• Tidak ada hasil yang ditemukan

HIKAYAT BERSIKAP ISLAM DAN SEPILIS DALAM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "HIKAYAT BERSIKAP ISLAM DAN SEPILIS DALAM"

Copied!
25
0
0

Teks penuh

(1)

HIKAYAT BERSIKAP: ISLAM DAN SEPILIS DALAM MASYARAKAT HARI INI

Di akhir usia, berpendirian dan berprinsip itu penting untuk menjejak pintu syurga

Oleh Aku Dalam Chermin1

Kata Mula

Peningkatan usia menandakan semakin dekat dengan alam kubur dan api neraka. Usia berbaki membolehkan kita merenungi alam dan berdoa agar mendapat hidayah dan bersedia menghadapi mati dalam keadaan menjadi manusia yang beriman dan bertaqwa.

Artikel ini adalah nota penulis yang membicara serba sedikit tentang Islam dan Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme [SEPILIS].

World ie Islam-Melayu dan Politik Kepartian

Perbilangan adat berbunyi:

Adat erse dika huku

Hukum bersendikan Kitabullah Kuat adat tak gaduhkan hukum Kuat hukum tak gaduhkan adat Ikut hukum muafakat

Ikut adat uafakat

Begitulah perbilangan adat Melayu yang menunjukkan peradaban Melayu dipengaruhi oleh Islam. Adat e se dika huku , Huku e se dika

Kita ullah . Dua a isa ayat ini mengambarkan adat Melayu bersumberkan kitab Allah SWT iaitu al Quran. Ia juga mengambarkan berlakunya Islamisasi terhadap adat apabila unsur-unsur Islam telah mengikis unsur-unsur Kebudayaan Hindu-Buddha yang pernah dianuti oleh sebahagian pemimpin dan rakyat ketika itu. Unsur-unsur yang bertentangan dengan aqidah dan syariat Islam secara automatiknya tertolak.

1

(2)

Menurut Syed Muhammad Naquib al Attas, Islamisasi: Islamisasi adalah pembebasan manusia, pertama daripada tradisi tahyul, mitos, animis, kebangsaan dan kebudayaan, dan selepas itu (pembebasan) akal dan bahasa

daripada pe garuh sekularis e. Tambah Syed Muhammad Naquib al Attas lagi,

Isla isasi ialah proses dua hala: pe e asa diri da pe ge alia diri kepada

kejadian asalnya, kepada fitrah .

Langkah pertama Islamisasi ialah Islamisasi akal dan pemikiran melalui Islamisasi bahasa.2 Bahasa bukan sahaja jiwa bangsa tetapi menyebabkan perubahan

worldview masyarakat Islam. Perubahan ini tidak melibatkan parti politik atau masyarakat tetapi pada akal dan diri mereka yang berkewajipan mengetahui dan bertindak dengan adil dan hikmah.3

Langkah kedua Islamisasi ialah pendidikan melalui kurikulum. Kemudian, diikuti Islamisasi sistem dan institusi dalam kerajaan, masyarakat dan organisasi.

Selagi Islamisasi akal dan pemikiran tidak berjaya dilakukan, pengembalian Islam dalam sistem dan institusi dalam kerajaan, masyarakat dan organisasi tidak berupaya diusahakan.

Dalam tradisi Islam-Melayu, Islamisasi akal dan pemikiran telah dilakukan oleh para ulama yang mendekati, menasihati dan mendidik pemimpin dan ilmuwan Melayu sehingga mereka menganuti Islam secara zahir dan batin melalui pemikiran mereka. Maka, muncullah pemerintahan Islam melalui kerajaan-kerajaan Melayu-Islam.

Kedatangan dan campurtangan Barat sebagai penjajah, imperialis, kapitalis dan birokrat telah mengikis pengaruh Islam dalam kalangan pemimpin dan ilmuwan Melayu sehingga berlaku pelunturan Islam atau penyah-Islamisasi berlaku dalam kerajaan, masyarakat dan organisasi Melayu Islam. Islam telah ditempatkan hanya sebagai agama dan adat istiadat bukan lagi sebagai satu cara hidup dan satu sistem dalam empayar atau kerajaan Melayu.

2

Bahasa Arab telah diIslamisasikan oleh al Quran. 3

(3)

Perundangan Islam dimansuhkan oleh penjajah walaupun mereka hanya

dikataka e au gi ege i-negeri Melayu.

Pada hari ini, realiti dominan masyarakat Melayu-Islam, sejarah dan kehendak politik masih berupaya mengembalikan Islam sebagai cara hidup di Malaysia termasuk Islam bernegara dalam pemerintahan dan kebudayaan negara. Malangnya, perbalahan politik dan pengaruh sekularisme yang merebak dalam masyarakat menyukarkan pengembalian Islam ini.

Usaha gigih Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang cuba mengembalikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam dan pelaksanaan Hukum Hudud masih lagi gagal walaupun memenangi Kelantan secara demokrasi. Pelaksanaan Negara Islam dan Hukum Hudud memerlukan model kerana Malaysia sebuah negara majmuk-pelbagai kaum dan agama. Justeru, PAS sangat memerlukan wilayah yang teras masyarakat dan kehendak politiknya Melayu-Islam. Negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis adalah negeri teras Melayu-Islam. Penguasaan negeri-negeri ini memberi peluang kepada PAS mewujudkan model Negara Islam dan Hukum Hudud. Malangnya ia digagalkan oleh elemen sekularis di peringkat kerajaan persekutuan.

Usaha berterusan PAS dan elemen Islam dalam kerajaan perlu dilakukan secara padu. Malangnya, elemen sekular-liberal dalam kerajaan dan parti pembangkang menjadi duri dalam daging kebangkitan Islam. Gangguan ini berkekalan ekoran faktor politik kepartian iaitu kerenggangan hubungan antara PAS dengan UMNO-BN.

(4)

Worldview Islam adalah suatu pandangan terhadap sesuatu perkara atau isu melalui kaca mata Islam dan iman berdasarkan sumber rujukan ilmu Islam iaitu al Quran dan al Sunnah. Al Quran sarat dengan pelbagai konsep-konsep tentang kehidupan yang tersendiri melalui pengistilahan kata dasar yang yang tersendiri. Konsep-konsep yang datang dan difahami dalam perspektif Quranik menghasilkan

framework atau kerangka pemikiran yang tersendiri yang jelas berbeza daripada

worldview dan framework Barat.

Worldview dan framework diterap melalui keluarga, persekitaran setempat, kebudayaan setempat dan paling penting sistem pendidikan. Semasa penjajahan British, pihak penjajah telah menghuru-harakan sistem pendidikan dengan menubuhkan sekolah beraliran Inggeris dan sekolah elit untuk melahirkan para birokrat Melayu dalam kalangan anak raja dan bangsawan. Lahirlah Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang melatih pegawai Melayu mempunyai acuan pemikiran dan cara hidup penjajah. Ramai anak raja dan bangsawan telah dihantar ke luar negara untuk mendapatkan pendidikan. Kesannya, worldview dan

framework bakal Sultan dan pentadbir negara kita dipengaruhi oleh worldview

dan framework Barat sehingga akhlak para pentadbir ini mengikut Barat. Akhlak adalah buah kepada iman. Dengan worldview dan framework Barat, buah yang dihasilkan adalah rosak. Pusingan ini berterusan sehingga pada saat ini (2016).

