• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERTANIAN ORGANIK PERTANIAN ORGANIK PERTANIAN ORGANIK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERTANIAN ORGANIK PERTANIAN ORGANIK PERTANIAN ORGANIK"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENGENALAN

Pertanian Organik merupakan salah satu jenis pertanian yang merupakan tanaman alternatif mengelakkan sebrang penggunaan bahan beracun terhadap tumbuhan yang asalnya dimulakan pada abad ke-20. Pertanian ini melibatkan sistem pengeluaran yang holistik yang menolak pengggunaan baja sintetik dan penggunaan racun perosak dan organisma yang diubahsuai secara genetic yang dapat meminimumkan kesan buruk terhadap alam sekitar. Umumya mengetahui bahawa pertanian organik ini memberi manfaat atau faedah kepada proses-proses semulajadi dan persekitaran. Permintaan terhadap bahan-bahan organik dan baja mikrob yang maksimun untuk meningkatkan kesuburan tanih dan kualiti hasil yang bakal diperolehi. Pada masa sekarang, pasaran bagi hasil pertanian organik mulai berkembang dan mendapat permintaan yang tinggi daripada masyarakat yang mempunyai kesedaran dalam manfaat makanan organik.

Pertanian organik adalah antara spektrum kaedah pengeluaran yang menyokong alam sekitar. Pertanian adalah kekal sebagai sektor utama bagi pembangunan ekonomi bagi kebanyakan negara membangun. Adalah penting untuk memastikan keselamatan makanan, mengurangkan kemiskinan dan memulihara sumber semula jadi penting kepada generasi masa kini dan masa depan dunia yang akan bergantung sepenuhnya kepada kelangsungan hidup dan kesejahteraan mereka. Faktor alam sekitar perlu diambil kira jika masyarakat berterusan menjalankan aktiviti pertanian secara konvensional yang secara jelasnya banyak impak buruk terhadap alam sekitar seperti hakisan tanah, tanah berasid, pencemaran sungai akibat penggunaan baja yang berlebihan dan semestinya menjejaskan kesihatan manusia. Oleh yang demikian menjadi satu kewajipan untuk meningkatkan kesedaran manusia betapa penitngnya isu alam sekitar dan keselamatan makanan yang mendorong kepada perkembangan dan pengamalan pertanian organik di seluruh dunia khususnya di Malaysia.

(2)

2.0 PERTANIAN ORGANIK DI MALAYSIA

Pensijilan yang biasa digunakan dalam pertanian organik adalah Skim Organik Malaysia (SOM) dan National Association for Sustainable Agriculture, Australia (NASAA). SOM merupakan program yang dibangunkan oleh Pembangunan Peranian Malaysia untuk mengesahkan lading organik yang beroperasi mengikut panduan dan kriteria yang telah dietapkan. Manakala NASAA merupakan program yang berada di bawah pengesahan Australia yang diiktiraf oleh IOAS, organisasi bukan kerajaan antarabangsa yang memberi akreditasi skim persijilan untuk pertanian organik.

Jika dilihat pada pasaran pertanian organik di Malaysia adalah sangat terhad dan kecil. Pada tahun 2013, terdapat 75 ladang yang telah disahkan dan 296 ladang yang telah berdaftar. Tanah yang digunakan dalam pertanian organik pula dianggarkan seluas 2700 hektar di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Manakala bilangan peruncit pada 2013 pula adalah sebanyak 204 iaitu Selangor 57, Kuala Lumpur 58, Penang 28, Johor 17, Perak 16, dan Sabah Serawak 12 peuncit. Seterusnya pemborong pula berjumlah sebanyak 53 dan restoran yang menyediakan mkanan berasaskan organik hanya 35 buah restoran. Pemproses bahan organik hanya terdapat 4 buah dan 4 pembekal servis petanian organik. Di Malaysia hanya terdapat dua pertubuhan yang pro-organik iaitu CETDEM (Centre for Environment, Technology and Development, Malaysia) dan OAM (Organic Alliance Malaysia). Rangkaian kedai yang besar membekalkan makanan organik adalah Country Farm, BMS, Just Life, Zenxin, Jusco, AEON, Giant, Tesco, Carrefour, Cold Storage dan lain-lain.

