PLURALISME DALAM KONTEKS NEGARA, POLITIK DAN MASYARAKAT DI MALAYSIA
Ahmad Zairy Bin Zainol Abidin
Pengenalan
Malaysia adalah sebuah negara yang terbentuk pada tahun 1963, hasil
gabungan beberapa negeri iaitu Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Tanah Melayu yang mencapai kemerdekaannya dahulu pada 1957. Namun begitu, Singapura telah keluar daripada Malaysia pada tahun 1965. Pembentukan Malaysia adalah berasakan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Di dalam Perlembagaan Persekutuan tersebut, kedudukan Raja, Agama Islam dan Budaya Melayu telah menjadi asas kepada pembentukan Malaysia. Melalui Perlembagaan Persekutuan kedudukan Raja dinyatakan di dalam Perkara 32- Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isterinya, dan Perkara 70- Keutamaan Raja dan Yang di-Pertua Negeri. Agama Islam sebagai agama Persekutuan di dalam Perkara 3- Agama Persekutuan (Agama Islam) dan berkenaan budaya Melayu di dalam Perkara 152- Bahasa kebangsaan dan Perkara 153- Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak (Malaysia 1963). Melalui Perlembagaan ini, kedudukan Raja, Agama Islam dan Budaya Melayu telah dijamin kelangsungannya selagi peruntukan Perlembagaan tersebut tidak ditukar atau dimansuhkan.
Namun begitu, dalam era globalisasi kini, terdapat perbagai fahaman-fahaman
Contohnya, kepelbagaian budaya yang wujud di Malaysia yang berasakan kepada
kepelbagaian etnik di Malaysia dilihat sebagai tidak wajar kerana tidak menonjolkan satu identiti yang dapat mewakili Malaysia secara umumnya. Ini kerana kepelbagaian budaya yang ada masih dirujuk kepada asal etnik yang membawanya dan bukan sebagai satu budaya Malaysia.
Kepelbagaian ini mendorong sesetengah pihak untuk melihatkan ia sebagai satu pendekatan baru dalam menterjemahkan kepelbagaian ini. Pluralisme digunakan sebagai senjata untuk ditayangkan bagaimana kehendak mereka ini ingin didengari kepada masyarakat. Antara pemahaman pluralisme yang sedang berakar umbi di Malaysia adalah pemahaman pluralisme agama.
Pluralisme dan Agama
Menurut Halina Ibrahim (2011), pluralisme agama falsafah pluralisme agama menganjurkan fahaman bahawa setiap agama mempunyai pandangan, persepsi dan respons yang berbeza-beza terhadap Tuhan/Kebenaran mutlak (God/The Absolute
Truth). Pluralisme agama cuba menjustifikasikan falsafah ini agar pengiktirafan bukan sahaja diberikan kepada kewujudan pelbagai agama malahan dakwaan terhadap Tuhan/Kebenaran Mutlak yang dipegang oleh setiap agama.
Amalan pluralisme adalah satu pendekatan yang menyatakan bahawa pluralisme cuba menyamaratakan dalam segala hal berkaitan agama yang melihat bahawa semua agama menyebarkan amalan yang baik dan positif kepada semua penganutnya, maka kenapa perlu ada perbezaan daripada aspek amalannya di kalangan penganutnya (Yusri 2010). Kewujudan pemahaman ini walaupun tidak dibincangkan dengan secara terbuka di khalayak ramai, ia merupakan satu isu yang boleh menggugat kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara.
adalah isu murtad dan cinta rentas agama, penubuhan IFC (Suruhanjaya Antara
Agama), perkongsian perayaan dan acara keagamaan yang berkaitan terus dengan agama lain, penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, isu pengharaman Yoga bagi umat Islam, mengucapkan salam kepada bukan Islam dan penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis oleh orang bukan Islam dalam ucapan-ucapan politik.
Amalan secara kesamarataan yang ada ini sekiranya diteruskan akan mewujudkan implikasi yang negatif kepada penganut agama Islam dan secara tidak langsung kepada Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kedaulatan agama Islam sebagai agama rasmi negara. Sekiranya pemahaman yang melihat bahawa tiada sebarang beza di antara satu agama yang lain dengan yang lain, kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara bakal tergugat. Kedudukannya sebagai satu agama utama di negara akan dilihat sebagai tidak lagi relevan. Penerimaan masyarakat untuk melihat agama Islam sebagai sebuah agama utama tidak menjadi perhatian lagi kerana mereka berpendapat bahawa agama adalah sebuah entiti yang sama sahaja dengan agama-agama yang ada yang lain. Ia turut akan memberikan kesan kepada struktur di Raja di Malaysia.
