• Tidak ada hasil yang ditemukan

ISLAM SUKAN DAN AURAT docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "ISLAM SUKAN DAN AURAT docx"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

ISLAM, SUKAN DAN AURAT

Maksud bersukan

Bersukan adalah suatu aktiviti yang amat digalakkan dalam Islam kerana dengan bersukan kesihatan dan kecergasan tubuh badan dapat dikekalkan sekaligus menjauhkan diri daripada sebarang penyakit.

Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: Tidak akan dijangkiti penyakit bagi orang yang sihat.

Berdasarkan ayat al-Quran dan hadis di atas, dapat dirumuskan bahawa Islam amat mementingkan penjagaan kesihatan jasmani kerana ia merupakan elemen penting dalam melahirkan masyarakat yang sihat dan sejahtera seterusnya dapat menyumbang kepada agama, bangsa dan Negara.

Pakaian sukan

Pakaian sukan yang dipakai hendaklah menutup memenuhi etika berpakaian yang ditetapkan oleh syarak seperti menutup aurat, sopan dan bersesuaian dengan sukan yang diceburi. Contohnya, seperti yang berikut:

a) Lelaki: t-shirt dan berseluar panjang atau seluar yang melepasi paras lutut.

b) Perempuan: t-shirt lengan panjang, berseluar panjang dan menutup rambut serta leher dan juga pakaiannya mestilah longgar dan tidak menampakkan susuk badan.

Aurat

(2)

Islam merupakan agama yang syumul iaitu sempurna, langsung menitikberatkan soal duniawi dan ukhrawi. Segala yang dilakukan dikira ibadah sekiranya diniatkan kerana Allah. Justeru, untuk melakukan ibadah yang sempurna, kita memerlukan kesihatan yang mantap samada dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Maka perlulah kita melakukan aktiviti sukan dan riadah untuk mencapai ibadah yang sempurna. Terdapat pelbagai bentuk aktiviti yang boleh dijalankan, antaranya adalah seperti bersenam, berbasikal , berenang dan sebagainya.

Adakah anda tahu bahawa Islam menganjurkan umatnya untuk sihat dan kuat?

Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi

dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya.[Al-Anfal 8:60]

Namun begitu, aurat perlulah dijaga dan ditutup rapi seiring dengan kehendak syara’ ketika sedang beraktiviti baik lelaki mahupun wanita. Merupakan satu kesilapan apabila masyarakat menganggap dengan memakai pakaian yang menutup aurat mempersulit pergerakan ketika beriadah dan bersukan! Alasan panas, susah bergerak dan tiada pilihan boleh dikatakan alasan lapuk yang dicanang oleh musuh-musuh Islam untuk diserapkan ke dalam minda umat Islam. Sedangkan menutup aurat adalah wajib bagi semua umat islam.

(3)

Dr. Ali Muhyy Ed-Deen Al-Qara Daaghi, Ketua di Jabatan Usul al Fiqh, Fakulti Syariah, Universiti Qatar menambah:

Tidak dapat disangkal bahawa agama Islam tidak pernah menghalang kaum wanita

melibatkan diri mereka di dalam sukan.”

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa syarat yang perlu diambil kira. Syarat-syarat tersebut adalah:

1) Wanita dilarang memperagakan diri mereka dengan tujuan menarik perhatian kaum lelaki.

2) Wanita dilarang mendedahkan aurat mereka.

(4)
(5)

Manakala aurat bagi seorang lelaki Islam pula adalah daripada pusat hingga ke lutut. Selagi syarat dan peraturan penutupan aurat ini tidak dilanggar, maka tidaklah menjadi suatu kesalahan atau halangan bagi wanita mahupun lelaki melibatkan diri mereka di dalam aktiviti sukan dan riadah.

(6)

Tidak Ada Keringanan Untuk Mendedahkan Aurat Ketika Bersukan.

Aurat merupakan satu mahkota kehormatan tidak kira bagi perempuan mahupun lelaki. Dari itu ia wajib dijaga bukan sahaja ketika mengerjakan sembahyang, bahkan ia wajib dijaga pada sepanjang masa hatta dalam rumah sekalipun.

Menjaga aurat itu sangat tinggi nilainya, sehinggakan apabila seseorang itu menutup aurat dengan sempurna, identitinya sebagai seorang Islam akan terserlah dan akan dipandang dengan penuh rasa mulia dan hormat.

Sebagai contoh, jika kita terlihat seorang perempuan yang menutup auratnya dengan sempurna misalnya, maka perkara paling awal yang akan terdetik dalam hati kita ialah perempuan tersebut adalah seorang yang berugama Islam dan dia adalah seorang muslimah yang baik.

