• Tidak ada hasil yang ditemukan

MOHD AMIN BIN OTHMAN TUGASAN EPS 313 SEJ

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "MOHD AMIN BIN OTHMAN TUGASAN EPS 313 SEJ"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

TUGASAN

SEMESTER SEPTEMBER 2013

KOD KURSUS ESP 313

NAMA KURSUS

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR MOHD AMIN BIN OTHMAN

NO. MATRIK E30209121175

NAMA FASILITATOR

AKADEMIK CIK ASMIDAR BINTI ARANI

(2)

BAHAGIAN A

Tidak ada bahasa di dunia ini yang tidak dipengaruhi oleh bahasa asing, baik bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Cina mahupun bahasa Melayu. Proses penyerapan atau peminjaman bahasa asing dalam bahasa Melayu ini ialah satu proses yang mendorong bahasa penerima meminjam unsur-unsur yang terdapat dalam bahasa-bahasa asing melalui suatu cara/kaedah yang berperaturan dan sistematik. Peminjaman bahasa berlaku apabila suatu bahasa bertembung dengan bahasa lain . Bahasa yang berpengaruh atau berbudaya tinggi akan saling melengkapi antara satu sama lain apabila bertembung dengan bahasa yang kurang berpengaruh atau berbudaya rendah .

Bynon (1994) mengatakan bahawa pertembungan antara bahasa boleh mempengaruhi bahasa yang berlainan berbanding dengan kelainan geografi dan sosial bahasa yang sama. Pertembungan sesuatu bahasa dengan bahasa yang lain akan mengakibatkan perubahan bunyi atau fonologi, bentuk kata atau morfologi dan bentuk ayat atau sintaksis. Akibat dari pertembungan bahasa dan budaya ini berlakulah peminjaman kata dalam masyarakat tersebut.

Maka, kata pinjaman merupakan satu produk dari pembangunan bahasa dan kontak budaya yang mana bahasa merupakan satu perkara yang penting kepada hubungan sesama manusia dan satu tindak balas perhubungan sosial yang mengalami perubahan yang pantas dalam sejarah (Yingying 2009). Sapir (1994) berpendapat sesuatu bahasa yang menggunakan bahasa lain dinamakan sebagai peminjaman yang mana ia berlaku secara semulajadi dalam kontak bahasa yang menekankan impak yang mendalam terhadap kedua-dua kosa kata yang saling memahami budaya. Ini menyebabkan kedua-dua bahasa tersebut saling mempengaruhi dalam menggunakan perkataan-perkataan tersebut untuk merujuk kepada beberapa perkara, proses dan cara pemikiran.

Faktor-Faktor Yang Mendorong Peminjaman Kata.

(3)

biasa berlaku di bawah faktor luaran seperti keadaan geografi kejiranan, politik, ekonomi, budaya, ketenteraan dan aktiviti di antara negara yang berbeza.

Kedatangan kebudayaan yang berlainan dengan idea-idea dan teknologi moden ke negara kita telah mencetuskan kekangan dalam kekurangan kata-kata atau istilah untuk mengembangkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat . Peminjaman kata daripada bahasa asing berlaku kerana kemegahan dan keperluan terhadap bahasa asing yang membawa kepada sesuatu teknologi dalam masyarakat . Faktor kemegahan dikaitkan dengan kebajikan sosial , keuntungan , atau kemenangan sekiranya masyarakat mampu mengetahui beberapa patah perkataan asing dalam pertuturan mereka . Contohnya , sebelum merdeka seseorang itu dianggap mempunyai kedudukan yang tinggi apabila mereka mampu menutur menggunakan perkataan darpada bahasa Inggeris atau Arab .

Menurut Weinreich ( 1968) dalam buku Bahasa Melayu STPM Kertas 1 dan 2 edisi kedua , terdapat beberapa faktor yang menyebabkan sesuatu bangsa meminjam perbendaharaan kata bahasa lain seperti :

a. Keperluan untuk menamakan sesuatu benda, tempat dan konsep yang baharu dalam sesuatu bahasa . Peminjaman ini dilakukan kerana sukar untuk mencari perkataan yang sama dengan apa yang ingin disampaikan dalam bahasa natif dan dirasakan lebih ekonomi menggunakan bahasa yang dipinjam .

b. Untuk mengatasi masalah sinonim . Contohnya , perkataan nikah dipinjam daripada bahasa Arab untuk maksud yang lebih sopan dan rasmi bagi perkataan kahwin .

c. Kekerapan penggunaan perkataan asing yang lebih tinggi berbanding dengan penggunaan perkataan itu dalam bahasa penutur natif menyumbang kepada bahasa pinjaman ini lebih banyak digunakan dalam kehidupan seharian .

(4)

Terdapat tiga bahasa yang sangat besar pengaruhnya dalam proses peminjaman kosa kata kepada bahasa Melayu iaitu bahasa Sanskrit, bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Kajian telah menunjukkan bahawa dalam bahasa Melayu terdapat sebanyak 677 patah perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Kata-kata itu merangkumi pelbagai bidang kehidupan seperti bidang agama, falsafah, alam semula jadi, kenegaraan, hubungan kekerabatan, haiwan dan mergastua, bunga dan tumbuh-tumbuhan, bahagian-bahagian tubuh badan, penyakit, perdagangan dan perniagaan, barangan dagangan, bahasa, pembelajaran dan kesusasteraan, angka-angka, tanda masa dan arah, sifat dan keadaan, kata-kata kerja, keterangan ganti nama, penghubung dan seru, unsur-unsur awalan dan akhiran dan kata majmuk.