(3)

Manakala jika diteliti pada data yang terkini iaitu pada tahun 2015, bilangan pengoperasi dalam pertanian organik telah meningkat di setiap negeri iaitu Kedah 7, Penang 43, Perak 23, Selangor 106, Kuala Kumpur 63, N. Sembilan 10, Melaka 10, Kelantan 1, Terengganu 2, Johor 39, Pahang 19, Sabah 11, Sarawak 19 dan jumlah penguasaha organik keseluruhannya adalah 351 (Jadual 1).

Jadual 1: Jumlah pengusaha organik.

Akibat daripada perkembangan pertanian organik ini, timbul isu keaslian dalam kalangan pengguna yang menginginkan kualiti barangan yang bermutu tinggi dan asli. Oleh itu, pihak kerajaan telah mengambil langkah dengan memperkenalkan peraturan penglabelan organik untuk makanan berasakan tumbuhan pada tahun 2011 dibawah Akta Makanan 1983 yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan. Pada masa yang sama Jabatan Pertanian (DoA) menawarkan satu program pensijilan organik yang dikenali sebagai Skim Organik Malaysia (SOM). Walaubagaimanapun, SOM hanya merangkumi daripada segi pengeluaran ladang. Oleh itu, menjadi satu keperluan untuk membangunkan pensijilan dalam pengendalian dan pemprosessan pengeluaran daripada ladang. Menurut Ong Kung Wai, pengerusi OAM bahawa OAM dan DoA bekerjasama untuk mengembangkan skop SOM dalam meliputi bahagian tersebut dan menyediakan pensijilan dalam pengendalian, pemprosesan termasuk pengesahan import tela pun beroperasi.

Kumpulan perintis dalam pertanian organik iaitu Ace Canning, Alive Organic, Budayatama Corporation, Country Farm, Opika dan Yuen Chun Industries yang mengambil bahagian dalam permohonan awal dalam pemeriksaan dan proses pengesahan dengan OAM untuk memuktamadkan permohonan dan prosedur. Akhirnya lima daripada syarikat ini layak menerima pensijilan pada bulan Disember 2014. Pada bulan Jun 2015, Kementerian Kesihatan telah memperkenalkan pensijilan organik yang dipanggil Skim Pensijilan Makanan Organik Malaysia. Jadi terdapat pertembungan antara dua badan kerajaan dalam menetapkan peraturan untuk pengeluaran organik. Oleh itu, satu pertemuan diadakan antara Kementerian Kesihatan (MoH), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama Jabatan Pertanian (MoA) dan

(4)

OAM untuk membincangkan isu berkenaan implementasi skim pensijilan MoH dan MoA/DoA yang boleh dilaksanakan lebih daripada satu agensi kerajaan jika bekeperluan. Namun, pengusaha hanya perlu mengemukakan melalui satu agensi sahaja dan proses tersebut tidak perlu berbeza daripada skim pensijilan organik yang dilaksanakan menyeluruh di dunia.

Pada tahun tersebut juga memperlihatkan rujukan standard organik Malaysia MS1529 supaya berada dalam satu landasan yang diterapkan oeh ASEAN Standard for Organic Agriculture (ASOA) dan menjenamakan semula Skim Organic Malaysia (SOM) sebagai Malaysian Organic Certification or myOrganic. Pengusaha yang telah mendapat pengesahan pensijilan daripada DoA boleh menggunakan tanda atau logo myOrganik pada produk mereka untuk menangani keraguan pengguna terhadap keaslian produk tersebut (Rajah 2).

Rajah 2: Perubahan logo pensijilan organik di Malaysia.

