• Tidak ada hasil yang ditemukan

ISU NATRAH KAJIAN DALAM KALANGAN WARGA F

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "ISU NATRAH KAJIAN DALAM KALANGAN WARGA F"

Copied!
33
0
0

Teks penuh

(1)

SEMESTER 2 2012/2013

KUMPULAN

ISU NATRAH

‘KAJIAN DALAM KALANGAN WARGA FAKULTI SASTERA

DAN SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYA’

1. SYED MOHAMAD DANIEL BIN SYED MOHAMED IIS120038

2. MUHAMMAD ASQALANI BIN HAMIZI IIS120015

3. MUHAMMAD HAIKAL BIN ZULKIFLI IIS120016

4. MUHAMMAD FITRI BIN YAHAYA IER120012

5. MUHAMMAD NABIL BIN ISMAIL IEE120011

6. NURUL ATIQAH BINTI ZULKIFLI IIS120027

7. NURUL FARAH AINA BINTI MD FAUZI IIS120028

8. NUR IZZATI BINTI ABDULLAH SUKI IIS120024

9. NOR MAZNI BINTI ZULKEFLI IIS120019

10.SITI NAEIMAH BINTI HASNUDIN IIS120036

(2)

ISI KANDUNGAN

1. Pengenalan ….. 1

1.1 Latar Belakang Natrah ….. 1

1.2 Isu Natrah ….. 3

1.3 Rusuhan Natrah ….. 5

2. Objektif Kajian ... 8

3. Kaedah Kajian ….. 9

3.1 Sorotan Literatur ….. 9

3.2 Kajian Lapangan ….. 9

4. Penemuan Dan Perbincangan ….. 11

4.1 Demografi ….. 11

4.2 Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Natrah ….. 13

4.3 Sudut Pandang Responden Terhadap Konflik Natrah ….. 17

5.0 Rumusan, Cadangan dan Penutup ….. 21

5.1 Cadangan ….. 21

5.2 Penutup ….. 23

6.0 Rujukan ….. 24

7.0 Lampiran ….. 30

(3)

1. Pengenalan

Isu Natrah, merupakan isu polemik yang pernah mengemparkan Tanah

Melayu suatu ketika dahulu. Atas kesedaran tersebut, kumpulan kami berasa

terpanggil untuk terus mengupas dan mengkaji isu tersebut secara umum, bagi

memenuhi Tugasan Berkumpulan bagi subjek Hubungan Etnik, GXEX1411 pada kali

ini. Walaupun isu tersebut telah lama berlaku, namun kupasan demi kupasan, serta

perbincangan yang mendalam masih berlansung sehingga ke hari ini. Oleh yang

demikian, kami telah berjaya mendapatkan pelbagai sumber-sumber ilmiah dan

akademik berkenaan dengan isu tersebut. Antara rujukan yang dijumpai ialah karya

agung Natrah, atau lebih dikenali dengan sumber biografi Natrah karangan Fatini

Yaacob, buku-buku ilmiah, serta artikel jurnal daripada sumber internet. Isu Natrah

yang kini diketengahkan dalam kajian kami, secara khususnya bertujuan untuk

mengkaji perspektif serta tahap kecaknaan warga intelek Universiti Malaya sendiri

terhadap isu ini, memandangkan isu ini merupakan salah suatu pemangkin kepada

semangat kebersatuan dalam kalangan penduduk Tanah Melayu suatu ketika

dahulu. Bagi mendapatkan hasil yang lebih konsisten dan sistematik, kami

bersepakat untuk menjalankan kajian dalam kalangan Warga Fakulti Sastera dan

Sains Sosial di Universiti Malaya sahaja.

1. Latar belakang Natrah

Natrah Maarof atau Bertha Hertogh (1937-2009) adalah wanita keturunan

(4)

Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina 1

Hertogh .2

Ayahnya Adrianus Petrus Hertogh adalah seorang tentera Belanda yang

berkhidmat di Pulau Jawa manakala ibunya bernama Adeline Hertogh adalah

seorang warga Indonesia berketurunan Belanda yang dibesarkan di Tanah

Jawa, Indonesia. Ibubapa Maria beragama kristian (Roman Katolik) dan telah

mengkristiankan Maria pada 10 April 1937 .3

Detik Disember 1942, Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara oleh

Che Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu ialah 5 tahun. Ibunya Adeline

dan neneknya Nor Louise telah menyerahkan Bertha dan Benny ( adik

Natrah ) kepada Che Aminah ketika ayahnya ditangkap oleh Jepun. Menurut

Che Aminah, Natrah telah diberikan kepadanya bagi meringankan beban

keluarga Natrah yang hidup dalam kedhaifan ketika itu. Namun, kenyataan

tersebut bercanggah dengan kenyataan Adeline di mahkamah. Menurut

Adeline, Che Aminah hanya merancang untuk menjaga Natrah untuk tiga hari

sahaja. Pada hari ketiga, Adeline telah pergi untuk menjemput Natrah pulang

setelah mendapati bahawa Che Aminah tidak menghantarnya semula. Namun,

Adeline telah ditahan oleh tentera Jepun semasa dalam perjalanan ke

kediaman Che Aminah. Usaha menjemput Natrah masih diteruskan apabila

Adeline meminta bantuan ibunya, Nor Louise. Menurut Nor Louise, Che

Fatini Yaacob, Natrah In The Name Of Love, halaman 2 1

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? 2

y=2009&dt=0712&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm#ixzz2KG4MY3PI

(5)

Aminah telah meminta kebenaran untuk menjaga Natrah selama dua hari lagi.