Contoh: :

a. Agama dan falsafah

Syurga, agama, bidadari, dewa, dewi, budi, dewata, puasa, sakti, sengsara b. Bunga dan Tumbuh-tumbuhan

Amra, angsana, cempaka, melati, penaga c. Istilah Abstrak

Asmara, bencana, cinta, cedera, dirgahayu, dusta, gembira, guna, jasa, sentosa, usaha, d. Hubungan dan kekeluargaan

Bangsa, belia, dara, isteri, suami, janda, saudari, saudara, seteru d. Alam semula jadi

angkasa/udara, bumi, bayu, gua, tanah, samudera, ombak, suria, cahaya, nyala e. bahagian tubuh badan

anggota, bahu, badan, kepala, muka, nadi f. Kenegaraan dan hubungan kekerabatan

desa, kota, pengawal, raja, maharaja, permaisuri, putera, puteri, mulia, menteri g. penyakit

selesema, demam, kusta, h. Haiwan dan Margastua

angsa, gajah, ketam, serigala, singa, unta, jelawat i. perdagangan dan barangan

arak, gangsa, curiga, bahara, kunci, biaya, warna, berat

(5)

Antara perkataan Arab yang meresap masuk ke dalam bahasa Melayu ialah; a. Berkenaan agama

Islam, iman, syarat, rukun, sah, anbia, nabi, wali, tauhid, syariat, malaikat, syariah, baligh, rukuk, ajal, haji, kiblat, fitrah, syaitan, masjid, al-Quran dsb.

b. berkenaan ilmu

ilmu, nahu, surat, jahil, maktab, kitab,sejarah, riwayat, hisab, tafsir, tasawuf, kamus, fikir, hafaz , loghat, tarikh, tawarikh, darab, alim, kertas, huruf, baki

c. Berkenaan fikiran dan Perasaan

Akal, faham, syak, yakin, nafsu, khusus, yakin, khas, ikhlas, ijtihad, nasib, nasihat, aib, hajat, hawa, ilham, musibah

d. Berkenaan hukuman dan peraturan

Hukum, hakim, adil, zalim, tertib, wilayah, wakil, wali,kadi, makam, sultan, wakaf, wazir, mans uh, uzur, daftar

e. Adat dan pergaulan manusia

kaum, umat, awam, nikah, muhrim, tahniah, layak, syukur, lazat, martabat, watan, mastautin, lazim, maruah, rezeki, darjat, batin, fitnah

f. Benda-benda, kejadian dan perbuatan

Haiwan, insan, wajah, sifat, wujud, nahas, maut, roh,kubur, jubah, kubah, dunia, alam, akhirat, rezeki, jati, ijazah, kuat, jenazah, musafir, darurat, sihat, fitnah, berkat .

Kedatangan kuasa-kuasa Barat merupakan langkah pertama ke arah pengenalan mereka dengan bangsa Melayu. Keperluan terhadap ilmu dan desakan zaman yang berubah,

menyebabkan banyak perkataan bahasa Inggeris menyerap masuk ke dalam bahasa Melayu. Pinjaman perkataan daripada bahasa Eropah terutamanya bahasa Inggeris terus berlaku. Ini kerana bahasa Melayu memerlukan istilah sejajar dengan perkembangan semasa, terutamanya dalam bidang sains dan teknologi.

Antara perkataan awal yang meresap masuk ke dalam bahasa Melayu ialah ; saman,

(6)

Perkataan-perkataan daripada bahasa Portugis yang menyerap masuk ke dalam bahasa Melayu ialah:

baldi, bangku, meja, bomba, bendera, kemeja, garpu, kebaya, paderi, tuala, dadu, mentega, kej u, pita, lampu, palsu, beranda, wizurai, gereja, merinyu, lelong, sepatu, almari, nanas, tembaka u, tangki, pita

Perkataan-perkataan pinjaman daripada bahasa Belanda, antaranya ialah:

engsel, duit, pos, persen, polisi, sekolah, senapang, laci, pelekat, persen, rokok, kantor, kamar, peleser, permisi, dansa, super

Selain bahasa-bahasa Eropah, bahasa Melayu juga menerima unsur-unsur bahasa lain seperti Tamil, Hindustan, Parsi, dan Cina.

Perkataan pinjaman daripada bahasa Tamil : ayah, sebagai, cuma, macam, pinggan, bagai, bagaimana, kalap, segala, cuci, kedai, modal, tirai, cuma, percuma, nelayan, koko Perkataan pinjaman daripada bahasa Hindustan : acar, cuti, kunci, budiman, kapas, palka, cukai, kari, roti, curi, kelasi,

Perkataan pinjaman daripada bahasa Parsi : agar, bakhtiar, banjir, bazar, badam, cap, kolah, nakhoda, syabas, taj, andai, pasar, daftar, firman, khurma, lasykar, syah, saudagar, jam, bandar, temasya, nisan, takhta, pelampung,

Perkataan pinjaman daripada bahasa Cina : tauke, tong, tauhu,loteng, laici, kuli, pungki, cap, maajun, cawan, taugeh, cat, sampan, kongsi, ping pong, taufan, mi, bihun, kue tiaw, pau, kueh.

Unsur bahasa asing dipinjam oleh bahasa Melayu yang terdiri daripada aspek bunyi , bentuk morfem dan sintaksis .

