• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN docx"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1. PENGENALAN 2

2. KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN 3

MANUSIA

3. EMPAT CIRI KEISTIMEWAAN SYARIAH ISLAM 8

4. EMPAT KEBERKESANAN PEMANTAPAN SYARIAH 11

DI MALAYSIA

5. KESIMPULAN 16

6. RUJUKAN 17

1. PENGENALAN

(2)

segala perintah Allah adalah merupakan satu perjanjian yang telah dimeterai diantara manusia dan Allah s.w.t. seperti mana dalam firmanNya:

... اننددههشن ىلنبن اوللاقن مدكلببهرنبه تلسدلنأن ...

Maksudnya: ... "Bukankah Aku Tuhan kamu?" mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi saksi"...

[Al-A'raf: 172]

Maka Dengan itu, kita selaku umat Islam yang sebenar, kita dituntut untuk mempelajari Fardhu Ain iaitu panduan dalam membantu kita mempraktikkan ibadah teras asas yang telah diwajibkan ke atas diri seorang muslim.Ini adalah syariat Islam yang telah ditetapkan oleh panduan wahyu iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Apa Itu Syariah? Syariah itu adalah hukum Allah yang telah disampaikan oleh nabi muhammad keatas manusia s.a.w melalui kitab Al-quran dan As-Sunnah.

1) Takrif syariah:

ماكحلا نم هدابعل هللا هعرش ام

“Segala perkara yang Allah syariatkan kepada hambaNya, daripada hukum hakam.”

Ada di antaranya suruhan dan ada pula larangan. Ada di antaranya yang berkaitan dengan ( لمعلا ةيفيك ) ‘cara beramal’ dan dinamakan sebagai ( ةيلمعو ةيعرف ) ‘cabang dan amalan.’ Ilmu yang berkaitan dengannya dinamakan sebagai ilmu fiqh, syariah dan hukum. Dan ada pula yang berkaitan dengan ( لمعلا لصأ ) ‘dasar amalan’ dan dinamakan sebagai ( ةيداقتعاو ةيلصأ ) ‘usul dan pegangan.’ Ilmu yang berkiatan dengannya dinamakan sebagai ilmu kalam, tauhid atau aqidah

2) Syariah dan agama:

(3)

fiqh sebagai kuliah syariah, dan kuliah yang mengaji akidah dinamakan kuliah usuluddin. Syeikh Mahmud Syaltut, Syeikuhul Azhar pernah mengarang sebuah kitab bertajuk “Islam itu Aqidah dan Syariah.”

2. KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Firman Allah taala:

طسقلاب سانلا موقيل نازيملاو باتكلا مهعم انلزنأو تانيبلاب انلسر انلزنأ دقل

رونلا ىلإ تاملظلا نم سانلا جرختل كيلإ هانلزنأ باتك

Allah taala maha kaya daripada hambaNya, Dia tidak berhajat kepada sesuatu daripada hambaNya. Di dalam ayat pertama disebut: “Agar manusia menegakkan keadilan,” ayat kedua “Mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya.”

Secara ringkasnya, syariah adalah:

نزاوتلاو ميوقلا قيرطلا ىلإ ةايحلا يف سانلا ىدهي ام لك

Setiap perkara yang menyusun kehidupan dan memandu kepada jalan yang lurus dan sistematik, itulah tugasan syariah, agar mereka mendapat kebaikan di dunia, dan di akhirat.

(4)

memelihara kepentingan akal, agama, harta, nyawa dan nasab atau keturunan umat manusia. Islam adalah agama yang syumul ( sempurna), setiap garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam adalah bersesuaian mengikut tempat, bangsa dan zaman. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah Al-Jathiah ayat 18 yang bermaksud :

“Pada kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad s.a.w dan utuskan engkau) menjalankan satu jalan yang cukup lengkap dan hukum-hukum agama ; Maka turutlah akan jalan itu dan jangan engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar.”)

