• Tidak ada hasil yang ditemukan

Edisi: 003 Sep - Okt 2019 Emel: Laman web:

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Edisi: 003 Sep - Okt 2019 Emel: Laman web:"

Copied!
30
0
0

Teks penuh

(1)

Emel:

web.sga@tjc.org.my

Edisi: 003

Sep - Okt 2019

Laman web:

http://ga.tjcsabah.com/

(2)

No. Ruj: GA 9/1/SEC/2019 (2) Tarikh: 10 Jan 2019 PERKARA: Penjelasan Tentang Pelaburan Komersil

Surat Pekeliling Ibu Gereja Sabah, No GA 9/1/SEC/2018 (7) bertarikh 31 Jan 2018 dirujuk. (A) Definisi Pelaburan Komersil

1.0 Pengenalan

- Pendapatan perniagaan ditaksir di bawah Seksyen 4 (a) Akta Cukai Pendapatan 1967. - Dalam takrifan Seksyen 2 Akta Cukai Pendapatan 1967, "perniagaan" merangkumi: • Profesion

• Vokasi dan perdagangan

• Setiap entiti pembuatan, pengembaraan dalam bentuk perdagangan tetapi tidak termasuk pekerjaan bergaji.

2.0 Maksud Perdagangan

- Perdagangan melibatkan sesuatu yang bersifat komersil di mana ciri yang paling menonjol adalah membeli dan menjual.

- Perdagangan biasanya terdiri daripada siri transaksi jual beli yang berterusan dan berulang atau melibatkan pembuatan dan penjualan. Sekiranya hanya ada satu transaksi, ia juga berkemungkinan membawa sifat perdagangan. Oleh itu, tidak kira satu pembelian dan satu penjualan atau satu pembelian dan banyak penjualan, mahkamah Inggeris dan Scotland tetap memutuskannya sebagai perdagangan.

Perdagangan mempunyai ciriciri berikut: a. Ia melibatkan pembelian dan penjualan;

b. Ia merupakan satu siri transaksi, di mana pembelian dan penjualan atau pembuatan dan penjualan tersebut berkesinambungan dan berulangan;

c. Ia termasuk transaksi berasingan, contohnya satu pembelian dan satu penjualan atau satu pembelian dan banyak penjualan;

d. Tidak kira perdagangan wujud atau tidak, hendaklah mengenalpasti niat pembeli: adakah harta tanah tersebut diperolehi untuk tujuan menjana keuntungan;

e. Niat perdagangan mungkin berubah mengikut masa, setiap perubahan harus didokumenkan. Dokumen tersebut merupakan bukti penting apabila dipersoalkan oleh pihak berkuasa cukai. Semua gereja tempatan dan khemah doa, pendeta, diakon, dan penatua harus memastikan tabung gereja hanya untuk kegunaan gereja.

(3)

3

3.0 Lencana Perdagangan 3.1 Perkara Pokok Transaksi

Sekiranya harta tanah tersebut tidak menjana pendapatan atau mendatangkan manfaat peribadi kepada pemiliknya, biasanya ia merupakan perkara pokok perdagangan dan pelaburan, selalunya ia diperolehi untuk mendapat keuntungan melalui penjualan semula. 3.2 Tempoh Pemilikan

Secara amnya, semakin lama tempoh pemilikan perkara pokok sebelum pelupusannya, kemungkinan pelupusan itu dianggap sebagai perdagangan adalah semakin kecil. 3.3 Pembentukan Syarikat

Termaktub dalam undang-undang bahawa, sekiranya sebuah syarikat diperbadankan dengan tujuan menjana keuntungan untuk pemegang saham/pemiliknya, segala kegunaan yang bermanfaat ke atas mana-mana aset prima facie, menunjukkan ia merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan.

3.4 Kekerapan Transaksi

Bagi jenis harta tanah yang sama tetapi ada beberapa transaksi (transaksi berulangan), tujuan seorang pembayar cukai membeli harta tanah tersebut mungkin dianggap untuk tujuan penjualan semula dan memperolehi keuntungan. Seperti yang diketahui umum, seseorang itu tidak akan dianggap sebagai pedagang sekiranya hanya menjalankan satu transaksi pembelian dan penjualan. Tetapi apabila transaksi berulang dan bersistematik, seseorang itu adalah seorang pedagang. Kumpulan keuntungan daripada transaksi-transaksi berasingan yang tidak dikenakan cukai selama ini akan digabungkan dan tertakhluk kepada cukai kerana secara keseluruhan ia telah menjadi sebahagian perdagangan. Perdagangan tidak perlu melibatkan banyak pembelian. Ia boleh terdiri daripada satu pembelian melibatkan saham berkuantiti banyak atau sebarang harta tanah / komoditi / apa-apa yang mampu terlibat dalam perniagaan atau pengembaraan dalam perdagangan.

3.5 Perubahan Terhadap Harta Tanah

Bagi sebarang perubahan atau penambahbaikan material dilakukan ke atas harta tanah atau sifat / kualitinya telah diubah supaya ia lebih mudah diperdagangkan, semua usaha ini cenderung untuk menunjukkan bahawa harta tanah itu diperolehi sebagai usaha atau skim menjana keuntungan.

(4)

Sekiranya secara jelas harta tanah tersebut diperolehi untuk tujuan yang lain, di mana ia telah kehilangan kegunaan dalam tujuan asal dan langkah tambahan telah diambil supaya ia lebih mudah dijual, dalam konteks ini, keuntungan jualan yang diperolehi tidak dikenakan cukai. Oleh itu, tujuan pengambilalihan semasa pembelian adalah penting.

Dalam aspek tanah, apabila pembayar cukai membahagikan tanah itu, atau menukar kegunaan tanah dari tujuan pertanian kepada komersil, tindakan ini akan dianggap oleh pihak berkuasa cukai sebagai langkah pengembaraan dalam perdagangan.

Sekiranya secara jelas harta tanah tersebut diperolehi untuk tujuan yang lain, di mana ia telah kehilangan kegunaan dalam tujuan asal dan langkah tambahan telah diambil supaya ia lebih mudah dijual, dalam konteks ini, keuntungan jualan yang diperolehi tidak dikenakan cukai. Oleh itu, tujuan pengambilalihan semasa pembelian adalah penting.

Dalam aspek tanah, apabila pembayar cukai membahagikan tanah itu, atau menukar kegunaan tanah dari tujuan pertanian kepada komersil, tindakan ini akan dianggap oleh pihak berkuasa cukai sebagai langkah pengembaraan dalam perdagangan.

3.6 Kesedaran Terhadap Tanggungjawab

Keadaan pelupusan sesuatu perkara pokok mungkin dikaitkan dalam penentuan sebagai perdagangan atau tidak. Sekiranya penjualan harta tanah atas sebab kecemasan atau keperluan dana luar jangkaan, maka pelupusan harta tanah tersebut tidak dilihat sebagai tindakan yang ingin mendapatkan keuntungan melalui penjualan semula dan penjualan tersebut bukan di bawah skim menguap keuntungan.

