• Tidak ada hasil yang ditemukan

SIARAN RANCANGAN TV DI BULAN RAMADHAN IS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SIARAN RANCANGAN TV DI BULAN RAMADHAN IS"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

SIARAN RANCANGAN TV DI BULAN RAMADHAN: ISLAMIK ATAU TIDAK? Musa Abu Hassan (PhD)

Ainurliza Mat Rahim Fauziah Hassan

Abstrak

Dalam perkembangan media massa di Malaysia, televisyen masih menjadi pengaruh besar kepada rakyat dalam memilih sumber maklumat dan hiburan sama ada di bandar atau di luar bandar. Namun dalam keghairahan menyediakan rancangan terbaik kepada umum, pengamal media ini seolah-olah terlupa dengan kehadiran bulan Ramadhan yang dianjurkan Islam untuk memperbanyakkan ibadah, melakukan amal jariah dan berkongsi mesej keagamaan. Kertas ini akan melihat sejauh mana stesen-stesen televisyen menjalankan tanggungjawab sebagai agen dakwah yang berpengaruh. Kajian deskriptif dilakukan terhadap empat stesen televisyen utama dengan membuat perbandingan rancangan-rancangan siaran pada bulan Ramadhan dan selain bulan Ramadhan. Penelitian dilakukan ke atas intisari rancangan yang tertera dalam akhbar harian selama satu minggu bagi stesen TV3, TV9, TV1, dan TV AlHijrah. Hasilnya, bentuk dan susunan rancangan sepanjang bulan Ramadhan tidak menunjukkan perbezaan ketara jika dibandingkan dengan bulan yang lain. Ini menunjukkan tiada penekanan dibuat oleh stesen televisyen di Malaysia untuk mengetengahkan mesej keagamaan sebagai refleksi kepada bulan Ramadhan yang mulia. Beberapa cadangan dikemukakan agar stesen TV di Malaysia yang mana Islam adalah agama rasminya dapat lakukan bagi mengimarahkan lagi kehadiran Ramadhan.

Kata kunci: program televisyen, rancangan agama, mesej dakwah, stesen televisyen Melayu, tanggungjawab sosial

Pengenalan

Dalam proses penyebaran maklumat, gandingan media dan dakwah amat penting terutama kepada sasaran khalayak yang besar. Simbiosis media dan dakwah amat relevan dalam konteks mencapai objektif komunikasi seperti memberitahu, mendidik dan membujuk. Allah s.w.t berfirman dalam surah an-Nahl ayat 25 yang bermaksud:

“Serulah ke jalan tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang paling baik.”

(2)

menggunakan ilmu pengetahuan yang jitu, tepat, mantap dan sahih yang bersesuaian dengan keperluan sasaran dan meninggalkan kesan ketakwaan yang mendalam.

Pada hari ini, televisyen terus signifikan dalam mendidik masyarakat dan membentuk individu yang berkualiti. Gerbner et.al (dalam Rahmah, 1995) menyatakan:

Television is the most central and most pervasive medium…and it plays a distinctive and historically unprecedented role.

Dalam konteks berdakwah melalui televisyen, stesen-stesen tempatan turut sama memainkan peranan menyediakan program bercorak keagamaan. Masyarakat sudah biasa dihidangkan dengan program-program seperti azan, bacaan al-Quran, solat dan khutbah Jumaat, dan beberapa program khas sempena perayaan seperti takbir hari raya dan sambutan maulidurrasul. Selain itu, bulan Ramadhan juga dianggap sebagai bulan yang harus diraikan oleh televisyen kerana kelebihan yang ada padanya.

Persoalannya, sejauh manakah stesen televisyen tempatan menjalankan tanggungjawab sebagai agen meningkatkan ketakwaan pada bulan Ramadhan? Adakah pemilik-pemilik stesen televisyen merasa terpanggil untuk turut serta menyahut seruan Ramadhan dengan merebut peluang membanyakkan program-program kerohanian? Adakah wujud perbezaan ketara susunan rancangan pada bulan Ramadhan dan pada bulan yang lain?