Bagi ummat Islam, Syariat Islam adalah merupakan panduan hidup yang integral/menyeluruh dan sempurna bagi seluruh permasalahan hidup manusia dan kehidupan dunia ini. Setiap permasalahan yang melibatkan agama harus dirujuk kembali kepada syariah Islam agar setiap apa pun yang dilakukan tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Berikut adalah kepentingan syariah dalam kehidupan manusia:

1. Untuk mendidik manusia- Hakikatnya kehidupan manusia tidak terlepas dari ujian dan dugaan sebagaimana dalam firman Allah dalam surah Surah Al-Ankabut ayat 2-3 yang bermaksud:

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

(5)

supaya menjadi ahli masyarakat yang berguna dan memberi manfaat kepada yang lain. Sebagaimana firman Allah yang mensyariatkan hambanya agar menunaikan solat didalam Al-quran yang bermaksud:

“Dan dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahala nya pada sisi Allah. Sesungguhnya Alah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan”

(Surah Al Baqoroh : 110)

“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu , sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar” (Surah Al Baqoroh : 153)

“Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar.” (Al-Ankabut: 45)

(6)

Penghayatan yang kedua ini juga amat berkaitan dengan perhubungan masyarakat terutamanya dalam hubungan menjaga hak asasi manusia dan tidak mencerobohinya. Jika berlaku pencerobohan maka hukuman tertentu menantinya.Hukuman yang ditetapkan oleh syarak bukan semata-mata bertujuan untuk menghukum si penjenayah tetapi membendung masyarakat dari melakukan jenayah tersebut. Bagi mencapai matlamat inilah disyariatkan agar melaksanakan undang-undang jenayah Islam seperti hudud,qisas dan takzir. Sebagaimana firman Allah dalam Al-quran yang bermaksud:

“Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” (Surah al-Baqarah:229)

Garis panduan yang telah ditetapkan dalam syariat Islam adalah untuk membawa kepada kebaikan sebanyak yang mampu kepada manusia dan bukannya kemudharatan, membuka jalan ke arah yang lebih jernih agar manusia tidak terus berada dalam kejahilan.

(7)

Berdasarkan daripada ayat diatas, jelas menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang adil dan seimbang. Tidak terlalu memberatkan malah memudahkan. Sepertimana dalam firman Allah yang bermaksud :

“Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan”. (Al-Hajj:78)

Syariat islam adalah untuk memperjelaskan lagi segala garis panduan yang telah termaktub didalam kitab suci Al-quran. Tujuannya adalah bagi memudahkan ummat manusia untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai hukum-hukum syara’ berdasarkan dalil dan hujah yang terdapat didalam Al-quran , hadis dan sunnah Rasullullah s.aw. Keadilan dalam Islam adalah bermaksud mengambil hak dari orang zalim dan meletakkannya kepada orang yang dizalimi dan tertindas. Hal ini dijelaskan sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak berlaku adil (kepada sesiapajua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa”. (Al-Ma'idah: 8)

Al-Quran mewajibkan setiap manusia berlaku adil di dalam segala urusannya, terutama daripada kalangan pemerintah yang berkuasa. Hal ini dijelaskan Allah s.w.t yang bermaksud:

Jika kamu menghukum manusia hendaklah kamu menghukum seadil-adilnya (Al-Nisa' : 58)

(8)

3. EMPAT CIRI KEISTIMEWAAN SYARIAH ISLAM

Ciri-ciri keistimewaan Syariah Islamiyyah

3.1 Rabbaniyyah

Ianya membawa erti bahawa hukum dan peraturan Syariah ini dari Allah swt dan bukan ciptaan manusia. Beerti sumber Syariah Islamiyyah ialah Allah swt yakni wahyuNya kepada Nabi Muhammad saw dengan lafaz dan makna, iaitu al-Qur’an, atau dengan makna tidak lafaz iaitu as-Sunnah. Ciri ini membezakannya sama sekali dari semua perundangan duniawi kerana ia bersumberkan dari manusia sedangkan Syariah Islamiyah sumbernya pencipta

manusia itu sendiri.

