• Tidak ada hasil yang ditemukan

KERTAS KERJA PEMBINAAN SURAU AL-MAKMUR DI DESA MAKMUR SUNGAI MERAB LUAR MUKIM DENGKIL DAERAH SEPANG SELANGOR DARUL EHSAN.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KERTAS KERJA PEMBINAAN SURAU AL-MAKMUR DI DESA MAKMUR SUNGAI MERAB LUAR MUKIM DENGKIL DAERAH SEPANG SELANGOR DARUL EHSAN."

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

KERTAS KERJA

PEMBINAAN SURAU AL-MAKMUR

DI DESA MAKMUR SUNGAI MERAB LUAR

MUKIM DENGKIL DAERAH SEPANG SELANGOR DARUL EHSAN

Disediakan oleh:

Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Makmur d/a No 49, Persiaran Makmur,

Desa Makmur, Sungai Merab Luar, 43000 KAJANG,

(2)

KANDUNGAN HALAMAN Mukadimah 3 Objektif 4 Rasional 4 Ahli jawatankuasa pembinaan surau Al-Makmur

5 Fasa-fasa pembinaan

6-7 Cadangan pembinaan surau Al-Makmur

8-9 Kos pembinaan

10 Pelan tapak surau Al-Makmur

lampiran Pelan bangunan surau Al-Makmur

lampiran Kelulusan dari pihak berkuasa

lampiran Penutup

(3)

MUKADIMAH

Desa Makmur merupakan sebuah taman perumahan baru yang terletak di Sungai Merab Luar, Kajang, Selangor. Jumlah keseluruhan unit premis bangunan ialah sebanyak 70 buah rumah kediaman. Jumlah penduduk yang telah menetap di taman ini dianggarkan seramai 350 orang yang keseluruhannya beragama Islam.

Oleh yang demikian, timbul keperluan kepada sebuah tempat ibadat untuk kegunaan para penduduk. Buat masa sekarang, penduduk menggunakan sebuah rumah yang disewa di alamat No 7, Persiaran Makmur, Desa Makmur, Sg Merab Luar, 43000 – Kajang, Selangor untuk tujuan solat berjemaah dan aktiviti keagamaan yang lain.

Melihat kepada perlunya sebuah tempat ibadah yang khusus dan selesa kepada semua penduduk, satu jawatankuasa bertindak dilantik khusus bagi maksud mewujudkan sebuah surau di dalam taman perumahan ini.

Keperluan yang mendesak terhadap kewujudan sebuah tempat beribadah seperti surau yang sesuai bagi membangun dan menghidupkan roh keagamaan bersifat kerohanian yang boleh menjadi tunjang dan pedoman hidup penghuni Islam di taman ini. Kewujudannya juga akan menarik dan menggalakkan individu Islam ke arah mendekatkan diri dengan agama di samping memupuk /membina akhlak yang baik.

Maka kertas kerja ini disediakan sebagai memberi gambaran kesungguhan dan komitmen jawatankuasa yang dibentuk iaitu Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Makmur untuk merealisasikan hasrat tersebut. Kertas kerja ini akan memberi maklumat lengkap pembinaan surau yang dimaksudkan.

Sehubungan dengan itu, dengan rasa penuh hormat dan rendah diri pihak Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Makmur berharap kepada sumbangan pihak-pihak yang ingin memberikan sumbangan berupa kewangan dan sebagainya demi tercapainya cita-cita seluruh penduduk di perumahan Desa Makmur ini.

(4)

OBJEKTIF

“Mewujudkan satu tempat ibadah untuk keperluan jemaah penduduk Desa Makmur serta memudahkan sebarang aktiviti keagamaan dapat dijalankan dengan selesa selaras dengan tuntutan Islam”

RASIONAL

1. Ketiadaan surau di dalam kawasan perumahan Desa Makmur termasuk desa berdekatan contohnya Desa Firdaus.

2. Memiliki tapak yang amat sesuai dibangunkan sebuah surau dan telah mendapat kelulusan pelan dari Majlis Perbandaran Sepang (salinan pelan dikepilkan). 3. Keperluan penduduk yang mendesak dan memerlukan tempat beribadat yang

sesuai, baik dan selesa.