Pinjaman Bunyi

Terdapat 27 bunyi dalam bahasa Melayu , iaitu 6 vokal , 3 diftong , dan 18 konsonan . Contoh beberapa bunyi konsonan yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit, Arab dan Inggeris adalah seperti berikut :

Bahasa Sanskrit: Contoh

Sy - syurga Sw - swasta

(7)

kh - khairat, bakhil, fasakh gh - ghaib, maghrib, baligh sy - syarikat, masygul, Quraisy F - fikir, fatsir, takrif

z - zahir, azab, lafaz q - Quran, furqan

Selain itu, peminjaman bunyi juga berlaku seperti dh dan th , tetapi kini untuk penulisan dalam bahasa Melayu , masing-masing diubah bentuk menjadi d dan s sahaja .

 dh - dharab (darab), fardhu (fardu)

 th - Thalatha (Selasa) , Ithnin (Isnin) , hadith (hadis)

Bahasa Inggeris:

f - filem, fokus sy - syif v - vokal, variasi , novel, levi z - zoo, zink

Tatabahasa asing yang kuat mempengaruhi bahasa Melayu ialah bahasa Inggeris. Pengaruh struktur bahasa ini menyebabkan sukar dibezakannya daripada bahasa Melayu. Unsur tatabahasa yang dipinjam ialah bentuk ” ialah” dan ” adalah” daripada bahasa Inggeris, iaitu bentuk kopula is. Bentuk kopula tidak wujud dalam bahasa Melayu , tetapi diterima sebagai betul dan digunakan dengan fungsinya sebagai pemeri kerana pernah dihuraikan oleh Za’ba melalui bukunya , Ilmu Mengarang Melayu.

Contoh : Ali ialah penoreh getah. (Pengaruh bahasa Inggeris)

Ali penoreh getah. Bentuk ialah dan adalah tiada dalam bahasa Melayu klasik.

Pinjaman Bentuk Majmuk

Pinjaman bentuk majmuk kebanyakannya daripada bahasa Inggeris, untuk memenuhi keperluan melengkapkan istilah.

bawah tanah (underground) ; beban kerja (work load) ; buku hijau (green book) ; bulan madu (honey moon) ; duit poket (pocket money) ; gajah putih (white elephant) ; kepala surat (letter head) ; nota kaki (footnote) ; pencakar langit (skyscraper); perang dingin (cold war).

(8)

1. Penyesuaian hurufhuruf konsonan tertentu Huruf BahasaInggeris Bahasa Melayuc scent, cylinder sen, silinderc,cc k carbon, classic karbon, klasik,sc skscooter, telescope -skuter,telesko,pq - kquality, tecchnique - kualiti, teknik,x - ksexpress,taxi - ekspres, teksi.

2. Pengekalan atau pengguguran satu daripada gabungan huruf konsonan yang sama. Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu(b, bb bbarbecue, lobby barbeku, lobi), (f, ff f factor, traffic faktor, trafik), (m, mm mmammal –mamalia), (p, pp ppassport, apple -pasport, epal), (t, tt - ttractor, battery - traktor,bateri)

3. Penyesuaian huruf bagi gabungan dua huruf vokal Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu : (ie icalorie –kalori), (oa o cardboard, coat kadbod, kot), (oe -efoetus, gonorrhea - fetus,gonorea), (ou - ucoupon, serious - kupon, serius), (ea - ibeaker,grease - bikar, gris)

5. Pengekalan huruf bagi gabungan dua huruf vokal Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu: (ae aeaerial, aerograph aerial,aerograf), (au auautomatic, auditorium -automatik,auditorium), (io - ioiodine –iodin), (iu - iupremium, stadium -premium, stadium), (ue - ueduet - duet)

Penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain dalam bahasa Melayu dilakukan mengikut peraturan-peraturan berikut

:-1. Mengeja kata pinjaman yang dipentingkan ialah bentuk visualnya.

2. Terdapat beberapa kata pinjaman yang dikecualikan daripada peraturan sistem keselarasan huruf vokal.

3. Ejaan gugus konsonan yang terdapat dalam bahasa Inggeris dikekalkan bentuknya.

4. Kata-kata asing yang sudah diserap dan telah mantap ( selainejaan gugus konsonan ) dan dieja Melayu tidak diubah ejaan.

5. Huruf “g”diucap sebagai /j/ menurut sebutan bahasa Inggeris ditulis dan disebut /g/ dalam bahasa Melayu.

6. Kata pinjaman yang berakhir dengan sion , tion , tional dan sional menjadi syen , -si , - -sional dan - sen .

(9)

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan sejak lebih setengah abad yang lalu telah mencipta kira-kira sejuta istilah dalam pelbagai bidang. Konsep pinjam terjemah dipinjam daripada bahasa lain , kemudiannya disesuaikan dan diterjemahkan ke dalam bahasa sasaran . Sebagai contoh, frasa kapal terbang atau pesawat terbang adalah frasa pinjam terjemah daripada bahasa Belanda, vliegtuig, manakala frasa kapal udara adalah pinjam terjemah daripada kata bahasa Inggeris, air-plane. Begitu juga dengan kata dalam bahasa Inggeris, skyscraper menjadi ungratte-ciel dalam bahasa Perancis. Kini, terdapat sebahagian penutur bahasa Sepanyol menyebut perros calientes (secara literal bermaksud "dog hot") atau hot dogs dalam bahasa Inggeris bagi menamakan sejenis makanan . Kata bahasa Inggeris honeymoon menjadi lune de miel dengan maksud moon of honey dalam bahasa Perancis dan "bulan madu" dalam bahasa Melayu. Selain itu, berlaku juga penciptaan kata baru yang tidak pernah ada dalam bahasa Melayu bagi mendukung konsep baru sama ada dalam bentuk satu perkataan , frasa atau gandaan separa seperti terjemahan "tanih" daripada soil, biak baka daripada breed dan "cecair" daripada liquid.

