• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kepentingan Fotografi dalam Kandungan So

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kepentingan Fotografi dalam Kandungan So"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

1

KEPENTINGAN IMEJ FOTOGRAFI DALAM KANDUNGAN

SOSIAL , KEBUDAYAAN DAN SEJARAH MELAYU MELAKA.

Nadzri Mohd Sharif

1

, Meor Hasmadi Meor Hamzah

2

,

Mohd Nor Shahizan Ali

3

Mohd Mustakim Mustafa

4

Imej fotografi merupakan salah satu medium komunikasi dalam bidang seni visual yang mempunyai perkaitan antara nilai dan prinsip estetika seni. Malah, ianya mempunyai impak yang besar terhadap perspektif seni, kandungan sosial, kebudayaan dan sejarah .Imej fotografi sering dianggap sebagai saksi peristiwa sejarah dan kehidupan dalam masa tertentu dan tidak bersifat berat sebelah. Berdasarkan penelitian kepada kandungan sosial, kebudayaan dan sejarah Melayu Melaka , pembuktian sesuatu kisah, artifak dan ceritera adalah bergantung kepada beberapa sumber tidak bertulis bagi meyakini bahawa sesuatu sejarah tersebut adalah benar. Bukti tidak tertulis ini merangkumi rujukan penelitian dokumen arkib seperti manuskrip, filem dan foto yang dapat dijadikan bahan kukuh untuk menerangkan sesuatu fakta. Bukti atau sumber fotografi ini merupakan medium yang sangat penting dalam mengungkapkan kembali kegemilangan warisan Negeri Melaka yang tidak ternilai keunikannya. Kepentingan imej fotografi akhirnya dapat memudahkan seseorang sejarawan mahupun budayawan untuk mengetahui dan menyelidik maklumat dengan lebih mendalam mengenai perkembangan sosial masyarakat Melayu di Negeri Melaka.

Kata kunci : fotografi, estetika seni, komunikasi, kebudayaan, sejarah, Melayu Melaka. sosial

PENDAHULUAN DAN SEJARAH AWAL NEGERI MELAKA

Izharnya, kemodenan dunia diversiti pada hari ini telah mengangkat bidang fotografi sebagai salah satu cabang inspirasi dan iltizam dalam kehidupan manusia. Transformasi dunia fotografi juga berlaku begitu pantas sehingga melahirkan inovasi dalam bidang baru iaitu fotografi digital. Justeru itu, maksud kandungan setiap gambar merupakan rakaman sejarah yang sentiasa menunjukkan garisan masa serta perlakuan lepas dan akan menjadi tatapan kepada masyarakat pada masa hadapan. Selain itu, gambar juga akan memaparkan gambaran sesuatu tindakan dan peristiwa yang telah berlaku seperti bidang sosial dan budaya masyarakat. Contohnya sekeping gambar boleh menceritakan perkembangan peradaban budaya masyarakat Melayu meliputi sosial ekonomi dan adat kehidupannya. Imej tetap fotografi, tidak seperti imej yang dihasilkan daripada video, tidak mudah menunjukkan peredaran masa, tetapi ia menunjukkan kepada kita bahawa masa telah berlalu (Tim dan Grant 2002). Bidang fotografi telah berubah secara radikal mengikut peredaran semasa dengan meliputi keseluruhan kehidupan masyarakat secara tidak sedar dan ia menjadi penting kerana ia amat berkait rapat mengenai sesuatu wawasan, ingatan, kebudayaan dan negara (Howie 2007).

Oleh hal yang sedemikian, untuk mengkaji dan melihat perkaitan bidang fotografi dengan peradaban Melayu Melaka, kita haruslah meneliti terlebih dahulu bingkisan mengenai sejarah Melaka yang agung pada satu ketika dahulu. Pelbagai pendapat telah dibuat dari

1 Penulis Utama, UiTM Melaka, Fakulti Seni lukis dan Seni Reka, Jabatan Fotografi, petrauitm@yahoo.com. 2 Penulis Bersama, UiTM Melaka, Fakulti Seni lukis dan Seni Reka, Jabatan Fotografi, hasmadimeor@gmail.com. 3 Penulis Bersama,UKMalaysia,Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Pusat Pengajian Media dan Komunikasi. 4

(2)

2 pengkaji sejarah sebelum ini bagi menentukan tarikh sebenar penubuhan Kerajaan Melayu Melaka. Justeru, satu kajian telah dibuat oleh sekumpulan penyelidik yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Melaka menerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) sebagai inisiatif untuk meyakinkan bahawa tarikh sebenar penubuhan Kerajaan Melayu Melaka ialah pada tahun 1262 dan bukannya 1400 seperti yang tertulis pada bahan rujukan sebelum ini.

Kewujudan penduduk awal Melaka dipercayai bermula di pulau besar. Pulau Besar telah dikenali dengan pelbagai nama iaitu Pulau Air atau “Wu Shu” oleh pedagang-pedagang Cina. Pulau Besar mempunyai keluasan kira-kira 168 hektar, merupakan pulau yang terbesar sekali di negeri Melaka. Terletak kira-kira 15 km terletak di Selat Melaka dan tiga batu nautika dari Bandar Hilir, Melaka. Pulau Besar ini dihubungkan melalui pengangkutan air. Pulau Besar dahulunya didiami oleh “orang laut” dan “orang selat” sebelum kedatangan Parameswara sekitar tahun 1400. Pulau ini juga telah menjadi tumpuan segerombolan kapal-kapal dagangan dari China sebelum wujudnya Muara Sungai Melaka sebagai pusat pemerintahan. Kapal-kapal dagang akan berhenti di Pulau ini untuk mendapatkan bekalan air bersih dan kayu api sebelum meneruskan pelayaran ke destinasi yang seterusnya. Dakwaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan banyak perigi lama yang dianggarkan berusia lebih ratusan tahun di sekeliling pantai Pulau Besar dan kedudukan perigi-perigi itu pula hanya beberapa meter dari kawasan pantai. Pulau Besar dikatakan mempunyai ratusan buah perigi, namun kebanyakannya sudah tertimbus dan tidak boleh digunakan lagi.

Penduduk kawasan ini terdiri daripada “Orang-Orang laut” bergantung hidup kepada hasil laut dan sungai sebagai sumber pendapatan utama mereka. Menurut Ma Huan, pembantu Laksamana Cheng Ho dalam bukunya Ying Yai Sheng Lan (1451), pedagang China telah menggelarkan Pulau Besar sebagai Pulau Air atau dikenali sebagai Wu Shu. Pedagang yang datang ke Pulau Besar akan berlabuh untuk berehat dan mendapatkan bekalan makanan dan sumber air bersih. Masyarakat penduduk yang menetap di Pulau Besar pada ketika itu menggunakan kesempatan ini dengan membawa hasil tangkapan dan hasil hutan seperti ikan kering, kayu api dan bekalan makanan yang lain dan ditukarkan dengan pedagang melalui sistem barter bagi mendapatkan barang keperluan mereka. Proses perniagaan sistem barter ini telah bermula sekian lama di negeri Melaka sebelum berlakunya transformasi ekonomi yang menjadikan Melaka sebagai pusat perniagaan yang unggul pada ketika itu.