Kertas ini akan membincangkan persoalan-persoalan di atas dan menggariskan empat objektif utama iaitu:

1. Mendapatkan gambaran rancangan berunsur agama sepanjang bulan Ramadhan.

2. Membuat perbandingan rancangan-rancangan agama semasa bulan Ramadhan dengan bulan lain.

3. Melihat pelaburan pemilik-pemilik stesen televisyen tempatan terhadap program keagamaan.

4. Menilai sensitiviti stesen-stesen televisyen terhadap masyarakat sebagai agen dakwah yang berpengaruh.

(3)

Sejarah televisyen di Malaysia bermula apabila Televisyen Malaysia dilancarkan pada 28 Disember 1963 dengan satu saluran yang beroperasi di studio sementara di Dewan Tuanku Abdul Rahman di Kuala Lumpur. Mulai Oktober 1969, ia berpindah ke bangunan Angkasapuri bersama Radio Malaysia dan dikenal sebagai Radio Televisyen Malaysia (RTM). Tidak lama selepas itu, saluran kedua diperkenalkan pada 17 November 1969. Selama 15 tahun RTM menayangkan program-program hitam putih, televisyen warna diperkenalkan pada 28 Disember 1978. Sehingga hari ini, RTM yang berslogankan RTM Tetap Unggul mempunyai dua saluran iaitu TV1 Saluran Informasi Anda dan TV2 Saluran Emas.

Beralih kepada perkembangan stesen televisyen swasta, Media Prima Berhad (Media Prima) merupakan kumpulan media integratif yang tersenarai di papan utama Bursa Saham Malaysia. Diasaskan pada 23 September 2003, konglomerat kini memegang kepentingan ekuiti 100 peratus ke atas empat saluran televisyen yang bersiaran secara percuma iaitu TV3, NTV7, 8TV dan TV9. Keempat-empat saluran ini menjadi antara pemacu utama kepada pendapatan utama syarikat gergasi ini yang mengumpulkan 48 peratus keseluruhan penonton televisyen pada pertengahan pertama 2011 menurut Nielsen Audience Measurement.

Primework Studios Sdn Bhd, subsidiari Media Prima bertanggungjawab menyediakan kandungan program dan menjadi syarikat produksi terbesar di Malaysia. Sejak 1984, ia telah berjaya menghasilkan lebih 5000 jam kandungan rancangan tv dan 10 filem dalam setahun. Program yang dihasilkan merangkumi genre-genre seperti hiburan, majalah, dokumentari, drama dan sukan. Antara yang popular termasuklah Anugerah Juara Lagu, Majalah 3, Nona, Jalan Jalan Cari Makan, One In A Million, Mentor, Wanita Hari Ini, Melodi, Malaysia Hari Ini dan Jejak Rasul.

(4)

Secara umumnya, operasi televisyen di Malaysia beroperasi dalam dua bentuk iaitu siaran percuma dan siaran berbayar. Maklumat mengenai lanskap televisyen Malaysia dipaparkan dalam Rajah 1 di bawah.

Rajah 1: Lanskap Televisyen di Malaysia

Kenyataan Masalah

Televisyen kekal unggul sebagai medium paling berpengaruh dalam menyampaikan maklumat dan menyediakan hiburan kepada penonton. Fuziah Kartini (2009) menegaskan televisyen menarik kerana ciri-ciri yang ada padanya yang tidak ada pada media konvensional yang lain. Ia mampu membawa maklumat tidak kira jauh atau dekat, malahan dari seluruh pelusuk dunia kepada penonton, sama ada secara rakaman atau secara langsung. Misalnya, perlawanan Piala Dunia di Afrika Selatan dapat ditonton oleh peminat-peminat bola sepak di seluruh dunia secara serentak. Di samping itu melalui audio dan visual yang menarik, penonton dapat menerima maklumat terkini daripada televisyen dengan lebih cepat berbanding akhbar dan majalah.

L

a

n

s

k

a

p

T

e

l

e

v

i

s

y

e

n

M

a

l

a

y

s

i

a

2

0

1

1

L

a

n

s

k

a

p

T

e

l

e

v

i

s

y

e

n

M

a

l

a

y

s

i

a

2

0

1

1

S

i

a

r

a

n

P

e

r

c

u

m

a

S

i

a

r

a

n

(5)

Rajah di bawah menjelaskan secara konsisten kedudukan televisyen sebagai media yang paling popular dalam kalangan masyarakat Malaysia dari tahun 2004 hingga tahun 2008 (Media Planning Guide, Malaysia, 2010).