3.1.1 Natijah Syariah Islamiyyah:

i)-Prinsip-prinsip Syariah dan hokum-hakamnya bersih dari sebarang rupa bentuk kezaliman, kelemahan dan menurut hawa nafsu kerana penciptanya ialah Allah yang mempunyai ksempurnaan mutlaq. Undang-undang duniawi pula mempunyai kelemahan kerana ia lahir dari manusia yang memiliki kelemahan seperti kejahilan, penyelewengan, kezaliman, kelemahan, kekurangan, terpengaruh dengan hawa nafsu, alam persekitaran, kaum atau bangsa, dan sebagainya.

ii)-Hukum-hukum Syara’ mempunyai kehebatan dan kehormatan dalam jiwa orang-orang yang beriman dengannya ama ada pemerintah mahupun yang diperintah, justeru kerana ianya dari Allah dan pasti memiliki sifat Ad-Din. Atas dasar inilah ia tetap dihormati dan dipatuhi dengan rela hati yang didorongi oleh jiwa yang bersih dan keimanan yang mendalam tanpa

ada unsur paksaan.

3.1.2 Balasan Duniawi dan Ukhrawi

(9)

sepertimana juga dengan undang-undang buatan manusia tetapi skopnya lebih luas dari balasan yang terdapat dalam undang-undang buatan manusia, justeru undang-undang Islam itu mencakupi seluruh urusan individu termasuklah soal-soal keagamaan dan akhlak, tidak sepertimana undang-undang buatan manusia. Balasan ukhrawi adalah dikenakan ke atas setiap perlanggaran hokum syara’ sama ada ia amalan had mahupun amalan anggota lahir, yang berkaitan dengan muamalat maliyyah (sivil) mahupun jenayah dan sama ada yang bersalah itu dikenakan hukuman keseksaan atau tidak, selagi tidak bertaubat nasuha dan mendapat penghalalan hak dari orang tertentu.

2. Alamiyyah dan Umumiyyah

Syariat Islam menjadi keistimewaan dengan ciri ini, ia menjadi rahmat untuk sekalian alam, menjadi petunjuk kepada seluruh umat manusia dan merupakan peraturan untuk manusia sejagat pada semua masa dan tempat. Ia bukan perundangan untuk satu jenis manusia, Negara, bangsa dan kabilah tertentu sahaja, bahkan ia untuk manusia di mana jua mereka berada. Islam meraikan kehendak dan keperluan manusia dalam beberapa perkara seperti: a) Dharuriyyat : iaitu kehidupan manusia tidak akan wujud dengan ketiadaannya.

perkara dharuriyyat ini perlu untuk menjaga akal, agama, jiwa, keturunan dan harta. b) Hajiyyat : perkara yang diperlukan manusia untuk hidup. Namun manusia hidup tanpa

kewujudannya. c) Tahsiniyyat : iaitu perkara yang diperlukan manusia untuk hidup lebih mulia. Contohnya

Islam mewajibkan menutup aurat tetapi cara penutupan mengikut tempat dan suasana. Ia lebih mirip kepada unsure kesempurnaan kemewahan.

3. Kekal.

(10)

setiap masa, dijadikannya sebagai penutup semua syariat, peraturan, prinsip dan hokum-hukumnya sesuai dilaksanakan untuk semua masa dan tempat.

4. Syumul

Syariat Islam itu suatu system yang syumul mencakupi semua urusan hidup yang menggariskan manusia jalan iman, menerangkan dasar-dasar aqidah, menyusun hubungan manusia dengan Tuhannya, memerintah bersihkan jiwa, dan mengatur hubungan manusia sesama manusia. Kesyumulan Islam ini dapat dilihat pada 3

kelompok:-i)-Hukum-hukum yang berkaitan dengan aqidah seperti beriman kepada Allah dan hari akhirat. Perbahasan hukum-hukum aqidah ini dan kajiannya terdapat dalam ilmu kalam atau Tawhud.

ii)-Hukum-hukum yang berkaitan dengan akhlak seperti wajib bercakap benar, amanah, menyempurnakan janji, haram berdusta, khianat, mungkir janji. Hokum-hukum akhlak ini kajiannya adalah dalam ilmu akhlak atau Tasawwuf.

iii)-Hukum-hukum yang berkaitan dengan perkataan dan perbuatan manusia dalam hubungan mereka dengan yang lain. Hokum amali ini dinamakan dengan al-fiqh, perbincangannya dalam ilmu al-Fiqh.

Ia terbahagi kepada 2 bahagian yang besar iaitu:

a)-Ibadat seperti solat, puasa, zakat yang mana ia bertujuan mengatur hubungan di antara individu dengan Tuhannya.

b)-Adat dan muamalat yang bertujuan untuk mengatur hubungan di antara sesama manusia.