Pulau Besar juga menjadi pusat tumpuan di seluruh Kepulauan Melayu ketika itu kerana didiami oleh para ulama’ yang berperanan mengembangkan Agama Islam suatu masa dahulu. Kedudukan Pulau Besar amat strategik ketika itu dan hanya terletak beberapa kilometer dari Pelabuhan Melaka. Justeru, terdapat pedagang, pengembara dan pendakwah yang berminat untuk menetap di pulau ini, antaranya adalah Syeikh Ismail yang digelar Sultan Ariffin dan telah didakwa penduduk tempatan dari keturunan Rasulullah SAW dari Hussein bin Ali (Cucu Rasulullah SAW). Beliau bersama pengikutnya telah menetap di Pulau Besar dan membina sebuah penempatan kecil untuk menyebarkan ajaran Islam. pulau ini juga telah didiami Syeikh Yusuf As-Sidiq yang merupakan seorang Guru Sufi yang tinggi ilmunya serta menghafal beribu-ribu hadith Nabi Muhammad SAW. Syeikh Yusuf As-Sidiq merupakan guru dan juga ahli rombongan kapal kepada Syeikh Ismail. Tarikh kelahiran beliau walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan.

(3)

3 bermulanya kegemilangan Kerajaan awal Melaka yang menjadi tumpuan dunia antarabangsa dalam masa yang singkat.

KELAHIRAN EMPAYAR KESULTANAN MELAYU MELAKA

Kesultanan Melayu Melaka merupakan salah satu institusi beraja yang paling awal wujud di Malaysia. Menurut Sejarah Alam Melayu, Kesultanan Melaka merupakan salah satu kesultanan yang tertua selain Kesultanan Pasai yang telah bermula pada tahun 1200. Kesultanan Melayu Melaka telah diasaskan oleh Parameswara5 yang merupakan seorang putera dari kalangan kerabat Srivijaya beragama Hindu dan berasal dari Palembang.

Menurut buku Sejarah Melayu yang dikarang oleh Tun Seri Lanang. Kuasa pemerintahan Jawa begitu unggul sehingga pengaruh pemerintahan Jawa ini amat berkesan hingga ke bahagian selatan Sumatera termasuklah Palembang. Sementara itu, di bahagian utara Selat Melaka pula, Kekuasaan kerajaan Pasai yang merupakan sebuah kerajaan Islam sekitar abad ke 13 juga menjadi saingan yang hebat kepada kerajaan Jawa. Kekuasaan Kerajaan Pasai ini memberikan tentangan politik kepada Palembang yang mengakibatkan kemelesetan tentangan anti Jawa. Menurut buku “Sume Oriental” ,Parameswara merupakan Raja Palembang yang menggantikan ayahandanya iaitu Raja Sam Agi telah diserang oleh Raja Jawa iaitu Batara Tamavill yang telah menggelarkan dirinya sebagai Mjeura “Orang Yang Berani”. Kemelesetan politik tersebut mengakibatkan Parameswara berundur dari Palembang dan melarikan diri ke Singapura yang dahulunya digelar Temasik.

Temasik6 ketika ketibaan Parameswara ketika itu sudah mempunyai pentadbirannya yang tersendiri.Temasik telah diperintah oleh Temagi yang merupakan wakil dari Raja Siam yang memakai gelaran ‘Sang Aji Palembang’. Kedatangan Parameswara ke Temasik bukan sahaja sebagai pelarian politik tetapi berjaya menduduki takhta Kerajaan Temasik apabila baginda Berjaya membunuh Temagi. Pemerintahan baginda di Temasik tidak lama apabila diserang dan dikalahkan oleh Pihak Siam dan Jawa. Kedatangan pihak Siam ke Temasik berkait rapat kepada proses perkembangan politik dan pengaruhnya ke atas Temasik dan kedatangan pihak Jawa pula lebih berkait rapat kepada penderhakaan oleh salah seorang Menteri Temasik iaitu Sang Rajuna Tapa yang ketika itu tidak berpuas hati kepada ketidakadilan pemerintah Temasik kepada keluarganya yang dianiaya. Baginda kemudiannya berundur ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari tempat perlindungan baru.

5

Susur galur keturunan baginda yang merupakan pewaris Raden Wijaya yang merupakan raja yang pertama dan pengasas bagi Kerajaan Majapahit yang telah mendirikan perkahwinan dengan Sri Gayatri Rajapatni Puteri dari Sri Kertanegara yang merupakan raja terakhir dari kerajaan Singhasari pada tahun 1268-1292. Hasil perkahwinan ini , Puteri Tribuana Tunggadewi dilahirkan yang merupakan raja ketiga kerajaan Majapahit pada tahun 1326-1350. Puteri Tribuana Tunggadewi ialah bonda Puteri Iswari hasil pernikahan baginda dengan Kertawardana. Puteri Isawari kemudiannya menikahi Ranamenggala dan melahirkan seorang putera yang dikenali sebagai Parameswara yang dilahirkan pada tahun 1344. Pada kelahiran Parameswara, Nenda nya Ratu Tribuana Tungga dewi masih lagi memerintah kerajaan Majapahit.

6

(4)

4

Ilustrasi menunjukkan peristiwa yang telah mencatat nama Melaka (Sumber Perpustakaan Negeri Melaka)

Menurut Buku Sulalatus Salatin7, Parameswara telah melarikan diri ke Muar. Muar menjadi saksi kepada permulaan keagungan Kesultanan Melayu Melaka apabila Parameswara atau Iskandar Syah memudiki Sungai Muar sebelum memerintah negeri Melaka dari tahun 1394 hingga 1414. Baginda juga dikatakan pernah cuba membuka kota di Muar yang dikenali sebagai Biawak Busuk dan Kota Buruk tetapi gagal apabila pendudukan baginda kerap diganggu oleh sejumlah biawak yang banyak. Baginda terus berpindah ke Kota Buruk dan telah membina kubu pertahanan, tetapi kubu tersebut telah runtuh dengan serta merta. Kemudiannya Parameswara berpindah ke Sening Ujong dan baginda telah melantik seorang Menteri yang mewakilinya di sana dan berpindah pula ke Sungai Bertam. Ketibaan Parameswara di Sungai Bertam telah diketahui penduduk di situ yang merupakan Orang Seletar dan telah memohon Parameswara untuk menjadi Raja.

Ada pelbagai tanggapan mengenai asal usul penggunaan nama Melaka. Menurut satu catatan sejarah yang tidak rasmi, nama Melaka telah lama wujud iaitu daripada nama kesultanan yang diasaskan oleh Parameswara atau Sultan Iskandar Syah. Berdasarkan catatan daripada pedagang Cina yang datang ke Melaka, sudah ada tempat dagangan bernama Melaka. Nama Melaka juga ada disebut dalam 'Syair Jawa' bertarikh 1324. Melaka disebut sebagai negeri yang bernaung di bawah Siam dalam tahun 1360. Nama Melaka pertama kali dikesan penggunaannya adalah pada abad ke -14. Terdapat pelbagai cerita dan andaian yang telah dibuat dari mulut ke mulut tentang nama asal Melaka.

Menurut Tun Sri Lanang , asal usul nama Melaka diperoleh ketika Parameswara berburu di Muara Sungai Bertam. Lagenda yang sememangnya terkenal itu menceritakan bagaimana Parameswara ketika itu menyaksikan seekor pelanduk menendang salah seekor daripada anjing pemburuannya. Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk itu dan memutuskan untuk membina sebuah penempatan di kawasan tersebut. Nama Melaka diambil daripada pokok Melaka8 tempat Parameswara berteduh ketika menyaksikan pertarungan menarik di antara

7

merupakan satu karya sejarah mengenai kebangkitan,kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565 menyatakan bahawa

8

(5)

5 Ilustrasi Pelabuhan negeri Melaka (Sumber Arkib Negara Malaysia)

pelanduk dan anjing pemburuannya. Untuk melihat kembali peristiwa penting tersebut, ilustrasi telah dilukis hasil daripada bayangan untuk menceritakan mengenai peristiwa tersebut.