Rajah 2: Penggunaan Media dalam Kalangan Pengguna Dewasa

(Sumber: Media Planning Guide, Malaysia, 2010)

Dari segi komposisi penonton mengikut kaum pula, Media Planning Guide, Malaysia, 2010 melaporkan 61.7% daripada penonton televisyen terdiri daripada penonton Melayu, 28.3% penonton Cina, manakala 10% penonton India dan lain-lain.

(6)

Rajah 3: Penonton televisyen mengikut lingkungan usia

(Sumber: Media Planning Guide, Malaysia, 2010)

Trend terkini dalam industri penyiaran ialah narrowcasting, tidak lagi broadcasting. Transformasi ini telah membawa kepada segmentasi khalayak iaitu daripada khalayak massa (mass audience) kepada khalayak khusus (niche audience). Apabila stesen televisyen mewujudkan segmentasi khalayak, penonton akan terasa lebih dekat dan terikat dengan satu-satu program televisyen yang disiarkan (Fuziah Kartini, 2009) kerana mereka merasakan mesej program itu benar-benar ditujukan kepada mereka, malahan mampu mempengaruhi pemikiran, sikap dan tingkah laku mereka terhadap sesuatu perkara.

Disebabkan ciri-ciri di atas, televisyen mampu menjadi agen dakwah terutama kepada penonton Melayu yang beragama Islam. Majoriti pengkaji komunikasi menganggap media penyiaran khususnya televisyen sebagai instrumen penting untuk pembangunan masyarakat Islam. Dalam hal ini, Zulkiple (2001) telah menggariskan beberapa objektif utama penyiaran Islam iaitu:

1. Menguatkan akidah;

2. Meningkatkan kesedaran agama;

3. Menyebarkan pemikiran dan kebudyaan Islam; 4. Membentuk pendapat awam;

5. Mengukuhkan nilai-nilai murni dalam kalangan individu; serta

(7)

Tanggungjawab untuk memastikan keenam-enam objektif di atas tercapai pastilah tertumpu kepada pemilik stesen televisyen di negara ini. Ia selari dengan lima konsep tunjang dalam sudut pandang Islam sebagai dasar etika pengamal komunikasi Islam iaitu (i) tauhid (ii) amar ma’ruf nahi munkar (iii) ummah (iv) takwa dan (v) amanah (Mowlana, 2007).

Perayaan turut dianggap sebagai salah satu strategi untuk berdakwah. Mengikut tradisi Islam, orang Islam merayakan dua perayaan besar iaitu Aidilfitri dan Aidiladha. Aidilfitri dirayakan sebagai meraikan kemenangan umat Islam yang tamat berpuasa sepanjang bulan Ramadhan, manakala Aidiladha dirayakan sebagai meraikan jemaah haji yang sedang melakukan ibadah haji di Mekah. Kedua-duanya perlu dimanfaatkan oleh pengamal media untuk menjalankan misi dakwah (Sohirin, 2008).

Dalam kalendar Islam, Ramadhan merupakan bulan yang dinanti-nantikan kehadirannya kerana keistimewaannya yang tidak ada pada bulan-bulan yang lain. Sepanjang bulan ini, umat Islam diwajibkan berpuasa dan digalakkan melakukan ibadah-ibadah sunat seperti mendirikan solat terawih dan bersedekah. Pada bulan ini juga manusia perlu membersihkan hati daripada sifat-sifat mazmumah dan mendidik nafsu supaya meninggalkan perkara-perkara yang dilarang seperti membazir, mengumpat dan melakukan maksiat. Allah menjanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda sebagai motivasi kepada orang yang berpuasa untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Oleh itu, sebagai alat penyebar maklumat yang berpengaruh, televisyen perlu memainkan peranannya bagi mendukung dan menyebarkan semangat Ramadhan kepada penonton.

Metodologi kajian

(8)

dan bukan bulan Ramadhan – adakah berlaku perbezaan pemilihan program bagi meraikan Ramadan dan meningkatkan ketakwaan penonton?

