• Tidak ada hasil yang ditemukan

SYARAT dan FORMAT KAWAD 2009.doc

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SYARAT dan FORMAT KAWAD 2009.doc"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI GO DAN NGO 2009

1.2 Hanya dua pasukan sahaja dibenarkan mewakili sesebuah sekolah iaitu: a. Kategori Putera

b. Kategori Puteri

1.3 Platun-platun yang bertanding pada peringkat negeri dan kebangsaan boleh dianggotai oleh pelajar-pelajar dari sebuah sekolah atau gabungan beberapa sekolah tetapi mereka hendaklah daripada unit pakaian seragam yang sama. Sekiranya berlaku pelanggaran status peserta, penyertaan pasukan tersebut akan dibatalkan.

1.4 Pertandingan akan dijalankan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

2. PENDAFTARAN

2.1Anggota pasukan dan Ketua Platun mestilah terdiri daripada pelajar-pelajar yang sedang menuntut di sekolah. ( sehingga tingkatan 6 )

2.2Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang 31 orang dan tidak melebihi 35 orang termasuk seorang Ketua Platun dan anggota simpanan.

2.3Semua anggota yang didaftarkan hanya diterima daripada platun yang dianggotai oleh pelajar lelaki atau perempuan sahaja. (Platun campuran lelaki dan perempuan tidak dibenarkan)

2.4Setiap peserta diminta membawa kad pengenalan / salinan sijil kelahiran yang di sahkan berkenaan sebagaimana diputuskan dalam mesyuarat ketua-ketua kontinjen.

3.2Setiap anggota dan ketua platun mestilah memakai pakaian asas yang telah ditetapkan oleh badan induk, walaupun ada item yang tidak dinilai.

3.3Setiap satu item yang tiada pada kedudukannya ketika kawat dinamik atau formasi ditolak 1 markah bagi satu item.

3.4Semua aksesori yang dipakai semasa pemeriksaan pakaian mesti dipakai semasa pertandingan kawad dijalankan.

3.5Aksesori yang di nilai bagi pasukan agensi kerajaan ialah jambul, mafla dan sarung tangan putih, manakala bagi pasukan agensi bukan kerajaan hanya sarung tangan putih sahaja.

3.6Anggota yang menganti tidak perlu menjalani pemeriksaan pakaian tetapi hendaklah memakai pakaian sepertimana yang dipakai oleh pasukannya semasa pemeriksaan pakaian.

3.7Anggota pengganti yang gagal mematuhi perkara 3.6 di atas akan dipenalti sebaik masuk ke dalam litar di bawah perkara item pakaian asas atau aksesori yang tidak di tempatnya.

4. PADANG KAWAD

4.1 Keluasan litar pertandingan ialah 35m X 25m. ( Rujuk Lampiran III, Pelan Litar Pertandingan 1 ).

4.2 Kun – kun sempadan luar hendaklah bersaiz 16 inci dan sama warna. Sementara kun – kun di dalam litar hendaklah bersaiz 6 inci dengan kun E dan F berwarna hijau manakala kun A, B, C dan D hendaklah sama warna ( selain warna hijau ).

(2)

5. JANGKA MASA PERSEMBAHAN

5.1 Jangka masa persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 15 minit. Pemberian markah bermula apabila platun mula bergerak masuk ke litar pertandingan dan berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan sehingga semua anggota keluar dari litar. Selepas 15 minit, persembahan tidak akan dinilai.

5.2 Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman kawad ‘buka barisan’ sebelum melapor kepada Ketua Hakim. Persembahan terbahagi 2 iaitu kawad asas dan kawad formasi.

5.3 Persembahan hendaklah merangkumi kedua-dua bahagian tersebut dengan didahului kawad asas.

5.4 Isyarat akan dibunyikan:

a. pada minit ke 12. (sekali) b. masa tamat. (dua kali)

6. PELAKSANAAN PERTANDINGAN

6.1 Semua pergerakan kawad asas mestilah mematuhi kawad pasukan unit beruniform berkenaan yang telah ditetapkan.

6.2 Bilangan Anggota:

a. Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 31 orang termasuk Ketua Platun ketika bertanding. Platun yang bilangan anggotanya kurang daripada 31 orang semasa memasuki gelanggang pemeriksaan pakaian akan dibatalkan penyertaannya.

b. Jika ada anggota bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan atas apa juga sebab sehingga menyebabkan bilangan anggota pasukan kurang daripada 31 orang maka penalti akan dikenakan.

c. Tiada sebarang penggantian anggota ketika pertandingan kawad sedang berjalan walau apa pun sebabnya.

