• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN 2018 TAHUN 5. BAHASA MELAYU Kertas 1 - Pemahaman

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN 2018 TAHUN 5. BAHASA MELAYU Kertas 1 - Pemahaman"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

SULIT BAHASA MELAYU Kertas 1 - Pemahaman Tahun 5 Oktober 2018 1𝟏 𝟒 jam

PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN 2018

TAHUN 5

Nama : ……… Kelas : ………

BAHASA MELAYU

Kertas 1 - Pemahaman

Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B,

C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan

kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

(2)

BAHAGIAN A [20 markah] Soalan 1 hingga 16

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Pemilik pusat kecantikan itu berjaya diselamatkan oleh pihak _______________ semasa dia terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan hampir keseluruhan salunnya.

A. tentera C. bomba

B. polis D. doktor

2. “Akhirnya ______________ semua berjaya mendapat 6A,” kata Aidill kepada rakan-rakannya dengan gembira.

A. aku C. kita

B. saya D. kami

3. Media elektronik merupakan saluran terbaik yang dapat menjalankan kempen _______________ kebakaran terbuka.

A. mencegah C. menghapus

B. menahan D. mengelak

Soalan 4berdasarkan gambar di bawah.

4. Tidak dapat mengawal perasaan ________________ merupakan salah satu punca yang menyebabkan terjadinya masalah tertekan.

A. rindu C. muram

(3)

5. Anis melukis gambar buah-buahan itu _______________ menggunakan cat minyak.

A. di C. daripada

B. pada D. dengan

6. _______________ makan gaji, _______________ berniaga sendiri walaupun secara kecil-kecilan.

A. Walaupun, tetapi C. Daripada, lebih baik

B. Bukan sahaja, tetapi juga D. Sedangkan, inikan pula

7. ________________, malang benar nasibku ini!

A. Aduhai C. Eh

B. Wah D. Hai

8. Sesiapa sahaja yang didapati ________________ peraturan asrama akan dikenakan tindakan tatatertib.

A. terlanggar C. dilanggar

B. melanggar D. berlanggar

Soalan 9berdasarkan gambar di bawah.

9. Beberapa jenis ______________ yang lazat telah disediakan oleh ibu bagi menyambut kepulangan ayah dari luar negara.

A. kudapan C. ramuan

B. minuman D. hidangan

10. Perkahwinan campur akan menyebabkan berlakunya pertembungan _________________.

A. dwiwarna C. dwibudaya

(4)

11. Bermula dari awal malam hinggalah menjelang dinihari, pesakit sudah menunggu Pak Mail yang mahir dalam ilmu perubatan tradisional.

Pilih perkataansinonim bagi dinihari.

A. tengah hari C. senja

B. pagi D. petang

12. Meskipun warung tersebut sudah usang, namun pelanggannya semakin hari semakin ramai.

Pilih perkataan antonim bagi usang.

A. teguh C. segar

B. buruk D. uzur

13. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. I. Larangan bermain mercun telah dikeluarkan oleh kerajaan. II. Orang awam tidak dibenarkan memasuki kawasan larangan itu. III. Kesemua barang larangan miliknya turut hilang tanpa dapat dikesan. IV. Orang gila itu suka bercakap larangan lebih-lebih lagi jika sedang

marah.

A. I dan II C. II dan IV

B. I dan III D. III dan IV

14. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Aktiviti sukan ialah kegiatan yang amat berfaedah dan murid-murid mesti menyertainya.

A. Murid-murid sukan mesti menyertai kegiatan yang berfaedah.

B. Murid-murid mesti bersukan dan melakukan kegiatan yang berfaedah. C. Murid-murid yang menyertai sukan amat suka kegiatan yang

berfaedah.

D. Murid-murid mesti menyertai kegiatan yang berfaedah seperti aktiviti sukan.

(5)

15. Pilih peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.

“Jangan kamu beritahu rahsia ini kepada sesiapa pun. _______________,” kata Wan kepada Aidill.

