• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGARUH IDEOLOGI LIBERAL DALAM PENDIDIK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENGARUH IDEOLOGI LIBERAL DALAM PENDIDIK"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

PENGARUH IDEOLOGI LIBERAL DALAM PENDIDIKAN MASYARAKAT ISLAM DI LEMBAH KELANG, TINJAUAN AWAL DAN FAKTOR PENULARAN

Mohd Hambali bin Rashid Siti Suhaila binti Ihwani Nik Mohd Zaim bin Ab Rahim

Zaharah Mustaffa

ABSTRAK

Perkembangan semasa Liberalisme di Malaysia menunjukkan bahawa pemikiran liberal terus disebarkan secara meluas dalam kalangan umat Islam walaupun fatwa pengharamannya telah dikeluarkan. Jika tidak ditangani dengan segera, tidak mustahil fahaman liberal ini akan terus berkembang, terutama kepada generasi muda yang boleh menimbulkan kekeliruan terhadap pegangan agama yang berteraskan akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang menjadi dasar akidah umat Islam di Malaysia. Mutakhir ini gerakan Libelarisma begitu hebat dilancarkan oleh pihak-pihak tertentu yang kelihatan pengaruhnya semakin berleluasa mencengkam pemikiran umat Islam. Kajian ini merupakan tinjauan awal terhadap pengaruh fahaman Liberal dalam kalangan masyarakat Islam Di Lembah Kelang dan faktor-faktor yang menyebabkan terpengaruhnya masyarakat Islam terhadap gerakan Liberalisme.

Kata kunci: Liberalisme, Ahli Sunnah Wal Jamaah, Pengaruh

PENDAHULUAN

Fahaman liberal semakin menular dan mempengaruhi sebahagian masyarakat Islam. Mutakhir ini golongan yang berfahaman liberal semakin berani mengutarakan beberapa isu yang kontroversi dan idea-idea yang jelas bertentangan dengan akidah Islam.

PENGARUH IDEOLOGI LIBERAL DALAM PENDIDIKAN MASYARAKAT

Sebagai langkah bagi menyebarkan fahaman liberal, pelbagai usaha dilakukan melalui penulisan di akhbar, penerbitan buku-buku dan laman sesawang yang menyokong aliran fahaman Islam liberal (Ahmad Yumni Abu Bakar dan Mohd Fairuz Jamaluddin, 2014).

(2)

i. Sistem politik demokrasi mutlak dan menegakkan sebuah negara sekular.

ii. Semua agama adalah sama. Fahaman liberal menggagaskan fahaman pluralism agama sebagai anutan baru.

iii. Kesamaan hak antara lelaki dan wanita.

iv. Batasan aurat yang ditentukan oleh Islam perlu dibuat penilaian semula.

v. Menolak autoriti ulama kerana.

Antara agenda utama golongan pelampau Muslim Liberal ialah memperjuangkan fahaman pluralisme agama dengan menyamatarafkan semua agama, agar kedudukan agama Islam sebagai agama yang paling benar dapat dihapuskan. Secara tidak langsung kedudukan agama Islam di Malaysia dapat direndahkan sehingga boleh mengundang kepada gejala murtad. Perkara ini selari dengan salah satu tuntutan IFC supaya membenarkan orang Islam untuk murtad tanpa dikenakan apa-apa halangan dan tindakan. Dengan sebab inilah mereka turut menentang pemerkasaan terhadap Mahkamah Syariah dan Undang-undang Syariah, seperti menentang Akta RUU355 dan sebagainya lagi. Mereka juga berhasrat untuk menghapuskan institusi-institusi agama Islam di Malaysia (Muhammad Rashidi, 2017).

Penyelewengan Akidah dan Syariah

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25-27 Julai 2006 telah membincangkan Aliran Pemikiran Liberal: Hukum dan Implikasinya Kepada Islam di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Gerakan Pemikiran Liberal mengandungi fahaman-fahaman yang didapati menyeleweng dari aspek akidah dan syariah seperti berikut:

Aspek Akidah

(3)

c. Meragui Ketulinan Al-Quran

Aspek Syariah

a. Mempersoalkan Metodologi Pentafsiran Al-Qur’an Dan Al-Hadith b. Menggesa Tafsiran Baru Konsep Ibadat

c. Mempertikaikan Kriteria dan Akhlak Kenabian d. Sikap Terhadap Ilmu-Ilmu Islam

e. Sikap Terhadap Hukum Fiqh

Isu-Isu Yang Diketengahkan Dalam Masyarakat Islam

Beberapa isu yang dianggap agak mudah mempengaruhi pemikiran masyarakat terutama di kalangan mereka yang kurang memahami agama cuba diutarakan oleh golongan ini, antaranya:

i. Persamaan Gender

(4)

