh.36 Orang luar pertama yang diambil

masuk ialah orang Cina. Terdapat masyarakat Cina yang besar di Calcutta dan kerajaan

seolah-olah percaya bahawa setiap warga Cina adalah pakar teh. Dr Lumqua telah dilantik untuk

merekrut sebahagian orang Cina di Calcutta ke ladang teh Assam. Selain itu, Dr Lumqua

mencadangkan buruh Cina boleh dibawa dari wilayah Cina Yunnan dengan berjalan kaki. Skim

ini ditamatkan dengan serta merta apabila Dr Lumqua meninggal dunia akibat demam pada

tahun 1840. Sementara itu, Syarikat Assam pula mula merekrut Cina dari Tanah Melayu tetapi

pelan ini gagal kerana pergaduhan sering berlaku sepanjang jalan mereka ke Assam. Sejak

kejadian itu, tiada lagi percubaan untuk merekrut kuli Cina. Hanya buruh mahir Cina yang

dikenalpasti akan direkrut ke dalam ladang teh.

Menurut Behal, industri teh dari tahun 1840-an dan seterusnya merupakan perusahaan

komersial paling awal yang ditubuhkan oleh modal swasta British di Lembah Assam telah

35 Victor H. Mair dan Erling Hoh, The True History of Tea, hlm. 214.

(18)

18

menjadi majikan utama bagi tenaga pekerja bergaji semasa pemerintahan penjajah. Pengenalan

perkhidmatan kapal berkuasa wap ke Sungai Brahmaputra pada tahun 1862 menyebabkan

terdapat peningkatan dari segi pengambilan buruh. Laporan Pesuruhjaya Teh November 1867

menerangkan

On the whole, we see no reason to believe that, as far as soil and climate go, tea cannot be grown profitably in Assam, Cachar, and Sylhet. The whole matter may be reduced to the one question of the supply of labour. If this can be obtained in sufficient quantity, and at reasonable cost, gardens properly planted and economically planted and economically managed, ought to return a fair profit on the outlay.37

Tenaga buruh di ladang-ladang teh lembah Assam meningkat daripada 107,847 orang pada

tahun 1885 kepada 247,760 orang pada tahun 1900. Pada akhir pemerintahan penjajah British,

buruh yang bekerja di ladang teh lembah Assam adalah sebanyak setengah juta orang daripada

jumlah buruh secara keseluruhan iaitu tiga perempat daripada sejuta orang.

Walau bagaimanapun, kebanyakan buruh yang direkrut adalah tidak sihat ditambah lagi

dengan perjalanan ke destinasi yang mencabar sama ada berjalan kaki atau sampan

mengakibatkan kadar kematian yang tinggi dalam kalangan buruh yang direkrut. Lebih

daripada separuh orang meninggal dunia sebelum sampai ladang teh. Situasi ladangteh yang

buruk di Assam juga merupakan komitmen yang sangat serius untuk buruh asing. Hal ini

disebabkan undang-undang antara tahun 1859 hingga tahun 1926 akan mendenda buruh yang

melanggar kontrak atau mempunyai keinginan untuk menamatkan kontrak mereka.38 Mereka

tidak mempunyai hak untuk pulang ke tempat asal mereka sehingga tahun 1932. Apabila

kerajaan ingin merangka satu akta kerajaan pada tahun 1882 untuk membolehkan kuli

mengunjungi lading-ladang teh dan menandatangani kontrak selepas mereka berpuas hati

dengan syarat-syarat yang ditawarkan oleh majikan, , majikan ladang teh pula membentuk

37 Charles Henry Fielder, On the Rise, Progress, and Future Prospects of Tea Cultivation in British India, Journal of the Statistical Society of London, 32, 1869, hlm. 31.

(19)

19

organisasi mereka sendiri iaitu Persatuan Teh India.39 Pada asalnya berpusat di Calcutta tetapi

tidak lama lagi membuka cawangan-cawangan di ladang teh Assam. Persatuan Teh India satu

organisasi yang kuat sehingga berjaya menghalang Akta 1882 diluluskan. Mereka bekerja rapat

dengan Persatuan Daerah Teh India di London dan berjaya menyekat banyak percubaan

kerajaan untuk melakukan pembaharuan terhadap undang-undang buruh.

G. Pembangunan Sistem Pengangkutan dan Perhubungan

Pada peringkat awal, pengangkutan bagi penanam ialah gajah, sampan, atau tandu.