A. Biar titik, jangan tumpah

B. Biar putih tulang, jangan putih mata

C. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut

D. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali

16. Pilih ayat yang betul.

I. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang hari kami berada di sana. II. Buku yang tebal itu berharga dua belas setengah ringgit sahaja. III. Setiap orang pasti memerlukan sahabat dalam hidupnya.

IV. Baju-baju yang dijual di kedai itu cantik-cantik belaka.

A. I dan II C. II dan IV

B. I dan III D. III dan IV

Soalan 17 hingga 20

(6)

17. Kejadian ini terjadi sewaktu penulis

A. dalam perjalanan pulang dari kelas tambahan B. dalam perjalanan pergi ke sekolah

C. baru pulang dari menghadiri kelas tae kwan do D. baru selesai menjalankan aktiviti gotong-royong

18. Mengapakah kanak-kanak itu berada di situ?

A. Dibawa oleh beberapa orang penjenayah ke situ

B. Takut dimarahi oleh ayahnya kerana lewat pulang ke rumah C. Telah dilanggar sebuah kereta dan tercampak

D. Ditinggalkan penjenayah yang melarikan kereta kepunyaan ayahnya

19. Pelbagai pihak telah dihubungi oleh Amar untuk mendapatkan bantuan, kecuali

A. Ambulans B. Polis

C. Ayahnya

D. Ibu bapa kanak-kanak itu

20. Perkataan meraung bermaksud

A. mengeluarkan suara meminta pertolongan B. menangis sambil menjerit

C. sedih serta mengeluh

(7)

BAHAGIAN B [30 markah] Soalan 21

a) Garis kata seru yang paling sesuai bagi ayat di bawah.

i. (Aduhai / Wah / Oh), loceng pun sudah berbunyi, mari kita masuk ke kelas!

ii. (Eh / Aduh / Nah), ramai pula orang yang berkumpul di situ!

[2 markah] b) Padankan perkataan berimbuhan awalan yang sesuai berdasarkan ayat

yang diberikan. i.

ii.

[2 markah]

c) Tandakan (√) bagi penjodoh bilangan yang betul berdasarkan ayat di bawah.

i. _________________ parang turut ditemukan dalam kejadian rompakan itu. Sebilah ( ) Selaras ( ) Sebentuk ( )

ii. Ayah menghadiahkan _______________ cincin berlian kepada ibu sempena Hari Ibu.

sepasang ( ) sebentuk ( ) seutas ( )

iii. Perompak itu mati terkena beberapa _____________ tembakan yang dilepaskan oleh anggota polis.

biji ( ) butir ( ) das ( )

[3 markah] Rakan-rakan _______________ tangan

setelah Aufa memotong kek hari jadinya.

Guni beras yang berat itu tidak ______________ oleh abang.

terangkat

dipilih

(8)

Soalan 22

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan di bawah.

Jantung merupakan organ penting kerana semua organ lain di dalam badan (a)__________________ bekalan oksigen serta nutrien daripada darah yang dipam oleh jantung. Darah yang beredar ke seluruh badan akan kembali ke (b) __________________ jantung kanan. Darah ini dikenali sebagai darah tidak beroksigen. Kemudian, jantung (c) ____________________darah ke paru-paru untuk menyerap oksigen. Darah yang mengandungi oksigen ini akan memasuki bahagian kiri jantung dan dipam semula ke (d) _______________________ tubuh.

[4 markah] Soalan 23

a) Bina ayat majmuk berdasarkan ayat yang diberi. Fairus memiliki sebuah motosikal.

Fairus memiliki sebuah kereta.

___________________________________________________________________________ [2 markah] b) Betulkan tanda baca yang salah dan tulis semula ayat-ayat tersebut.

Wah. cantiknya kereta ini? Siapakah pemiliknya!

___________________________________________________________________________ [2 markah] c) Isikan kata arah yang paling sesuai di dalam ayat di bawah.