Jadi harus bertanya kepada pembayar cukai tersebut, sama ada pelupusan harta tanah itu adalah untuk memperolehi dana kecemasan atau untuk tujuan mendapat keuntungan melalui penjualan semula.

Berdasarkan kepada undang-undang cukai pendapatan, jualan mesti atas persetujuan dan kehendak sendiri sebelum hasil boleh dikenakan cukai pendapatan. Hasil jualan paksaan tidak tertakluk kepada cukai kerana unsur paksaan tersebut telah menghapuskan unsur perdagangan dalamnya.

3.7 Motif / Niat Pembayar Cukai

Menguji niat pemerolehan seseorang semasa pengambilalihan perkara pokok merupakan cara untuk menentukan sama ada perkara pokok yang dipegang tersebut bertujuan untuk pelaburan / sebagai saham untuk diperdagangkan atau tidak. Sekiranya didapati bahawa tujuan dominan pengambilalihan harta tanah adalah untuk penjualan semula dan memperolehi keuntungan, atau tujuan lain seperti penyewaan, segala keuntungan tidak dikecualikan daripada cukai.

(5)

5

Apabila perkara pokok tersebut diperolehi dengan tujuan menjana keuntungan, keuntungan tersebut merupakan pendapatan. Kesedaran bahawa perkara pokok mampu menjana keuntungan mesti wujud pada masa pemerolehan perkara pokok tersebut. Tingkah laku pembayar cukai harus diperiksa supaya niat sebenar untuk mendapat perkara pokok tersebut boleh diketahui.

Apabila perkara pokok tersebut diperolehi dengan tujuan menjana keuntungan, keuntungan tersebut merupakan pendapatan. Kesedaran bahawa perkara pokok mampu menjana keuntungan mesti wujud pada masa pemerolehan perkara pokok tersebut. Tingkah laku pembayar cukai harus diperiksa supaya niat sebenar untuk mendapat perkara pokok tersebut boleh diketahui.

4.0 Kesimpulan

Apakah sebuah gereja? Gereja merupakan suatu badan korporat yang didaftar bawah undang yang berkaitan, dan menjalankan kegiatan keagamaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Fasal 3 dalam Peraturan dan Perlembagaan Gereja Yesus Benar.

Sebuah gereja biasanya bersifat sebagai badan yang bukan bermotifkan keuntungan. Apabila kegiatan yang dilakukan oleh gereja tersebut lebih bersifat keagamaan, misalnya

menjalankan perkhidmatan keagamaan, gereja dapat menikmati pengecualian cukai ke atas semua pendapatan (termasuk pendapatan perniagaan sampingan) yang diterima.

Sebaliknya jika sebuah gereja didapati banyak terlibat dalam aktiviti menjana keuntungan daripada menjalankan aktiviti keagamaan yang biasa, pihak berkuasa cukai boleh

menganggap gereja sebagai satu organisasi perdagangan (yang menjana keuntungan) dan menyebabkan gereja memikul cukai pendapatan. Semua hak pengecualian cukai yang diberikan oleh Kerajaan akan dicabut.

Sekiranya gereja menjalankan aktiviti yang disebutkan di atas secara aktif dan secara konsisten, akan mencetuskan tanggapan pihak berkuasa cukai bahawa gereja kita merupakan badan yang bermotifkan keuntungan dan gereja akan tertakluk kepada cukai pendapatan. Terdapat 78 gereja tempatan di seluruh Sabah. Sekiranya banyak gereja tempatan menjalankan aktiviti bersifat perniagaan, bukankah kemungkinan pihak berkuasa cukai menganggap gereja sebagai badan perdagangan dan mewajibkan gereja kita tertakluk kepada cukai?

(6)

Terdapat satu denominasi gereja di Sabah dianggap sebagai badan perdagangan yang bermotifkan keuntungan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan semua sumber pendapatan yang diperolehi oleh gereja tersebut tertakluk kepada cukai. Bagaimana keadaan ini mampu berlaku? Ini disebabkan oleh denominasi gereja disebut tadi telah beroperasi dalam perniagaan kantin gereja dan sekolah yang melibatkan banyak pelanggan bukan pemercaya gereja selain daripada mengadakan kegiatan keagama yang biasa.

Silap selangkah akan menyebabkan Gereja Yesus Benar, Sabah digelar sebagai sebuah entiti perdagangan yang menjana keuntungan oleh pihak LHDN.

Oleh itu, untuk mengelakkan kesulitan dari segi cukai, adalah lebih bijak untuk tidak melibatkan gereja kita dalam sebarang bentuk operasi perniagaan walaupun kita perlu pendapatan untuk membiayai kegiatan gereja. Matlamat utama Gereja Yesus Benar sudah jelas dinyata dalam Fasal 3 Peraturan dan Perlembagaan Gereja Yesus Benar, dan bukan menjalankan operasi pelaburan / perniagaan.

(B) Contoh Pelaburan Komersil

1. Pembelian tanah atau kedai untuk disewa.

2. Mengikat perjanjian dengan SESB dalam penyewaan bumbung bangunan gereja untuk memasang panel sistem fotovoltaik solar agar mendapat keuntungan melalui penyewaan atau menjual bekalan elektrik kepada pihak SESB melalui pelaburan dalam sistem fotovoltaik solar.

3. Mengguna tabung gereja melabur dalam ASB atau ASN dengan nama pemercaya untuk mendapat faedah atau dividen yang lebih tinggi.

4. Mengguna tabung gereja melabur dalam perkembangan tanah atau perumahan / perkembangan kedai komersil.

5. Mengguna tabung gereja malabur dalam perkembangan pertanian atau skim kewangan asing atau penternakan / kolam ikan yang menjana pendapatan atau melabur dalam mata wang digital, mata wang kripto, FOREX.

“ ‘Lalu Yesus masuk ke bait Allah dan mengusir semua orang yang berjual beli di halaman Bait Allah. Ia membalikkan meja-meja penukar uang dan bangku-bangku pedagang merpati dan berkata kepada mereka: “Ada tertulis : Rumahku akan disebut rumah doa’ (Mat 21: 12-13). Semua gereja tempatan dan khemah doa, pendeta, diakon, dan penatua harus memastikan tabung gereja hanya untuk kegunaan gereja.

(7)

7

Gereja Kudat - Kebaktian Kebangunan Rohani

14 - 17 Mac 2019

Gereja Kudat telah mengadakan Kebaktian Kebangunan Rohani (KKR) pada 14 hingga 17 Mac 2019. KKR dijalankan dengan lancarnya di bawah bimbingan Pendeta Lazarus, Pendeta Zakheus Yong dan Pendeta Nathanael Chin.