Pada tahun 2014, Standard Malaysia MS1529: 2001 telah dikemaskini kepada MS1529: 2015 Tumbuhan berasaskan organik yang mengeluarkan makanan - keperluan untuk pengeluaran, pemprosesan, pengendalian, pelabelan dan pemasaran, dan telah dikeluarkan oleh Jabatan Piawaian Malaysia pada tahun 2015. Matlamat piawaian ini adalah pertamanya untuk melindungi pengeluar dan pengguna terhadap penipuan di pasaran dan tuntutan produk yang tidak berasas. Matlamat yang kedua pula untuk memastikan bahawa semua peringkat pengeluaran, penyediaan, penyimpanan, pengangkutan dan pelabelan dipenuhi dengan standard dan ketiganya bersamaan dengan standard antarabangsa supaya ia boleh digunakan untuk memudahkan urusan perdagangan. Kemasukan keperluan pelabelan dan pemasaran sangat penting kerana ia selaras dengan keperluan pelabelan yang relevan di bawah undang-undang penguatkuasaan di Malaysia.

(5)

lebih tinggi, berbanding tanaman lain. Pengeluaran sayuran termasuk sayur-sayuran berdaun seperti kubis, broccoli, mustard, kale Cina dan bayam. Buah organik yang ditanam termasuk durian, betik dan pisang. Buah-buahan ini sudah mempunyai pasaran tertentu. Pada masa yang sama, bilangan cendawan dan ladang herba yang disahkan dengan myOrganic juga semakin meningkat kerana mereka tidak menggunakan apa-apa input kimia dalam amalan pertanian semasa dan prosedur untuk pensijilan adalah lebih mudah. Akibatnya, bilangan syarikat yang menerima akreditasi telah meningkat dari tiga pada tahun 2003 kepada 151 pada 2015 (Jadual 3). Bilangan ladang tertinggi yang menerima pensijilan myOrganik pada tahun 2011 dengan 29 ladang. Jumlah hasil pengeluaran organik dari ladang-ladang yang disahkan itu adalah 65, 591 tan dengan anggaran nilai RM175 juta, pada tahun 2014 (DoA, 2015).

Jadual 2: Bilangan ladang yang disahkan myOrganik berdasarkan komoditi, 2002-2015.

Jadual 3: Bilangan ladang yang disahkan pensijian myOrganik, 2003-2015.

(6)

2003-3.0 PERTANIAN KONVENSIONAL VS PERTANIAN ORGANIK

Dalam pertanian organik, tiada racun perosak atau baja buatan digunakan. Semuanya dilakukan secara semulajadi. Hanya sesetengah ladang di Cameron Highland yang menanam sayur-sayuran menggunakan kaedah pertanian organik. Kebanyakan sayur-sayur-sayuran yang kita perolehi mengandungi penuh dengan bahan kimia daripada baja yang dibekalkan nutrien buatan dan racun serangga untuk membunuh serangga dan cacing yang memakan sayuran. Oleh itu amalan pertanian organik merupakan satu alternatif yang mampu mengelakkan sebarang penggunaan racun dalam pertanian dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup. Berbeza dengan pertanian konvesional yang lebih mengutamakan keuntungan dan kualiti rupa bentuk sayuran atau buahan yang sempurna tiada kesan daripada sebarang haiwan perosak yang mencacatkan rupa bentuk luaran.

Kebanyakan kaedah pertanian konvensional telah menghilangkan nutrien tanah yang semulajadi. Jadi, untuk menghasilkan tanaman yang tumbuh dengan subur, baja kimia akan dibekalkan kembali kepada tanah untuk menyediakan nutrient untuk tumbuhan membesar. Bagi pertanian organik, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh petani adalah menyediakan tanah dan membuahkan hasil dengan cara semula jadi tanpa melibatkan sebarang baja kimia. Salah satu cara dalam pertanian organik adalah menggunakan najis ayam atau haiwan yang lain dan mencampurkannya dengan baja lain dan membiarkan longgokan tapaian kayu untuk memecahkan nutrien kemudiannya digunakan sebagai baja supaya ia boleh diserap dengan mudah oleh tumbuhan sayur-sayuran. Terdapat banyak lagi cara yang boleh dibuat secara semulajadi untuk membekalkan tanah dengan nutrien di samping mengurangkan pencemaran alam melalui penggunaan baja kimia dalam pertanian konvensional.

(7)

Rajah 3: Bentuk luaran sayur-sayuran tidak berapa elok menandakan kandungan racun perosak tiada atau kurang.