Kemanusiaan

(11)

Keadilan mutlak

Keadilan bermakna meletakkan sesuatu pada tempatnya menurut hitungan sebenarnya daripada Allah. Adalah menjadi tujuan Islam itu menegakkan keadilan mutlak dikalangan manusia seluruhnya dengan menegakkan persaudaraan dikalangan mereka, memelihara kehormatan agama, nyawa, akal, maruah, keturunan dan harta benda dengan bermatlamat dunia dan akhirat.

4. EMPAT KEBERKESANAN PEMANTAPAN SYARIAH DI MALAYSIA

Umat Islam hari ini berhadapan dengan perkembangan baru dan cabaran moden. Cabaran mereka datang dari berbagai sudut seperti pemikiran, hiburan, permainan, fesyen, media massa, harta benda, populariti dan berbagai lagi. Mereka seolah-olah hilang arah dan tuntunan selepas kebanyakan mereka tidak lagi mengikut Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan. Maka dengan itu, keberkesanan pamantapan syriah yang diamalkan di Malaysia dicadangkan untuk menjurus kea rah ini.

Sejarah perundangan dengan jelas membuktikan bahawa undang-undang Islam telah mantap dan dilaksanakan dalam pemerintahan Kerajaan Melayu sebelum kedatangan Inggeris. Terdapat bukti yang jelas menunjukkan undang-undang telah dikanunkan dengan cara teratur bagi pemakaian dan panduan kerajaan Melayu ketika itu seperti ‘Hukum Kanun Melaka’, ‘Undang-Undang Pahang’ dan ‘Undang-Undang Kedah’. Beberapa bahagian kanun tersebut adalah petikan daripada hukum fiqh Mazhab Syafie.

Selepas kedatangan Inggeris khususnya dengan penerimaan Sistem Residen, secara beransur-ansur dan sedikit demi sedikit prinsip undang-undang Inggeris dimasukkan ke dalam sistem pentadbiran, perundangan dan kehakiman. Akhirnya beberapa undang-undang seperti Kanun Keseksaan, Enakmen Keterangan dan Kanun Acara Jenayah telah diperundangkan di mana Undang-Undang Islam dalam bidang berkenaan tidak lagi berkuasa.

(12)

4.1 Penyelarasan Undang-Undang Islam

Memandangkan Islam di bawah bidang kuasa negeri dan Sultan sebagai Ketua Agama Islam (bagi negeri-negeri yang beraja) maka tidak dapat dielakkan berlakunya ketidakseragaman undang-undang Islam antara negeri-negeri. Usaha-usaha untuk mengadakan undang-undang Islam yang selaras dan seragam di seluruh Malaysia telah bermula sejak sekian lama dan beberapa usaha telah diambil bagi maksud tersebut. JAKIM melalui Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil telah banyak membantu menggubal undang-undang Islam yang disediakan sebagai ‘model’ untuk diterima pakai oleh negeri-negeri. Pemurnian Akidah

Sebagaimana yang telah diakui bahawa kesucian akidah umat Islam di Malaysia terpelihara di bawah Perlembagaan Persekutuan iaitu di bawah Perkara 11(4) yang melarang sebarang dakyah agama lain kepada umat Islam. Menyedari bahawa banyak faktor-faktor lain yang boleh menggugat kesucian akidah orang-orang Islam maka kerajaan telah menyusun pelbagai program yang berupa penjelasan, penerangan, kursus dan perbincangan khusus berkenaan perkara-perkara yang dapat memantapkan iman dan menguatkan keyakinan umat Islam.

Mereka yang baru memeluk Islam diberi kursus-kursus kefahaman dan penghayatan secara bersiri dan berjadual. Demikian juga kerajaan telah mengujudkan melalui JAKIM satu Unit Khas berkenaan ajaran sesat bagi menangani gejala penyelewengan akidah menerusi ajaran-ajaran salah dan sesat. Penubuhan Panel Kajian Akidah di JAKIM yang dianggotai oleh pakar akademik dan tokoh Islam banyak membantu JAKIM menangani masalah ini. Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri-negeri juga mewajibkan kepada mana-mana individu yang ingin mengajar atau berceramah berkenaan agama Islam mendapatkan Sijil Tauliah Mengajar Agama dari pihak Jabatan/Majlis. Ini adalah langkah bijak bagi mengawal sebarang anasir-anasir atau pengaruh ajaran sesat daripada merebak. Mengajar agama tanpa tauliah adalah satu kesalahan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah.