SELAT MELAKA SEBAGAI PUSAT PELABUHAN DAN PERDAGANGAN STRATEGIK DAN PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM

Pemerintahan Parameswara telah berkembang pesat sehingga akhirnya menjadikan Melaka sebagai pusat pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke 15 dan ke 16. Melaka juga telah menjadi pintu masuk perdagangan rempah kepada negeri-negeri rempah. Perdagangan rempah ini telah di gambar menerusi satu pernyataan popular yang diungkapkan oleh Duerte Barbosa yang berkata: “Sesiapa yang menguasai Melaka, berupaya menjerut leher Venice (He who is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice)

(6)

6 hasil yang sangat lumayan kepada kerajaan negeri Melaka berikutan penguatkuasaan cukai dagangan.

Pada awalnya, kesemua urusan perdagangan ini dikuasai oleh Sultan dan Bendahara. Apabila aktiviti ini berkembang secara pesat, pentadbiran kerajaan negeri pada masa itu terpaksa diselaraskan semula bagi memastikan aktiviti dagangan dan pentadbiran pelabuhan berjalan dengan lancar. Sehubungan dengan itu jawatan Syahbandar yang merupakan ketua pelabuhan diwujudkan. Beberapa jawatan lain juga dibentuk bagi memastikan segala urusan dagangan dan perniagaan dapat diuruskan dengan baik serta sempurna. Kehadiran para pedagang Islam daripada Negara Arab dan Gujerat India merupakan indikator utama yang telah merancakkan lagi aktiviti pelabuhan dan perdagangan di negeri Melaka Melaka. Justeru, atas dasar ini telah menyebabkan Parameswara mula menyedari betapa pentingnya kemasukan Islam di Melaka. Sebelum Islam datang ke Melaka, penduduk Melaka dipercayai berfahaman Hindu-Budha atau penganut animisme kerana Sultan Melaka yang pertama iaitu Parameswara dipercayai penganut Hindu. Mengikut teks ‘Sejarah Melayu’ yang dikarang Tun Sri Lanang, Parameswara mendapat mimpi mengenai kedatangan pedagang Islam yang akan berlabuh di Pelabuhan Melaka. Sebaik sahaja mereka tiba, mereka akan melakukan sesuatu (solat) di tepi pantai. Baginda Parameswara telah menitahkan Bendahara dan pasukannya menunggu di tepi pantai untuk memastikan sama ada mimpi yang dialami oleh baginda itu benar atau tidak. Oleh itu, dengan kuasa Allah SWT, sebagaimana yang baginda mimpikan itu benar-benar terjadi sehingga membawa kepada pengislaman Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dan seluruh tanah jajahannya. Menurut sejarah, Parameswara akhirnya memeluk Islam tetapi mangkat pada tahun yang sama dan digantikan oleh anakanda baginda yang dikenali sebagai Megat Iskandar Shah. Tetapi Megat Iskandar shah telah memeluk Islam dalam usia yang agak lewat ketika berumur 72 tahun dengan mengahwini Puteri Pasai dari Sumatera. Menurut rekod hasil tulisan dan pembacaan melalui buku-buku mengenai sejarah Melaka, kemasukan Islam ke negeri Melaka telah dilakukan oleh seorang ulama yang dikenali sebagai Sayid Abdul Aziz. Dengan pengislaman Sultan Melaka ini ianya telah menarik minat saudagar Islam yang lain untuk mengunjungi dan melaksanakan aktiviti perdagangan di negeri Melaka.

Kedudukan selat Melaka amat strategik dan merupakan pelabuhan persinggahan bagi kapal-kapal yang berulang alik melalui selat Melaka kerana pelabuhan ini terlindung daripada angin monsun dan jauh dari hutan pokok bakau dan pintu pelabuhannya cukup dalam untuk membolehkan kapal-kapal besar masuk berlabuh. Faktor Iklim juga telah menentukan tiupan angin monsun iaitu angin monsun timur laut dan angin monsun barat daya di mana kedua-dua angin monsun ini hanya bertiup selama enam bulan dalam giliran tahunan. Oleh itu pedagang dari barat dan timur tidak pernah menemui satu sama lain adalah kerana tiupan angin monsun yang berlainan.

(7)

7

Gambar bandar Melaka lama, Tarikh tidak dicatatkan (Sumber Arkib Negara Malaysia)

projek--projek pembangunan selaras dengan gagasan Melaka Maju 2010. Tahun 2008, telah membuka lembaran baru kepada negeri Melaka apabila Bandaraya Melaka diiktiraf UNESCO (2008) sebagai Bandaraya Warisan Dunia.

KEPENTINGAN FOTOGRAFI DALAM MENGKAJI SEJARAH MELAYU MELAKA .

Fotografi secara umumnya merupakan medium paparan yang penting untuk merakam potret, peristiwa, seni bina dan persekitaran. Medium ini dijadikan sebagai kaedah alternatif untuk menghasilkan imej fotografi melalui penggunaan cahaya. Bidang fotografi sebenarnya bermula daripada satu lukisan gua yang membuktikan kepada fakta bahawa manusia sentiasa ingin merakam dirinya sejak dari dulu lagi (Jacobs 1993). Ini jelas menunjukkan bahawa bidang fotografi telah cuba diterokai sejak zaman awal peradaban manusia dan sangat berkait rapat dengan sosial komuniti masyarakat. untuk mengkaji sejarah, imej fotografi memainkan peranan yang luar biasa melalui perjalanan merentasi masa. Kandungan setiap gambar adalah sejarah. Ia menunjukkan masa asal imej yang sentiasa pada masa lalu ke masa di mana ia dilihat (Gilloch 2002). Imej fotografi , bukan hanya sekadar mengabadikan sebuah gambar, tetapi kita perlu melihat bagaimana gambar itu memiliki cerita yang ingin disampaikan.

(8)

8

Salinan poskad bandar Melaka (Sumber Arkib Negara Malaysia)

Fotografi mempunyai kesan yang amat besar dalam perspektif seni, sains, teknologi, komunikasi, sosial dan sejarah. Merujuk kenyataan daripada Kathleen (1985) yang telah memberikan pandangan dalam tesis beliau yang bertajuk "Sejarah Fotografi”, yang telah menekankan bahawa, bidang fotografi telah memberikan banyak perkara kepada orang ramai. Kathleen (1985) telah berpandangan bahawa fotografi telah memainkan peranan yang penting dalam sejarah teknologi dan sains, seni, perjalanan dan penerokaan. "Benar”, bidang fotografi menyebabkan ia sering dianggap sebagai saksi dan tidak dapat dinafikan kepada peristiwa-peristiwa sejarah dan perakam keadaan sebenar kehidupan dalam masa tertentu dan tidak berat sebelah. Malah apabila kamera dan kanta yang digunakan adalah maya, imej yang dihasilkan telah menjadikan imej sebagai foto realistik, ia jelas menunjukkan bahawa 'kesan realiti' yang mendalam terhadap peradaban sejarah Melaka , Imej yang dihasilkan hanya untuk mempunyai makna (Manovich 2003).Teknologi pengimejan digital sebenarnya telah 'memuliakan' dan 'mengabadikan' fotografi bukannya bertindak hanya sebagai tanda kepada sejarah. Ia memuliakan fotografi kerana ia memberikan sehingga menghasilkan textuality sendiri dalam menjadikan imej mempunyai rupa dan menandakan ciri-ciri gambar: imej yang kini dimasukkan ke dalam lain-lain bentuk media dan mengedarkan dengan cara yang baru serta tradisional selepas bentuk bahan tradisional mereka dan teknologi telah diketepikan.

