• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEKELILING PERLAKSANAAN ARAHAN WAJIB TAKSIR DAN PEMBAYARAN ZAKAT PENDAPATAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PEKELILING PERLAKSANAAN ARAHAN WAJIB TAKSIR DAN PEMBAYARAN ZAKAT PENDAPATAN"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

PEKELILING PERLAKSANAAN

ARAHAN WAJIB

TAKSIR DAN PEMBAYARAN

ZAKAT PENDAPATAN

(2)

PEKELILING BAGI PENETAPAN PERLAKSANAAN WAJIB TAKSIR ZAKAT AL MAL AL MUSTAFAD / PENDAPATAN BAGI KAKITANGAN KERAJAAN / BADAN BERKANUN / ANAK-ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI YANG BERAGAMA ISLAM DAN BERKHIDMAT DI NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

LATAR BELAKANG

Pekeliling bagi penetapan perlaksanaan wajib taksir zakat ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai perlaksanaan wajib taksir pendapatan untuk pengeluaran zakat pendapatan.

Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang adalah badan yang berautoriti dalam perkara-perkara yang berhubungan dengan pentadbiran agama Islam di negeri Pahang termasuk zakat dan fitrah. Ini selaras dengan seksyen 82 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 yang menyatakan bahawa ‘Majlis hendaklah mempunyai kuasa dan hendaklah berkewajipan memungut semua zakat dan fitrah yang kena dibayar dalam Negeri Pahang menurut Hukum Syarak’. Bagi maksud memenuhi kehendak seksyen tersebut, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang melalui Pusat Kutipan Zakat Pahang mengeluarkan pekeliling ini bagi mewajibkan setiap pekerja beragama Islam di negeri Pahang membuat taksiran zakat pendapatan seterusnya memilih cara membayar zakat pendapatan masing-masing.

(3)

PERUTUSAN TIMBALAN YANG DIPERTUA MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim

Zakat merupakan salah satu sumber kekuatan ekonomi bagi umat Islam. Melalui dana Zakat, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang telah dapat menjaga maslahah umat Islam khususnya mereka-mereka yang berada di bawah paras Haddul Kifayah atau golongan yang kurang bernasib baik.

Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang mendapati bahawa dana Zakat boleh ditingkatkan melalui pelbagai pendekatan. Bilangan pembayar zakat pendapatan atau Zakat Mal Al Mustafad masih berada pada tahap sederhana di mana masih ramai kakitangan awam, badan-badan berkanun dan swasta yang belum membuat taksiran dan membayar Zakat.

Kini sudah sampai masanya semua pekerja yang mempunyai sumber pendapatan wajib mengistiharkan pendapatan masing-masing bagi menentukan seseorang tersebut mencukupi syarat wajib membayar Zakat. ‘Enggan Memberi

Taksiran Pendapatan’ dan ‘Tidak Membayar Zakat dan Fitrah’ adalah merupakan

kesalahan-kesalahan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013. Kesalahan ini jika disabitkan, boleh membawa kepada hukuman denda dan penjara.

Sebagai langkah untuk meningkatkan dana zakat, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang telah memutuskan untuk mewajibkan setiap individu yang mempunyai sumber pendapatan membuat taksiran ke atas pendapatan masing-masing bagi menentukan samada dikenakan membayar Zakat atau tidak. Bagi individu yang kena bayar Zakat boleh memilih kaedah membayar Zakat yang sesuai bagi dirinya dan memastikan membayar Zakat mengikut tempoh yang ditetapkan.

(4)

BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA

DATO’ SRI WAN HAJI ABDUL WAHID BIN WAN HASSAN (SSAP., SIMP., DSAP., SAP., JSM., AMP.)

Timbalan Yang Dipertua,

Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN DENGAN TAKSIRAN DAN PEMBAYARAN ZAKAT

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013

a) Seksyen 24 - Enggan memberi taksiran pendapatan

“Mana-mana orang yang dikehendaki memberi penyata atau taksiran pendapatannya berhubung dengan zakat dan fitrah dalam tempoh yang ditentukan dengan sengaja enggan atau cuba mengelakkan diri daripada berbuat demikian dengan tiada sebab yang munasabah ataupun memberi penyata atau taksiran yang palsu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya”.

b) Seksyen 25(2) - Menghasut supaya mengabaikan kewajipan agama

“Mana-mana orang yang dengan apa-apa cara menghasut atau menghalang mana - mana orang Islam daripada membayar zakat atau fitrah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya”.

Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang melalui Pusat Kutipan Zakat Pahang akan memastikan agar pelbagai kemudahan disediakan disamping memberikan sebaik-baik perkhidmatan supaya umat Islam dapat menunaikan ibadah Zakat dengan sempurna dan selesa.

Wabillahi taufiq wal hidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

(5)

c) Seksyen 39 – Pembayaran zakat atau fitrah kepada orang yang tidak diberi kuasa

“Mana-mana orang yang membayar atau menyebabkan supaya dibayar zakat atau fitrah kepada mana-mana orang yang tidak diberi kuasa secara sah untuk memungut zakat atau fitrah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya”.

d) Seksyen 40 - Tidak membayar zakat atau fitrah

“Manamana orang yang wajib membayar zakat atau fitrah tetapi

-enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah itu; atau

enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah itu melalui amil yang dilantik, atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa, oleh Majlis untuk memungut zakat atau fitrah,

a) b)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya”.

(6)

Mengeluarkan zakat merupakan satu kemestian yang wajib dilakukan oleh setiap individu Muslim yang telah cukup syarat-syaratnya berdasarkan kepada firman Allah S.W.T dalam ayat 43 surah Al Baqarah;

“ Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkan zakat, dan rukuklah kamu semua (berjema’ah) bersama-sama orang yang rukuk ”

TANGGUNGJAWAB INDIVIDU MUSLIM

Adalah menjadi kewajipan bagi umat Islam yang cukup syarat-syaratnya untuk menunaikan zakat ke atas sumber penggajian / pendapatan yang merupakan salah satu sumber utama harta dimiliki.

Seruan kewajipan menunaikan zakat pendapatan yang merupakan cabang daripada harta adalah seperti mana yang terkandung di dalam firman Allah S.W.T dalam ayat 267 surah Al Baqarah;

“ Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.. ”

FATWA ZAKAT PENDAPATAN

Berhubung dengan kewajipan menunaikan Zakat Pendapatan, Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang telah memutuskan bahawa :

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak (2001) bersetuju memutuskan bahawa Zakat Penggajian (ditukar kepada Zakat Mal Mustafad) adalah wajib dengan menggunapakai kaedah kiraan berdasarkan kepada ‘Kaedah Perbelanjaan Sebenar’ dan ‘Kaedah Perbelanjaan Terhad’

(7)

KAEDAH PENGIRAAN

Kaedah pengiraan zakat pendapatan yang ditetapkan di negeri Pahang adalah seperti berikut :

Pendapatan setahun ditolak dengan Perbelanjaan (berdasarkan kepada Had Kifayah) dalam tempoh setahun, (tertakluk baki melebihi Nisab semasa), didarab dengan 2.5%

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Darul Makmur (27 Mei 2014) telah menambahbaik kepada keputusan terdahulu memutuskan bahawa :

Bersetuju bahawa hukum Zakat al Mal al Mustafad adalah wajib Takrif Zakat al Mal al Mustafad ialah :

a. Harta Penggajian dan Upah Kerja b. Harta Hasil Bebas

c. Harta al Mustaghallat

Bersetuju kaedah pengiraan Zakat al Mal al Mustafad adalah berdasarkan kepada Had al Kifayah.

i) ii)

iii)

TATACARA DAN PROSES PERLAKSANAAN

Tanggungjawab Ketua Jabatan / Majikan

(a) Setiap Ketua Jabatan / Majikan adalah dikehendaki mengemukakan senarai nama kakitangan masing-masing mengikut format yang dikehendaki (Lampiran 1) dan mengembalikannya (setelah lengkap) kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang selewat-lewatnya pada atau sebelum 30 April setiap tahun di alamat :

Bahagian Khidmat Zakat Berjadual Pusat Kutipan Zakat Pahang

No.111A, Tingkat 1, Bangunan MUIP Jalan Mahkota 25000 Kuantan Pahang

(8)

(b) Pusat Kutipan Zakat Pahang akan menghantar Borang Penyata Pendapatan dan Taksiran Zakat (Lampiran 2) kepada majikan dan Borang tersebut hendaklah diserahkan oleh majikan kepada kakitangan masing-masing untuk dibuat taksiran zakat.

Tanggungjawab Individu / Kakitangan

(a) Setiap kakitangan dikehendaki membuat taksiran zakat melalui dua kaedah iaitu :

i. Borang Penyata Pendapatan Dan Taksiran Zakat dan mengembalikannya (setelah lengkap) kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang dengan menggunakan sampul surat POS JELAS yang disediakan; atau ii. Secara Atas Talian di alamat http://etaksir.zakatpahang.my selewat-lewatnya pada atau sebelum 31 Oktober setiap tahun.