Walau bagaimanapun, pertanian dan makanan organik menghadapi beberapa cabaran di Malaysia. Walaupun permintaan terhadap makanan organik di Malaysia semakin meningkat, bekalan produk organik tempatan tidak dapat memenuhi permintaan yang meningkat. Bekalan tempatan boleh jatuh sebanyak 50 peratus dalam tempoh tertentu. Selain bekalan yang tidak konsisten, jenis makanan organik tempatan juga terhad. Oleh yang demikian, Malaysia masih perlu mengimport hasil organik dari negara-negara lain, terutamanya dari Australia, Amerika Syarikat dan New Zealand. Satu lagi masalah yang dihadapi pengguna makanan organik di Malaysia adalah perbezaan harga antara makanan organik dan konvensional. Walaupun ia terkenal dengan makanan organik lebih mahal daripada makanan konvensional, perbezaan harga di Malaysia adalah sangat besar, sebanyak 100 hingga 300 peratus, berbanding jurang harga hanya 25 hingga 30% di Amerika Syarikat dan negara-negara di Eropah.

(8)

Ringkasan Pertanian Konvensional Vs Pertanian Organik

Jadual 4: Pertanian Konvensional vs Pertanian Organik

PERTANIAN KONVESIONAL PERTANIAN ORGANIK efisyen, gabungan perusahaan yang seimbang dengan kombinasi kestabilan

Menambah nutrien melalui baja, kawalan rumpai oleh racun herbasida (bahan yang beracun kepada tumbuh-tumbuhan dan digunakan untuk memusnahkan tumbuh-tumbuhan yang tidak diingini), langkah perlindungan tumbuhan oleh bahan kimia dan jarang berkombinasi dengan ternakan

Kitaran nutrien dalam ladang, kawalan rumpai oleh pusingan tanaman dan amalan budaya, perlindungan tumbuhan oleh bahan yang tidak mencemarkan dan gabungan yang lebih baik dengan ternakan

Berdasarkan falsafah untuk memberi makan tanaman / tumbuhan

Memberi bekalan kepada tanah dan bukannya tanaman adalah slogan kepada pertanian organik

Pengeluaran tidak bersepadu dengan alam sekitar tetapi mengekstrak lebih banyak melalui manipulasi teknikal, persenyawaan yang berlebihan dan berlaku ketidakseimbangan nutrien

Pengeluaran disepadukan dengan alam sekitar, seimbang, kekurangan keadaan untuk tumbuhan dan haiwan perlu dibetulkan

Input rendah: nisbah output dengan pencemaran yang banyak

Input tinggi: nisbah output tanpa pencemaran

(9)

4.0 KAEDAH PERTANIAN ORGANIK

Kesuburan tanih merupakan bahagian yang terpenting dalam menjalankan pertanian organik dan ianya merupakan nadi dalam menggerakkan pertumbuhan pelbagai sayur-sayuran dan buah-buahan organik. Antara kaedah yang dipraktikkan di Malaysia dan luar negara dalam mengekalkan kesuburan tanih adalah:-

Ternakan

Haiwan ternakan secara langsung boleh meningkatkan kimia tanah dan kesuburan biologi dengan memperkenalkan bahan organik dan nutrien dalam baja dan air kencing. dan air Walaupun pergerakan haiwan boleh mengurangkan beberapa aspek kesuburan fizikal tanah, namun tanah kering dapat dikurangkan, perakaran menjadi padat, peningkatan kandungan akar dan kandungan bahan organik tanah yang berkaitan dengan fasa padang rumput yang meningkatkan agregasi tanah dan kesuburan biologi serta mengurangkan kadar hakisan. Ternakan juga boleh membantu mengawal rumput yang boleh mengurangkan kesuburan kimia dengan bersaing dengan tumbuhan untuk nutrien. Penggunaan baja membantu mencapai matlamat tanah yang sihat dalam nutrien dan bahan organik. Sistem putaran yang termasuk ternakan boleh menjadi komponen utama dalam sistem pertanian yang mapan. Pengekalan pertanian campuran dalam sistem pertanian organik dan kenaikan yang berkaitan dengan ruang dan dunia pelbagai habitat sebahagiannya bertanggungjawab dalam kepelbagaian organisma yang diamati di ladang organik, dari mikrob tanah kepada mamalia dan burung. Tanpa ternakan, ianya sukar untuk menguruskan nutrien terutamanya nitrogen dalam ladang organik.