Oleh kerana Bahasa Melayu masih kurang efisien untuk mendukung konsep yang saintifik yang timbul bersama-sama dengan kemajuan negara dalam bidang sains, teknologi dan ikhtisas. Kaedah yang sesuai adalah melalui peminjaman dan kaedah ini dilaksanakan dalam pembentukan istilah dalam banyak bahasa di dunia. Kaedah peminjaman ini banyak diterapkan oleh penggubal istilah bahasa Melayu dalam bidang yang khusus. Ada bentuk pinjaman yang tidak diasimilasikan , iaitu tidak disesuaikan secara ortografi iaitu dari aspek sistem ejaannya . Oleh itu, istilah pinjaman ini sama dari segi bentuk mahupun maknanya dalam bahasa asal , seperti istilah "lamina", "orbit" dan "organ".

Istilah pinjaman yang diasimilasikan separa dengan cara penyesuaian dari segi ortografi bahasa Melayu, seperti terjemahan "analisis" daripada analysis dan "cip" (elektronik) daripada chip. Bentuk ini berbeza dengan istilah pinjaman yang diasimilasikan sepenuhnya, seperti rizab (reserve) dan resit (receipt). Bentuk lain yang wujud ialah kata dasar yang merupakan kata pinjaman dan berimbuhan bahasa Melayu, seperti "kadar kemortalan" (mortality rate) dan "meneutralkan" (neutralise).

(10)

Bahasa Melayu seperti bahasa yang lain juga mempunyai kosa kata dalam bahasanya dan memerlukan kata yang dipinjam daripada bahasa lain untuk melangsungkan komunikasi.

Pinjaman unsur daripada bahasa asing mempunyai kesan positif dan negatif . Kesan positif peminjaman adalah dapat menambahkan kekuatan makna konsep yang hendak diperkatakan atau diperjelaskan . Hal ini akan mewujudkan keadaan saling terjemah dengan bahasa moden lain . Sebaliknya , menurut Za’ba menggunakan perkataan daripada bahasa asing dengan sengaja atau dipaksa-paksa dapat menimbulkan kerugian kerana akan memburukkan rupa dan bunyi bahasa Melayu itu sendiri , dan membanyakkan perkataan yang tidak akan difahami oleh para pembaca . Kemungkinan besar akan terjadinya pencemaran bahasa . Hal ini terjadi sekiranya peminjaman dibuat sesuka hati.

Kedatangan kebudayaan yang berlainan dengan idea-idea dan teknologi moden ke negara kita telah mencetuskan kekangan dalam kekurangan kata-kata atau istilah untuk mengembangkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat . Peminjaman kata daripada bahasa asing berlaku kerana kemegahan dan keperluan terhadap bahasa asing yang membawa kepada sesuatu teknologi dalam masyarakat . Faktor kemegahan dikaitkan dengan kebajikan sosial , keuntungan , atau kemenangan sekiranya masyarakat mampu mengetahui beberapa patah perkataan asing dalam pertuturan mereka . Contohnya , sebelum merdeka seseorang itu dianggap mempunyai kedudukan yang tinggi apabila mereka mampu menutur menggunakan perkataan darpada bahasa Inggeris atau Arab .

(11)

Bahagian B

(12)

sistem ejaan, sebutan, tatabahasa, peristilahan, kosa kata dan laras bahasa. Menurut pakar bahasa, Dr. Nik Safiah Karim, pemantapan sistem bahasa sebagai persediaan menjadi bahasa yang cekap dan yang mempunyai daya pengungkap hal ehwal ilmu, teknologi dan segala bidang untuk kehidupan moden telah mencapai tahap yang kukuh, walaupun proses ini masih berterusan dan masih perlukan pemantapan.

Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa yang penggunaannya sangat meluas dan bilangan penuturnya sangat besar. Dianggarkan lebih 300 juta orang di seluruh dunia boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu membuktikan bahawa bahasa Melayu pernah diangkat sebagai bahasa lingua franca di Asia Tenggara, khususnya pada zaman kemasyhuran Kesultanan Melayu Melaka. Pada hari ini, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Di Malaysia, bahasa Melayu dimartabatkan dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 152) yang menyatakan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara.

Dalam bidang bahasa dan pendidikan, terang bahawa bahasa Melayu hanya menjadi bahasa penghantar sekolah Melayu yang terbatas pula jangkauan bidang ilmu dan kemahirannya. Hal ini direncanakan dengan cukup kemas oleh penjajah Inggeris, semata-mata untuk menutup kemungkinan anak watan dapat muncul sebagai bangsa berwibawa dan dengan demikian berupaya membebaskan negara daripada cengkaman penjajahan.Selama hampir setengah abad negara menikmati kemerdekaan, bahasa Melayu telah menjadi salah satu asas pembinaan negara yang penting melalui tiga fungsi iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.

Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu telah memungkinkan berlangsungnya pendemokrasian pendidikan apabila sejumlah besar generasi muda mendapat peluang belajar dalam bahasa kebangsaan, tanpa kekangan faktor taraf sosioekonomi dan pengasingan etnik serta keeksklusifan bahasa penghantar ilmu yang dahulunya didominasi oleh bahasa Inggeris.

(13)

Walau bagaimanapun dengan adanya tantangan-tantangan semasa, bahasa Melayu mengalami kemerosotan dalam dua aspek, iaitu aspek taraf dan mutunya.Kemerosotan dalam aspek taraf bermaksud penyempitan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang telah ditetapkan penggunaannya oleh undang-undang. Sebagai contoh, penggunaan bahasa Melayu dalam bidang pentadbiran, undang-undang, penyiaran dan pendidikan.