Seorang Islam belum tentu Islamik

Seorang mempunyai tauhid belum berpemikiran tauhidik Seorang yang beriman belum tentu mengimani

Seorang yang beriman belum tentu bertaqwa

Seorang ucapannya dan fizikalnya beriman belum tentu otak-pemikiran dan jiwa beriman

Seorang muslim belum tentu mukmin.

Sumber Ilmu Islam

(5)

sunnah] berbeza dengan sumber ilmu yang lain kerana Islam bersifat praktis. Ia bukan sekadar bicara dan fikir sahaja, ia praktis dan praktis.

“esu gguh ya akhlak Na i itu adalah al Qura [Riwayat Muslim]

Rasulullah SAW menjadikan al Quran itu sebagai praktis dalam kehidupan baginda. Al Quran dan al Sunnah adalah KPI sesorang yang beriman dan bertaqwa. Sheikh Muhammad al Ghazali menamakan Darjat al Quran. Generasi terdahulu membaca al Quran dengan memahami, menghayati dan mempraktis al Quran dalam kehidupan mereka sehingga mencapai Darjat al Quran. Sebaliknya, kita pada hari ini membaca dan memahami al Quran dengan meletakkan al Quran setaraf dengan kehendak akal dan nafsu kita sahaja.

Al Quran dan al Sunnah menjadi sumber rujukan atau panduan ilmu [Sumber Ilmu-al Quran dan al Sunnah] dalam kerangka kehidupan [al Quran dan al Sunnah] untuk mencapai matlamat, tujuan dan makna kehidupan [al Quran dan al Sunnah]. Ini bermakna dari rujukan al Quran dan al Sunnah, untuk mencapai matlamat al Quran dan al Sunnah melalui pendekatan contoh tauladan al Quran dan al Sunnah .

Cara/gaya hidup Nabi Muhammad SAW dalam suasana al Quran. Imam Shafie berkata, Sesungguhnya Sunnah itu ialah pemahaman Nabi terhadap al Quran atau baginda mencurahkan fahamannya kepada al Quran, sehingga hidupnya

terikat rapat de ga al Qura zahir da ati sepe uh ya .

Intisari al Quran mengandungi prinsip-prinsip atau dasar-dasar Islam termasuk syariat yang wajib diyakini dan dipraktiskan. Tiada alasan atau hujah yang boleh menyangkal syariat.

Kita sebagai umat Islam yang beriman wajib menyakini al Quran dan al Sunnah sebagai sumber rujukan kehidupan kita. Kita hendaklah semampu mungkin mengikut kehendak al Quran dan al Sunnah dalam hidup kita.

Sumber ketiga Islam ialah akal4. Dalam syarah kitab Bakurah al Amani, Tuan Guru Haji Salleh Musa, Sik mengatakan akal ialah satu sifat yang Tuhan bubuh [letak]

4

(6)

dalam hati sunubari dan bersambung sampai kepada otak kepala. Akal berperanan membezakan antara yang baik dan buruk [keji]. Daripada akal inilah datang hukum-hakam fiqh yang dibahaskan atau diusulkan oleh para ulama. Di bawah pembahagian sumber akal dalam Islam;

1. al-ij a 2. al Qiyas 3. al Itihsan

4. al Masalih al Mursalah 5. al U f

6. Mazhab Sahabi 7. al Istishab

Sumber akal dalam Islam sangat berkaitan dengan kewibawaan seorang penghujah dan kekuatan hujah yang paling dekat dengan al Quran dan al Sunnah. Penghujah yang menggunakan hujah akal tidak boleh melampaui batasan al Quran dan al Sunnah. Jika tidak, apa yang dihujahkan secara automatiknya terbatal.

Sikap Terhadap Kebenaran Mencetus Pendirian dan Kefahaman Kita

Semua agama benar, menurut kepercayaan dan keyakinan masing-masing adalah benar tidak salah kerana menurut kepercayaan masing-masing hasilnya adalah relatif. Tetapi sudah tentu ada agama paling benar yang bersifat mutlak

*****

Siapakah sebelum Tuhan?

Siapakah yang mencipta Tuhan? Dimana Tuhan pada saat ini?

Semua pertanyaan di atas adalah pertanyaan nakal yang mahu mengoncang keimanan.

(7)

Sebelum menyatakan pendapat, kita tanya dahulu diri kita. Kebenaran yang sebagaimana kita mahu pilih dalam usaha kita menyatakan pendapat. Kebenaran ada dua jenis, kebenaran bersifat objektif dan kebenaran bersifat subjektif. Dalam perbincangan dan wacana serta dalam pemikiran kita, sifat kebenaran yang mana satu yang seringkali mendominasi akal fikiran kita.

Dalam pengkajian teologi, pertanyaan seperti di atas memerlukan pengkajian kebenaran secara objektif bukannya subjektif, rasional bukannya emosional, menggunakan akal bukannya hati. Jika memilih pengkajian kebenaran secara subjektif, kajian tersebut akan menghasilkan atau menambahkan lagi keraguan, relatif, kesangsian, tiada kesudahan, tidak menyelesaikan persoalan dan tidak mendapat jawapan. Semua ini menunjukkan kebenaran subjektif itu terbatas.

Pemikiran manusia memerlukan titik kesudahan atau hujah yang dimutlakkan bukannya berhujah meleret tanpa penyelesaian. Justeru, pengkajian kebenaran bersifat objektif perlulah menjadi pilihan bagi sesiapa yang mahu bertuhan.

Pengakhiran sebuah pemikiran adalah YA atau TIDAK. Persoalan YA atau TIDAK ini menunjukkan kelemahan sifat manusia. YA disisi saya belum tentu YA disisi anda. Oleh itu, perbezaan akan terus berlaku dan tiada kesudahan. Justeru, kita memerlukan sumber ilmu yang boleh dijadikan sebagai HAKIM dalam memutuskan titik noktah atau jawapan muktamad dalam persoalan teologi kita. Sumber itu ialah al Quran. Al Quran yang datang daripada Allah, Tuhan Pencipta Alam Raya ini.

Ada ya g e dak a kebenaran adalah relatif tetapi Tuhan adalah utlak. Kebenaran umpama jalan atau pintu masuk mengapai pencarian Tuhan. Setiap kebenaran memerlukan pintu masuk yang benar untuk mengapai menemui Tuhan yang sebenar. Jika melalui pintu atau jalan yang tidak benar, kita akan akan mensyirikkan Allah SWT. Kita tersesat dalam mencari Tuhan, satu perbuatan yang sangat sia-sia.

kalau ak tahu kelazata laksa, aka lah laksa. Ja ga aka aggi kari .