Syukur puji Tuhan, jumlah orang yang dibaptis pada KKR kali ini ialah 11 orang dan seorang menerima Roh Kudus. Malam 1 6 M a c p u l a d i a d a k a n K e b a k t i a n Penginjilan Melalui Kidung dengan tema “Datanglah Ke PestaNya”.

Pada 17 Mac, Sakramen Perjamuan Kudus telah diadakan di mana jumlah penerima cawan adalah seramai 134 orang. Syukur atas pimpinan Tuhan. Kiranya Tuhan memperingati jerih payah semua rakan sekerja. Semoga segala kemuliaan diberikan kepada nama Tuhan yang kudus.

Gereja Taburan - Kebaktian Kebangunan Rohani & Aktiviti-Aktiviti

31 Mei - 2 Jun 2019

Bangunan gereja ini telah ditahbis pada 3 Jun 2017. Pada tahun tersebut, Gereja Taburan juga telah mengadakan KKR & Penginjilan buat pertama kali iaitu pada 2 hingga 4 Jun serta terlibat dalam sambutan ulang tahun Ke-100 Penginjilan GYB seluruh dunia.

Doa - Sebelum upacara dimulakan, semua jemaat yang hadir berdoa memohon berkat dan penyertaan Tuhan sepanjang KKR & Penginjilan dijalankan.

(8)

Kebaktian Kebangunan Rohani (b)

Syukur kepada Tuhan, Gereja Taburan telah menjalankan Kebaktian Kebangunan Rohani (KKR) dan Penginjilan buat kali ketiga pada 31 Mei hingga 2 Jun 2019, dengan tema “Juruselamat Menantimu”. Ibu gereja telah mengutus 3 orang pendeta untuk membantu dalam aktiviti tahunan gereja ini. Mereka adalah Pendeta Lazarus, Pendeta Barnabas dan Pendeta Zakaria. Atas berkat penyertaan Tuhan, segala persiapan KKR dan Penginjilan yang dirancang dari awal sehingga berakhirnya aktiviti ini telah berjalan dengan lancar. Seorang telah menerima baptisan dan 2 orang menerima Roh Kudus dalam KKR kali ini. Malam penginjilan melalui persembahan koir puji-pujian yang disertai oleh beberapa kumpulan koir dari Subzon Kudat juga telah berjalan dengan jayanya. Dalam pada itu, para jemaat Taburan amat bersyukur kerana perbelanjaan sepanjang KKR dan Penginjilan kali ini berkurang dengan ketara berbanding tahun-tahun sebelumnya. Hal ini disebabkan setiap jemaat telah bersatu hati untuk memberikan sumbangan ikhlas dalam bentuk bahan mentah, makanan dan minuman yang digunakan sepanjang KKR dan Penginjilan ini berlangsung. Syukur, puji Tuhan!

Menerima Lawatan Dari Koir Bethlehem, Subzon Tuaran (a)

Sesi kebaktian Sabat dipimpin oleh

Pendeta Barnabas Koir Bethlehem mempersembahkan 2 buah kidung semasa persahabatan

Pada 21 September 2019, Gereja Taburan julung kalinya telah menerima pelawat luar, yang juga merupakan kumpulan Koir Bethlehem dari Subzon Tuaran. Rombongan lawatan tersebut telah sampai sekitar jam 8.30 pagi dan telah disambut oleh jemaat Taburan dengan penuh sukacita. Memandangkan hari tersebut juga merupakan hari Sabat, kebaktian telah dijalankan terlebih dahulu sebelum acara persahabatan dimulakan. Selain ahli-ahli koir, rombongan tersebut juga disertai oleh para jemaat dari gereja sekitar Tamparuli dan Tuaran.

Menurut ucapan wakil rombongan, seramai 18 orang dari Gereja Tuaran, 35 orang dari Gereja Tamparuli, 9 orang dari Gereja Bawang dan 2 orang dari Gereja Somodon terlibat dalam lawatan berkenaan. Objektif lawatan tersebut adalah untuk melawat gereja-gereja baru di kawasan Subzon Kudat, mengeratkan ikatan persaudaraan atau kekeluargaan yang besar di dalam Tuhan dan agar dapat saling belajar antara satu sama lain khususnya dalam aspek pelayanan.

(9)

9

Lawatan Keprihatinan Pendeta Zakheus ke Kawasan Pengembalaan Pendeta Barnabas

Menerima Lawatan Dari Koir Bethlehem, Subzon Tuaran (b)

Dalam lawatan ini, jemaat Taburan bukan sahaja mendapat pengalaman dalam menyambut kedatangan tetamu tetapi juga dapat bersuai kenal dengan para seiman yang datang dari jauh.

Satu Hati - Barisan AJK Gereja Taburan Sesi 2018-2020 sentiasa bersatu hati dalam memastikan Gereja Taburan dapat membangun dengan maju.

Pada 22 Oktober 2019, bersamaan dengan hari Selasa, Pendeta Zakheus telah melawat ke Gereja Taburan bersama dengan Pendeta Yunias dan diiringi oleh Pendeta Barnabas. Tujuan lawatan tersebut adalah bagi memantau keseluruhan keadaan gereja dan jemaat di kawasan pengembalaan Pendeta Barnabas. Selain melihat keadaan gereja, sesi soal jawab secara tidak formal juga diadakan bagi mendengar persoalan mahupun luahan daripada jemaat Taburan yang sempat hadir.

Menurut saudari Anita Asing, salah seorang AJK gereja, lawatan tersebut meskipun masanya singkat namun membawa kesan yang baik kepada pertumbuhan iman dan pelayanan jemaat. Hal ini disebabkan Gereja Taburan masih baru dan tentunya masih banyak kekurangannya yang perlu dipelajari dari masa ke semasa. Walau bagaimanapun, Pendeta Zakheus dalam ucapannya memuji jemaat Gereja Taburan kerana dari hasil pemerhatiannya, para jemaat mempunyai kesatuan dan dapat mentadbir urus gereja dengan amat baik.

Lawatan Keprihatinan - Pendeta Zakheus berdiri tiga dari kiri dan Pendeta Yunias duduk dua dari kiri bergambar di depan bangunan gereja bersama-sama dengan jemaat Taburan.

(10)

Gereja Kota Marudu - Kebaktian Kebangunan Rohani

4 Ogos 2019

S y u k u r p u j i T u h a n , K e b a k t i a n Ke ba ng u n a n R o h a n i ( K K R ) y a n g bertemakan "Selagi ada Kesempatan" dijalankan selama 3 hari iaitu pada 2 hingga 4 Ogos 2019, bersamaan hari Jumaat hingga Ahad dapat dilaksanakan dengan lancar.