Mulai saat itu, Adeline mendakwa bahawa keluarganya terus terputus

hubungan dengan Che Aminah, sehinggalah dikesan semula pada 1949 di

Kemaman, Terengganu.4

Che Aminah membawa Bertha balik ke Kampung Banggol, Kemaman,

Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap

membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah. Maria Hertogh

diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

1.2 Isu Natrah

Setelah ibu bapa Natrah di bebaskan, mereka mencari anak meraka dan

akhirnya di temui di Kemaman, Terengganu pada bulan September 1949.

Pada 22 April 1950, Pemangku Konsul Belanda di Singapura, telah mendapat

perintah daripada Mahkamah Tinggi Singapura untuk menyerahkan Natrah

pada Jabatan Kebajikan Masyarakat Singapura .5

Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan

terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim. Kemudian hak

penjagaan kembali semula kepada Che Aminah setelah beliau menang kes

perbicaraan yang pertama. Setelah beberapa hari dibebaskan, Natrah

dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa

angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road,

Fatini Yaacob, Natrah In The Name of Love, halaman 8 4

(6)

Singapura. Pada ketika itu Natrah berumur 13 tahun dan layak untuk

berkahwin menurut hukum agama Islam manakala Mansor berumur 22 tahun.

Pada waktu yang sama, kekacauan timbul di Netherland, Belanda, apabila

masyarakat mendengar tentang perkahwinan ini . Sarjan Hertogh pada ketika 6

itu digesa untuk menuntut semula Natrah sambil dibantu oleh Kerajaan

Belanda. Menurut catatan Fatini Yaacob, masyarakat Belanda ketika itu tidak

berpuas hati terhadap agama Islam yang dianuti Natrah kerana semangat

perkauman dan etnosentrisme yang tebal terhadap agama Kristian. Mereka

tegar untuk memisahkan kasih sayang antara Che Aminah dan Natrah,

asalkan Natrah dikristiankan semula. Natrah ditempatkan di Jabatan Kebajikan

Masyarakat sementara menunggu kes tersebut disebut semula.

Apabila sebutan kes dilakukan semula, Ketua Hakim mengeluarkan

perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan

perkahwinan dan hak penjagaan Natrah. Mengikut undang-undang Belanda ,

seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan

kehidupannya. Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Singapura pada ketika itu

tekad menggunakan Undang-undang Belanda, sedangkan Natrah sudah layak

untuk berkahwin pada usia tersebut jika berlandaskan kepada hukum Islam,

memandangkan dia sudah mencapai tahap akil baligh .7

Dengan keputusan itu, Natrah telah dihantar oleh ibunya ke Catholic

Convent of the Good Shepherd. Sementara penangguhan keputusan

Fatini Yaacob, Natrah In The Name Of Love, halaman 39-50 6

(7)

mahkamah, pihak media Inggeris terus menjalankan provokasi yang

mengatakan Natrah gembira berada disana sedangkan akhbar tempatan

menyiarkan kesedihan Natrah kerana terpaksa berada di sana tanpa

kerelaannya .8

Beberapa kes rayuan telah dibuat oleh peguam bela Che Aminah, tetapi

ditolak oleh mahkamah. Pada Disember 1950, Natrah berangkat ke Belanda

dan tinggal bersama keluarga asalnya. Sekali lagi kes rayuan Che Aminah

ditolak dan dengan itu, Natrah kekal tinggal di Belanda dan menjadi seorang

kristian semula.

1.3 Rusuhan Natrah.

Terdapat beberapa faktor dominan yang menyebabkan berlakunya

rusuhan besar pada ketika ini. Pertama, pihak media Inggeris yang

menyebarkan provokasi tentang kesanggupan dan kegembiraan Natrah

berlutut di hadapan patung Jesus Christ semasa dia berada di Catholic

Convent. Walaubagaimana pun, laporan tersebut berbeza daripada akhbar tempatan seperti Utusan Melayu dan Warta Malaya yang melaporkan

sebaliknya. Natrah nyata bersedih, murung dan menangis ketika wartawan

Melayu tersebut membuat liputan. Natrah turut bertanyakan khabar Che

Aminah .

