• Tidak ada hasil yang ditemukan

12 andriani binti tambeh

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "12 andriani binti tambeh"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

90

KEBERKESANAN PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT

TERHADAP PENGURANGAN LEMAK BADAN DALAM

KALANGAN REMAJA BERLEBIHAN BERAT BADAN DAN

OBESITI

(The Effectiveness of Healthy Lifestyle Programs over Body Fat

Reduction in Overweight Teenagers and Obesity)

Andriani Binti Tambeh , Dr. Denise Koh Choon Lian

Fakulti Pendidikan UKM, ndriani76@ymail.com Fakulti Pendidikan UKM, denise.koh@ukm.edu.my

ABSTRACT

High fat levels in the body increases the risk of many diseases. This study aimed to examine the effectiveness of a healthy lifestyle to decrease body fat in overweight adolescents and obesity. Healthy Lifestyle Programme which includes such components multicomponent diet, physical activity and motivation is believed to reduce body fat. The sample was randomly selected and tested by using bioelectrical impedance analysis (BIA) to measure body fat percentage. The sample consists of 30 teenagers in one of the schoosl in Seremban who are overweight and obesity. Teens were given dietary interventions, motivation and physical activity for 12 weeks. Healthy Lifestyle Programme is likely to involve a multicomponent can help decrease body fat teenager. Several proposals were introduced to help address the problem of increasing obesity among adolescents.

Keywords: Healthy Lifestyle Programme (motivation, diet, physical activity); obesity; intervention; body fat.

ABSTRAK

Lemak badan yang tinggi dalam badan meningkatkan risiko pelbagai penyakit. Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan program gaya hidup sihat terhadap pengurangan lemak badan dalam kalangan remaja berlebihan berat badan dan obesiti. Program Gaya Hidup Sihat yang merangkumi multikomponen seperti komponen diet, aktiviti fizikal dan terapi tingkah laku dipercayai dapat mengurangkan lemak badan. Pemilihan sampel adalah secara rawak dan perlu diuji dengan menggunakan alat Bioelectrical Impedance Analysis (BIA) untuk mengukur peratus lemak badan. Sampel terdiri daripada 30 remaja di salah sebuah sekolah di Seremban yang berlebihan berat badan dan obesiti. Remaja diberi intervensi diet, motivasi dan aktiviti fizikal selama 12 minggu. Berkemungkinan Program Gaya Hidup Sihat yang melibatkan multikomponen dapat membantu pengurangan lemak badan remaja. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi membantu menangani masalah peningkatan obesiti dalam kalangan remaja.

Kata Kunci: Gaya Hidup Sihat (motivasi, diet, aktiviti fizikal); obesiti; intervensi; lemak badan.

PENDAHULUAN

Berlebihan berat badan dan obesiti merupakan satu masalah kesihatan yang amat serius pada masa kini. Masalah berat badan berlebihan ini didapati berada pada tahap membimbangkan. Menurut Wafa (2011), Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan,(NHMS) tahun 1996-2011 telah mendapati bahawa kadar obesiti telah meningkat kepada hampir tiga setengah kali ganda, daripada 4.4% pada tahun 1996 kepada 15.1% pada tahun 2011. Ini menunjukkan nisbah satu daripada dua orang dewasa di Malaysia adalah sama ada berlebihan berat badan atau obesiti.

Pengabaian pengetahuan tentang amalan pemakanan yang sihat menjadi penyebab utama dalam punca masalah ini terjadi. Menurut Ali (2013), peratusan kegemukan remaja di bandar lebih tinggi iaitu 21 peratus berbanding remaja luar bendar, iaitu 16.3 peratus. Justeru itu, pengambilan makanan yang seimbang dapat membantu proses pembesaran manusia menjadi lebih sempurna khususnya dalam aspek pembentukan fizikal.