Seramai 3 orang pendeta telah diutus untuk membantu, iaitu Pdt Lazarus Gunchuab, Pdt Barnabas Gimbadong dan Pdt Zakharia Aloi. Syukur kepada Tuhan, terdapat 6 orang seiman telah menerima Roh Kudus dalam sesi doa memohon Roh Kudus. Penginjilan Melalui Kidung pula diadakan selama dua malam dan telah dihadiri oleh seramai 13 orang simpatisan. Lima kumpulan koir dari Gereja Kudat, Boribi, Kota Belud, Gentuong dan Guong turut serta membantu dalam Malam Penginjilan Melalui Kidung. Pada hari terakhir KKR, seramai 3 orang menerima baptisan dan 96 orang menerima Sakramen Perjamuan Kudus. Semoga nama Tuhan dimuliakan.

(11)

11

Gereja Serudong Baru - Kem Motivasi Unit Pendidikan Agama (UPA)

31 Ogos - 1 Sep 2019

Pada 31 Ogos - 1 Sep 2019, UPA Gereja Serudong Baru telah menganjurkan satu Kem Motivasi. Bersempena dengan program tersebut, penginjilan khas telah diadakan pada malam 31 Ogos di bawah pimpinan Pdt Hagai Tang. Penginjilan kali ini menyaksikan murid-murid UPA berjaya membawa 14 orang sahabat mereka untuk menghayati perkongsian injil tentang 'Adakah Kristian Tidak Perlu Memegang Sabat' daripada Pdt Hagai Tang. Selain itu, koir gabungan kelas UPA dan Koir Olive turut menyerikan suasana penginjilan dengan persembahan puji-pujian yang begitu merdu.

1 September 2019 merupakan hari pertama Kem Motivasi. Program yang penting merangkumi doa pagi, senaman aerobik, anti-dadah, ubatan tanpa kebenaran, dan ceramah pencegahan fobia. Syukur dan puji kepada Tuhan, terdapat sejumlah 37 orang peserta dan di antaranya 3 orang mendapat Roh Kudus dalam dua sesi doa. Tambahan pula, terdapat beberapa orang guru Pendidikan Agama mendapat penglihatan (Sila rujuk kepada Majalah Musim Hujan Semi Isu Ke-48). Seluruh jemaat terhibur atas pemeliharaan dan penyertaan Tuhan.

(12)

Gereja Tuaran - Kebaktian Kebangunan Rohani

31 Ogos - 1 Sep 2019 (a)

  

Haleluya, syukur puji Tuhan. KKR Gereja Tuaran telah berjalan dengan lancar pada 5-8 September 2019. KKR ini telah berlangsung selama 3 hari 3 malam, yang bermula dari malam Khamis hingga petang Ahad. Tema KKR adalah “Lebih Mengenali Yesus”. Penyampai khotbah yang diutus oleh Ibu Gereja ialah Pendeta Nathaniel Chin, Pendeta Zakheus Yong, saudara Simzin (Pendeta pelatih) dan saudara David (Pendeta pelatih). Laporan KKR tahun ini adalah seperti berikut :

Baptisan 5 orang (3 orang bayi dan 2 saudara dewasa) Menerima Roh Kudus 2 orang (1 saudari &1 saudara (semasa doa selepas

Sakramen Pembasuhan Kaki, juga baru terima Baptisan) Menerima Perjamuan Kudus 187 orang

Kebaktian penginjilan telah diadakan pada malam pertama (5hb) di mana saudara Simzin telah menyampaikan khotbah yang bertajuk “Lebih Mengenal Yesus”. Kumpulan koir yang terlibat dalam persembahan kidung-kidung pujian pada malam tersebut adalah Koir Anggur dan Koir Betlehem.

(13)

13

Gereja Tuaran - Kebaktian Kebangunan Rohani

31 Ogos - 1 Sep 2019 (b)

Syukur puji Tuhan, penginjilan pada malam hari kedua juga berjalan dengan lancar. Pendeta Nathaniel Chin yang menyampaikan khotbah pada malam itu telah menyampaikan tajuk “Sorga dan Neraka”. Kumpulan koir yang terlibat dalam persembahan kidung puji-pujian ialah kumpulan Koir Bakung dan Betlehem. Seramai 4 orang pencari injil (berdasarkan jumlah yang berdaftar) telah hadir pada malam kebaktian penginjilan tersebut.

Penginjilan Melalui Kidung telah diadakan pada malam hari ketiga. Kidung puji-pujian disampaikan oleh kumpulan Koir Anggur, Koir Betlehem, Koir Bakung, Koir Sharon dan Koir Imanuel. Pendeta Zakheus Yong telah menyampaikan khotbah ringkas yang bertajuk “Lebih Mengenal Yesus” sempena dengan tema KKR tahun ini. Seramai 5 orang pencari injil (berdasarkan jumlah yang berdaftar) telah hadir.

Semoga jemaat Gereja Tuaran terus giat mengerjakan amanat Tuhan dalam kerja penginjilan dan kiranya segala kemuliaan, kehormatan dan puji-pujian diberikan kepada Tuhan. Haleluya!

Subzon Tawau - Kebaktian Kebangunan Rohani Murid-Murid

6 - 9 Sep 2019 (a)

Seperti yang lazim dilaksanakan, Kebaktian Kebangunan Rohani Murid-Murid (KKRM) Subzon Tawau telah dianjurkan di Gereja Tawau. Aktiviti ini diadakan khas untuk murid-murid menengah rendah dan menengah atas. Sesuatu yang berbeza pada tahun ini adalah tarikh KKRM berlangsung pada musim persediaan peperiksaan. Sesuatu yang memberikan penghiburan adalah, pada malam permulaan KKRM, pelajar-pelajar sekolah menengah dari setiap gereja datang mendaftar satu demi satu, kegairahan menghadiri KKRM nampaknya tidak berkurang walaupun dalam musim peperiksaan, sememangnya ini patut dipuji.

(14)

Subzon Tawau - Kebaktian Kebangunan Rohani Murid-Murid

6 - 9 Sep 2019 (b)

Sebelum mendaftar, wakil Ketua Kelas telah menjelaskan beberapa perkara yang patut diambil perhatian oleh para pelajar, antaranya termasuk disiplin semasa KKRM, tangungjawab para pelajar, etika pakaian, kebiasaan kehidupan seharian dan sebagainya. Setelah penjelasan selesai, para pelajar pun mendaftar dan masuk asrama bangunan serbaguna, dan bersedia untuk mengikuti kuliah dan aktiviti yang bermula esok pagi.

Setelah bangun, para pelajar harus segera masuk ke dalam aula gereja untuk menghadiri sesi doa pagi, masanya jam 6:30 pagi setiap hari, seterusnya makan sarapan, dan kuliah bermula jam 8. Pensyarah-pensyarah yang diutus untuk menyampaikan kuliah tahun ini adalah Pendeta Hagai Tang, Pendeta Isaac Chong dan Pendeta Pelatih Saudara Aidey. Subjek-subjek kelas menengah rendah adalah: Kitab Efesus, Menjadi Diri Sendiri Yang Terbaik, Perancangan Kerjaya, dan Perihal Pernikahan. Subjek-subjek kelas menengah atas adalah: Kitab 1 Yohanes, Latihan Keraguan, Berani Katakan TIDAK Apabila Bertemu Dengan Godaan dan Berani Menampilkan Diri Apabila Bertemu Dengan Ketidakadilan. Isi kandungan kuliah sangat berkelimpahan, sangat sesuai dengan keperluan para pelajar sekolah menengah. Kami percaya ini dapat membantu kebangunan rohani para pelajar agar semakin kuat dan teguh.