(b) Mana-mana pegawai / kakitangan yang tertakluk dengan kewajipan zakat (setelah dibuat taksiran) dikehendaki melakukan pembayaran zakat pendapatan masing-masing melalui salah satu daripada kaedah-kaedah berikut :

i. Mengisi Borang Arahan Potongan Gaji Untuk Bayaran Zakat ; atau

ii. Melalui saluran bayaran yang disediakan oleh Pusat Kutipan Zakat Pahang

(sila rujuk Lampiran 3) ;

(9)

REBAT CUKAI BULANAN

Bagi kakitangan yang tertakluk kepada potongan cukai bulanan (PCB), setiap nilai dari Zakat yang dibayar akan mendapat pengurangan secara terus dari nilai PCB tersebut sebagai contoh ;

PCB bulan November 2017 PCB patut dipotong : RM100 ZAKAT dipotong : RM 100 PCB perlu dipotong : TIADA

Pekeliling / Arahan ini berkuatkuasa mulai daripada tarikh ianya dikeluarkan.

Pekeliling ini terpakai bagi semua kakitangan kerajaan / badan berkanun / anak-anak syarikat kerajaan negeri yang beragama Islam dan berkhidmat di Negeri Pahang Darul Makmur.

TARIKH BERKUATKUASA

(10)
(11)

LAMPIR AN 1 BOR ANG M AKL UM AT PEGA W AI D AN ANGGO TA PERKHIDM AT AN NAM A M A JIK AN : NO TELEFON M A JIK AN : BIL. NAM A NO MY K AD JA W AT AN / GRED TEMP AT BERTUGAS

(12)

LAMPIRAN 2

*Borang ini tertakluk kepada perubahan

(13)

SALURAN BAYARAN ZAKAT SKIM BARAKAH

LAIN-LAIN KAUNTER

LAMPIRAN 3

* Borang Arahan Potongan Gaji Untuk Bayaran Zakat (PKZ-BO-P04/B1) *Secara Atas Talian

(http://eborang.zakatpahang.my/borangpzb/daftarpzb.aspx) PKZ Cawangan Kuantan Tel: 09-5162525 PKZ Cawangan Temerloh Tel: 09-2966616 PKZ Cawangan Raub Tel: 09-3550515 PKZ Cawangan Pekan Tel / Faks: 09-4221515

KAD DEBIT / KAD KREDIT TERMINAL KAD

‘ONLINE BANKING’ PAYQUICK / MYEG

Unit Kaunter Bergerak (UKB) Pejabat Pos Kaunter UTC

PKZ Cawangan Rompin Tel / Faks: 09-4147517 PKZ Cawangan Muadzam Shah Tel / Faks: 09-4522515 PKZ Cawangan Jengka Tel / Faks: 09-4675616 PKZ Cawangan Jerantut Tel / Faks: 09-2669916 PKZ Cawangan Bera Tel / Faks: 09-2506616 PKZ Cawangan Bentong Tel / Faks: 09-2231626 PKZ Cawangan Kuala Lipis Tel / Faks: 09-3121216 PKZ Cawangan Maran Tel / Faks: 09-4771515

(14)

Referensi

Dokumen terkait

Kinerja dari industri elektronika dapat dilihat dari seberapa besar kontribusi yang diberikan terhadap industri manufaktur; pertumbuhan nilai tambah, output, tenaga kerja, dan

Alhamdulillahirrobbil’alamiin, in the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful and all praises be upon Allah SWT, lord of the world who has given his divine

Penelitian ini dilatarbelakangi dari banyaknya sumber qard}ul h}asan yang termuat dalam PSAK 101 serta laporan keuangan PT Bank BNI Syariah yang menunjukkan bahwa

Bupati Kabupaten Bandung Barat untuk m em bantu kami dalam bantuan usaha bersama di bidang Usaha Kue Kering dem i kesinambungan Kelompok Usaha Kecil Menengah “ A fdhol”.

Metode yang digunakan dalam penelitian ini adalah metode deskriptif. Adapun penggunaan metode ini untuk memaparkan besarnya pengaruh disiplin terhadap hasil belajar

"History is all that happaned in the past and what man has written about the past out of all that has happaned since the beginning of human history, What has been recorded

Beredasarkan output plot versus vits, diketahui residual plot pada scatter plot versus fits dapat diketahui bahwa tidak terdapat pola atau menyebar secara acak

Optimasi pengangkutan sampah dapat dilakukan dengan perencanaan rute berdasarkan pada keseimbangan kapasitas setiap kendaraan dan timbulan sampah yang dikumpulkan