• Tidak ada hasil yang ditemukan

2611 3 PSV SPM 2016 Feb Jul (soalan)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "2611 3 PSV SPM 2016 Feb Jul (soalan)"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

LEMBAGA PEPERIKSAAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2016

2611/3

PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS

Kertas 3

Februari – Julai

1. Kertas ini mengandungi sembilan tugasan: Tugasan 1 hingga Tugasan 9.

2. Calon diwajibkan melaksanakan satu tugasan sahaja.

3. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut dan memenuhi semua aspek

(2)

ARAHAN KEPADA CALON

1. Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual wajib melaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akan dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

2. Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan secara individu dari bulan Februari hingga bulan Julai 2016.

3. Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakan cetakan komputer.

4. Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli, dihasilkan sendiri oleh calon dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber.

5. Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertas berukuran lebih kurang 28 cm × 38 cm.

6. Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan tugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut.

7. Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kali sesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh.

8. Calon mesti memenuhi semua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapatkan gred Cemerlang dan Baik. Gred Cemerlang dan Baik akan dicatat dalam sijil pencapaian calon yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. Pencapaian Memuaskan, Sederhana dan Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak akan dicatat di dalam sijil. 9. Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tiga

helai sahaja.

10. Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian.

11. Hasil kerja calon hendaklah dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkan menghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya.

12. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul portfolio. Calon digalakkan menjilid hasil kajian.

13. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria.

(3)

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL

TAJUK : REKA BENTUK GRAFIK

PRODUK : PEMBUNGKUSAN COKLAT

SITUASI

Syarikat pengeluar coklat tempatan memerlukan reka bentuk pembungkusan coklat keluaran terbaru. Sasaran syarikat tersebut ialah pasaran luar negara. Oleh kerana itu, syarikat memerlukan satu reka bentuk pembungkusan yang mempunyai nilai komersial dan bersifat eksklusif.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian serta menghasilkan satu reka bentuk pembungkusan coklat yang mempunyai nilai komersial dan bersifat eksklusif. Sebagai pereka, anda haruslah memastikan reka bentuk tersebut merupakan idea baharu bagi menjamin sifat eksklusif tersebut.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai reka bentuk pembungkusan, muka taip, ilustrasi, dan aspek-aspek lain yang berkenaan sebagai sumber ilham.

2. Lakaran reka bentuk pembungkusan berserta lukisan hamparan dengan skala dan catatan.

3. Lakaran perkembangan idea muka taip dengan catatan.

4. Lakaran olahan reka bentuk logo atau identiti syarikat dengan catatan.

5. Lakaran olahan idea ilustrasi dengan catatan.

6. Lakaran olahan idea reka letak muka taip, ilustrasi, identiti syarikat, dan aspek penerangan dengan catatan.

7. Kajian warna reka bentuk pembungkusan dengan catatan dan skema warna.

8. Hamparan penuh reka bentuk pilihan.

(4)

Berdasarkan kajian tersebut, model reka bentuk pembungkusan coklat anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Kertas

Penggunaan bahan lain sebagai bahan sampingan dibenarkan

Teknik : Ilustrasi

Warna : Bebas mengikut kajian Kapsyen : Mengikut kajian Tema : Mengikut kajian Saiz minimum : 6 cm × 6 cm × 15 cm

Contoh:

Nota:

1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan kemas.

2. Hasil akhir boleh menggunakan cetakan komputer tetapi proses penghasilan hendaklah disertakan menggunakan cakera padat. Guru harus memastikan bahawa setiap proses penghasilan dibuat sendiri oleh calon.

(5)

BIDANG : REKA BENTUK

TAJUK : HIASAN DALAMAN

PRODUK : MODEL BILIK PENGINAPAN HOTEL BERTEMA

SITUASI

Seorang pemilik hotel ingin menjadikan bilik penginapan di hotelnya unik bagi menarik minat pelancong untuk menginap. Beliau mahu setiap bilik dihias berdasarkan tema cerita rakyat Malaysia.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan reka bentuk hiasan dalaman bilik penginapan hotel tersebut berdasarkan tema cerita rakyat Malaysia.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai jenis ruang bilik penginapan sebagai sumber ilham.