Selain kuliah, pihak gereja juga telah aturkan satu sesi senaman bersama, agar para pelajar dapat saling menjalinkan persahabatan, memupuk semangat satu keluarga dalam Tuhan. Selain itu, pihak gereja juga mengaturkan beberapa sesi nyanyian kidung puji-pujian, dimana guru-guru memimpin para pelajar untuk memuji Tuhan melalui kidung-kidung. Para pelajar sangat bertenaga apabila menyanyi, tidak menjimatkan kekuatan, dan sehati memuji Tuhan.

Pada tahun ini, pihak gereja telah aturkan satu Sesi Kesaksian Pelajar di mana 3 orang pelajar telah membuat kesaksian. Seorang pelajar membuat kesaksian bahawa ada beberapa orang guru mendapat penglihatan dalam sesi doa gereja tempatan. Seorang lagi mengatakan pengalaman bagaimana Tuhan menyembuhkannya setelah dia cedera dalam kemalangan. Seorang lagi pelajar menceritakan bagaimana keluarganya menerima Injil Tuhan Yesus dan masuk ke dalam Gereja Benar. Melalui Sesi Kesaksian, semua orang dapat merenungkan betapa besarnya kasih karunia Tuhan, yang tidak habis ditulis oleh pena.

(15)

15

Subzon Tawau - Kebaktian Kebangunan Rohani Murid-Murid

6 - 9 Sep 2019 (c)

Syukur kepada Tuhan, dalam beberapa sesi doa, terdapat 5 orang pelajar yang menerima Roh Kudus., jelas membuktikan bahawa janji Tuhan itu benar dan kesetiaan Tuhan kekal tidak berubah. Barangsiapa yang memohon kepadaNya pasti mendapat ganjaran. Sebelum KKRM berakhir, Sakramen Perjamuan Kudus diadakan demi memperingati anugerah keselamatan Tuhan Yesus. Semoga para pelajar tidak melupakan kasih Yesus Kristus yang begitu besar sehingga mengorbankan diri sendiri, bertekad untuk melayan dalam kerajaan Tuhan pada waktu kelak, untuk membalas kasih karunia Tuhan.

(Nota: Bilangan pelajar menengah rendah: 42 orang; pelajar menengah atas: 17 orang. Jumlah: 59 orang pelajar)

Sesi Kesaksian Pelajar

Gereja Kota Kinabalu - Kebaktian Persahabatan Abadi

9 Sep 2019 (a)

Haleluya, syukur puji Tuhan! Pada 9 September, Gereja Kota Kinabalu di bawah pimpinan Tuhan telah mengadakan Kebaktian Persahabatan Abadi bermula dari jam 8:45 pagi hingga jam 1 petang dengan lancar. Seramai tiga ratus tujuh puluh lebih orang jemaat senior yang t i ngga l be r d e k a t a n d i S u b z o n K K menyertai kebaktian ini.Terdapat ramai pekerja suci yang telah diutus untuk membantu dalam kebaktian, antaranya termasuk Koir Elim dan para belia. Para pekerja suci giat dalam membantu kerja penyediaan makanan, pembersihan gereja dan penyediaan hadiah kenangan. Sarapan pagi dan makanan tengahari juga telah disediakan dengan penuh kasih oleh para seiman yang bertugas. Koir Elim telah mempersembahkan 2 buah kidung iaitu, “Yes, Jesus Love Me” dan “Mencurahkan Berkat Kepadamu”. Para seiman yang menyertai kebaktian ini telah diberikan hadiah kenangan sebagai tanda penghargaan untuk penyertaan mereka dalam kebaktian ini.

(16)

Gereja Kota Kinabalu - Kebaktian Persahabatan Abadi

9 Sep 2019 (b)

Melalui kebaktian ini, hubungan antara seiman dapat dieratkan dan mendapat galakkan untuk terus bergiat dalam kerja-kerja melayani. Semoga Tuhan terus memimpin dan mencurahkan berkat-Nya agar kerja-kerja suci yang akan diadakan pada masa hadapan dapat dijalankan dengan lancar. Semoga kemuliaan, kehormatan dan pujiaan diberikan kepada Tuhan Yesus, Juruselamat tunggal manusia.

Para seiman senior gembira menerima hadiah kenangan mereka

Para pekerja suci yang giat membantu di dapur dalam p e n y e d i a a n makanan

(17)

17

Gereja Kolombong - Kem Belia

14-16 Sep 2019

Syukur Kepada Tuhan, Kem Belia Gereja Kolombong diadakan pada 14-16 September 2019 dan tamat dalam pimpinan Tuhan. Tema Kem Belia kali ini adalah: “Aku bersyukur kepada-Mu oleh karena kejadianku dahsyat dan ajaib” (Maz 139: 14). Objektif kem kali ini adalah untuk menanam pemahaman mengenai konsep “cantik” di kalangan belia supaya mereka mampu menerima diri sendiri, dan mengenali bahawa diri sendiri merupakan ciptaan Tuhan yang sempurna; seterusnya memupuk persepsi yang tepat supaya belia mampu menolak imej dan contoh negatif yang ditunjukkan oleh sosial media. Pada masa yang sama, kem ini dapat membantu belia menentukan nilai diri sendiri berdasarkan firman Tuhan.

Kem Belia diadakan di Bethel Garden Mushroom Farmstay dengan 25 orang peserta. Sepanjang tempoh kem, terdapat kuliah penyempurnaan rohani dan aktiviti persahabatan yang mampu mengeratkan hubungan antara belia. Kem Belia ini mendatangkan banyak faedah kepada para belia.

(18)

Zon Pantai Timur - Seminar Latihan Muzik Rohani

14-15 Sep 2019

Pada 14-15 September 2019, Gereja Serudong Baru telah menjadi penganjur Seminar Muzik Rohani Zon Pantai Timur (ZPT). Seramai 167 orang seiman yang terdiri daripada ahli koir dari gereja- gereja ZPT telah mengambil bahagian. Antara program yang diutarakan oleh penceramah terdiri daripada topik penyempurnaan rohani, kemahiran asas penggubahan kidung rohani, kemahiran konduktor koir, pengetahuan asas tentang urus tadbir pelayanan koir, dan perkongsian kesaksian tentang pengalaman rohani dalam pelayanan koir.