TV1

TV1 bersiaran 10 minit sebelum azan Subuh berkumandang, diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan ayat al-Quran. Siarannya tamat pada jam 1 pagi setiap hari dan 1.30 pagi pada setiap Sabtu. Namun lazimnya TV1 bersiaran lebih panjang pada waktu-waktu tertentu seperti 24 jam pada bulan Ramadhan dan 22 jam ketika sambutan Tahun Baharu. TV1 menekankan kepada program berorientasikan maklumat dan pendidikan seperti berita, bual bicara, dan siaran secara langsung acara sukan (tempatan dan antarabangsa) dan hiburan istimewa (sempena tahun baharu atau perayaan). Sebagai saluran utama kerajaan yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat kepada rakyat, TV1 berusaha membekalkan laporan berita kepada penonton melalui laporan Berita Nasional, Berita Semasa, Berita Wilayah dan Berita Dunia.

Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV 3)

Sistem Televisyen Malaysia Berhad atau lebih dikenal sebagai TV3 mula beroperasi pada 1 Jun 1984 dan kekal sebagai stesen tv paling popular dalam kalangan penonton tempatan. Ia menguasai 32 peratus tontonan merangkumi saluran percuma dan saluran berbayar. Sebagai stesen no. 1 dalam memaparkan laporan berita dan menghasilkan program tempatan, TV3 menguasai 95% penonton Melayu, 3% penonton Cina dan 2% lain-lain. Laporan terkini AC Nielson turut mencatatkan TV3 mendahului 10 program teratas yang menjadi pilihan penonton secara mingguan.

TV9

(9)

jenamanyanya yang tersendiri sebagai saluran yang menjadi pilihan penonton Melayu di kawasan bandar pertengahan dan luar bandar yang amat sinonim dengan nilai dan tradisi Melayu. Sehingga hari ini, ia berjaya meletakkan kedudukan yang baik dengan menghasilkan program realiti yang mendapat sambutan seperti Akademi Al-Quran dan Gadis Melayu.

TV Al-Hijrah

TV Al-Hijrah dinobatkan sebagai stesen televisyen Islam yang pertama di Malaysia dan kemunculannya menambahkan lagi senarai siaran percuma di negara ini. Mula beroperasi pada 1 Disember 2010, TV Al-Hijrah berpegang kepada falsafah penyiaran yang berdasarkan ajaran agama Islam dan nilai-nilai universal yang tidak bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah. Pengisian rancangannya merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia dari segi ibadah khusus seperti solat, zakat, haji dan puasa, sehinggalah sudut ekonomi, politik, sosial dan budaya. Milik penuh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di bawah pengendalian Al Hijrah Media Corporation, ia beroperasi dari Pusat Islam, Kuala Lumpur dan bersiaran dari 12 tengah hari hingga 12 tengah malam pada Isnin hingga Khamis, manakala dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Bertemakan Segalanya Bermula di Sini, TV Al-Hijrah menghidangkan 60% program tempatan, termasuk sebahagian daripadanya diterbitkan sendiri oleh stesen ini. Manakala 40% lagi program diimport dari Iran, Indonesi, Turki, Palestin dan Belanda. Siarannya mensasarkan golongan kanak-kanak dan remaja berusia 4-17 tahun serta golongan muda berusia dalam lingkungan 18-39 tahun. Bagi membekalkan maklumat dan hiburan kepada golongan ini, genre kandungannya merangkumi program ilmiah dan pendidikan, dokumentari dan majalah, sukan dan rekreasi, drama dan filem, sitkom, tazkirah, forum dan perbincangan.

(10)

Penelitian terhadap rancangan televisyen yang dicetak dalam akhbar Utusan Malaysia pada tarikh-tarikh yang dinyatakan sebelum ini telah memberikan data bagi menjawab obkeltif kajian.

Jadual 1: Taburan Program Berunsurkan Islam

Mengikut Siaran Televisyen (1-7 Jun 2011)

Saluran Media Frekue nsi Perat us (%)

TV 1 59 35.1

TV 3 12 7.1

TV 9 30 17.8

TV AH 67 40

JUML AH 168 100.0 Saluran Media Frekue nsi Perat us (%)

TV 1 59 35.1

TV 3 12 7.1

TV 9 30 17.8

TV AH 67 40

JUML AH 168 100.0 Saluran Media Frekue nsi Perat us (%)

TV 1 59 35.1

TV 3 12 7.1

TV 9 30 17.8

TV AH 67 40

JUML AH 168 100.0 Salura n Media Frekue nsi Peratu s (%)