Selain itu, penentangan orang Melayu-Islam terhadap kes Natrah telah

mula membuak sejak Mahkamah Tinggi Singapura memutuskan bapa asal

(8)

Natrah, Adrianus Petrus Hertogh sebagai penjaga mutlak Natrah.

Penentangan tersebut berlaku kerana masyarakat Melayu-Islam ketika itu

berasa tercabar jika Natrah dikristiankan . Pihak British dengan ini telah 9

menolak perundangan islam sebagai sistem kepercayaan, lantas turut

menolak perundangan orang Melayu-Islam . Pada hemat mereka, faktor 10

sensitive inilah yang mengecewakan mereka dan patut dibantah dengan

sekeras-kerasnya.

Rusuhan ini juga turut melibatkan pelbagai pihak termasuk kaum Cina dan

juga India. Pelbagai parti atau persatuan turut sama cenderung untuk

membantu dalam perkara ini. Antaranya,Parti Kebangsaan Melayu Malaya

Singapura (PKMM), Parti Islam Se-malaya (PAS), Parti Melayu Semenanjung

(PMS) serta United Malay Nation Organisation (UMNO) walaupun secara

tidak langsung. Persatuan ini memberi bantuan daripada pelbagai segi

terutamanya kewangan untuk menanggung kos perbicaraan mahkamah.

Antara individu-individu yang terlibat membantah perkara ini adalah, Dr.

Burhanuddin Helmi , Taha Kalu, Karim Ghani, Mohd Mustaza dan Haron

Mohd Amin. Karim Ghani merupakan tokoh yang memainkan peranan besar

dalam mempertahankan Natrah .11

, Ramlah Adam, Gerakan Radikalisme di Malaysia(1938-1965),halaman 335-344 9

11 Syed Muhd Khairudin Aljunied, the Maria Hertogh Controversy and its aftermath. Halaman 63 Fatini Yaacob, Natrah In The Name Of Love, halaman 75

(9)

Kes Natrah ini telah menzahirkan pelbagai reaksi antarabangsa, sama

ada daripada golongan islam yang berteraskan nasionalisme ataupun

komunis. Lebih-lebih lagi apabila pihak British telah mengambil tindakan

dayus dengan menahan semua pemimpin-pemimpin yang terlibat dengan

Rusuhan Natrah tersebut. Pemimpin dan penyokong radikal di Indonesia juga

tidak ketinggalan membantah penangkapan tersebut. Mereka dikatakan

bersatu atas dasar kemanusiaan dan keprihatinan terhadap nasib yang

menimpa keluarga Che Aminah dan Natrah.

Rusuhan Natrah berlaku pada 11 september 1950, pada pukul 12.15

tengah hari, kumpulan orang Islam seramai 1000 orang telah menyerbu ke

hadapan mahkamah tanpa mempedulikan sekatan polis yang mengawal pada

keika itu. Kemudian rusuhan kedua tercetus pula dikawasan Masjid Sultan

dan beberapa tempat lain di sekitar Singapura.

Seramai 18 orang terbunuh dan 173 orang cedera ketika bertempur

dengan tentera dan polis British. Warga British yang berada di Singapura

telah diserang. Bangunan dan kereta berhampiran padang dekat mahkamah

telah dibakar . Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama 2 12

hari 2 malam.

(10)

2.0 Objektif Kajian

Beberapa tujuan serta objektif penyelidikan telah kami tetapkan bagi mencapai hasil akhir

yang menepati tajuk asal kajian ini. Secara holistiknya, kami telah menekankan hasil

perolehan yang berkenaan dengan pendapat mahasiswa dan mahasiswi yang sedang menuntut

di Fakulti Sastera Dan Sains Sosial Universiti Malaya berhubung dengan isu Natrah dalam

persekitaran kampus itu sendiri. Berikut merupakan objektif-objektif yang telah digariskan.

2.1 Mengenal pasti tahap pengetahuan Warga Fakulti Sastera dan Sains Sosial

Universiti Malaya terhadap Isu Natrah.

2.2 Mengumpulkan fakta-fakta ilmiah berkaitan Isu Natrah.

2.3 Mengenal pasti punca-punca tercetusnya Isu Natrah daripada perspektif Warga

Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya.

2.4 Meraih sudut pandang akademik daripada aspek pemikiran Warga Fakulti

(11)

3.0 Kaedah Kajian

Dalam proses memperoleh maklumat dan data, beberapa cara dan kaedah spesifik telah kami

ketengahkan bagi menjanjikan hasil dapatan yang menepati kehendak kajian. Berikut

merupakan kaedah kajian yang telah kami jalankan.

3.1 Sorotan literatur

3.1.1 Kajian perpustakaan

Kami telah membuat kajian di perpustakaan, iaitu dengan mencari dan

memilih bahan bacaan yang sesuai dalam membincangkan serta membahas isu

Natrah. Pemilihan dibuat berdasarkan tahap releven sesebuah karya penulisan

dalam mengetengahkan pendapat serta pandangan dalam perkara ini. Selain itu

juga, kajian yang berdasarkan bahan penulisan ini kebanyakkannya menyediakan

maklumat berkaitan dengan terminologi dan sejarah lampau dan masa kini yang

berkaitan.