Gereja Penampang - Pameran Kerja Suci

20-22 Sep 2019 (a)

Agar pemercaya lebih memahami kerja-kerja suci yang dijalankan oleh gereja masa kini dan lebih giat melibatkan diri dalam barisan pelayanan kerja suci, gereja tempatan mengadakan “Pameran Kerja Suci”selama tiga hari pada 20 - 22 September. Dalam tempoh ini, terdapat lebih daripada 20 unit dipamerkan. Setiap unit memperkenalkan lingkungan kerja suci masing-masing serta menjemput para pemercaya mendaftarkan nama menyertai kerja pelayanan Tuhan.

(19)

19

Gereja Penampang - Pameran Kerja Suci

20-22 Sep 2019 (b)

Syukur kepada Tuhan, di bawah pimpinan Tuhan, saudara dan saudari seiman telah memberi sambutan hangat. Ramai yang mendaftarkan nama untuk mengambil bahagian dalam kerja suci dan menyerahkan kerelaan hati mereka dalam pelayanan Tuhan.

Gereja Asia City - Kebaktian Kebangunan Rohani

21-22 Sep 2019

“Majulah, majulah,bertempur demi injilNya..” Semasa merenungkan kidung ini, i a m e n g i n g a t k a n a d a k a h k i t a t e l a h menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Kristian?

Syukur kepada Tuhan, persembahan kidung pada malam penginjilan telah dibantu oleh Koir Gereja Donggongon. Penyampai khotbah pada kedua-dua hari KKR kali ini ialah Pendeta Thomas Fung dan Pendeta Maleakhi Lee, yang mengongsikan pengetahuan yang berkelimpahan, membantu dalam penyempurnakan rohani dan sangat bermanfaat.

Dalam KKR kali ini, tiada orang yang memberi diri dibaptis dan tiada yang menerima Roh Kudus, manakala jumlah yang menerima Sakramen Perjamuan Kudus adalah seramai 68 orang. Di bawah pimpinan Tuhan, saudara dan saudari giat bekerja untuk Tuhan dan menjalankan persahabatan antara satu sama lain. KKR Gereja Asia City tamat dengan lancar.

(20)

Gereja Sibuga - Lawatan Unit Pendidikan Agama

21 Sep 2019

Haleluya, syukur atas pimpinan Tuhan Yesus, pada 21 bulan September (Sabtu) jam 4 petang unit ini telah melawat ke Taman Arnab Jalan Cecily. Jumlah guru dan murid yang mengikut lawatan kali ini adalah kira-kira 110 orang. Selepas berdoa di gereja, semua peserta menaiki 2 buah van gereja dan beberapa kereta persendirian, lalu bertolak dengan penuh semangat. Setibanya di destinasi, pengusaha Taman Arnab tersebut, iaitu saudara Chung menyambut kedatangan kami dengan mesra sekali. Kemudian, kami berpecah kepada kumpulan kecil lalu masuk ke taman itu. Dalam proses lawatan, murid-murid dapat melihat pelbagai spesis arnab dan juga dapat menyelami ciptaan Tuhan yang ajaib. Menjelang jam 5 petang, kami bergambar ramai-ramai bersama dengan pengusaha, dan pulang ke gereja dengan senang hati. Amen.

Gereja Sibuga - Seminar Guru-Guru Subzon Sandakan

22 Sep 2019

Pada 22 September (Ahad), Seminar Guru-Guru tahunan telah berlangsung di subzon ini. 54 orang guru dan guru pembantu (51 - Sandakan, 3 - Bukit Garam) telah menyertai seminar tahun ini.

Penyampai kuliah adalah Diaken Gamaliel Wai dan Diaken Baruch Wai. Diaken Gamaliel mengongsikan topik tentang Perbandingan Dokma mengenai “Roh Kudus”, manakala Diaken Baruch Wai menyampaikan topik tentang Cara-cara Mengaplikasikan “PAK21” dalam penyampaian kuliah pendidikan agama kita. Para guru menerima tidak sedikit santapan rohani dalam seminar kali ini. Syukur atas pimpinan Tuhan, seminar ini berakhir dengan lancar pada jam 1 petang.

(21)

21

Gereja Tawau - Hari Sukan Pendidikan Agama Tawau

22 Sep 2019 (a)

Syukur kepada Tuhan, Unit Pendidikan Agama Tawau telah menganjurkan Hari Sukan pada 22 September 2019.

Pada jam 9:15 hari tersebut, murid - murid, ibu bapa dan para guru berkumpul di padang kecil gereja dan berbaris membentuk 4 baris, mengikuti pengagihan kumpulan. Di bawah pimpinan para belia, pemanasan badan dijalankan sebelum acara sukan bermula. Pada hari sukan kali ini, murid-murid diagihkan ke dalam 2 kumpulan, iaitu Kumpulan A (3-8 tahun) dan Kumpulan B (9-17 tahun). Acara sukan dijalankan serentak di bangunan serbaguna dan padang kecil.

Kumpulan A berkumpul di bangunan serbaguna di mana ibu bapa menemani anak-anak dalam acara sukan. 3 acara disediakan bagi ibu bapa dan anak-anak, iaitu “Tiup tepung cari guli”, “Kepit-kepit kacang”, dan “Makan sampai kenyang”. Kerjasama antara anak-anak dan ibu bapa begitu erat sekali dan melalui usaha inilah, mereka berjaya menghabiskan 3 acara tersebut.

Aktiviti untuk Kumpulan B pula diadakan di padang kecil, juga untuk tiga acara. Acara-acara tersebut adalah “Siapa yang lebih cepat”, “TIC-TAC-TOE” dan “Gunting, Batu, Kertas”. 3 acara ini berakhir dengan iringan teriakan dan sorak-sorakan dari setiap kumpulan.

Selepas itu, pertandingan Tarik Tali yang dinanti-nantikan telah diadakan di mana 2 kumpulan yang bertanding adalah kumpulan murid-murid dan kumpulan ibu bapa serta guru. Dalam pertandingan itu, semua peserta menggunakan segenap tenaga yang ada demi mengalahkan musuh masing-masing untuk mencapai kemenangan. Hari Sukan berakhir dengan suara ketawa yang gemuruh dan gembira.

(22)

Gereja Tawau - Hari Sukan Pendidikan Agama Tawau

22 Sep 2019 (b)

Apabila tiba waktu makan tengah hari, pihak gereja telah menyediakan hamper untuk kumpulan pemenang sebagai ganjaran atas semangat kesukanan mereka. Kumpulan Biru yang mendapat jumlah markah tertinggi dinobatkan sebagai juara. Walaupun kumpulan-kumpulan lain tidak mendapat tempat pertama, tidak mengapa, sebab “persahabatan adalah lebih penting daripada pertandingan”. Apa yang terpenting sekali adalah memori yang begitu indah pada hari sukan ini.

Gereja Tanjung Aru - Kebaktian Kebangunan Rohani

27-29 Sep 2019

Syukur puji Tuhan, Gereja Tanjung Aru telah mengadakan Kebaktian Kebangunan Rohani pada 27-29 Sept 2019 dengan lancar. Tidak ada yang menerima baptisan dan Roh Kudus. Terdapat seramai 94 orang menerima Sakramen perjamuan Kudus. Kumpulan Koir Hosanna dan Koir Asaf telah terlibat dalam persembahan pada malam penginjilan. Semoga Tuhan akan terus memimpin semua jemaat dalam aspek penyempurnaan rohani.