Kemerosotan dalam aspek mutu bahasa pula berkaitan dengan kurang pekanya sebilangan anggota masyarakat terhadap bentuk bahasa Melayu yang baku dan ragam bahasa Melayu rasmi, khususnya dalam konteks bidang yang rasmi seperti pentadbiran, penyiaran dan pendidikan. Percampuran ragam bahasa basahan (yang ditandai oleh fenomena bahasa rojak atau istilah linguistiknya peralihan kod, bahasa SMS, bahasa sembang di Internet dan sebagainya) dengan bahasa yang baku dalam situasi rasmi menjadikan bahasa Melayu kehilangan darjat dan citra sebagai bahasa budaya tinggi.

Demikian juga, semakin tidak nyata semangat cinta dan hormat kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan asas jati diri negara apabila kian banyak terjadi fenomena penamaan tempat, bangunan dan jalan, termasuk di kawasan yang menjadi pusat pentadbiran negara, yang mengutamakan nama berdasarkan bahasa asing (misalnya precinct, parcel dan boulevard). Senario kini tentang kedudukan bahasa Melayu menunjukkan kian kurang terbudayanya bahasa Melayu dalam kalangan sejumlah anggota masyarakat, khususnya dalam konteks yang fungsional, iaitu yang berkaitan dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu..

Oleh itu, wajarlah usaha memartabatkan Bahasa Melayu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan memerlukan tindakan berani pelbagai pihak termasuk dalam kalangan ahli politik, agensi-agensi kerajaan dan juga orang-orang Melayu sendiri. Usaha pemartabatan Bahasa Melayu bukanlah usaha minoriti. Usaha ini sebenarnya adalah usaha yang telah wujud serentak dengan adanya struktur negara bangsa Malaysia pada 1963. Toleransi kerajaan pada 1957 untuk membenarkan rakyat menggunakan bahasa Inggeris untuk tempoh 10 tahun rupanya telah membawa petaka kepada Bahawa Melayu lantaran bahasa penjajah itu telah berjaya membina nilai akar umbi yang cukup erat dengan institusi awam, pendidikan dan perundangan terutamanya.

(14)

politik tempatan. Lebih malang lagi, apabila usaha daripada badan-badan tertentu seperti DBP, usaha daripada NGO yang sedar seperti TERAS dan sebagainya, usaha-usaha tokoh akademik dan pendeta kebangsaan seperti Prof. Shahnon Ahmad dan Prof. DiRaja Ungku Aziz mahupun usaha-usaha peribadi tidak memberi kesan dalam masyarakat.

Bahasa Melayu dalam perundangan Malaysia

Untuk memartabatkan Bahasa Melayu, Bahasa Melayu juga perlu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi bahasa perwakilan kepada keharmonian kaum di Malaysia. Pemilihan Bahasa Melayu sebagai perwakilan kaum tidak wajar dinilai sebagai usaha menghegemonikan bahasa ini kepada kaum lain, tetapi telah menjadi lumrah bahasa majoriti dan terkenal serta berakar umbi dijadikan pengantar di mana-mana negara besar sekalipun. Selain itu bahasa Melayu perlu dijadikan sebagai lingua franca yang akan membawa bahasa ini sebagai agen penghubung kaum, industri dan meliputi keseluruhan massa dan sektor. Bahasa Melayu pernah menjadi pengantar utama dalam semua Kanun dan perundangan melayu terutama dalam Kesultanan Melayu Melaka. Sudah sewajarnya bahasa Melayu sejak lama dulu digunakan dalam sistem perundangan Malaysia.

Kata pendeta Za’ba,

“ Dalam Malaya yang merdeka sekarang tentulah bahasa Melayu pun sepatutnya merdeka juga, yakni tidak semestinya dihadkan gunanya pada hal rendah-rendah dan soal bercakap akan perkara-perkara yang orang Melayu biasa sahaja seperti yang sudah-sudah. Sebaliknya setelah Malaya merdeka, sepatutnya bahasa Melayu dilayakkan selangkah lagi bagi penggunaan yang lebih maju, lebih besar dan lebih tinggi pula, seperti jadi alat mengajarkan pelajar pemerintahan negeri dan juga menjalankan kerja kehakiman”.

Bahasa menjadi utama kuasa ekonomi dan politik.

(15)

Johor Lama membina empayar. Akibatnya bahasa ini turut mempengaruhi bangsa-bangsa pedagang asing untuk turut menyebar dan menggunakan bahasa melayu di tempat asal mereka.

Dr. Gerry Knowles (Pensyarah Linguistik University Of Lancaster UK) pernah membentang kertas kerja yang menyatakan bahawa bahasa boleh berkembang maju dan menjadi bahasa dunia disebabkan dua faktor utama, iaitu kuasa ekonomi dan kuasa ketenteraan. Bahasa yang mempunyai salah satu kuasa atau kedua-dua kuasa tersebut mampu berkembang maju dan menjadi salh satu bahasa utama dunia. Kita mendapati bahawa Bahasa Inggeris meningkat dan meluas akibat bertapaknya hegemoni dan globalisasi tajaan British. Kemudian klonnya yang terkemudian iaitu Amerika Syarikat pula telah melengkapkan lagi hegemoni bahasa tersebut walaupun tedapat beberapa perubahan dielek dan sebutan tertentu. Sejarah juga merakamkan bahawa bahasa juga berkemungkinan akan jatuh serentak dengan kejatuhannya kerajaan dan empayar berkenaan seperti empayar Perancis, Jerman dan Uthmaniyyah sendiri.

Nilai inklusif menyelamatkan survival bahasa.