(8)

Tradisi keilmuan Islam bersifat hormat-kritis. Sifat hormat-kritis ini cukup menarik dalam menghilangkan rasa taksub dan jumud.

Dalam Islam, jika sumber ilmu kita betul dan benar yakni berhujah menggunakan wahyu, kita boleh berbeza pendapat dengan orang lain yang mencedup pendapat lain daripada sumber wahyu yang sama. Rasulullah SAW bersabda, Apabila seorang hakim berhukuman, maka dia berijtihad; sekiranya betul, baginya dua

pahala. “ekira ya salah, agi ya satu pahala .

Kita sayang dan hormat ulama tetapi kita lebih menghormati dan sayangkan kebenaran bertunjangkan al Quran dan al Sunnah. Justeru, kita melihat kehadiran banyak mazhab dalam Islam yang berpunca daripada hujah al Quran, al Sunnah dan akal. Akal digunakan tidak boleh mengatasi syariat kecuali dalam perkara umum yang tidak dinyatakan dalam syariat. Imam Shafie berguru dengan Imam Malik, kemudian Imam Shafie mewujudkan mazhabnya sendiri. Bukanlah bertujuan melawan pendapat gurunya, Imam Malik tetapi pendapat Imam Shafie digunakan dalam suasana dan tempat yang berbeza dengan Imam Malik.

Tiada orang yang maksum kecuali Rasulullah SAW. Manusia lain kebarangkalian melakukan kesalahan sangat besar disamping iman boleh berbolak-balik pagi dan petang. Manusia dinilai pada keputusan, tindakan dan pemikiran semasa bukannya pada latarbelakang masa lalu. Dan kita tidak mampu menghukum apa yang belum berlaku pada masa akan datang.

Cara mengkritik guru penuh beradab-cara yang betul, tidak emosional dan hujah-hujah yang diselidik diyakini benar. Kita ambil ibrah daripada pesan Imam as

“yafie, siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia

se e ar ya e ghi a u .

Aku Ulama, Kamu Juga Ulama!

(9)

eksklusif untuk orang-orang tertentu sahaja. Dari segi ilmu, ulama dengan orientalis adalah sama. Perkara yang membezakan kedua-dua kelompok ini ialah Islam, iman dan taqwa.

Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, ulama ada pelbagai peringkat. Penulis bersetuju dengan pendapat beliau. Ulama ada pelbagai peringkat berdasarkan tahap ilmu, amalan dan taqwa mereka. Sudah tentu seseorang yang mahu menjadi seorang ulama perlu memenuhi syarat-syarat seorang ulama.

Kita perlu berusaha menjadi seorang ulama dalam erti kata yang sebenarnya. Ulama bukan sahaja datang daripada lulusan bidang agama. Ulama datang daripada usaha orang beriman yang belajar dengan gigih untuk meningkatkan ketaqwaan mereka dan mendekat diri mereka dengan Allah dengan mempraktiskan Islam sebagai satu cara hidup. Justeru, kita kena lengkapkan diri kita dengan syarat dan kelayakan asas seorang ulama;

1. Mesti menguasai bahasa Arab 2. Mesti mengetahui al Quran 3. Mesti mengetahui Sunnah 4. Mesti mengetahui Usul al Fiqh

5. Perlu mengetahui masalah-masalah yang telah diij a 6. Perlu mengetahui Maqasid Syariah

7. Kesediaan fitrah untuk berijtihad 8. Adil dan bertaqwa

Penuhi syarat dan kelayakan di atas, baru kita mampu berijtihad tanpa bersandarkan para ulama semasa. Syarat dan kelayakan di atas mampu dilakukan oleh semua manusia yang mahu menguasai ilmu-ilmu Islam. Syarat dan kelayakan 1 hingga 6, mampu dimiliki oleh para orientalis dan para munafik melalui usaha mereka yang rajin dan gigih. Kalau mereka mampu, kita sebagai umat Islam sepatutnya malu dan berusaha mengatasi mereka.

Pentafsiran Agama Islam

(10)

sesiapa jua dengan syarat-syarat tertentu. Agama Islam boleh ditafsir oleh orang yang belajar agama tetapi tidak semestinya lulusan bidang keagamaan. Antara syarat dan kelayakan asas orang yang boleh mentafsirkan agama menurut Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa pimpinan Dr Yusuf al Qaradhawi ialah;

1. Mempunyai pengetahuan yang mantap dalam ilmu al Quran dan hadis yang membolehkannya untuk mengeluarkan hukum daripada kedua-duanya 2. Mempunyai pengetahuan yang mantap dalam bahasa Arab dan segala ilmu

berkaitan dengannya.

3. Mempunyai pengetahuan dalam ilmu usul fiqh dan maqasid syariah.

4. Mengetahui fiqh, perselisihan para ulama dan kecenderungan mereka sehingga terbentuknya suatu keupayaan dalam bidang fiqh dengannya, dia mampu mengeluarkan hukum-hakam berbentuk praktikal melalui dalil-dalilnya yang mendalam.

Orientalis dan sarjana muslim seringkali menafsirkan agama walaupun kebanyakan pendapat mereka mengikut kehendak akal dan nafsu mereka sahaja bukannya kehendak Allah SWT dan RasulNya. Pentafsiran agama Islam mesti mengutamakan sumber al Quran dan al Sunnah. Penerimaan al Quran dan al Sunnah WAJIB secara keseluruhan bukannya mengikut kepentingan diri.

Dalam pentafsiran agama Islam dalam kehidupan, setiap muslim yang beriman perlu berusaha untuk belajar agama Islam agar mencapai Darjat al Quran dan

Da jat Me eliti hujah. Darjah al Quran mempraktiskan al Quran dalam kehidupan tanpa kompromi. Me u ut Ali A dul Halim Mahmud, Darjat Meneliti ialah satu keupayaan untuk memahami hukum hakam dan dalil-dalil syara .

Setiap muslim yang belum mencapai darjat meneliti perlu mengikuti ijtihad imam tertentu dalam kalangan ulama mujtahid dalam agama. Walau bagaimanapun, ia tidak memadai kerana setiap muslim perlu berusaha untuk mempelajari agama Islam agar mengetahui dan mengenali dalil-dalil pegangan para ulama tersebut agar ilmu yang kita yakini itu benar dan datang daripada kesedaran kita sendiri. Bertaklid jangan sampai membawa kita ke neraka. Justeru, pengilmuan Islam

dala di i itu pe ti g dala e apai Da jat Me eliti te se ut.

De ga e apai Da jat Me eliti i i, se ua o a g adalah ula a ya g fa ih

(11)

Sesungguhnya orang alim itu, diminta ampunkan baginya oleh sesiapa yang di bumi dan di langit sehingga di dalam air. Dan kelebihan orang alim di atas orang yang beribadat seperti kelebihan bulan di atas segala bintang-bintang.

