• Tidak ada hasil yang ditemukan

KESAN POSITIF DAN NEGATIF YANG DIBAWA OL (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KESAN POSITIF DAN NEGATIF YANG DIBAWA OL (1)"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

KESAN POSITIF DAN NEGATIF YANG DIBAWA OLEH MEDIA

1.0 PENGENALAN:

Menurut Rod Holmgren dan William Norton di dalam bukunya iaitu “the mass media book”, media didefinisikan sebagai “ communication channels that serve people” atau saluran komunikasi yang berkhidmat kepada orang ramai ataupun masyarakat. Media di sini meliputi suratkhabar, buku, majalah, radio, televisyen, internet dan sebagainya yang menyampaikan mesej komunikasi kepada mereka yang memilih untuk membaca, mendengar, dan menonton.Media dilihat mempunyai pengaruh yang sangat besar di dalam kehidupan seharian masyarakat malah pengaruh media tersebut semakin besar sehingga mampu mempengaruhi masyarakat dunia yang terdedah kepada media global. Hal tersebut dikenali sebagai globalisasi media di mana media dikatakan mampu merentasi sempadan iaitu mesej media global boleh diperlolehi di seluruh pelosok dunia dengan cepat dan pantas.Globalisasi media ini terjadi disebabkan perkembangan teknologi komunikasi yang pantas dengan pelancaran satelit di seluruh pelosok dunia seperti NOA 17, Golden eye, KH-13,LANDSAT 7 dan sebagainya. Lantaran itu, media global dilihat semakin berkembang dan berkuasa iaitu pasaran media global muncul sebagai sebuah media komersial global. Hal ini menyebabkan terjadinya fenomena “global village” seperti yang dikatakan oleh “Marshall McLuhan” di dalam bukunya iaitu The Gutenberg Galaxy: The Making of Typographic Man (1962) dan Understanding Media (1964) iaitu satu perkampungan media merujuk kepada masyarakat dunia berkongsi maklumat, hiburan, dan sebagai yang sama. Namun, perkembangan pesat media global ini di lihat telah menimbulkan isu-isu yang bukan sahaja bersifat global malah memberikan kesan kepada masyarakat global sama ada positif mahupun negatif.

2.0 ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN

(2)

dan sebagainya. Oleh itu, kita dapat lihat bahawa media sememangnya mempunyai nilai yang sangat postif seiring dengan perkembangan teknologi serta perkembangan kehidupan manusia namun media juga mampu membawa kepada kehancuran serta kemusnahan.

Kesan positif yang pertama yang terdapat di dalam video tersebut mengatakan bahawa media seperti televisyen, radio dan internet mampu meningkatkan kesedaran kepada khalayak mengenai isu-isu semasa. Hal ini demikian kerana media mampu meningkatkan pengetahuan umum dengan maklumat-maklumat yang telah disalurkan kepada khalayak setiap hari. Maklumat tersebut membolehkan khalayak untuk mengetahui isu-isu serta berita yang berlaku di seluruh pelusuk dunia.

Isu yang seterusnya ialah media dikatakan bertanggungjawab dalam mempengaruhi sebahagian besar kehidupan kita iaitu mampu mengubah sikap serta kepercayaan mengenai sesuatu perkara. Hal ini demikian kerana media mampu untuk mengubah pemikiran dan pendapat khalayak umum. Perkata tersebut juga dikatakan berpunca daripada media mampu mempengaruhi pemikiran audiens secara terus dan langsung seperti yang dikatakan oleh Elihu katz dalam teori peluru ajaib atau teori jarum suntikan yang mengatakan bahawa pengaruh media adalah terus kepada khalayak. Perbincangan tentang pengaruh yang dibawa oleh media ini sudah lama dibincangkan oleh pengkaji media sejak tahun 1930-an lagi sehinggalah munculnya teori tersebut.

Selain itu, surat khabar yang merupakan sebahagian daripada media cetak bukan sahaja memberikan pendedahan tentang isu-isu semasa sahaja malah surat khabar juga dikatakan mampu untuk meningkatkan kosa kata serta perbendaharaan kata dalam kalangan khalayak. Oleh sebab itu lah surat khabar dikatakan medium terbaik dalam memupuk “budaya” suka membaca dalam kalangan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, bahasa serta cara penulisan di dalam surat khabar adalah berbentuk ilmiah, akademik dan semasa dapat melatih kanak-kanak serta memantapkan penulisan mereka.

(3)

Di samping itu, isu yang turut dibincangkan di dalam video tersebut ialah media dikatakan bertanggungjawab dalam membawa transformasi dalam cara pemikiran manusia. Hal ini demikian kerana media dikatakan mampu untuk mengubah pemikiran serta persepsi masyarakat tentang sesuatu perkara. Malah media juga dapat membentuk persepsi masyarakat tentang dunia. Misalnya, media barat banyak memaparkan bahawa Islam adalah pengganas, hal ini menyebabkan masyarakat barat menganggap Islam adalah pengganas. Selain itu, pemikiran masyarakat dunia pada masa kini adalah lebih terbuka berbanding masyarakat yang kurang terdedah kepada media global yang dilihat masih ditakuk lama.