Tidak dapat dinafikan bahasa Melayu adalah bahasa yang lentur serta kaya dengan khazanah kosa dan istilah yang banyak. Penyerapan atau peminjaman unsur daripada bahasa luar menyebabkan bahasa ini anjal dengan ketamadunan global. Menurut Haugen, sejarah bahasa memperlihatkan bahawa tidak terdapat bahasa yang secara semulajadinya tidak mampu atau terencat kerana semua bahasa yang maju pada hari ini suatu ketika dahulu tidak maju, tetapi kerana peluang diberikan kepada bahasa itu untuk berkembang, bahasa berkenaan dapat mencapai taraf kemodenan, kecanggihan dan keintelektulan seperti hari ini.

(16)

untuk bersikap inklusif atau eksklusif. Sifat keterbukaan perlu ada di kalangan pemikir bahasa melayu untuk menyelamatkan bahasa ini daripada hanyut terus daripada arus perkembangan global.

Kita telah melihat bagaimana bahasa Latin telah pupus akibat ketiadaan transaksi kosa kata dan perbendaharaan kata daripada bahasa lain yang menguasai dunia. Hal ini turut menimpa bahasa Sanskrit yang hanya dijadikan bahasa indah kaum Rahib-rahib India serta mematikan terus keupayaan politik daripada bahasa tersebut. Kini bahasa Sanskrit tidak lagi ditutur luas apatah lagi untuk difahami.

Kemandirian bahasa Melayu bermula apabila kehadiran Tamadun India, Buddha dan Ketamadunan eropah seperti Portugis dan Belanda yang telah memperkayakan lagi perbendaharaan kata bahasa tersebut serta menjadikan ianya relevan untuk digunapakai. Indonesia berjaya menjulang bahasa Melayu-Indo melalui sikap inklusif di kalangan pendeta bahasa mereka sehingga sebegitu banyak perkataan Inggeris yang diIndonesiakan. Penterjemahan filem dan buku-buku secara pesat menjadikan rakyat ‘amat bergantung’ dengan bahasa tersebut sekaligus menjadi bukti penataran bahasa Melayu di sana. Transaksi dan transisi bahasa Melayu untuk menerima unsur-unsur bahasa asing adalah suatu sikap dan keterbukaan yang akan membawa kembali Bahasa Melayu ke persada dunia glokal

Apabila membincangkan perihal bahasa Melayu, hala tuju bahasa Melayu, masa depan bahasa Melayu, kita tidak terlepas daripada membincangkan soal cabaran bahasa Melayu terutamanya untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Walaupun bahasa Melayu ketika ini menerima hambatan begitu hebat dalam bentuk nasional dan supernasional. Kita sebagai pengguna, penutur, dan pencinta bahasa Melayu perlu bersiap siaga dan berusaha lebih gigih untuk meletakkan bahasa Melayu mampu duduk sama rendah, dan berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa terutama dunia lebih-lebih lagi bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa.

(17)

mencapai tahap yang kukuh, walaupun proses ini masih berterusan dan masih memerlukan pemantapan untuk memartabatkan bahasa Melayu.

Awang Sariyan (2006: 17) mengatakan bahawa usaha-usaha perlu dilakukan oleh pihak pemerintah negara agar lebih proaktif dalam memartabatkan bahasa Melayu jika ingin melihat bahasa Melayu itu terus berkembang maju dan seterusnya menjadi bahasa ilmu.Bahasa Melayu seharusnya telah diangkat menjadi sebuah bahasa yang unggul dan tidak seharusnya dipertikai kewujudannya. Manakala, Kamarudin Hj Kachar (1989 : 83) mengatakan bahawa konsep pendidikan dengan masyarakat tidak dapat dipisahkan. Pendidikan memerlukan masyarakat untuk dijadikan asas falsafah, matlamat,dan tujuan.

Masyarakat pula memerlukan pendidikan sebagai alat terpenting menyediakan individu-individu untuk menjadi masyarakat terlatih, terpelajar dan berbudi bahasa. Perkembangan bahasa Melayu dapat dipraktikkan dalam sistem pendidikan negara. Melalui pendidikan sesuatu perancangan itu dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah diatur oleh pihak kerajaan. Pemantapan dari segi pembinaan bahasa itu sendiri perlu seiring dengan perkembangan pendidikan. Jika kedua-dua konsep ini dapat digabungkan nescaya usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Implimentasi Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan Negara.

Dasar bahasa tidak berubah tetapi orientasi terhadap bahasa Inggeris sebagai alat kemajuan negara atau sebagai alat untuk mencapai matlamat itu mula berubah. Peranan Bahasa Melayu dalam agenda pembangunan negara yang baru itu makin tidak diambil kira lagi. Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu diseru supaya menguasai bahasa Inggeris jika mereka hendak menjadi bangsa yang maju. Proses globalisasi digunakan sebagai alasan bangsa Melayu dan seluruh rakyat Malaysia mesti mengetahui bahasa Inggeris. Pada hal sudah ada dasar sejak tahun 1957 yang diperakukan oleh Laporan Razak sendiri bahawa bahasa Inggeris ialah bahasa kedua yang wajib diajarkan di sekolah.

Menurut Omar Mohd Hashim (1993: 13) mengatakan bahawa kelemahan pelajar Melayu dalam menguasai bahasa Inggeris mula menjadi isu negara seolah-olah bahasa Inggeris itu merupakan bahasa pengantar utama di sekolah mahupun di universiti manakala kelemahan pelajar dalam menguasai bahasa Melayu dipandang sepi.