“esu gguh ya ula a itu adalah pewaris para a i [ Riwayat Abu Daud dan At

Tarmizi]

Beruntungnya kita menjadi pewaris para nabi tetapi ia juga paling mudah membawa kita terjerumus ke dalam neraka.

Mencari Wajah Islam Dalam Pengolakkan Pemikiran

Para pengkritik saya menuduh saya terlalu liberal dan plural. Tetapi intipati, hakikat dan rujuka asih Qur’a da Su ah. Jika sesuatu itu jelas bercanggah

de ga rujuka pedo a asasi i i, kita akur da e eri a ya -[Anwar Ibrahim]

Kita seringkali terperangkap dalam menilai usaha seseorang yang mahu mengislah masyarakat Islam. Para reformis/pengislah juga terperangkap dalam agenda pembaratan ketika berusaha melakukan pengislahan dalam masyarakat. Semua ini berlaku kerana kita tidak mampu membaca bisikan niat seseorang dan tidak mampu menilai keikhlasan hati seseorang. Justeru, tepat sekali ucapan Dato Seri Anwar Ibrahim [selepas ini Anwar Ibrahim], jadikanlah al Quran dan al Sunnah sebagai HAKIM dalam menilai ucapan, pemikiran dan tindakan kita atau orang yang dinilai. Pihak pengislah boleh dibahagikan kepada

1. Mereka berjuang Islam secara keseluruhan merangkumi bidang sosial, ekonomi dan politik. Sumber rujukan mereka hanya Islam.

2. Mereka berjuang Islam melalui pendekatan Barat, sumber rujukan bercampur aduk antara dalil wahyu dengan hujah pemikiran sarjana Barat dan Timur. Dalam banyak keadaan hujah pemikir mendahului dan mengatasi dalil wahyu.

3. Mereka berjuang Islam mengikut salah satu pendekatan Islam tetapi menolak pendekatan Islam yang lain. Mereka menolak politik Islam umpamanya.

(12)

Perjuangan Islam secara keseluruhan, dalil merujuk kepada sumber ilmu Islam

iaitu al Qu a da al “u ah, e ggu aka asilah Isla ; Untuk Islam, Dari Islam, Oleh Isla .

Dalam menilai agen pembaratan, kita boleh melihat dalam persoalan;

1. Ucapan, tindakan dan buah pemikiran seseorang tokoh atau organisasi 2. Latarbelakang individu atau tokoh penggerak organisasi termasuk biasiswa,

dan jalur pendidikan.

3. Siapa penyumbang DANA untuk individu atau organisasi tersebut 4. Jaringan persahabatan tokoh atau organisasi.

5. Gagasan pemikiran yang seringkali mereka utarakan.

Anwar Ibrahim sendiri dilihat terperangkap dalam pemikiran liberalisme dan pluralisme dalam usaha beliau mengislahkan agama Islam dan mendekatkan Umat Islam dengan Barat. Beliau dilihat mahu Islam kelihatan terbuka-moderat dan toleransi-pluraliti.

Anwar Ibrahim cuba membawa gagasan masyarakat Madani dalam ucapan beliau di Festival Istiqlal, Jakarta pada tahun 1995. Gagasan masyarakat madani disokong oleh ramai sarjana termasuk Syed Muhammad Naquib al Attas yang turut menyumbangkan gagasan pemikirannya untuk menjayakan gagasan Masyarakat Madani. Menariknya, gagasan ini seakan mendunia dimana Azyumardi Azra dan Nurcolish Majid menjadi penggerak utama di Indonesia. Pada waktu yang sama, di Barat gagasan masyarakat sivil sangat terkenal dan popular. Pada tahun 1996, buku Gelombang Kebangkitan Asia diterbitkan. Buku ini kelihatan dipenuhi

gagasa idea li e alis e da ojak pe iki a sehi gga hila g keaslia ya

berbanding artikel-artikel dalam buku Masyarakat Madani.

Terpalit dengan kontroversi Pluralisme Islam John Hicks dimana Anwar Ibrahim berucap di London School of Economics pada 18 Mac 2010 dengan ucapan

(13)

Muslim Moderat atau Islamis Demokrat dilaungkan oleh kelompok Islam yang moderat dan liberal. Ia juga dikaitkan dengan satu lagi gagasan iaitu Pasca Islamisme. Salah satu terma pemikiran Muslim Moderat ialah maqasid syariah, demokrasi Sivil Islam dan masyarakat sivil-madani. Menariknya, RAND

Co po atio e ggu aka istilah ya g sa a iaitu Mode ate Musli dala Buku pe a a ga Buildi g Mode ate Musli Net o ks (Pe i aa ‘a gkaia

Muslim Moderat). Dalam bahagian ucapan penghargaan buku ini, pihak RAND Corporation merakam ucapan terima kasih kepada Azyumardi Azra, Rektor Universiti Islam Negeri; Ulil Abshar-Abdalla, Aktivis JIL (Jaringan Islam Liberal); Jusuf Wanandi, Pengarah Eksekutif Pusat Islam dan Pluralisma Antarabangsa Indonesia, Ah ad “yafii Maa if, mantan Ketua Umum Muhammadiyyah, Rizal Sukma, A dul Mu ti, M. “yafi i A a , dan Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat.

Kalau kita masih ingat, gagasan Islam Liberal dipopularkan oleh Leonard Binder dan Charles Kurzman. Leonard Binder adalah pensyarah Universiti Chicago, sebuah kubu kuat orientalis dan sahabat Fazlur Rahman. Gagasan Islam Liberal bangkit di Alam Melayu apabila Nucholish Madjid (anak murid Fazlur Rahman), Harun Nasution, Mukti Ali, Djohan Effendi, Ahmad Wahib dan Abdul Rahman Wahib telah mengerakkan usaha mempengaruhi anak muda dan lulusan agama dengan gagasan ini. Impak besarnya, gagasan Islam Liberal popular di Indonesia setelah munculnya Jaringan Islam Liberal dan tokoh muda, Ulil Abshar Abdalla pada tahun 2001. Ulil Abshar Abdalla adalah menantu Kiyai Mustofa Bisri, pemimpin yang berpengaruh dalam Nahdatul Ulama dan penyair kemanusiaan [sangat digemari oleh Dato Dr Siddiq Fadzil dalam banyak ucapan beliau] yang terkemuka pernah kontroversi apabila membela penyanyi dangdut dengan

lukisa ya )ikir ersa a I ul.

Pada tahun 2014, Persidangan Demokrat Muslim Sedunia buat kali pertama diadakan di One World Hotel, Petaling Jaya. Dalam persidangan ini, Lim Kit Siang

(14)

mengatakan lagi Masa depan adalah bersama masyarakat terbuka (open society). Islam politik mahupun Muslim demokrat tidak boleh hidup secara eksklusif, .