2. Kajian dan koleksi gambar tentang cerita rakyat Malaysia.

3. Lukisan atau catan realistik gambaran yang berkaitan cerita rakyat Malaysia.

4. Lukisan pelan lantai ruang bilik mengikut skala.

5. Lakaran perkembangan idea perabot dan kelengkapan pada pelan lantai dengan catatan.

6. Lakaran reka letak perabot dan kelengkapan pada pelan lantai dengan catatan.

7. Kajian ergonomik reka bentuk.

8. Kajian warna dengan catatan dan skema warna.

9. Lukisan perspektif tiga sudut pandangan menarik dengan catatan.

10. Lukisan persembahan dalam situasi sebenar dengan catatan.

11. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.

(6)

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk model hiasan dalaman anda hendaklah berdasarkan spesifikasi berikut:

Bahan : Bebas dan bersesuaian Saiz minimum : 45 cm × 30 cm × 25 cm

ATAU

Mengikut skala ukuran daripada reka cadang ruang sebenar

Teknik : Bebas kecuali kolaj Tema : Cerita Rakyat Malaysia

Contoh:

Nota:

1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.

2. Hiasan dan perabot mestilah dihasilkan sendiri oleh calon. 3. Portfolio anda hendaklah bermaklumat.

(7)

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL

TAJUK : REKA BENTUK GRAFIK

PRODUK : REKA BENTUK KORPORAT DAN PENGIKLANAN

SITUASI

Sebuah syarikat penerbangan terkemuka ingin membuat penjenamaan semula. Satu reka bentuk grafik yang baharu diperlukan untuk menggambarkan kehebatan syarikat penerbangan tersebut.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka bentuk grafik bagi penjenamaan semula syarikat tersebut. Reka bentuk grafik tersebut merangkumi reka bentuk korporat iaitu logo, sampul surat dan kepala surat serta reka bentuk pengiklanan iaitu poster.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Kajian reka bentuk korporat dan pengiklanan syarikat penerbangan yang anda pilih.

2. Lukisan atau ilustrasi reka bentuk korporat dan pengiklanan syarikat penerbangan yang anda pilih.

3. Koleksi gambar logo, sampul surat, kepala surat, dan poster sebagai sumber ilham.

4. Lakaran perkembangan idea logo, sampul surat, kepala surat, dan poster dengan catatan.

5. Kajian tipografi dengan catatan.

6. Lakaran olahan reka letak (mana-mana yang berkenaan) dengan catatan.

7. Kajian warna dan skema warna dengan catatan.

8. Lukisan persembahan dalam situasi sebenar dengan catatan.

9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.

(8)

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk korporat dan pengiklanan anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Bahan yang bersesuaian Saiz minimum : Logo

Sampul surat

1. Logo dan poster hendaklah dihasilkan secara manual.

2. Sampul surat dan kepala surat boleh dihasilkan secara manual atau cetakan komputer.

3. Setiap hasil kerja hendaklah kemas dan dibingkaikan secara berasingan. 4. Portfolio anda hendaklah bermaklumat.

Poster

Sampul surat dan kepala surat Logo

(9)

BIDANG : KRAF TRADISIONAL

TAJUK : UKIRAN KAYU

PRODUK : PENYANGKUT BAJU

SITUASI

Sebuah hotel yang menerapkan suasana tradisional di setiap bilik memerlukan penyangkut pakaian kayu yang berukir. Selain berfungsi sebagai penyangkut pakaian, ia juga dapat menjadi pelengkap hiasan dalaman yang menarik serta mempromosi keindahan ukiran kayu tradisional.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu penyangkut baju kontemporari yang menggunakan ukiran kayu tradisional bermotifkan flora.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai jenis penyangkut baju sebagai sumber ilham.

2. Koleksi gambar pelbagai jenis ukiran kayu sebagai sumber ilham dengan catatan.

3. Koleksi gambar flora sebagai sumber ilham dengan catatan.

4. Lukisan atau catan realistik flora yang dipilih.

5. Lakaran perkembangan idea penyangkut baju dengan catatan.

6. Lakaran olahan idea motif flora dengan catatan.

7. Kajian warna dan skema warna dengan catatan (jika perlu).

8. Lukisan dua sudut pandangan menarik.

9. Lukisan persembahan dalam situasi sebenar.

10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.

(10)

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk penyangkut baju anda hendaklah berdasarkan spesifikasi berikut:

Bahan : Kayu yang bersesuaian Ukuran minimum : 45 cm × 15 cm

Teknik : Ukiran bunga timbul bersilat

Contoh:

Nota:

1. Hasil produk hendaklah dikemaskan. 2. Portfolio anda hendaklah bermaklumat.

(11)

BIDANG : SENI HALUS

TAJUK : ARCA

PRODUK : ARCA

SITUASI

Satu pertandingan reka bentuk arca akan dianjurkan untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam seni arca tanah air.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan reka bentuk arca. Jenis arca anda berdasarkan kajian yang anda lakukan. Tema arca anda ialah Pergerakan.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi pelbagai jenis arca sebagai sumber ilham.

