Bab 11
Ganti Nama Diri dan Deiksis
Kamila GhazaliPengantar
Bab ini menerangkan bentuk dan fungsi ganti nama diri yang terdapat dalam bahasa Mah Meri. Bab ini juga memberi pengenalan ringkas mengenai bentuk deiksis yang digunakan dalam bahasa Mah Meri.
Ganti Nama Diri
Menurut Asmah Hj Omar, “Kata ganti nama adalah kata yang berdiri di tempat kata nama. Dengan demikian kata ganti nama boleh berfungsi pada subjek dan objek ayat” (Asmah, 1993:77). Selain daripada itu, ganti nama diri juga berfungsi menunjukkan milik.
Dalam konteks nahu, ganti nama diri boleh dibahagi kepada tiga sistem diri: diri pertama, diri kedua, dan diri ketiga. Ketiga-tiga sistem diri ini akan dilihat dari segi mufrad (singular) dan jamak (plural). Dalam bahasa Mah Meri yang digunakan di Kampung Bukit Bangkong, terdapat ganti nama diri yang boleh dibahagi kepada sistem yang tersebut ini. Dalam bab ini, selain dari sistem deiksis, huraian mengenai ganti nama diri akan diberikan. Di mana berkenaan, ganti nama diri pertama juga akan dilihat dari segi inklusif, iaitu memasukkan orang kedua, dan eksklusif, iaitu menyisihkan orang kedua. Seterusnya, huraian mengenai bentuk klisis, iaitu bentuk lemah, akan diberikan sekiranya ada.
Ganti Nama Diri Pertama
Senarai ganti nama diri pertama menurut bentuk dan fungsi dalam bahasa Mah Meri dijadualkan di bawah:
Jadual 1: Ganti Nama Diri Pertama
Mufrad Jamak Subjek , , , , Objek , , , Milik , , , , , , , , ,
Merujuk kepada Jadual 1, terdapat variasi berlainan yang membawa maksud yang sama bagi ganti nama diri pertama. Maksud bagi setiap perkataan adalah seperti contoh-contoh yang diberikan di bawah.
Bentuk Lemah
“Ganti nama diri boleh mempunyai bentuk utuh atau bentuk lemah, juga dikenali dengan bentuk klisis. Bentuk utuh merupakan bentuk yang tidak mengalami sebarang kekurangan dalam bentuk fonologinya” (Asmah, 1993:81). Bentuk lemah merupakan singkatan sekurang-kurangnya satu suku kata dari bentuk utuh. Kesemua bentuk dalam Jadual 1 di atas adalah bentuk utuh. Bentuk lemah adalah seperti yang terdapat di Jadual 2.
Jadual 2: Ganti Nama Diri Pertama: Bentuk Utuh dan Lemah
Bentuk utuh Bentuk lemah
Ganti Nama Diri Pertama Mufrad Dalam Fungsi Subjek
Berikut adalah contoh bagi ganti nama diri pertama mufrad dalam fungsi subjek. Ia boleh mengambil bentuk utuh atau pun bentuk lemah.
(i) tah blaa bahas mak mri
Saya tengah belajar bahasa Mah Meri.
(ii) s
Saya tahu.
(iii) t sama hi
Saya cinta pada awak.
Ganti Nama Diri Pertama Mufrad Dalam Fungsi Objek
Contoh-contoh seterusnya adalah ganti nama diri pertama mufrad dalam fungsi objek.
(i) Dia pukul saya.
(ii) Dia cemburu pada saya.
(iii) hi d Dia dengki saya.
Ganti Nama Diri Pertama Mufrad Dalam Fungsi Milik
Contoh-contoh di bawah adalah ganti nama diri pertama mufrad dalam fungsi milik.
(i) Rumah saya di sini.
(ii) g h risau Hati saya risau.