Media juga membolehkan kita menyaksikan peristiwa-peritiwa yang bersejarah. Misalnya, perkahwinan diraja iaitu Prince William dan Kate Middleton dapat disaksikan di seluruh dunia walaupun kita tidak berada di tempat dan ketika itu. Selain itu, peristiwa Neil Armstrong yang berjalan di bulan juga dapat disaksikan oleh generasi akan datang. Malah, aksi Michael Jackson yang melakukan “moon walk” secara live telah menjadi inspirasi kepada seluruh generasi.

Seterusnya, media yang berfungsi sebagai penyebar maklumat dan informasi dapat membentuk serta melahirkan sebuah masyarakat yang bermaklumat. Hal ini dapat membantu masyarakat membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diterima. Selain itu, media juga mampu menyimpan serta mencatat sejarah-sejarah yang berlaku di dunia sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran serta tatapan generasi akan datang. Misalnya, surat khabar dari sebelum merdeka hinggalah selepas merdeka telah disimpan di dalam arkib negara bagi tatapan umum untuk generasi yang akan datang.

Media sosial seperti facebook, blog dan sebagainya bukan sahaja memberi sumbangan kepada pembaca sahaja malah mampu untuk menulis idea dengan bebas tanpa tapisan mana-mana pihak. Hal ini demikian kerana, akaun media sosial boleh dimiliki serta dibuat oleh sesiapa sahaja dan bebas untuk menulis apa-apa sahaja. Lantaran itu, masyarakat bebas untuk menyuarakan pendapat dan juga bersuara dengan bebas. Namun, kebebasan tersebut boleh menyebabkan berlakunya huru-hara di sesebuah negara. Misalnya, blog “Malaysian today” yang ditulis oleh Raja Petra telah menjatuhkan nama negara kita dengan coretan-coretan negatifnya serta menghina perlembagaan.

(4)

keburukan yang dibawa oleh media ialah berita yang dilaporkan oleh media yang salah akan menyebabkan wujudnya perasaan negative serta meningkatkan tekanan darah tinggi. Selain itu, iklan-iklan serta filem yang dipaparkan oleh media mempunyai aksi-aksi ganas akan mempengaruhi sikap dan tingkah laku kanak-kanak. Misalnya, filem Spiderman dan sebagainya memaparkan aksi ganas dengan superhero berlawan dengan musuhnya menyebabkan kanak-kanak terikut-ikut dengan aksi bahaya tersebut.

Media juga dikatakan menjadi punca kanak-kanak menjadi malas serta lemah dalam menguasai tata bahasa dan kemahiran membaca. Hal ini demikian kerana, kanak-kanak lebih gemar menonton rancangan hiburan yang tidak berfaedah berbanding rancangan atau program ilmiah di dalam televisyen. Faktor tersebut juga memberi impak yang besar kepada kanak-kanak akan kehilangan skil untuk bersosial. Mereka lebih gemar untuk menghabiskan masa dengan menonton televisyen dan menghabiskan masa di media sosial berbanding bergaul dengan masyarakat sekeliling.

Selain itu, di dalam video tersebut juga menekankan bahawa media mampu memberikan mesej yang salah kepada khalayak terutamanya remaja. Misalnya, pemaparan model serta aktor yang kurus menyebabkan remaja menganggap tubuh badan seperti yang dipaparkan di televisyen adalah berat badan yang ideal namun pada hakikatnya, kebanyakkan model serta pelakon yang dipaparkan di dalam media mempunyai berat badan yang kurang daripada berat badan yang sepatutnya dimiliki oleh seseorang.

Media juga boleh menyebabkan berlakunya gejala ‘cyberbully’ atau buli alam maya. Malah media juga dikatakan entiti yang paling berkuasa di dunia iaitu media mampu membuatkan orang yang bersalah menjadi tidak bersalah dan sebaliknya. Hal ini demikian kerana media mengawal pemikiran audien atau khalayaknya.

3.0 PANDANGAN TERHADAP ISU-ISU TERSEBUT

(5)

dengan kesan negatif yang telah dibawa, begitu juga kesan postif iaitu tidak semua masyarakat yang mendapat manfaat daripada media sepenuhnya. Oleh itu, jelaslah bahawa kesan positif dan negatif yang dibawa oleh media adalah seimbang antara kedua-duanya.

Selain itu, kesan positf dan negatif yang dibawa oleh media dikatakan seimbang kerana seperti yang telah dikatakan tadi, tidak semua negara atau kawasan yang mendapat liputan media atau manfaat dan kesannya daripada media tersebut. Hal ini demikian kerana teknologi membataskan perkembangan media di sesetengah kawasan kerana negara maju mempunyai teknologi media yang lebih canggih berbanding negara yang kurang maju. Hal ini akan menimbulkan jurang di antara negara maju dan kurang maju. Misalnya, maklumat hanya diperolehi oleh golongan yang mempunyai teknologi media dan wang sahaja manakala golongan yang tidak mempunyai wang serta teknologi akan terus kekal ketinggalan zaman.