(9)

9 arkeologi (Gilloch 2002). Kepentingan fotografi terhadap sosial budaya masyarakat telah dikuatkan oleh kenyataan Barthes (1980) adalah seperti berikut:

Maka saya tidak boleh tunduk kepada tanggapan bahawa fotografi begitu mudah apabila kita mahu bercakap mengenai estetika sesuatu sejarah budaya dan negara yang dikenali mengikut gaya artis (jurugambar).

(Barthes 1980:14)

Di dalam penelitian mengenai sejarah Melaka, ianya bergantung kepada beberapa sumber untuk membuktikan bahawa sesuatu sejarah tersebut adalah benar dengan bukti tertulis dan tidak tertulis. Bukti tidak tertulis ini mempunyai pelbagai cara iaitu dengan meneliti dokumen arkib seperti filem, foto, monograf dan lain-lain yang dapat dijadikan bahan untuk menerangkan sesuatu fakta bagi meneliti sejarah. Bukti atau foto sejarah ini menjadi suatu medium yang sangat penting dalam mengungkapkan peristiwa sejarah sehingga dapat memudahkan seorang sejarawan mahupun budayawan untuk mengetahui mengenai maklumat sesuatu peristiwa atau cara hidup zaman tersebut. Imej fotografi dapat menggambarkan emosi yang berlaku di dalam sesuatu peristiwa seperti contoh imej fotografi yang menggambarkan kemeriahan rombongan Tunku Abdul Rahman di Bandar Hilir Melaka yang menjadi saksi perisytiharan tarikh kemerdekaan. Peristiwa ini berlaku pada 20 Februari 1956 apabila Tunku mengisytiharkan Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957. Kemerdekaan negara amat unik kerana ia dicapai melalui meja rundingan tanpa melibatkan penumpahan darah kemerdekaan Malaysia yang dapat menceritakan kegembiraan, penderitaan dan penat jerih setiap detik dalam sejarah rentetan dari zaman pergerakan kemerdekaan, mencapai kemerdekaan sehingga ke zaman pembangunan negara yang telah berlaku selama hampir 54 tahun. Semua imej foto tersebut telah menggambarkan bagaimana keadaan waktu itu sehingga dapat dimanfaatkan dan menjadi rujukan oleh generasi lain agar dapat menceritakan kembali kisah sejarah yang diturunkan kepada setiap generasi.

(10)

10 Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa para pengkritik budaya seperti Walter Benjamin dan Roland Barthes yang telah terpesona dengan peranan imej fotografi, bukan sebagai jurugambar atau melalui apa-apa kepentingan teknikal, tetapi mereka melihat kepada potensi imej fotografi. Kedua-dua mereka juga telah menulis mengenai pelbagai media lain seperti budaya teks, teater, pengiklanan, lukisan dan filem .Kedua-dua tokoh tersebut sangat sedar mengenai peristiwa sejarah budaya. Perspektif mereka mengenai sejarah budaya adalah agak berbeza. Mereka beranggapan bahawa imej fotografi bertindak sebagai satu cara komunikasi yang muncul dari himpunan budaya dan sosial pada abad ini untuk bergerak dengan pantas mengubah pemikiran ahli seni dan persepsi manusia. Walter Benjamin dan Roland Barthes telah menyatakan kemungkinan bahawa perkembangan imej fotografi telah menjadi ciri-ciri utama budaya moden melalui kenyataan mereka seperti berikut:

Untuk melihat diri sendiri (berbeza dari dalam cermin) pada skala sejarah, tindakan ini bermula daripada penghasilan seni seperti dicat, dilukis dan potret sehingga terhasilnya karya fotografi, ianya menjadi milik terhad, lebih-lebih lagi bertujuan untuk menunjukkan status sosial dan kewangan. Saya mahu terus mencari sejarah dengan menggunakan fotografi .

(Barthes 1980:13)

Bertitik tolak dengan kenyataan Barthes itu, ianya telah menjelaskan bahawa dunia fotografi bukan hanya bidang separuh masa dan sekadar hobi semata-mata, tetapi masyarakat hari ini telah mengiktiraf bidang ini sebagai salah satu kerjaya profesional. Penerimaan masyarakat terhadap bidang fotografi telah dipandang serius kerana rata-rata mereka sudah memahami peranan fotografi sebagai satu medium yang amat penting dalam pembangunan sosial , komuniti dan komunikasi. Imej fotografi boleh menjadi usaha seumur hidup, kerjaya atau hanya satu hobi yang menyeronokkan. Oleh itu, sesiapa sahaja yang berminat dalam fotografi boleh mengambil imej fotografi selagi mereka bersedia untuk meningkatkan

(11)

11 kemahiran mereka walaupun mempunyai sedikit pengetahuan. Masyarakat kini telah menggunakan kamera untuk mewakili pengalaman dan perspektif mereka mengenai sesuatu topik yang ingin dibincangkan seperti contoh menyatakan kekuatan dan masalah dalam perhubungan yang hanya diluahkan melalui gambar. Selepas membincangkan dan menganalisis gambar, individu atau masyarakat biasanya mencipta produk untuk mendokumentasikan imej tersebut untuk dikongsi bersama individu yang lain contohnya menulis buku , mengadakan pameran atau menggunakan imej bagi memaklumkan kepada projek-projek komuniti yang berkait rapat dengan kepentingan mereka (Prins 2010).

Jika kita membincangkan mengenai subjektiviti dan kritikan terhadap bidang fotografi, sebenarnya imej fotografi bergantung kepada apa yang dilihat dalam kandungan imej tersebut, setiap imej yang digambarkan menceritakan mengenai peristiwa yang berlaku dengan masa yang tepat. Secara realitinya, imej fotografi dapat mempengaruhi pandangan mata penonton. Imej, sama ada sengaja ditapis atau di manipulasi, tetapi peranan jurugambar amat penting bagi memastikan mesej yang disampaikan kepada penonton mencapai matlamatnya. (Manguel 1999) telah membincangkan mengenai kesan penyampaian daripada kandungan imej fotografi adalah seperti berikut:

Penyampai imej (jurugambar). Ia menakluki ruang dan masa dan menjadi saksi apa yang berlaku untuk masa sekarang atau zaman dahulu seperti peperangan, peristiwa bersejarah ,peristiwa, tempat-tempat asing, wajah datuk nenek kita di zaman kanak-kanak mereka, semua yang ditawarkan oleh kamera memberikan kesan kepada penonton. Melalui mata lensa, lalu menjadi kontemporari dan sekarang dikhususkan kepada ikonografi yang dikongsi bersama. Untuk pertama kalinya dalam sejarah yang panjang, imej yang sama (pembakaran daripada Hindenburg atau muka tragis pekerja California asing), dalam semua butir-butir yang tepat, boleh dilihat oleh berjuta-juta masyarakat di seluruh dunia. Berita bukan berita melainkan jika terdapat gambar untuk menyokong. Fotografi kini menjadi pendemokrasian yang realiti”.

(Manguel 1999:3)

(12)

12 samping menjana perasaan syak wasangka serta rasa malu apabila mereka meluahkan emosi atau kata-kata melalui imej fotografi. Imej fotografi adakalanya mempunyai persepsi yang negatif kerana ianya boleh menjadi satu platform yang menyumbang kepada ketidak percayaan dan niat buruk individu yang berkepentingan. Mungkin juga dengan cara imej tersebut dirakamkan di mana ianya mungkin melanggar norma-norma sosial. Prins (2010) berpandangan bahawa tidak semua individu boleh menerima menggunakan medium fotografi untuk menyampaikan mesej dan tidak semua individu atau masyarakat mempunyai pemahaman yang sama dalam membaca imej adalah disebabkan perbezaan pengalaman mereka .