Pada tahun 2015, Persidangan Antarabangsa Kedua Forum Dunia Untuk Demokrat Muslim di Jakarta. Persidangan ini dianjur bersama The Habibie Center, Indonesia; Institut Kajian Dasar, Malaysia; SETA, Turki dan Yayasan Keamanan Sasakawa, Jepun. Di Indonesia, Nahdatul Ulama juga mendukung Muslim Moderat. Bersama Tariq Ramadhan, Rashid Ghannousshi dan Abdullah Gul, Anwar Ibrahim dikatakan antara pengasas Gerakan Demokrat Muslim.

Gagasan Demokrat Muslim atau Moderat Muslim dan Pasca Islamisme cuba memasuki gerakan Islam di seluruh dunia. Dalam PAS, mantan pimpinan PAS dari IRC [kini pimpinan parti AMANAH], Dr Dzulkefly Ahmad didakwa pernah berkata,

Kami bukan lagi Islamis, tetapi Islamis Demokrat, . A ta a se ab gagasan ini ditolak;

1. Berada disebalik slogan Wasatiyyah atau kesederhanaan untuk menolak konsep jihad.

2. Berada disebalik konsep maqasid syariah untuk menolak hukum hudud 3. Perang yang berlaku bukan antara Barat dengan Islam tetapi pendefinisian

semula ciri-ciri Islam mengikut kehendak Barat.

4. Pemberian dana dan sokongan kepada organisasi yang menggerakkan agenda Barat.

5. Membina kepercayaan bahawa apa yang berlaku dalam dunia muslim adalah hanyalah perang idea atau pemikiran.

6. Menolak konsep Negara Islam.

7. Islam yang ‘ah ata lil aal ii telah menjadikan Islam yang dipermudahkan amalannya.

Nahdatul Ulama telah mengerakkan gagasan Islam Nusantara. Tulis K.A Mustofa Bisri, Du ia ya g ke udia erta ya-tanya tentang Islam yang rahmatan

lil aal ii , Isla ya g ramah, damai, dan teduh pun mendapatkan jawaban dari

perilaku keisla a kita ya g di Nusa tara i i. Maka kalau Isla kita –Islam yang

(15)

Manhaj Malizi dimana pendekatan dakwah dilakukan dalam iklim setempat, non partisan. ABIM juga pernah mengutarakan konsep partner in nation building

(rakan dalam pembinaan negara). Manakala Mahmood Zuhdi memperkenalkan konsep Fiqh Nusantara. Konsep-konsep ini dirumuskan bahawa, Islam yang dibawa perlu mengikuti kebudayaan tempatan selagi tidak melanggar syariat. Penggunaan istilah bersandarkan Islam banyak membawa kekeliruan dalam kalangan orang awam. Contoh, penggunaan istilah Islam Hadhari yang menunjukkan kemajuan. Adakah selama ini kita menganuti Islam yang mundur?. Istilah sebegini juga mempunyai motif politik dan agenda tertentu daripada pihak bertentangan. Ia dijelaskan dalam satu risalah, dasar penerapan Islam oleh Umar Tilmisani, Mursyidul Aam Ikhwanul Muslimin.

Menurut Ulil Abshar Abdalla, tokoh Jaringan Islam Liberal Indonesia, antara ciri-ciri liberalisasi dalam kalangan Islamis ialah;

1. Mereka meninggalkan idea negara Islam dan memeluk demokrasi.

2. Mereka meninggalkan idea penerapan syariat, lebih konsentrasi kepada realiti semasa yang praktis

3. Selesa memeluk ekonomi bebas

4. Meninggalkan konsep Negara Islam dan menganuti Konsep Negara Sivil. 5. Mereka lebih realistik dan pragmatis idea dalam melihat keadaan, tak

dogmatis memegang ideologi Islamisme

6. Mengatakan urusan moral, agama dan akhlak adalah urusan peribadi. (tambahan)

Kemaraan Ideologi Barat Dalam Institusi Islam dan Negara

Mereka [Orientalis] mempelajari Islam bukan untuk mencari kebenaran,

melainkan untuk ilmu saja dan merosakkan kamu.

(16)

IAIN melalui buku tulisan Harun Nasution, Islam Ditinjau dari Berbagai Aspeknya

diterbit pada tahun 1975 yang telah menjadi bacaan wajib di IAIN.

Mukti Ali adalah mentor kepada Lingkaran Diskusi Limited Group yang disertai oleh sekelompok anak muda berbakat, intelektualisme dan progresif. Antara yang seringkali hadir dalam lingkaran diskusi ini ialah Nurcholish Madjid (lulusan sastera arab, tokoh HMI), Dawam Rahardjo, Ahmad Wahib5, Amidhan (aktivis HMI, lulusan agama), Wassil (jurutera lulusan ITB), Usep Fathuddien, Utomo Danandjaja dan Djohan Effendi.

Nurcholish Majid atau Cak Nur, tokoh besar yang aspiratif kepada para pendokong SEPILIS kalangan anak muda. Tokoh ini adalah tokoh terkemuka yang dilihat sebagai Pak Natsir Muda atau Buya Hamka Muda menunjukkan beliau adalah pemimpin harapan-impian masa depan Indonesia. Tokoh besar dalam gerakan belia-mahasiswa Indonesia, Himpunan Mahasiswa Islam (HMI). Beliau mempunyai keupayaan hebat dalam intelektualisme dan mempunyai jaringan pengaruh besar peringkat antarabangsa dan tempatan. Pengasas Universiti Paramadina. Dua kegemparan yang pernah diciptanya iaitu e gajak ke arah

sekularisme da Isla Yes, Partai Isla No. Pemikiran beliau banyak dipengaruh oleh Fazlur Rahman dan Leonard Binder6, pemikir-pensyarah Universiti Chicago. Kebanyakan kajian beliau didanai oleh Ford Foundation.

Dalam Nahdatul Ulama dan Muhammadiyyah, kelompok SEPILIS membiak pantas menguasai tampuk kepimpinan. Abdul Rahman Wahib atau Gus Dur adalah leluhur pengasas NU, KH Hasyim Asyari. Gur Dur menyokong kuat kelompok muda SEPILIS dalam NU pimpinan Ulil Abshar Abdalla. Pemimpin Jaringan Islam Liberal ini memimpin kumpulan Intelektual Muda Nu, Lakesdam-NU.

Dalam Muhammadiyyah, kelompok SEPILIS membiak dalam kelompok mudanya dan disenangi oleh kelompok pimpinannya. Ketua Umum Muhammadiyyah ke 13,

Ah ad “yafi i Ma a if e sikap lu ak kepada kelompok SEPILIS dalam Muhammadiyyah. Kelompok anak muda Jaringan Intelektual Muda Muhammadiyyah memperjuangkan gagasan SEPILIS dalam Muhammadiyyah.

5

Seorang tokoh anak muda yang digemari oleh anak muda jiwa pemberontak. Nurcholish Majid atau Cak Nur seakan-akan membawa aspirasi Ahmad Wahib dalam perjuangan beliau. Ini hanya penelitian penulis berkaitan pendekatan dan pemikiran Cak Nur.