TV 1 59 35.1

TV 3 12 7.1

TV 9 30 17.8

TV AH 67 40

JUML AH 168 100.0 Saluran Media Frekue nsi Perat us (%)

TV 1 59 35.1

TV 3 12 7.1

TV 9 30 17.8

TV AH 67 40

JUML AH 168 100.0 Saluran Media Frekue nsi Perat us (%)

TV 1 59 35.1

TV 3 12 7.1

TV 9 30 17.8

TV AH 67 40

JUML AH 168 100.0 Salura n Media Frekue nsi Peratu s (%)

TV 1 59 35.1

TV 3 12 7.1

TV 9 30 17.8

TV AH 67 40

JUMLAH 168 100.0

Saluran Media Frekue nsi Perat us (%)

TV 1 59 35.1

TV 3 12 7.1

TV 9 30 17.8

TV AH 67 40

JUML AH 168 100.0 Saluran Media Frekue nsi Perat us (%)

TV 1 59 35.1

TV 3 12 7.1

TV 9 30 17.8

TV AH 67 40

JUML AH 168 100.0 Salura n Media Frekue nsi Peratu s (%)

TV 1 59 35.1

TV 3 12 7.1

TV 9 30 17.8

TV AH 67 40

JUML AH 168 100.0 Saluran Media Frekue nsi Perat us (%)

TV 1 59 35.1

TV 3 12 7.1

TV 9 30 17.8

TV AH 67 40

JUMLA H 168 100.0 Saluran Media Frekue nsi Perat us (%)

TV 1 59 35.1

TV 3 12 7.1

TV 9 30 17.8

TV AH 67 40

JUML AH 168 100.0 Salura n Media Frekue nsi Peratu s (%)

TV 1 59 35.1

TV 3 12 7.1

TV 9 30 17.8

TV AH 67 40

JUMLA H 168 100.0 Saluran Media Frekue nsi Perat us (%)

TV 1 59 35.1

TV 3 12 7.1

TV 9 30 17.8

TV AH 67 40

JUMLA H 168 100.0 Saluran Media Frekue nsi Perat us (%)

TV 1 59 35.1

TV 3 12 7.1

TV 9 30 17.8

TV AH 67 40

JUML AH 168 100.0 Salura n Media Frekue nsi Peratu s (%)

TV 1 59 35.1

TV 3 12 7.1

TV 9 30 17.8

TV AH 67 40

JUMLA H 168 100.0 Saluran Media Frekue nsi Perat us (%)

TV 1 59 35.1

TV 3 12 7.1

TV 9 30 17.8

TV AH 67 40

JUMLA H 168 100.0 Saluran Media Frekue nsi Perat us (%)

TV 1 59 35.1

TV 3 12 7.1

TV 9 30 17.8

TV AH 67 40

JUML AH

(11)

Data yang terdapat dalam Jadual 1 telah diambil pada tarikh 1 hingga 7 Jun 2011 iaitu sebelum bulan Ramadhan. Data menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 168 program berunsurkan keislaman yang disiarkan oleh empat stesen televisyen iaitu TV 1, TV 3, TV 9 dan TV Al Hijrah

seperti yang terdapat dalam senarai rancangan televisyen di akhbar berkenaan. Berdasarkan jadual di atas, TV Al Hijrah paling banyak menyiarkan rancangan televisyen yang berunsurkan keislaman iaitu sebanyak 67 (38.7%). Ini kerana focus TV Al Hijrah adalah kepada rancangan-rancangan beragama Islam selaras dengan kewujudan saluran televisyen ini untuk masyarakat Muslim. Manakala TV 1 pula menyiarkan sebanyak 59 (34.1%) program yang berunsurkan keislaman. TV 9 pula menduduki tempat ketiga terbanyak iaitu 35 (20.2%) dan diikuti dengan TV 3 iaitu 12 (7%).