Pluralisme dan Kedudukan Raja
Fahaman pluralisme akan berupaya untuk melenyapkan peranan raja-raja ini
kerana melihat bahawa tidak perlu adanya satu struktur sistem hierarki yang perlu dikekalkan di kalangan strata masyarakat di mana raja adalah berada di atas berbanding masyarakat umumnya. Pemahaman pluralisme akan cuba melenyapkan hak-hak keistimewaan raja-raja dan akhirnya kedudukan raja-raja ini akan terhapus dan keistimewaan mereka akan hilang. Kehilangan kedudukan sebagai raja-raja Melayu akan menyebabkan kedudukan mereka sebagai pentadbir dan pemegang panji Islam akan terhapus dan menggugat kedudukan agama Islam di Malaysia.
Antara kesan yang mungkin berlaku sekiranya keistimewaan terhadap raja-raja Melayu hilang adalah hilangnya hak mereka untuk bersuara bagi mewakili kuasa pemerintah ke atas agama Islam yang diperuntukkan dalam perlembagaan. Kehilangan kuasa akibat fahaman pluralisme ini akan menyebabkan mereka tidak lagi berupaya untuk melindungi hak keistimewaan agama Islam di Malaysia. Tindakan untuk mengimbangi kuasa di antara wakil pemerintah Islam dan bukan Islam akan tiada dan ini membolehkan hak-hak ke atas agama Islam di mansuhkan dan juga memberikan kesan kepada bangsa dan budaya Melayu itu sendiri.
Pluralisme dan Budaya Melayu
Pluralisme dalam budaya Melayu sebenarnya telah lama wujud. Menurut Norisuwanah (2012), pluralisme di dalam budaya Melayu telah menerima pluralisme seawal zaman pemerintahan Melaka kerana peranan yang dimainkan oleh Melaka ketika itu sebagai pelabuhan utama di rantau Nusantara menjadikan Melaka lokasi penerimaan pluralisme yang terawal di Malaysia. Namun begitu pemahaman pluralisme yang ada tidak menjadi satu kesan langsung pada ketika itu kerana peranan raja sebagai pemerintah mengawal kesemua apa yang berlaku di tanah jajahan oleh sebab sistem feudal yang di praktik pada masa tersebut. Peranan raja sebagai pemerintah mengawal penyebaran fahaman pluralisme yang ada pada ketika itu.
dan di interpretasi mengikut fahaman masing-masing. Kesannya mewujudkan
masyarakat ekstrem yang memperjuangkan hak sama rata di kalangan masyarakat tanpa mengira etnik dan budaya masing-masing. Fahaman pluralisme sebegini sekiranya diteruskan akan melenyapkan sifat-sifat unik sesuatu budaya terutama budaya Melayu dalam kalangan masyarakat. Ini kerana pendedahan dan keutamaan terhadap budaya Melayu tidak lagi dilihat sebagai keunikan etnik Melayu tetapi sebagai satu budaya yang umum untuk semua.
Penghakisan dalam mengutamakan budaya Melayu berupaya menghilangkan identiti masyarakat Melayu itu sendiri. Hilangnya rasa sayang dan bangga terhadap budaya sendiri akan menyebabkan hilangnya jati diri mereka sendiri. Mereka akan terdedah kepada semua jenis budaya dan akhirnya akan menerima budaya-budaya lain sebagai budaya mereka sendiri. Ini bakal menyebabkan hilang peranan Melayu sebagai etnik utama di Malaysia akibat hilangnya fungsi kemelayuan di dalam Malaysia. Walaupun daripada satu pihak, pemahaman pluralisme adalah sangat baik kerana berupaya mengekalkan identiti etnik masing-masing, namun di Malaysia konteks kesamarataan yang dicadangkan akan menyebabkan tiadanya satu etnik yang
utama di kalangan etnik-etnik yang ada dan ini membolehkan hilangnya kuasa orang Melayu di Malaysia.