(13)

Sehingga kini, JAKIM sentiasa menganjurkan kursus-kursus pemurnian akidah kepada bekas-bekas kumpulan ajaran sesat bagi tujuan memulihkan mereka kembali ke ajaran Islam yang sebenar. Kemuncaknya kerajaan telah membina Pusat Pemulihan Akidah di Jelebu, Negeri Sembilan yang menelan belanja RM5 juta. Ia berperanan menyusun program-program yang dapat menjelaskan segala kekeliruan dan salah faham di kalangan pengamal dan penganut ajaran sesat agar kembali ke ajaran Islam yang suci dan lurus.

Pada masa yang sama juga, JAKIM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) selama ini telah bekerjasama dalam menapis dan mengharamkan buku-buku yang mengandungi unsur-unsur penghinaan dan penyelewengan akidah umat Islam. Kini JAKIM sedang menyiapkan peringkat akhir draf Undang-Undang Pemulihan Akidah iaitu undang-undang khusus bagi membendung masalah pertukaran agama di kalangan masyarakat Islam.

Apa yang penting, kerajaan tidak pernah bersikap sambil lewa dalam hal-hal yang berkaitan dengan akidah umat Islam. Segala pendekatan dan saluran digunakan secara bersepadu dan terancang bermula dari pendidikan hinggalah ke penguatkuasaan undang-undang semata-mata untuk melihat akidah umat Islam terpelihara di bumi Malaysia.

4.2 Sistem Perbankan Islam

Bagi membuka jalan untuk penubuhan bank Islam di Malaysia, kerajaan telah meluluskan Akta Bank Islam 1983 yang menggariskan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh bank Islam dalam operasinya di Malaysia dan kuasa-kuasa Bank Negara Malaysia dalam menyelia dan mengawal bank Islam. Dalam tahun yang sama juga kerajaan telah meluluskan Akta Pelaburan Kerajaan 1983 yang memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengeluarkan sijil pelaburan berdasarkan prinsip syariah.

(14)

Kerajaan menerusi Bank Negara Malaysia juga mempunyai objektif jangka panjang iaitu ingin mewujudkan Sistem Perbankan Islam seiring dengan sistem bank konvensional. Ini dapat dicapai dengan tiga adunan utama iaitu pertama, sistem ini mempunyai ahli yang cukup, kedua, perkhidmatan dan produknya merangkumi keseluruhan sistem bank dan ketiga, perlu diwujudkan pasaran antara-bank yang operasinya mengikut prinsip syariah.

Sejajar dengan objektif itu, pada awal tahun 1993 sebanyak 21 produk bank Islam telah berjaya diwujudkan antaranya Wadiah, Mudharabah, Musyarakah, Murabahah, Bai bithaman ajil, Bai’ul-salam, Ijarah, Bai ta’jiri, Wakalah, al-Rahn, al-Qardhul hassan dan al-Kafalah.Pada 4 Mac, 1994 Bank Negara Malaysia telah melancarkan Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF) di mana institusi kewangan yang ada dibenarkan dan digalakkan untuk menawarkan perkhidmatan berasaskan prinsip syariah. Lantas pada penghujung tahun 1993, Sistem Perbankan Islam di Malaysia telah mengandungi sebuah bank Islam dan 20 buah institusi kewangan konvensional terdiri dari 10 buah bank perdagangan, 8 buah syarikat kewangan dan 2 buah bank saudagar yang menawarkan perkhidmatan dan produk berdasarkan prinsip Islam. Selain itu, pada 3 Januari, 1994 pasaran wang antara-bank secara Islam telah dilaksanakan. Sesungguhnya tanpa kesungguhan dan sokongan yang padu dari pihak kerajaan, Sistem Perbankan Islam di Malaysia tidak akan maju sejauh ini.