FOTOGRAFI SEBAGAI MEDIUM PENYAMPAIAN BUDAYA

Kebudayaan dan peradaban merupakan aspek yang mengandungi pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, udang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan manusia dan kebiasaan yang didapati oleh manusia sebagai anggota sesuatu masyarakat. Kebudayaan dan peradaban adalah cerminan keseluruhan hidup sesuatu masyarakat.Kebudayaan Melaka telah bertapak lebih daripada enam kurun dengan kepelbagaian adat etnik dan tradisi telah diwarisi turun menurun. Kehidupan rakyat Melaka kini penuh dengan keharmonian, kesepakatan serta berganding bahu antara pelbagai kaum dek kerana keutuhan nilai saling hormat-menghormati kepercayaan dan budaya masing-masing. Masyarakat Melaka adalah terdiri daripada orang-orang Melayu, Cina, India, Baba dan Nyonya, Portugis, Chetti dan Eurasia. Masyarakat Melayu di Melaka masih memegang teguh tradisi mereka melalui makanan, adat keagamaan, festival, budaya, reka bentuk, pemakaian, barang kemas dan kraf tangan. Kemakmuran dan keharmonian yang terdapat di negeri Melaka pada hari ini merupakan salah satu aset penyumbang kepada hasil pendapatan pelancongan negeri Melaka seperti keunikan kebudayaan , adat istiadat, lokasi bersejarah, festival keagamaan serta sambutan perayaan tradisional.

(13)

13 Fotografi memang sentiasa berkait dengan kebudayaan. Dengan bantuan visual fotografi, kita pasti dapat melihat dan memahami mengenai keindahan negeri dan uniknya suatu kebudayaan Melayu Melaka yang dapat digambarkan dengan baik. Agak mustahil apabila kebudayaan berserta perkembangan itu mengetepikan kepentingan imej fotografi. Kepentingan bidang ini sangat membantu kerana ianya mewakili sebuah tulisan, kerana walau ada tiga halaman tulisan tentang keindahan budaya negeri Melaka misalnya, dengan imej fotografi sahaja sudah mewakili semuanya (Triadi 2012). Fotografi memang tidak boleh dipisahkan dari kebudayaan. Merujuk dengan negeri Melaka yang kaya dengan pelbagai warisan budaya yang memiliki nilai estetika yang tinggi terutama dalam bidang seni muzik seperti Dondang Sayang, Joget, Nazam, Zapin, pantun dan rebana keras. Walaupun kesenian-kesenian tradisional ini pernah popular di kalangan masyarakat tempatan pada satu masa dahulu, kini kesenian-kesenian ini semakin dilupakan dan kurang diminati oleh golongan muda. Tidak banyak hasil karya imej fotografi mengenai kebudayaan Melaka telah disimpan dan didokumenkan. Kehebatan dan keindahan kesenian ini akan pasti hilang ditelan zaman dan tidak mustahil generasi akan datang akan melupakan keindahan kesenian ini memandangkan tiada usaha yang serius ditekankan bagi mendokumentasikan kesemua kesenian tradisional ini. Walaupun dokumentasi secara bertulis dilakukan, tetapi dokumentasi secara bergambar sangat kurang dilaksanakan.

Gambar menunjukkan bahawa usaha dokumentasi rumah Melayu Melaka yang menggunakan teknik HDR ( Sumber hasil karya pelajar Jabatan Fotografi dan Pengimejan Kreatif UiTM Melaka).

(14)

14 Kita harus menyedari bahawa imej fotografi merupakan salah satu elemen terpenting dalam komunikasi yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Ramai yang gemar menggunakan perkataan yang mengatakan ‘a picture is worth a thousand words’ atau lebih mudah memberikan maksud bahawa, fotografi telah dapat mewakilkan banyak kata-kata dengan hanya melihat pada sekeping gambar. Jika selama ini ramai orang telah beranggapan bahawa bidang komunikasi hanya berkisar kan kepada perbualan dua hala semata-mata , tetapi keistimewaan imej fotografi dapat mewakilkan kata-kata yang akan dikeluarkan .Menurut Laswel (1948), komunikasi memiliki makna “Who says what to whom in what channel with

what effect”yang bererti “Siapa mengatakan apa kepada siapa, dalam perantara apa, dan dengan kesan apa” Menurut (W.Eisner 1998) yang menyokong kenyataan Laswel yang merupakan salah seorang penyelidik pendidikan telah memberikan pandangan bahawa, fotografi boleh digunakan sebagai alat lain untuk meningkatkan penulisan penyelidikan budaya di samping menguatkan carta dan graf tipikal yang dahulunya sering digunakan sebagai fakta penyelidikan. Malah imej fotografi kini dapat menggabungkan ke dalam penulisan penyelidikan budaya yang boleh membuat tafsiran yang lebih mendalam yang sering tidak lebih digambarkan dengan kata-kata . Fotografi banyak digunakan telah menjadi alat yang popular untuk penyelidik, pendidik, dan profesional lain, terutamanya mereka yang bekerja dengan kumpulan yang terpinggir (Prins 2010).

Selain itu, bidang pendidikan visual mendapati bahawa fotografi amat berguna dan berkesan bagi menegaskan sesuatu konsep isi pelajaran yang mengandungi ciri-ciri penglihatan atau visual (Langford 1982). Bagi Killion (2001) pula beranggapan bahawa 'Satu gambar tunggal mungkin mengandungi seribu rujukan’. Dalam kajian Killion (2001) telah memahami aspek kesihatan melalui fotografi, beliau telah mendapati bahawa pelajar kejururawatan mampu untuk melihat kehidupan pesakit melalui kanta yang berbeza. Walau bagaimanapun, dalam metodologi penyelidikan tradisional, gabungan penyelidik dan jurugambar yang jarang berlaku tetapi tidak bermaksud bahawa peranan ini tidak berguna (Riley dan Mania 2003).

Melalui kupasan tersebut, dapat diberikan kesimpulan bahawa komunikasi dapat berjalan apabila memiliki perantara. Perantara tersebut yang biasa disebut dengan jenis media yang telah digunakan. Media merupakan satu medium yang digunakan sebagai perantara untuk penyampaian maklumat daripada sesuatu sumber kepada khalayak dengan menggunakan alat-alat komunikasi seperti surat akbar, film, radio, TV. Dalam Pengertian media , fungsi utamanya ialah memenuhi kehendak akan fantasi dan informasi .Dalam tugasnya sebagai penyampai maklumat, media memerlukan berbagai sumber masukkan atau input, dan di situlah fotografi memainkan peranannya. Fotografi juga bertindak sebagai sejenis medium komunikasi visual yang berfungsi sebagai alat untuk meluahkan perasaan atau keinginan tertentu. Imej fotografi adalah sama dengan nilai seribu perkataan, ia boleh memberitahu banyak cerita dan boleh merakam situasi dan pelbagai acara. Kita mungkin dapat melihat ekspresi wajah, alam sekitar, atau sejarah hanya dengan melihat imej fotografi. Keepler (1974) berpandangan dalam buku bertajuk "Masa Depan Anda dalam Fotografi" telah mentakrifkan definisi komunikasi visual dalam dunia fotografi seperti dengan lain-lain seni visual, makna imej fotografi mungkin mustahil untuk dimasukkan ke dalam perkataan.