Obesiti dan berat badan berlebihan menjadi kebimbangan dikalangan negara-negara maju. Pelbagai kaedah dijalankan bagi menanganinya. Amelia (2014), dalam kajian ke atas peserta senamrobik di Sanggar Senam St. Anna, mendapati bahawa peratus lemak badan dipengaruhi oleh aktiviti fizikal . Oleh yang demikian aktiviti fizikal yang bersesuaian dan komprehensif perlu untuk mengurangkan peratus lemak dalam badan.

Kajian Sullivan (2007) menerangkan bahawa personaliti dipercayai boleh mempengaruhi pengambilan makanan dan kecenderungan untuk obesiti. Keputusan kajian ini menunjukkan perbezaan dalam ciri-ciri personaliti yang dipilih antara orang kurus dan obesiti. Penduduk yang obesiti menjalani program penurunan yang berstruktur . Kajian tambahan diperlukan untuk menentukan sama ada ciri-ciri personaliti boleh digunakan untuk mengenal pasti pesakit lebih awal manfaat penurunan berat badan daripada terapi tingkah laku yang dilakukan.

(2)

91 senaman dan tingkah laku pengawalseliaan sendiri. Walaupun sukar untuk mengawal obesiti dan mengekalkan aktiviti fizikal, boleh dikatakan strategi ini yang paling berkesan untuk mengatasinya dalam jangka panjang. Silva (2014). Melalui teori SDT , dapat difahamkan bahawa dengan tujuan yang jelas, dan dengan mengenalpasti semua jenis faktor , maka hasil dapat dilihat dengan jelas.

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti apakah faktor pemilihan diet makanan, aktiviti fizikal atau motivasi mempengaruhi peratus lemak badan remaja di melalui Program Gaya Sihat. Maka dengan itu objektif kajian adalah untuk mengenalpasti perbezaan min skor pra dan pos terhadap lemak badan selepas mengikuti Program Gaya Hidup Sihat selama 12 minggu.Kajian ini juga untuk mengenalpasti perbezaan min skor antara faktor amalan pemakanan, aktiviti fizikal dan motivasi terhadap pengurangan lemak badan selepas 12 minggu. Selain itu kajian ini adalah untuk melihat terdapat perbezaan min skor antara jantina terhadap pengurangan lemak badan selepas mengikuti Program Gaya Hidup Sihat selepas 12 minggu.

TINJAUAN LITERATUR

Penilaian Keberkesanan projek-projek Obesiti 2010 yang Dibiayai oleh Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia yang telah dilakukan oleh Talib (2013) adalah bertujuan untuk menangani masalah obesiti yang semakin meningkat. Hasil daripada tinjauan didapati bahawa sejumlah dua puluh dua projek yang dibiayai telah dijalankan. Seramai 1982 orang telah terlibat dalam projek yang dijalankan. Secara amnya, projek yang dijalankan berjaya namun perubahan gaya hidup perlu diubah dalam membantu mengurangkan prevalens obesiti di Malaysia.

Silva (2008) dalam kajiannya mendapati hasil daripada teori ini akan menyumbang kepada pemahaman yang lebih baik ciri-ciri bagaimana motivasi, terutamanya yang berkaitan dengan aktiviti fizikal atau bersenam, tingkah laku peraturan, kejayaan pengaruh rawatan menggalakkan perubahan tingkah laku kesihatan dalam konteks obesiti. SDT atau kawal selia sendiri, mendapati motivasi intrinsik yang lebih tinggi, bertindak untuk perubahan tingkah laku dalam psikologi, interpersonal , dan kesihatan. Hasilnya lebih positif jika senaman atau latihan dalam jangka masa yang panjang.

Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan sihat dalam kalangan sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru merupakan kajian yang dilakukan oleh Yunus (2011). Hasil kajian ini mendapati bahawa segala faktor- faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan sihat dalam kalangan sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru pada tahap sederhana.