(iii) sdap greh yk*
sedap tak hati saya (partikel penegas*) (Tak sedap betul hati saya)
Dalam sistem bahasa Mah Meri, bentuk ganti nama diri pertama mufrad dalam fungsi milik adalah //. Dilihat dari perspektif wacana pula, seorang penutur
melihat dirinya sebagai „saya‟ // (diri pertama eksklusif) tetapi untuk
merapatkan hubungan atau solidariti, „saya‟ juga mengambil bentuk /h/ („kita/kami‟) dan // („awak‟) seperti dalam contoh (ii) dan (iii) di atas.
Menurut informan, /yk/ dalam (iii) adalah sekadar menyedapkan ayat dan tidak membawa apa-apa makna.
Ganti Nama Diri Pertama Jamak Dalam Fungsi Subjek
Bagi ganti nama diri pertama jamak, tidak ada perbezaan ditandakan bagi maksud inklusif dan eksklusif. Kesemua bentuk ganti nama diri pertama jamak bermaksud „kita‟ (inklusif) dan/atau „kami‟ (eksklusif).
(i) mak timbul yuniv Kami/Kita dari universiti.
(ii)
Kami/Kita pukul dia.
(iii)
Perkataan /baba/ yang bermaksud „berdua‟ boleh berkolokasi dengan //, // atau kedua-duanya sekali di dalam ayat untuk membawa maksud „kami/kita berdua‟. Contoh:-
(iv) Kami/kita berdua pergi tengok wayang.
(v) Kami/kita berdua tengok wayang.
(vi) aga Kami/kita berdua datang hendak jumpa kakak.
Seterusnya, // yang bermaksud ‘bertiga‟, // „berempat‟,
// „berlima‟ boleh digunakan dalam ayat dengan cara yang sama untuk
bermaksud „kami/kita bertiga, kami/kita berempat, kami/kita berlima’. Demikian juga dengan nombor yang lain.
Selain dari itu, // yang bermaksud ‘semua’ juga boleh berkolokasi dengan // atau // untuk membawa maksud ‘kami/kita semua‟. Contohnya:-
(vii)
Terdapat juga penggunaan / / untuk bermaksud ‘kami/kita‟.
(viii)
Kita tengok wayang.
Dalam fungsi objek dan milik, tidak terdapat banyak contoh bentuk variasi ganti nama pertama jamak yang tersebut di atas. Walau bagaimanapun, hipotesis yang boleh kita pegang adalah kesemua bentuk variasi dalam bahagian ini boleh juga digunakan dalam fungsi objek dan milik.
Ganti Nama Diri Pertama Jamak Dalam Fungsi Objek
Bentuk ganti nama diri pertama jamak dalam fungsi objek adalah seperti dalam contoh di bawah:-
(i) Kakak pukul kami/kita.
(ii)
Orang itu tengok kita macam apa aje. (seolah-olah memandang rendah)
(iii) Orang itu selalu hasut kita.
Ganti Nama Diri Pertama Jamak Dalam Fungsi Milik
Bentuk ganti nama diri pertama jamak dalam fungsi milik adalah seperti contoh di bawah:-
(i) Suami-suami kami mati dah.
(Suami-suami kami sudah meninggal dunia).
(ii) Dia kawan kita.
(iii) Orang itu dalam rumah kita.
(iv) tangan tangan kita semua
Ganti Nama Diri Kedua
Jadual 3 di bawah menunjukkan bentuk ganti nama diri kedua menurut bentuk dan fungsi:-
Jadual 3: Ganti Nama Diri Kedua: Mufrad dan Jamak
Mufrad Jamak
Subjek , , , ,
Objek ,
Milik , -
Ganti Nama Diri Kedua Mufrad Dalam Fungsi Subjek
Contoh bagi ganti nama diri kedua mufrad dalam fungsi subjek adalah seperti berikut:-
(i) Awak memberi buku itu kepada saya.
(ii)
(iii) Awak pukul saya.
(iv) Engkau aku cabar jangan. (Engkau jangan cabar aku.)
(v) Engkau cabar jangan aku (Engkau jangan cabar aku.)
(vi)
Engkau marah jangan.
(Jangan marah.)
(vii) Awak marah jangan saya (Awak jangan marah saya.)