2. Koleksi pelbagai gambar yang berkaitan sebagai sumber ilham.

3. Lakaran realistik satu atau lebih hal benda yang dijadikan sumber ilham.

4. Lakaran perkembangan idea arca dengan catatan.

5. Lukisan reka bentuk arca yang dipilih dengan catatan.

6. Kajian warna dan skema dengan catatan (jika berkenaan).

7. Lukisan dari tiga sudut pandangan yang menarik.

8. Lukisan persembahan dalam situasi sebenar dengan catatan.

9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.

(12)

Berdasarkan kajian tersebut, model reka bentuk arca anda hendaklah berdasarkan spesifikasi berikut:

Bahan : Bebas dan bersesuaian Ukuran minimum : 40 cm × 20 cm

Teknik : Bebas

Tema : Pergerakan

Contoh:

Nota:

(13)

BIDANG : KRAF TRADISIONAL

TAJUK : TEMBIKAR

PRODUK : PASU

SITUASI

Satu pertandingan menghasilkan pasu tembikar yang bertemakan futuristik akan diadakan untuk memperkenalkan kraf tangan Malaysia ke peringkat antarabangsa.

TUGASAN

Anda dikehendaki menghasilkan pasu tembikar yang mempunyai nilai estetik dan bersifat futuristik. Pasu yang anda hasilkan hendaklah kreatif dan unik serta mempamerkan kehalusan dan kehebatan teknik penghasilan tembikar.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pasu sebagai sumber ilham.

2. Lukisan atau catan realistik pasu.

3. Lakaran perkembangan idea pasu dengan catatan.

4. Lukisan sebenar reka bentuk pasu futuristik yang dipilih.

5. Kajian warna dengan skema warna dan catatan.

6. Lukisan tiga dimensi pasu dari tiga sudut pandangan berbeza.

7. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.

8. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.

(14)

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk pasu anda hendaklah berdasarkan spesifikasi berikut:

Bahan : Tanah liat Ukuran : 30 cm × 15 cm

Teknik : Gabungan teknik picit, kepingan dan lingkaran

Tema : Berdasarkan kajian

Contoh:

Nota:

1. Hasil kerja hendaklah kukuh dan stabil.

(15)

BIDANG : REKA BENTUK

TAJUK : REKA BENTUK INDUSTRI

PRODUK : PENYEDUT HAMPAGAS DWIFUNGSI

SITUASI

Sebuah syarikat peralatan elektrik bercadang menghasilkan rekaan terbaharu penyedut hampagas kompak dwifungsi untuk digunakan di dalam kereta.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu penyedut hampagas kompak dwifungsi mudah alih yang boleh digunakan di dalam kereta. Penyedut hampagas kompak dwifungsi mudah alih ini boleh disimpan di dalam kereta dan tidak mengganggu ruang.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi pelbagai jenis penyedut hampagas kompak sebagai sumber ilham dengan catatan.

2. Lukisan atau catan realistik penyedut hampagas kompak yang dipilih dari sumber ilham.

3. Lakaran perkembangan idea reka bentuk penyedut hampagas kompak dwifungsi berdasarkan hal benda yang dipilih dengan catatan.

4. Kajian ergonomik reka bentuk penyedut hampagas kompak dwifungsi.

5. Lukisan teknikal reka bentuk penyedut hampagas kompak dwifungsi dengan catatan fungsi.

6. Kajian warna dengan skema warna dan catatan.

7. Lukisan perspektif dari tiga sudut pandangan menarik.

8. Lukisan persembahan dalam situasi sebenar.

9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.

(16)

Berdasarkan kajian tersebut, model reka bentuk penyedut hampagas kompak dwifungsi anda hendaklah berdasarkan spesifikasi berikut:

Bahan : Bahan yang bersesuaian Ukuran minimum : 30 cm × 10 cm

ATAU

Mengikut skala ukuran daripada reka cadang

Teknik : Bebas

Tema : Berdasarkan kajian

Contoh:

Nota:

1. Hasil kerja hendaklah kukuh dan stabil. 2. Portfolio anda hendaklah bermaklumat.

(17)

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL

TAJUK : ILUSTRASI

PRODUK : DUIT KERTAS MALAYSIA EDISI PERINGATAN

SITUASI

Sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-60 sekumpulan artis berusaha untuk menghasilkan ilustrasi wang kertas edisi peringatan.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan ilustrasi wang kertas edisi peringatan bernilai RM50. Duit kertas peringatan ini mestilah bertemakan kemajuan Malaysia.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi pelbagai gambar wang kertas sebagai sumber ilham.