Program Musawah atau Global Movement for Equality and Justice in the Muslim Family yang antara lain tujuannya adalah untuk memperjuangkan kesaksamaan wanita telah berjaya mengumpul tokoh-tokoh liberal dari seluruh dunia untuk bersama-sama memikirkan kaedah untuk memperjuangkan hak wanita dan membebaskan mereka dari penindasan atas nama agama dan atas nama hukum syarak. Ada di antara mereka menganggap bahawa undang-undang keluarga Islam yang ada seperti memberi ketidakadilan kepada wanita. Lebih parah, ada yang menganggap Islam menindas kaum wanita, tidak memberi kebebasan dan mengongkong wanita daripada melakukan aktiviti kemasyarakatan (Mohd Roslan Mohd Nor, 2011).

ii. Aurat Wanita Islam

Aliran Pemikiran Islam Liberal melihat bagi memerdekakan wanita Islam dari belenggu kejumudan, salah satunya melalui pemahaman aurat yang universal. Mereka melihat persoalan tudung, jubah dan menutup aurat itu sebagai suatu yang merimaskan wanita dan wanita Islam perlu dibebaskan dari pakaian yang menutup aurat tersebut (Mohd Roslan, 2011). Bahkan apabila ditanya kepada seorang aktivis Islam Liberal: “Kenapakah anda tidak memakai tudung?” Jawapan yang diberikan adalah: “Pakaian yang dituntut dalam Islam adalah taqwa” yang merujuk kepada Firman Allah yang bermaksud;

“Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan dan pakaian takwa itulah yang paling baik yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat”.

(Al-Quran, al-A’raaf 07:26).

(5)

dilabuhkan bagi menutup dada. Beliau menyatakan “There is no word in the Quran that says cover your hair. Quran says your cloth to yr chest. Covering hair is encouraged, not wajib” (Mrym@mrymler, 25 May 2017).

Maryam juga setakat ini mengelak dari menjawab soalan-soalan yang dikemukakan kepadanya mengenai kenyataan itu secara langsung, sebaliknya hanya menyatakan sumbernya ialah ulama kontemporari Indonesia, Prof. Quraish Shihab yang ditemuinya secara peribadi di negara itu.

iii. Mempertahankan Hak-hak Asasi LGBT

Islam Liberal mengiktiraf hak-hak bagi golongan lesbian dan gay. Mereka menganjurkan usaha-usaha untuk membela dan mempertahankan hak-hak sivil golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan individu yang mengamalkan interseksual. Agenda mereka menyokong sebarang usaha atau ketetapan yang memberikan hak-hak yang sama rata untuk semua golongan manusia dalam sebuah masyarakat Islam tanpa mengira jenis, fahaman agama, budaya dan gaya hidup seseorang (Jabatan Agama Islam Selangor, 2011).

Di Malaysia, sekali lagi umat Islam dikejutkan dengan isu kedatangan Irshad Manji bagi melancarkan buku terbarunya ‘Allah, Liberty & Love’ bagi memberikan sokongan kepada penganut LGBT. Namun pihak berkuasa atas kapasiti yang ada padanya telah berjaya menghalang program ini dari terus dilaksanakan.

iv. Berkongsi Nilai Sejagat Melalui Pluralisme Agama

(6)

fahaman Pluralisme Agama dibentuk sebagai usaha gologan Islam Liberal menangani isu ini.

Pluralisme agama dikesan mula berkembang di Barat pada abad ke-20, berpunca dari andaian bahawa pertumpahan darah yang banyak berlaku di dunia adalah akibat daripada sikap eksklusif dalam mendakwa kebenaran (truth claim). Sememangnya didapati bahawa penganut agama Yahudi dan Nasrani telah bersikap eksklusif dan dogmatik dalam mendakwa kebenaran tanpa berhasil memberikan bukti yang kukuh atas dakwaannya itu, dan hal ini menimbulkan ketegangan di antara penganut agama yang berbeza. Bertitik tolak daripada andaian di atas, ramai pemikir dan ahli teologi Barat melihat bahawa faham pluralisme agama ini adalah satu-satunya jalan keluar bagi menangani sikap saling memusuhi dan tidak toleran masyarakat beragama (religious intolerance) yang mengakibatkan peperangan yang panjang, baik sesama penganut Kristian-Katholik, Protestan, Mormon dan lain-lain, mahupun antara penganut Kristian dengan penganut Yahudi atau terhadap penganut agama lain atau ideologi lainnya. Ia juga dilihat dapat mengurangkan ketegangan antara dunia Barat dengan dunia Islam. Di pihak dunia Islam pula, pluralisme semakin mendapat tempat dan rancak dibicarakan setelah peristiwa 11 September sebagai jalan penyelesaian dalam menangani ekstrimisme dan terorisme yang dilakukan oleh sebahagian kecil orang Islam. Dengan kata lain, peristiwa ini telah dijadikan satu kesempatan dan peluang yang tepat bagi penyebaran faham pluralism agama di kalangan orang Islam (Khalif Muammar, 2013).

