• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bengkel adalah satu bentuk perkongsian i

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Bengkel adalah satu bentuk perkongsian i"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

BENGKEL SENI

Bengkel dan kursus Seni boleh diertikan sebagai satu bentuk pengajaran akademik (perbahasan masalah secara ilmiah). Ia dilaksanakan di peringkat sekolah, universiti mahupun sebuah organisasi oleh golongan profesional. Ia biasanya berfokuskan kepada suatu topik dan peserta yang hadir akan melibatkan diri secara aktif. Seminar dilaksanakan dalam bentuk dialog, persembahan hasil

kajian,dalam bentuk formal, sesi debat atau sesi perkongsian ilmu dan pengalaman.

Bengkel adalah satu bentuk perkongsian ilmu secara akademik dan ilmiah .Kebiasaan dilakukan oleh mereka yang profesional atau mempunyai kemahiran atau kepakaran dalam bidang tertentu. Bengkel juga biasanya berfokuskan kepada sesuatu bidang dan melibatkan peserta secara langsung.Bengkel diadakan untuk beri pendedahan kepada peserta tentang perkara atau tajuk yang disampaikan secara ceramah, melalui aktiviti, dan perkongsian pengalaman.

Namun begitu, terdapat beberapa kelebihan teknik perbengkelan iaitu pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan seni mereka. Sewaktu sessi bengkel dijalankan penceramah dan peserta dapat berkongsi pengalaman melalui interaksi antara penceramah dan peserta dan begitu juga peserta berinteraksi bersama peserta. Sewaktu interaksi ini juga akan melibatkan dialog dan soal jawab di antara peserta dan penceramah atau peserta dengan peserta. Ini secara langsung atau tidak langsung dapat memberi lebih kefahaman kepada peserta tentang sesuatu konsep, prinsip dan kemahiran seni visual. Selain itu, akan wujud semangat kerjasama dan toleransi sesama peserta atau penceramah secara praktikalnya. Akhirnya, melalui perbengkelan ini akan dapat memupuk sifat kepimpinan dan pengurusan yang positif di kalangan urusetia dan ahli jawatan kuasa yang terlibat.

(2)

Untuk menjalankan bengkel, terdapat beberapa proses yang perlu dijalankan. Di antara proses yang terlibat adalah Proses pengumpulan maklumat. Pada peringkat ini peserta perlu mencari maklumat berkaitan yang perlu digunakan untuk menjalankan bengkel. Sebagai contoh, perkara yang perlu diambil kira ialah bila akan dijalankan, siapa yang terlibat dan siapakah yang akan menjadi penceramah.

Pembentukan jawatankuasa

Kedua, Penyediaan kertas kerja pelaksanaan. Pada peringkat ini pihak pengurusan perlulah menyediakan kertas kerja yang perlu agar dapat melihat kos, penglibatan, dan perkara perkara berkaitan yang berkemungkinan diperlukan sewaktu bengkel dijalankan. Seterusnya, mereka yang terlibat perlu membentuk jawatankuasa agar pengurusan dan perjalanan bengkel dapat dirialisasikan dan dapat berjalan lancar.

Membentuk jawatankuasa kerja

Setelah jawatakuasa di wujudkan maka perlu pula akan pembentukan jawatankuasa kerja. Ini menentukan perjalanan bengkel dilaksanakan dengan baik. Mereka juga perlu memastikan segala peralatan, kelengkapan, tempat yang sesuai dan jumlah peserta yang terlibat diuruskan dengan baik. Pengendalian mesyuarat

Untuk memastikan urusan berjalan lancar maka mesyuarat erlu diadakan kerana dengan adanya mesyuarat akan dapat menentukan perjalanan bengkel dilaksanakan dengan baik. Sewaktu

mesyuarat pihak pengurusan akan dapat melihat keurangan dan keperluan yang mesti diadakan. Di sini sessi sumbangsaran juga perlu diadakan untuk melihat perjalanan bengkel yang bakal diadakan. Pelan tindakan

Referensi

Dokumen terkait

Peserta yang karena sesuatu hal tidak dapat hadir memenuhi panggilan PLPG ini, harap menyampaikan surat ijin/pengunduran diri kepada Ketua PSG Rayon 115 UM yang disertai