2. Lukisan atau catan realistik wang kertas yang dipilih dari sumber ilham.

3. Lakaran perkembangan idea berdasarkan hal benda atau tema yang dipilih.

4. Kajian tipografi dengan catatan.

5. Lakaran reka letak ilustrasi dengan tipografi serta catatan.

6. Kajian warna dengan skema warna dan catatan.

7. Lukisan persembahan dalam situasi sebenar.

8. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.

(18)

Berdasarkan kajian tersebut, ilustrasi wang kertas edisi peringatan anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Kertas yang bersesuaian Ukuran minimum : 45 cm × 21 cm

Teknik : Catan

Tema : Berdasarkan kajian

Contoh:

Nota:

1. Hasil kerja anda hendaklah kemas dan dibingkaikan. 2. Portfolio anda hendaklah bermaklumat.

CO

NTO

H

Hadapan

Belakang

CO

NTO

(19)

BIDANG : SENI HALUS

TAJUK : CETAKAN

PRODUK : CETAKAN TIMBULAN

SITUASI

Sempena Karnival Muzik Antarabangsa, satu pameran seni yang berkaitan dengan muzik akan diadakan. Oleh yang demikian, karya-karya cetakan yang bermutu tinggi diperlukan untuk dipamerkan pada pameran tersebut.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan cetakan timbulan untuk dipamerkan dalam pameran tersebut.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai cetakan.

2. Koleksi gambar pelbagai hal benda yang boleh dijadikan sumber ilham.

3. Lukisan atau catan realistik berdasarkan sumber ilham.

4. Lakaran perkembangan idea dengan catatan.

5. Lakaran reka letak motif dengan catatan.

6. Kajian warna dengan skema warna dan catatan.

7. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar.

8. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.

9. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan produk dengan catatan mengikut urutan.

(20)

Berdasarkan kajian tersebut, karya cetakan timbulan anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Kayu atau lino Ukuran minimum : 30 cm × 20 cm Bilangan warna minimum : 3

Teknik : Cetakan timbulan Tema : Muzik

Contoh:

Nota:

1. Hasil kerja hendaklah mengikut disiplin cetakan. 2. Plat cetakan hendaklah disertakan bersama hasil karya. 3. Portfolio anda hendaklah bermaklumat.

RICHARD RHODE

Music Mellow Steady Flow

20/40 Music Mellow steady flow Rhode

Referensi

Dokumen terkait

Mahasiswa harus mampu untuk menjawab tantangan yang ada dalam masyarakat dan memberikan sumbangan yang sangat berarti bagi lingkungan sekitarnya, termasuk masalah bencana

Dan rata-rata jawaban responden yakni para pengusaha usaha mikro dan kecil di Jawa Timur pada penelitian ini, menunjukkan bahwa seluruh item pada manajerial

Maka dengan adanya kemudahan teknologi web masa kini, maka ciri-ciri strategi pembelajaran aktif dalam persekitaran autentik melalui penyediaan ruang refleksi

Hasil inventarisasi pada penelitian ini mendapati banyak spesies kura-kura dilindungi yang tercantum dalam Red List IUCN, namun ternyata diperdagangkan secara

Namun demikian pada usia lebih dari 40 tahun kepuasan konsumen tertinggi teIjadi pada atribut ahli menangani gangguan dengan gap sebesar 0,22, sedangkan kepuasan

Dalam penelitian tentang kampanye caleg perempuan DPRD Sidoarjo pada Pemilu 2009 ini, ada dua aspek terkait yang peneliti anggap perlu dicari penjelasannya

adalahmenganalisis pelimpahan Bea Perolehan Hak Atas Tanah dan Bangunan (BPHTB) yang berpengaruh terhadap kontribusi Pendapatan Asli Daerah (PAD) dimana hasil dari pemungutan

32/2009 tentang Perlindungan dan Pengelolaan Lingkungan Hidup, Kajian Lingkungan Hidup Strategis, yang selanjutnya disingkat KLHS, adalah rangkaian analisis yang