Kekacang

Kekacang merupakan komponen utama sistem pertanian organik (di padang rumput, baja hijau, tanaman penutup atau tanaman makanan) kerana mereka mengurangkan atau menghapuskan keperluan baja nitrogen luar dengan syarat mereka dikurangkan secara berkesan. Kemampanan penggunaan legum adalah bertujuan membekalkan tanaman dengan nitrogen dalam sistem pertanian organik bergantung kepada:

1. Penetapan nitorgen yang mencukupi dalam biojisim legum;

(10)

3. Kapasiti amalan perladangan untuk memaksimumkan faedah kesuburan tanah yang dan kesan alam sekitar dari kekacang serta meminimumkan kesan negatifnya (contohnya peningkatan keasidan tanih).

Penanaman

Polikultur merupakan aspek yang terpenting dalam pertanian organik iaitu penanaman atau eksploitasi serentak beberapa tanaman atau jenis haiwan. Manakala, dalam bentuk tradisional pertanian monokultur diamalkan yang membesarkan hanya satu jenis tanaman tunggal dalam tanah yang diperuntukkan. Motif dalam disebalik penanaman tanaman tunggal adalah bertujuan untuk mengurangkan kos yang ditanggung seperti baja, benih, dan racun perosak dan sebagainya. Walaubagaimanapun, pengurangan kesuburan tanah berlaku disebabkan pengambilan nutrien dalam tempoh yang panjang dan hakisan tanah akibat daripada amalan pertanian monokultur. Tambahan pula, perosak menjadi kebal kepada bahan kimia yang digunakan mengawal mereka. Polikultur adalah sangat berbeza pendekatannya terhadap pertanian jika nak dibandingkan dengan monokultur yang memperlihatkan pelbagai tanaman ditanam di atas tanah yang sama. Ianya membantu menarik mikrob tanah yang berbeza.

Di dalam sistem pertanian organik, satu usaha untuk menyesuaikan diversiti, yang secara idealnya bermaksud pertanian campuran, atau integrasi pengeluaran tanaman dan ternakan di ladang yang sama. Dengan cara ini, proses kitaran dan interaksi dalam agro-ekosistem dapat dioptimumkan seperti menggunakan sisa tanaman dalam penternakan dan baja untuk pengeluaran tanaman. Kepelbagaian diversiti dan penggunaan tanah merupakan langkah untuk mengoptimunkan kestabilan ekosistem agro melalui pertanian campuran. Konsep sinergistik di antara tumbuhan, haiwan, tanah dan biosfera menyokong idea ini.

Pusingan Tanaman

(11)

berterusan dari tempat yang sama, mereka akan muncul tepat pada masanya untuk mencari makanan. Oleh itu, dengan menggunakan putaran tanaman yang bijak dapat mengganggu kitaran ini dengan menyesuaikan jadual penanaman tanaman dengan lokasi.

Pengoptimuman Kitaran Organik

Pertanian organik dianggap sebagai penyelesaian yang dapat mengurangkan beban alam sekitar yang berkaitan dengan amalan pengurusan pertanian secara intensif. Perubahan dalam amalan pertanian ini membawa kepada banyak masalah alam sekitar seperti penggunaan yang sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui yang tinggi, kehilangan biodiversiti, pencemaran persekitaran akuatik oleh nutrien nitrogen dan fosforus serta racun perosak. Nutrien perlu dikitar semula dan digunakan beberapa kali dalam pelbagai bentuk. Selain itu, penjagaan perlu diambil berat dalam memastikan jumlah nutrien yang minimum yang ditinggalkan dalam sistem nutrien yang dikeluar dapat dibataskan kerana setaip ladang itu mempunyai kuantiti nutrien yang tersendiri dan perlu dioptimakan penggunaan jumlah kuantiti nutrien tersebut. Kuantiti nutrien yang tersedia untuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan boleh ditingkatkan dalam sistem dengan mengaktifkan edaphon (kehidupan haiwan dan tumbuhan yang ada di dalam tanah) mengakibatkan meningkatnya pelepasan bahan induk. (Rajah 4)