Jadual 2: Taburan Program Berunsurkan Islam Mengikut Siaran Televisyen (8-14 Ogos 2011)

Saluran Media Frekuensi Peratus (%)

TV 1 113 30

TV 3 48 12.0

TV 9 65 17.0

TV AH 155 41

(12)

Hasil analisis program berunsurkan Islam yang disiarkan pada bulan Ramadhan iaitu 8 hingga 14 Ogos 2011, iaitu semasa bulan Ramadhan dipaparkan dalam Jadual 2. Sekali lagi didapati, TV Al Hijrah mengungguli bilangan rancangan keagamaan Islam di antara siaran televisyen yang lain. Sebanyak 155 (41%) program berunsurkan Islam telah disiarkan dan kebanyakannya berbentuk dokumentari seperti program Madrasah Al Hijrah (Aqidah, Syariah, Akhlak dan Al Quran dan As Sunnah), Signs of the Creator, Al Quran: The New Dawn dan sebagainya. Selain itu, TV 1 juga turut banyak menerbitkan program berunsurkan keislaman dengan jumlah sebanyak 113 (28.9%). TV 9 dan TV 3 masing-masing sebanyak 65 (16.6%) dan 48 (12.3%).

Apabila diteliti taburan rancangan mengikut hari, Jadual 3, memaparkan bilangan rancangan berunsurkan Islam pada bulan bukan Ramadhan. Rata-rata TV 1 dan TV Al Hijrah menyiarkan lebih banyak rancangan berbanding stesen-stesen yang lain.

Jadual 3: Taburan Program Berunsurkan Islam Mengikut Hari (1-7 Jun 2011)

Hari TV 1 TV 3 TV 9 TV AH

Rabu 10 (17%) 0 (0%) 7 (23%) 6 (10%)

Khamis 11 (18%) 1 (8%) 6 (20%) 9 (13%)

Jumaat 10 (17%) 4 (33%) 6 (20%) 12 (18%)

(13)

Ahad 10 (17%) 4 (33%) 1 (3%) 16 (24%)

Isnin 10 (17%) 1 (8%) 4 (14%) 10 (15%)

Selasa 4 (7%) 0 (0%) 5 (17%) 5 (7%)

JUMLAH 59 (100.0%) 12 (100.0%) 30 (100.0%) 67 (100.0%)

Maklumat dalam Jadual 3 menunjukkan jumlah program berunsurkan keislaman yang disiarkan sebelum bulan Ramadhan mengikut hari seperti yang tercatat dalam senarai rancangan. Hari Ahad menunjukkan catatan yang paling tinggi iaitu sebanyak 16 (24%) kali program atau siaran berunsurkan keislaman telah disiarkan iaitu di TV Al Hijrah. Ini diikuti dengan pada hari Jumaat iaitu sebanyak 12 (18%) siaran di TV Al Hijrah dan 10 (17%) siaran di TV 1. Manakala, TV 3 pula tidak menyiarkan sebarang bentuk program berunsurkan keislaman pada hari Rabu dan Selasa.

Sebagai perbandingan, Jadual 4 menyatakan bilangan rancangan televisyen berunsurkan Islam yang diarkan oleh keempat-empat stesen pada bulan Ramadhan. Secara amnya memang ada peningkatan bagi semua stesen televisyen.

Jadual 4: Taburan Program Berunsurkan Islam Mengikut Hari (8-14 Ogos 2011)

Hari TV 1 TV 3 TV 9 TV AH

(14)

Ahad 3 (3%) 3 (6%) 2 (3%) 12 (7%) JUMLAH 113 (100.0%) 48 (100.0%) 65 (100.0%) 155

(100.0%)

Berdasarkan jadual di atas, TV Al Hijrah menyiarkan sebanyak 29 (20%) siaran berbentuk keislaman pada hari Sabtu dan merupakan catatan yang tertinggi. Selain itu, sebanyak 27 (18%) program telah disiarkan pada hari Jumaat oleh TV Al Hijrah dan sebanyak 23 (21%) siaran telah disiarkan oleh TV 1. Jadual di atas juga menunjukkan, jumlah program yang paling rendah ialah sebanyak 2 (3%) program yang disiarkan oleh TV 9 pada hari Ahad.

Setelah diketahui bilangan atau kekerapan rancangan keagamaan yang disiarkan oleh stesen televisyen yang dikaji, amat baik jika diteliti bentuk atau jenis rancangan yang disiarkan oleh stesen berkenaan. Jadual 5 memaparkan maklumat berkenaan.