6

(17)

Tahun 2015 kemuncak kepada keberkesanan penyusupan kelompok SEPILIS ke dalam organisasi Islam apabila NU dan Muhammadiyyah dipimpin oleh kelompok pro SEPILIS manakala PKS dipimpin oleh mantan pensyarah Paramadina, kubu kuat kelompok SEPILIS. KH Dr Said Agil Siraj bersama ulama pro konsep Islam Nusantara telah menguasai NU dimana beliau sendiri telah dilantik sebagai Ketua Umum NU dalam Muktamar NU ke 33. Dr Haedar Nashir telah dilantik sebagai Ketua Umum Muhammadiyyah dalam Muktamar Muhammadiyyah ke 47. Komentar Ulil Abshar Abdalla dalam twitternya bertarikh 6 Ogos 2015 cukup

e a ik, NU dan Muhammadiyyah dipimpin oleh Dr Said Aqil Siradj dan Dr

Haedar Nasher. Dua figur ya g erwawasa pluralis.Melegaka !

Cuma Presiden Partai Keadilan Sejahtera (PKS) masih tidak menunjukkan pengaruh SEPILIS secara terbuka dalam PKS. Presiden PKS, Muhammad Sohibul Iman adalah mantan Rektor Universiti Paramadina yang dikenali sebagai kubu intelektual SEPILIS dan Syiah di Indonesia. Ia diasaskan oleh Nucholish Majid, tokoh besar dan idola anak muda SEPILIS Indonesia.

Pada awal tahun 2016, Nasaruddin Umar, salah seorang pemikir kelompok SEPILIS telah dilantik sebagai Imam Besar Masjid Istiqlal. Nasaruddin Umar pernah menjadi staf di Universiti Paramadina.

Pelik bukan, kenapa tokoh-tokoh mazhab SEPILIS dari Universiti Paramadina sangat laku keras untuk menduduki tampuk kepimpinan institusi atau organisasi utama yang berpengaruh di Indonesia pada hari ini?. Siapakah yang mengaturkannya?.

Kajian Kes di Malaysia

Kita tidak menafikan jasa, pengorbanan, bakti, amalan, kehebatan, iman dan pendirian seseorang dan gerakan Islam di Malaysia dalam menegakkan Islam dengan pendekatan masing-masing. Kita hormati dan mengasihi mereka. Punbegitu kita, dalam perihal yang merugikan Umat Islam dan menggugat kesejahteraan rakyat, kita akan bantah dan kritik.

(18)

1. Penerimaan pemikiran Barat sebagai dalil dan cara berfikir dalam bertindak [worldview dan framework] berdasarkan pandangan alam dan kerangka pemikiran Barat.

2. Perjuangan yang bercampur aduk antara Islam dan kemungkaran yang akhirnya didominasi oleh pemikiran manusia bukannya kefahaman Islam.

3. Dana yang diterima dalam bentuk geran, biasiswa dan tajaan menyemai hutang budi kalangan orang Islam kepada pendana dari Barat.

4. Penyusupan kelompok SEPILIS dalam institusi kerajaan dan NGO Islam. Anak tokoh tertentu termasuk anak pimpinan negara juga terbabit dengan kelompok SEPILIS.

Peringkat awal SEPILIS dikembangkan oleh ahli politik. Kemudian oleh pertubuhan seperti Sister In Islam (SIS), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Majlis Peguam Malaysia, ALIRAN dan Persatuan Hak Asasi Manusia (HAKAM). Pada zaman gajet dan media sosial, kumpulan seperti Seksualiti Merdeka dan Malaysian Interfaith Network (MIN) telah berani menonjolkan diri di arus perdana. Mereka cuba mencabar agama Islam dalam pelbagai kes dan isu seperti Kalimah Nama Allah dan Suruhanjaya Antara Agama – Agama (IFC).

Kelompok LGBT menganjurkan parti atau program mereka secara rahsia. Selepas PRU12 iaitu pada Ogos 2008, kumpulan ini mula berani bergerak secara terbuka melalui penganjuran Seksualiti Merdeka. Ia diasaskan oleh seorang penggiat seni, Pang Khee Teik dan seorang penyanyi yang juga penulis lagu, Jerome Kugan pada 2008. Festival Seksualiti Merdeka kedua dirasmikan oleh Marina Mahathir pada tahun 2009. Pada tahun 2011, festival Seksualiti Merdeka dijadualkan berlangsung mulai 1 hingga 13 November di The Annexe Gallery, Kuala Lumpur. Ia sepatutnya akan dirasmikan oleh bekas Presiden Majlis Peguam dan Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan tetapi program ini dibatalkan oleh Polis.

(19)

tahun 2009 terhadap 193 buah negara-negara PBB termasuk Malaysia. Ia disebut sebagai Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia. Menurut kenyataan ISMA, hanya 12 daripada kesemua 54 NGO dalam gabungan Comango yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. [Wikipedia]

Penubuhan Jawatankuasa Perundingan Antara Agama telah disokong oleh JIM tetapi ditentang oleh ABIM. Hujah Presiden JIM, Zaid Kamarudin ialah "Ia sebagai platform yang baik untuk membincangkan isu-isu Islam dan (masalah) yang berkaitan agama. Ti ala P eside ABIM, A idi A dul Ma a e kata. Apa yang er eza de ga IFC pu kita tidak tahu .

Tun Abdul Hamid Mohamad, Ketua Hakim Negara menyatakan beliau pertama ditawarkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Agama tetapi beliau menolak atas sebab:

1. Khuatir jawatankuasa itu akan menjadi medan untuk pemimpin-pemimpin agama selain daripada agama Islam untuk menyoal hal-hal berhubung dengan ajaran dan amalan agama Islam sedangkan orang Islam tidak pernah menyoal ajaran dan amalan agama mereka.

2. Saya juga khuatir jika saya akan menjadi alat untuk memanjangkan tuntutan-tuntutan mereka yang senantiasa mencari peluang untuk melakukannnya.

3. “aya takut kira ya saya aka e jadi pe gkhia at kepada aga a Isla .

Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN). Daripada komposisi nama-nama mereka pun kita tahu siapa mereka , kecenderungan mereka, malah apa yang mereka perjuangkan. Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang dan Polisi MKPN? Pengerusinya ialah YB Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar dan Timbalan Pengerusinya ialah Encik Lim Chee

Wee LCW , ekas Preside Majlis Pegua . Dato Dr. Mujahid adalah seora g

(20)

1. Racial and Religious Hate Crime Billl;

2. National Harmony and Reconciliation Bill; and

3. National Harmony and Reconciliation Commission Bill. [Tun Abdul Hamid Mohamad, Ketua Hakim Negara]

Saya difahamkan bahawa LCW dan Andrew Khoo7 (Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam dan seorang aktivis COMANGO) terlibat dalam menyediakan draf ketiga-tiga rang undang-undang itu. Malah saya percaya bahawa firma guaman merekalah yang membuatnya. Naskah awal yang saya terima melalui email tertera kata-kata Prepared y Bar Cou il . “aya juga membandingkan kedua-dua set rang-rang undang-undang itu. Banyak peruntukan kedua-dua set itu serupa, seksyen demi sekyen. [Tun Abdul Hamid Mohamad]