(12)

Kawalan Serangga

Pertanian organik boleh menyumbang secara signifikan kepada pengeluaran pertanian masa depan di seluruh dunia dengan meningkatkan kualiti tanah dan kawalan serangga perosak, seterusnya mengurangkan kesan terhadap persekitaran daripada pertanian konvensional. Ia adalah satu aspek penting dalam pertumbuhan pelbagai jenis tanaman. Kawalan perosak organik melibatkan pelbagai aktiviti untuk mengawal perosak tanpa menggunakan racun perosak dan racun kimia. Pembiakan serangga yang bermanfaat digalakkan dengan wujudnya tumbuh-tumbuhan yang sesuai yang menarik mereka. Serangga sebenarnya adalah pemangsa yang mengawal serangga berbahaya. Jenisnya yang mempunyai ketahanan penyakit dipilih untuk penanaman, dalam memastikan penyakit tidak menyerang tanpa perlu membelanjakan wang pada racun perosak yang mahal.

Jenis-jenis tanaman khas yang dikenalpasti sebagai tanaman pendamping yang ditanam untuk mengawal perosak. Tanaman ini membantu dalam mengalihkan atau mengecilkan pembiakan perosak yang berbahaya. Racun perosak biologi seperti ekstrak neem berguna untuk mengawal pelbagai jenis perosak. Amalan putaran tanaman membantu dalam mengganggu kitaran pembiakan perosak, dengan itu menghalang pertumbuhan mereka dan melindungi tanaman. Tanaman ditanam di dalam rumah hijau yang dilindungi dan hujan yang terlindung, yang berfungsi sebagai penghalang yang berkesan terhadap kehadiran serangga perosak yang berbahaya. Di samping itu, perangkap ringan dan perangkap melekit kuning juga merupakan alat yang digunakan untuk mengawal perosak (Rajah 5). Selain itu, kaedah perladangan mesra alam telah mewujudkan habitat untuk pertumbuhan serangga yang bermanfaat seperti ladybugs dan labah-labah yang menjadi pemangsa semulajadi perosak

(13)

Baja

Baja yang dibenarkan dalam sistem perladangan organik yang diperakui, dan dalam beberapa kes amaun yang boleh digunakan, dihadkan oleh piawaian pensijilan organik. Terbahagi kepada dua kategori:

(i) Sumber geologi secara semula jadi (mineral) dan

(ii) Bahan organik. Mineral yang dibenarkan sebagai baja dalam sistem pertanian organik termasuk kapur, gipsum, fosfat batuan, guano, unsur sulfur (S), dolomit dan pelbagai mineral silikat tanah. Bahan organik termasuk yang dihasilkan di ladang seperti baja hijau, baja haiwan dan kompos, serta sumber luar ladang seperti ikan, darah dan tulang tulang, ekstrak rumpai laut dan produk mikrob. Senarai lengkap baja yang dibenarkan dalam sistem pertanian organik boleh didapati dalam pelbagai piawaian pensijilan organik. Sesetengah sekatan mungkin tidak berdasarkan penilaian saintifik.

5.0 MANFAAT PERTANIAN ORGANIK KEPADA ALAM SEKITAR

Biodiversiti

(14)