FAKTOR PENULARAN IDEOLOGI LIBERAL DALAM MASYARAKAT ISLAM

(7)

Kekurangan ilmu akidah yang mantap di kalangan sebahagian masyarakat memudahkan fahaman ini menular kerana fahaman liberal menggunakan hujah logik akal. Idea kebebasan mutlak boleh menjadikan mereka menentang al-Quran dan Hadis, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dengan dakwaan bahawa al-Quran dan Hadis tidak lagi sesuai diamalkan pada zaman kini dan memerlukan penafsiran semula yang lebih moderat (liberal). Propaganda ini bertujuan untuk merosakkan keutuhan ajaran Islam yang telah meletakkan kebenaran dan autoriti ilmu sebagai asas utama kepada akidah, syariah dan akhlak. Ini bermaksud, fahaman Islam Liberal akan menjauhkan dan memesongkan pemikiran umat Islam dari ajaran Islam yang

sebenar.

Perkembangan semasa Liberalisme di Malaysia menunjukkan bahawa pemikiran liberal terus disebarkan secara meluas dalam kalangan umat Islam walaupun fatwa pengharamannya telah dikeluarkan. Ini disebabkan pengaruh media sosial di mana siapa sahaja dengan cara yang mudah dapat menerima maklumat sebagai pendidikan tidak formal masyarakat. Generasi muda terutamanya secara bebas boleh melayari maklumat yang disampaikan oleh golongan liberal yang mungkin kerana faktor kurang kemantapan akidah menyebabkan mereka menerima idea-idea baru yang dianggap up to date.

Faktor kemajuan dan kemodenan yang diimpikan oleh masyarakat kadang-kadang menjadi umpan yang laris kepada agenda liberal untuk mendekati masyarakat. Menurut Muhammad Razak Idris (2006), fahaman liberal adalah fahaman yag berkait rapat dengan idea dan gerakan modenisme. Gerakan modenisme ini merupakan idea untuk membebaskan sesebuah masyarakat daripada kongkongan adat resam dan tradisi yang sempit yang dianggap sebagai penghalang kepada budaya kemajuan dan kebebasan. Golongan liberal adalah golongan yang bertanggungjawab memainkan peranan dalam menyebarkan ajaran dan idea gerakan modenisme ini. Bagi mereka, untuk mengecap kemajuan hidup, masyarakat perlu membebaskan diri mereka dari kongkongan tradis. Diayah ini sangat menarik perhatian masyarakat sehinggakan mereka yang cuba menanam benih-benih Islam liberal kadang-kadang dianggap sebagai tokoh yang progresif yang ingin membawa masyarakat ke arah kemajuan.

(8)

terlatih yang mendokong faham pluralism dan inklusivisme yang menyediakan bahan-bahan ilmiah, wawancara dan artikel yang boleh mempengaruhi minda masyarakat (Bharuddin Che Pa, 2008).

Kebebasan memberi pendapat atau berijtihad yang dilaung-laungkan oleh golongan liberal juga menarik perhatian masyarakat. Golongan ini memperlihatkan kepada masyarakat awam bahawa apa yang dilakukan oleh meraka mampu menjadikan agama Islam dipandang mulia di sisi masyarakat bukan Islam, selain selari dengan perkembangan kontemporari. Sebagai contoh, JIL mengemukakan empat agenda utama yang diperjuangkan iaitu sistem politik, toleransi agama, emansipasi wanita dan kebebasan berpendapat yang ditekankan oleh mereka bertujuan memuliakan dan memartabatkan kembali agama Islam yang kini dianggap sebagai pembela keganasan oleh masyarakat non-Muslim (Ahmad Yumni, 2014). Diayah ini mudah merasuk ke dalam jiwa masyarakat yang kurang ilmu agama tetapi ingin menjadi pembela agama.

PENUTUP

Pengaruh ideologi liberal sangat merbahaya kepada akidah masyarakat. Pengaruh ini perlu dibenteras segera. Berhala dalam bentuk moden ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi jenerasi muda kita terutama melalui media baru. Kefahaman yang jitu tentang akidah yang jelas adalah senjata yang ampuh untuk menghalang penularannya.

Rujukan

Adian Husaini. 2005. Islam Liberal, Pluralisme Agama dan Diabolisme Intelektual. Surabaya: Risalah Gusti.

Adian Husaini. 2010. Pluralisme Agama Musuh-Musuh Agama. Indonesia: Dewan Dakwah Indonesia.

Ahmad Yumni Abu Bakar dan Mohd Fairuz Jamaluddin. 2014. Menjawab Islam Liberal

(9)

Arifin Suhaimi. 2013. Wabak Pluralisme, Bahaya Pluralisme Agama dan Pendirian Islam. Kuala Lumpur: Inteam Publishing Sdn. Bhd.