Persepsi Pelajar Kolej Canselor Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Pengaruh Amalan Pemakanan, Amalan Riadah, Amalan Pengurusan Masa Dan Amalan Persekitaran Terhadap Berat Badan adalah kajian yang telah dijalankan oleh Mokhtar (2008). Hasil kajian ini mendapati amalan aktiviti riadah memberi pengaruh besar terhadap berat badan. Menurut penulis, aktiviti riadah penting dalam mengekalkan tahap kesihatan manusia kerana ia dapat membakar kandungan kalori serta dapat mengekalkan berat badan seseorang.

Consuelo (2009) dalam kajiannya dalam menangani obesiti kalangan remaja di sekolah menunjukkan program intervensi yang dijalankan memberikan kesan yang positif dan berkesan . Program ini lebih efektif jika dijalankan dalam jangka masa yang lebih panjang.

Menurut Walpole (2011), MI ataupun ‘Motivational Interviewing’ menyebabkan perubahan positif kepada kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan. Ini ada hubung kait dengan peningkatan dalam psikologi dan kesihatan fisiologi, MI mungkin mempunyai aplikasi klinikal lebih luas. Kajian ini menunjukkan bahawa motivasi menyumbang kepada perubahan perubahan peratus lemak dalam badan.

METODOLOGI

Rekabentuk Dan Pensampelan Kajian

Menurut Noraini (2010) Penyelidikan kuantitatif mementingkan keobjektifan dalam pengumpulan data berdasarkan andaian bahawa setiap keadaan dapat diterangkan dengan mengukur elemen-elemen tertentu. Kajian kuantitatif ini menggunakan soal selidik dengan menggunakan soalan terpilih sedia ada. Soalan soal selidik diubahsuai daripada SDT. Kajian tinjauan yang dijalankan adalah tinjauan hirisan rentas. Menurut Babbie (1973) soalan skala kadar iaitu menggunakan kaedah Likert di mana responden perlu memilih jawapan daripada satu kontinum (ekstrem ke ekstrem). Kajian ini bersifat kuantitatif dengan menggunakan kaedah ‘cross-sectional’. Kajian ini digunakan untuk mengumpul maklumat dariapda sampel yang telah ditentukan terlebih dahulu, pada satu titik masa tertentu (single point of time). Masa di ambil satu hari sehingga beberapa minggu atau lebih. Peserta kajian diberi intervensi selama 12 minggu. Seramai 30 orang sampel yang dipilih secara rawak iaitu remaja yang mempunyai berat badan berlebihan dan obesiti selepas di ambil BMI . Pengambilan sampel dilakukan dengan cara ‘consecutive sampling’ iaitu tidak melakukan aktiviti fizikal secara aktif 3 bulan kebelakangan.

Instrumen Kajian

(3)

92

Prosedur Kajian

Kajian ini menggunakan set soal selidik sebagai data primer yang akan diedarkan ke atas setiap responden. Set soal selidik ini dibina dan diubah suai daripada The Self-Regulation Questionaire (SRQ) 2006. Ia terbahagi kepada 4 bahagian iaitu bahagian A,B, C dan D. Bahagian A berkaitan dengan demografi responden. Item-item dalam bahagian ini yang dikemukakan adalah jantina, umur , berat, tinggi dan BMI . Bahagian B pula berkaitan dengan objektif kajian yang pertama iaitu mengenalpasti faktor pemilihan diet makanan mempengaruhi peratus lemak badan remaja. Bahagian C adalah mengenalpasti faktor aktiviti fizikal yang mempengaruhi peratus lemak badan dalam kalangan remaja berlebihan dan obesiti . Bahagian D adalah untuk mengenalpasti keberkesanan faktor motivasi ke atas peratus lemak badan remaja obesiti dan berlebihan berat badan. Terdapat 35 soalan yang dikemukakan kepada responden dalam bahagian ini iaitu bahagian A lima soalan, bahagian B sepuluh soalan, bahagian C sepuluh soalan dan akhir sekali bahagian D sepuluh soalan.