(18)

pejuang-pejuang dan aktivis-aktivis bahasa. Apabila kita melihat negara-negara yang sudah sememangnya maju dari segi sains dan teknologi seperti Jepun, Korea, dan Perancis. Mereka membangun dengan pesat berdasarkan keupayaan bahasa mereka sendiri sebagai bahasa ilmu. Malah negara-negara berkenaan tetap mempertahankan bahasa ibunda mereka dan menjadikan bahasa berkenaan sebagai bahasa wahana ilmu pengetahuan dan bahasa sains teknologi. Menurut, Asiah Idris dalam makalahnya Bahasa Melayu sebagai Bahasa ilmu Pelita Bahasa 1995, petikan syarahan Prof.Dr.Abdul Hamid Mahmood menyatakan bahasa Inggeris bukanlah faktor yang menentukan sama ada sesebuah negara akan menjadi maju atau rakyatnya akan menjadi kaya. Yang menjadi faktor penentu dalam hal ini bukanlah bahasa tetapi orang yang menggunakan bahasa itu. Malah, beliau menambah lagi yang penting jika kita benar-benar mahu menjadikan bahas Melayu sebagai bahasa ilmu, kita perlu mengubah sikap negatif dan keraguan kita terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu termasuklah dalam bidang sains dan teknologi. Ramai melihat potensi bahasa Melayu sebagai bahasa peneraju dunia keilmuan, bahasa sains teknologi adalah masih lagi jauh. Menurut Hassan Ahmad masalah sebenarnya bukan cabaran bahasa Inggeris tetapi masalah orang rakyat yang tidak mengetahui keupayaan untuk memajukan bangsa dengan menggunakan bahasa sendiri sebagai alat yang utama.

Masyarakat memerlukan pendidikan sebagai alat terpenting menyediakan individu-individu untuk menjadi masyarakat terlatih, terpelajar dan berbudi bahasa. Melalui pendidikan sesuatu perancangan itu dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah diatur oleh pihak kerajaan. Pemantapan dari segi pembinaan bahasa itu sendiri perlu seiring dengan perkembangan pendidikan. Jika kedua-dua konsep ini dapat digabungkan nescaya usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Implimentasi Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan Negara.

Kerancuan Bahasa

(19)

yang bermakna dan hanya difahami oleh kumpulan itu sahaja. Mereka menggunakan istilah-istilah tersebut dalam berkomunikasi.Apabila wujudnya bahasa slanga secara tidak langsung terbinalah pelbagai golongan mengikut identiti mereka.

Dalam menangani masalah memartabatkan bahasa Melayu, golongan pelajar sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dalam berbahasa. Tetapi sejak akhir-akhir ini, banyak rungutan mengatakan bahawa golongan pelajar universiti lebih suka menggunakan bahasa slanga dalam pertuturan mereka tidak kira secara formal mahupun tidak formal. Bahasa Slanga adalah satu kelainan bahasa yang dicirikan oleh perbendaharaan kata yang baru digubal dan cepat berubah. Bahasa ini sering 154 digunakan oleh golongan muda seperti kumpulan rock dan kawanan melepak, atau pelajar universiti seperti di UPM atau golongan profesional untuk menghindarkan daripada diketahui oleh anggota komuniti bahasa yang lain.

Bahasa Slanga ini cepat merebak dan cepat pula hilang mengikut peredaran zaman. Antara contoh bahasa Slanga yang menjadi ikutan pelajar universiti ialah seperti cun, buat dek, bengang, geng, melepak, buat pot dan lain-lain lagi. Para pensyarah sering merungut tahap penguasaan bahasa Melayu pelajar universiti semakin merosot dan hal ini tidak sepatutnya berlaku. Jika keadaan ini tidak dibendung nescaya proses untuk memartabatkan bahasa Melayu tidak akan tercapai kerana golongan pelajar universiti inilah yang akan menjadi tunggak kepada pembangunan negara.

Kekurangan Buku-buku Rujukan

Masalah yang dihadapai oleh golongan pelajar mahupun pendidik dewasa ini ialah kurangnya buku-buku ilmiah yang boleh digunakan sebagai rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan buku-buku yang terdapat di pasaran semuanya menggunakan bahasa Inggeris. Keadaan ini sangat menyukarkan terutamanya golongan pelajar universiti. Para pelajar universiti sukar membuat rujukan tentang sesuatu perkara kerana tidak terdapat penterjemahan dari segi istilah. Buku-buku ilmiah ini didatangkan dari luar negara untuk rujukan para pelajar. Dasar mempercayai budaya orang luar telah menular di dalam diri masyarakat di negara Malaysia.

(20)

Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan satu badan berkanun yang berperanan penting dalam memartabatkan bahasa Melayu. DBP berperanan untuk memupuk dan memperkaya bahasa kebangsaan, memperluas bidang pengetahuan masyarakat terhadap penggunaan dan perkembangan bahasa Melayu, menerbitkan, menggalakkan dan menyelaraskan penerbitan buku dan jenis penerbitan lain yang berkaitan dengan kajian dan pembinaan bahasa Melayu, membakukan sistem ejaan dan sebutan, mencipta istilah saintifik yang sesuai dengan bahasa kebangsaan, menyusun dan menerbitkan kamus dalam bahasa kebangsaan.

Pemasyarakatan bahasa kebangsaan bertaraf kebangsaan perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan kerajaan, melalui semua kementerian, jabatan dan agensi serta perbadanan dan pihak swasta serta secara aktif dan terancang menyertai program pemasyarakatan bahasa kebangsaan di seluruh negara yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, khususnya Bulan Bahasa dan Sastera Negara yang dilaksanakan setiap tahun selama sebulan. Selain itu, setiap jabatan kerajaan dan swasta hendaklah diminta merancang dan menganjurkan kegiatan yang dapat menyemarakkan pembudayaan bahasa Melayu dari waktu ke waktu dalam perancangan tahunan supaya bahasa dan persuratan Melayu tidak terpinggir dalam sektor di luar lingkungan orang atau institusi khusus dalam bidang bahasa dan sastera.