Bharuddin Che Pa, Raja Hisyamudin Raja Sulong, Afriandi Sanusi. 2008. Gerakan Islam Liberal dan Pandangannya Terhadap Warisan Turath Islam Klasik. Seminar Pemikiran Islam 24 Ogos. Anjuran PUM dengan kerjasama YADIM

Haslina Ibrahim. 2014. Dari Kepelbagaian Agama Kepada Pluralisme Agama: Sejarah Perkembangan. Dalam Mohd Farid Mohd Shahran: Pluralisme Agama Satu Penelitian Islami.Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Jabatan Agama Islam Selangor 2011. Sister in Islam: Wajah Gerakan Islam di Malaysia. Selangor: JAIS.

Kamali, Muhammad Hashim. 2009. Diversity and Pluralism: A Quranic Perspective. Islam and Civilisational Reward. IAIS.

Khalif Muammar. 2013. Islam dan Pluralisme Agama. UTM: Centre for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation (CASIS).

Mohd Farid Mohd Shahran. 2014. Pluralisme Agama Satu Penelitian Islami. Kuala Lumpur: IKIM.

Mohd Roslan Mohd Nor. 2011. Menangani Cabaran Umat Islam Era Moden. Jurnal al-Tamadun, 6, 107-108)

Muhammad Rashidi. 2017. Pemikiran Liberalisme Dalam Wacana Agama dan Ancamannya di Malaysia. Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah Ke-9 di Auditorium Besar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Seminar anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) dengan kerjasama JAKIM dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). 17 Jan 2017.

Muhammad Razak Idris. 2006. Aliran Islam Liberal Cabaran Baru Umat Islam. Dlm Shaharudin Mohd Rumnaizuddin Ghazali & Khairul Ariffin Mohd Munir. Gerakan Islam Antara Dua Paradoks. hlm. 118. Selangor: Edisi Cemerlang Sdn. Bhd.

Mutalib, Hussin. 2007. Religious Diversity and Pluralism in South East Asian Islam: The Experience of Malaysia and Singapore dalam Religious Pluralism in Democratic Societies. ed K.S. Nathan. Singapore: Konrad-Adenauer-Shiftung.

Muzaffar, Chandra, What Pluralism Means to Islam, The Star (18 June 2006)

(10)

Nur Farhana, Mohd Nasir dan Idris Zakariya (2010). Faham Pluralisme Agama dan Percanggahannya Dengan Akidah dan Syariah Islamiyah. Wacana Membenteras Gerakan Pluralisme Agama dan Permutadan, anjuran bersama Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Permuafakatan Badan Amal Islam Wilayah Persekutuan (di bawah Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan), Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)

Osman Bakar. 2010. Exclusive and Inclusive Islam in the Qur’an: Implications for Muslim-Jewish Relations, JISMOR (5).

Riduan Mohd Noor, Ahmad Adnan Fadhil 2009. Islam Liberal dan Pluralisme Agama. Kuala Lumpur: Jundi Resources.

Zainul Abidin, Asri, http://drmaza.com/home/?p=1366 (February 25, 2011)

http://mufti.perak.gov.my/berita/berita041022­2.h

Referensi

Dokumen terkait

In this research, response of the crop by cutting height of 0-5 cm showed more shoots or tillers and leaf area index (Table 2 and 3) because cutting the tip part

Hanging ratio, gaya tenggelam dan gaya apung pada kedua tipe jaring memiliki hasil yang sesuai dengan ukuran baku perakitan trammel net.. Copyright © 2019

Berdasarkan hasil penelitian dapat ditarik kesimpulan nilai rerata kemampuan menyusui responden sebelum 61,77 dengan standar deviasi 13,423 dan setelah 95,57 dengan

Sistem Manajemen Keselamatan dan Kesehatan Kerja (SMK3) secara normatif sebagaimana terdapat pada PER.05/MEN/1996 pasal 1, adalah bagian dari sistem

Menurut para ulama, makna kedua hadits ini bukan berarti semua perkara yang baru adalah urusan agama tergolong bid‟ah, karena mungkin ada perkara baru dalam

Semakin besar ROA maka semakin baik karena tingkat keuntungan yang dihasilkan perusahaan dari pengelolaan assetnya maka semakin besar, dengan pengelolaan asset yang

Meningkatkan Keterampilan Sosial Anak Usia Dini Melalui Metode Bermain Peran (Penelitian Tindakan Kelas Terhadap Anak Usia Dini Kelompok A TK Islam Nur Al Rahman Tahun

Berdasarkan uraian latar belakang tersebut serta dalam rangka meningkatkan kualitas pendidikan sekaligus sebagai solusi terhadap permasalahan proses pembelajaran