4. Program aktiviti keagamaan yang dirancang akan dapat dijalankan dengan lebih teratur

5. Kedudukan masjid berdekatan iaitu Masjid Sungai Merab ialah 3 kilometer daripada Desa Makmur dan dipisahkan dengan dua (2) jalan besar di mana atas faktor-faktor keselamatan boleh menimbulkan kesukaran dan kebimbangan terhadap jemaah kanak-kanak dan golongan wanita untuk menyertai sebarang aktiviti keagamaan.

6. Desa Makmur ialah sebuah taman perumahan baru dalam suasana desa.

7. Premis surau sementara adalah sebuah rumah teres yang disewa dengan bayaran RM750.00 sebulan dan bersaiz kecil.

8. Mempunyai modal awal sebanyak RM 45,000.00 khusus untuk pembinaan surau sebagai janji dari pemegang amanah tuan tanah.

(5)

AHLI JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU AL-MAKMUR DESA MAKMUR

PENASIHAT EN KAMARUDDIN B DAUD

PENGERUSI

EN AHMAD B HAJI MAHMUD

TIMBALAN PENGERUSI EN MOHD FAUZI B MAT ZIN

SETIAUSAHA DR HASHIM B HIZAM

PENOLONG SETIAUSAHA EN MUHAMMAD ARIF B SANIRAN

BENDAHARI

EN AHMAD SAIFUDIN B CHE OTHMAN

AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA

PENTADBIRAN PEMERIKSA KIRA-KIRA KONTRAKTOR/PEMBINAAN/ ARAH QIBLAT EN MOHAMAD B ISMAIL EN MOHAMAD B ISMAIL EN MOHD FAUZI B MAT ZIN

EN AHMAD SAIFUDIN B CHE OTHMAN EN ROSLAN B MOHAMMAD EN MOHD SUKOR B HUSIN

EN MOHAMED RAZMAN B YAHYA DR NIK MOHD ASRI B NIK LONG

EN MUHAMMAD ANUAR B GHAZALI

AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA

DERMA/SUMBANGAN PENYEDIAAN DOKUMENTASI

EN YAAKOB B MOHAMAD EN MUHAMMAD ARIF B SANIRAN

USTAZ AMIR FAZLIM B YUSUFF USTAZ HASNAN B KASAN

EN ZAMRI B YAAKOB USTAZ AHMAD KAMEL B MOHAMED

(6)

FASA PEMBINAAN

Terdapat empat (4) fasa-fasa pembinaan yang telah diatur untuk pembinaan Surau Al-Makmur iaitu:

FASA 1

Menjalankan urusan-urusan rasmi dengan pihak-pihak kerajaan dan pihak berkuasa seperti:

1. Pengurusan gazet tanah dan tapak surau dari Majlis Perbandaraan Sepang dan kelulusan

2. Pengurusan permohonan Penentuan Arah Qiblat dari Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Selangor dan kelulusan

3. Pengurusan permohonan kebenaran membina surau dan kebenaran memohon derma dari Jabatan Agama Islam Selangor dan kelulusan

4. Pengurusan memohon pengecualian cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri dan kelulusan

5. Penyediaan Dokumentasi Kertas Kerja Pembinaan Surau Al-Makmur 6. Pengurusan pemilihan dan perlantikan kontraktor pembinaan

FASA 2

1. Pengurusan memohon derma dari penduduk Desa Makmur

2. Pengurusan memohon derma dari Lembaga Zakat Selangor, Kumpulan Dana Wakaf dan Baitumal Selangor

3. Pengurusan memohon derma dari tokoh-tokoh korporat 4. Pengurusan memohon derma dari syarikat dan majikan 5. Pengurusan Resit dan senarai derma

(7)

FASA 3

1. Pembinaan Surau Al-Makmur

2. Pemantauan dari Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan AJK terlibat

FASA 4

1. Pengurusan kelengkapan prasarana dan peralatan Surau Al-Makmur 2. Pengurusan perasmian Surau Al-Makmur

(8)