Di samping itu, tahap literasi media oleh khalayak juga akan menentukan samaada kesan yang dibawa oleh media tersebut memberikan kesan yang positif mahupun negatif. Hal ini demikian kerana literasi media seperti yang telah kita ketahui merupakan keupayaan untuk menyemak serta menganalisis mesej yang disampaikan oleh media samaada mesej tersebut baik atau buruk. Oleh itu, masyarakat yang dapat menganalisis setiap mesej yang disampaikan oleh media dapat mengekang kesan negatif yang dibawa oleh media. Berikutan itu juga, kesan positif dan negatif yang dibawa oleh media dikatakan sama sahaja kerana ia adalah tanggungjawab pengguna sendiri dalam mengekang dan memanfaatkan kesan yang dibawa oleh media.

4.0 TEORI-TEORI BERKAITAN ISU TERSEBUT

(6)

kesan negatif dan positif yang dibawa oleh media adalah seimbang kerana pengguna atau khalayak tahu untuk menentukan apa yang mereka kehendaki.

Teori yang seterusnya ialah teori aliran dua tahap atau “two step flow” . Teori ini diperkenalkan oleh Paul S. Lazarfeld yang mengatakan bahawa setiap mesej yang di sampaikan oleh media akan di tapis oleh “opinion leader” terlebih dahulu barulah sampai kepada khalayak. Oleh itu, teori ini dapat dikaitkan dengan kesan positif dan negatif yang dibawa oleh media sememangnya akan di tapis oleh pemimpin terlebih dahulu barulah sampai kepada khalayak. Oleh itu, dapatlah kita simpulkan bahawa kesan yang dibawa oleh media adalah seimbang sama ada kesan positif mahupun negatif. Misalnya, kita dapat lihat bahawa filem-filem yang mempunyai unsur lucah akan ditapis terlebih dahulu sebelum ditayangkan kepada penonton atau khalayak.

5.0 RUMUSAN.

Kesimpulannya, media sememangnya mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan harian kita. Malah media juga dapat mendatangkan kesan yang positif mahupun negatif. Hal ini demikian kerana setiap kebaikan pasti akan ada keburukannya.Namun, kesan yang dibawa oleh media dapat diseimbangkan dan bergantung atas diri pengguna atau khalayak sendiri dalam memilih untuk mendapatkan manfaatnya. Kecanggihan teknologi pada masa kini juga berkembang dengan pantas seiring dengan perkembangan media dan diharapkan dapat melahirkan sebuah masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan dalam menilai mesej yang baik atau buruk yang disalurkan oleh media.

Ibubapa seharusnya memainkan peranan dalam menentukan media yang sesuai untuk anak-anak mereka mengikut kesediaan tahap umur dan kematangan bagi menilai kesan baik dan buruk media yang disajikan. Bimbingan dan pemantauan ibubapa dalam memberi ruang media yang sesuai diharap dapat memberikan kesan baik media di samping dapat menolak gejala yang tidak sihat menular dengan cepat bagi mempengaruhi kanak-kanak.

(7)

RUJUKAN

1. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2000&dt=0323&sec=Rencana&pg=ot_01.htm

2. http://io9.com/391538/the-ten-most-important-satellites-orbiting-earth-now 3. Rod Holmgren. William Norton. 1971. The mass media book.

Prentice-Hall,INC.,Englewood Cliffs, New Jersey.

4. Marshall McLuhan. 1962. The Gutenberg Galaxy: The Making of Typographic Man ). University of Toronto Press.

5. Marshall McLuhan. 1964. Understanding Media: The extensions of man. McGraw Hill.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil penelitian, tingkat upah minimum yang ada di Kota Manado memberikan pengaruh signifikan yang negatif terhadap Pengangguran dan untuk Indeks

Halo Nama saya Muhamad Andi Prasetyo, Saya ucapkan terimakasih dan salam kenal untuk kalian yang sudah berkunjung dan membaca artikel yang ada di blog ini. Saya sadar tidak

EBITDA menurun sebesar 25.0% menjadi US$129.0 juta dari US$172.1 juta di 3M2017, sebagian besar disebabkan oleh laba kotor yang lebih rendah sekitar 20% sebagai hasil dari biaya

Dari 12 sampel Mahasiswa FIK UNY setelah melakukan latihan sirkuit (circuit training) diperoleh hasil sebanyak 6 atlet yang daya tahan aerobiknya (VO₂Max)

nasional. 5) Dalam pengukuran yang dilakukan untuk pembuatan peta dasar. pendaftaran dimaksud pada ayat 1, selain

Kesimpulan dari hasil penelitian adalah: (1) Manajemen produksi pada usaha peternakan kambing di Kecamatan Candi Kabupaten Sidoarjo dapat dikatakan baik pada

Kanker serviks adalah tumor ganas yang tumbuh di dalam leher rahim, yaitu bagi anterendah dari rahim yang menempel pada puncak vagina. Kanker ovarium adalah tumor

Dari hasil penelitian yang dilaksanakan, Dirja, dkk menyatakan bahwa penerapan metode kooperatif Tipe STAD dalam proses pembelajaran, dapat meningkatkan hasil