(15)

15 komuniti masyarakat. Menurut Rais Yatim9 (2005), pembentukkan sesuatu bangsa yang bertamadun dalam erti kata berbudi bahasa dan mengamalkan nilai-nilai murni, adalah suatu proses membina negara bangsa yang tidak mungkin tercapai tanpa perancangan dan pemupukan yang terancang. Pelaksanaan perancangan kebudayaan, kesenian dan warisan perlu disertai pendekatan praktikal yang lebih menyeluruh hingga sampai ke akar umbi. Tiga strategi perlu disusun dalam usaha memartabatkan warisan budaya di negeri Melaka iaitu dengan memperkukuh identiti seni budaya dan warisan, membina jati diri generasi muda dan perindustrian seni budaya dan warisan (Latif 2010)10. Imej fotografi boleh bertindak sebagai medium merakamkan seni budaya , Imej yang digunakan dapat memberikan maklumat yang lengkap terhadap sesuatu adat, peristiwa dan situasi yang berlaku, Imej fotografi yang menggambarkan identiti budaya Melayu Melaka sangat penting sebagai alat memartabatkan seni, budaya dan warisan. Matlamat pembangunan budaya yang dapat dianggap amat penting dan perlu diberikan perhatian serius ialah mempertingkatkan dan memperkukuhkan kedudukan identiti, terutama identiti budaya Melayu. Menyedari tentang pentingnya identiti akan dapat memperkukuhkan integrasi antara kaum. Identiti itu memberikan kesedaran terutama kepada generasi muda tentang sejarah peradaban negara. Dengan kesedaran itu dapat memupuk semangat kebangsaan dan cintakan negara. Peranan Imej fotografi amat mempengaruhi di dalam merealisasikan perkara tersebut. Tidak banyak imej fotografi yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri kemelayuan yang memartabatkan identiti Melayu Melaka di persada dunia. Strategi pemantapan perlu dilaksanakan agar imej fotografi tempatan mempunyai identiti yang tersendiri dan mampu diterbitkan atau disebarkan pada peringkat antarabangsa. Kebanyakan jurugambar tempatan terlalu terikut-ikut dengan genre atau stail luar serta gemar memilih bidang yang lebih mempunyai impak yang tinggi atau bersifat komersial seperti bidang fashion atau pengiklanan produk yang kebanyakan merujuk stail daripada jurugambar antarabangsa.

FOTOGRAFI DALAM KANDUNGAN SOSIAL .

Imej Fotografi merupakan alat visual yang efektif kerana dapat menvisualisasikan sesuatu perkara dengan lebih konkrit, realistik dan lebih tepat juga merupakan media penyampaian dan perkongsian maklumat yang utama. Di dalam ilmu fotografi, terdapat juga bidang yang mempelajari betapa pentingnya peranan fotografi dalam bidang sosial iaitu kewartawanan, yang lebih dikenali sebagai ‘fotografi journalism’. Imej Fotografi merupakan salah satu bentuk komunikasi non-verbal, iaitu membawa maksud komunikasi dengan menggunakan gambar. Fotografi adalah bentuk ekspresi seorang jurugambar terhadap apa yang dilihatnya atau diabadikannya dengan gambar pada khalayak . Dalam pengertian tersebut, dapat difahami bahawa, fotografi merupakan salah satu media penyalur atau penyampaian mesej seorang jurugambar, kepada masyarakat yang melihat foto tersebut (Diaz 2012)11. Fotografi dokumentari telah menjadi medium yang berkuasa dalam penyelidikan kedua-dua bidang sosial dan perubahan dasar dalam abad sekarang dan masa lalu (Szto 2008) .Imej fotografi sudah memenuhi kriteria menjadi salah satu bahagian dari definisi komunikasi. Sebagai sebuah

9 Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim merupakan Menteri di Kementerian Komunikasi, Kebudayaan, Kesenian dan

Warisan Malaysia.

10Latif, A. 2010. Pembinaan Jatidiri Melalui Kegiatan Seni Budaya Melayu Serumpun. Institut Seni Melaka

Malaysia 2(13).

11 Diaz, Amy.Catherine. 2012. Photography in Social Work Research: Using Visual Image to

(16)

16 perantara, sesuatu imej foto, selain memenuhi aspek estetika, peranan imej fotografi ke media masa juga harus memiliki nilai berita yang baik. Setiap imej di dalam berita perlu dikenakan peraturan tertentu adalah untuk membendung penyalahgunaan media untuk faedah individu (Shahizan et al.2012). Jadi kesimpulannya, imej fotografi adalah akar dalam bidang kewartawanan, imej fotografi perlu mendokumentasikan sesuatu peristiwa lalu menyampaikan mesej dari wartawan berita kepada khalayak, sudah pasti sesuatu berita yang mempunyai imej fotografi dapat menarik minat khalayak untuk menerima suatu berita yang mempunyai kesannya, dengan me minimum sebanyak mungkin terhadap keindahan dan estetika objek yang digambarkan.

Fotografi Journalism12 telah menjadi satu medium yang berkuasa dalam melaksanakan penyelidikan terhadap bidang sosial dan perubahan dasar dalam abad sekarang dan masa lalu (Duncan 2013) . Contohnya Imej fotografi dalam berita telah mewujudkan ekspresi emosi wajah dalam imej, dapat mewujudkan penceritaan yang berkesan yang berlaku ketika zaman kemelesetan ekonomi di seluruh dunia, jurugambar dokumentari Dorothea Lange, Arthur Rothstein dan Walker Evans telah memainkan peranan penting dalam merakamkan kesusahan, kemiskinan, dan keadaan terdesak pekerja-pekerja asing dan petani untuk digunakan sebagai propaganda yang dimuatkan ke dalam dada akhbar bagi mengharapkan simpati rakyat (Russel dan Diaz 2012). Apabila menimbangkan komunikasi visual dan photojournalism, seseorang itu perlu membezakan amalan photojournalism dari bidang lain fotografi, menyedari konteks tertentu dan kegunaan diterima (Irvin 2012). Untuk memahami gambar berita kita perlu sedar kedua-dua kekangan dan rutin mereka yang terlibat dalam pelbagai peringkat pengeluaran, dan mahu dan jangkaan pembaca. 'Apakah photojournalism biasa sepatutnya? Tidak berat sebelah mempunyai fakta yang jelas untuk mendapatkan perhatian, bercerita dan berani (Becker 1995). Ini jelas menunjukkan bahawa kuasa imej yang terdapat pada dada akhbar dapat meningkatkan semangat dan kepercayaan masyarakat malah dapat memberitahu kepada mereka masalah atau apa yang berlaku di sekeliling mereka. Peranan fotografi journalism lebih kepada fokus kepada imej fotografi yang menjadi kandungan berita dan biasa terdapat pada semua media cetak yang sedia ada.