(23)

23

Gereja Penampang - Lawatan Rombongan Persahabatan Saudari

Ke Gereja Sandakan

27-29 Sep 2019 (a)

Syukur kepada Tuhan, atas pimpinan Tuhan Yesus, rombongan persahabatan saudari yang diketuai Dn. Timon Teo telah melawat gereja-gereja Sandakan pada 27-29hb September 2019. Rombongan dianggotai oleh seramai 22 orang yang terdiri daripada 20 orang saudari, seorang saudara dan seorang diaken.

Sdra. Chai Kui Loi dan anaknya, Sdra. Chai Hor Ming mengalu-alu kedatangan rombongan dengan meriah, malahan telah menjemput tetamu dengan mengguna sebuah kenderaan yang mempunyai 24 tempat duduk. Setibanya di Gereja Sibuga, rombongan telah menikmati makanan tengahari yang berkelimpahan dan juga menetap di sana selama 2 malam.

Rombongan lawatan telah mengikuti 2 aktiviti persahabatan di Gereja Sibuga dan menghadiri kebaktian hari Sabat di Gereja Elopura. Koir Persahabatan Gereja Sibuga yang terdiri daripada ibubapa dan anak-anak mengikuti latihan koir dan ini telah meninggalkan gambaran yang mendalam bagi kami. Kelas pendidikan agama pula dijalankan pada sebelah petang hari sabat. Oleh yang demikian, maka mereka mempunyai masa yang lapang untuk menjalani aktiviti keluarga pada hari Ahad.

(24)

Gereja Penampang - Lawatan Rombongan Persahabatan Saudari

Ke Gereja Sandakan

27-29 Sep 2019 (b)

Rombongan telah melalui perjalanan yang menggembirakan dengan melawat Taman Peringatan Sandakan, Kawasan Perlindungan Probosics Monkey, Pusat Pemeliharaan Orang Utan Sepilok dan juga Pusat Pemuliharaan Beruang Madu Borneo. Rombongan juga dapat menikmati makanan yang enak di Sandakan. Selain itu, rombongan juga berpeluang untuk berkunjung ke rumah Dn. Filemon Lo untuk menikmati hasil tanaman buah-buahan dan jus buah-buahan buatan sendiri. Sebelum bertolak kembali ke Kota kinabalu, rombongan turut melawat Sdra. Chai di kediaman beliau.

Syukur kepada Tuhan kerana memberi perjalanan yang lancar. Juga berterima kasih atas sambutan dan kasih daripada gereja-gereja di Sandakan, khasnya Dn. Bethlehem Loo, Sdra. Chai dan juga anak lelakinya, yang meninggalkan memori yang begitu indah.

Gereja Elopura - Lawatan Persahabatan Saudari Gereja Penampang

27-29 Sep 2019 (a)

Beberapa bulan yang lepas, setelah menerima berita bahawa seiman Gereja Penampang akan datang melawat, pihak gereja dan seiman sungguh gembira untuk membuat persiapan. Ini termasuk menggubah bunga yang indah, membersih dan mengemas, mengatur aktiviti persahabatan, mempersembahkan kidung, memberi cenderahati dan mengambil foto beramai-ramai.

(25)

25

Gereja Elopura - Lawatan Persahabatan Saudari Gereja Penampang

27-29 Sep 2019 (b)

Masa berlalu dengan pantas. Tanpa disedari, hari indah yang dinanti-nantikan telah tiba. Kami masuk ke dalam aula gereja setengah jam lebih awal untuk persediaan menyambut tetamu. Selepas doa dan diikuti dengan nyanyian kidung sebelum kebaktian, pada masa itulah, muka yang seolah-olah dikenali dan tidak dikenali menjejak masuk ke dalam aula gereja dengan membawa langkah yang bertenaga, duduk di depan sekali, mengangguk-anggukkan kepala dan bersenyum manis dengan kami. Di dalam rumah Tuhan, kita menghadiri Kebaktian Hari Sabat bersama-sama, melayani Tuhan yang sama dan mengharapkan istirahat syurgawi bersama-sama, alangkah baiknya!

Selepas Kebaktian Persahabatan, rombongan lawatan akan meneruskan perjalanan mereka yang seterusnya. Sebelum berpisah, kami menggenggam waktu yang singkat untuk bersalam-salaman, berbual-bual dan mengambil foto. Kemudian, pelawat menaiki bas pelancongan seorang demi seorang. Namun, terdapat beberapa orang yang sangat mesra dan tidak sampai hati untuk meninggalkan kami. Mereka masih berbual-bual, bersalam-salaman dan terpaksa juga meninggalkan kami pada akhirnya. Tinggal sahaja kenang-kenangan yang manis….

Gereja Labuan - Kebaktian Penginjilan Melalui Kidung

5 Okt 2019

Haleluya! Sempena penggembalaan Pendeta Natanael Chin ke Gereja Labuan pada 2 - 6 Oktober 2019 (Rabu - Ahad), gereja ini berpeluang untuk mengadakan satu Kebaktian Penginjilan Melalui Kidung yang telah berlangsung pada 5 Oktober 2019 (Sabtu), bermula dari Jam 7.30pm sehingga 9.30pm. Tema kali ini ialah “Hidup Adalah Kesempatan” yang juga merupakan tajuk khotbah yang disampaikan oleh Pendeta Natanael. Kumpulan koir yang terlibat dalam penginjilan ini ialah Koir Kanak-Kanak, Koir Remaja & IPT, Koir Saudari dan Koir Gereja Labuan.

Syukur kepada Tuhan. Pada malam penginjilan tersebut, seramai 8 orang pencari firman berdasarkan jumlah yang berdaftar dan yang dikenalpasti telah menghadiri kebaktian ini melalui jemputan rakan-rakan dan kad jemputan yang telah diedarkan seawal seminggu. Kehadiran jemaat Labuan juga memuaskan sepanjang kebaktian. Kiranya Gereja Labuan lebih giat lagi mengerjakan amanat Tuhan dan biarlah segala kemuliaan, kehormatan dan pujian diberikan kepada Tuhan Yesus, Juruselamat tunggal manusia.

(26)

Gereja Kolombong - Kursus Latihan Telangkai Seluruh Negeri

13 Okt 2019

Kursus Latihan Telangkai Seluruh Negeri 2019 telah diadakan pada 13 Oktober di Gereja Kolombong (Pusat Persahabatan Rasul). Penyampai kuliah adalah Pendeta Yeh Hsiung Fu dariIbu Gereja Antarabangsa manakala penterjemah adalah Saudari Wong Shen Shiang.