CADANGAN PEMBINAAN SURAU AL-MAKMUR

SPESIFIKASI SURAU AL-MAKMUR

BIL PERIHAL KEPERLUAN DAN CATATAN 1 Kapasiti jemaah 350 orang jemaah

2 Jenis bangunan Bangunan satu tingkat 3 Keluasan

bangunan

2500 kaki persegi ( 50 X 50 ) kaki

4 Keluasan dewan solat

1200 kaki persegi ( 30 X 40 ) kaki

5 Struktur Konkrit tetulang

6 Binaan bangunan Batu bata berplaster ( reinforce )

7 Kemasan dinding Lepaan simen ( plaster luar dan dalam ) 8

Bumbung Concrete tile and Metal deck ( Kerangka bumbung jenis kayu/besi )

9 Siling 2 X 4 asbestos

10 Kemasan cat Emulsion - kelas sederhana putih 11 Pintu Pintu gelungsur aluminium

12 Tingkap Tingkap aluminium berkaca jernih 13

Kemasan lantai

a.dewan solat – karpet

b. teres koridor – jubin seramik c. bilik imam – karpet

d. bilik bilal – karpet e. bilik siak – karpet f. stor barangan – karpet g. teres keliling – lepaan simen

(9)

BIL PERIHAL KEPERLUAN DAN CATATAN 15

Pendawaian letrik

Single phase – 60 Amphere ( punca utama ) a. punca lampu – double fluorescent with reflector b. punca kipas – kipas siling dan dinding

c. punca kuasa 13A – domestik

d. punca kuasa 15A – penyaman udara 16

Lain-lain kelengkapan

a. longkang – i. 6 inci dalam ii.8 inci lebar iii.bentuk U b. salur air i. UPVC gutter c. pagar

i. keliling kawasan pelan tapak d. pintu pagar

i. pintu utama ii.2 pintu kecil e. halaman surau

i. memindah dan membina semula gelanggang sepak takraw ii. memindah dan memasang semula peralatan permainan taman kanak-kanak

(10)

KOS PEMBINAAN

Kos keseluruhan pembinaan Surau Al-Makmur ialah:

RM250,000.00

( Ringgit Malaysia: Dua Ratus Lima Puluh Ribu Sahaja )

SUMBANGAN

Sebarang sumbangan hendaklah ditulis atas nama:

SURAU AL-MAKMUR DESA MAKMUR

PELAN TAPAK SURAU AL-MAKMUR

Seperti lampiran yang disertakan

PELAN BANGUNAN SURAU AL-MAKMUR

Seperti lampiran yang disertakan

KELULUSAN-KELULUSAN DARI PIHAK BERKUASA

(11)

PENUTUP

Pembinaan Surau Al-Makmur ini sememangnya ditunggu-tunggu dan diharapkan oleh semua penduduk di desa ini. Kewujudan surau ini melambangkan pemuafakatan yang terjalin antara sesama penduduk, agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dan juga para penyumbang yang mengharapkan keredhaan Allah SWT semata-mata.

Sumbangan dari pihak penderma amatlah dialu-alukan demi mencapai impian para penduduk. Pihak jawatankuasa yang dilantik akan sedaya upaya dan sepenuh hati berusaha agar pembinaan Surau Al-Makmur ini dapat disegerakan demi kesejahteraan penduduk.

Pihak jawatankuasa pembinaan Surau Al-Makmur mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan hasrat murni ini. Sumbangan yang disalurkan semoga mendapat kerahmatan dan keredhaan dari Allah SWT di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

Sekian.

Disediakan oleh:

JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU AL-MAKMUR No 49, Persiaran Makmur,

Desa Makmur, Sungai Merab Luar, 43000 – KAJANG,

SELANGOR DARUL EHSAN

BIL NAMA JAWATAN TELEFON TANDA TANGAN 1 EN AHMAD B HAJI MAHMUD PENGERUSI 019-2772561

2 EN MOHD FAUZI B MAT ZIN TIMB. PENGERUSI 013-3722738 3 DR HASHIM B HIZAM SETIAUSAHA 012-3002167

Referensi

Dokumen terkait