Imej fotografi dapat menggambarkan kandungan sosial dengan cara yang dapat memberikan keyakinan, kematangan, kecekapan, kesopanan dan kemesraan seseorang individu dalam menghasilkan interaksi yang berkesan, efektif dan menarik. Jika kita lihat kembali masalah sosial di kalangan orang Melayu, ianya semakin membimbangkan. Kehidupan sosial orang Melayu, khususnya anak-anak muda hari ini begitu dipengaruhi oleh budaya barat. Orang Melayu seakan tidak mempunyai daya tahan dalam menghadapi limpahan budaya barat yang semakin menular. Media televisyen yang menyalurkan hampir semua program dunia tanpa tapisan sudah mulai masuk ke rumah orang Melayu, baik di bandar mahupun di kawasan kampung. Sesungguhnya masyarakat Melayu kini sedang menghadapi krisis nilai. Kita bukan sekadar menghadapi gejala sosial, tetapi masalah sosial orang Melayu adalah hasil daripada krisis nilai dan melupakan identiti Melayu sendiri yang semakin parah. Orang Melayu kini gemar bercakap dalam bahasa Inggeris walaupun berkomunikasi dengan orang Melayu juga, gemar berpakaian barat, terdedah dengan mengetepikan nilai kesopanan Melayu . Imej Fotografi pula dijadikan sebagai bahan propaganda yang boleh mempengaruhi kesetiaan nilai budaya

12

(17)

17 seseorang. Apabila setiap Imej fotografi dapat menggunakan ciri-ciri budaya Melayu dengan lebih berkeyakinan, maka hubungan antara kaum di negara ini akan menjadi lebih harmoni dan maju. Dengan memahami dan menghormati sesuatu budaya, masyarakat akan saling menghargai antara satu sama lain. Semua budaya di implementasi sepenuhnya oleh bahasa ibunda atau bahasa etnik yang dituturkan oleh ahli-ahlinya. Kesemua perundangan, pendidikan, adat istiadat, peribahasa dan apa jua yang berkaitan serta diamalkan dalam sesebuah masyarakat, telah wujud dalam bahasa ibunda masyarakat berkenaan (Hanafiah 2002). Semua bahasa ibunda ini dapat diungkapkan dalam keadaan asalnya serta disatukan dengan imej fotografi. Komunikasi visual dapat menggambarkan nilai , konsep budaya bangsa Malaysia. Dalam Imej itu terkandung nilai-nilai budaya atau pandangan dunia bangsa Melayu serta dapat menjamin keharmonian kehidupan budaya bangsa Malaysia.

Antara sumber sosial lain yang sangat mempengaruhi kehidupan sosial masyarakat Melayu Melaka adalah berhubungan erat dengan imej fotografi dalam pengiklanan. Bidang pengiklanan pada zaman sekarang sangat mempengaruhi pelanggan dan masyarakat untuk membeli atau menggunakan sesuatu produk. Teknik-teknik pengambilan imej foto yang betul dan kreatif dalam pengiklanan sangat penting untuk menarik minat pelanggan. Imej yang baik serta menitikberatkan kepada estetika seni foto telah menjadi satu elemen utama bagi membentuk imej yang mempunyai tarikan ke atas produk tersebut, yang bertujuan untuk menarik perhatian pelanggan membeli dan menggunakan sesuatu produk. Teknik pencahayaan serta komposisi yang baik sangat diperlukan, dan dapat dilihat contohnya seperti pada iklan Belacan Melaka yang menonjolkan unsur kesegaran dengan cara memberikan kesan titisan dan warna kepada produk tersebut. Imej fotografi memainkan peranan penting dalam mempromosikan barangan keluaran tempatan Melaka dan digunakan agar masyarakat mendapat pendedahan yang sewajarnya mengenai produk dalam bentuk iklan di kaca TV dan juga di dada akhbar. Iklan-iklan yang kreatif ini mampu menarik minat masyarakat untuk membeli produk keluaran tempatan. Promosi yang menggunakan imej fotografi ini tentunya membuka peluang bagi usahawan Melayu untuk memberikan maklumat yang tepat dan lebih terkini berkaitan produk-produk usahawan Melayu Melaka yang terdapat di pasaran. Bukan sekadar itu, sebuah maklumat yang terkandung di dalam iklan itu juga harus difikirkan secara teliti dan sebaiknya kreatif dan menarik perhatian orang yang melihatnya. Berdasarkan penjelasan di atas, dapat disimpulkan bahawa komunikasi dengan fotografi berhubungan erat, kerana imej fotografi mengandung unsur-unsur komunikasi, dan beberapa bidang komunikasi memerlukan imej fotografi untuk menyokong sesuatu pernyataan. Imej fotografi juga dapat mempromosikan Pelancongan di negeri Melaka. Tanpa promosi tidak akan membawa makna, malah dalam keadaan tertentu tanpa promosi, setiap agenda pelancongan akan menjadi sia-sia. Justeru, strategi promosi yang berkesan sudah tentu dapat membantu memperkenalkan sesuatu produk pelancongan. Dalam konteks ini, Imej Fotografi adalah sebahagian daripada elemen yang boleh membantu meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat Melayu di Melaka. Komunikasi bukan sekadar vokal, tetapi dapat diungkapkan melalui imej fotografi.

PENUTUP

(18)

18 realiti dalam erti kata tertentu tidak sebenar pada semua imej fotografi yang dihasilkan, untuk membuat satu titik atau memberitahu cerita. Secara realitinya, Kamera dicipta bukan sahaja untuk berfungsi menjadi canggih dari aspek teknologi dan mengetepikan cara konvensional seperti “bilik gelap”. Tetapi fungsi kamera lebih besar dalam Imej yang dihasilkan tidak perlu bersifat mudah, malah, jurugambar boleh mengubah imej yang dihasilkan. Manipulasi imej telah menjadi perdebatan yang mana ada sesetengah pihak berpandangan bahawa ianya telah melanggar objektif, etika dan peranan imej fotografi di dalam merakamkan sesuatu peristiwa, budaya dan sejarah. Fotografi menjadi sangat penting bagi seorang sejarawan mahupun budayawan untuk mengkaji peristiwa bersejarah negeri Melaka dengan menggunakan sumber fotografi dalam mengkaji sejarah. Imej fotografi telah menggambar situasi sebuah peristiwa dengan tepat dan tidak boleh dipertikaikan.

Secara umumnya, Imej Fotografi boleh disamakan dengan melukis dengan cahaya, dalam maksud lain ialah melakukan proses rakaman unsur visual berdasarkan pembiasan cahaya. Dalam perkembangan teknologi, fotografi memiliki keunggulan dalam karya visual karena sifatnya yang realis (tepat) atau dalam kata lain menampilkan gambar yang seolah-olah hidup. Penceritaan imej yang mampu berkomunikasi dengan baik perlu merakamkan sesuatu objek atau peristiwa bagi mempengaruhi pandangan dan penglihatan penonton. Jurugambar perlu mempunyai kebolehan tertentu untuk memastikan permukaan abstrak imej daripada ruang dan masa dapat dirakamkan dengan tepat yang dikenali sebagai 'imaginasi'. Ia adalah syarat bagi mengeluarkan dan mengekodkan imej agar ia mampu menjadi medium komunikasi yang berkesan. Penonton perlu memahami permukaan imej dan mampu untuk mentafsir gambar. Dalam berbuat demikian, pandangan penonton perlu mengikuti laluan kompleks yang terbentuk dalam hasil karya dengan memahami struktur imej dan objektif jurugambar tersebut. Kepentingan untuk mentafsir imej seperti yang didedahkan dalam proses imbasan itu akan mewakili sintesis dan mempunyai peranan iaitu bagaimana proses manifestasi dalam imej yang dilakukan .Penonton perlu memahami dan mengikuti bahawa imej mempunyai maksud 'bererti' (jelas) , 'connotative' (kekaburan) dan kompleks simbol. gambar-gambar dipersembahkan perlu mempunyai penjelasan kod, namun, tidak ada cadangan untuk bagaimana imej itu harus ditafsirkan untuk membolehkan individu untuk pemahaman subjektif oleh pembaca (Diaz 2012).Penonton perlu menyediakan ruang untuk membuat tafsiran. Dalam erti kata lain, keupayaan untuk merakamkan , membaca maklumat dan menceritakan kembali peristiwa, alam dan subjek ke simbol dua dimensi yang terdapat dalam imej tersebut seperti yang terkandung dalam bidang literasi visual.