Ketiga-tiga elemen iaitu agama Islam, Raja Melayu dan Budaya Melayu merupakan tulang belakang kepada etnik Melayu dalam pembentukan Malaysia. Ia merupakan asas kepada pembentukan Malaysia pada awal kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957. Tiga elemen ini menjadi asas kepada kerangka Perlembagaan Persekutuan yang akhirnya membentuk Malaysia selepas penggabungan Tanah Melayu dengan Sarawak dan Sabah pada 1963. Namun fahaman pluralisme memberikan kesan kepada ketiga-tiga elemen tersebut dan seterusnya kepada negara, politik dan masyarakat Malaysia pada masa kini.
Kesan Pluralisme kepada Negara
negara terutama Malaysia akibat daripada hak kesamarataan yang dinyatakan di dalam
Perlembagaan Persekutuan. Menurut pemikiran pluralisme ini, seharusnya tidak wujud keutamaan terutama etnik Melayu dalam Malaysia kerana Malaysia mengiktiraf akan lain-lain etnik juga di dalam Malaysia. Perlembagaan Persekutuan memberikan hak yang sama kepada semua oleh itu etnik Melayu sepatutnya tidak mempunyai hak yang lebih berbanding etnik-etnik lain di Malaysia.
Ini merupakan salah faham yang terbentuk akibat pemahaman dan pentafsiran mudah yang dilakukan terhadap Perlembagaan Persekutuan. Menurut Mahamad (2011), di antara salah faham yang timbul adalah anggapan Islam hanya sekadar agama rasmi sahaja, Malaysia adalah sebuah negara sekular, kesamarataan hak dalam beragama, dan Islam adalah tertakluk kepada fahaman politik sahaja. Anggapan bahawa agama Islam adalah sekadar agama rasmi Malaysia tanpa mengerti apa yang diperkatakan dalam Perlembagaan membawa kepada kekeliruan ini. Dalam Perlembagaan Persekutuan juga hanya memaklumkan bahawa,
“...Perkara 3: Agama bagi Persekutuan.
(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan...”
Berdasarkan kepada penyataan berikut, sebenarnya agama Islam merupakan agama rasmi Malaysia. Oleh itu setiap penduduk Malaysia hendaklah menganut agama Islam barulah boleh mendapat kerakyatan di dalam Malaysia. Namun begitu, sambungan kepada ayat yang pertama menyatakan bahawa agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai. Ini memberikan kelonggaran untuk agama-agama lain menganut agamanya sendiri. Namun begitu, fahaman pluralisme menganggap bahawa ini adalah sebagai satu tidak adil kerana meletakkan Islam sebagai agama utama berbanding agama lain sebaliknya beranggapan sehausnya semua agama perlu berada setara antara satu sama lain.
dipinda dan jika ingin meminda mengenai Perkara 3 dalam Perlembagaan ini, isu-isu
berkaitan akan timbul seperti hak keistimewaan Raja dan hak keistimewaan Melayu turut akan dipinda. Kesan langsungnya boleh mengakibatkan perdebatan yang sangat sengit dan juga mungkin berkesudahan dengan kekacauan.
Kesan Pluralisme kepada Politik
Perdebatan mengenai hak keistimewaan Raja dan hak keistimewaan Melayu yang mungkin muncul akibat daripada fahaman pluralisme dalam agama yang menggoncang keutuhan Perlembagaan Persekutuan juga akan memberikan kesan kepada politik negara. Sejak mencapai kemerdekaan lagi, sebenarnya fahaman pluralisme telah mula diterap di dalam pentadbiran negara terutama dalam Parti Perikatan yang dibentuk oleh UMNO, MCA dan MIC. Parti Perikatan atau kini dikenali Barisan Nasional merupakan satu contoh dalam menggambarkan bagaimana pluralisme itu wujud dalam pentadbiran negara. Setiap parti politik yang bernaung di dalam Barisan Nasional memperjuangkan hak-hak etnik masing-masing sepanjang mereka mentadbir negara ini. Cuma di dalam perjuangan mereka itu, mereka masih
menghormati akan prinsip-prinsip yang telah dipersetujui sewaktu pembentukan awal Parti Perikatan. Hak keistimewaan Raja dan hak keistimewaan Melayu masih kekal diteruskan tanpa sebarang penentangan dengan syarat mereka diberikan hak untuk menjalankan urusan berkaitan etnik mereka secara bebas. Persefahaman sebegini menjamin kelangsungan konsep pluralisme dalam pemerintahan sehingga kini.
Johor, Perak, dan Selangor menyatakan pendirian baginda berhubung isu tersebut.