3.2 Kajian lapangan

Kaedah ini lebih menjurus kepada tahap pengetahuan kami dan penilaian yang

dilakukan berdasarkan respon daripada responden yang telah diperolehi.

Pembahagiannya adalah seperti berikut:

3.2.1 Konseptulasi

A. Persepsi, iaitu tanggapan atau pemerhatian awal responden terhadap isu

Natrah.

B. Penyesuaian, iaitu kesediaan responden dalam memahami cara pemikiran bagi

komuniti lain dan juga kesediaan responden untuk menjawab soalan-soalan

(12)

C. Interaksi, iaitu wujudnya jalinan perhubungan mereka dengan isu Natrah

D. Pengetahuan, iaitu sejauh mana responden mengetahui isu Natrah ini dan

pandangan mereka tentang isu ini dalam kalangan warga universiti Malaya.

3.2.2 Kawasan kajian

Fakulti Sastera Dan Sains Sosial Universiti Malaya Kuala Lumpur.

3.2.3 Tempoh kajian

4 minggu bermula 8 April hingga 29 April 2013.

3.2.4 Kaedah soal selidik

Borang soal selidik atas talian.

3.2.5 Kaedah temu bual

Menemu bual pensyarah Jabatan Sejarah Fakulti Sastera Dan Sains Sosial

Universiti Malaya.

3.2.6 Sasaran responden

Meliputi semua peringkat umur mahasiswa Fakulti Sastera Dan Sains Sosial

(13)

4.0 Penemuan dan Perbincangan

4.1 Demografi

4.1.1 Bangsa

!

Dapatan kajian menunjukkan bilangan responden daripada bangsa

Melayu adalah seramai 14 orang, responden daripada bangsa Cina pula

ialah 4 orang, diikuti dengan bangsa India seramai seorang sahaja

manakala responden bagi bangsa selain Melayu, India dan Cina pula ialah

sebanyak 2 orang.

4.1.2 Agama

!

Graf menunjukkan jumlah responden yang beragama Islam seramai 14

orang manakala responden beragama Buddha adalah seramai 4 orang.

(14)

Agama Hindu dan responden yang menganut agama selain Islam,

Buddha dan Hindu pula masing-masing mencatatkan seorang responden

sahaja.

4.1.3 Taraf Pendidikan Responden

!

Responden daripada kalangan pelajar prasiswazah adalah seramai 16

orang manakala responden daripada kalangan pelajar pascasiswazah

pula ialah seramai 4 orang sahaja.

4.1.4 Jabatan di Fakulti Sastera dan Sains Sosial

Jadual 1: Jumlah responden di setiap jabatan di Fakulti Sastera dan Sains Sosial

(15)

Responden terdiri daripada para pelajar di jabatan yang berlainan.

Jabatan Asia Timur mencatatkan jumlah responden sebanyak 2 orang,

Jabatan Sejarah seramai 8 orang manakala Jabatan Antropologi dan

Sosiologi seramai 6 orang. Jabatan Hubungan Antarabangsa dan

Strategik, Jabatan Pengajian Media, Jabatan Geografi dan Jabatan

Pentadbiran dan Keadilan Sosial masing-masing mencatatkan seorang

responden sahaja.

4.2 Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Fakta-fakta yang Berkaitan

dengan Isu Natrah

4.2.1 Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Isu Natrah

Dapatan kajian mendapati bahawa 75% daripada responden mengetahui

dan pernah mendengar tentang Isu Natrah manakala 15% responden lagi

tidak mengetahui dan tidak pernah mendengar mengenai isu tersebut.

10% lagi mencatatkan jumlah responden yang tidak pasti sama ada

pernah mendengar tentang isu tersebut ataupun tidak pernah. Secara 75%

10% 15%

(16)

keseluruhannya, sebahagian besar warga Fakulti Sastera dan Sains

Sosial mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap isu tersebut,

namun, masih terdapat segelintir daripada mereka yang masih tidak

mengetahuinya.

4.2.2 Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Latar belakang Natrah

Dapatan kajian mencatatkan hanya 20% daripada responden yang

mengetahui tentang latar belakang Natrah secara umum, manakala 40%

daripada responden tidak pasti mengenainya serta 40% lagi tidak tahu

mengenai latar belakang umum Natrah. Hasil kajian ini membuktikan

tahap pengetahuan warga Fakulti Sastera dan Sains Sosial terhadap latar

belakang Natrah adalah sangat minimum. 20%

40%

40%

(17)

4.2.3 Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Punca-punca Pencetusan

Isu Natrah

Dapatan soal selidik menunjukkan hanya 30% responden yang

mengetahui punca-punca pencetusan isu polemik ini suatu ketika dahulu,

manakala 40% lagi tidak tahu mengenai punca-puncanya. Selebihnya,

iaitu sebanyak 40% lagi juga tidak pasti akan punca berlakunya isu

tersebut. Antara punca-punca tercetusnya isu tersebut termasuklah isu

perebutan hak penjagaan Natrah oleh keluarga kandungnya dengan ibu

angkatnya, Che Aminah Mohamad, serta isu agama yang dianuti Natrah.