6.3 Pemeriksaan Pakaian:

Semua platun akan bersedia untuk pemeriksaan pakaian sebelum masuk ke litar mengikut giliran pertandingan iaitu 15 minit sebelum masuk ke litar pertandingan

7 BAHASA HUKUMAN DAN PERGERAKAN KAWAD :

7.1 Bahasa Hukuman yang digunakan hendaklah mengikut bahasa hukuman pasukan masing-masing.

7.2 Kawad Asas:

7.2.1 Platun di bawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan dengan 3 barisan, berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (tengah-tengah) Ketua Hakim. Kadar berjalan ialah 128-135 langkah seminit. Kelajuan yang lebih atau kurang akan dikenakan penalti. ”.( Rujuk Lampiran III, Pelan Litar Pertandingan 2 ) 7.2.2 Menghadap ke hadapan. Bahasa hukumannya “menghadap ke hadapan,

kanan....pusing”.

7.2.3 Buka barisan. Bahasa hukumannya, “buka, barisan...gerak”.

7.2.4 Luruskan barisan. Bahasa hukumannya, “ke kanan....lurus”. “Pandang...depan”. 7.2.5 Melapor. Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun

melapor, skuad akan berada dalam kedudukan sedia dan buka barisan. Bahasa hukuman ketika melapor ialah “Assalamulaikum / Selamat Sejahtera Tuan, Pasukan ( PKBM / Pengakap L1 / P1 ) siap untuk diuji tuan”. Di akhiri dengan “Terima Kasih, Tuan”.

7.2.6 Memulakan kawad statik dalam keadaan ‘buka barisan’. Platun diwajib melakukan semua pergerakan kawat statik berikut mengikut urutan:

(3)

ii. Bergerak ke kanan. Bahasa hukuman: “bergerak ke kanan, belakang pusing” iii. Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: “menghadap ke belakang,

kanan....pusing”.

iv. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: “menghadap ke hadapan, belakang....pusing”.

v. Ke kanan lurus. Bahasa hukuman: “ke kanan...lurus.” “pandang....depan”. vi. Hukuman ‘tutup barisan’ diberi selepas selesai kawad asas. Bahasa

hukumannya, “tutup barisan...gerak”.

7.2.7 Hukuman bergerak ke kiri di beri (untuk memulakan kawad dinamik). Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri, kiri...pusing”.

7.2.8 Berjalan dalam masa ‘cepat jalan’sebanyak satu pusingan dan apabila membelok, beri hukuman “kiri belok”.( Rujuk Lampiran III, Pelan Litar Pertandingan 2 ).

7.2.9 Hukuman ‘tukar langkah perlahan....perlahan jalan” diberikan setelah platun melepasi kon D dan sebelum kon A.

7.2.10 Hukuman “kiri belok” diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan pertama dan apabila semua anggota platun selesai membelok, hukuman “menghadap ke hadapan, kanan....pusing” diberikan. Platun akan perlahan jalan dalam barisan melintang melintasi para hakim .

7.2.11 Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun di kehendaki melakukan pergerakan berikut mengikut urutan.

i. “buka barisan” (dalam perlahan jalan) ii. “pandang...kanan” (dalam perlahan jalan) iii. “pandang...depan”. (dalam perlahan jalan) iv. “tutup, barisan”. (dalam perlahan jalan)

7.2.12 Sebaik sahaja melintasi garisan kon B dan C, hukuman “bergerak ke kiri, kiri...pusing” diberikan.

7.2.13 Hukuman “tukar langkah cepat, cepat jalan” diberikan setelah skuad berada antara kon C dan kon D.

7.2.14 Skuad akan berjalan sehingga ke kon D, hukuman “kiri belok” diberikan dan kon E (kon hijau) hukuman “kiri belok diberikan”. Selepas melintasi kon E, skuad dikehendaki melakukan pergerakan kawad berikut mengikut urutan:

i. Hormat ke kanan. Bahasa hukuman: “Hormat ke kanan....hormat”. ii. Hormat ke hadapan. Bahasa hukuman: “Hormat ke hadapan....hormat”. iii. Tukar langkah semasa berjalan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah semasa

berjalan, tukar langkah, tukar langkah, tukar langkah, maju”.

iv. Hormat selaku terima sijil. Bahasa hukuman: “Hormat selaku terima sijil,

viii. Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “Bergerak ke kiri, belakang....pusing”. ix. Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: “Menghadap ke belakang,

kiri...pusing”.

x. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: “Menghadap ke hadapan, belakang...pusing”. (tiada hukuman henti dan ke kanan lurus)

xi. Hentak kaki. Bahasa hukuman:”Hentak kaki”. xii. Henti. Bahasa hukuman: “Skuad....henti”.

xiii. Mara mengadap. Bahasa hukuman: “skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat jalan”. (Ketua Platun akan bersama-sama skuad ketika mara mengadap)

(4)

Catatan (1):

1. Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, hanya hukuman Ketua Platun sahaja. (contoh: anggota menyebut kiraan masa; kiri, kanan, kiri)

2. Ketua Platun memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah skuad semasa keseluruhan kawad asas di tengah-tengah antara kun A dan B, Ketua Platun yang bergerak bersama platun semasa kawad dinamik akan dipenalti. Penalti juga diberi jika ia berada di luar litar sepanjang persembahan kawad asas dijalankan ataupun dengan sengaja berdiri berhampiran kun A atau B. Semasa mara mengadap Ketua Platun akan masuk ke litar pertandingan dan mara mengadap bersama platunnya. 3. Semasa membuat persembahan kawad, pasukan tidak dibenarkan membawa

alatan.

7.3 Pergerakan Membentuk Formasi

a. Sebaik sahaja tamat ‘mara mengadap’, platun akan mempersembahkan pergerakan membentuk formasi mengikut kreativiti masing-masing. Kon akan di keluarkan oleh petugas sebaik sahaja Kawad dinamik selesai.

b. Tidak dibenarkan memberi sebarang isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki, ‘up’ atau ‘pass’ bagi mengendalikan platun tersebut kecuali isyarat pertama semasa memulakan kawad formasi.

c. Unsur suara(slogan) hendaklah dibuat setelah tamat formasi keempat dan akan dinilai.

d. Unsur Kawad Tongkat, Kawad Senjata dan Kawad Pedang dibenarkan didalam kawad formasi sahaja.

e. Ketua Platun boleh masuk menyertai kawad formasi. Ketua Platun yang tidak menyertai kawad formasi tidak akan diberi keutamaan untuk dipilih sebagai ketua platun terbaik.

f. Setiap platun dikehendaki mempersembahkan sebanyak 4 jenis formasi yang berlainan. Formasi yang diulang akan dikira satu formasi.

g. Pergerakan setiap formasi hendaklah ditamatkan dengan cara 3 barisan menghadap ke hadapan iaitu menghadap ke bahagian hadapan litar sepertimana kedudukan asal ketika hendak memulakan kawad formasi. Perbuatan ke kanan lurus tidak diwajibkan.

h. Gerakan penutup formasi selepas slogan perlulah diakhiri dengan pergerakan kawad dan akan dinilai.

i. Pergerakan jatuhan domino dibenarkan selagi ia adalah pergerakan kawad. j. Penalti akan dikenakan untuk kesalahan-kesalahan berikut:

i. Keluar dari kawasan litar pertandingan ii. Memberi isyarat.

iii. Mengeluarkan suara selain daripada formasi keempat.

7.4. Melapor Keluar

Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar litar kawad. Bahasa melapor keluar ialah “Assalamulaikum / Selamat Sejahtera Tuan, Pasukan ( PKBM / Pengakap L1 / P1 ) telah selesai diuji tuan”. Mohon kebenaran menjalankan tugas seterusnya, Tuan. Di akhiri dengan “Terima Kasih, Tuan”.

(5)

8.1 Berikut adalah jenis kesalahan dan jumlah markah penalti yang akan dikenakan: 1 Pergerakan cepat jalan tidak 128 – 135 seminit 10 Sekali