4.3 Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam

Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran yang diperkenalkan pada tahun 1985 adalah sebahagian daripada pelbagai usaha kerajaan untuk memasukkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia. Dasar ini bermaksud membimbing dan membentuk akhlak yang berfaedah dalam kehidupan setiap rakyat ke arah ketinggian maruah di samping menanam nilai-nilai murni ke dalam sistem pentadbiran negara.

(15)

adalah nilai-nilai Islam yang dipilih memandangkan ia merupakan kunci kejayaan pentadbiran sesebuah negara.

Penubuhan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang mula beroperasi pada 1 Oktober, 1967 mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam memelihara dan mengawasi sistem nilai masyarakat. Institusi yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan khusus untuk mencegah perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa diberi kuasa utama di bawah undang-undang iaitu Akta Pencegahan Rasuah 1997, Akta Pencegah Rasuah 1961 (Disemak 1971), Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Dharurat 1970, Akta Badan Pencegah Rasuah 1982, Kanun Keseksaan (F.M.S. Cap 45), Kanun Prosedur Jenayah (F.M.S. Cap 6), Akta Polis 1967 dan Akta Kastam 1967. Besarnya peranan BPR yang diberi mandat oleh kerajaan dalam memastikan kepentingan awam agar tetap terpelihara, dikuatkan lagi dengan Ketua Pengarahnya adalah dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

4.4 Penyelarasan Penyeragaman Undang-undang Islam Negeri

Usaha terbaru ialah JAKIM telah mengemukakan suatu cadangan supaya penyelarasan dan penyeragaman undang-undang Islam negeri-negeri dibuat melalui Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Cadangan atas nama Kerajaan Pusat tersebut telah dipersetujui oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-176 pada 1 Ogos, 1997 yang lalu. Ekoran persetujuan itu, JAKIM dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara telah membuat kajian terperinci ke atas enam undang-undang utama negeri-negeri iaitu Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam, Undang-Undang Keluarga Islam, Undang-Undang Kesalahan Syariah, Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah, Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah dan Undang-Undang Tatacara Mahkamah Syariah.

(16)

5. KESIMPULAN

Sememangnya kita melihat bahawa telah banyak program-program yang dijalankan untuk memantapkan nilai-nilai akidah dalam kalangan masyarakat hari ini. Walau bagaimanapun, kebanyakan program yang dijalankan tidak menyeluruh dan ada antaranya yang terhad untuk kawasan-kawasan tertentu juga. Oleh itu dalam hal ini, semua pihak perlulah bermuhasabah dan mengkaji sejauh mana keberkesanan program yang mereka jalankan, adakah ianya hanya sekadar melepaskan batuk ditangga, ataupun tidak mencapai objektif yang ditetapkan.

Pendapat dan kajian semua pihak haruslah diterima dengan hati yang terbuka oleh pihak yang berkenaan. Seperti Firman Allah s.w.t. :

هلننسنححأن ننوعلبهتبنينفن لنحوقنحلٱ ننوعلمهتنحسين ننيذهلبنٱ ) بهــبنحلأنحلٱ ادوللودأل حمهل كنٮهٮـــلنودألون ‌‌هللبنلٱ ملهلٮـدنهن ننيذهلبنٱ كنٮهٮـــلنودأل ‌‌ۥۥ

١٨ (

Maksudnya : Yang berusaha mendengar segala perkara yang disampaikan dan mengikut apa yang terbaik, itulah orang-orang yang sempurna pemikirannya. ( Az-Zumar, 38 :18 )

(17)

seterusnya mencegah dan mengurangkan gejala-gejala sosial yang semakin membimbangan dewasa ini.

6. RUJUKAN

Abdul Latif Muda dan Rosmawati Ali @ Mat Zin (1998). Pengantar Ilmu Tauhid.Kuala Lumpur : Pustaka Salam

Auni Haji Abdullah (2010),Teras Utama Sistem Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Alam Raya Enterprise Sdn. Bhd

http://pmram.org/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=2007:syariah-makna-dan-dasarnya&catid=67:manhal. DILAYARI PADA 08 NOVEMBER 2013.

http://mujahidsyafiq.wordpress.com/category/1-prinsip-asas-islamsyariah/.

Dilayari pada 08 November 2013.

http://seharumanginsyurga.blogspot.com/2011/05/pengenalan-kepada-syariah-dan.html. Dilayari pada 08 November 2013

(18)

Referensi

Dokumen terkait