Peserta hendaklah berumur antara 13-17 tahun, mempunyai BMI antara 25 dan 40 kg / m2, bersedia untuk menghadiri perjumpaan mingguan selama 12 minggu dan diuji sebanyak dua kali iaitu sebelum intervensi dan selepas intervensi, bebas daripada penyakit , tidak mengambil ubat- ubatan yang boleh mengganggu komposisi badan, tidak mengambil antidepresan dan bersedia untuk mengambil bahagian program Gaya Hidup Sihat . Peserta kajian juga tidak menyertai mana-mana program penurunan berat badan rasmi atau tidak rasmi yang lain semasa 12 minggu kajian.

Ketinggian setiap peserta diukur kepada milimeter terdekat dengan stadiometer mudah alih . Berat badan dalam pakaian yang ringan tanpa kasut adalah diukur pada skala yang digital (model Bremed BD7700) . BMI dikira sebagai berat dibahagikan dengan ketinggian kuasa dua (kg / m2) . Ukuran peratus lemak telah diperolehi dengan menggunakan BIA. Kajian yang terdahulu telah menunjukkan bahawa bacaan pada BIA adalah yang sah dan boleh dipercayai . Duncan(2007).

Intervensi

Intervensi Program Gaya Hidup Sihat dijalankan dengan aktiviti berjalan dan berlari dalam tempoh 12 minggu. Perjumpaan diadakan sebanyak 12 kali termasuk pertemuan pertama yang berlangsung kira-kira 120 minit. Ini termasuklah perbincangan mengenai aktiviti fizikal, pemakanan, dan motivasi ke arah perubahan tingkah laku .

Peserta dibekalkan buku log unutk mencatatkan segala aktiviti. Peserta diberikan jadual melakukan aktiviti fizikal sepanjang 12 minggu. Penekanan awal program ini memberi tumpuan kepada mengurangkan pengambilan kalori. Peserta diberi input dan juga memberi tumpuan kepada meningkatkan pengetahuan pemakanan mengikut piramid makanan dan pemakanan yang seimbang.

Untuk mencapai matlamat ini, peserta harus tahu dan memahami tingkah laku dalaman dan luaran ke arah tingkah laku yang sihat. Aspek yang paling kritikal adalah menangani emosional, motivasi senaman, dan mengekalkan matlamat untuk penurunan berat badan. Strategi khusus termasuk meningkatkan keberkesanan diri . Contohnya, berkongsi testimoni daripada individu yang berjaya, dan menetapkan matlamat yang realistik dan boleh dicapai). Peserta di beri panduan menganalisis dan mengatasi halangan seperti kekurangan masa, kekurangan pengetahuan dan kemahiran, pelan luar jangka untuk matlamat individu.

DAPATAN KAJIAN

Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian Statistic Package for Social Science (SPSS) versi 22. Analisis statistik deskriptif digunakan untuk meneliti taburan demografi pelajar obesiti dan berlebihan berat badan yang terlibat. Dalam analisis ini, ujian-t sampel bebas (independent samples t-test) digunakan untuk melihat perbezaan antara jantina.Pengujian Annova sehala telah digunakan bagi memberikan dapatan bagi pemboleh-pemboleh bersandar yang ingin dikaji.

Dalam kajian ini, aspek yang diukur adalah adakah terdapat perbezaan min skor pra dan pos selepas mengikuti Program Gaya Hidup Sihat selama 12 minggu.

Jadual 1. Analisis Deskriptif Min Skor Peratus Lemak Badan Pra dan Pos N Min Sisihan Piawai

Pra 30 31.39 4.53

Pos 30 30.81 4.47

Valid N

(listwise)

30

Jadual 1 menunjukkan analisis deskriptif min skor subjek yang menjalani intervensi selama 12 minggu. Selepas 12 minggu, perbezaan min skor adalah sebanyak 0.58 peratus.

Berikut adalah jadual 2 yang menunjukkan adakah terdapat perbezaan min skor antara faktor amalan pemakanan , aktiviti fizikal dan motivasi terhadap pengurangan lemak badan selepas 12 minggu ?