2 Anggota jatuh (pengsan/pitam) 5 3 kali

3 Pakaian Asas terlucut / tidak di tempatnya. 3 5 kali 4 Aksesori terlucut / tidak ditempatnya 1 5 kali

5 Keluar kawasan kawad 5 5 kali

6 Terlanggar kun 3 5 kali

7 Tidak mengikut urutan 5 5 kali

8 Pergerakan yang bukan ditetepkan 5 5 kali

Semasa Kawad Formasi

Bil Jenis Kesalahan Markah

Penalti

Maksimum ditolak

1 Gerakan bukan kawad 5 5 kali

2 Keluar kawasan kawad (setiap pergerakan) 5 5 kali

3 Mengeluarkan arahan / isyarat 5 5 kali

4 Perlakuan / aksi yang kurang sopan 5 5 kali

5 Mengguanakn peralatan tambahan 5 5 kali

6 Pakaian asas terlucut / tidak ditempatnya 5 5 kali 7 Aksesori terlucut / tidak di tempatnya 1 5 kali

Ketua Platun

Bil Jenis Kesalahan Markah

Penalti

Maksimum ditolak

1 Bergerak bersama pasukan 15 Sekali

2 Memberi hukuman kawad di luar litar 10 Sekali 3 Terkeluar dari pertandingan (pengsan / pitam ) 10 Sekali

4 Melapor diluar litar kawad 5 2 kali

5 Pakaian asas terlucut / tidak di tempatnya 3 5 kali 6 Aksesori terlucut / tidak di tempatnya. 1 5 kali

7 Tidak mengikut urutan 5 5 kali

8 Bukan bahasa hukuman yang di tetepkan 5 5 kali

Pemberian penalti akan diselaraskan selepas tamat persembahan kawad pasukan berkenaan misalnya kesalahan keluar litar di sebelah kiri litar mungkin hanya dilihat oleh hakim di sebelah kanan litar sahaja.

9 PENGHAKIMAN

a. Pada peringkat kebangsaan Hakim terdiri daripada wakil setiap negeri yang bertanding bagi kedua-dua kategori. Seramai enambelas hakim akan dilantik bagi setiap kategori dan dipecahkan seperti berikut;

i. Seorang Ketua Hakim.

ii. Seorang Penolong Ketua Hakim.

iii. Empat orang akan menjadi hakim pakaian.

iv. Lapan orang hakim kawad. ( 2 orang bagi setiap sisi litar )

v. Empat orang hakim Ketua Platun termasuk Ketua Hakim dan Penolong Ketua Hakim.

(6)

c. Ketua Hakim hendaklah daripada kalangan Pegawai Kementerian Pelajaran iaitu Pegawai Pasukan GO bertauliah bagi Kategori GO dan Pegawai Pasukan NGO bertauliah bagi Kategori NGO, manakala hakim-hakim yang lain boleh terdiri daripada Pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran sahaja atau gabungan badan induk dan Pegawai KPM.

d. Sekiranya berlaku persamaan markah diantara pasukan-pasukan yang bertanding maka markah kawad dinamik akan diambil kira. Sekiranya masih sama, markah kawad formasi akan diambil kira.

e. Keputusan hakim adalah muktamad.

f. Pemarkahan pasukan diperolehi berpandukan pecahan berikut:

1 Pakaian 10 %

2 Kawad Statik dan Dinamik 50 %

3 Kawad Formasi 30 %

4 Ketua Platun 10 %

Jumlah Keseluruhan 100 %

Pemarkahan Ketua Platun diadili oleh hakim khas yang dilantik. Ketua Hakim boleh menghakimi Ketua Platun atau beliau boleh bertindak hanya sebagai penyelaras pemarkahan. Borang markah Ketua Platun juga berasingan dengan markah pasukan. Ketua Platun yang mendapat markah tertinggi akan dipilih sebagai Ketua Platun Terbaik. Walau bagaimanapun Ketua Platun yang tidak bersama-sama dengan Pasukannya melakukan pergerakan formasi TIDAK LAYAK dipilih sebagai Ketua Platun Terbaik.

h. Jika terdapat persamaan markah, markah kawad ( Bahasa Hukuman dan pergerakan kawad ) hendaklah diambil kira.

10 BANTAHAN

Pasukan yang bertanding boleh mengemukakan bantahan secara rasmi melalui pengurus pasukan masing-masing. Bantahan yang diterima hanyalah dalam aspek-aspek teknikal.

Syarat-syarat Pertandingan Tamat

(7)

DAN AGENSI BUKAN KERAJAAN ( NGO )

Formasi ialah pembentukan rupa bentuk yang dilakukan oleh peserta kawad apabila mereka keluar dan masuk atau membuat pecahan dari rupa bentuk asal. Pergerakan ini hendaklah disulam dengan pergerakan hayunan tangan/ kaki/ muka/ jari ataupun suara atau kedua-duanya sekali.

Terbahagi kepada 3 unsur: 1. Unsur gerak

2. Unsur penghayatan 3. Unsur suara

UNSUR GERAK

Unsur gerak terkandung di dalamnya iaitu : 1. Kekayaan Gerak Formasi

Penilaian hendaklah dilakukan khusus kepada gerakan-gerakan keluar dan masuk atau pecahan dan cantuman dan membentuk bunga-bunga tertentu.