Campurtangan kelompok SEPILIS dalam institusi kerajaan. Majlis Peguam telah menggubal Rang Udang-Undang Pelantikan Hakim-Hakim. Draf itu dibawa kepada Perdana Menteri (pada masa itu) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (pada masa tu), Dato Zaid Ibrahim. Kerana ia melibatkan Badan Kehakiman, saya diberi satu salinan. Ringkasnya, mengikut draf itu Suruhanjaya itu akan menentukan siapa yang akan dilantik menjadi Hakim dan siapa yang akan naik pangkat sehingga menjadi Ketua Hakim Negara. Dalam draf Majlis Peguam itu, majoriti ahli-ahli Suruhanjaya itu adalah peguam-peguam. Ertinya penguam-peguamlah yang akan menentukannya. Saya membantahnya. Antara

lai , saya erkata: Jika ‘a g U da g-Undang ini diluluskan, Hakim-Hakim akan

melutut kepada peguam-pegua . Akhir ya, ra g u da g-undang itu dipinda dan peruntukan mengenai ahli-ahli yang terdiri daripada peguam-peguam dikeluarkan. [Tun Abdul Hamid Mohamad]

Kubu kuat kelompok SEPILIS di Malaysia ialah dalam Majlis Peguam Malaysia. Mereka telah menyusup masuk ke dalam institusi kerajaan, parti kerajaan dan parti pembangkang. Walaupun wadah mereka berbeza tetapi perjuangan dan pemikiran mereka sama. Antara yang terkenal sebagai pimpinan pembangkang ialah Datuk Ambiga Sreenevasan, Malik Imtiyaz, Haris Ibrahim, Edmund Bon , Sivarasa Rasiah dan Zaid Ibrahim.

7

(21)

Persatuan Hak Asasi Manusia (HAKAM) antara pertubuhan SEPILIS yang berpengaruh. Terkini (2016), jawatan Pengerusi dipegang oleh Ambiga. HAKAM melahirkan ramai ahli politik pro SEPILIS, antaranya Elizebeth Wong dan Tian Chua. Kebanyakan mereka berkampung dalam PKR. HAKAM didaftarkan pada tahun 1989 atas permohonan Perdana Menteri Malaysia Ketiga, Tun Husein Onn yang kemudiannya dilantik pengerusi pro-tem ke-2 HAKAM mengantikan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Gerakan Rakyat Untuk Menebus Kembali Negara Malaysia atau ringkasnya Negara-ku. Negara-Ku digerakkan oleh Dato Ambiga, Sasterawan Negara Dato A. Samad Said dan Zaid Kamarudin. Zaid Kamarudin dilantik sebagai Pengerusi Negara-Ku adalah mantan Presiden Jemaah Islah Malaysia dan Setiausaha Agung Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) ketika itu. Antara intisari perjuangan Negara-Ku ialah

1. Negara-ku akan mendorong pembentukan sebuah masyarakat yang inklusif dengan menolak semua jenis ketaksuban dan kebencian, serta melawan diskriminasi dan ketidakadilan.

2. Ditubuhkan atas keyakinan bahawa majoriti rakyat Malaysia sudah muak dengan politik berasaskan perkauman dan kekelompokan yang tanpa henti menggugat proses pembinaan sebuah negara yang inklusif serta mengganggu proses pembentukan jatidiri Bangsa Malaysia.

Parti politik seperti PKR8 dan DAP telah menjadi markas bagi kelompok SEPILIS. Organisasi-NGO seperti Penang Institute, SUARAM, SIRD, ALIRAN, TENAGANITA, BERSIH, IKD9, LENSA, IRF dan lain-lain perlu diselidik dari mana dana dan pembiayaan mereka perolehi. Begitu juga dana yang diperolehi oleh media seperti Malaysiakini dan Malaysia Insider.

8

Parti Keadilan Rakyat [PKR] adalah lubuk kepada para SEPILIS. Pelbagai tokoh NGO telah menyertai PKR. Gagasan pemikiran yang selama ini diteorikan mula dipraktiskan melalui wadah PKR.

9

(22)

Pada 27 April 2014, 10 wakil organisasi Malaysia berjumpa dengan Presiden Amerika Syarikat (AS). Antara organisasi itu adalah Islamic Renaissance Front (IRF) diwakili Dr Farouk Musa, Sisters In Islam (SIS), HAKAM (Datuk Ambiga Sreenevasan) wakil Bersih 2.0, Empower dan tenaganita.

Pada Disember 2015, sekali lagi Barack Obama datang ke Malaysia, kali ini dia menemui beberapa pemimpin NGO seperti Maria Chin [BERSIH 2.0], Dato Ambiga dan Cynthia Gabriel, Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4).

Jika kita memerhati pergerakan SEPILIS di Malaysia, NGO-NGO mereka kurang bersuara selantang dahulu. SIS yang cukup lantang ketika dahulu lebih banyak melakukan aktiviti secara senyap. Mereka lebih kepada strategi dua lapis yakni menyalurkan pimpinan mereka ke kancah politik sama ada melalui DAP dan PKR atau proksi politik seperti BERSIH. Mereka juga mengadakan pengkaderan dan menaja pengkaderan yang pro SEPILIS.

Sekelompok elitis dalam kalangan SEPILIS telah menjadi pendesak kepada kerajaan. Antaranya PAGE yang berjuang memartabatkan Bahasa Inggeris10 dan G2511 yang mengiat mendesak kerajaan mengubah polisi-polisi dan isu tertentu termasuk penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia [JAKIM].

10 Bahasa adalah pengungkapan pemikiran atau alat berfikir atau wasilah penyampaian maklumat. Ia dapat mempengaruhi pemikiran seseorang pengguna.

11

Barisan G25

1. Tan Sri Datuk Abdul Rahim Haji Din, former secretary-general, Home Ministry 2. Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar, former secretary-general, Ministry of Foreign Affairs 3. Tan Sri Dr Aris Othman, former secretary-general, Ministry of Finance

4. Tan Sri Dr Ismail Merican, former director-general, Health Ministry

5. Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim, former secretary-general, Ministry of Finance 6. Tan Sri Dr Mustaffa Babjee, former director-general, Veterinary Services

7. Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid, former secretary-general, Ministry of Energy, Communications and Multimedia 8. Tan Sri Dr Yahya Awang, cardiothoracic surgeon and core founder, National Heart Institute

9. Datuk Seri Shaik Daud Md Ismail, former Court of Appeal judge 10. Datuk Abdul Kadir Mohd Deen, former ambassador

11. Datuk Anwar Fazal, former senior regional adviser, United Nations Development Programme 12. Datuk Dali Mahmud Hashim, former ambassador