Isu agama tersebut telah menimbulkan amarah dalam kalangan penduduk

Tanah Melayu yang beragama Islam apabila keluarga kandung Natrah

telah mengkristiankan Natrah sedangkan Natrah dibesarkan dalam

persekitaran dan ajaran agama Islam. 30%

30%

40%

(18)

4.2.4 Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Tindakan atau Usaha

yang Diambil dalam Isu Natrah

Majoriti responden mengetahui tindakan mahupun usaha yang diambil

oleh pelbagai pihak bagi menyelamatkan Natrah daripada diambil oleh

keluarga angkatnya. Carta menunjukkan 49% reponden mengetahui

tindakan atau usaha-usaha tersebut, manakala 28% lagi tidak pasti

mengenainya dan 23% pula tidak mengetahui tindakan yang telah diambil.

Che Aminah misalnya, telah mengambil tindakan mengahwinkan Mansor

Adabi dengan Natrah supaya Natrah kekal di Tanah Melayu. Selain itu,

suatu rusuhan atau perarakan tunjuk perasaan oleh penduduk Tanah

Melayu telah berlangsung bagi menunjukkan tindakan serta respon

penduduk terhadap isu keluarga kandung Natrah yang telah

mengkristiankan Natrah atau telah memurtadkannya. 49%

28% 23%

(19)

4.3 Sudut Pandang Responden Terhadap Konflik Natrah

4.3.1 Kewajaran Tindakan Che Aminah (ibu angkat Natrah)

Dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu angkat yang

mahu mempertahankan akidah anak angkatnya, Che Aminah telah

melakukan pelbagai perkara. Tindakan awalnya, dengan bersetuju untuk

menjaga dan mendidik bertukar kepada suatu bentuk tindakan dalam

memastikan Natrah tidak terlepas dan terdedah kepada bahaya

penukaran akidah. Beliau telah mengahwinkan Natrah dengan mansor

Adabi, kekasih Natrah sendiri dan juga membawanya ke Singapura

sebagai satu inisiatif lain dalam mempertahankan hak penjagaannya.

Berdasarkan kajian, seramai 45% daripada responden menyetujui

tindakan tersebut manakala 55% daripadanya menyatakan ketidakpastian

mereka. Tiada responden yang berpendapat bahawa tindakan Che

Aminah adalah tidak wajar.

55%

45%

(20)

4.3.2 Kewajaran Tindakan Keluarga Kandung Natrah

Setelah masalah selesai, keluarga kandung Natrah bertindak untuk

mengambil kembali hak penjagaan anak mereka. Oleh itu, berdasarkan

perkara ini, kewajaran dalam memindahkan hak penjagaan Natrah

daripada Che Aminah kepada keluarga kandungnya telah diperdebatkan.

Rentetan daripada itu, Natrah yang dibesarkan sebagai seorang Muslim

juga telah ditukar agamanya kepada Kristian berdasarkan agama keluarga

kandungnya.

Sebahagian besar daripada responden, 63% daripada mereka tidak

menyatakan kepastian dalam perkara ini. Manakala 37% yang lain

bersetuju, dan merasakan ada kewajaran dalam tindakan tersebut,

mungkin disebabkan faktor keluarga kandung yang memainkan peranan

besar dalam menentukan hala tuju anak mereka. Hanya 5% yang

berpendapat bahawa tindakan-tindakan tersebut adalah tidak wajar. 5%

60%

35%

(21)

4.3.3 Nilai Sensitiviti dalam Isu Natrah

Kami telah menggariskan beberapa perkara yang menyentuh nilai

sensitiviti dalam isu Natrah kepada para responden. Antaranya adalah

demonstrasi bantahan daripada pelbagai etnik dalam memperjuangan

sesuatu terutamanya melibatkan hak dan nilai kemanusiaan, perbicaraan

yang tidak berat sebelah dengan melibatkan isu perkauman dan juga

kewajaran dalam mempertahankan pegangan agama masing-masing

merentasi etnik meskipun proses itu melibatkan pengorbanan. Selain itu,

isu yang berkait langsung dengan hal Natrah adalah kewajaran dalam

membahaskannya dengan mengaitkan proses sosialisasi di Malaysia, juga

mempolitikkan isu kemanusiaan untuk menjamin keberkesanan sesuatu

perjuangan.

45% daripada responden menyatakan bahawa wajar untuk

perkara-perkara tersebut digiatkan memandangkan isu sensitiviti tidak boleh

dipandang remeh. Manakala 55% menyatakan ketidak pastian mereka,

mungkin bergantung kepada isu itu sendiri, sama ada releven atau tidak

dan juga bentuk masyarakat itu sendiri. Tiada responden menyatakan

tidak wajar.