Jadual 5: Jenis-Jenis Rancangan Berunsurkan Keislaman di Televisyen (1-7 Jun 2011)

Jenis Rancangan TV 1 TV 3 TV 9 TV AH

Doa/Bacaan Al-Quran

21 (36%) 0 (0%) 0 (0%) 19 (28%)

Waktu Solat 25 (42%) 0 (0%) 0 (0%) 15 (23%)

Dokumentari 1 (2%) 0 (0%) 0 (0%) 11 (16%)

Program Kanak-Kanak/Kartun

7 (12%) 0 (0%) 7 (23%) 2 (3%)

Ceramah/Tazkirah 3 (5%) 9 (75%) 21 (70%) 15 (23%)

Lain-Lain 2 (3%) 3 (25%) 2 (7%) 5 (7%)

(15)

Hasil kajian mendapati pada bulan sebelum Ramadhan ‘Waktu solat’ merupakan rancangan yang mencatat peratusan yang tinggi iaitu sebanyak 25 (42%) di TV 1 dan 15 (23%) di TV Al Hijrah. Analisis mendapati TV 1 tidak menyiarkan azan lima waktu pada setiap hari Selasa dan Sabtu seperti yang tercatat di dalam intisari rancangan. Manakala TV Al Hijrah pula tidak mencatatkan mereka menyiarkan azan Isyak selama seminggu. TV 3 dan TV 9 tidak mencatatkan rancangan waktu solat dalam intisari rancangan mereka untuk waktu solat lima waktu. Selain itu, rancangan berbentuk doa, tazkirah atau bacaan Al-Quran banyak disiakan di TV 1 iaitu sebanyak 21 (36%) dan TV Al Hijrah sebanyak 19 (28%). Kebanyakan program seperti ini disiarkan pada waktu pagi seawal 5.37 pagi dan turut dd\isiarkan sebelum siaran azan atau waktu solat. Selain itu, program berbentuk ceramah atau tazkirah paling banyak disiarkan di TV 9 iaitu sebanyak 21 (70%) seperti Usrah, Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah, Semanis Kurma dan sebagainya. Lain-lain rancangan adalah seperti program berbentuk kuiz seperti contoh Sarjana Muslim (TV Al Hijrah), drama seperti Ayat-Ayat Cinta (TV 3) dan sebagainya.

Perlu dinyatakan bahawa maklumat yang terpapar dalam jadual adalah mengikut maklumat yang terdapat dalam ringkasan rancangan televisyen yang dicetak pada akhbar terpilih bagi tempoh kajian.

Bagi jenis rancangan keagamaan dalam bulan Ramadhan, Jadual 6 menampakkan penambahan pada jenis rancangan.

Jadual 6: Jenis-Jenis Rancangan Berunsurkan Keislaman di Televisyen (8-14 Ogos 2011)

Jenis Rancangan TV 1 TV 3 TV 9 TV AH

Doa/Bacaan Al-Quran

16 (14%) 11 (23%) 0 (0%) 21 (14%)

(16)

Dokumentari 20 (18%) 15 (31%) 0 (0%) 32 (20%) Program

Kanak-Kanak/Kartun

12 (10%) 0 (0%) 10 (15%) 8 (5%)

Ceramah/Tazkirah 19 (17%) 12 (25%) 31 (48%) 63 (41%) Pengumuman

Waktu Berbuka Puasa/Imsak

18 (16%) 8 (17%) 9 (14%) 16 (10%)

Lain-Lain 8 (7%) 2 (4%) 15 (23%) 6 (4%)

JUMLAH 113 (100.0%) 48 (100.0%) 65 (100.0%) 155 (100.0%)

(17)

Kesimpulan

Berdasarkan analisis yang telah dijalankan selama seminggu, mendapati bahawa program-program berunsurkan keislaman bertambah pada bulan Ramadhan. Transformasi perubahan ini menunjukkan memang ada usaha di kalangan stesen televisyen serta pengamal media menyiarkan program berunsurkan keislaman ini dalam bulan yang mulia ini. Secara keseluruhan, TV Al Hijrah telah menyiarkan lebih banyak rancangan keagamaan sesuai dengan tujuan penubuhannya. Ini kerana stesen televisyen tersebut berjaya menyiarkan hampir 100% program berunsurkan keislaman sesuai dengan visi dan misinya yang ingin mengangkat martabat Islam di negara ini khusunya serta di dunia.