Bagi (iv) urutan perkataan dalam ayat adalah ganti nama diri kedua dan pertama berturut. Tetapi terjemahan ayat adalah imperatif „Engkau jangan cabar aku‟ atau „Jangan cabar aku‟. Dilihat dari perspektif analisis wacana, penumpuan dalam ayat ini adalah terhadap objek, iaitu „aku‟ dan ini dihadapankan selepas „engkau‟,
subjek ayat. Maksud ayat (v) adalah sama seperti (iv) tetapi fokusnya bukan terhadap objek.
Ganti Nama Diri Kedua Mufrad Dalam Fungsi Objek
Berikut adalah contoh bagi ganti nama diri kedua mufrad dalam fungsi objek:
(i)
Saya pukul awak.
(ii) Amboi, dah bertahun-tahun tak jumpa awak.
(iii) Aku cinta pada mu.
(iv) () (Aku) sumpah engkau jadi batu.
Ganti Nama Diri Kedua Mufrad Dalam Fungsi Milik
(i) Itu rumah awak.
(ii) Ini dari kawan awak.
Ganti Nama Diri Kedua Jamak Dalam Fungsi Subjek
Berikut adalah contoh bagi ganti nama diri kedua jamak dalam fungsi subjek:
(i) Awak berdua pergi.
(ii) Awak bertiga pergi.
(iii) Awak pukul saya semua. (Awak semua pukul saya.)
Kedudukan // adalah bersama //, tetapi terjemahannya adalah “awak semua” dan bukan “kami”. Di sini boleh difahamkan bahawa // atau // yang bermaksud “semua” perlu difahamkan melalui konteks.
Seperti penerangan bagi ganti nama diri pertama jamak //, // dan // boleh berkolokasi dengan ganti nama untuk membawa maksud „berdua‟, „bertiga‟ dan „semua‟.
Ganti Nama Diri Kedua Jamak Dalam Fungsi Objek
Berikut adalah satu contoh bagi ganti nama diri kedua jamak dalam fungsi objek:
Dia pukul awak (semua).
Ganti Nama Diri Kedua Jamak Dalam Fungsi Milik
Berikut adalah satu contoh bagi ganti nama diri kedua jamak dalam fungsi milik:
(i) ti ti hik nadit tangan-tangan awak semua
Ganti Nama Diri Ketiga
Jadual 4 di bawah menunjukkan bentuk ganti nama diri ketiga menurut bentuk dan fungsi:-
Jadual 4: Ganti Nama Diri Ketiga
Mufrad Jamak
Subjek , , -
Objek , -
Milik -
Bentuk khusus bagi ganti nama diri ketiga jamak tidak wujud. Namun terdapat konstruksi seperti dalam Jadual 5 di bawah bagi mengambil tempat ganti nama diri ketiga jamak.
Jadual 5: Konstruksi Jamak Diri Ketiga
Bagi Menunjuk Jamak
Bagi memegang fungsi Subjek
, , , ,
Bagi memegang fungsi Objek
, , , ,
Bagi memegang fungsi Milik
//, // sebenarnya bermakna „orang‟
Bentuk generik /
/
Sekiranya // dikolokasi dengan kata nama, ia akan membentuk frasa kata nama yang bermaksud „(nama) itu‟. Contohnya, / / membawa maksud „orang itu/mereka‟.
(i) Orang itu batu api.
(ii) amboi perempuan itu sundal sangat.
Dari contoh di atas, boleh dirumuskan bahawa // tidak membawa maksud jamak. Sama ada ganti nama mufrad (dia) atau jamak (mereka) yang dimaksudkan hanya dapat difahamkan melalui konteks.
Bentuk Lemah
Jadual 6 di bawah menunjukkan bentuk lemah bagi //.
Jadual 6: Bentuk lemah bagi // - dia
Bentuk utuh Bentuk lemah
Ganti Nama Diri Ketiga Mufrad Dalam Fungsi Subjek
Berikut adalah contoh bagi ganti nama diri ketiga mufrad dalam fungsi subjek:-
(i) Dia memberi buku itu kepada mereka.
(ii) Dia pergi sudah (Dia sudah pergi.)