55%

45%

(22)

4.3.4 Kesan daripada Konflik Natrah

Jika diamati dan dikaji dengan mendalam, terdapat kesan-kesan yang

signifikan berdasarkan konflik antara dua pihak ini. Paling ketara adalah

rusuhan yang berlaku melibatkan rakyat Tanah Melayu ketika itu, yakni

daripada pelbagai latar belakang serta kaum demi memperjuangkan hak

kemanusiaan secara umumnya, juga mempertahankan akidah seorang

gadis secara khasnya. Pada perbicaraan kali pertama, kemenangan telah

berpihak kepada Che Aminah. Namun begitu, perbicaraan kali kedua

berpihak kepada keluarga kandung Natrah, sekaligus mencetuskan

kekecohan. Akhirnya, atas faktor kekecewaan, Natrah telah membelakangi

kedua-dua agama, yakni Islam dan Kristian.

Berdasarkan dapatan, kewajaran kesan-kesan ini mengambil tempat

rentetan daripada segala yang berlaku sejak mula telah dipersetujui oleh

35% daripada responden kami. Seterusnya 65%, yakni sebahagian besar

daripada mereka tidak pasti secara relevennya tentang perkara-perkara

yang berlaku. Tiada responden yang memberi respon tidak wajar. 65%

35%

(23)

5.0 Rumusan, Cadangan dan Penutup

Secara keseluruhannya, responden daripada Fakulti Sastera dan Sains Sosial

mempunyai pengetahuan secara sederhana terhadap isu Natrah. Kebanyakkan

daripada mereka mengetahui isu tersebut secara kasar, dan hanya beberapa sahaja

dalam kalangan mereka yang benar-benar mendalami isu tersebut. Oleh itu,

mungkin agak sukar bagi mereka untuk mengaitkan dan mengamati hubungan

antara Natrah serta masyarakat Tanah Melayu, keluarga Che Aminah secara

khususnya dengan isu-isu yang timbul setelah itu. Nilai sensitiviti mereka terhadap

peristiwa-peristiwa besar hasil daripada kisah ini juga bukanlah secara maksimum,

kerana berdasarkan kaji selidik, ketidakpastian responden lebih mendominasi

penilaian mereka terhadap isu tersebut. Pada pandangan kami, pendedahan yang

lebih berfokus dan agresif perlulah ditingkatkan dalam usaha menambahkan

pengetahuan umum terhadap isu polemik ini kerana sebagaimana yang telah

dinyatakan di atas, isu ini telah berjaya membentuk sosialisasi dalam kalangan

penduduk Tanah Melayu pada waktu tersebut. Namun begitu, sebilangan kecil

daripada responden telah memberi respon yang positif, menunjukkan masih terdapat

golongan yang cakna terhadap isu ini. Beberapa langkah mungkin boleh diambil

bagi memupuk nilai ingin tahu dan menerapkan pengetahuan mengenai isu ini

dalam diri setiap individu masyarakat.

5.1 Cadangan

Berdasarkan hasil kajian yang dijalankan serta rumusan yang telah

dibuat, pengkaji ingin membuat beberapa cadangan yang boleh

dipertimbangkan supaya masyarakat sedar akan kepentingan isu Natrah ini.

Pendekatan-pendekatan yang baik dan boleh diterima masyarakat perlulah

(24)

A. Menerapkan isu Natrah di dalam sesi pembelajaran dan pengajaran di

institusi pendidikan tidak kira sama ada di peringkat sekolah menengah

mahupun di peringkat universiti. Isu ini juga boleh dimasukkan di dalam

silibus subjek Sejarah atau Pengajian Am.

B. Isu ini juga boleh dihebahkan dengan pelbagai cara dan bentuk mengikut

kreativiti dan peluang setiap individu. Antaranya :

i. Forum/ Dialog/Perbincangan

ii. Kempen

iii. Media massa/Teater/Filem

C. Untuk mengelakkan isu ini daripada berulang kembali pada masa akan

datang, pihak berkuasa haruslah menggubal sebuah peruntukan

perlembagaan negara yang kukuh tanpa membelakangkan undang-undang

Islam itu sendiri. Selain itu, pemimpin negara juga berperanan dalam

mengawal aktiviti-aktiviti rakyat dan membendung pengaruh media massa

yang boleh membawa kepada tercetusnya kontroversi.

D. Bukan sahaja pemimpin negara seorang yang harus bertanggungjawab

malah, rakyat yang berbilang kaum juga merupakan tulang belakang kepada

perlembagaan negara. Usaha tidak boleh hanya tertumpu kepada usaha

top-down sahaja malah diselangi dengan inisiatif bottom-up dalam kalangan rakyat. Rakyat haruslah mempunyai skap bertoleransi dalam segala perkara

(25)

berbilang kaum dan berkongsi idea serta pengalaman kepada setiap

masyarakat. Dengan adanya sikap toleransi ini, maka setiap rakyat mampu

mengelak pertelingkahan dan konflik samada konflik agama, atau etnik.