Baginda begitu kecewa kerana orang Melayu sendiri ingin menggadaikan keistimewaan Melayu. Apatah lagi perasaan orang-orang Melayu, NGO Melayu dan parti politik, sehingga memaksa laporan Polis di buat ke atas kenyataan yang dibuat oleh Wan Azizah tersebut. Tetapi di pihak orang bukan Melayu, ia sebagai sesuatu yang positif dan diterima baik (Al-Filsuf 2011).
Perjuangan untuk menyamaratakan hak-hak di kalangan masyarakat terutama masyarakat Malaysia mula menyusup dalam minda pemikiran generasi muda hasil daripada perjuangan parti politik sebegini. Mereka melihat bahawa tidak perlu adanya perbezaan dalam kehidupan, semua seharusnya sama sahaja di antara mana-mana etnik. Fahaman ini membolehkan perpecahan di kalangan masyarakat.
Kesan Pluralisme kepada Masyarakat
Masyarakat yang mendapat maklumat daripada parti-parti politik yang memperjuangkan pluralisme ini akan memberikan mereka melihat akan isu ini
daripada satu aspek yang lain. Bagi mereka yang menerima akan pendekatan baru ini akan turut bersama-sama memperjuangkan dan bagi mereka yang tetap melihat akan hak keistimewaan Melayu perlu dikekalkan, pertembungan fahaman di antara dua pihak ini akan timbul. Perbezaan pandangan ini sekiranya dibiarkan akan berupaya mewujudkan persefahaman yang baru atau sebaliknya. Pandangan oleh S.M. Zakir (2010) mengatakan bahawa;
diraikan dan seterusnya mewujudkan masyarakat yang bersatu dalam kepelbagaian
tersebut, muncul menjadi pernyataan terhadap keinginan untuk hidup saling menerima dan meraikan perbezaan. Pluralisme melihat bagaimana pertembungan masa lalu dan masa kini dapat melakurkan sebuah masyarakat baru yang tidak lagi berpegang kepada nilai-nilai fundamental etnik, agama, dan budaya yang terpisah-pisah tetapi sebaliknya mewujudkan sebuah masyarakat baru yang beridentitikan nilai masa hadapan...”
Walau bagaimanapun, melihat kepada konteks masyarakat kini, fahaman pluralisme membawa kepada perpecahan dan perbezaan pandangan. Mereka akan berada di dalam kelompok masing-masing yang memperjuangkan hak masing-masing. Kepincangan ini akan menyebabkan berlakunya konflik di kalangan masyarakat.
Kesimpulan
Pluralisme dalam Malaysia sebenarnya bukanlah perkara yang baru. Ia telah wujud sejak dahulu lagi. Perubahan zaman membawa definisi pluralisme tersebut ke
Rujukan
Al-Filsuf. 2011. TEORI PLURALIS: DALAM PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA. 15 Januari.
Bharuddin Che Pa. 2012. “Institusi Raja Dan Peranannya Terhadap Penyebaran Islam Di Alam Melayu Nusantara.” Dalam Membongka r Rahsia Pendidikan Islam, oleh Norarfan Zainal, Abdul Razak Abdul Kadir, Kharhan Jait dan Mohd Syahiran Abdul Latif, 978. Bandar Seri Bagawan: Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.
Halina Ibrahim. 2011. “Dari Keperbagaian Agama Kepada Pluralisme Agama: Sejarah Perkembangan.” SEMINAR AL-QUR'AN DAN CABARAN PLURALISME AGAMA: PENGAJARAN MASA LALU, KEPERIHALAN
SEMASA DAN HALA TUJU MASA DEPAN. Kuala Lumpur: Unpublished. 1-22.
Karppinen, Kari. 2007. "Making a difference to media pluralism:a critique of the pluralistic consensus in European media policy." In Reclaiming the Media:
Communication Rights and Democratic Media Roles, by Bart Cammaerts and Nico Carpentier, 9-30. Bristol: Intellect Ltd.
Mahamad Naser Disa. 2011. ISLAM AGAMA NEGARA: Undang-Undang Tertinggi Negara.Pembentangan Kertas Kerja, Kuala Lumpur: Majlis Perdana Ulama’ – Umarak + Imam Bersama YAB Perdana Menteri Malaysia.
Malaysia. 1963. Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kuala Lumpur: Kerajaan Malaysia.
Norisuwanah Jaffar. 2012. Pluraliti dan Masyarakat Pluralistik di Malaysia . Kota Kinabalu, 13 Mac.
S.M. Zakir. 2010. PLURALISME DAN KEKELIRUAN AGAMA. 21 Oktober.