Di samping itu usaha yang diamalkan oleh stesen-stesen televisyen yang lain tidak boleh diperkecilkan. Mereka juga ada memuatkan rancangan keagamaan dalam siaran masing-masing dan ini juga bertambah dalam bulan Ramadhan. Moga-moga usaha untuk mengimarahkan bulan Ramadhan oleh setiap stesen televisyen akan bertambah pada masa akan datang.

Bagi kajian akan datang amat baik sekiranya tempoh masa siaran rancangan keagamaan ini dikaji berbanding dengan tempoh masa siaran rancangan berita, hiburan, sukan, filem dan lain-lain. Di samping itu, masa rancangan keagamaan ini disiarkan pada sesuatu hari itu juga perlu diteliti bagi menampakkan kesungguhan stesen televisyen dalam mendidik penonton kearah menjadi ummah yang lebih baik.

Pengkhususan khalayak atau kumpulan sasar oleh setiap stesen televisyen memang perlu bagi tujuan komersial dan kesesuaian rancangan. Oleh itu, maklumbalas daripada kumpulan sasar terhadap rancangan siaran televisyen amat perlu bagi menyerlahkan keperluan penonton dari segi kandungan rancangan serta jenis rancangan yang mereka inginkan. Selain itu, dicadangkan juga agar satu kajian dilakukan untuk mengenal pasti tahap kepuasan penonton terhadap program TV yang berunsurkan keislaman ini agar program sebegini boleh ditambahbaik dan sekaligus berjaya menarik lebih ramai penonton. Dengan pertambahan saluran media juga sebenarnya memberi peluang kepada pengamal media untuk menyiarkan lebih banyak lagi program yang berunsurkan keislaman pada masa-masa akan datang.

(18)

Rujukan

Fuziah Kartini Hassan Basri. 2009. Televisyen dan Islam Hadhari: Potensi dan Kekangan dalam Mohd

Safar Hasim & Zulkiple Abd. Ghani (ed.), Komunikasi di Malaysia Suatu Penelitian Awal Pendekatan

Islam Hadhari. p. 219-235.

Hamid Mowlana. 2007. Theoretical Perspectives on Islam and Communication. China Media Research,

3(4), 23-33.

Media Planning Guide Malaysia 2010 (ed. 16), Kuala Lumpur: Perception Media.

Mohd Yusof Hussain. 2003. Mass Media in Peninsular Malaysia dalam Mohd Yusof Hussain (ed.), Mass

Media in Selected Muslim Countries. p. 37-63.

Rahmah Hashim. Industrialisasi dan Globalisasi: Cabaran Teknologi Media Komunikasi terhadap

Kelangsungan Generasi. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Cabaran Industrialisasi kepada Kelangsungan Generasi. Kuantan, 22 Ogos 1995.

Sohirin M. Solihin. 2008. Islamic Da’wah Theory and Practice. KL: IIUM Press

Zulkiple Abd. Ghani. 2010. Dakwah dalam Era Siber di Malaysia. Bandar Baru Nilai: Penerbit USIM.

Zulkiple Abd. Ghani. 2001. Islam, Komunikasi dan Teknologi Maklumat. KL: Utusan Publications &

Distributors Sdn. Bhd.

n.a. Our Profile

http://www.mediaprima.com.my/aboutus/our_profile.aspx, 17 Sept 2011.

n.a. TV3 Inspirasi Hidupku

http://www.mediaprima.com.my/business/tv3.aspx, 17 Sept 2011.

n.a. TV9 Di Hatiku

http://www.mediaprima.com.my/business/tv9.aspx, 17 Sept 2011.

n.a. Content Creation

http://www.mediaprima.com.my/business/primeworks.aspx, 17 Sept 2011.

n.a. Prese Releases: Media Prima Registers Higher Revenue and Earnings for First Half FY2011

http://www.mediaprima.com.my/pressrelease/pressrelease.aspx?id=145, 17 Sept 2011.

n.a. Mengenai RTM http://www.rtm.gov.my/rtmnew/index.php?

option=com_content&view=article&id=83&Itemid=55&lang=en, 19 Sept 2011.

n.a. Tentang Kami dan Falsafah Penyiaran

http://www.tvalhijrah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=169&Itemid=362, 19 Sept 2011.

(19)

Referensi

Dokumen terkait