E. Selain itu, rakyat yang berbilang kaum yang tinggal di Malaysia ini haruslah

bersatu dalam banyak perkara. Perpaduan kaum haruslah dilaksanakan dan

perpaduan kaum dapat dipupuk melalui aktiviti-aktiviti yang melibatkan

pelbagai kaum seperti gotong-royong, majlis perayaan dan sebagainya.

5.2 Penutup

Dalam isu ini, pengkaji telah membuat rumusan berdasarkan dapatan kajian yang

telah dikaji dan juga rumusan secara keseluruhan. Selain itu, pengkaji turut

mengemukakan beberapa cadangan yang berkaitan dengan kajian yang telah

(26)

6.0 Rujukan

Adam, R. (2004). Gerakan Radikalisme di Malaysia ( 1938 - 1965 ). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aljunied, S. M. (2009). Colonialism, Violence and Muslims in Southeast Asia : The Maria Hertogh Controversy and its aftermath. New York: Routledge Taylor and Francis Group.

Boestamam, A. (1972). Putera Setia Melayu Raya. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Kejora.

Christern, M. (1999, Januari 22). Een Rel In Singapore. Retrieved Mei 2, 2013, from NRC Webpagina's: http://retro.nrc.nl/W2/Nieuws/1999/01/22/Rtv/02.html

Mahmud, Z. (2009, Julai 12). Fenomena Natrah dalam Psikologi Bangsa. Retrieved Mei 2, 2013, from Utusan Online: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2009&dt=0712&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm#ixzz2KG4MY3PI

(27)
(28)

Tuan/Puan/Cik,

Isu Natrah: Kajian Dalam Kalangan Warga Fakulti Sains Sosial Universiti Malaya

Kami merupakan pelajar tahun pertama Universiti Malaya yang menjalankan kajian bagi Subjek Hubungan Etnik, berkenaan dengan isu polemik yang pernah berlaku di Negara kita pada masa dahulu, namun masih dibahaskan dan dibincangkan sehingga ke hari ini. Isu yang melibatkan akidah seorang gadis Belanda yang dikenali sebagai Natrah ini, telah diperhalusi dan dikaji oleh banyak pihak. Oleh itu, kami ingin meraih sudut

pandang daripada warga Fakulti Sains Sosial Universiti Malaya yang mungkin mempunyai pendapat mahupun perspektif sendiri bedasarkan kepada pengalaman, pengetahuan dan penyelidikan masing-masing terhadap isu ini.

Kerjasama daripada pihak anda amatlah kami hargai.

Bahagian A: Demografi

Melayu Cina India Lain-lain

4. Agama

Islam Buddha Hindu Lain-lain

5. Jawatan

Pensyarah

Pelajar Prasiswazah Pelajar Pascasiswazah

(29)

7. Nyatakan tahun pengajian/tahap pengajian anda (diisi oleh PELAJAR sahaja): Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4

Semester Khas Sarjana Doktor Falsafah

Bahagian B: Tahap Pengetahuan

Sila nilai tahap pengetahuan anda terhadap fakta-fakta berikut.

Bil Kenyataan Tidak tahu

Tidak pasti

Tahu 8 Saya mengetahui dan pernah mendengar tentang isu

Natrah / Maria Huberdina Hertogh sebelum ini. 9 Nama Belanda bagi Natrah ialah Maria Huberdina

Herthogh dan dikenali sebagai Bertha.

10 Natrah merupakan anak ketiga kepada pasangan Belanda, Sarjan Adrianus Pertus Hertogh bersama Adeline Hertogh.

11 Tentera Jepun tidak menerima kehadiran orang kulit putih ke Tanah Melayu menyebabkan keberadaan Natrah di sini menggugat keselamatannya.

12 Bapa Natrah telah dipenjarakan, manakala keluarga Natrah yang lain menetap bersama di kediaman nenek Natrah, Nor Louise, dalam keadaan yang daif serta serba kekurangan.

13 Che Aminah yang juga merupakan kawan baik Nor Louise ketika itu bersimpati dengan nasib keluarga tersebut lalu membekalkan keperluan asas seperti makanan kepada keluarga tersebut.

14 Ibu bapa kandung Natrah menyerahkan tanggungjawab penjagaan Natrah kepada Che Aminah sejak berumur 6 tahun.

15 Sarjan Adrianus Pertus Hertogh telah membuat

tuntutan bagi hak penjagaan Natrah setelah dibebaskan dari penjara.

(30)

17 Kehidupan Natrah bersama keluarga angkatnya yang bahagia menyebabkan dirinya tidak sanggup untuk kembali ke pangkuan ibu bapa kandungnya.