(19)

19 Sejarah hasil Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka ini telah menjadi kebanggaan seluruh rakyat negeri ini. Kegemilangan sejarah ini telah diteruskan lagi oleh pemimpin negeri Melaka yang mencetuskan wawasan untuk menjadikan Melaka terus melangkah ke hadapan sebagai status negeri maju. Sokongan hingga ke akar umbi dari barisan kepimpinan , rakyat dan turut disokong oleh jentera pentadbiran negeri telah berjaya menghadapi cabaran untuk memenuhi impian itu. Y.A.B Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah berjaya membawa negeri Melaka ke arah negeri maju pada tahun 2010. Bagi tempoh 10 tahun akan datang, kita boleh melihat bagaimana Melaka dapat mengharungi cabaran untuk menjadi negeri Bandar Teknologi Hijau yang pertama di Malaysia .MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG, NEGERI

(20)

20

SENARAI RUJUKAN

Ahmad, S.1979. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amato, R. 2008. Photography: The Birth of New Media Art Tesis Master Of Fine Arts, Faculty Of New Media Art And Performance, Long Island University.

Ann, Sarah. 2010. Storytelling and the Photographic Image: Interactions, Boundaries and Displacements in Italian Culture, 1839-2009. Tesis Doctor of Philosophy, University of California.

Aziz, A. 1965. Zaman Gemilangnya Kerajaan Melayu Melaka. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara.

Asmad. 1983. Dokumentasi Seminar Sejarah Melaka.Melaka: Kerajaan Negeri Melaka. Bajorek, J. 2010. Introduction: Special Section on Recent Photography Theory : The

State in Visual Matters. Theory,Culture & Society 27 (155): 6.

Barthes, R.1980. Camera Lucida Reflections on Photography. New York: Hill and Wang. Chong, Y. S. 1973. Cheng Ho Hubungan Melaka-China Pada Awal Abad Je 15 Nusantara.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Diaz, Amy.Catherine. 2012. Photography in Social Work Research: Using Visual Image to Humanize Findings. Qualititative Social Work 20.

Duncan, K. 2013.Connecting with the Creator. (Cover Story).World Literature Today 87(2): 82-87.

Fisher, J. I. M. 2013. Take Picture-Perfect Digital Photos. PC Magazine 134-141. Gilloch, G.1996. Myth and Metropolis:Walter Benjamin and the City. Cambridge.

Gilloch, G. 2002. Pictures of the Past: Benjamin and Barthes on Photography and History. European Journal of Cultural Studies 5(5): 14.

Gordin, M. 2013. Conceptual Photography. (Cover Story). World Literature Today 87(2): 76-81.

Hanafiah, R. A. 2002. Komunikasi Dalam Tradisi Melayu. Persidangan Teori dan Pemikiran Melayu Serantau.Anjuran Gedong Nasional, Tanjung Balai

Karimum,Indonesia.

Hashim, M. Y. 2005. Parameswara Pengasas Empayar Melaka. Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia.

Howie, E. 2007.Photography’s Courtly Desires:Jacques Lacan, Roland Barthes, and the Photographic Beloved.Tesis Doctor of Philosophy Department of Art,University of North Carolina.

Ibrahim, M. 2009. Tun Perak Pencetus Wawasan Empayar Melaka. Kuala Lumpur: Tinta Publishers.

Irvin, S. 2012. Artwork and Document in the Photography of Louise Lawler. Journal of Aesthetics & Art Criticism 70(1): 79-90.

Jacobs, K.1993. The Use of Photography to Explore the Meaning of Health among Adolescents with Cancer Issues in Comprehensive Pediatric Nursing 16(3): 164.

Kim, K. K. 1982. Melaka Dan Sejarahnya. Melaka: Persatuan Sejarah Cawangan Melaka. Langford, M. J. 1982. The Master Guide to Photography. New York: Knopf.

(21)

21 Magee, C. 2007. Spatial Stories: Photographic Practices and Urban Belonging. Africa Today

54(2): 109-129.

Manguel, A. 1999. Reading Pictures. Index on Censorship 28(8): 3.

O’neil, K. E. 2011. Reading Pictures: Developing Visual Literacy for Greater Comprehension. Reading Teacher 65(3): 214-223.

Perbadanan, Muzium. Melaka.1998. Melaka Pengamatan Melalui Lukisan Dan Diodrama. Melaka: PERZIM.

Prins, E. 2010. Participatory Photography: A Tool for Empowerment or Surveillance? Action Research 8(18).

Shahizan , Hasrul.H & Normah.M. 2012. Freedom of Photography the Malaysian Scenario: A Vital Element of Press Freedom. Asian Social Science 8(5): 8.

Shamsie, K. 2013. The Missing Picture, World Literature Today. 87: 10-13.

Szto, P. 2008. Documentary Photography in American Social Welfare History: 1897-1943. Journal of Sociology & Social Welfare 35(2): 91.

Triadi, D. 2012. Fotografi Dan Budaya Tak Terpisahkan. CekRicek Editor. Editor, C. Indonesia. 2013.

W.Eisner, E. 1998. The Englightened Eye: Qualititative Inquiry and the Enhancement of Educational Practice. New Jersey: Upper Saddler River.

Yamada-Rice, D. 2011. New Media, Evolving Multimodal Literacy Practices and the Potential Impact of Increased Use of the Visual Mode in the Urban Environment on Young

Gambar

Gambar bandar Melaka lama, Tarikh tidak dicatatkan (Sumber Arkib Negara Malaysia)
Gambar menunjukkan bahawa Melaka merupakan kawasan pertama yang diisytiharkan sebagai kawasan putih yang bebas dari komunis (Sumber: Arkib Negara Malaysia.)
Gambar menunjukkan bahawa usaha dokumentasi rumah Melayu Melaka yang menggunakan teknik HDR ( Sumber hasil karya pelajar Jabatan Fotografi dan Pengimejan Kreatif UiTM Melaka)

Referensi

Dokumen terkait

Efektifitas kebijakan pemerintah dan Tingkat Partisipasi Masyrakat Desa di Kecamatan Sruweng Sesuai dengan amanah Undang-undang Nomer 6 Tahun 2014 Tentang Desa pasal 1 ayat 12

Tampilan Permainan Kategori Nama Desa Pada Gambar 13 merupakan tampilan dari permaianan Word Game Scramble dengan salah satu kategori permainan Arti Nama Desa

Dari hasil penelitian yang dilakukan, didapatkan kesimpulan spesimen yang melakukan perendaman dengan larutan 3,5 % HCl memiliki kehilangan massa lebih besar dibandingkan

karyawan mengenai disiplin waktu dalam bekerja di perusahaan dan lingkungan yang kurang mendukung dalam meningkatkan produktivitas kerja yang baik, dan berdasarkan hasil

Dengan segala permasalahan kemacetan lalu lintas dan angka kecelakaan yang tinggi menjadi lebih parah kalau tidak didukung dengan manajemen lalu lintas untuk mengurangi angka

Gambar 4.21 merupakan hasil penampang yang menunjukkan daerah hasil interpretasi reservoir pada crossplot impedansi akustik dan porositas di sumur TG-1 dengan kedalaman

Metode yang digunakan dalam kegiatan pengabdian pada masyarakat ini adalah pendampingan e-marketing pada umkm pengrajin tas desa gulang untuk optimalisasi