(iii) Dia mengandung anak sulung.
(iv) pergi dia ke laut (Dia pergi ke laut.)
(v) Orang kita cemburu pada saya. (Dia cemburu pada saya.)
Bagi (v), / / yang bermaksud „orang itu‟ atau „orang kita‟ digunakan untuk bermaksud „dia‟.
Ganti Nama Ketiga Mufrad Dalam Fungsi Objek
Berikut adalah contoh bagi ganti nama diri ketiga mufrad dalam fungsi objek:-
(i) Saya cemburu betul tengok orang kita. (Saya cemburu betul tengok dia.)
(ii) Awak pukul dia.
(iii) Dia pukul dia.
(iv) Saya dengki pada dia.
(v) saya (partikel) beri buku itu pada dia (Saya memberi buku itu kepada dia.)
Dari contoh di atas, boleh dirumuskan bahawa bentuk yang berlainan yang membawa maksud „dia‟ dalam fungsi objek adalah variasi bebas.
Ganti Nama Diri Ketiga Mufrad Dalam Fungsi Milik
Berikut adalah contoh bagi ganti nama diri ketiga mufrad dalam fungsi milik:- (i)
Janggut dia jadi (sejenis hantu).
(ii) # #
Kalau air mata dia memang. Itulah asal mereka jadi cerita rambut ikan duyung ni. Dari itulah.
Ganti Nama Diri Ketiga Jamak Dalam Fungsi Subjek
(i) Orang ada di rumah balai (Mereka ada di balai.)
(ii) Orang itu pukul dia
(Mereka pukul dia.)
Ganti Nama Diri Ketiga Jamak Dalam Fungsi Objek
Berikut adalah contoh bagi ganti nama diri ketiga jamak dalam fungsi objek:-
(i) Dia beri buku itu kepada orang dia (Dia beri buku itu kepada mereka.)
(ii) Saya pukul orang dia (Saya pukul mereka.)
Ganti Nama Diri Ketiga Jamak Dalam Fungsi Milik
(i) Rumah orang di situ. (Rumah mereka di situ.)
Dalam bahasa Mah Meri // juga digunakan untuk menunjuk milik. Contohnya:-
x Itu x punya.
( x di sini boleh mengambil bentuk mana-mana satu ganti nama diri.) = itu saya punya
Hipotesisnya ialah konstruksi ayat dan leksikal „punya‟ adalah pinjaman dari bahasa Melayu.
Variasi Sosiolinguistik
Secara ringkas, penggunaan ganti nama diri tidak bergantung kepada penutur, pendengar mahupun subjek yang dipercakapkan. Dalam erti kata lain, umur, pangkat, kedudukan dalam keluarga atau komuniti tidak memberi kesan kepada pemilihan ganti nama diri.
Ganti Nama Deiksis
Manakala // digunakan dengan //, // dan lain-lain untuk membawa maksud „itu‟, dalam fungsi deiksis, ia tidak digunakan untuk bermaksud „itu‟. Sebagaimana yang boleh dilihat dari Jadual 6 di bawah, bentuk yang lain dari // digunakan untuk mengambil fungsi deiksis.
Jadual 7 di bawah menunjukkan senarai ganti nama penunjuk dan deiksis:
Jadual 7: Senarai kata deiksis
ini/sini , , ,
itu/situ , , ,
sana
Dalam menunjukkan kedudukan objek, terdapat dua jenis deiksis, iaitu yang dekat (//, //, //, //) dan yang jauh (//, //, //, //, //). Sekiranya kedudukan objek itu sangat jauh, perkataan // digunakan bersama. Misalnya,
(i) rumah saya di sana jauh
(Rumah saya jauh di sana.)
Berikut adalah contoh lain yang terdapat dalam ayat:-
(ii) Anjing itu lari sana.
(iii) Rumah itu di sana.
(iv) Budak itu jalan ke sini.
(iv) Bangku itu di situ.
Berdasarkan huraian di atas, tidak terdapat bentuk deiksis yang berbeza yang digunakan bagi kedudukan objek yang bergerak dan yang tidak bergerak.