Pak Jamal berehat sekejap di ___________________ pokok jambu.

[2 markah] mengepam bahagian semua memberi

(9)

Soalan 24

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

a) Apakah tanda-tanda seseorang itu diserang penyakit selesema?

___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ [2 markah] b) Virus yang menyebabkan selesema ini begitu

___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ [2 markah] c) Apakah yang perlu kita lakukan jika diserang selesema?

___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ [2 markah]

(10)

Soalan 25

Baca jadual di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

a) Puan Hamidah perlu menyediakan kertas soalan bagi mata pelajaran

___________________________________________________________________________ [1 markah] b) Apakah mata pelajaran dan kelas yang diajar oleh Puan Milah?

___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ [2 markah]

(11)

c) Apakah jawatan yang disandang oleh Puan Norashikin dalam penyediaan jadual ini?

___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ [2 markah] d) Pada pendapat kamu, apakah maksud perkataan “master” soalan dalam

jadual tersebut?

___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ [2 markah]

(12)

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A 1. C 2. C 3. A 4. B 5. D 6. C 7. A 8. B 9. D 10.C 11.B 12.A 13.A 14.D 15.C 16.D 17.C 18.D 19.D 20.B BAHAGIAN B Soalan 21 a) i. Oh ii. Eh

b) i. bertepuk ii. terangkat

c) i. Sebilah ii. sebentuk iii. das Soalan 22 a) menerima b) bahagian c) mengepam d) seluruh Soalan 23

a) Fairus memilik sebuah motosikal dan sebuah kereta. b) Wah! Cantiknya kereta ini. Siapakah pemiliknya? c) bawah

(13)

Soalan 24

a) Tanda seseorang itu diserang penyakit selesema ialah timbulnya radang selaput lender pada hidung.

b) mudah menular dan menjangkiti orang ramai.

c) Kita perlu minta nasihat doktor tentang ubat yang dapat membasmi selesema atau menguranginya serta perlu minum banyak air.

Soalan 25

a) Bahasa Arab

b) Puan Milah mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni bagi kelas 1A. 2A dan 2B.

c) Puan Norashikin menyandang jawatan setiausaha peperiksaan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa.

d) Pada pendapat saya, perkataan “master” soalan merujuk kepada salinan asal soalan yang perlu dihantar untuk proses cetakan.

Referensi

Dokumen terkait

Pasal 114: ‛Putusnya perkawinan di sebabkan karena perceraian dapat terjadi karena talak atau berdasarkan gugatan perceraian‛.Pasal 115 KHI menegaskan bunyi pasal 39 ayat

1. Secara parsial perubahan nilai tukar Yuan tidak berpengaruh terhadap nilai tukar USD. Di duga karena adanya informasi asimetris antara Bank Sentral Tiongkok dan

Mutcler (1984) melakukan penelitian dengan mewawancarai praktisi auditor yang menyatakan bahwa perusahaan yang menerima opini audit going concern pada tahun sebelumnya

Berdasarkan hasil analisis dan pembahasan hasil penelitian, dapat disimpulkan bahwa secara parsial kecerdasan intelektual berpengaruh positif signifikan terhadap sikap

Tidak lupa juga ucapkan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penyelidikan saya ini dari kalangan pegawai dan juga responden yang terlibat di

Agar penyelenggaraan pemilihan umum berjalan aman, tertib, lancar, bebas, rahasia, jujur, adil, dan tindak pidananya dapat ditegakkan secara kongkret maka di dalam

terhadap kecemasan ibu bersalin kala I Penelitian yang dilakukan oleh peneliti didapatkan hasil bahwa ibu bersalin yang menggunakan metode hypnobirthing sebagian besar

digunakan untuk mengukur kemampuan proses dengan berdasarkan proporsi bagian yang tidak sesuai ( Proportion non Conforming ) dan pada indeks ini data diasumsikan berdistribusi