13. Datuk Emam Mohd Haniff Mohd Hussein, former ambassador 14. Datuk Fa idah Khalid, ep ese tati e of Wo e s Voi e

15. Datuk Latifah Merican Cheong, former assistant governor, Bank Negara 16. Lt-Gen (Rtd) Datuk Maulob Maamin

17. Datuk Noor Farida Ariffin, former ambassador 18. Datuk Ranita Hussein, former Suhakam commissioner 19. Datuk Redzuan Kushairi, former ambassador

(23)

Masyarakat Islam

Perosak atau pendajal negara adalah pemimpin, ahli perniagaan dan ilmuwan palsu. Untuk pembinaan dalaman sebuah masyarakat Islam, elemen yang perlu ditanam dan dibangunkan ke dalam masyarakat iaitu demokratis, keadilan sosial, menghapuskan penderitaan rakyat, menegakkan prinsip perlembagaan, merangsang kehidupan akliah dan budaya. Anwar Ibrahim menyatakan sifat yang perlu ada dalam sesebuah masyarakat madani;

1. Sikap kesederhanaan dan pragmatis 2. Tidak gopoh dan bernafsu besar 3. Demokratik

4. Membasmi kemiskinan dan kemelaratan 5. Pengagihan hasil ekonomi secara saksama

Anwar Ibrahim juga menegaskan prinsip kesalingan dimana pemerintah menunaikan amanah dan memenuhi aspirasi rakyat sementara itu rakyat memberi sokongan terhadap usaha pemerintah untuk menjayakan reformasi ekonomi dan sosial.

Menurut Syed Muhammad Naquib al Attas, Madinah menunjukkan satu tempat dimana telah wujud kefahaman yang tinggi.Daripada perkataan Madinah, terbitnya perkataan tamaddun iaitu tempat dimana masyarakatnya telah mencapai taraf insaniyyah yang luhur, dimana ada tatasusila, hukum dan undang-undang dimana ada penguasa atau pentadbirannya yang juga mempunyai hikmah yang mampu melaksanakan keadilan. Perkataan Madinah diterbitkan daripada perkataan DIN iaitu agama.

Syed Muhammad Naquib al Attas, kewujudan masyarakat Islam lebih kepada untuk meningkatkan darjah kemanusiaan dimana antara ciri penting dalam masyarakat Islam terletak kepada individu itu sendiri iaitu

21. Datuk Syed Arif Fadhillah, former ambassador

22. Datuk Zainal Abidin Ahmad, former director-general, Malaysian Timber Industry Board

23. Datuk Zainuddin Bahari, former deputy secretary-general, Ministry of Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism

24. Datin Halimah Mohd Said, former lecturer, Universiti Malaya and president, Association of Voices of Peace, Conscience and Reason (PCORE)

(24)

1. Mencapai Saadah [kebahagiaan] adalah tujuan hidup. Bahagia atau sejahtera tidak terletak kepada emosi dan jasmani semata-mata tetapi yang sebenarnya ia terletak pada satu keyakinan yakni kesedaran tentang kebenaran.

2. Kewibawaan berdasarkan ilmu 3. Mewujudkan suasana keadilan

4. Muhibbah bukannya toleransi. Toleransi bermaksud bersabar atas kesilapan orang orang lain. Muhibbah, akar katanya hubb iaitu kasih. Muhibbah ada unsur kasih dan sayang.

5. Tanggungjawab

Parti pembangkang dan parti pemerintah seharus mengurangkan atau menghapuskan budaya politik sepanjang masa. Parti pembangkang yang telah tewas dalam pilihanraya sewajarnya menjadi penasihat dan rakan dalam pembinaan negara. Wakil-wakil parti pembangkang dilantik dalam badan-badan pemantau dan badan perundingan untuk menstabilkan politik dan membangunkan ekonomi dan sosial.

Masalah Kefahaman dan Pengamalan Rakyat Jelata

Kejahilan rakyat jelata berpunca daripada pendidikan dan kegagalan pemimpin dan ilmuwan menjadi contoh tauladan dan memimpin mereka ke arah kebenaran. Jika kepala [pemikiran] perompak-pendajal, tubuh badan juga akan menjadi perompak-pendajal.

Masalah utama kefahaman dan pengalaman rakyat jelata ialah

1. Kefahaman mereka terhadap Islam 2. Sikap mereka

3. Materialistik 4. Individualistik

(25)

Rakyat Melayu-Islam Dalam Dilema

Suka atau tidak, Anwar Ibrahim satu-satunya pemimpin yang dimitoskan atau dipertahyulkan bahawasanya beliau hanya satu-satunya dapat mengantikan kepimpinan negara yang sedia ada, menyatukan semua pihak penentang rejim dan berupaya menumbangkan rejim pemerintah yang mendajalkan rakyat dan negara pada hari ini [2016]. Kelompok Islam cukup risau kemaraan Anwar Ibrahim yang dilihat dekat dengan kelompok SEPILIS.

Antara kemaraan SEPILIS dan Pendajal Negara, rakyat beragama Islam mengalami dilema memilih parti yang bakal memerintah negara. Penderitaan rakyat pada hari ini memberi peluang cerah dalam menumbangkan rejim. Tetapi ketakutan paling besar ialah keluar mulut harimau masuk pula ke dalam mulut buaya.

Kesimpulan

Katakan TIDAKkepada “EPILI“.

SEPILIS suatu faham yang boleh mempengaruhi worldview dan framework

pemikiran kita dalam memahami dan bertindak terhadap isu atau perkara yang didepani. Memahami dan bertindak tanpa celupan Islam bermakna Islam bukan TUNJANG utama pemikiran dan tindakan kita.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan pada hasil uji F diketahui nilai signifikan variabel bebas secara simultan terhadap variabel terikat adalah sebesar 0,000 < 0,05 atau F hitung 65,195 >

bayi yang keguguran dishalatkan atasnya dan dido’akan terhadap dua orang tuanya dengan ampunan dan rahmad (HR. Dari pendapat dan dalil yang dipakai Imam Ahmad bin Hanbal di atas maka

Saya telah membaca surat permohonan dan mendapatkan penjelasan tentang penelitian yang akan dilakukan oleh Saudara Thoyibah Nur Khayati Mahasiswa SI

Dari hasil wawancara dan observasi yang telah dilakukan terlihat bahwa faktor yang mendorong bergabung dengan kelompok karena adanya kebutuhan dari dalam diri

3.3 Menganalisis posisi dan peran Indonesia dalam kerja sama di bidang ekonomi, politik, sosial, budaya, teknologi, dan pendidikan dalam lingkup ASEAN. 4.3 Menyajikan hasil

Berdasarkan hasil yang diperoleh pada hasil belajar siswa, Aktivitas siswa dan aktivitas guru pada siklus II menunjukan peningkatan yang signifikan hal ini

Menurut para ulama, makna kedua hadits ini bukan berarti semua perkara yang baru adalah urusan agama tergolong bid‟ah, karena mungkin ada perkara baru dalam

Dengan memelajari sketsa ornamen di atas, dapat dilihat bahwa ornamen Indramayu pada badan becak Jakarta mudah dikenali dengan ciri khas yang tampak melalui bentuk