Hendaklah diingat bahawa tidak ada kelonggaran untuk membuka aurat ketika bersukan. Alasan-alasan seperti panas, rimas, sukar membuat pergerakan dan

sebagainya jika menutup aurat ketika bersukan tidak sekali-kali diterima oleh syara‘.

Abu Sa‘ed al-Khudri Radhiallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:

Maksudnya : “Janganlah seorang lelaki memandang akan aurat seorang lelaki (yang lain) dan janganlah seorang perempuan (memandang) akan aurat seorang perempuan (yang lain).”

(Hadits riwayat Imam Muslim)

(7)

Contoh Isu-isu Sekitar Permasalahan Aurat dalam Kalangan Atlet

Beberapa isu atau permasalahan timbul berkaitan konsep aurat dalam kalangan atlet. Antaranya:

Isu 1: Pemakaian Atlet Gimnastik Artistik Malaysia, Farah Ann Abdul Hadi.

Isu berkaitan atlet gimnastik artistik Negara, Farah Ann Abdul Hadi bermula apabila sebuah stesen televisyen swasta tempatan memuat naik gambar yang dikatakan menjolok mata di laman Faceook rasmi milik mereka, selepas beliau memenangi pingat emas ketiga skuad gimnastik melalui kategori rutin lantai di kejohanan Sukan SEA 2015 yang bertempat di Singapura.

Isu ini menjadi hangat kerana mendapat respon dan kritikan daripada pengguna laman sosial, dan tidak terkecuali maklum balas daripada beberapa tokoh tempatan.

Isu 2: Pemakaian Atlet Pasukan Bola Keranjang Wanita Qatar.

Isu berkenaan pasukan bola keranjang wanita dari negara Qatar bermula apabila Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) melarang pemakaian hijab dalam sukan tersebut.

Akhirnya, pasukan bola keranjang wanita Qatar menarik diri daripada kejohanan di Sukan Asia tersebut pada saat-saat terakhir gara-gara peraturan yang melarang mereka memakai hijab ketika beraksi di gelanggang.

(8)

Cara penyelesaian dalam menangani permasalahan aurat dalam golongan atlet.

1) Penguatkuasaan Etika Pemakaian Atlet Muslim. 2) Pengasingan Tempat Acara Wanita dan Lelaki. 3) Pengkhususan Acara untuk Muslim dan Non-Muslim.

KESIMPULAN

Islam hadir dengan beberapa peraturan dan garis-garis panduan tertentu bagi menghalang manusia bertindak sembarangan hingga membawa padah kepada diri sendiri. Antara peraturan dan garis panduan yang dijalankan oleh Islam adalah kewajipan memelihara aurat dalam segala hal termasuk ketika bersukan. Maka ianya mesti dipatuhi oleh setiap muslim tanpa sebarang alasan kerana di antara hikmah kewajipan menutup aurat ini disyariatkan adalah bagi memelihara kehormatan diri.

Sebagai seorang muslim yang dipertanggungjawabkan untuk menggalas

Referensi

Dokumen terkait

Pada penjelasan Pasal 2 ayat 1 Undang-undang Nomor 1 Tahun 1974 tentang Perkawinan disebutkan bahwa tidak ada perkawinan di luar hukum masing-masing agama dan

Batubara merupakan kelanjutan suatu proses dari pembentukan gambut dan juga batuan sedimen yang mudah terbakar, berasal dari tumbuhan, berwarna coklat sampai hitam,

 Menyenaraikan tokoh-tokoh yang terlibat dalam proses pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948  Menyenaraikan langkah-langkah.  Bersemangat setia

8-9 Syatibi membagi tingkatan kebutuhan manusia menjadi 3 (tiga) yaitu, kebutuhan primer (daruriyat), sekunder (hajiyat) dan tertier (tahsiniyat). Kebutuhan primer

Rancang Bangun Purwarupa Pembelajaran Mandiri Sistem Aplikasi Akuntansi UMKM Berbasis Web dalam penelitian ini, mempertimbangkan peluang besar bagi pelaku UMKM untuk

Namun , kampus STIKES Yayasan Rs Dr Soetomo hanya memiliki satu warna seragam yaitu warna putih, mengingat peraturan yang berlaku pada kampus bahwasanya

Setelah koloni agen antagonis dan patogen tumbuh dan beradu, lalu dilakukan reinokulasi ke cawan petri lain untuk melihat pada akhirnya apakah agen antagonis atau

Penggunaan rute pengangkutan sampah di Kecamatan Medan Baru dengan menggunakan Algoritma Dijkstra tidak selamanya dapat dijadikan sebagai acuan untuk penentuan rute karena