Kuda atau lembu tidak sesuai untuk digunakan pada masa itu disebabkan keadaan jalan yang

berpaya. Gajah ialah pengangkutan penting bagi perjalanan ke hutan yang dalam dan

merupakan tempat habitat binatang liar seperti harimau dan beruang. Mereka juga sangat

berguna dalam membersihkan tanah ladang yang dipenuhi dengan kayu balak. Sampan atau

country boat pula ialah pilihan pertama pengangkutan jalan laut dari Calcutta ke ladang teh

Assam. Tandu atau dikenali oleh penduduk tempatan sebagai palkee biasa digunakan di

Calcutta dan di kawasan-kawasan lain. Palkee pada dasarnya adalah satu kotak gempal yang

panjang dengan gelongsor bidai di sebelah, di mana penumpang akan duduk dalam kotak itu.

Palkee akan diangkat oleh empat orang palkee-wallah yang terkenal dengan stamina mereka

membawa penumpang ke destinasi yang dekat mahupun jauh.40 Sistem pengangkutan ini

mempunyai batasannya dan hanya boleh meletak bagasi yang kecil sahaja. Walau

bagaimanapun, ia merupakan satu kaedah penting ke laluan tertentu dan tiada alternatif lain

sehingga pembinaan jalan raya dan landasan keretapi diperkenalkan.

Kemudian, kemudahan seperti jalan raya, kapal berkuasa wap dan keretapi telah

diperkenalkan secara berperingkat dan secara tidak langsung telah memudahkan urusan yang

berkaitan dengan penanaman teh. Pada awalnya, tiada jalan raya yang sesuai untuk majikan

(20)

20

ladang teh semasa tiba di Assam. Raja-raja Ahom telah membina rangkaian jalan yang luas,

tetapi hampir semua jalan diabaikan dalam anarki sebelum penaklukan British. British

seterusnya menaikkan jalan-jalan ini lebih tinggi daripada paras banjir dan ladang-ladang teh

dapat memulihkan sebahagian jalan raya untuk kegunaan mereka. Satu jalan utama yang

diluluskan oleh kerajaan melalui Assam mula digunakan pada tahun 1866. Banyak kawasan

ladang teh membina jalan raya demi memudahkan perjalanan serta penghantaran hasil-hasil

teh dengan harapan kerajaan akan memberi geran untuk meluluskan pembinaan tersebut.

Selain itu, Syarikat Hindia Timur cepat memperkenalkan kapal berkuasa wap di India.

Perkhidmatan kapal berkuasa wap kerajaan dirasmikan di Ganges pada tahun 1834 dan

memberikan perkhidmatan jalan laut dari Calcutta ke Allahabad.41 Tidak lama kemudian,

perkhidmatan secara tidak teratur beroperasi dari Calcutta ke Gauhati di Assam. Kapal

berkuasa wap mampu mengurangkan masa perjalanan ke Assam kepada tiga atau empat

minggu, berbanding dengan hampir dua bulan dengan menggunakan sampan. Idea untuk

membina landasan kereta api di India mula dikemukakan sekitar Early Railway Age di British

pada tahun 1831 dan 1832. Pada tahun 1844, Macdonald Stephenson mencadangkan kerajaan

Bengal untuk membina landasan keretapi dari Calcutta ke kawasan sempadan Timur Laut. Pada

masa yang sama, peniaga di Bombay pula mencadangkan landasan sepanjang Ghats Barat.

Hasilnya, jawatankuasa sementara bagi Keretapi India Timur dan Great Indian Peninsular

Railway telah dibentuk dan cadangan telah disampaikan kepada Mahkamah Pengarah Syarikat

Hindia Timur pada tahun 1845.42Oleh sebab keadaan geografi di India, kerja-kerja pembinaan

bermula pada tahun 1850 dan landasan eksperimen pertama dari Bombay ke Thana telah

dibuka pada tahun 1853. Objektif pengenalan sistem keretapi bagi kedua-dua pihak berkuasa

di England dan India adalah untuk pembangunan politik dan komersial.43 Keretapi akan

41 Roy Moxham, Tea: Addiction, Exploitation, and Empire, hlm. 117.

(21)

21

mengukuhkan kawalan British terhadap seluruh India dengan mempercepatkan pengagihan

tentera dan sumber dari satu tempat ke tempat yang lain. Di samping itu, kereta api dijangka

akan menggalakkan pembangunan eksport bahan-bahan mentah dari India dan membuka

pasaran bagi produk yang dihasilkan British. Pada 1881, landasan kereta api akhirnya melintasi

sempadan Assam dan sepanjang tahun 1880-an perkhidmatan keretapi dilanjutkan ke

daerah-daerah teh.