Jadual 2. Analisis diskriptif intervensi yang mempengaruhi pengurangan lemak badan selepas Program Gaya Hidup Sihat

N Min Sisihan Piawai

Min_Pemakanan 30 4.04 .92

Min_Aktiviti Fizikal 30 4.30 .45

(4)

93 Berdasarkan Jadual 2, analisis keseluruhan intervensi yang diberikan kepada pelajar sepanjang 12 minggu program iaitu aktiviti fizikal, amalan pemakanan dan motivasi. Dapatan kajian menunjukkan nilai min yang tertinggi adalah bagi sub-kategori motivasi yang mana nilai min adalah 4.31 diikuti oleh nilai min bagi aktiviti fizikal . Ia menunjukkan subjek menyatakan penilaian ke arah bersetuju yang lebih tinggi bagi setiap soalan mengikut intervensi tersebut. Begitu juga dengan nilai min yang terendah iaitu pemakanan iaitu 4.04 berbanding nilai min bagi intervensi yang lain.

Dari segi sisihan piawai pula yang melihat keserakan skor-skor dalam sesuatu taburan sama ada ia bersaiz kecil atau besar. Didapati taburan data yang paling besar ialah 0.92 diwakili oleh pemakanan diikuti dengan motivasi sebanyak 0.48. Dapatan kajian ini memperlihatkan bahawa faktor pemakanan mempunyai nilai tertinggi diikuti dengan motivasi dan aktiviti fizikal. Didapati faktor-faktor lain iaitu faktor motivasi dan aktiviti fizikal juga mempunyai nilai min di paras sederhana tinggi yang menujukkan pelajar bersetuju bahawa faktor-faktor ini mempengaruhi pengurangan lemak badan mereka .

Seterusnya jadual 3 melihat adakah terdapat perbezaan min skor antara jantina terhadap pengurangan lemak badan selepas mengikuti Program Gaya Higup Sihat selepas 12 minggu?

Jadual 3. Satistik Kumpulan dan Ujian t bebas bagi faktor intervensi yang mempengaruhi penglibatan pelajar dalam aktiviti fizikal berdasarkan jantina

Jantina N Min

Sisihan

Piawai t df Sig. Min_

Pemakanan

Lelaki 10 2.89 .67 -7.991 28 0.001 Perempuan 20 4.61 .16

Min_Aktiviti Fizikal

Lelaki 10 3.80 .43 -5.401 28 0.001 Perempuan 20 4.56 .13

Mean_ Motivasi

Lelaki 10 3.79 .49 -5.004 28 0.001 Perempuan 20 4.57 .15

Berdasarkan jumlah penyertaan, didapati pelajar perempuan lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal berbanding pelajar lelaki berdasarkan min seperti yang telah dicatatkan. Walau bagaimanapun, perbezaan antara jumlah penglibatan pelajar lelaki dan perempuan tidaklah begitu ketara. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa faktor gender kurang mempengaruhi pengurangan lemak badan dalam aktiviti fizikal dan motivasi. Hanya penglibatan yang bermotifkan pemakanan sahaja yang menunjukkan perbezaan yang signifikan antara jantina.

Jadual 3 di atas menunjukkan keputusan ujian-t bagi melihat perbezaan faktor yang mendorong pengurangan lemak badan berdasarkan jantina. Analisis di atas menunjukkan bahawa skor min tertinggi bagi penglibatan pelajar lelaki (m = 3.79) dari aktiviti fizikal dan perempuan (m = 4.61) bagi pemakanan .

Dapatan kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara penglibatan pelajar lelaki dan perempuan melalui faktor pemakanan (t =-7.991, p < 0.05) , melalui faktor aktiviti fizikal (t=-5.401, p<0.05) dan faktor motivasi (t=-5.004, t<0.05).