Sejumlah 42 teman sekerja menghadirinya, di mana semua tempat duduk telah penuh diisi. Ada juga teman sekerja dari jauh, tanpa mengira perjalanan yang panjang, turut meluangkan masa untuk menghadiri seminar kali ini. Ada yang datang dengan kapal terbang, malah ada yang sampai ke KK sehari sebelum seminar dijalankan. Semoga Tuhan mengingati jerih payah yang dicurahkan. Isi kandungan seminar pula amat membangunkan dan menarik di mana semua hadirin dapat menumpu perhatian dengan sepenuhnya dan memperolehi banyak manfaat.

Kiralah Tuhan terus memimpin kerja telangkai di Sabah agar lebih banyak seiman yang mencapai umur pernikahan boleh bernikah dalam Tuhan dan melahirkan generasi yang soleh.

Sesi seminar sedang dijalankan Penyampaian cendera kenangan

oleh Pdt Hagai Tang kepada Pdt Yeh

(27)

27

Gereja Kota Kinabalu - Kebaktian Kebangunan Rohani dan Penginjilan

17 - 20 Okt 2019 (a)

Bersyukur atas pimpinan Tuhan, Kebaktian Kebangunan Rohani (KKR) di Gereja Kota Kinabalu telah berjalan seperti yang diaturkan dan tamat dengan lancarnya selepas tiga hari empat malam. Pada malam Hari Khamis, Kebaktian Penginjilan dipimpin oleh Pendeta Thomas Fung, dan topiknya ialah “Murka Tuhan Akan Ditimpahkan Ke Orang Yang Tidak Soleh”, untuk mengingati semua orang supaya bertaubat dan meninggalkan segala kejahatan, dan sebaliknya mencari Tuhan Benar yang mengaruniakan damai sejahtera. Pada malam tersebut, terdapat persembahan kidung daripada Koir Persahabatan.

KKR telah diadakan dari Hari Jumaat hingga Hari Ahad, dengan Sesi Doa Pagi sebagai permulaannya, dan selepas menjamu sarapan pagi, perkongsian firman diadakan dan diikuti oleh sesi doa - dikendalikan oleh Pendeta Natanael Chin, Pendeta Lazarus, Pendeta Thomas Fung, Diaken Timothy Wong dan Pendeta Yeh Hsiung Fu yang berasal dari Taiwan. Kebaktian Penginjilan pada waktu malam Hari Jumaat dipimpin oleh Pendeta Maleakhi Lee dengan topik “Tuhan ada bersama-sama dengan kita”, agar kita dapat merasai kewujudan Tuhan dan mencari-Nya untuk memperoleh keselamatan. Koir Imanuel mempersembahkan tiga buah kidung pada malam tersebut.

(28)

Gereja Kota Kinabalu - Kebaktian Kebangunan Rohani dan Penginjilan

17 - 20 Okt 2019 (b)

Pada Hari Sabat, terdapat juga pendeta-pendeta yang mengongsikan firman seperti biasa dan Kebaktian Penginjilan Melalui Kidung diadakan pada waktu malam. Topik bagi Kebaktian Penginjilan Melalui Kidung ialah “Yesus adalah Kehidupan”, yang dikongsikan oleh Pendeta Yeh Hsiung Fu. Kumpulan koir yang membuat persembahan pada malam itu ialah Koir Persahabatan, Koir Shalom dan Bunga Bakung, Koir Elim dan Koir Imanuel.

Pada hari Ahad pula, pintu pembaptisan dibuka kepada mereka yang percaya dan Sakramen Pembasuhan Kaki turut diadakan. Akhir sekali, Sakramen Perjamuan Kudus dan pemgambilan foto berkumpulan dijalankan. Sebelum bersurai, penguasa Gereja Kota Kinabalu iaitu Diaken Timothy Wong menyampaikan laporan ringkas KKR. Dalam laporan beliau, jumlah pemercaya yang menerima Roh Kudus ialah dua orang, seramai empat orang menerima baptisan dan 478 orang menerima perjamuan kudus.

Syukur atas pimpinan Tuhan, pihak gereja bukan sahaja dapat menyediakan tiga hidangan sehari untuk dinikmati oleh semua jemaat, bahkan dapat membekalkan makanan rohani agar dapat memuaskan jiwa dan rohani. Semoga Tuhan mengingati jerih payah semua seiman, dan semoga segala kemuliaan dan penghormatan diberikan kapada Tuhan sehingga selama-lamanya, amen!

(29)

29

Gereja Inanam - Kebaktian Penginjilan Khotbah

19 Okt 2019

Haleluya, syukur kepada Bapa yang di Sorga! Gereja Inanam telah mengadakan Kebaktian Penginjilan Khotbah pada 19 Okt 2019 bersamaan Hari Sabat, pukul 3 petang.

Sedikit kelainan ditampilkan dalam penginjilan khotbah kali ini, kerana pada kebiasaannya hanya satu koir sahaja yang akan membuat persembahan tetapi kali ini koir kanak-kanak juga terlibat sama. Kumpulan koir kanak-kanak mempersembahkan satu lagu puji-pujian yang bertajuk 'Buah-buah Roh Kudus'. Lagu ini menceritakan tentang 9 buah Roh Kudus yang harus ada pada diri kita selain menurut perintah Tuhan dengan taat dan saleh. Selepas persembahan Koir Kanak-kanak, Koir Grace Inanam pula membuat persembahan dengan menyanyikan dua buah kidung pujian yang bertajuk 'Gereja Sejati' dan 'True Jesus Chuch'.

Khotbah pula dipimpin oleh Pdt. Yeh Hsiung Fu dari Taiwan dengan tajuk "Tuhan Yang Membawa Pengharapan kepada Manusia".

Syukur Kepada Tuhan, kebaktian ini berjalan dengan lancar atas pimpinan Roh Kudus dan penjagaan Tuhan. Semoga nama Tuhan sentiasa diagungkan dan ditinggikan serta dimuliakan, amen.

(30)

Jika anda berminat untuk dapatkan maklumat lanjut tentang Gereja

Yesus Benar, Sabah, sila layari laman web Ibu Gereja di

http://ga.tjcsabah.com. Untuk sebarang maklumbalas, sila hubungi

kami melalui emel di web.sga@tjc.org.my.

Di samping itu, sila bawa dalam doa tentang kerja suci e-Berita ini.

Imanuel!

Tarikh

Aktiviti

25 Nov - 15 Dis

Kursus Teologi Jangka Pendek (Ibu Gereja)

8 Dis

Seminar Puan Pendeta Seluruh Negeri (Keningau)

21 - 22 Dis

Persidangan Perwakilan Seluruh Negeri

(Ibu Gereja)

29 Dis

Kebaktian Kesyukuran Akhir Tahun:

- Gereja Kota Kinabalu

- Gereja Penampang

31 Dis

Kebaktian Kesyukuran Akhir Tahun:

- Subzon Sandakan

Referensi

Dokumen terkait