Bagi sistem perhubungan pula, British memperkenalkan perkhidmatan mel setiap dua

minggu dari Bombay ke Calcutta pada tahun 1790. Perkhidmatan tersebut menggunakan pelari

dak (surat) untuk membawa surat dari Bombay ke Masulipatam, dan dari Masulipatam ke arah

selatan sehingga Madras dan arah utara ke Calcutta. Pada 1820, perkhidmatan dak pelari terus

dari Bombay ke Calcutta melalui Nagpur diperkenalkan. Usaha-usaha penambahbaikan sistem

perhubungan dijalankan selari dengan sistem pengangkutan. Pada tahun 1840-an beberapa

laluan telah ditukarkan kepada kereta kuda dan 20 tahun kemudian British memperkenalkan

pengangkutan kereta api. Perkhidmatan telegraf dari Bombay ke Calcutta pula dirasmikan pada

tahun 1860. Walau bagaimanapun, perkhidmatan pelari dak tetap diteruskan di banyak laluan

dan perkhidmatan ini hanya henti digunapakai pada pertengahan abad ke-20.

Kesimpulan

Secara tuntasnya, walaupun galakkan daripada British dalam penanaman teh sedikit

sebanyak menyebabkan pertumbuhan industri teh telah terbantut selama beberapa tahun,

namun dengan perkara-perkara tertentu yang dititikberatkan dan usaha yang dilakukan secara

langsung atau tidak langsung daripada British, industri teh mampu berkembang sehingga

mengalami tempoh pertumbuhan pesat antara tahun 1850 dan tahun 1890. Pertumbuhan

industri adalah luar biasa dalam tempoh ini. Kawasan teh hanya 750 hektar pada tahun 1852

(22)

22

purata tahunan sebanyak 504%.44 Begitu juga kepada pengeluaran teh di mana pengeluaran

adalah 214,000lbs pada tahun 1850 meningkat kepada 126 juta lbs pada tahun 1890 dengan

kadar pertumbuhan tahunan dengan purata 1,466%. Hasil adalah 304lbs sehektar meningkat

kepada 822lbs sehektar. Pada tahun 1888, apabila pengeluaran teh India meningkat kepada 86

juta lbs, dan mercu tanda utama telah dicapai. Import teh British dari India telah menjadi lebih

besar daripada yang dari China. Hal ini adalah satu impian yang telah direalisasikan oleh satu

kuasa imperial yang besar. Pada awal 1990-an, teh India menyumbangkan 59% pasaran British,

dengan sebahagian lagi datang dari Ceylon.45

Gambar 1: Sampan atau country boat

Sumber: Alarmy.com

Gambar 2: Palkee

Sumber: Victoria and Albert Museum

44 K.G. Karmakar dan G.D. Banerjee, The Tea Industry in India: A survey, Department of Economic analysis and Research. NABARD, Mumbai, India, 2005. hlm. 23.

(23)

23

Sumber Rujukan

1. Fielder, C.H., On the Rise, Progress, and Future Prospects of Tea Cultivation in British

India, Journal of the Statistical Society of London, 32, 1869, 29-37.

2. Gadapani Sarma, A Historical Background of Tea in Assam, Online Journal of Humanities

& Social Science, 1, 2013, 123-131.

3. Hershey, David R., Doctor Ward's Accidental Terrarium, The American Biology Teacher,

58, 1996, 276-281.

4. Hill, W., The History and Functions of Botanic Gardens, Annals of the Missouri Botanical

Garden, 2, 1915, 185-240.

5. Karmakar K.G. dan Banerjee, G.D., The Tea Industry in India: A survey, Department of

Economic analysis and Research. NABARD, Mumbai, India, 2005.

6. Moxham, R., Tea: Addiction, Exploitation, and Empire, London: Robinson, 2004.

7. Mair, Victor H. dan Erling Hoh, The True History of Tea, UK: Thames & Hudson, 2009.

8. Rose, S., For All the Tea in China, London: Arrow Books, 2010.

9. Singh, V.B. (ed.), dalam Economic History of India 1857-1956, Bombay: Allied

Publication, 1965.

10. Suntharalingam, R., Sejarah India Moden: Imperialisme dan Nasionalisme, Pulau Pinang:

Pusat Pendidikan Jarak Jauh, 1987.

11. Tomlinson, B.R., The Economy of Modern India 1860-1970, New Delhi: Foundation

Books, 1998.

12. Valsala, G., Environmental Education Potential of Botanic Gardens, India: Mahatma

Gandhi University, 2010.

13. Young, H., Tea Culture in Britain 1660-1800, Proceedings of 2001 International

Gambar

Gambar 1: Sampan atau country boat

Referensi

Dokumen terkait