PERBINCANGAN

Hasil kajian menunjukkan keseluruhan sampel dapat mengurangkan peratus lemak badan selepas 12 minggu intervensi Program Gaya Hidup Sihat . Ini disokong oleh kajian Haby (2012) bahawa kita memerlukan masa yang mencukupi untuk mengendalikan sesuatu program. Ini amat penting untuk melihat keberkesanan program yang dirancang.

Persoalan kajian kedua mengenalpasti faktor manakah mempengaruhi pengurangan lemak badan. Faktor motivasi menunjukkan nilai min tertinggi iaitu 4.31 berbanding faktor aktiviti fizikal dan pemakanan yang menyumbang kepada pengurangan lemak badan responden. Sullivan (2007) menyatakan personaliti setiap orang berbeza-beza. Begitu juga dengan motivasi antara pelajar yang mempunyai berat badan berlebihan berbeza dengan pelajar yang obesiti. Motivasi menjadi pendorong kepada responden untuk mengurangkan lemak badan. Dengan motivasi yang tinggi juga Program Gaya Hidup Sihat dapat dijalankan dengan lancar.

Fjeldsoe (2011) dalam kajiannya terhadap perubahan tingkah laku berikutan aktiviti fizikal dan campur tangan diet menyatakan bahawa program intervensi memerlukan masa yang cukup untuk mendapat kesan terhadap penurunan peratus lemak. Selain itu metod yang sesuai perlu dikenalpasti dan hasil setiap intervensi dilaporkan.

(5)

94

RUMUSAN DAN CADANGAN

Kesimpulannya, kesan daripada intervensi yang dijalankan mendapati faktor motivasi merupakan faktor utama yang memberi kesan dalam pengurangan lemak badan pelajar . Manakala faktor aktiviti fizikal pada tahap sederhana dan faktor pemakanan pula tidak memberi pengaruh yang besar terhadap pengurangan peratus lemak badan. Selain itu terapi tingkah laku yang sesuai dilakukan adalah kaunseling diet makanan. Untuk kajian masa depan, kenalpasti faktor utama dan jangka masa yang sesuai untuk menurunkan peratus lemak pelajar.

Semua pihak perlu mengambil langkah proaktif untuk mengamalkan Gaya Hidup Sihat dalam kalangan pelajar dengan mengadakan program dan prasarana yang sesuai dan mencukupi. Pemantauan yang sistematik juga perlu bagi memastikan program dan minat pelajar berkekalan. Program yang disusun perlu perancangan yang teratur dan pelajar perlu didedahkan kepada pengetahuan tentang kebaikan bersenam, cara-cara senaman yang betul melalui ceramah, bengkel, seminar dan program-program kesihatan khususnya kepada pelajar lelaki.

Di sekolah juga bahan- bahan bacaan seperti risalah, poster dan majalah yang mempunyai maklumat perlu dibekalkan untuk penambahan ilmu. Kemudahan untuk melakukan senaman juga harus diperbanyakkan. Contohnya pembinaan taman permainan untuk kanak-kanak, padang, gelanggang dan trek larian untuk dewasa dan tapak refleksologi untuk warga tua. Kemudahan tersebut perlu penyelenggaraan dan selamat digunakan.

Oleh itu, diharapkan agar kajian seperti ini dapat diteruskan terutamanya memperluaskan lagi skop kawasan kajian seperti menjalankan kajian di kawasan luar bandar agar tidak jauh ketinggalan dalam merentas arus moden ini. Program Gaya Hidup yang sesuai menjadi faktor utama dalam menyumbang pengurangan obesiti dan berat badan berlebihan dalam kalangan pelajar. Seharusnya, masalah ini hendaklah diselesai dari akar umbi dengan diberikan pendedahan awal mengenai pemilihan makanan yang sihat.