Pembangunan negara yang hakiki dan bersepadu hanya tercapai apabila semua bidang yang penting diberi perhatian yang sama beratnya, termasuk bidang bahasa dan budaya. Dalam konteks pembentukan jati diri dan citra negara ini pula, dasar-dasar yang bersifat endoglosia, iaitu berasaskan keperibumian yang disokong oleh hakikat sejarah kebudayaan dan tamadun di negara dan dirantau ini perlu dipertahankan dan ditingkatkan. Tidak seharusnya berlaku keadaan negara menuju kejayaan ekonomi dan industri sementara mengalami kehancuran dari segi unsur dalaman bangsa, terutama bahasa dan budaya. Oleh itu, kerjasama antara semua kementerian, jabatan, agensi, pertubuhan, sektor swasta dan orang perseorangan perlu digemblengkan secara bersepadu oleh pemerintah dalam bentuk rangkaian yang berkesan untuk memastikan pencapaian yang seimbang.

(21)

membawa wadah perjuangan sama ada bahasa Melayu akan berkembang atau terus terkubur. Sejajar dengan hal itu, generasi muda terutama pelajar sekolah harus dipupuk jati dirinya terhadap bahasa kebangsaan sejak di bangku sekolah. Usahlah dibebankan mereka dengan bahasa yang lain untuk mempelajari ilmu pengetahuan moden. Kuasailah bahasa Melayu terlebih dahulu kemudian barulah kuasai bahasa kedua.

Dengan cara ini, Malaysia akan melahirkan rakyat yang dwibahasa menjelang tahun 2020. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan harus sentiasa dipelihara. Dalam usaha mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu kita harus lebih dahulu memupuk jati diri dalam kalangan masyarakat terutama golongan yang tiada jati diri terhadap bahasa, yang terlalu kuat sentimennya terhadap bahasa Melayu dan golongan yang kurang kepercayaan dan keyakinan diri terhadap bahasa Melayu. Bahasa menunjukkan bangsa dan maju bahasa majulah bangsa.

RUJUKAN

Abdul Hamid Mahmood. (2007). Kuasai Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu Melalui Latihan. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Abdullah Hassan (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa – Pengintelektualan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(22)

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (1994). Panduan Ejaan Rumi Bahasa Melayu. KualaLumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2000). Kamus Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, dan Abdul Hamid Mahmood. (2008). Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Abdullah Hassan (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa – Pengintelektualan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ani Awang dan Zumurni Hamzah. Ke arah Memartabatkan Bahasa Melayu. Http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp. Diakses pada 21.10 .2013.

Awang Sariyan (2006). Bahasa Melayu dalam Mendepani Era Globalisasi: Upaya dari Sudut Pengayaan Khazanah Ilmu. Dlm Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Jusoh (2000). Bahasa dan Masyarakat. Dlm Monograf Bahasa, Sastera, dan Budaya Melayu. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Kamarudin Hj. Kachar (1989). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim. 1978. Bahasa Malaysia syntax: some of aspects to standardization.Kuala

Sapir, E. 1921. Language. New York.Theodora Bynon. 1994. Linguistik sejarawi. Terj. Noor Ein Moh. Noor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Weinreich, U. 1968. Language in contact. The Hague: Mouton.

(23)

Yun Yan & Tianbai Deng. 2009. On Chinese loan words from English language. China:Yangzhou Vocational College of Environment & Resources.

Dari laman web:

Nik Safiah Karim (2004). Bahasa Melayu Sedekat Lalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa http://www.usm.my/index.php/ms/admin/news-article-bahasa/185-memartabatkan-bahasa-melayu-perlukan-kesungguhan Dilayari pada 20 Oktober 2013

http://anelyza.blogspot.com/2010/11/usaha-usaha-memartabatkan-bahasa.html. Dilayari pada 20 Oktober 2013.

http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=769

(24)

Referensi

Dokumen terkait

Perlu dibuat standar prosedur operasional (SPO) kelengkapan pengisian resume medis 24 jam setelah selesai pelayanan, perlu melakukan koordinasi antara bagian keuangan

Puji Syukur penulis panjatkan kepada Tuhan Yang Maha Esa, karena berkat dan kasih-Nya penulis dapat menyelesaikan skripsi ini dengan judul “Faktor-Faktor yang

Definisi : Kehamilan dan proses melahirkan serta asuhan terhadap bayi baru lahir yang tidak sesuai dengan konteks, norma dan harapan lingkungan.. Batasan karakteristik :

Yaitu peranan kuda seba- gai sumber tenaga bagi petani kecil, dikaitkan dengan kejadian penularan penyakit Selakarang, yang dalam hal ini merupakan penyakit mikotik pada kuda,

Farizul Athir bin Mohd Ramli. Farizul Athir bin

Dengan demikian rerata keterlaksanaan pembelajaran telah mencapai kriteria kepraktisan yaitu nilai R > 80% (Borich dalam Sunardi, 2000). Oleh karena itu modul

Analisis komponen utama (AKU) terhadap rataan spektrum inframerah yang dihasilkan dari kombinasi segitiga kisi 6 ekstrak SDSBL menghasilkan jumlah proporsi kumulatif KU 1 dan KU

15/15/PBI/2013 tanggal 24 Desember 2013 tentang “Giro Wajib Minimum (GWM) Bank Umum pada Bank Indonesia dalam Rupiah dan Valuta Asing Bagi Bank Umum Konvensional,” mulai tanggal