18 Natrah ditempatkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat

sementara menunggu keputusan mahkamah berkenaan hak penjagaan Natrah.

19 Mansor Adabi berasal daripada keluarga yang disegani

dan terkenal di Tanah Melayu dan beliau juga

merupakan seorang guru pelatih semasa berkahwin dengan Natrah.

20 Rasa cinta Natrah kepada Mansor Adabi dan Che

Aminah menyebabkan dia berasa sayang dan berat hati untuk meninggalkan Tanah Melayu.

21 Perkahwinan Natrah dengan Mansor Adabi merupakan

antara faktor kemenangan hak penjagaan berpihak kepada Sarjan Hertogh kerana perkahwinan tersebut dikatakan tidak sah berdasarkan Perlembagaan Belanda.

22 Che Aminah bertindak dengan berpindah ke Singapura

untuk memperjuangkan hak penjagaan Natrah.

23 Rusuhan rakyat (Rusuhan Natrah) yang mendapat

perhatian daripada seluruh pelosok Tanah Melayu pada ketika itu menunjukkan sensitiviti mereka terhadap perkara yang melibatkan akidah seseorang.

24 Masyarakat Tanah Melayu keseluruhannya bergabung

tanpa mengira etnik dan kaum atas nama kemanusiaan dalam demonstrasi memperjuangkan hak penjagaan Natrah.

25 Che Aminah Mohamad diwakili oleh seorang peguam,

Encik Ahmad Ibrahim daripada Syarikat S. C. Goho & Co.

26 Perlembagaan Belanda bertentangan dengan Prinsip

(31)

Bahagian C: Isu Sensitiviti

Sila tandakan pandangan anda berkenaan situasi berikut.

27 Natrah diletakkan bawah jagaan paderi perempuan di

Convent sebelum bertolak balik ke negara asalnya. Di sini, dia telah dibimbing berkenaan dengan ajaran Kristian dan dipaksa berlutut di hadapan patung Jesus Christ.

28 Walaupun telah berpisah daripada keluarga angkatnya,

Natrah masih berhubung dengan Mansor Adabi selama tiga tahun melalui utusan surat. Perhubungan tersebut berakhir setelah Mansor berkahwin kali kedua.

1 Che Aminah wajar menerima tanggungjawab untuk

menjaga Natrah daripada awal.

2 Che Aminah wajar mengahwinkan Natrah dengan

Mansor Adabi bagi menyelesaikan masalah

3 Che Aminah wajar membawa Natrah berpindah ke

Singapura, bertujuan untuk memperjuangkan hak penjagaan gadis tersebut.

4 Parti politik di Tanah Melayu ketika itu menggunakan

isu Natrah sebagai salah satu alat dalam mencapai kemerdekaan negara.

5 Rusuhan yang berlaku bersesuaian dengan isu yang

diketengahkan, yakni perjuangan menjaga akidah.

6 Rakyat dari pelbagai latar belakang serta kaum

bergabung dalam memperjuangkan hak kemanusiaan.

7 Kesilapan Natrah dalam membelakangi Islam pada

(32)

Part 4 : Cadangan

1. Pada pendapat anda, apakah langkah yang wajar diambil dalam menerapkan pengetahuan dan pemahaman dalam isu ini dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia?

8 Ibu bapa kandungnya wajar mendapat hak penjagaan

Natrah kerana Natrah berumur kurang daripada 18 tahun.

9 Ibu Bapanya wajar menukar agama Natrah walaupun

dia telah dibesarkan dalam agama Islam sejak kecil.

10 Perbicaraan pertama memang wajar dimenangi oleh

Che Aminah.

11 Perbicaraan kedua yang akhirnya dimenangi oleh ibu

bapa kandung Natrah wajar diputuskan oleh

mahkamah di Tanah Melayu, bukan Mahkamah Tinggi Singapura,

12 Golongan pelbagai etnik wajar mengadakan rusuhan/

demonstrasi jika ingin memperjuangkan sesuatu terutamanya dalam menuntut hak dan

mempertahankan isu kemanusiaan.

13 Isu Natrah tidak wajar dibincangkan dan dibahaskan

kerana bakal memecah belahkan proses sosialisasi di Malaysia.

14 Kemenangan perbicaraan di mahkamah tidak wajar

mengambil kira aspek warna kulit dan etnik.

15 Setiap agama dan etnik wajar mempertahankan

pegangan masing-masing walaupun terpaksa mengorbankan masa, wang ringgit mahupun nyawa.

16 Raja-raja Melayu wajar mengambil tindakan dengan

mencampur tangan isu tersebut kerana isu ini berkaitan dengan pegangan aqidah agama Islam.

17 Isu kemanusiaan dan hak wajar dipolitikkan kerana

(33)

______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________

2. Pada pandangan anda, bagaimankah caranya untuk mengelakkan isu ini daripada berulang kembali pada masa akan datang?

Referensi

Dokumen terkait