RUJUKAN

Ali, S. K., & Farihah, U. 2013. Amalan senaman dan kandungan kolesterol. Inspirasi Jurnal Ilmu Sosial, 8(15). Amelia, I. N., & Syauqi, A. 2014. Hubungan antara asupan energi dan aktivitas fisik dengan persen lemak tubuh pada

wanita peserta senam aerobic. Doctoral dissertation, Diponegoro University. Babbie. 1973. Survey Research methods. Wadworth Pub. Co

Buntat, Y., Mokhtar, M.R. 2009. Persepsi pelajar Kolej Canselor Universiti Teknologi Malaysia terhadap pengaruh amalan pemakanan, amalan riadah, amalan pengurusan masa dan amalan persekitaran terhadap berat badan. Chantal S. Levesque, Geoffrey C. Williams, Diane Elliot, Michael A. Pickering, Bradley Bodenhamer, Phillip J.

Finley.2006. Validating the theoretical structure of the treatment self-regulation questionnaire (TSRQ) across three ifferent health behaviors. Health Educ Res 22 (5): 691-702. doi: 10.1093/her/cyl148 2006.

Consuelo Gonzalez, Suarez , Anthea Worley , Karen Grimmer, Valentine. 2009. School Based Intervention on Childhood Obesity: A Meta Analysis

Duncan EK, Rush EC, Duncan JS. 2007. Validity of bioelectrical impedance or predicting fat-free mass in Chinese and Indian children. International Journal Body Compos 5:17-25

Fjeldsoe, B., Neuhaus, M., Winkler, E., & Eakin, E. 2011. Systematic review of maintenance of behavior change following physical activity and dietary interventions. Health Psychology, 30(1), 99-109

Haby, M.M., Doherty, R.Welch, N. & Mason, V. 2012. Community-based Interventions For Obesity Prevention: Lessons Learned . Australian Policy- Makers- Research Note 5 : 20-28.

Mokhtar, M. R. B. M. 2008. Persepsi pelajar kolej tuanku canselor universiti teknologi malaysia terhadap pengaruh amalan pemakanan, amalan riadah, amalan pengurusan masa dan amalan persekitaran terhadap berat badan. Noraini.2010. Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: MC Graw Hill.

Silva, M. N., Markland, D., Minderico, C. S., Vieira, P. N., Castro, M. M., Coutinho, S. R. & Teixeira, P. J. 2008. A randomized controlled trial to evaluate self-determination theory for exercise adherence and weight control: rationale and intervention description. BMC Public Health, 8(1), 234.

Silva, M. N., Marques, M. M., & Teixeira, P. J. 2014. Testing theory in practice: the example of self-determination theory-based interventions. European Health Psychologist, 16(5), 171-180.

Sullivan, S., Cloninger, C. R., Przybeck, T. R., & Klein, S. 2007. personality characteristics in obesity and relationship with successful weight loss. International journal of obesity (2005), 31(4), 669.

Sartika, R.A.D. 2011. Faktor Risiko Obesitas Pada Anak 5-15 Tahun Di Indonesia. 37-43.

Talib, R. A., Li, C. C., & Noor, I. M. 2013. Penilaian keberkesanan projek-projek obesiti 2010 yang dibiayai oleh lembaga promosi kesihatan Malaysia. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 11(1), 49-53.

Wafa, S. W., Talib, R. A., Hamzaid, N. H., Mccoll, J. H., Rajikan, R., Ng, L. O.& Reilly, J. J. 2011. Randomized controlled trial of a good practice approach to treatment of childhood obesity in malaysia: malaysian childhood obesity treatment trial (mascot). Pediatric Obesity, 6(2Part2).

Walpole, B., Dettmer, E., Morrongiello, B., McCrindle, B., & Hamilton, J. 2011. Motivational interviewing as an intervention to increase adolescent self-efficacy and promote weight loss: methodology and design. BMC Public Health, 11(1), 459.

Xie, B., Chou, C. P., Spruijt-Metz, D., Reynolds, K., Clark, F., Palmer, P. H. & Johnson, C. A. 2006. Weight Perception and Weight-Related Sociocultural and Behavioral Factors in Chinese Adolescents. Preventive medicine, 42(3), 229-234.

Referensi

Dokumen terkait