2. Keseragaman Gerak Formasi

Penilaian hendaklah secara keseluruhan, dilihat kepada gerakan tangan, kaki, muka, jari dan sebagainya.

3. Keindahan Gerak

Keindahan gerak terkandung di dalamnya perkara-perkara seperti: a. Gerakan dalam Unsur Kawad

Hendaklah seratus peratus pergerakan kawad. b. Keseimbangan dalam penggunaan ruang

Penggunaan ruang keseluruhannya seimbang dan tidak tertumpu kepada satu-satu bahagian sahaja. Tidak terkeluar dari sempadan yang telah ditetapkan.

c. Kesatuan Gerakan

Kesatuan ialah suatu keadaan yang sama yang diwujudkan untuk mencantumkan formasi-formasi yang berbeza-beza itu sebagai contoh di dalam formasi-formasi satu-satu terdapat cambahan ’jalan perlahan’ maka di setiap formasi terdapat cambahan ’jalan perlahan’. Walaupun dalam masa yang sekejap, ini dikatakan kesatuan pergerakan. Cambahan ’jalan perlahan’ merupakan tindakan untuk menyatukan. Unsur suara boleh digunakan untuk melahirkan kesatuan.

d. Kepelbagaian Gerakan

Kepelbagaian ialah suatu keadaan yang berbeza-beza. Gerakan ini boleh saja berbentuk gerakan berdiri, berjalan, tunduk ataupun gerakan ala tatu atau silat dan sebagainya. asalkan tidak terkeluar terus dari pergerakan kawad.

e. Gerakan Penutup

Hendaklah diakhiri dengan gerakan yang berunsur kawat.

UNSUR PENGHAYATAN Terkandung di dalamnya: 1. Unik/kreatif

Penilaian hendaklah dilihat secara khusus mengikut formasi-formasi. Jika formasinya sesuatu yang baru serta unik boleh diberi lebih markah

2. Keserasian

Setiap gerakan dan suara hendaklah menggambarkan ahli menghayati gerakan Formasi, dan menggambarkan kewibawaan dan latihan yang mendalam.

3. Kemantapan

Penilaian adalah kepada hentakan dan ahli tidak menyebut sebarang nombor dan tiada arahan Ketua platun

4. Kesopanan

(8)

UNSUR SUARA

Suara adalah bunyi yang dikeluarkan oleh ahli bagi memantapkan gerakan-gerakan formasi. Bukan untuk menggambarkan kelemahan formasi dan dapat menarik perhatian penonton. Slogan tertentu boleh digunakan bagi menghasilkan kepelbagaianunsur bunyi/suara.

1. Slogan yang betul

Slogan yang meninggikan semangat dan mengeratkan kerjasama. 2. Tepat

Slogan hendaklah tepat dengan pergerakan atau merupakan sokongan kepada pergerakan 3. Padu

Suara atau slogan hendaklah kuat dan serentak.

Referensi

Dokumen terkait

Paper ini membahas tentang sound generator yang mana output suara dihasilkan dari superposisi beberapa gelombang sinus sehingga membentuk alunan melodi musik..

Asma merupakan suatu gangguan pada saluran bronkhial dengan ciri bronkospasme periodik (kontraksi spasme pada saluran nafas), penyakit kompleks yang dapat diakibatkan

Fakta masuknya Indonesia dalam kategori TOP 25 negara penyuplai tekstil bagi Italia yang didukung dengan bertumbuhnya konsumsi tekstil di dalam negeri Italia

Penilaian aspek psikomotor yang dilakukan oleh guru dan siswa didasarkan pada unjuk kerja/ gerak yang ditunjukkan siswa selama proses pembelajaran.. Penilaian dilaksanakan

Dengan melihat jumlah persentase dari kondisi rumah penderita ISPA yang di lihat dari tipe rumah, luas ventilasi, kamarisasi dan kepadatan hunian dalam

Bagi penduduk Indonesia khususnya Jawa, tanaman ini bukanlah tanaman yang baru, karena sejak zaman penjajahan Belanda mahoni dan rekannya, Pohon Asam , sudah banyak ditanam

Dari ke-6 masalah yang telah disampaikan, disepakati masalah yang dibahas bersama dalam konseling kelompok adalah : merasa iri dengan teman karena mendapatkan

Penyebabnya adalah dengan adanya efek dopler dan tidak adanya perancangan jaringan se luler yang dikhususkan untuk pengguna jasa transportasi kereta api dan teknologi