Mengurangkan Pencemaran Udara dan Perubahan Iklim

Antara perkara yang utama dalam amalan organik adalah untuk beroperasi dalam kitaran nutrien yang ketat untuk meminimumkan kehilangan rizab udara dan air. Terdapat pengurangan pencemaran udara bukan hanya dari jejak karbon rendah tetapi juga dari ketiadaan semburan kimia yang masuk ke atmosfera. Terdapat banyak bahan kimia yang digunakan terus kepada tanah untuk menghasilkan produk yang dikehendaki dan bukannya perosak dan rumpai. Ini terutamanya boleh dikesan selepas revolusi pertanian melalui penggunaan pesawat dan bahan tangki. Pertanian adalah merupakan punca dan mangsa kepada perubahan iklim. Menurut Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (IPCC), jumlah gas rumah hijau yang dikeluarkan oleh sektor pertanian dianggarkan kira-kira enam giga ton CO2 pada tahun 2005. Ini mewakili kira-kira 10-12% daripada jumlah gas rumah kaca. Akibatnya sistem pertanian organik hanya menggantikan produk-produk yang sihat tanpa sebarang kesan sampingan di dalam negeri (pencemaran udara) dan secara global (perubahan iklim). Justeru itu, manfaat yang diperolehi daripada pertanian organik dari segi kurangnya pencemaran udara dan dapat mengurangkan perubahan suhu yang diakibatkan oleh ketamakan manusia dalam menjana aktiviti pertanian secara konvensional tanpa mangambil kira kesan sampingan terhadap alam sekitar.

Mengurangkan Pencemaran Air dan Tanih

(15)

Ringkasan Manfaat Pertanian Organik Terhadap Alam Sekitar

Jadual 5: Faedah yang yang diperolehi alam sekitar melalui pertanian organik Prestasi pertanian organik: Sangat Baik Lebih Baik Sama Teruk

Biodiversiti dan landskap X

 Diversiti floral X

 Diversiti fauna X

 Diversiti habitat X

 Landskap X

Tanah X

 Bahan organik tanah X  Aktiviti biologi X

 Struktur tanah X

 Hakisan tanah X

Air permukaan dan bawah tanah X

 Pelunturan nitrat X

 Racun perosak X

Iklim dan udara X

 Karbon dioksida (CO2) X

 Nitrogen oksida (NO) X

 Metana (CH4) X

 Ammonia (NH4) X

 Racun perosak X

Input dan output ladang X

 Penggunaan nutrien X

 Penggunaan air X

 Penggunaan tenaga X

(16)

6.0 PENUTUP

Pertanian organik merupakan alternatif yang digunakan untuk menggantikan pertanian konvensional yang umumnya memberi kesan yang sangat besar dalam alam sekitar melalui penggunaan baja dan racun yang berlebihan. Pertanian organik ini boleh dijalankan melalui beberapa kaedah yang boleh dilaksanakan untuk mengekalkan kesuburan tanah dan dalam pada masa yang sama untuk menghasilkan output yang berkualiti tinggi serta bebeas kimia. Kebanyakkan masyarakat pada hari ini telah mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap pemakanan yang berasaskan organik yang disebabkan oleh gaya pemakanan atau faktor agama masing- masing.

Referensi

Dokumen terkait

Jelaslah bahwa untuk membentuk manusia yang mempunyai perilaku luhur, pembiasaan budi pekerti menjadi sesuatu yang tidak bisa ditawar lagi, pembentukan pribadi anak tidak akan

Penulis melakukan wawancara dengan pihak program studi untuk memahami proses bisnis yang berjalan dan mengumpulkan detil informasi terhadap masalah yang

Dengan didukung oleh para anggota pengurus IMTI periode 2012 - 2013, kami berharap supaya proposal agenda kerja IMTI ini bermamfaat bagi seluruh mahasiswa

Hal-hal jang belum diatur dan tertjantum dalam Peraturan Dasar Corps HMI- Wati dan keterangan chusus ini disesuaikan dengan AD/ART HMI dan diatur lebih lanjut oleh Cohati PB..

Terdapat tiga bidang kajian filsafat yang dibutuhkan untuk ilmu pengetahuan untuk menjadi dasar bagi aktivitas-aktivitasnya mencari pengetahuan, yaitu etika, epistemologi, dan

menyampaikan makna yang akan ditangkap oleh komunikan. 4) Proses keterhubungan, komunikasi adalah proses yang saling berkaitan. Tidak hanya melibatkan hubungan dua orang

Gambaran mengenai proses pengambilan keputusan sosiosaintifik dalam pembelajaran berbasis literasi sains dan teknologi dapat diilustrasikan dengan membuat suatu peta

bidang perencanaan dan promosi BKPM melalui Bidang perencanaan dan Promosi. Awal pengembangan e-government masih bersifat statis. Sejalan dengan berkembangnya internet